topik pembuatan 3 3 pembuatan keputusan 43 rajah 3.1: persekitaran pembuatan keputusan 3.1.1...

Download Topik Pembuatan 3 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN 43 Rajah 3.1: Persekitaran pembuatan keputusan 3.1.1 Pembuatan

Post on 18-Apr-2019

273 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENGENALAN Salah satu tugas penting bagi seorang pengurus adalah sebagai pembuat keputusan. Pembuatan keputusan ditakrifkan sebagai satu proses mengenal pasti masalah, memberi penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian terbaik yang sedia ada dan melaksanakannya. Dalam erti kata lain, ia adalah satu proses memilih suatu penyelesaian daripada beberapa alternatif yang sedia ada. Dalam membincangkan pembuatan keputusan, konsep penting lain yang perlu diambil kira adalah pembuatan keputusan yang rasional. Membuat keputusan secara rasional merujuk kepada pembuatan keputusan berdasarkan fakta, pendapat dan sebab-sebab munasabah. Pada amnya, keputusan yang dibuat

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis persekitaran untuk pembuatan keputusan;

2. Membincangkan proses-proses yang terlibat dalam membuat keputusan yang rasional;

3. Menerangkan batasan-batasan dalam membuat keputusan rasional;

4. Menyatakan kaedah-kaedah penambahbaikan pembuatan keputusan;

5. Mengkaji kaedah-kaedah dalam pembuatan keputusan secara berkumpulan; dan

6. Menilai kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan pembuatan keputusan secara berkumpulan.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

33 Pembuatan

Keputusan

TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN

42

berdasarkan fakta dan pendapat adalah merupakan keputusan yang terbaik. Namun begitu, tidak semua pembuat keputusan dapat membuat keputusan yang rasional. Ini adalah disebabkan oleh batasan-batasan yang wujud dalam persekitaran atau dalam diri pembuat keputusan itu sendiri. Dalam topik ini, perkataan pembuat keputusan dan pengurus akan digunakan secara silih berganti. Ini kerana dalam konteks sesebuah organisasi, pengurus adalah orang yang bertanggungjawab membuat keputusan. Oleh itu, sama ada istilah pengurus atau pembuat keputusan digunakan, ia merujuk kepada individu yang sama iaitu orang yang membuat keputusan.

PERSEKITARAN PEMBUATAN KEPUTUSAN

Sesuatu keputusan yang baik bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalaman, kecekapan dan kemahiran pembuat keputusan tersebut tetapi juga kecukupan dan kesahihan maklumat yang diperoleh yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan (Abu Mansor et al, 1999). Maklumat yang disebut di sini merujuk kepada maklumat yang dapat membantu kita dalam membuat ramalan tentang keadaan-keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, mungkinkah kita boleh meramal dengan tepat tindakan pesaing-pesaing pada masa hadapan atau kadar faedah bagi tahun depan atau perubahan-perubahan dalam undang-undang yang mungkin berlaku pada masa hadapan dan sebagainya? Sekiranya kita boleh mendapat maklumat yang mencukupi, ia akan menjadi lebih mudah bagi kita untuk meramal situasi yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Selepas itu, proses pembuatan keputusan akan menjadikan mudah dan tepat. Secara amnya, terdapat tiga keadaan maklumat dalam proses pembuatan keputusan: sama ada maklumat yang diperoleh itu adalah lengkap, tidak lengkap atau tidak mempunyai maklumat langsung. Sehubungan dengan ini, ia akan mewujudkan tiga persekitaran atau keadaan pembuatan keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

3.1

Tahukah anda faktor-faktor penentu dalam pembuatan keputusan?

SEMAK KENDIRI 3.1

TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN

43

Rajah 3.1: Persekitaran pembuatan keputusan

3.1.1 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Kepastian

Dalam keadaan ini, pembuat keputusan mendapat maklumat yang lengkap untuk memudahkannya membuat keputusan. Beliau mampu meramalkan dengan pasti situasi-situasi yang akan berlaku pada masa hadapan. Dengan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan, keputusan yang dihasilkan oleh setiap keputusan alternatif akan dapat ditentukan atau diketahui dengan pasti. Alternatif yang menghasilkan keputusan yang terbaik akan dipilih dan dilaksanakan. Contoh pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian boleh dilihat dalam situasi berikut: Katakan anda telah ditawarkan dua pelaburan alternatif Pelaburan A dan Pelaburan B. Pelaburan A memberi pulangan sebanyak lima peratus dalam tempoh dua tahun, manakala Pelaburan B memberi pulangan sebanyak enam peratus juga dalam tempoh dua tahun. Anda mempunyai maklumat yang mencukupi berkaitan dengan pelaburan-pelaburan ini. Anda mampu untuk mengetahui jenis pelaburan, tempoh pelaburan dan kadar pulangannya. Daripada maklumat yang lengkap ini, anda dapat mengetahui pulangan hasil daripada setiap pelaburan yang dibuat. Pembuat keputusan yang rasional semestinya memilih pelaburan alternatif yang memberikan pulangan paling tinggi, iaitu Pelaburan B.

3.1.2 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Ketidakpastian

Dalam situasi ini, pembuat keputusan tidak mempunyai sebarang maklumat yang dapat membantu dalam pembuatan keputusannya. Oleh itu, beliau tidak dapat mengetahui dengan pasti peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan dan juga tidak dapat meramal hasil daripada setiap keputusan alternatif yang dibuat. Dengan itu, pembuat keputusan terpaksa menggunakan segala pengalaman dan budi bicaranya dalam membuat sesuatu keputusan.

TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN

44

Contoh berikut menjelaskan pembuatan keputusan dalam keadaan ketidakpastian: Syarikat ABC telah lama menjalankan perniagaan perabot rotan di kawasan Bandar Banjau. Kini, Syarikat ABC memutuskan untuk memperkenalkan satu produk baru ke pasarannya, iaitu, barang perhiasan yang diperbuat daripada seramik. Oleh kerana perhiasan seramik ini adalah sesuatu yang baru kepada penduduk Bandar Banjau dan tiada peniaga sebelum ini yang pernah menjual produk tersebut, Syarikat ABC tidak dapat meramal sambutan pengguna terhadap produk tersebut. Ini adalah kerana tidak ada data sebelumnya yang boleh digunakan sebagai panduan. Adakah penduduk Bandar Banjau akan berminat dengan produk seramik yang dipasarkan? Memandangkan reaksi pengguna tidak dapat diramal maka kesan setiap keputusan alternatif juga tidak dapat diramal. Dalam kes ini, keputusan alternatif yang boleh dipertimbangkan adalah daripada aspek menetapkan harga jualan. Adakah perhiasan seramik tersebut dijual pada harga RM10, RM7 atau RM5? Memandangkan tiada maklumat yang boleh digunakan sebagai panduan, maka pada kebiasaannya, keputusan yang akan diambil bergantung kepada budi bicara pembuat keputusan itu sendiri.

3.1.3 Pembuatan Keputusan dalam Keadaan Berisiko

Apabila membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian, pembuat keputusan perlulah mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap risiko. Kecenderungan risiko merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk mengambil atau mengelak risiko. Individu yang mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap risiko akan berani mengambil risiko dalam sebarang keputusan yang dibuat. Memandangkan tiada maklumat yang diperoleh bagi membantu pembuatan keputusan, maka adalah penting bagi pembuat keputusan yang beroperasi dalam keadaan ini mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi terhadap risiko.

Jika anda seorang pengurus, apakah faktor-faktor yang membolehkan anda membuat keputusan yang berisiko? Bincangkan jawapan anda dengan rakan-rakan sekelas.

AKTIVITI 3.1

TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN

45

Kebanyakan pengurus atau pembuat keputusan sebenarnya beroperasi dalam keadaan seperti ini. Mereka mempunyai maklumat, namun maklumat tersebut adalah tidak lengkap. Oleh itu, mereka tidak begitu pasti keadaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Maklumat yang minimum hanya akan memberikan sedikit petunjuk dalam meramalkan apa yang akan berlaku. Sama ada keadaan itu benar-benar akan berlaku atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan. Biasanya, sesuatu keadaan itu hanya boleh diandaikan berlaku berdasarkan maklumat yang diperoleh dan peratusan kebarangkalian yang ia akan berlaku. Sebagai contoh, daripada penyata jualan bulanan, didapati jumlah jualan telah meningkat setiap bulan. Oleh itu, anda boleh mengandaikan yang syarikat tersebut akan memperoleh keuntungan bersih pada tahun ini selepas mengalami kerugian pada tahun lepas. Tanpa mendapatkan maklumat lain seperti kos operasi, perubahan cita rasa di kalangan pengguna dan faedah pinjaman, anda hanya boleh mengandaikan yang syarikat tersebut akan memperoleh keuntungan berdasarkan arah aliran jualan untuk beberapa bulan yang lalu. Maka, anda mengatakan kebarangkalian syarikat akan mendapat untung adalah 60 peratus, dan kebarangkalian syarikat akan rugi adalah 40 peratus. Dengan ini, anda membuat keputusan untuk meningkatkan pelaburan. Di sini, anda telah membuat keputusan dalam keadaan yang berisiko iaitu tidak diketahui sama ada syarikat benar-benar akan untung atau sebaliknya.

Apakah langkah-langkah yang anda rasa perlu bagi seseorang pengurus dalam membuat keputusan?

SEMAK KENDIRI 3.2

Bincangkan tiga persekitaran pembuatan keputusan yang berbeza yang dihadapi oleh pengurus-pengurus.

LATIHAN 3.1

TOPIK 3 PEMBUATAN KEPUTUSAN

46

PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN YANG RASIONAL

Walaupun membuat sesuatu keputusan kelihatan mudah, namun, bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik, ia mestilah rasional. Ini bermakna keputusan tersebut mestilah berdasarkan fakta, pendapat dan sebab-sebab yang munasabah. Penilaian yang sistematik harus dibuat dalam keseluruhan proses membuat keputusan. Ringkasnya, membuat keputusan yang rasional boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang sistematik dalam mentakrifkan masalah, menilai alternatif keputusan dan memilih alternatif keputusan terbaik yang sedia ada. Menurut Williams (2000), terdapat enam langkah atau proses yang perlu diikuti untuk membuat keputusan

Recommended

View more >