pengurusan ekosistem persekitaran

Upload: izwan-aznieta

Post on 19-Jul-2015

177 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KUMPULAN 10

1) 2) 3) 4) 5)

6)7)

NURUL IZZATUL AFIFAH AZIZ NORAMIZAH BINTI CHE ABDUL RASHID SITI NOR LAYYAH ROSLI NURMASLIYANI BT AZIZAN YENNY YASHIRA BINTI MUHAMMAD NORSITISYIDATUN BINTIU KIPLI SURRYANA BINTI MUSLIMIN

Punca semulajadi yang dikaitkan sebagai agen pencemaran udara ialah terbahagi kepada dua iaitu :1.I. Kesan daripada kemarau ataupun el-nino ia akan menyebabkan berlakunya pembakaran hutan secara semula jadi. II. Kesan daripada kemarau ataupun el-nino ia akan menyebabkan berlakunya Jerebu kesan daripada habuk-habuk ataupun partikel-partikel terampai terjadi kesan daripada tanah yang kering kontang.

Kemarau / El-nino

2. Letusan gunung berapi

Walaubagaimanapun, harus diingatkan bukan sekadar punca semula jadi yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara, namun tindakan manusia juga boleh dikaitkan sebagai agen kepada berlakunya pencemaran udara, dan ia terbahagi kepada dua :

1. 2.

Punca-punca pegun pencemaran udara. Punca-punca tidak pegun pencemaran udara.

Menurut kamus dewan dan pustaka (2003) : pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan alam sekeliling dengan sampah sarap. Menurut akta kualiti alam sekitar (1974) malaysia, pencemaran didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi, atau radioaktif mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan atau melatakkan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah, menyebabkan sesuatu keadaan yang merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang, burung, hidupan dalam air atau kepada tumbuh-tumbuhan...

Menurut Nurhasmawaty (2004) kehadiran zarah-zarah yang menggangu sebahagian daripada atmosfera. Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair, atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan hidupan atau bahan-bahan lain (Siti Muliha et al). Pertubuhan kesihatan Amerika Pula mentakrifkan pencemaran udara sebagai keadaan dimana kepekatan bahan-bahan asing di dalam udara adalah terlalu tinggi yang mana boleh mengakibatkan kesan buruk kepada seseorang atau mengakibatkan kemusnahan kepada harta benda( Thachayani Pillai A/P n. Radhakrishnan, 1998).

Pencemaran udara seacara semula jadi didefinisikan sebagai pembebasan bahan-bahan pencemaran ke dalam udara atau atmosfera akibat proses-proses alam seperti asap-asap kebakaran hutan, debu gunung berapi, hadukhabuk yang diterbangkan angin dan lain-lain ( Nurhasmawaty, 2002) secara semulajadi tanpa disebabkan oleh tindakan manusia.

KEMARAU : - Kemarau merupakan satu bentuk fenomena iklim semula jadi yang memberi kesan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia. - Kemarau merujuk kepada satu keadaan dimana purata hujan bagi satu jangka masa tertentu adalah kurang daripada purata hujan yang dicerap. Kesan Kemarau - Ia akan menyebabkan tanah yang kering kontang akan memudahkan partikel-partikel tanah tercungkil dan beterbangan diudara seterusnya akan menyebabkan pencemaran udara disambing ia turut memudahkan berlakunya proses pembakaran hutan secara semula jadi.

EL-NINO : El nino adalah fasa yang berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai putaran selatan el nino. El nino dalam bahasa sepanyol bermakna jesus child dan dirujuk kepad perubahan besar kepad suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.

Kebiasaannya, lautan pasifik sentiasa ditiupi angin timuran, hembusan angin timur ke barat yg meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur iaitu sebelah peru dan chilie Kebiasaannya, lautan pasifik sentiasa ditiupi angin timuran, hembusan angin timur ke barat yg meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur iaitu sebelah peru dan chilie

-Ia menuju ke barat lautan pasifik mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina. -Permukaan air ini diganti dgn air sejuk yg terjadi dari arus antartic humbolt current yg sentiasa dtg dari pantai benua amarika selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut dibahagian tengah dan timur lautan pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dlm tahun terjadinya el nino, angin timuran berkurangan. -Olh itu air hangat yg sepatutnya menuju ke arah barat tetapi berputar balik balik merintangi lautan pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian arus humbolt yg sejuk emnyebabkan timur lautan pasifik yg sepatutnya sejuk tetapi menjadi panas. Semasa air laut hangat memanaskan udara diatasnya ia menaikan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera yg menyebabkan pergolakan awan dan hujan lebat.

KESAN EL-NINO

-Kesan kepada berlakunya El-nino ini, ia akan menyebabkan kemarau yg ekstrim. Selain itu ia turut menyebabkan berlaku banyak kebakaran hutan secara semula jadi. Sebagai contoh, ia turut memusnahkan tanaman spt di Australia dan Filipina. - Secara tidak langsung, ia turut menyebabkan berlakunya jerebu akibat drpd kebakaran hutan secra semula jadi tersebut dan ini boleh dikaitkan kepada punca pencemaran udara secara semula jadi.

Kebakaran secara semula jadi ini berlaku ekoran daripada kemarau yang berpanjangan akan tetapi ia juga didorong oleh aktiviti manusia. Ini dapat dijelaskan dengan aktiviti pembalakan yang menyebabkan kawasan tersebut menerima bahangan matahari secara terus dan menyebabkan daun-daun yang kering akan bergesel sesame sendiri yang dapat menghasilkan api. Kemarakan sesuatu kebakaran ini juga didorong oleh factor tiupan angin. Sebagai contoh di Texas, Amerika Syarikat, kebakaran di kawasan tersebut telah melibatkan hutan yang seluas 3.6 juta ekar di seluruh Texas.

Kebakaran ini lebih marak lagi dengan berlakunya angin Tropical Storm Lee

Jerebu yang kelihatan diruang udara kita adalah disebabkan partikal-partikal atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikal-partikal ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan. Udara akan kelihatan samar kerana partikal kecil yang terampai. Jerebu lazimnya berlaku kesan daripada kemarau berpanjangan dan juga El-Nino. Ini kerena, apabila kemarau dan El-Nino berlaku maka akan mengakibatkan kelembapanya udara menjadi rendah. Udara panas dan kering juga menyebabkan partikal-pertikal tanah mudah tercungkil dan terus terampai di atmosfera, kemudian menyebakan kejadian jerebu. Selain itu, bagi negara yang banyak gunung berapi ia lazimnya mudah untuk berlaku jerebu kesan daripada pembebanan habuk tanah, asap, batu-batu kecil yang seterusnya terampai di udara dan secara tidak langsungnya akan mengakibatkan jerebu. Namun harus diingatkan, jerebu juga boleh berlaku kesan daripada tindakan manusia.

Sebelum gunung berapi meletus, lazimnya gunung tersebut akan mengeluarkan gumpalan awan-awan panas ataupun gumpalan habuk-habuk, debu-debu, abu-abu yang mengandungi kepekatan yang tinggi. Lazimnya material yang terkandung dalam gumpalan habuk tersebut ialah mengandungi gas dan juga batuan halus pelbagai saiz. Ditambah lagi dengan suhu yang sangat tingggi sehingga ada yang mencecah 300c-700c manakala kelajuan lumpurnya ataupun larvarnya juga tinggi iaitu >70 km/jam bergantung kepada kecuraman gunung. Kesan daripada letusan yang berlaku, ia akan menghasilkan Gas vulkanik. Gas ini merupakan gas yang dikeluarkan oleh gunung berapi ketika ia meletus. Selain itu, gas lain yang terhasil ialah Karbon monoksida (CO), Karbon dioksida (CO2), Hidrogen Sulfida (H2S), Sulfur dioksida (S02), dan Nitrogen (NO2) yang dapat membahayakan manusia.

Hujan Abu, kesan daripada material yang sangat halus yang disemburkan ke udara ketika terjadinya letusan. Disebabkan terlalu halus, abu letusan dapat dibawa angin dan disebarkan sampai ratusan kilometer jauhnya. Abu letusan ini juga boleh menganggu sistem pernapasan manusia. Awan panas terjadi hasil letusan yang mengalir bergulung seperti awan. Di dalam gulungan ini terdapat batuan pijar yang panas dan material vulkanik padat dengan suhu lebih besar dari 600 C. Awan panas dapat mengakibatkan luka bakar pada tubuh yang terbuka seperti kepala, lengan, leher atau kaki dan juga dapat menyebabkan sesak nafas.

Secara langsungnya dengan pembebasan habukhabuk, debu-debu, abu-abu daripada letusan gunung berapi tersebut ia sememangnya akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

1. 2.

Punca pegun pencemaran udara. Punca tidak pegun pencemaran udara.

Punca-punca pegun pencemaran udara yang dimaksudkan ialah pencemaran udara yang terhasil kesan daripada bahan-bahan pegun ataupun tidak bergerak. Bahan-bahan pegun yang dimaksudkan ialah seperti kilang-kilang perindustrian, stesen janakuasa elektrik,kilang perindustrian petrokimia, industri berasaskan kayu dan industri kuari. Dengan bertambahnya kilang-kilang tersebut, secara tidak langsung ia akan menyebabkan semakin bertambah pencemaran udara yang dikeluarkan oleh kilang-kilang tersebut.

Buktinya, mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, terdapat sebanyak 5000 sumber pencemaran udara di malaysia. Antaranya ialah pertambahan perlepasan asap daripada kilangkilang,seperti gas sulfur dioksida, habuk kayu kayan, kulit-kulit kayu yang akan menghasilakan gas karbon monoksida, secara lansungnya ia akan menyumbang kepada pencemaran udara di Malaysia. Jadi jelaslah bahawa pencemaran udara yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh punca semulajadi semata-mata, malah pembebasan asapasap daripada sumber pegun ataupun dengan kata lainnya daripada pelbagai jenis kilang perindustrian juga boleh mempengaruhi dan seterusnya menyumbang kepada pencemaran udara.

Punca-punca tidak pegun pencemaran udara yang dimaksudkan ialah pencemaran udara yang terhasil kesan daripada benda-benda yang bergerak.

Benda-benda tidak pegun yang dimaksudkan ialah seperti kenderaan yang bergerak. Sebagai contoh : Menurut Profesor Sham Sani sumber

sumber kenderaan bergerak menjadi punca utama kepada masalah pencemaran udara di Kuala Lumpur-Petaling Jaya.

Terdapat lebih 7 juta kenderaan bermotor di Malaysia untuk tahun 1996. Mengikut peratusan sumbangan punca-punca buatan manusia kepada pencemaran udara di Malaysia sebanyak 82% hasilnya daripada kenderaan bermotor, 9% berpunca daripada stesen-stesen jana kuasa elektrik, 5% industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber, dan 1% bagi pembakaran terbuka khususnya di tapak pelupusan sampah.

Jadi jelaslah bahawa pencemaran udara yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh punca semulajadi semata-mata, malah pembebasan asap-asap daripada sumber tidak pegun ataupun dengan kata lainnya daripada kenderan bermotor dan juga pembakaran sampah di pusat-pusat pelupusan sampah lazimnya juga boleh mempengaruhi dan seterusnya menyumbang kepada pencemaran udara.

Sebagai kesimpulannya, punca pencemaran semula jadi memang merupakan agen pencemaran udara yang utama iaitu kesan daripada kemarau ataupun elnino dan juga letusan gunung berapi, Walaubagaimanapun, pencemaran yang disebabkan oleh perbuatan manusia juga boleh dikaitkan sebagai punca yang turut menyumbang kepada pencemaran udara.

K. Lee Learner dan Brenda Wilmoth Lerner, 2006. Enviromental Issues: Essential Primary Sources.Farmington Hills: Thomson Gale, Hlmn 109

Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan Md Hashim, 2006. Kebakaran Hutan dan isu Pencemaran Udara di Malaysia : Kes Jerebu pada Ogos 2005. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Falkulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi.Mastura Mahmud dan Nurr Huraiza Abd Hanifiah, 2009. Pencemaran Udara Berikutan Peristiwa Jerebu 2005 : Kajian Kes Prai Pulau Pinang, Malaysia. Pusat Pengajian Sains Sosial dan kemanusiaan, UKM Bangi. Mastura Mahmud dan Iza Hadila Ab Liah, 2010. Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka sewaktu peristiwa Jerebu 2005. Pusat Pengajian Sains Sosial dan kemanusiaan, UKM Bangi

Mastura binti Mohd Zain tahun, 2011. Negara Dilanda Jerebu Lagi, Pegawai Penyelidikan Dr Devi Nuraini Santi, 2001. Pencemaran Udara oleh Timbal (pd) serta penanggulangannya. Fakulti Kedoktoran universiti Sumatera Utara. Ir. Nur Hasmawati Pohan, 2001. Pencemaran Udara dan Hujan Asam, Fakulti Teknik Program Study Tekni Kimia, Universitas Sumatera Utara. Ir Nur Hasmawati, 2004. Pencemaran Udara, Fakulti Teknik Program Study Tekni Kimia, Universitas Sumatera Utara. Mohd. Razali Othman, Mohd Talib Hj Latif dan Christopher Anderson Kanny, 2001. Kajian Kepekatan Plumbum Kadmium dan Nitrat di Udara di sekitar kawasan Nilai dan Serdang, Program Sains Sekitaran, UKM Bangi. Mohd Rashid Mohd Yusoff. Reka Bentuk Asas didalam Program Kawalan Kualiti Udara, Unit Kawalan Pencemaran Jabatan Kejuruteraan Kimia.