topik 8 persekitaran teknologi edagang

14
1 TAJUK 8 PERSEKITARAN TEKNOLOGI, EKONOMI,ORGANISASI DAN PENGGUNA PERSEKITARAN TEKNOLOGI Pada masa kini, kemajuan dalam telekomunikasi bertumpu kepada rangkaian komputer. Hampir semua pelaburan teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan kerajaan. Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan pelbagai kategori dan darjah kerahsiaan, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat variasi yang luas dalam hal ini Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di dalam masa yang singkat Tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih. Satu resipi atau formula produk yang perlu untuk dilindungi sepanjang penggunaannya. Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut. Rangkaian Infrastruktur dan Prestasi. Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang rangkaian komunikasi: 1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik. 2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor: kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod- kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah

Upload: yan-kew-tan

Post on 18-Jul-2015

125 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

1

TAJUK 8

PERSEKITARAN TEKNOLOGI, EKONOMI,ORGANISASI DAN

PENGGUNA

PERSEKITARAN TEKNOLOGI

Pada masa kini, kemajuan dalam telekomunikasi bertumpu kepada rangkaian komputer.

Hampir semua pelaburan teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem-sistem

komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan, individu dan jabatan-jabatan

kerajaan.

Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik.

Kuantiti maklumat yang banyak, dengan pelbagai kategori dan darjah kerahsiaan, boleh

dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat variasi yang luas dalam hal ini

Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar, di dalam

masa yang singkat

Tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undang,

yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan kedua-dua dalaman dan luaran

selagi mereka masih sahih.

Satu resipi atau formula produk yang perlu untuk dilindungi sepanjang

penggunaannya.

Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan)

yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat individu tersebut.

Rangkaian Infrastruktur dan Prestasi.

Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi?

Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting lain tentang

rangkaian komunikasi:

1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti dikenalpasti

secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian telefon, setiap

talian mempunyai satu nombor telefon yang unik.

2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor:

kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-

kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah

Page 2: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

2

negara. Setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan dan

nombor-nombor.

3. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk perkhidmatan

direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab.

4. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan perantara

(intermediate switching system). Sistem pensuisan itu membenarkan mana-mana

pengguna untuk berhubung dengan mana-mana pengguna lain di rangkaian

itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut. Oleh itu, satu telefon rumah

yang bersambungan kepada satu rangkaian dengan satu wayar fizikal boleh

menghubungi satu telefon selular di satu rangkaian yang dikendalikan oleh

syarikat lain.

5. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika

anda menggunakan sebuah telefon berbayar anda disambungkan buat

sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu nombor yang

digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada rumah anda, anda

sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama.

Rangkaian Misi-Kritikal (Mission-Critical Networks)

Rangkaian-rangkaian hari ini adalah menjadi semakin kritikal. Mereka telah

menjadi lebuh raya elektronik untuk

memindahkan maklumat antara sebuah organisasi pemegang saham:

pembeli, penjual, pembekal dan rakan kongsi.

Pertukaran maklumat termasuklah pesanan, pertanyaan, bayaran,

perkhidmatan dan sokongan, rekaan-rekaan, rancangan dan apa-apa

jenis maklumat lagi.

Perkhidmatan rangkaian juga merangkumi, menyediakan akses untuk

data gudang bagi sokongan pemasaran, menyokong wakil-wakil

perkhidmatan pelanggan,

mempersembahkan maklumat video kepada pelabur kewangan untuk

mempengaruhi keputusan pelaburan; dan

berkongsi imej-imej perubatan untuk bekerjasama tentang diagnos-

diagnos yang kompleks.

Apabila kita semakin bergantung kepada rangkaian-rangkaian ini untuk

menguruskan perniagaan, kita perlu memastikan keutamaan-keutamaan yang

munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan

kebolehan untuk mengenalpasti kategori trafik rangkaian dan pengguna, serta

Page 3: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

3

teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan pada

trafik rangkaian. Ia menganggap bahawa semua trafik rangkaian perlu untuk sampai ke

destinasinya; bagaimanapun, bagi masa untuk beban berat, trafik yang kritikal perlu

diberikan keutamaan melebihi trafik lain.

Pengurusan Rangkaian Dan Pemilihan Rangkaian

Pihak syarikat juga memerlukan jaminan agar data mereka kekal selamat. Beberapa

kategori-kategori umum data boleh diidentifikasi:

Data Awam (Public Data). Data jenis ini tidak mempunyai sekatan keselamatan dan

mungkin digunakan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, data seumpama ini harus

dilindungi daripada diusik tanpa kebenaran atau pengubahsuaian.

Data Hak Cipta (Copyright Data). Jenis ini adalah berhakcipta tetapi bukan rahsia.

Pemilik sanggup untuk menyediakannya, tetapi mahukan bayaran bagi

penggunaannya. Untuk meningkatkan hasil pendapatan, keselamatan perlulah

diperketatkan.

Data Sulit (Confidential Data). Data jenis ini mengandungi isi yang sulit, tetapi

kewujudan data adalah bukan suatu rahsia. Data seumpama ini termasuklah

nombor akaun bank dan fail-fail kakitangan.

Data Rahsia (Secret Data). Kewujudan sebenar bagi data jenis ini adalah rahsia dan

mesti disimpan rahsia pada setiap masa. Hanya individu tertentu boleh

mencapainya.

Isu-isu pengurusan dan kawalan data juga turut penting apabila rangkaian

semakin berkembang. Kawalan mesti memastikan mesej-mesej tidak dihantar kepada

pihak yang salah dan mesej-mesej yang tidak dapat disampaikan dikembalikan kepada

pengirimnya. Potensi untuk kegagalan seperti ini semakin besar apabila jumlah

rangkaian dan manusia terlibat semakin meningkat.

Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat

terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran.

Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak

rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil. Satu mesej yang meninggalkan satu

poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain.

Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama,

jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, Terdapat

mereka yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan

untuk pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa

Page 4: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

4

hadapan adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan

fleksibiliti asas yang telah menjadikan ia berjaya.

Contingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan)

Rancangan Luar Jangka ialah satu perancangan atau pelan untuk mengembalikan

proses pengeluaran atau perkhidmatan kepada keadaan sediakala dalam keadaan

malapetaka utama.

Oleh sebab rangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin kritikal, satu kriteria menentukan

kualiti tahap perkhidmatan diperlukan. Analisa Kesan Perniagaan dijalankan untuk

mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan. Ia mengandungi beberapa langkah:

Pertama, kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan siapa pemilik

aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan melibatkan fungsi pengeluaran dan

perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Pemilik aktiviti

bertanggungjawab kepada operasi harian yang sedang dijalankan.

Kedua, pemilik setiap aktiviti perniagaan perlu mengenal pasti maklumat dan

sistem-sistem yang kritikal. Sistem-sistem kritikal adalah aplikasi-aplikasi yang

dikomputerkan yang perlu ditempatkan untuk menyokong aktiviti perniagaan

yang kritikal. Pada ketika ini, ia juga adalah penting untuk mengenal pasti mana-

mana sistem-sistem yang mengandungi maklumat yang sensitif atau sulit.

Langkah ketiga adalah untuk menganggarkan satu tempoh masa henti

(downtime period) yang boleh diterima (jam, hari, minggu, dan sebagainya.),

Satu tempoh masa henti yang boleh diterima mungkin berbeza bergantung

kepada jenis aktiviti.

Akhirnya, pemilik aktiviti dan pengurus sistem dapat mengenal pasti risiko-risiko,

dan mengenal pasti perlindungan. Bahagian-bahagian yang seharusnya diliputi

termasuklah servers, pengurusan data, rangkaian operasi-operasi dan

pentadbiran, aplikasi-aplikasi, pengecaman pengguna dan kakitangan.

Kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca daripada masa henti

(downtime) akibat malapetaka mestilah dikira. pengurus-pengurus seharusnya bermula dengan

suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi jenisnya dan tempoh dan bilangan

pengguna yang terjejas. Sebagai contoh, katakan bahawa satu server untuk 100 orang

pengguna rosak di satu agensi pelancongan yang besar. Ia mengambil masa empat jam bagi

memulihkan rangkaian, dan sepanjang masa tersebut kebanyakan pengguna tidak produktif

sepenuhnya. Dengan setiap pengguna menghasilkan RM 20 sejam, kerosakan ini akan menelan

Page 5: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

5

belanja RM8,000 kepada agensi pelancongan tersebut dalam perbelanjaan sahaja. Lebih

buruk lagi, bagi kebanyakan organisasi, ia adalah kehilangan pendapatan langsung.

Kos-kos amat berbeza dengan persekitaran pengkomputeran, aplikasi-aplikasi

perniagaan dan pengguna. Sebagai contoh, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa

masa henti rangkaian pada satu firma pembrokeran boleh mengakibatkan kos RM107,500

seminit, seperti berlawanan dengan RM1,150 seminit untuk satu rangkaian jualan tiket telefon.

Satu alternatif untuk sistem-sistem rangkaian kritikal seharusnya wujud, dan bukan dalam

bangunan yang sama. Sesetengah organisasi menggerakkan sistem-sistem fungsian kepada

satu alternatif di tapak lain. Storan data sandar (backup) di luar tapak turut dianggap bijak,

kedua-duanya untuk perancangan malapetaka dan tujuan keselamatan.

Persekitaran ekonomi dan organisasi

Kitaran pengeluaran dimulakan dengan pemerolehan bahan-bahan mentah atau

komponen-komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk siap yang boleh diterima

oleh seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai

sesuatu bahan mentah yang asal. Sebagai contoh untuk membuat dan menjual satu majalah

berita, pemperosesannya termasuklah laporan, penulisan, penyuntingan, gambar-gambar,

reka letak,kertas, percetakan, perkhidmatan langganan, label bungkusan dan pengagihan

fizikal.

Sesebuah firma mestilah memutuskan untuk mengeluarkan setiap barangan atau

perkhidmatannya sendiri, atau membelinya daripada pembekal. Kebanyakan majalah-majalah

berita tidak memiliki kilang kertas atau percetakan akhbar, tetapi mereka mengupah editor-

editor sebagai kakitangan bergaji. Mereka boleh mengarahkan kumpulan pemberita mereka

untuk menulis sebuah cerita, mencetak semula sebuah cerita daripada satu wire-service, atau

mereka mungkin mentauliahkan seseorang daripada seorang pekerja bebas. Gambar-gambar

pula mungkin didapati daripada jurufoto mereka sendiri, atau mereka mungkin membelinya

daripada stock house.

Dua faktor terpenting dalam menerangkan keputusan “make-or-buy" adalah pengaruh

sikap mengambil peluang firma lain dan kos urus niaga

Penjual mungkin akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga lebih tinggi

daripada sepatutnya apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada

sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.

Sebuah syarikat boleh mengamalkan sikap mengambil peluang disebabkan beberapa

keadaan:

Page 6: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

6

Ketentuan tapak (Site specificity): Misalnya produk dan bahan-bahan mentah

hanya boleh didapati di suatu tempat tertentu.

Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak boleh

digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya berguna kepada

seseorang pelanggan.

Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu diperlukan

untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.

Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu tempoh

masa tertentu selepas itu ia akan rosak

Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk adalah

kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa yang mereka

mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari pembekal terbaik.

Pasaran Dan Hierarki-hierarki (Market and Hierarchies )

Pasaran adalah bermaksud urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-

pembekal. Hierarki-hierarki pula merupakan perhubungan pembekal-pelanggan yang

bertahan lama yang bukan sahaja disebabkan oleh kuasa pasaran

Semasa satu mekanisme pasaran bekerja, pembeli membeli daripada mana-mana

pembekal yang menawarkan kombinasi terbaik seperti harga, kuantiti yang boleh didapati,

piawaian kualiti, jadual penghantaran, dan sebagainya. Perhubungan antara pembeli dan

penjual adalah singkat, pembelian ditamatkan dengan satu urus niaga oleh transaksi asas.

Di bawah satu mekanisme berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada antara

banyak penjual yang berpotensi, tetapi sebaliknya membeli barangan dan perkhidmatan

daripada sebuah pembekal yang ditentukan. Pada dasarnya, firma tersebut memilih sebuah

pembekal bagi sejumlah urus niaga, dan hubungan mereka ditentukan dalam satu perjanjian.

Dalam suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk mendapatkan

gabungan harga yang terbaik, kualiti atau lain-lain sifat yang diinginkan. Oleh sebab

persaingan antara pembekal-pembekal mewujudkan pelbagai pilihan

Hierarki-hierarki terbentuk apabila kos urus niaga adalah tinggi, penghantaran bekalan

bahan mestilah dijamin, dan pembekal-pembekal tidak cukup kompetitif untuk menghadkan

oportunisme. Mengekalkan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat

mengurangkan kos urus niaga.

Page 7: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

7

Pasaran-pasaran Elektronik (Electronic Markets)

Dalam tempat di mana pasaran dijalankan, pembeli-pembeli mencari penjual-penjual.

Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan

perkhidmatan yang bersesuaian disebut sebagai “kesan pembrokeran elektronik" (the

electronic brokerage effect). Dalam pasaran elektronik, beberapa perkhidmatan wujud yang

menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat

Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengesan

sejumlah besar pembekal yang berpotensi. Program-program perbandingan yang pintar boleh

meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih, di

samping mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi maklumat boleh juga digunakan bagi

mengurangkan kerumitan produk. Sebagai contoh, bagi beberapa tujuan, sepuluh digit ISBN

boleh menerangkan sesuatu buku disebabkan teknologi maklumat yang diaplikasikan.

Sebaliknya, pemerihal piawai produk piawai dan teknik-teknik seumpama untuk fotograf, muzik,

dan video telah terbukti amat sukar untuk dibangunkan.

Hierarki-hierarki Elektronik (Electronics Hierarchies)

Firma-firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi

membangunkan perhubungan berhierarki jangka masa panjang dengan rakan dagangan

mereka. Satu contoh adalah seperti sistem pertukaran data elektronik (electronic data

interchange – EDI) yang menyambungkan satu poin terminal jualan peruncit kepada sistem

penghantaran pembekal mereka, mengurangkan kemungkinan peruncit kehabisan stok bagi

barangan yang selalu dibeli. EDI adalah satu standard untuk menyusun dan menghantar

maklumat antara komputer-komputer, selalunya melebihi rangkaian komunikasi swasta (disebut

value-added networks atau VANs). Perolehan rutin automatik juga bermaksud kakitangan

perolehan mempunyai lebih masa untuk memfokuskan kepada perundingan meletakkan harga

yang lebih baik dan membina hubungan dengan pembekal.

Bekalan bersepadu yang berangkaian membantu untuk meminimakan inventori dan

mengurangkan modal kerja dengan menambah kawalan stok. Mewujudkan perhubungan

elektronik dengan pembekal-pembekal besar dan pelanggan-pelanggan membolehkan

syarikat-syarikat untuk menghantar dan menerima pesanan belian, pemberitahuan invois dan

pengiriman dengan lebih cepat. Keadah operasi ini juga disebut pengurusan inventori just-in-

time (just-in-time inventory management – JIT).

Page 8: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

8

Urus Niaga Komersil (The Commercial Transaction)

Generalisasi pandangan ahli ekonomi tentang pasaran-pasaran dan hierarki-hierarki

membawa kepada suatu kesimpulan pandangan bagi urus niaga dan dari situ, tercetus idea

bahawa terdapat satu aspek “dapat dilihat (visible)" dan satu aspek “tidak kelihatan (unvisible)"

untuk perdagangan elektronik. Aspek dapat dilihat adalah bermatlamatkan pasaran

pengguna yang luas, manakala aspek tidak kelihatan pula meneruskan secara tertutup antara

syarikat-syarikat dan tertumpu kepada pemprosesan urus niaga antara rakan perniagaan.

Sama ada dapat dilihat atau tidak kelihatan, model ini bermula pada persepsi ahli

ekonomi tentang sesebuah pasaran. Bagi ahli ekonomi, definisi kepada satu pasaran

“sempurna" apabila setiap pembeli yang berpotensi mendapat maklumat yang “sempurna" :

tiada seorang yang mendapat maklumat yang orang lain tidak ada. Tambahan lagi, tidak

wujud halangan kepada pergerakan – ini bermakna untuk memudahkan model dengan

membuang batasan realiti.

Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat memerlukan

beberapa infrastruktur untuk menggumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kos

mengangkut barang-barang, termasuk maklumat, bergantung pada sifat rangkaian

pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan dan pelaburan tidak dibuat

tanpa prospek ganjaran sebagai balasan. Jurang antara pasaran sempurna ahli ekonomi dan

dunia sebenar sudah jelas: akses kepada infrastruktur dan pulangan kepada pelaburan tidak

akan diagih sama rata dan seterusnya akan memberi kesan kepada kos urus niaga.

Model empat fasa Urus Niaga Komersil boleh menerangkan tentang kos urus niaga,

oportunisme dan gangguan di mana hierarki-hierarki menyebabkan keunggulan pasaran-

pasaran sempurna ahli ekonomi:

1. Penemuan Pra pembelian (Prepurchase Discovery): Menentukan keperluan-

keperluan yang ingin dibeli dan mencari maklumat yang bersesuaian bagi satu set

produk yang bersesuaian dengan keperluan.

2. Pemilihan Dan Komitmen (Selection and Commitment): pemilihan sesuatu produk

dan pembekal daripada penemuan pra pembelian berdasarkan kepada

perbandingan sifat. Termasuk rundingan dengan penjual-penjuan untuk syarat-

syarat yang sesuai seperti harga, ketersediaan, dan tarikh penghantaran.

3. Penyempurnaan Pembelian (Purchase Consummation): Kaedah penghantaran

produk, mekanisme pembayaran dan aliran maklumat dan dokumen yang

berkaitan dengan pembelian.

Page 9: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

9

4. Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interaction): perkhidmatan pelanggan

dan sokongan untuk memberi perhatian aduan-aduan pelanggan, pulangan

produk dan kecacatan produk.

Aliran Kerja (Workflow)

Menggunakan teknologi bagi urusan jual beli memerlukan beberapa struktur yang

tertentu. Komputer-komputer dan rangkaian-rangkaian mestilah dirancang dengan teliti dan

tugas-tugas pembeli, penjual dan sokongan pembekal ditentukan

Di tahap paling rendah, teori sistem pengurusan pangkalan data (database

management system – DBMS) menyediakan satu takrif eksplisit tentang urus niaga (transaksi).

Takrif ini merupakan takrif yang menjadikan mesin wang automatik (automatic teller machines -

ATMs) boleh dipercayai, dan dibenarkan untuk bekerja dengan sistem-sistem yang lain dalam

sesuatu bank-bank. Takrif ini menyatakan bahawa transaksi:

Mempunyai satu permulaan yang jelas dan satu hujung yang jelas.

Mengikut satu proses yang jelas (satu siri langkah-langkah atau perantaraan

keadaan).

Pada akhirnya berjaya atau gagal (keadaan akhir).

Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

Meninggalkan pertukaran data dalam pangkalan data jika transaksi berjaya

atau tidak berubah jika ia gagal.

Satu cara mudah untuk mengingati sifat-sifat transaksi adalah akronim ACID: Atomic,

Consistent, Isolated and Durable. (Atom, Konsisten, Terpencil Dan Tahan)

Suatu transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai satu aktiviti

tunggal atau atom (atomic) yang dilakukan oleh sistem.

Satu transaksi bagi jenis yang ditentukan akan sentiasa membuat perubahan-

perubahan yang sama untuk pangkalan data, ini bermakna transaksi-transaksi itu

adalah konsisten (consistent).

Setiap transaksi adalah satu set perubahan yang lengkap dan mereka

diasingkan (isolated) daripada mana-mana transaksi lain yang dilakukan pada

masa yang sama.

Sekali satu transaksi telah sempurna, perubahan-perubahan itu menjadi tetap;

perubahan tersebut adalah tahan lama (durable).

Page 10: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

10

Pengguna

Matlamat pelaburan perniagaan dalam teknologi maklumat dan e-dagang adalah

untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, dan meluaskan perkhidmatan pengguna.

Pengguna suka membeli belah secara online kerana mereka mendapati banyak barang yang

terdapat dipasaran online melebihi daripada barang di kedai biasa. Pengguna yang sibuk

boleh menjimatkan masa dan mendapati bahawa membeli belah lebih mudah apabila

peniaga melayan mereka secara individu secara online. Mereka juga boleh mendapatkan

lebih informasi untuk membuat keputusan dalam membeli barangan. Informasi yang baik dan

pilihan yang banyak, tambahan pula dengan kos yang rendah untuk perniagaan internet,

boleh menurunkan harga dan meningkatkan kualiti.

Syarikat boleh berkembang secara cepat untuk mengambil kesempatan daripada

perkembangan peluang yang di cipta oleh internet. Banyak syarikat mendapat keuntungan

yang cepat dengan meletakkan pesanan dan operasi khidmat pelanggan di internet.

Pemasaran dan pengiklanan secara online telah berkembang kerana terdapat perhubungan

yang rapat antara kumpulan-kumpulan peniaga didalam. Internet dan teknologi baru yang lain

juga menggalakkan perniagaan baru untuk diterokai.

Jualan runcit barangan, di mana jualan di hasilkan dalam internet tetapi produk itu

diterima dari segi fizikal. Jualan software, muzik, video game, perkhidmatan banking, insurans,

perkhidmatan pembelajaran, dan berita boleh di lakukan secara terus menerusi rangkaiaan.

Penerimaan digital bagi barangan atau perkhidmatan ini mempunyai potensi untuk menjadi

kawasan yang paling luas dalam pasaran elektronik.

Jumlah pengguna yang membuat belian melalui Internet merupakan bukti di mana

pengguna memperoleh kebaikan. Lebih banyak pengguna yang melayari secara online,

Internet menjadi lebih mudah untuk di ekses dan perdagangan internet bertambah. Cuba

fikirkan mengapa pengguna lebih gemar membuat belian secara elektronik!

Perkhidmatan Pelanggan

Perniagaan internet boleh menambah pelanggan hanya dengan sedikit atau tanpa

sebarang kos. Ini kerana penjualan berfungsi hanya dalam komputer berbanding dengan kedai

yang menggunakan jurujual. Pencapaian perniagaan online ini dibatasi hanya dengan kapasiti

komputer untuk melayani segala kemahuan atau tempahan yang dibuat.

Page 11: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

11

Internet juga boleh membuat organisasi jualan secara tradisional, penjualan secara

katalog dan pengiklanan yang lebih cekap. Tempahan secara elektronik boleh memaparkan

lebih informasi dan kegunaannya berbanding dengan katalog kertas. Penjualan terus secara

online boleh menambahkan pembelian semula dan meningkatkan kebolehan untuk menjual

barang tambahan. Contohnya setiap pembelian di kilang yang besar, hanya perlu duduk di

komputer, membuka laman web, dan mencari pembekal secara online. Pembekal yang kecil

dengan penjualan yang terhad kini membolehkan pembeli melayari laman web dengan

mudah sama seperti syarikat yang besar. Sama juga seperti penjual, menjual kepada berjuta-

juta pengguna yang sedang berkerja di rumah mahupun di pejabat dengan mudah secara

online.

Kepelbagaian

Pembeli di laman web beruntung kerana tanpa meninggalkan rumah atau pejabat,

pengguna boleh mengakses ribuan laman web untuk mengetahui berita terkini dan pelbagai

acara lain, Maklumat tantang produk dan pembelian apa sahaja. Pemilihan yang sangat

banyak tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh di hantar secara di gital.

Laman web yang menjual alat elektronik, alatan perkebunan, alatan pejabat dan lain-lain juga

menawarkan pilihan yang lebih banyak di internet. Sebagai contoh, sebuah kedai buku yang

menawarkan pelbagai jenis buku memerlukan pengguna mencari sendiri tajuk buku yang di

kehendaki atau membuat pesanan melalui telefon. Sebaliknya, Jika pengguna ingin

mendapatkan secara online, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci untuk

mengenalpasti jenis buku yang mereka mahu, memilih laman web yang mengadakan promosi

dengan mudah, dan maklumat yang diperlukan. Pengguna boleh menyelesaikan pemilihan

dan proses pembelian, seterusnya mendapatkan tempahan mereka dalam beberapa hari

kemudian.

Pilihan maklumat

Peluang yang lebih besar wujud kesan dari terbukanya pasaran elektronik. Pembelian,

menjadi lebih senang apabila masalah dapat dikurangkan dan barang mudah di dapati.

Sebelum ini kebanyakan pembeli kereta akan melawat ke bilik pameran jika mereka

ingin membeli kereta. Melalui internet, pembeli kini boleh melihat model kereta yang berbeza

dan membaca segala informasi kereta tersebut dan bagaimana persembahan kereta itu.

Bersama dengan gambar kereta dan gambaran, pelanggan boleh mengakses kereta baru

dan menggunakan harga kereta untuk di bandingkan harganya melalui penjual di internet.

Page 12: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

12

Selepas membuat keputusan terhadap model kereta tersebut, pengguna boleh

menandakan kehendak mereka terhadap warna dalaman, dan luaran kereta, memilih sama

ada model kereta 4 atau 2 pintu. Sesetengah perkara seperti sistem suara, power window dan

kos juga boleh di pilih. Akhir sekali, pelanggan boleh memasukkan informasi diri mereka supaya

senang untuk di hubungi termasuk alamat. Permintaan pengguna akan diserahkan secara

automatik kepada penjual berhampiran dengan alamat pembeli. Penjual akan penghubungi

pelanggan untuk menetapkan harga.

Perbelanjaan insurans juga terdapat secara online. Perniagaan internet menjual insuran

menyediakan peralatan software yang membantu pengguna untuk mengenalpasti jenis

insurans yang mereka perlukan dan seiring dengan informasi untuk membolehkan mereka

membuat pilihan yang tepat atara satu polisi insurans dan sebaliknya. Pelanggan boleh

membeli polisi dengan menjawab beberapa soalan mudah tentang warganegara, umur,

kesihatan dan gaji, keadaan keluarga dan kadar insurans yang di perlukan. Hanya dengan

beberapa klik pada tetikus, pelanggan boleh mendapatka maklumat yang lebih terperinci

mengenai setiap polisi untuk memastikan sama ada harga adalah berpatutan.

Walaupun kelebihan yang di tawarkan oleh online shoping, banyak pelanggan hari ini

masih risau tentang internet. Mereka amat prihatin tentang memelihara hak peribadi dan

keselamatan informasi kredit kepada mereka. Ramai yang tidak mempunyai komputer, atau

mendapati sangat susah untuk menggunakannya. Ramai yang memilih pengalaman sendiri

untuk membeli belah dan memilih produk yang mereka boleh lihat, rasa dan cuba. Sesetengah

pelanggan bimbang syarikat menawarkan informasi yang salah, kegagalan penghantaran

barangan, dan menyediakan barangan yang tidak sebaik seperti barangan yang di jual di

kedai.

Transaksi dan aliran kerja (Transaction and Workflow)

Kembali kepada idea perjalanan kerja dan analisa proses, kita boleh melihat kepada

pembukaan pasaran daripada perspektif perniagaan dan pengguna. Model Empat fasa yang

diperkenalkan boleh di gunakan sebagai panduan untuk untuk pengguna dan untuk

perniagaan, bersama-sama menyokong dan memperkembangkan penggunaan teknologi

Pendedahan pra pembelian

Ini merupakan satu proses untuk mencari satu set produk yang berupaya untuk

memenuhi permintaan pengguna. Kepada pengguna, ini bermakna mereka boleh

mengetahui apa yang mereka mahu dan mencari siapa penjualnya. Pada pembekal atau

Page 13: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

13

penjual, ini bermakna mereka perlu memberitahu pelanggan tentang produk dan

perkhidmatan yang di tawarkan.

Dalam pembelian kereta contohnya, pembeli menggunakan informasi di internet untuk

membuat keputusan tentang kereta yang diinginkan, seperti harga dan assesori yang

ditawarkan. Informasi tentang pembekal juga perlu lengkap. Informasi ini boleh di ambil dan di

sebarkan melalui saluran yang lain oleh orang lain.

Pemilihan dan Komitmen

Ketika fasa ini pembeli memilih pembekal dan produk berdasarkan perbandingan yang

telah dibuat. Fasa ini termasuk perundingan dengan penjual untuk harga yang sesuai,

kesediaan barang, dan tarikh penghantaran. Bagi pembekal, ini bermakna strategi meletakkan

harga termasuk diskaun, ciri-ciri khas dan perkhidmatan istimewa mestilah lengkap. Pada tahap

ini, tempahan turut dibuat beserta gambar. Pada fasa yang sebelumnya, mungkin tidak

terdapat komunikasi yang baik dengan pengguna, risalah dan katalog produk mungkin sudah

memadai. Pada tahap ini, komunikasi 2 hala antara pelanggan dengan pembekal amat di

perlukan. Sistem tempahan masuk perlu di sediakan untuk komunikasi tentang permintaan yang

lebih spesifik dan penghargaan kepada pelanggan.

Penggunaan Pembelian

Ini merupakan fasa merangkumi perjalanan informasi dan dokumen yang berkaitan

tentang pembelian dan pembayaran secara elektronik yang memudahkan pembayaran

kepada proses pembelian. Bagi pengguna, ini sangat mudah; menerima barang dan

membayar kepada mereka. Invois dan resit dokumen pembelian di integrasikan ke dalam

sistem akaun pembeli.

Bagi pembekal, lebih banyak aktiviti yang perlu di lakukan oleh mereka. Tindakan harus

di lakukan untuk menghasilkan dan menerima barang atau sevris yang di minta oleh

pelanggan di dalam masa yang dipersetujui. Barangan, kakitangn dan proses penghasilan

harus selaras dengan tujuan untuk dilaksanakan. Bergantung kepada betapa susahnya

penghasilkan barangan itu dan proses penghaslannya, rangkaian pekerja memerlukan

keselarasan juga.

Interaksi selepas pembelian (Postpurchase Interction)

Dalam fasa terakhir ini meliputi perkhidmatan pelanggan dan galakan untuk menerima

aduan pelanggan, menerima kembali pemulangan produk yang terdapat kerosakan.

Pengguna juga memerlukan pemasangan tambahan, penyelenggaraan atau perkhidmatan

Page 14: Topik 8 persekitaran teknologi edagang

14

percubaan. Produk yang kompleks mungkin memerlukan manual teknikal, selalunya di buat

dalam beberapa bahasa.

Bagi pembekal, setiap pengurusan individu harus di kawal untuk mendapatkan

maklumat yang berguna, termasuk tempoh pembayaran. Usaha pemasaran perlu fokus

kepada pembinaan kesetiaan jenama, atau penjualan.

Soalan

Huraikan ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang lain.

1. Huraikan dalam ayat anda sendiri bagaimana maklumat dipindahkan melalui

Internet, WAN dan VAN. Apakah perkara-perkara yang harus dipertimbangkan oleh

syarikat-syarikat ketika membuat keputusan terhadap jenis rangkaian yang paling

sesuai untuk keperluan mereka?

2. Mengapa rancangan luar jangkaan adalah penting? Huraikan dengan terperinci

konsep dan langkah-langkah yang terlibat.

Perbincangan

1. “Mengaplikasikan teknologi dalam perdagangan memerlukan beberapa struktur

yang telah ditentukan (definite structure) untuk pelaksanaan". Mengapa?

2. Syarikat-syarikat boleh memilih untuk membawa mana-mana atau semua transaksi

mereka secara dalam talian. Jelaskan empat cara yang berbeza sesebuah syarikat

kereta mungkin menjual produknya dengan menggabungkan transaksi-transaksi

elektronik dan pembelian sebenar

3. Apakah perbezaan-perbezaan antara sistem pasaran dan sistem hierarki? Huraikan

satu contoh dimana suatu syarikat akan lebih memilih untuk berkerja dalam satu

hierarki. Bolehkah anda mengatakan akaun bank anda adalah satu hubungan

berhierarki?

4. Huraikan bagaimana satu syarikat menggunakan rangkaian-rangkaian untuk

menjadi lebih bersepadu. Beri tiga contoh kelebihannya. Apakah risiko-risiko yang

syarikat harus berjaga-jaga?