06 bbpb2103 topik 2 -...

27
PENGENALAN AKTA PEKERJAAN (PINDAAN) 2000 PENETAPAN TARIKH BAGI PENGUATKUASAAN AWAL Di dalam penyampaian kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah sub- seksyen 1(2) Akta Pekerjaan (Pindaan) 2000 [Akta A1085], Menteri telah menetapkan 1 Oktober 2000 sebagai tarikh Akta ini berkuatkuasa. Tarikh 28 September 2000. Tan Sri Fong Chan Onn Bekas Menteri Sumber Manusia T T o o p p i i k k 2 2 Persekitaran Undang- undang Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti akta-akta perundangan yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia; 2. Menerangkan aspek-aspek setiap akta yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia; dan 3. Membincangkan tujuan setiap akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia yang berkaitan dengan pekerjaan. HASIL PEMBELAJARAN

Upload: others

Post on 02-Sep-2019

87 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� PENGENALAN

AKTA PEKERJAAN (PINDAAN) 2000

PENETAPAN TARIKH BAGI PENGUATKUASAAN AWAL

Di dalam penyampaian kuasa seperti yang diperuntukkan di bawah sub-seksyen 1(2) Akta Pekerjaan (Pindaan) 2000 [Akta A1085], Menteri telah menetapkan 1 Oktober 2000 sebagai tarikh Akta ini berkuatkuasa. Tarikh 28 September 2000.

Tan Sri Fong Chan Onn Bekas Menteri Sumber Manusia

TTooppiikk

22 � Persekitaran

Undang-undang

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti akta-akta perundangan yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia;

2. Menerangkan aspek-aspek setiap akta yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia; dan

3. Membincangkan tujuan setiap akta yang digubal oleh Kerajaan Malaysia yang berkaitan dengan pekerjaan.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

25

Pernyataan di atas adalah berkenaan dengan Akta Pekerjaan (Pindaan) 2000 yang telah diumumkan oleh Tan Sri Dr Fong Chan Onn, bekas Menteri Sumber Manusia. Undang-undang serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pekerjaan dan hubungan kerja sentiasa digubal oleh pihak berkuasa bagi tujuan memenuhi keperluan-keperluan semasa. Undang-undang dan peraturan-peraturan ini mempengaruhi setiap polisi, aktiviti serta program pengurusan sumber manusia yang dibentuk oleh organisasi. Pasukan pengurusan organisasi, terutamanya unit pengurusan sumber manusia, perlu mewujudkan polisi-polisi serta peraturan-peraturan yang mematuhi aspek perundangan. Ianya bertujuan supaya setiap tindakan yang dilaksanakan akan berdasarkan aspek perundangan. Antara Akta yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia di Malaysia ialah: (a) Akta Pekerjaan 2000;

(b) Akta Perhubungan Industri 1967;

(c) Akta Kesatuan Sekerja 1959;

(d) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994;

(e) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

(f) Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001;

(g) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991; dan

(h) Akta Pampasan Pekerja 1952.

AKTA PEKERJAAN 1955

2.1

Sebelum anda meneroka aspek-aspek perundangan yang melibatkan hubungan kerja, cuba fikirkan apa yang akan berlaku kepada hubungan kerja antara pihak pengurusan dan pekerja sekiranya tidak ada sistem perundangan yang digubal bagi melindungi hak-hak kedua-dua belah pihak.

AKTIVITI 2.1

Page 3: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

26

Akta Kerja 1955 adalah rang undang-undang yang berkaitan dengan kerja dan mempunyai paling banyak pengaruh dalam bidang pengurusan sumber manusia di Malaysia. Beberapa perubahan telah dilakukan terhadap Akta ini semenjak ianya dikuatkuasakan dan perubahan yang terkini telah dibuat pada tahun 2011. Akta ini dirujuk sebagai Akta Pekerjaan (Pindaan) 2012. Sebahagian daripada pindaan-pindaan di dalam Akta ini ialah: (a) Definisi-definisi baru tentang „kontraktor buruh‰, „pekerja sambilan‰ dan

„gangguan seksual‰ (Bahagian I, Seksyen 2);

(b) Pembayaran upah (Bahagian III, Seksyen 19 & 22);

(c) Sistem Pembayaran Upah (Bahagian V, Seksyen 5)

(d) Kontraktor, prinsipal dan kontraktor buruh (Bahagian VII, Seksyen 33A)

(e) Perlindungan bersalin (Bahagian IX, Seksyen 44A)

(f) Pembantu domestik (Bahagian XI, Seksyen 57A & 57B);

(g) Cuti umum (Bahagian XII, Seksyen 60D);

(h) Pekerja asing (Bahagian XIIB, Seksyen 60K);

(i) Aduan dan pertanyaan (Bahagian XV, Seksyen 69B); dan

(j) Gangguan seksual (Bahagian XVA). Akta Pekerjaan 1955 merangkumi pekerja yang mempunyai ikatan kontrak dengan pihak pengurusan dan: (a) Gaji bulanan tidak melebihi RM2,000; atau (b) Tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan bulanan dan bekerja

sebagai:

(i) Buruh manual;

(ii) Penyelia kepada buruh manual;

Akta Pekerjaan 1955 telah digubal bagi tujuan mmelindungi para pekerja daripada ddieksploitasi oleh para majikan dan ia menjadi asas perundangan dalam menekankan syarat-syarat serta terma-terma minima yang berkaitan dengan pekerjaan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengurusan.

Page 4: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

27

(iii) Orang yang terlibat dalam pengendalian kenderaan bermotor; atau

(iv) Pekerja domestik. Di dalam topik ini, kita hanya membincangkan beberapa elemen yang penting berkaitan perhubungan kerja yang disebut dalam Akta Pekerjaan 1955, seperti mana yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Akta Pekerjaan 1955

2.1.1 Kontrak Perkhidmatan

Kontrak perkhidmatan ialah persetujuan yang mana pihak majikan bersetuju untuk mengambil seseorang bekerja dan dia bersetuju untuk berkhidmat sebagai seorang pekerja. Ini boleh dicapai dengan cara lisan, bertulis, jelas ataupun tersirat. Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu kontrak perkhidmatan perlu dibuat secara bertulis seperti: (a) Kerja yang melibatkan tempoh masa lebih daripada satu tahun; atau

(b) Kontrak perantisan yang tidak kurang daripada dua tahun. Akta Pekerjaan 1955 juga memperuntukkan beberapa larangan mengenai kontrak perkhidmatan seperti: (a) Menghalang para pekerja daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

kesatuan sekerja dan persatuan; dan (b) Menetapkan syarat-syarat bagaimana para pekerja membelanjakan upah

mereka.

Page 5: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

28

Selain daripada itu, notis penamatan kontrak perkhidmatan perlu dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan. Sekiranya tiada dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan, Akta Pekerjaan 1955 menetapkan tempoh minimum untuk notis penamatan kontrak perkhidmatan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Notis Penamatan Perkhidmatan

Tempoh Perkhidmatan Tempoh Notis

Kurang daripada 2 tahun 4 minggu

2 tahun dan lebih, tetapi kurang daripada 5 tahun 6 minggu

5 tahun dan lebih 8 minggu

2.1.2 Pembayaran Upah

Tempoh pembayaran upah tidak boleh melebihi satu bulan dan para majikan perlu membayar pekerja-pekerja mereka tidak lebih daripada hari yang ketujuh selepas hari terakhir tempoh pembayaran. Bagaimanapun, pengertian upah juga merangkumi kerja lebih masa, organisasi mendapati adalah sukar untuk mengira pembayaran kerja lebih masa memenuhi kehendak pada hari yang ketujuh. Oleh sebab itu, pindaan di dalam Akta Pekerjaan (Pindaan) 2012 di bawah seksyen 19(2) menyatakan bahawa para majikan dibenarkan membayar upah bagi kerja pada hari rehat, cuti umum dan kerja lebih masa tidak lewat daripada hari terakhir tempoh gaji yang berikutnya. Ini bermaksud pihak majikan boleh membayar upah para pekerja bagi satu bulan pada hari yang ketujuh bulan yang berikutnya dan membuat pembayaran terhadap kerja yang dilakukan pada hari rehat, cuti umum dan kerja lebih masa pada upah bulan yang akan datang. Pihak majikan mempunyai hak untuk memberhentikan sebarang pembayaran kepada para pekerja jika mereka tidak hadir bekerja atas sebab dipenjara atau hadir ke mahkamah kecuali kehadiran mereka di mahkamah atas sebab menjadi saksi terhadap majikan.

Walaupun kontrak perkhidmatan boleh dibuat secara lisan ataupun bertulis, apakah terma-terma yang perlu diberikan kepada seorang pekerja secara bertulis ataupun sebelum dia memulakan pekerjaan?

AKTIVITI 2.2

Page 6: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

29

2.1.3 Pengrekrutan Wanita

Mengikut Akta Pekerjaan 1955, pekerja wanita yang bekerja dalam bidang-bidang industri dan pertanian tidak dibenarkan bekerja dari jam 10 malam hingga 5 pagi. Walau bagaimanapun, pihak majikan boleh memohon kepada Ketua Pengarah di Jabatan Buruh agar membenarkan pekerja-pekerja wanita bekerja pada waktu-waktu tersebut. Kaji Akta Pekerjaan 1955: Bahagian VIII dan dapatkan perlindungan-perlindungan yang perlu diberikan oleh pihak majikan terhadap pekerja-pekerja wanita.

2.1.4 Perlindungan Bersalin

Pekerja-pekerja wanita mendapat hak untuk cuti bersalin sekurang-kurangnya 60 hari bagi setiap kelahiran; dan elaun bersalin pada kadar bayaran biasa atau gaji bulanan mereka sekiranya mereka telah diambil bekerja oleh pihak majikan: (a) Pada bila-bila waktu dalam masa empat bulan sejurus sebelum mereka

bersalin; dan (b) Pada satu tempoh ataupun sejumlah tempoh, sekurang-kurangnya 90 hari

dalam tempoh sembilan bulan sejurus sebelum mereka bersalin; dan (c) Memaklumkan kepada pihak majikan empat bulan sebelum mereka bersalin. Namun demikian, pekerja-pekerja wanita yang mempunyai lima atau lebih anak yang masih hidup tidak layak untuk elaun bersalin. Selain daripada itu, pekerja-pekerja wanita mendapat hak untuk mengambil 30 hari cuti bersalin sebelum ataupun sewaktu hendak melahirkan anak. Sebelum ini, seseorang pekerja wanita yang tidak termasuk di dalam skop Akta Pekerjaan 1955 tidak layak untuk mendapat perlindungan bersalin kecuali ianya dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan. Walau bagaimanapun, dengan adanya Seksyen 44A Akta Pekerjaan (Pindaan) 2012, skop perlindungan bersalin

Jika tempoh pembayaran anda ialah dari 14hb hingga 13hb bulan berikutnya, berdasarkan Akta Pekerjaan 1955, bilakah hari terakhir majikan anda perlu membayar upah anda?

AKTIVITI 2.3

Page 7: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

30

telah dilanjutkan kepada semua pekerja wanita yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan tanpa mengira upah mereka.

2.1.5 Waktu Bekerja Biasa

Rajah 2.2 menunjukkan waktu bekerja biasa mengikut Akta Pekerjaan 1955. Akta Pekerjaan 1955 menyatakan bahawa jam bekerja tidak boleh melebihi lima jam tanpa memberikan masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit. Sebagai contoh, jika waktu bekerja bermula dari 8 pagi hingga 5 petang, pekerja perlu diberi waktu rehat selama 30 minit sebelum jam 1 petang, ataupun selewat-lewatnya jam 1 petang.

Rajah 2.2: Waktu bekerja biasa mengikut Akta Pekerjaan 1955 (Seksyen 60A)

Page 8: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

31

Selain daripada itu, dalam kontrak perkhidmatan, pekerja-pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 8 jam sehari (tidak termasuk waktu rehat). Sekiranya seorang pekerja bekerja bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang (sembilan jam), dia memerlukan waktu rehat bermula jam 1 petang hingga 2 petang (1 jam). Jumlah jam bekerja di dalam seminggu tidak boleh melebihi 48 jam. Walau bagaimanapun, pekerja dibolehkan untuk bekerja secara lebih masa. Jumlah maksima bagi seseorang pekerja membuat kerja lebih masa ialah 104 jam sebulan, kecuali pengecualian yang diberikan oleh Menteri Sumber Manusia di bawah seksyen 2B.

2.1.6 Hari Rehat, Jam Kerja dan Cuti

Setiap pekerja mempunyai hak untuk menikmati sejumlah hari rehat minimum, jam kerja, cuti dan lain-lain syarat perkhidmatan di bawah kontrak perkhidmatan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pekerjaan 1955. Antara cuti yang dilindungi di bawah Akta ini ialah: (a) HHari Rehat Pekerja dibenarkan untuk satu hari rehat di dalam seminggu. Walau

bagaimanapun, di dalam kes-kes yang memerlukan pekerja berkerja secara berterusan termasuk pada hari rehat (disebabkan keadaan kerja tersebut), dia perlu dibayar berdasarkan:

(i) Pekerja yang bekerja pada kadar bayaran harian, jam ataupun yang

bersamaan (rujuk Jadual 2.2):

Jadual 2.2: Upah untuk Kadar Harian/Jam bagi Hari Rehat

Bilangan Jam Bekerja Upah

Tidak melebihi separuh daripada jam bekerja yang normal 1 hari upah pada kadar biasa

Lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi jam bekerja yang normal

2 hari upah pada kadar biasa

Layari Internet dan cari tiga jenis cuti sabatikal yang layak digunakan semasa bekerja.

AKTIVITI 2.4

Page 9: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

32

(ii) Pekerja yang bekerja pada kadar bayaran bulanan atau mingguan (rujuk Jadual 2.3):

Jadual 2.3: Upah untuk Kadar Bulanan/Mingguan bagi Hari Rehat

Bilangan Jam Bekerja Upah

Tidak melebihi separuh daripada jam bekerja yang normal Separuh daripada upah pada kadar biasa

Lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi jam bekerja yang normal

1 hari upah pada kadar biasa

(iii) Untuk kerja yang dilakukan melebihi waktu biasa dalam (i) atau (ii),

pekerja tersebut akan dibayar tidak lebih daripada dua kali daripada sejam gajinya.

(iv) Bagi pekerja yang bekerja berdasarkan kadar sekali pada hari cuti,

dia akan dibayar dua kali daripada bayaran biasanya. (b) CCuti Mingguan Pekerja mendapat hak untuk menikmati satu hari cuti pada setiap minggu.

Dalam situasi yang tertentu, seperti tempat kerja yang jauh dan perjalanan mengambil masa yang lama, pekerja dibenarkan mengumpul cuti mingguannya dengan syarat majikan meminta kebenaran daripada Menteri Sumber Manusia.

(c) CCuti-cuti Umum Pekerja mendapat hak untuk menikmati 11 hari yang telah diumumkan

sebagai hari cuti umum seperti mana yang telah ditetapkan untuk tahun tersebut. 11 hari cuti umum ini mesti merangkumi lima hari berikut:

(i) Hari Kebangsaan;

(ii) Hari Jadi Yang di-Pertuan Agong;

(iii) Hari Jadi Sultan dan Yang di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan;

(iv) Hari Pekerja; dan

(v) Hari Malaysia.

Page 10: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

33

(d) CCuti Tahunan Pekerja-pekerja mempunyai hak untuk mendapatkan bilangan cuti

tahunan minimum berdasarkan tempoh perkhimatan mereka, seperti mana yang diperuntukkan di dalam Akta Pekerjaan 1955, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.4:

Jadual 2.4: Kelayakan Cuti Tahunan

Tempoh Pekerjaan Bilangan Hari yang Dibenarkan

Kurang daripada 2 tahun 8 hari

2 tahun dan lebih, tetapi kurang daripada 5 tahun 12 hari

5 tahun dan lebih 16 hari

Pekerja-pekerja yang tidak hadir bertugas tanpa persetujuan pihak majikan dan tanpa apa-apa sebab yang munasabah dan mereka yang tidak hadir bertugas melebihi 10% daripada hari-hari bekerja bagi 12 bulan secara berterusan tidak layak untuk mendapat cuti tahunan untuk jangka masa tersebut.

(e) CCuti sakit Bilangan cuti sakit minimum bagi setiap pekerja seperti yang

diperuntukkan di bawah Akta ditunjukkan di dalam Jadual 2.5.

Jadual 2.5: Kelayakan Cuti Sakit

Tempoh Pekerjaan Bilangan Hari yang Dibenarkan

Kurang daripada 2 tahun 14 hari

2 tahun dan lebih, tetapi kurang daripada 5 tahun 18 hari

5 tahun dan lebih 22 hari

Pekerja-pekerja juga mempunyai hak untuk menikmati 60 hari cuti sakit sekiranya mereka dimasukkan ke dalam hospital. Walau bagaimanapun, kelayakan selama 60 hari ini akan dikurangkan mengikut bilangan hari cuti sakit standard yang telah digunakan. Sebagai contoh, jika seorang pekerja yang dimasukkan ke dalam hospital telah mengambil 10 hari cuti sakit sebelumnya, maka kelayakan untuk mendapat cuti sakit disebabkan berada di hospital hanyalah 50 hari sahaja.

Page 11: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

34

Dapatkan maklumat di Internet tentang tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap para pekerja yang kerap mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan melebihi had hari yang ditetapkan.

AKTA PERHUBUNGAN INDUSTRI 1967

Akta ini bertujuan menghalang apa-apa perbezaan atau pertikaian yang timbul hasil daripada perhubungan, serta untuk menangani sebarang pertikaian dan perkara-perkara yang berkaitan. Tujuannya ialah mewujud suasana harmoni dalam industri. Antara aspek yang dilindungi di dalam Akta ini ialah perlindungan kepada semua pihak, pengiktirafan dan skop kesatuan sekerja dan tawar-menawar kolektif dan persetujuan kolektif. Rajah 2.3 menunjukkan isi kandungan yang terdapat di dalam Akta Perhubungan Industri 1967.

Akta Perhubungan Industri 1967 ialah akta yang menitikberatkan perhubungan antara pihak majikan dengan pihak pekerja dan kesatuan sekerja.

2.2

1. Bilakah upah perlu diberi oleh pihak majikan kepada pekerja-pekerjanya?

2. Berapa lamakah jangka masa perletakan jawatan/penamatan

kontrak perkhidmatan perlu diberi jika seorang pekerja telah berkhidmat selama dua tahun dan lima bulan?

3. Sekiranya seorang pekerja mengalami sakit kritikal yang

memerlukan beliau dimasukkan ke dalam hospital, berapa harikah cuti sakit yang boleh diberikan kepadanya mengikut Akta Pekerjaan 1955?

4. Bolehkah kontrak perkhidmatan meletakkan sebarang syarat

tentang cara para pekerja membelanjakan pendapatan mereka? Terangkan.

LATIHAN 2.1

Page 12: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

35

Rajah 2.3: Akta Perhubungan Industri 1967

2.2.1 Perlindungan terhadap Hak-hak

Pekerja dan majikan tidak boleh dipaksa atau dihalang daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja. Tambahan pula, pihak pengurusan dilarang untuk menetapkan sebarang syarat di dalam kontrak perkhidmatan yang bertujuan bagi menghalang para pekerja melibatkan diri mereka dengan sebarang aktiviti kesatuan sekerja. Walau bagaimanapun, para pekerja yang merancang untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja perlu memohon kelulusan bercuti secara bertulis daripada majikan mereka.

2.2.2 Pengiktirafan dan Skop Perwakilan Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja yang merancang untuk mewakili para pekerja perlu mengemukakan permohonan pengiktirafan kepada organisasi. Selepas menerima permohonan, pihak pengurusan perlu mengambil tindakan-tindakan berikut dalam jangka masa 21 hari: (a) Memberi pengiktirafan;

(b) Menolak permohonan dan menyatakan sebab-sebabnya secara bertulis; atau

(c) Apabila telah mendapat pengiktirafan, pihak majikan atau kesatuan sekerja majikan perlu memaklumkan kepada Ketua Pengarah.

Page 13: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

36

Jika sebuah kesatuan sekerja yang mewakili seorang pekerja telah diberi pengiktirafan, kesatuan sekerja lain yang berhasrat untuk mewakili seseorang pekerja itu tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa tuntutan pengiktirafan kecuali: (a) Penarikan balik dilakukan oleh Kesatuan Sekerja dan Ketua Pengarah telah

dimaklumkan; dan

(b) Keputusan daripada Menteri untuk tidak memberi pengiktirafan.

2.2.3 Tawar-menawar Kolektif dan Persetujuan Kolektif

Selepas menerima pengiktirafan daripada pihak pengurusan, kesatuan sekerja boleh mempelawa pihak pengurusan secara bertulis untuk melaksanakan tawar-menawar kolektif dan cadangan untuk persetujuan kolektif. Pihak pengurusan perlu memberikan jawapan secara bertulis dalam masa 14 hari bermula daripada tarikh menerima pelawaan. Seterusnya, satu tawar-menawar kolektif perlu dilaksanakan dalam masa 30 hari daripada tarikh penerimaan jawapan yang menerima pelawaan tersebut.

1. Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh pihak majikan selepas menerima permohonan untuk pengiktirafan daripada kesatuan sekerja yang merancang untuk mewakili para pekerja.

2. Berapa lamakah jangka masa yang diperuntukkan di bawah Akta Perhubungan Industri 1967 untuk pihak pengurusan memberikan jawapan terhadap permohonan daripada para pekerja yang ingin menubuhkan kesatuan sekerja di dalam syarikat?

LATIHAN 2.2

Page 14: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

37

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

Tujuan Akta Kesatuan Sekerja 1959 ialah untuk: (a) Menggalakkan perhubungan industri, meminda terma-terma kerja, status

sosial serta ekonomi dan meningkatkan produktiviti; (b) Menentukan garis panduan perhubungan antara pihak pekerja dengan

pihak majikan; (c) Mewakili pihak perkerja dan majikan di dalam sebarang pertikaian; (d) Mempromosi dan menganjurkan sebarang isu yang berkaitan dengan

perhubungan industri; dan (e) Merancang dan menyokong sebarang tindakan seperti mogok industri. Sebuah kesatuan keserja perlu mendaftar dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penubuhannya. Walau bagaimanapun, tempoh masa pendaftaran tidak kurang daripada enam bulan dibenarkan sekiranya ia dianggap munasabah. Antara syarat keahlian yang diperuntukkan di dalam Akta ini adalah: (a) Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi ahli kesatuan sekerja mestilah

berumur lebih daripada 16 tahun.

Hak untuk menubuhkan Persatuan adalah hak yang dijamin oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan ianya juga ditekankan di dalam Akta Pekerjaan 1955 dan juga Akta Perhubungan Industri 1967. Di bawah kategori „Perhubungan Pekerjaan‰, Akta ini mengawal pendaftaran kesatuan sekerja. Mana-mana kesatuan sekerja yang baru ditubuhkan diwajibkan untuk memohon bagi pendaftaran dalam masa 1 bulan daripada tarikh pembentukannya. Akta ini merangkumi kriteria untuk ahli-ahli, hak-hak, kuasa-kuasa dan tanggungjawab kesatuan sekerja serta prepogatif pengurusan di dalam tawar-menawar kolektif.

2.3

Page 15: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

38

(b) Ahli-ahli yang berumur bawah 18 tahun tidak layak untuk mengundi tentang hal-hal berikut:

(i) Menganjurkan mogok;

(ii) Membubarkan kesatuan sekerja; dan

(iii) Meminda perkara berkaitan dengan tanggungjawab dan manfaat ahli-ahli kesatuan sekerja.

(c) Ahli-ahli di bawah umur 21 tahun tidak dibenarkan memegang sebarang

jawatan di dalam kesatuan sekerja.

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

Akta ini telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia kepada semua jenis industri kecuali angkatan tentera dan perkapalan yang berkaitan dengan pekerjaan yang dilindungi di bawah Ordinan Perkapalan Perdagangan 1952 dan Ordinan Perkapalan Perdagangan 1960 bagi Sabah dan Sarawak.

2.4

Kenyataan-kenyataan BETUL (B) atau SALAH (S) 1. Sesiapa yang berumur lebih daripada 16 tahun boleh menjadi ahli

kesatuan sekerja. 2. Mereka yang di bawah umur 18 tahun mempunyai penglibatan

yang terhad dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja. 3. Mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun boleh menjadi

pegawai-pegawai di dalam kesatuan sekerja. 4. Pihak pengurusan mempunyai hak untuk menghalang para

pekerjanya daripada melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja.

LATIHAN 2.3

Page 16: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

39

Antara objektif Akta ini adalah untuk: (a) Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para perkerja di

tempat kerja; (b) Melindungi orang lain yang ada di kawasan tempat kerja daripada

sebarang kemalangan yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pekerja; (c) Memastikan persekitaran kerja adalah kondusif; dan (c) Membolehkan perundangan-perundangan yang berkaitan digantikan

secara berperingkat oleh undang-undang dan peraturan-peraturan industri yang telah diluluskan serta diamalkan oleh semua pihak bagi tujuan mengekalkan dan meningkatkan piawaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Keperluan majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994. Pihak majikan perlu mematuhi perkara-perkara berikut: (a) Memastikan keselamatan para pekerja di tempat kerja; (b) Membuat deraf dan mengedarkan polisi berkenaan keselamatan; (c) Jika sebuah organisasi itu mempunyai lebih daripada 40 orang

kakitangan, ia memerlukan organisasi tersebut melantik jawatankuasa keselamatan;

(d) Melantik pegawai keselamatan dan kesihatan yang berdedikasi (di bawah

skop peraturan yang berkaitan); (e) Memberikan latihan penyeliaan dan maklumat mengenai amalan

keselamatan di tempat kerja; dan (f) Melaporkan kemalangan-kemalangan yang serius kepada Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Akta ini mengkehendaki pihak pengurusan mmewujudkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan sekiranya organisasi mempunyai 40 ataupun lebih pekerja ataupun seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

Page 17: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

40

Perbincangan lanjut berkaitan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dibincangkan di dalam Topik 11. Lawat laman web http://www.dosh.gov.my untuk mendapat maklumat mengenai peraturan-peraturan yang digariskan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969

Organisasi Keselamatan Sosial merupakan satu organisasi yang diwujudkan untuk mentadbir, menguatkuasa dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan Keselamatan Sosial (Am) Pekerja 1971. SOCSO ialah singkatan untuk Social Security Organization. Ia lebih dikenali sebagai PERKESO ataupun Pertubuhan Keselamatan Sosial di dalam bahasa Melayu. Pada mulanya, SOCSO atau PERKESO adalah jabatan kerajaan yang kemudiannya diubah kepada badan berkanun pada tahun 1985. Skim Keselamatan Sosial bertujuan untuk melindungi para pekerja daripada keadaan di luar jangkaan seperti malapetaka, kemalangan dan kematian di tempat kerja. Skim ini memastikan pembayaran manfaat kepada para pekerja dan tanggungan mereka melalui dua jenis skim perlindungan seperti yang ditunjukkan di Rajah 2.4.

2.5

1. Nyatakan objektif-objektif Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

2. Apakah syarat majikan terhadap jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994?

LATIHAN 2.4

Page 18: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

41

Rajah 2.4: Skim Perlindungan Akta Keselamatan Sosial 1969

(a) SSkim Insuran Kecederaan Pekerjaan Skim ini melindungi para pekerja daripada malapetaka-malapetaka di

tempat kerja termasuk kemalangan industri, kemalangan yang berlaku semasa perjalanan yang melibatkan pekerjaan dan perkhidmatan terhadap penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan. Di bawah skim ini, pihak majikan dikehendaki membuat caruman kepada setiap pekerja dengan kadar 1.25% daripada gaji mereka.

(b) SSkim Pencen Ilat Skim ini memberikan 24 jam perlindungan kepada para pekerja apabila

mereka terlibat dalam kemalangan atau kematian tanpa mengira puncanya. Pihak pengurusan perlu mencarum sebanyak 0.5% daripada gaji pekerja dan pekerja pula perlu mencarum 0.5% daripada gajinya.

Maklumat mengenai caruman kepada PERKESO adalah seperti berikut: (a) Seorang pekerja yang berkhidmat di bawah kontrak perkhidmatan ataupun

perantisan dan mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah wajib mendaftar dan mencarum kepada PERKESO tanpa mengira status perkhidmatannya sama ada tetap, sementara ataupun kasual.

(b) Seorang pekerja mesti mendaftar dengan PERKESO tanpa mengira umur. (c) PERKESO hanya melindungi pekerja-pekerja Malaysia dan penduduk

tetap sahaja. Pekerja asing pula dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.

Page 19: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

42

(d) PERKESO tidak melindungi kumpulan-kumpulan pekerja berikut:

(i) Seorang yang gajinya melebihi RM3,000 sebulan dan tidak pernah dilindungi sebelum ini.

(ii) Kakitangan-kakitangan kerajaan. (iii) Pembantu domestik yang bekerja di dalam rumah kediaman yang

merangkumi tukang masak, pembantu rumah, jaga, tukang cuci perempuan dan pemandu.

(iv) Pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun serta tidak berkeinginan

untuk bekerja lagi; tetapi jika dia terus bekerja, dia akan dilindungi di bawah Skim Insuran Kecederaan Pekerjaan.

(v) Pekerja yang bekerja sendiri. (vi) Pekerja asing.

AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 2001

Akta ini bertujuan untuk meningkatkan latihan terhadap para pekerja dengan cara melaksanakan dan mengutip levi pembangunan sumber manusia, selain daripada mewujudkan Majlis Pembangunan Sumber Manusia dan Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

2.6

1. Akta Keselamatan Sosial 1969 melindungi semua perkerja yang berkhidmat di bawah kontrak perkhidmatan yang mempunyai gaji tidak lebih daripada RM___________.

2. Jumlah caruman yang wajib dibuat oleh pihak majikan dan juga pekerja di bawah Skim Pencen Ilat ialah _____________.

LATIHAN 2.5

Page 20: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

43

Setiap majikan yang mendaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia perlu membayar levi pembangunan sumber manusia bagi setiap pekerja berdasarkan gaji mereka. Majikan yang mendaftar serta telah membuat pembayaran berhak untuk memohon bantuan kewangan ataupun perkhidmatan yang diperuntukkan di dalam Akta ini bagi tujuan menggalakkan latihan terhadap pekerja. Jadual 2.6 menunjukkan kadar levi yang dikenakan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu di dalam Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001.

Jadual 2.6: Kadar Levi Menurut Sektor

Kriteria Kadar Levi

Berdasarkan Bayaran Pekerja

Sektor perkilangan yang mempunyai 50 atau lebih pekerja 1%

Sektor perkilangan yang mempunyai lebih daripada 10 tetapi tidak melebihi 50 pekerja dengan modal berbayar RM2.5 juta dan ke atas

0.5%

Sektor-sektor perkhidmatan dengan 10 atau lebih pekerja 1%

Di bawah Akta ini, Tabung Pembangunan Sumber Manusia mesti digunakan bagi: (a) Menggalakkan pembangunan dan peningkatan kemahiran-kemahiran para

pekerja dengan mereka bentuk, membangun, meningkatkan atau mengawasi kemudahan-kemudahan berkaitan latihan;

(b) Menyediakan bantuan kewangan melalui pinjaman serta subsidi kepada

pihak majikan untuk tujuan melatih dan melatih semula pekerja-pekerja mereka;

(c) Menganjurkan atau melaksanakan aktiviti serta program yang bertujuan

untuk melatih semula para pekerja yang diberhentikan akibat daripada pengecilan organisasi;

(d) Menanggung kos bagi menguruskan Majlis Pembangunan Sumber

Manusia termasuk pembayaran dan elaun kepada pegawai-pegawai majlis; dan

(e) Menanggung kos-kos pentadbiran yang berkaitan dengan Tabung dan juga

kos yang berkaitan dengan perlaksanaan Akta.

Page 21: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

44

Selain daripada itu, Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 juga memperuntukkan aspek-aspek berkenaan dengan fungsi-fungsi Majlis Pembangunan Sumber Manusia: (a) Menilai dan menentukan jenis-jenis tahap latihan sejajar dengan keperluan-

keperluan industri mengenai sumber manusia;

(b) Meningkatkan latihan tenaga kerja; dan

(c) Mewujudkan syarat-syarat untuk bantuan kewangan dan pinjaman. Lawat laman web http://www.hrdf.com.my bagi mendapatkan maklumat tentang peranan-peranan Pembangunan Sumber Manusia (Bhd.).

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991 (PINDAAN 2006)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan organisasi kerajaan yang bertanggungjawab mengenai keselamatan sosial atau perancangan persaraan kepada pekerja-pekerja yang bekerja secara sah di Malaysia. Semua majikan perlu mendaftarkan pekerja-pekerja mereka dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebaik sahaja diambil bekerja.

Tujuan KWSP ialah untuk menggalakkan ppekerja menabung bagi tujuan persaraan.

2.7

1. Terangkan tujuan Tabung Pembangunan Sumber Manusia di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2003.

2. Nyatakan fungsi-fungsi Majlis Pembangunan Sumber Manusia yang dibentuk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2003.

LATIHAN 2.6

Page 22: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

45

Rajah 2.5 menunjukkan kadar caruman KWSP.

Rajah 2.5: Kadar caruman KWSP

Kadar caruman yang diperuntukkan di bawah Akta ini berdasarkan: (a) Seorang pekerja yang berumur tidak lebih daripada 60 tahun. Caruman

penuh ialah 24% (13% majikan, 11% pekerja) bagi yang bergaji RM5,000 dan ke bawah. 23% (12% majikan dan 11% pekerja) bagi yang bergaji tidak lebih daripada RM5,000 sebulan.

(b) Seorang pekerja yang berumur 60 tahun hingga ke 75 tahun. Kadar

caruman ialah 50% daripada caruman yang dikenakan ke atas seorang pekerja yang berumur di bawah 60 tahun dalam bentuk upah.

Berkuatkuasa 1 Januari 2007, akaun pencarum dibahagikan kepada dua jenis � Akaun 1 dan Akaun 2. Semua caruman akan dibahagikan ke dalam dua akaun ini berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan, iaitu, 70 peratus ke dalam akaun 1 dan 30 peratus ke dalam akaun 2. Kedua-dua akaun ini diwujudkan bagi tujuan yang berbeza dan pengeluaran yang berbeza bagi setiap akaun: (a) AAkaun 1 Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk persaraan dan tidak boleh

dikeluarkan kesemua simpanan sebelum seorang pekerja itu berumur 55 tahun atau meninggal dunia, atau hilang keupayaannya dan berkeinginan untuk meninggalkan Malaysia selama-lamanya.

(b) AAkaun 2 Simpanan di dalam akaun ini bertujuan untuk membantu seorang pekerja

itu membuat persediaan awal bagi persaraan yang selesa. Pengeluaran dibenarkan atas perkara-perkara berikut:

Page 23: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

46

(i) Mencapai umur 50 tahun;

(ii) Memiliki rumah atau membuat bayaran muka untuk rumah yang pertama;

(iii) Melangsaikan baki pinjaman rumah yang pertama;

(iv) Membiayai pengajian bagi diri sendiri dan anak-anak; dan

(v) Perbelanjaan perubatan bagi diri sendiri dan anak-anak.

AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952

Tujuan Akta ini ialah untuk memberi ppampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan ataupun penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan.

2.8

Lawat laman web http://www.kwsp.gov.my dan dapatkan maklumat untuk soalan-soalan berikut: 1. Berapakah jumlah pengeluaran yang boleh dikeluarkan daripada

Akaun 2 bagi tujuan pembayaran sebuah rumah? 2. Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh seorang

pekerja sekiranya pihak pengurusan tidak membuat sebarang caruman KWSP?

AKTIVITI 2.5

Mengikut Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, akaun-akaun ahli dibahagikan kepada dua jenis akaun yang berbeza dari segi peratusan carumannya. Nyatakan peratusan-peratusan berdasarkan jumlah caruman yang diperuntukkan ke setiap akaun dan terangkan tujuan setiap akaun tersebut.

LATIHAN 2.7

Page 24: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

47

Pada peringkat awalnya, Akta ini melindungi semua pekerja manual di dalam sektor swasta dan pekerja bukan manual di dalam sektor swasta yang mempunyai gaji tidak lebih daripada RM500 sebulan. Pada tahun 1977, skop Akta ini telah diperluaskan untuk merangkumi pekerja-pekerja bukan manual di dalam sektor awam dengan gaji tidak lebih daripada RM400 sebulan. Pindaan seterusnya dibuat pada tahun 1993 di mana Akta ini memberikan perlindungan kepada semua pekerja asing di dalam sektor swasta. Manakala semua pekerja tempatan di dalam sektor swasta dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1996, Akta ini telah dipinda bagi memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja bukan manual di dalam sektor awam dengan gaji tidak melebihi RM400, sementara pekerja-pekerja asing pula dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja-pekerja Asing 1952.

Isikan tempat kosong Untuk menguji pengetahuan anda mengenai persekitaran perundangan di dalam pengurusan sumber manusia, jawab soalan-soalan di bawah: 1. Halim telah bekerja dengan Syarikat CBA selama empat tahun.

Oleh itu, bilangan cuti tahun yang layak baginya seperti yang diperuntukkan oleh Akta Pekerjaan 1955 ialah ________ hari.

2. Majikan dilarang untuk meminta atau mendesak seorang pekerja

itu untuk bekerja lebih daripada _______ jam seminggu. Soalan-soalan Pelbagai Pilihan 1. Di bawah ialah perkara-perkara di dalam Akta Pekerjaan 1955

KECUALI _______. A. Jam bekerja B. Cuti tahun C. Prosedur bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati D. Pembayaran upah

LATIHAN 2.8

Page 25: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

48

2. Di bawah ialah kenyataan-kenyataan tentang jam bekerja yang diperuntukkan bagi seorang pekerja di bawah Akta Pekerjaan 1955 KECUALI _____________. A. Bekerja tidak lebih daripada 8 jam sehari B. Pekerja mesti diberikan waktu rehat sekurang-kurangnya 45

minit C. Bekerja tidak lebih daripada 5 jam tanpa diberikan rehat D. Bekerja tidak lebih daripada 48 jam seminggu.

3. Di bawah Akta Kumpulan wang Simpanan Pekerja 1991, akaun-

akaun ahli dibahagikan kepada dua jenis akaun. Akaun 1 boleh dibuat pengeluaran apabila ahlinya _____________. A. Melangsaikan hutang B. Membeli sebuah rumah C. Mengalami kecacatan dan tidak dapat lagi bekerja D. Melangsaikan perbelanjaan perubatan.

4. Tujuan mewujudkan Tabung Pembangunan Sumber Manusia ialah

untuk _____________. A. Membangunkan kemahiran pekerja melalui latihan. B. Menyediakan pinjaman permulaan perniagaan bagi majikan. C. Melaksanakan aktiviti-aktiviti atau projek-projek berkaitan

dengan pemulihan semula krisis kewangan D. Membayar semua perbelanjaan organisasi bagi tujuan

mendapatkan perniagaan daripada para pesaing. 5. Manakah yang TTIDAK BENAR mengenai pekerja wanita di bawah

Akta Pekerjaan 1955? A. Pekerja wanita mendapat hak untuk cuti bersalin selama 60

hari. B. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja di antara jam 10 malam

dan 5 pagi. C. Pekerja wanita hanya dibenarkan melakukan kerja-kerja ringan

yang tidak melibatkan pengendalian jentera-jentera. D. Pekerja wanita layak untuk mendapat elaun bersalin sekiranya

dia memaklumkan kepada pihak pengurusan empat bulan sebelum dia melahirkan anak.

Page 26: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG �

49

6. Di bawah ialah fungsi-fungsi Majlis Pembangunan Sumber Manusia KECUALI A. Menentukan syarat-syarat di dalam pemberian bantuan dan

pinjaman kewangan. B. Meningkatkaan latihan tenaga kerja. C. Menilai dan menentukan jenis-jenis latihan yang sesuai bagi

keperluan industri. D. Membantu organisasi menyelesaikan masalah disiplin pekerja.

Soalan-soalan Esei 1.. Amin telah bekerja di Syarikat Teguh selama lima tahun. Beliau telah

dimasukkan ke dalam hospital selama 60 hari disebabkan kemalangan jalanraya. Berapa harikah cuti sakit yang dibolehkan untuk beliau ambil selepas cuti kemalangan jalaraya itu pada tahun tersebut?

2. Nyatakan empat cuti umum yang ditetapkan dan diwajibkan bercuti

dalam setiap tahun. 3. Apakah jenis-jenis cuti yang diperuntukkan di dalam Akta Pekerjaan

1955? 4. Adakah semua majikan dan pekerja dimestikan mencarum ke dalam

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)? Terangkan. 5. Ulaskan secara ringkas jenis-jenis skim yang diperkenalkan di bawah

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

AKTIVITI 1.4

Page 27: 06 BBPB2103 TOPIK 2 - oumvle.oum.edu.myoumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/34366/2014051404…TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG 28 Selain daripada itu, notis penamatan

� TOPIK 2 PERSEKITARAN UNDANG-UNDANG

50

� Secara amnya, sistem perundangan mempengaruhi hubungan kerja antara

majikan dan para pekerja. � Akta Perhubungan Industri 1967 yang telah dibincangkan di dalam topik ini

dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai pentingya sistem pengurusan sumber manusia yang sistematik dan tersusun.

� Topik ini memastikan perhubungan yang harmoni wujud antara pihak

majikan dan para pekerja. � Topik ini juga dapat membantu organisasi mencapai kelebihan daya saing di

dalam pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Akta Kesatuan Sekerja 1959

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Akta Pampasan Pekerja 1952

Akta Pekerjaan 1955

Akta Pembangunan Sumber Manusia 1992

Akta Perhubungan Industri 1967

Cuti

Kontrak perkhidmatan

Pembayaran upah

Pengambilan kerja ke atas wanita

Perhubungan majikan-pekerja

Perlindungan bersalin

Waktu bekerja biasa