persekitaran makro

15
FAKULTI SEMESTER OUMM 2103 NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN :

Upload: sahrin-suntrak

Post on 13-Jan-2016

3.660 views

Category:

Documents


90 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

FAKULTI

SEMESTER

OUMM 2103

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

OUMM 2103

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/SURAT

01 PENGENALAN 2

02 ELEMEN AM PERSEKITARAN MAKRO 2

03 UNSUR PERSEKITARAN MAKRO SAMSUNG 8

04 CADANGAN PENAMBAIKAN 9

05 KESIMPULAN 11

05 RUJUKAN 12

1

OUMM 2103

PENGENALAN

Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung

Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia.

Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai

lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang

US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal

di dunia. Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula

sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan

memperkembangkan perniagaannya.

Pada masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang

perniagaan, iaitu Telekomunikasi (telefon bimbit dan rangkaian), Teknologi Digital dan

peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk,

pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.

Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee

Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.

ELEMEN AM PERSEKITARAN MAKRO

Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan

sesuatu perniagaan adalah sangat penting dan ianya akan menentukan kejayaan dan

mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang diuruskan. Boleh dikatakan kesemua

aspek yang melibatkan perniagaan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor atau komponen-

komponen persekitaran yang ada. Walaupun agak sukar dan tidak berkemampuan bagi

usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada namun sudah mencukupi sekiranya

semua usahawan memahami faktor-faktor atau komponen-komponen persekitaran

tersebut.

Dunia perniagaan mempunyai empat faktor persekitaran makro yang terpaksa

dihadapi oleh semua perniagaan. Bagi memahami persekitaran ini analisis “PEST” iaitu

2

OUMM 2103

singkatan bagi Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi boleh digunakan. Ada dua kaedah

terkenal yang sering digunakan di dalam menganalisa faktor-faktor persekitaran

makro/luaran yang mempengaruhi sesuatu perniagaan iaitu “Pest Analisis” yang

merangkumi Politik, Ekonomi, Sosial & Teknologi dan juga “Pestle Analisis” yang

merangkumi Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi & Legal atau undang-undang.

Sesungguhnya dunia perniagaan sekarang ini banyak dipengaruhi oleh

persekitaran politik dan perundangan . Ianya bukan sahaja persekitaran politik di negara

sesuatu perniagaan itu beroperasi (National) malahan ianya turut dipengaruhi oleh

persekitaran politik dunia keseluruhannya (Global). Faktor politik dan perundangan boleh

dipecahkan kepada dua isu utama iaitu Isu Global dan juga Isu National. Sistem politik,

Dasar-Dasar serta polisi-polisi sesebuah negara adalah diantara faktor-faktor yang akan

mempengaruhi strategi yang akan ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi.

Kajian sistem politik bagi negara-negara berkenaan hendaklah dilakukan terlebih dahulu

bagi memastikan bentuk sistem politik yang diamalkan. Boleh dipecahkan kepada tiga

elemen utama iaitu kestabilan sistem politik sesebuah negara boleh dikatakan satu faktor

asas yang mempengaruhi strategi ataupun aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah syarikat.

Namun begitu Syarikat atau organisasi hendaklah peka dan mengetahui bahawa

kestabilan sesebuah negara itu tidak akan sentiasa kekal selama-lamanya. Sistem politik

dan perundangan sesebuah negara kemungkinan berbeza maka dengan itu syarikat atau

organisasi hendaklah sentiasa bersedia dan merangka pelan-pelan tindakan dengan

mengambil kira potensi serta risiko yang terpaksa ditempohi oleh syarikat atau organisasi

di masa hadapan.

Risiko politik boleh memberikan kesan yang dapat mempengaruhi perniagaan

akibat tindakan politik oleh kerajaan negara tuan rumah. Diantara tindakan-tindakan yang

boleh mereka lakukan ialah dengan memiliknegarakan semua syarikat subsidiari asing

yang berada di negaranya tanpa membuat sebarang bayaran pampasan, mengenakan

cukai korporat yang tinggi ke atas syarikat dan ada juga sesetengah kerajaan yang

meletakkan syarat di mana sebahagian besar dari keuntungan syarikat asing yang

beroperasi di negaranya hendaklah melaburkan semula keuntungan tersebut di negaranya

3

OUMM 2103

malah keuntungan syarikat juga akan dikenakan cukai yang tinggi yang pasti akan

menggurangkan keuntungan syarikat-syarikat yang terlibat.

Adalah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi semua negara di dunia ini

mengenakan halangan perdagangan bagi setiap barangan atau produk import yang akan

memasuki negara mereka. Ianya adalah satu cara atau strategi bagi memastikan bahawa

produk-produk atau barangan-barangan yang masuk tidak akan memberi kesan yang

boleh menganggu pasaran atau industri produk atau barangan yang sedia ada di dalam

negara tersebut. Halangan perdagangan boleh dibuat melalui pelbagai bentuk dan cara.

Contohnya seperti pihak kerjaaan mengenakan tarif (cukai) pada barangan atau produk

import. Biasanya tarif (cukai) yang dikenakan ini akan dibayar terus oleh pengimport.

Ada juga sesetengah negara atau kerajaan mengenakan kuota pada produk import

dengan membataskan kuantiti produk tersebut dari memasuki negara mereka. Selain

daripada itu diantara halangan-halangan perdagangan yang lain adalah seperti sekatan

eksport, Embargo iaitu larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau

mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari atau ke sesebuah negara,

penetapan piawaian, tarif (cukai) eksport iaitu cukai yang dikenakan terhadap barang

yang dieksport, subsidi iaitu campurtangan perniagaan oleh kerajaan di dalam sesebuah

negara dengan memberi subsidi kepada syarikat tempatan agar dapat bersaing dengan

syarikat asing, tarif transit iaitu cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap

barang yang singgah di negaranya sebelum ke destinasi dan lain-lain sekatan yang pasti

akan menjadi faktor penghalang dan gangguan kepada setiap syarikat di dalam

memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Pelbagai blok dan organisasi perdagangan antarabangsa telah wujud bagi

memupuk dan menggalakkan perdagangan dunia. Diantaranya adalah seperti AFTA yang

membawa maksub Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Menurut Aini Hayati, M. et al.

(2008) Penubuhan AFTA adalah untuk mempercepat pengurangan kadar tarif ke atas

barangan industri melaui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (Agreement on Common

Effect Preferential Tarff- CEPT) dan usaha untuk menarik pelabur menanam modal

dengan memberi pelbagai insentif seperti melonggarkan cukai untuk melabur. Diantara

blok dan organisasi perdagangan yang lain adalah seperti WTO (World Trade

4

OUMM 2103

Organisation), NAFTA (North American Free Trade Agreement), EEC (European

Economic Community), EAEC (East Asean Economic Caucus), APEC (Asia Pasific

Economic Cooperation), TPP (Trans-Pasific Partnership Agreement (TPP) Contohnya:

Malaysia telah menjadi anggota penuh rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific

(Trans-Pasific Partnership Agreement (TPP). Ini telah membuka peluang bagi

meneruskan usaha untuk mengadakan FTA perdagangan istimewa (preferential trade)

dengan rakan dagang dan sumber pelaburan yang penting iaitu Amerika Syarikat.

Perjanjian-perjanjian perdagangan ini akan memberi kesan kepada transaksi-transaksi

perniagaan yang akan dijalankan oleh usahawan-usahawan. Apabila membincangkan

tentang isu national, kita tidak dapat lari dari membincangkan tentang dasar-dasar dan

polisi-polisi kerajaan, undang-undang, peraturan, kawalan, percukaian dan sebagaimya.

Syarikat juga hendaklah mengenalpasti dasar-dasar baru serta polisi-polisi yang

ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program

Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia Ke-10, Dasar Luar Negara, Dasar

Industri, Dasar Pengguna Negara, Dasar kewangan, NKRA (National Key Result Areas),

NKEA (National Key Economic Areas) dan sebagainya. Undang-undang meliputi

peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan contohnya seperti dalam

merekabentuk produk dan perletakkan harga, penetapan harga terhadap barangan

kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja serta rangka undang-undang

yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi perundangan

yang ditetapkan.

Perniagaan juga dikawal oleh undang-undang perniagaan yang sediada seperti

Undang-undang Kontrak, Undang-undang Jualan Barang-barang, Undang-undang Sewa

Beli, Undang-undang Perkongsian, Undang-undang Syarikat, Undang-undang

Perhubungan Majikan & Pekerja, Undang-undang Alam Sekitar, Undang-Undang Hak

Cipta, Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1961 dan sebagainya. Secara ringkasnya

cukai adalah suatu bayaran oleh seseorang atau sesebuah syarikat perniagaan kepada

kerajaan kerana mengguna dan memperolehi kekayaan dan kemudahan negara. Bagi

usahawan atau syarikat, cukai-cukai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan atau

pemerintah akan mengurangkan kewangan atau keuntungan mereka. Percukaian boleh

5

OUMM 2103

dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu cukai langsung, cukai tidak langsung dan cukai

khas.

Di dalam merancang sesuatu transaksi perniagaan, usahawan-usahawan

hendaklah peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan ekonomi samada keadaan

ekonomi tempatan ataupun ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana faktor ini boleh

mempengaruhi operasi, prestasi, perancangan, pendapatan serta dasar perniagaan

sesebuah syarikat perniagaan. Tiga faktor utama yang memberi kesan kepada

persekitaran ekonomi adalah seperti keadaan ekonomi, dasar-dasar ekonomi dan juga

sistem ekonomi di dalam sesebuah negara.

Keadaan ekonomi sesebuah negara merujuk kepada faktor-faktor ekonomi yang

memberi pengaruh besar dalam sesebuah syarikat dan operasi perniagaan mereka. Ini

merangkumi faktor keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan perkapita, pasaran

untuk barangan dan perkhidmatan, modal, rizab tukaran asing, pertumbuhan perdagangan

asing, kekuatan dan lain-lain pasaran modal. Faktor-faktor ini akan membantu dalam

meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara.

Secara umumnya terdapat tiga (3) jenis sistem ekonomi yang sentiasa dibincang

dan diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia ini iaitu Sistem Ekonomi Pasaran

Bebas (berlaku di negara yang mengamalkan kapitalisme), Sistem Ekonomi Perancangan

Pusat yang juga dikenali sebagai Sistem Ekonomi Terancang (berlaku di negara yang

mengamalkan sosialis) dan Sistem Ekonomi Campuran (kebanyakkan negara di dunia

mengamalkan sistem ini). Ketiga-tiga sistem ekonomi ini mempunyai kebaikan dan

kelemahannya yang tersendiri yang akan memberi kesan kepada operasi syarikat dan

syarikat itu sendiri.

Di dalam dunia perniagaan usahawan ataupun syarikat perniagaan tidak dapat lari

daripada membuat penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya, tidak kira samada

syarikat beroperasi di dalam negara atau pun di luar negara mereka. Jika syarikat

beroperasi sebagai syarikat multinational maka lebih banyak lagi cabaran sosial dan

budaya yang terpaksa difahami dan ditempuhi. Setiap masyarakat seperti masyarakat

majmuk di Malaysia contohnya mempunyai nilai-nilai etika atau gaya hidup tersendiri

6

OUMM 2103

mengikut bangsa, budaya dan agama. Kebudayaan yang berlainan mempunyai nilai-nilai,

norma dan gaya hidup berlainan. Budaya juga merangkumi aspek-aspek kebendaan dan

bukan kebendaan. Persekitaran budaya ini juga dipengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi,

kegemaran dan gelagat atau tabiat pengguna. Institusi seperti keluarga dan masyarakat

memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi kesemua elemen-elemen ini.

Kepercayaan dan nilai asas yang dipegang oleh seseorang individu banyak

dipengaruhi oleh masyarakat di mana ia dibesarkan. Perbezaan amalan sosial dan budaya

masyarakat boleh dikatakan berbeza dalam setiap negara yang berbeza. Aspek

Kepercayaan pula merangkumi ciri-ciri kependudukan, contohnya seperti umur, jantina,

bilangan penduduk, kaum atau bangsa, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar.

Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada perubahan pada permintaan, kuasa beli,

sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Sebarang keputusan di dalam menjalankan

perniagaan atau operasi perniagaan mestilah mengambil kira perubahan-perubahan ini.

Aspek budaya pula merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan,

bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain

lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan dan ianya akan

mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Kemajuan persekitaran teknologi sesebuah negara adalah berbeza-beza diantara

satu negara dengan negara yang lain. Setiap negara mempunyai keupayaan dan

kemampuan untuk mencapai teknologinya yang tersendiri. Perkembangan teknologi

terutamanya teknologi maklumat yang pantas membangun pasti akan memberi kesan

secara langsung kepada syarikat perniagaan. Contohnya seperti komputer dan telefon

bimbit, merupakan satu inovasi dalam teknologi yang sentiasa mengalami perubahan.

Pada mulanya komputer hanya digunakan untuk menggantikan mesin taip tetapi kini ia

boleh menjadi alat pelbagai fungsi sehingga boleh menjadi alat pemain cakera padat

samada untuk mendengar muzik ataupun menonton video dan begitu juga dengan

perubahan yang berlaku kepada telefon bimbit. Teknologi juga telah mengubah proses

pengeluaran sesebuah syarikat. Dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan

canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran.

Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun

7

OUMM 2103

industri yang sediada. Contohnya seperti syarikat pembuat dan pembekal mesin taip

terbesar satu ketika dahulu iaitu Smith Corona Corporation menjadi muflis apabila

munculnya komputer.

UNSUR PERSEKITARAN MAKRO SAMSUNG ELECTRONICS

Samsung Electronics adalah sebuah syarikat multinasional dengan penglibatan

dalam pelbagai industri yang berkaitan dengan elektronik. Sebarang perubahan dalam

ekonomi yang berkaitan dengan barang-barang elektronik akan memberi kesan kepada

organisasi ini. Oleh itu ia adalah sangat penting bagi pasukan pembuat keputusan mereka

untuk mengenali elemen-elemen persekitaran makro. Samsung Electronics mengeluar

dan memasarkan produk di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Asia serta Eropah

dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, mereka perlu mengiktiraf demografi

kumpulan sasaran dan ini berbeza-beza antara negara yang berlainan. Sebagai contoh,

golongan belia membentuk kebanyakan penduduk di negara-negara seperti Eropah dan

India, manakala di beberapa bahagian Asia, kebanyakan pengguna terdiri daripada

keluarga yang besar dengan sekurang-kurangnya 6-7 orang ahli.

Unsur-unsur semula jadi persekitaran makro tidak harus diabaikan oleh mana-

mana organisasi terutama yang berkecimpung dalam industri elektronik di mana

penggunaan logam berat seperti merkuri dan kadmium adalah penting. Oleh itu Samsung

Electronics tidak boleh menyelia mana-mana aspek pencemaran yang disebabkan oleh

unsur-unsur ini untuk mengekalkan kepercayaan dan hubungan yang baik dengan

pelanggan. Sebaliknya, keadaan turun naik harga bagi sumber-sumber semula jadi seperti

yang diperlukan dalam pengeluaran LCD dan LED akan memberi kesan kepada kos

pengeluaran mereka

Bagi Samsung Electronics, teknologi adalah merupakan suatu yang amat sinonim

dalam persekitaran makro mereka. Ini dalah kerana Samsung merupakan salah satu

daripada peneraju dalam teknologi untuk peralatan rumah serta telefon pintar berasaskan

Android. Hakikat mereka sebagai penjual terbesar telefon pintar di dunia dan peralatan

rumah di Asia, jesteru mereka perlu mengikuti atau menjadi pelopor kepada teknologi

8

OUMM 2103

terkini disamping menjadikan kos pengeluaran lebih rendah atau berada di hadapan

dalam pasaran dengan produk teknologi terkini adalah strategi operasi Samsung

Electronics.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, isu-isu politik dan undang-undang telah

menjejaskan Samsung Electronics dalam pemasaran produk, terutama keluarga telefon

pintar. Sebagai contoh, injunksi oleh Apple Inc untuk berhenti daripada memasarkan

Samsung Galaxy siri telefon pintar di Eropah dan Amerika Syarikat, serta pelbagai

pelanggaran hak cipta dakwaan masih pada perbicaraan antara Samsung Electronics dan

Apple Inc. Secara ringkas, Samsung Electronics seperti setiap organisasi lain yang

menghadapi banyak cabaran daripada unsur-unsur dari persekitaran makro. Oleh itu

langkah-langkah yang perlu bagi mengenal pasti mereka perlu diambil dan dari situ akan

langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ini boleh dirancang dan dijalankan.

CADANGAN MENINGKATKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAKRO

Pengurusan persekitaran makro merujuk kepada langkah-langkah yang diambil

untuk mengatasi halangan yang disebabkan oleh unsur-unsur persekitaran makro untuk

mengekalkan kelancaran operasi organisasi. Samsung Electronics dipengaruhi beberapa

elemen persekitaran makro yang disenaraikan sebelum ini. Pertama sekali, demografi

pengguna sasaran adalah penting untuk diiktiraf dan kemudian langkah-langkah yang

perlu diambil sama ada untuk banyak memasarkan gajet terkini seperti telefon pintar atau

lebih menumpukan kepada barangan konvensional seperti peralatan rumah. Sebagai

contoh, di Eropah pasaran alat IT sedang mekar, oleh itu syarikat mempromosi dan

memasarkan Samsung Electronics iaitu telefon pintar keluarga, manakala di negara-

negara seperti Malaysia di mana permintaan untuk perkakas rumah adalah lebih ketara

berbanding dengan alat IT, fungsi itu lebih perlu ditekankan dalam produk peralatan

rumah yang dipasarkan di sini berbanding dengan telefon pintar. Ini adalah disebabkan

oleh demografi Malaysia di mana purata umur yang berkahwin pada 23 tahun, maka kita

mempunyai bilangan keluarga yang lebih ramai berbanding penduduk belia.

9

OUMM 2103

Aspek ekonomi persekitaran makro adalah lebih sukar untuk diuruskan sendirian

oleh syarikat dengan sendirinya kerana ia biasanya isu nasional atau global. Walau

bagaimanapun, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penurunan

dalam permintaan kerana aspek ekonomi ini. Samsung Electronics boleh tampil dengan

pelan pembayaran ansuran untuk perkakas yang dipasarkan di negara yang mempunyai

pendapatan per kapita lebih rendah. Selain itu, pilihan pelan pembayaran ansuran juga

akan mengatasi kekurangan ketersediaan kredit kepada pengguna. Elemen semula jadi

persekitaran makro mungkin merupakan salah satu aspek yang paling penting kerana

undang-undang banyak serta peraturan yang digubal baru-baru ini mengenai alam sekitar.

Pencemaran dan kekurangan sumber asli atau bahan mentah adalah isu biasa bagi semua

kilang bahkan sejak era revolusi perindustrian di Eropah lagi.

Selaras dengan konsep hijau, terdapat banyak pilihan di pasaran untuk menapis

atau mengionkan bahan buangan sebuah kilang industri untuk meneutralkan mereka

untuk tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada organisma biotik dan abiotik

sebelum melepaskan mereka ke dalam ekosistem. Selain itu, sentiasa ada alternatif untuk

menggantikan keperluan menggunakan bahan-bahan mentah yang menakutkan.

Mengikuti teknologi terkini di pasaran, sama ada dari segi pengeluaran atau penggunaan

pengguna, sentiasa satu tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan pasukan

pasukan pakar pereka 900 dan 500 saintis, Samsung Electronics seharusnya tidak

mempunyai masalah untuk terus menjadi perintis industri dalam inovasi. Walau

bagaimanapun, kajian pasaran yang teliti dan pelanggan memerlukan kajian harus

dijalankan untuk memastikan bahawa inovasi yang diperkenalkan kepada pasaran adalah

selaras dengan permintaan dan trend atau fesyen pengguna

Kesimpulannya, Samsung Electronics seperti mana-mana syarikat multinasional

perlu menghadapi unsur-unsur persekitaran makro. Langkah-langkah untuk memperbaiki

pengurusan persekitaran makro tidak harus dipandang ringan, kerana ia adalah sangat

penting untuk menangani isu yang disebabkan oleh unsur-unsur persekitaran makro.

Untuk sebuah syarikat multinasional yang besar seperti Samsung Electronics, walaupun

perkara yang mudah seperti dasar atau peraturan baru digubal oleh kerajaan mungkin

10

OUMM 2103

menyebabkan berjuta-juta ringgit hilang. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk lebih

bersedia daripada maaf.

KESIMPULAN

Dengan pelbagai elemen persekitaran makro yang mempengaruhi organisasi,

pengurusan yang betul parameter ini yang diperlukan, dan sebagai langkah untuk

merancang pelbagai cadangan masa depan juga perlu diambil kira dan menganalisis.

Hasil daripada demografi pelanggan, Samsung Electronics datang dengan banyak jualan

promosi untuk peralatan rumah serta telefon bimbit termasuk perdagangan dalam lama

untuk perkakas baru dan jaminan dilanjutkan untuk mengurangkan kos pembelian dan

melanjutkan ketenangan fikiran pelanggan. Selain itu, Samsung Electronics juga

mengamalkan strategi yang dikenali sebagai pemasaran produk terpilih berasaskan

serantau, di mana keperluan pelanggan ditentukan berdasarkan demografi negara, dari

situ ia memutuskan sama ada jenis produk adalah sesuai untuk banyak dipasarkan, sama

ada telefon bimbit atau rumah-peralatan.

Ekonomi adalah sebuah ekosistem yang sangat halus, kedua-dua negara itu serta

ekonomi global memberi kesan kepada kira-kira permintaan dan bekalan produk. Walau

bagaimanapun, dalam persekitaran ekonomi mikro pemiutang semasa sering memberi

penyelesaian sementara untuk pelanggan dengan sumber kewangan yang terhad untuk

memenuhi keperluan atau kehendak mereka. Selain itu, terdapat pelan ansuran yang ada

yang boleh digunakan untuk membiayai pembelian produk yang ditawarkan oleh

Samsung Electronics. Oleh itu Samsung Electronics harus mempertimbangkan jenis

produk yang ditawarkan kerana terdapat banyak pilihan alternatif untuk pelanggan untuk

memilih.

Pada masa ini ia adalah sangat penting bagi syarikat besar untuk menggambarkan

imej mengekalkan satu prosedur operasi hijau berikutan kebimbangan terhadap alam

sekitar di kalangan orang ramai, oleh itu Samsung Electronics cuba tahap yang terbaik

dengan datang dengan alat dan peralatan yang menggunakan kuasa yang kurang dan

menjimatkan tenaga.

11

OUMM 2103

(2910 patah perkataan)

RUJUKAN

"Australia Says Samsung, Daewoo "Dumping" Washing Machines." 22 September 2003.

ApplianceMagazine.com.

"Case 3: Samsung Electronics." Cartwright, Roger. Strategies for Hypergrowth. Oxford:

Capstone, 2002.76-82.CSRWire.

"Samsung Intensifies Focus on Eco-Management." 28 July 2010. The Corporate

SocialResponsibility Newswire. 13 December 2010 .

Brand Royalty: How the World's Top 100 Brands Thrive & Survive. Philadelphia: Kogan

PageLimited, 2004.Kennemer, Quentyn.

"Samsung Hits 1 Million Galaxy Tabs Goal, Ups Ante to 1.5 Million." 03

December2010. phandroid: android phone fans. 13 December 2010

"Location Choices of Korean MNEs in East Asia: escaping the nutcracker."

EconomicIntegration in East Asia: Perspectives from Spatial and Neoclassical

Economics. Ed. Masahisa Fujita,Satoru Kumagai and Koji Nishikimi. Glos: Edward

Elgar, 2008. 203-247.

"Samsung Eternal: From Rice Trading to $174 Billion in Sales." Kim, Myung Oak and

Sam Jaffe. The NewKorea: An Inside Look at South Korea's Economic Rise. New York:

AMACOM, 2010. 118-131.Kung, Michelle.

12