galurkan proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam melayu

Upload: sugumar-ganesan

Post on 11-Jul-2015

680 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

GALURKAN PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

PLURALISME Majmuk

Keadaan

masyarakat yang terdiri drpd pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama

MASYARAKAT PLURALISTIK

Dikenali juga masyarakat majmuk. Masyarakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa Masyarakat Malaysia mengandungi lebih daripada satu kategori bangsa yang mempunyai sifat-sifat tersendiri.

Masyarakat

majmuk ialah mayarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri

Alam Melayu pada masa itu satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Ciri-ciri masyarakat Alam Melayu dlm kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh mana-mana pihak. Ciri pluralisme Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah fleksibel, dan terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah.

Perubahan Yang Dilakukan Oleh Kuasa Kolonial Barat sebelum

kedatangan kolonialisasi, masyarakat nusantara sudah mempunyai ketamadunan baik didalam aspek politik, budaya mahupun bermasyarakat

Perjanjian Bangkok ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Inggeris-Belanda telah

membahagikan Alam Melayu kepadaTanah Melayu dan Indonesia

Mewujudkan nasionalisme methodologikal, satu cara membina dan menggunakan ilmu berasaskan kewilayahan sesebuah negara. ini mengetepikan konsep yang menganjurkan bahawa kehidupan sosial merupakan satu fenomena sejagat dan tanpa sempadan.

Metod

Masyarakat Pluralistik Sebelum Kedatangan Kuasa Eropah

Melalui proses semulajadi. Datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Sukarela kahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu.

Amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempatan. Adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwinan ialah asimilasi penduduk tempatan dengan pendatang dari India.

ada unsur akomodasi di kalangan imigran seperti perkahwinan dengan penduduk tempatan masyarakat Cina Babamasyarakat Cina Baba ini mengamalkan budaya Melayu

budaya imiran ini turut meresap ke dalam budaya masyarakat tempatan

Masyarakat Pluralistik Zaman Kerajaan Kolonial Barat

Pembentukan pola berbeza dengan zaman sebelum kedatangan Eropah. penghijrahan Cina dan India kerana galakan British bertujuan memajukan kepentingan ekonomi British orang Cina digalakkan membuka lombong bijih timahmereka menjalankan kehidupan dalam kelompok masing-masing namun wujud juga akomodasi sosial

SEBAB-SEBAB PENGHIJRAHAN

FAKTOR TARIKAN Kekayaan ekonomi Tanah Melayu. Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah menyediakan peluang pekerjaan

Kengganganan orang-orang Melayu bekerja sebagai buruh. Kerajaan British membuat persetujuan dengan kerajaan India membenarkan kemasukan buruh secara terancang bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh Berkembangnya sistem ekonomi ekspot yang berteraskan perladangan dan industri.

Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah yang pesat di Tanah Melayu memerlukan penggunaan tenaga buruh yang ramai Aktiviti agen buruh (kongsi gelap) Terdapat majikan/pengusaha yang menguruskan pengambilan imigran misalnya melalui Sistem Kangani dan Sistem Kredit Tiket dan juga Sin Kheh

FAKTOR TOLAKAN / DALAMAM Kejadian bencana di negara asal (Cina, India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara asal imigran Kekurangan rangsangan ekonomi Lebihan penduduk dan kekurangan bekalan makanan

Pewujudan masyarakat yang majmuka. Kemajmukkan budaya/adat b. Kemajmukkan agama c. Kemajmukkan pendidikan d. Kemajmukkan bahasa e. Kemajmukkan ras f. Kemajmukkan politik - kepelbagaian pertubuhan politik yang mewakili setiap kaum

Dari segi PendidikanTiga aliran Pendidikan iaitu : - Sekolah Vernakular Tamil - Sekolah Vernakular Inggeris - Sekolah Vernakular Cina Bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya beasaskan negara asal mereka.

Pembentukan Masyarakat Plurastik oleh Penjajah

Apabila penjajah British datang menjajah Alam Melayu, khususnya Tanah Melayu, Eropah telah mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Agama tidak lagi menjadi faktor penting dlm kehidupan duniawi manusia.

Kesannya agama berada pada satu pihak yang lain dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya, termasuk Tanah Melayu. Pihak pentadbiran British menguasai pentadbiran negara Manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan sultan.

Hubungan Alam Melayu Dengan Peradaban India

Pedagang-pedagang India telah datang ke Gugusan Tanah Melayu sejak abad pertama Masihi. Masyarakat Alam Melayu telah menerima unsurunsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan. George Coedes 1948 menggunakan istilah Indianisation atau penghindiaan bagi melambangkan proses perluasan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

Wujudnya pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dari segi seni budaya dan adat dalam kalangan orang melayu rakyat biasa. Watak-watak wayang kulit yang memakai nama Hindu spt Ramayana, Hanuman sangat terkenal dlm klgn orang Melayu. Adat Istiadat pekahwinan orang Melayu yang dipengaruhi oleh kebudayaan India , peralatan-paralatan spt bunga manggar dab bunga telur serta acara bersanding.

Agama Hindu Buddha diterima baik dan memberi dampak besar dlm kalangan pemerintah Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Membentuk petempatan dan membina kerajaan di nusantara dimana terdapatnya usaha ke arah pembentukan tamadun manusia melalui kebudayaan, pembinaan kerajaan dan hubungan ekonomi Terdapat pelbagai kerajaan purba yang dibentuk dikawasan nusantara dan antara yang terkenal ialah kerajaan besar Srivijaya yang berpusat di Palembang.

Kerajaan ini adalah sebuah kerajaan yang didasari oleh prinsip keagamaan hindu dimana ketika era tersebut pengaruh hindu adalah begitu kuat di nusantara pembentukan kerajaan ketika era ini adalah berpaksikan kepada dua agama utama iaitu Hindu dan Buddha yang mana menjadi agama rasmi negara era tersebut.

Selepas kedatangan Islam pada kurun ke 13 masihi, segala adat yang bertentangan dengan Islam diharamkan kecuali adat istiadat yang tidak bercanggah dengan akidah Ketika era penyebaran Islam di nusantara, terdapat pelbagai perubahan didalam aspek masyarakat khususnya aspek sosiopolitik dimana pelbagai konsep pemerintahan yang berpaksikan hindu dan buddha diubah kepada prinsip-prinsip Islam

Tidak semua penduduk berubah kepada agama Islam pada awal kemunculannya pada kurun ke 13, tetapi hanya berlaku kepada golongan pemerintah dan aristokrat dahulu. Selepas pengislaman para aristokrat, terdapat usaha-usaha kearah pengislaman seluruh penduduk nusantara melalui pemerintah dan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh pendakwah yang kebanyakannya berasal daripada Tanah Arab dan India

Penyebaran Islam adalah amat berkait rapat dengan faktor strategiknya kedudukan Nusantara dan faktor ekonomiKedudukan strategik Melaka umpamanya sebagai penguasa kepada selat Melaka telah menjadi kayu ukur di dalam penyebaran agama Islam.

Begitu juga kedudukan negeri-negeri Nusantara yang umumnya kaya dengan bahan-bahan mentah seperti rempah, pertanian dan sebagainya menjadi penyumbang utama kepada kemasyuran Islam di nusantara dan menjadi faktor kedatangan pihak kolonial ke nusantara khususnya Portugis pada tahun 1511 di Melaka dan Belanda di Pulau Jawa

Umum mengetahui bahawa kehadiran pihak kolonial ke nusantara adalah impak yang terhasil akibat revolusi industri yang tercetus di eropah dimana setiap negara perindustrian memerlukan bahan mentah sebagai ramuan utama pembuatan industri seperti pembuatan tayar dan mengetin makanan mentah. Selain itu, faktor agama dan sosial juga memainkan peranan yang besar di dalam menyumbang ke arah kolonialisasi

Hubungan Alam Melayu Dengan Peradaban China

Hubungan perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China telah diasaskan pada awal abad ke 5 Masihi. Hubungan tersebut terjadi atas faktor perdagangan dan pendidikan. Alam Melayu terkenal sbg pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejak abad ke 7 Masihi.

Menurut T-Shing (seorang Sami Buddha dari China yang telah singgah di Palembang, Sumatera pada tahun 671 Masihi dalam pelayarannya) ke India, terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya.

KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU

Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan keaguungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Empayar Melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia, digelar THE VENICE OF THE EAST. Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka.

Para pegawai Istana bukan sahaja drpd kalangan orang Melayu tempatan Terdapat orang India dilantik menjawat jawatan dlam istana sultan Melaka. Perkahwinan campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah negara China. Pemerintah telah mengambil kira keharmonian antara kaum.

Perdagangan di Melaka berjalan dgn lancar hasil pemerintahan terbuka. Keselamatan laut drpdancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang proaktif. Suasana aman dan selamat menjadikan para pedagang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undangundang Laut melaka yang berteraskan ajaran Islam.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti. Kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab, India, China berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi dgn penduduk tempatan dan sistemnya dgn baik. Zaman ini terdapat interaksi aktif dlm kalangan pelbagai bangsa dan kaum.

KESIMPULAN

Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah. Pluraliti budaya terdapat di Alam Melayu sejak sekurang-kurangya abad ke-19 dan ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besarbesaran ke Tanah Melayu.

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian kaum.

Sekian Terima Kasih Kumpulan 3 :KANAGAMMA A/P SUBBARAO LALITHA A/P ARUNAKIRI AMUTHA A/P RAMAN GOMALA A/P KARUPANAN