menilai persekitaran perniagaan

24
DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHAN BPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN MENILAI PERSEKITARAN PERNIAGAAN Innovation distinguishes between a leader and a follower. Steve Jobs

Upload: syahremie-teja

Post on 07-Feb-2017

388 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

MENILAI PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Innovation distinguishes between a leader and a follower.

Steve Jobs

Page 2: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

HASIL PEMBELAJARAN  1. Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang mempengaruhi

aktiviti keusahawanan. 2. Membincangkan mengenai pengaruh persekitaran luaran (makro dan mikro) 3. Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman serta perbezaannya

dengan persekitaran luaran 4. Menjelaskan konsep dan jenis jaringan kerja. 5. Menghuraikan kepentingan jaringan kerja serta strategi dalam

membangunkannya.

Page 3: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN PERNIAGAANPersekitaran perniagaan

Page 4: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME3023 Pengurusan Perniagaan Francais

Page 5: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

Page 6: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PENGENALAN• Persekitaran  merujuk  kepada  keadaan  luaran  serta  dalaman  organisasi  yang  boleh 

memberi  kesan  terhadap  perniagaan  dan  dapat   mempengaruhi  usahawan  di  dalam proses membuat keputusan.

• Analisis  terhadap  persekitaran  perniagaan  adalah  penting  bagi  memberi  panduan kepada para usahawan dalam membuat keputusan yang lebih tepat.

Page 7: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN LUARAN• Persekitaran luaran terdiri daripada persekitaran makro dan persekitaran mikro.

• Persekitaran makro ialah  persekitaran  yang  mempengaruhi  aktiviti    perniagaan secara tidak langsung.

• Persekitaran mikro pula  merupakan  unsur-unsur  yang  berada  di  luar  organisasi perniagaan yang dapat mempengaruhi aktiviti perniagaan secara langsung.

Page 8: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN MAKRO• Faktor  luaran  yang  tidak  dapat  dikawal  tetapi  dapat  mempengaruhi  pembuatan 

keputusan, prestasi dan strategi sesebuah organisasi. (PEST)

Faktor Ekonomi• Keadaan  ekonomi  yang  baik  dan  stabil  menjamin  perkembangan  ekonomi    ,jika 

ekonomi sesebuah negara meleset maka negara akan berada di dalam keadaan yang tidak stabil.

• usahawan perlu menganalisis dengan mengimbas, mengawasi, meramal dan menilai keadaan ekonomi.

Politik Dan Perundangan• Undang-undang, polisi dan peraturan adalah berbeza mengikut negara.

• Perlu  patuh  dan  setia  kepada  polisi,  perundangan  dan  pengawalan  di  mana perniagaan itu beroperasi.

• usahawan perlu sentiasa peka kepada polisi, peraturan dan perundangan antarabangsa jika ingin menjalankan perniagaan di luar negara.

Page 9: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN MAKRO Faktor Sosio-budaya

• Melibatkan  aspek  seperti  demografi,  gaya  hidup masyarakat,  perubahan  nilai  sosial dan juga budaya.

• Perubahan  dalam  kependudukan  terjadi  apabila  berlaku  perubahan  penduduk, kumpulan  etnik  dan  struktur  penduduk  berkaitan  umur,  jantina,  lokasi  geografi  dan pengagihan penduduk.

• Faktor ini menyumbangkan kepada desakan pengguna dan kuasa jual beli.

• Contohnya, pertambahan bilangan kanak-kanak

Faktor teknologi• Teknologi  merangkumi  kesenian  industri,  aplikasi  sains,  kejuruteraan,  rekaan  sains, 

proses dan juga kaedah.

• Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran 

• dan peluang baru kepada usahawan.

• Contohnya, teknologi internet

Page 10: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN MIKRO

• Mempengaruhi  aktiviti  keusahawanan  secara  langsung  dari  luar  organisasi perniagaan.

Pelanggan• Pelanggan yang berpuas hati dengan sesuatu produk merupakan sumber yang terbaik 

bagi menarik pelanggan-pelanggan yang baru bagi  sesebuah perniagaan 

• Terdiri daripada individu seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau pun pembeli industri seperti pemborong, peruncit dan agen.

• Pengguna ialah raja dalam sistem pasaran. 

Pembekal • membekalkan  input  kepada  sesebuah  perniagaan  untuk  tujuan  pemprosesan  dan 

seterusnya bagi mengeluarkan output untuk dipasarkan kepada pihak pengguna.

• Kegagalan  mewujudkan  kepercayaan  dengan  pihak  pembekal  akan  menjejaskan proses  pengeluaran  sarna  ada  dari  segi  kualiti  atau  masa  sesuatu  produk  itu dipasarkan

Page 11: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME3023 Pengurusan Perniagaan Francais

PERSPEKTIF PELANGAN

Page 12: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN MIKROPihak Kerajaan Dan Agensi-agensi Yang Terlibat

• Pihak kerajaan boleh mempengaruhi sesebuah perniagaan melalui dasar-dasar yang diwujudkan.

• Contohnya, Dasar Penswastaan  (1983) untuk mengurangkan beban kewangan pihak kerajaan 

• Segala peraturan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan perlulah diikuti dan dipatuhi oleh usahawan. 

Pihak Institusi Kewangan• sumber untuk modal  luaran bagi memulakan perniagaan baru atau mengembangkan 

perniagaan yang sedia ada.

• Kegagalan bagi mendapatkan pinjaman 

     kewangan akan menjejaskan perkembangan 

     sesebuah perniagaan.

Page 13: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN MIKROPesaing

• Terdiri  daripada  individu  perseorangan,  pasukan  atau  pun  syarikat  yang  bersaing  di dalam persekitaran sesebuah perniagaan.

• Kekuatan dan kelemahan pesaing perlu dianalisis untuk membangunkan strategik.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)• Pertubuhan  yang  ditubuhkan  oleh  pihak  atau  pertubuhan  swasta  yang  tidak 

mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan.

• pihak ini mungkin akan menggalakkan atau menjejaskan penjualan produk di pasaran.

• FOMCA  juga  merupakan  contoh  pertubuhan  bukan  kerajaan  yang  memberi perlindungan kepada pihak pengguna.

Page 14: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN DALAMAN• Persekitaran  dalaman  sesebuah  organisasi  termasuklah  pekerja,  pengurusan  dan 

budaya korporat yang mencerminkan gelagat pekerja.

Struktur• Struktur  organisasi  yang  rasmi  adalah  susunan  secara  hirarki  tentang  manusia  dan 

tugas yang dijalankan.

• Dikenali sebagai rantaian perintah (chain of command).

• Semakin besar dan kompleks sesebuah organisasi, 

     maka hirarkinya adalah lebih tinggi.

Budaya• Budaya korporat boleh ditakrifkan sebagai suatu bentuk amalan, perlakuan dan tindakan 

yang bertujuan untuk menerbitkan perasaan dan sentimen tertentu di dalam organisasi.

• sesebuah  organisasi  mewujudkan  budaya  yang  positif  di  dalam  organisasi  mereka kerana ianya dapat menghasilkan persekitaran kerja yang sihat dan baik.

Page 15: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN DALAMAN Sumber

• aset penting yang diperlukan bagi memastikan pengeluaran produk dapat dijalankan.

• Antaranya  ialah  sumber  kewangan,  sumber  fizikal,  sumber  manusia,  sumber teknologi, sumber reputasi, dan sumber organisasi.

1. Sumber kewangan• aset wang dan sumber-sumber pembiayaan lain.

• keupayaan pinjaman firma, kemampuan untuk memperoleh ekuiti baru dan lain-lain lagi.

• menilai  syarikat  seperti  nisbah  hutang  kepada  ekuiti,  pengkadaran  kredit  luaran  dan pulangan atas pelaburan (ROI) hasilan dana dalaman syarikat

2. Sumber fizikal• harta  ketara  yang  firma  gunakan  dalam  pengeluaran  dan  pentadbiran  perniagaan.  - 

loji dan peralatan firma

• aset tak ketara seperti tanda perniagaan, hak cipta, pelesenan, paten dan sebagainya

Page 16: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN DALAMAN3. Sumber manusia• usahawan  itu  sendiri  dan  juga pekerja-pekerjanya  yang merupakan pasukan pekerja 

bertindak sebagai penggerak perniagaan. 

• Pengetahuan, pengalaman dan latihan sangat bernilai dan menjadi sumber kekuatan.

• usahawan  perlu  bekerja  kuat,  jujur,  berwawasan,  bersemangat,  tidak  mudah  putus asa, menepati janji dan mempunyai sifat positif.

• penyediaan insentif seperti bonus, insurans, cuti bergaji dan sebagainya perlu diambil kira

4. Sumber teknologi• proses,  sistem  atau  transformasi  fizikal  yang  melibatkan  makmal,  kemudahan 

penyelidikan dan pembangunan, teknologi ujian dan awalan kualiti. 

• Sumber  teknologi  mungkin  tidak  dapat  bertahan  lama  jika  tiadanya  kreativiti  dan inovasi.

Page 17: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

PERSEKITARAN DALAMAN5. Sumber reputasi• persepsi pihak di persekitaran luaran terhadap syarikat. 

• Reputasi  bukan  hanya wujud  sebagai  kesetiaan  pelanggan  terhadap  jenama produk syarikat, tetapi boleh wujud pada peringkat korporat sebagai imej syarikat.

6. Sumber organisasi• termasuklah struktur firma, sistem yang dilaksanakan, dan rutin harian syarikat. 

• Ini  merangkumi  sistem  pelaporan  formal  syarikat,  sistem  membuat  keputusan  dan sistem maklumat, dan perancangan formal dan tidak formal.

Page 18: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

JARINGAN KERJA USAHAWAN• Semua hubungan yang dibentuk atau wujud dan dikekalkan oleh seseorang usahawan 

dengan manusia di sekelilingnya untuk faedah bersama

• Keluarga,  rakan,  pembekal,  kerajaan  dan  sebagainya  akan  memberi  sokongan  dari segi  sumber  modal,  maklumat,  tenaga  kerja,  sokongan,  dan  peluang  kepada usahawan.

Konsep Jaringan Usahawan• Hubungan  ini  antara  lain  adalah  penting  bagi  membantu    penubuhan  perniagaan 

usahawan dan seterusnya perkembangan perniagaan mereka.

• semua  hubungan  yang  dibentuk  (wujud)  dan  dibekalkan  oleh  seseorang  usahawan dengan manusia disekelilingnya.

• usahawan  harus  memiliki  kemahiran  "know-who" bagi  memajukan    perniagaan mereka  disebabkan  oleh  sumber  manusia  di  luar  perniagaan  boleh  menawarkan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan.

Page 19: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

JARINGAN KERJA USAHAWANFaedah Jaringan Keusahawanan

• saiz  jaringan  yang  besar,  usahawan  mendapat  sumber-sumber  dan  mengintai peluang-peluang yang diperlukan oleh perniagaan mereka.

• membina  reputasi  dan  kredibiliti  diri  dan  perniagaan  dan  seterusnya  dapat memberi kelebihan persaingan.

• Jaringan  usahawan  seperti  keluarga,  rakan,  pembekal,  kerajaan  dan  lain-lain  akan memberi  sokongan  dari  segi  sumber,  maklumat,  sokongan  dan  peluang  kepada usahawanan.

• Agensi  kerajaan  juga  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  pembangunan usahawan terutama pada peringkat penubuhan perniagaan.

• Jaringan  dengan  pelanggan  memberi  maklumat  perniagaan,  modal  pusingan, kemahiran, perantaraan dan sebagainya

Page 20: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

JARINGAN KERJA USAHAWAN Jenis Jaringan Usahawan

• dibahagikan  kepada  tiga  kategori  iaitu  jaringan peribadi, jaringan awam dan jaringan perniagaan.

a. Jaringan peribadi• jaringan  yang  tidak  formal  yang  melibatkan  hubungan  secara  langsung  dan 

bersemuka  antara  usahawan  dengan  pihak  tertentu  seperti  ibu  bapa,  rakan-rakan, keluarga, bekas guru/pensyarah, ahli-ahli persatuan sosial dan kumpulan belia.

• Hubungan peribadi ini berupaya membentuk ikatan yang kuat.

• Menjadi sumber pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan terutama di peringkat pembentukan perniagaan dan di awal perniagaan.

• Pihak-pihak berkenaan kebiasaannya tidak mengharapkan sebarang pulangan daripada usahawan

Page 21: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

JARINGAN KERJA USAHAWANb. Jaringan awam• sumber  awam  yang  mana  usahawan  dapat  menggunakan  sumber  ini  bagi 

meningkatkan  pengetahuan,  mendapatkan  maklumat  serta  sebagai  perantaraan dengan pihak-pihak tertentu.

• Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, buku-buku, tv, radio, video, internet dan bahan lain.

• Selain  itu,  alat-pandang  dengar,  program  latihan,  seminar  dan  bengkel  serta persatuan secara tidak langsung dapat memberi faedah kepada usahawan.

c. Jaringan perniagaan• jaringan formal pula merupakan hubungan yang pada amnya berasaskan aktiviti yang 

berkaitan dengan perniagaan.

• Misalnya,  pelanggan,  pembekal,  bank,  akauntan,  kerajaan,  persatuan  perniagaan, badan-badan profesional dan seumpamanya

Page 22: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

MENGURUS JARINGAN USAHAWANPeringkat pertama: Merancang hubungan dengan ahli jaringan mereka• menyenaraikan ahli-ahli dalam jaringan mereka dan cara untuk menghubungi mereka.

• Contoh  kaedahnya  ialah,  bertukar-tukar  kad  perniagaan  ketika  berjumpa  di  majlis-majlis tertentu.

• mengenal  pasti  pihak-pihak  yang  harus  mereka  kenali,  bagaimana  serta  di  mana pengenalan boleh dilakukan

Peringat kedua: Bagaimana mewujudkan hubungan dengan mereka ini• menggunakan  sepenuhnya  pertemuan  semasa  latihan,  bengkel  atau  seminar,  ekspo 

perniagaan, mesyuarat persatuan, dan sebagainya. 

• Interaksi akan berlaku lebih kerap sekiranya terdapat kepentingan bersama dan saling bergantungan  dalam  pertukaran  sumber  maklumat,  peluang  perniagaan  dan sebagainya.

Page 23: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

MENGURUS JARINGAN USAHAWANPeringkat ketiga: Mengekalkan hubungan agar tidak berlaku masalah• jika  hubungan  dengan  pembekal  dipupuk  maka  bayaran  kepada  pembekal  mestilah 

bersih dan mengikut jadual.

• perlu  pastikan  produk  dihantar  dengan  cepat  dan  mengikut  spesifikasi  yang dikehendaki oleh pelanggan bagi mengekalkan hubungan baik

• kaedah seperti penghantaran kad-kad ucapan atau bunga pada hari-hari tertentu atau majlis-majlis tertentu adalah digalakkan

Page 24: Menilai persekitaran perniagaan

DISEDIAKAN OLEH: MATHIVANNAN JAGANATHANBPME1013 ASAS KEUSAHAWANAN

KESIMPULAN• Sesebuah perniagaan akan sentiasa berinteraksi dengan persekitaran tidak kira sama 

ada persekitaran dalaman mahu pun luaran.

• Jaringan  usahawan  sangat  penting  dan  menjadi  asas  kepada  pembentukan  dan pembangunan perniagaan.

• setiap  usahawan  membuat  analisis  persekitaran  dan  membina  jaringan  kerja  yang baik bagi mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman