topik mukasurat

18

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK MUKASURAT
Page 2: TOPIK MUKASURAT

TOPIK MUKASURAT 1.0. Pengenalan 1

2.0. Butiran program 1

3.0. Kemudahan 1

4.0. Aktiviti 2

5.0. Jawatankuasa Jawatankuasa Induk 3 Pasukan Pengurusan Kontinjen (CMT) 3 6.0. Kriteria & syarat penyertaan Syarat wajib anggota kontinjen 4 Kategori keahlian 4 Syarat-syarat menjadi peserta: > Pengakap Muda 5 > Pengakap Remaja 5 > Pengakap Khas 5 Syarat-syarat menjadi Petugas Khidmat Antarabangsa (IST): > Pengakap Kelana 6 > Ahli Dewasa 6 > Penyertaan melalui jemputan khas 6 Syarat-syarat menjadi Pemimpin Patrol > Patrol Pengakap Muda/Remaja 7 > Patrol Pengakap Khas 7 7.0. Perjalanan ke jambori 8

8.0. Perihal kewangan Perbelanjaan asas 10 Perbelanjaan peribadi 11 Pengurusan transaksi kewangan 11 Terma & syarat kewangan 11

9.0. Borang pendaftaran Pautan borang pendaftaran 12 Slip kelulusan 13 Format penamaan fail 13 Surat tawaran & kelulusan 13 10.0. Pakaian seragam Tanda nama 14 Lencana kontinjen 15 T-shirt kontinjen 15 Skaf kontinjen 15

Isi Kandungan

Page 3: TOPIK MUKASURAT

1

PEK MAKLUMAT

25th World Scout Jamboree akan berlangsung bermula dari 01 hhingga 12 Ogos 2023 di

Saemangeum, Wilayah Jeollabuk-do, Korea Selatan. Dianggarkan jumlah penyertaan adalah

seramai 50,000 orang ahli Pengakap dari seluruh dunia bakal mengambil bahagian didalam

jambori ini. Oleh itu, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menghantar kontinjen bagi

mewakili Malaysia ke Jambori ini.

TARIKH 01 hingga 12 Ogos 2023

PERJALANAN Tiba: 29 Julai 2023 (IST) Tiba: 01 Ogos 2023 (Kontinjen) Pulang : 13 Ogos 2023

LOKASI Saemangeum, Buan-gun, Jeollabuk-do, Republic of Korea

PENGELOLA JAMBORI Korea Scout Association

YURAN USD 500.00 untuk semua kategori penyertaan

TEMA Draw Your Dream

KIT JAMBORI Pengenalan diri, gajet pintar, lencana, t-shirt, sijil dan skaf.

KELENGKAPAN KHEMAH Khemah, peralatan memasak, lampu, kerusi, meja, dan Automatic Defibrillator (AED)

PERHUBUNGAN Wi-Fi percuma & port

pengecasan telefon pintar nirwayar di seluruh

kawasan.

PERISIAN TELEFON PINTAR Yang mempunyai ID, fungsi

GPS, rekod kesihatan, komunikasi, maklumat aktiviti,

fungsi alih bahasa dll.

PENGANGKUTAN Akses pelbagai mod pengangkutan untuk kemudahan peserta

jambori

1.0. PENGENALAN

2.0. BUTIRAN PROGRAM

3.0. KEMUDAHAN

Page 4: TOPIK MUKASURAT

2

PEK MAKLUMAT

Campfire ♦ Work Our Dream ♦ Lighting Our Dream ♦ Brownsea Island Camp ♦

Memory Maker ♦ Pandora ♦ Peace

Campfire ♦ Work Our Dream ♦ Lighting Our Dream ♦ Brownsea Island Camp ♦

Memory Maker ♦ Pandora ♦ Peace

Korean Traditional Culture ♦ Ecological

Environment ♦ Korean Traditional Food ♦ Korean Heritage ♦ ICT Programme

Campfire ♦ Work Our Dream ♦ Lighting Our Dream ♦ Brownsea Island Camp ♦

Memory Maker ♦ Pandora ♦ Peace

Korean Traditional Culture ♦ Ecological

Environment ♦ Korean Traditional Food ♦ Korean Heritage ♦ ICT Programme

Global Development Village ♦ Challenge

Valley ♦ Brownsea Island Experience ♦ High Adventure ♦ Dream Zone ♦ Staged Events

STEAMS ♦ Hwarang Award ♦ Teleport

Jamboree

4.0. AKTIVITI

Special events Dynamic Korea

Dream Programme

Exhibition events Adventure Events

Special courses

Advance Jamboree

Page 5: TOPIK MUKASURAT

3

PEK MAKLUMAT

5.0. JAWATANKUASA

C.M.T INDUK

PENASIHAT UTAMA Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara PENASIHAT-PENASIHAT • Timbalan YDP MPN • Naib-Naib YDP MPN • Setiausaha MPN • Bendahari MPN • Timbalan-Timbalan KPPN

PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK Pesuruhjaya Program Negara TIMBALAN PENGERUSI Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor EX-OFFICIO • Ketua Pegawai Eksekutif • Pen. Setiausaha Eksekutif

(Program) SETIAUSAHA Setiausaha Program Negara AHLI JAWATANKUASA • Pesuruhjaya Antarabangsa • Pesuruhjaya Latihan Negara • Penolong-Penolong Ketua

Pesuruhjaya Pengakap Negara • Pesuruhjaya-Pesuruhjaya

Kebangsaan (Program) • Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu

Pejabat Kebangsaan (Program)

PEMBIMBING Ketua-Ketua Kontinjen Malaysia Ke Jambori Dunia yang lalu

KETUA KONTINJEN MALAYSIA Haji Mohd Zulkifli bin Maulud TIMBALAN KETUA KONTINJEN 1 Haji Noor Hashim bin Ismail TIMBALAN KETUA KONTINJEN 2 - akan dilantik - SETIAUSAHA KONTINJEN - akan dilantik – BENDAHARI KONTINJEN - akan dilantik – EKSEKUTIF KONTINJEN Nuralif Affandi Nor Rahmat KETUA PEMIMPIN PATROL - akan dilantik – KETUA IST - akan dilantik – KOORDINATOR-KOORDINATOR: - akan dilantik –

i. Logistik & Makanan ii. Kebudayaan iii. Keselamatan iv. Lawatan v. Media & Komunikasi vi. Kesihatan vii. Perhubungan

Antarabangsa

Page 6: TOPIK MUKASURAT

4

PEK MAKLUMAT

Syarat wajib anggota kontinjen

Kategori keahlian Jawatan /Pangkat Kelulusan

• Ahli Pengakap (PKK /PM/PR/ PK)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri

• Penolong Pemimpin / Pemimpin Unit atau Kumpulan

• Anggota Jawatankuasa Penganjur Kumpulan

• Anggota Majlis Pengakap Daerah & Negeri

• Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Daerah & Negeri

• Staff Ibu Pejabat Negeri

• Anggota Majlis Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara • Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Kebangsaan

• Staff Ibu Pejabat Kebangsaan

Nota: Permohonan penyertaan selain daripada kategori keahlian seperti didalam jadual kelulusan ini tidak akan diterima oleh Ibu Pejabat PPM.

6.0. SYARAT & KRITERIA

WARGANEGARA Mempunyai pasport Malaysia yang sahlaku tidak kurang daripada 6 bulan sebelum jambori

AHLI BERDAFTAR Selama 3 tahun (2021, 2022 & 2023)

KEBENARAN & KELULUSAN Mendapat kelulusan kepimpinan PPM (rujuk jadual kategori penyertaan)

KURSUS WAJIB Telah menjalani Kursus Safe From Harm

BAHASA Mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Mampu berbahasa Korea adalah satu kelebihan

BEBAS PENYAKIT Tidak menghidap penyakit kronik & membuat pemeriksaan kesihatan tidak kurang daripada 6 bulan sebelum jambori

Page 7: TOPIK MUKASURAT

5

PEK MAKLUMAT

SYARAT WAJIB UNIT PENGAKAP MUDA

1) Lahir antara 22 Julai 2005 hingga 31 Julai 2009 2) Selesai jalani ujian Lencana Usaha, Maju dan lencana kegemaran dan pengetahuan

Pengakap Muda 3) Menghadiri kursus Ketua Patrol pada tahun 2022 atau 2023 4) Menyertai seminima 2 kali program kepengakapan peringkat daerah, sekali di

peringkat negeri dan sekali diperingkat kebangsaan 5) Diperakui oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya sebagai seorang Pengakap yang

berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.

Keutamaan akan diberikan kepada:

1) Telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara atau, 2) Anugerah Remaja Perdana – Gangsa, atau, 3) Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (Rambu Pengakap Kanak – Kanak)

semasa beliau di unit Pengakap Kanak – Kanak atau, 4) Mendapat salah satu daripada lencana: Messengers of Peace / Tide Turner Plastic

Challenge / Champion for Nature Challenge / Scouts Go Solar / Dialogue for Peace.

SYARAT WAJIB UNIT PENGAKAP REMAJA

1) Lahir antara 22 Julai 2005 hingga 31 Julai 2009 2) Mendapat tiga lencana tertinggi Pengakap Remaja sebelum Februari 2023. 3) Menghadiri kursus Ketua Patrol pada tahun 2022 atau 2023. 4) Menyertai seminima 4 kali program kepengakapan peringkat daerah, sekali di

peringkat negeri dan sekali diperingkat kebangsaan. 5) Diperakui oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya sebagai seorang Pengakap yang

berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.

Keutamaan akan diberikan kepada:

1) Telah menerima Anugerah Pengakap Raja atau Anugerah Ketua Pengakap Negara atau,

2) Anugerah Remaja Perdana – Gangsa, atau, 3) Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara semasa beliau di unit Pengakap

Muda atau, 4) Scout of The World Award / Patrimonito 5) Mendapat salah satu daripada lencana: Messengers of Peace / Tide Turner Plastic

Challenge / Champion for Nature Challenge / Scouts Go Solar / Dialogue for Peace.

SYARAT PENGAKAP UNIT KHAS

1) Lahir antara 22 Julai 2005 hingga 31 Julai 2009 2) Ditemani oleh Pemimpin Pengakap Khas. 3) Mempunyai set uniform pengakap yang lengkap 4) Mengisytiharkan jenis keperluan khas 5) Mampu mengurus diri sendiri dengan pengawasan minima pemimpin patrol

Syarat-syarat menjadi peserta

Page 8: TOPIK MUKASURAT

6

PEK MAKLUMAT

AHLI PENGAKAP KELANA

1) Lahir antara tahun 1996 hingga 2005.

2) Mendapat (3) Lencana Wajib Pengakap Kelana sebelum Februari 2023

3) Adalah seorang yang aktif membantu didalam program kepengakapan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dalam tempoh 3 tahun (2021-2023)

4) Telah menjalani penilaian Safe from Harm

5) Diperakui oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya sebagai seorang Pengakap yang berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.

6) Keutamaan diberikan kepada: a) Penerima Anugerah Remaja

Perdana Emas atau, b) Penerima Anugerah Baden

Powell c) Scout of The World Award /

Patrimonito d) Mendapat salah satu

daripada lencana: Tide Turner Plastic Challenge / Champion for Nature Challenge / Scouts Go Solar / Dialogue for Peace.

Syarat-syarat menjadi IST AHLI DEWASA

1) Lahir antara tahun 1973 hingga 1996. 2) Melengkapkan Kursus Latihan

Manikayu seminima peringkat III (B). 3) Adalah seorang yang aktif

membantu didalam program kepengakapan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

4) Diperakui oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya sebagai seorang ahli dewasa yang berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.

5) Telah menjalani penilaian Safe from Harm

6) Keutamaan diberikan kepada penerima anugerah Supporter SWA.

7) Terlibat secara aktif dan berterusan dalam program , bengkel atau kursus Messengers of Peace / Scout of The World Award / Patrimonito / Tide Turner Plastic Challenge / Champion for Nature Challenge / Scouts Go Solar / Dialogue for Peace.

PENYERTAAN MELALUI JEMPUTAN KHAS PENGANJUR

Bagi warganegara Malaysia yang menerima jemputan khas daripada pihak penganjur untuk menyertai program ini, surat pemakluman hendaklah dihantar kepada Ketua Kontinjen Malaysia sebelum 31 Disember 2021. Kesemua syarat wajib (seperti di dalam muka surat 4) hendaklah dipatuhi. Penyertaan ke Jambori atas apa jua kategori penyertaan adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.

Page 9: TOPIK MUKASURAT

7

PEK MAKLUMAT

Syarat-syarat menjadi Pemimpin Patrol

PEMIMPIN PATROL PM/PR

1) Berumur 20 tahun dan keatas.

2) Mempunyai manikayu 2 butir.

3) Terdapat seminima lima (5) orang ahli pengakap dari kumpulan yang dipimpinnya mendaftar sebagai peserta jambori

4) Adalah seorang yang aktif membantu didalam program kepengakapan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

5) Diperakui oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerahnya sebagai seorang ahli dewasa yang berkelakuan baik dan berkeperibadian yang boleh dijadikan teladan.

6) Terlibat secara aktif dan berterusan dalam program , bengkel atau kursus Messengers of Peace / Scout of The World Award / Patrimonito / Tide Turner Plastic Challenge / Champion for Nature Challenge / Scouts Go Solar / Dialogue for Peace.

PEMIMPIN PATROL PENGAKAP KHAS

1) Berumur 20 tahun dan keatas.

2) Telah menghadiri KMK Pengenalan & peringkat I atau pengesahan dari pihak sekolah bahawa pemimpin pengakap unit khas / pegawai ditugaskan oleh jabatan.

3) Adalah seorang yang aktif membantu didalam program kepengakapan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

TANGGUNGJAWAB

1) Wajib berada di samping Pengakap Khas dan bertanggungjawab terhadap keperluan yang diperlukan oleh Pengakap Khas tersebut.

2) Akan sentiasa mengiringi Pengakap Khas waktu Kem Pra-Jambori dan Jambori.

3) Memimpin semaksima 9 orang ahli pengakap khas bagi setiap patrol dibantu oleh dua (2) orang Pemimpin Pengakap Khas.

Page 10: TOPIK MUKASURAT

8

PEK MAKLUMAT

7.0. PERJALANAN KE JAMBORI

5 DIS 2020 Mesyuarat Pesuruhjaya

Pengakap Negara Bil.4/2020 Membentangan maklumat

asas mengenai WSJ 2023

3

30 NOV 2020 Mesy. Teknikal JK Program. Membincangkan kriteria & syarat-syarat ke WSJ

2

6 JUN 2021 Mesyuarat JK Induk 25th WSJ Membuat penyelarasan tugasan

412 JUN 2021

Taklimat 25th WSJ Kepada Kepimpinan PPM

Membentangkan persediaan ke Jambori

5 10 JULAI 2021 Hebahan Rasmi Surat siaran, panduan, kriteria dan borang pendaftaran diedarkan

630 JULAI 2021

Pendaftaran Ketua Kontinjen Oleh Jawatankuasa

Antarabangsa

7 30 SEPTEMBER 2021 Tarikh akhir menerima permohonan Peserta, IST & Ahli Dewasa menghantar borang pendaftaran

89,10,16&17 OKTOBER 2021

Temuduga & Saringan Sesi temuduga untuk

menyaring permohonan.

9 20-25 NOVEMBER 2021 Edaran Surat Tawaran Calon yang terpilih akan diberikan surat tawaran sebagai anggota kontinjen

1031 DISEMBER 2021

Pendaftaran Kontinjen Oleh Jawatankuasa

Antarabangsa

11

01 – 15 JANUARI 2022 Kutipan Yuran 1 Menerima bayaran yuran pertama daripada peserta, pemimpin, IST & CMT

12 10 JANUARI 2022 Peraduan Logo Kontinjen

Syarat dan kriteria penyertaan diedarkan

13

10 FEB 2022 Tarikh tutup peraduan cipta logo kontinjen Pemenang akan diumumkan 10 hari selepas tarikh tutup

14 FEB-APRIL 2022

Kursus persediaan Siri 1 Bahasa, persembahan

kebudayaan, asas perkhemahan, komunikasi

15

27 NOV 2020 Pelantikan Ketua Kontinjen PPM

ke 25th WSJ 2021

1

Page 11: TOPIK MUKASURAT

9

PEK MAKLUMAT

10-12 MAC 2023 Penilaian kriteria penyertaan Memastikan semua peserta, IST dan Pemimpin melengkapkan kriteria penyertaan

30 SEPT 2022 Kutipan Bayaran Pengurusan

Menerima bayaran pengurusan kontinjen

19

DIS 2022 – FEB 2023 Kursus persediaan Siri 2 Bahasa, persembahan kebudayaan & komunikasi.

22

21

29 APRIL 2023 Mesyuarat JK Pelaksana & JK Induk 25th WSJ Membuat koordinasi tugasan dan membuat persiapan akhir

24 MEI 2023 Penilaian Safe from Harm

Kepada semua JK Pengelola Pemimpin, IST, Peserta

25

JUN 2023 Mesyuarat Pesuruhjaya Pengakap Negara Membentangan persiapan WSJ 2023 & isu-isu berkaitan

26JUN 2023 Perkhemahan Pra-Jambori Disertai oleh JK Pengelola

Pemimpin, IST & Peserta 27

22 JULAI 2023 Flag off Ceremony Oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

28 29 – 31 JULAI 2023

Berangkat ke JamborI Dari point perlepasan

ke Incheon, Korea 29

OKT - DISEMBER 2022 Pemilihan Youth Ambassador mewakili kontinjen Malaysia

20

APRIL 2023 Perhimpunan Kontinjen

Untuk memberi taklimat pengurusan & urusan

pengoperasi kontinjen

23

15 MEI 2022 Mesyuarat JK Induk Membuat penyelarasan tugasan kontinjen

16

15 APRIL 2022 Pemakluman ke Wisma Putra Senarai nama kontinjen akan

diserahkan kepada KLN 17 15-30 JUN 2022

Kutipan Yuran 2 & insurans Menerima bayaran yuran kedua & premium insurans daripada peserta, pemimpin, IST & CMT.

18

1 OGOS – 12 OGOS 2021

12-13 OGOS 2021 Berangkat Pulang ke Malaysia

Page 12: TOPIK MUKASURAT

10

PEK MAKLUMAT

Perbelanjaan asas

Antara aspek yang penting untuk dipertimbangkan sebelum menyertai jambori ini sudah

tentulah mengenai perbelanjaan untuk menyertainya. Untuk pengetahuan semua, yuran

jambori dunia ini adalah yang paling termurah dengan kadar rata untuk semua kategori

penyertaan. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

JENIS KOS JUMLAH

YURAN PENYERTAAN Malaysia akan menimati kadar yuran negara kategori C dengan kadar rata bagi semua kategori penyertaan.

USD 500

± RM2,100

ANGGARAN KOS PENERBANGAN Kontinjen Malaysia akan bergerak dari KLIA. Perjalanan daripada Hub Kota Kinabalu atau Kuching akan dipertimbangkan sekiranya jumlah penyertaan yang memberangsangkan. PPM akan berusaha mendapatkan penerbangan sewaan jika jumlah penyertaan berpadanan.

USD 850

± RM3500

PENGURUSAN KONTINJEN Anggota kontinjen akan dibekalkan dengan set lencana untuk bertukar-tukar dengan rakan pengakap luar negara beserta beberapa helai t-shirt kontinjen, beg dan lain-lain barangan. Sebahagian daripada kos pengurusan akan digunakan untuk urusan logistik dan pentadbiran.

USD 100

± RM415

ANGGARAN KOS MAKANAN TAMBAHAN Kos ini adalah untuk memastikan kontinjen Malaysia mempunyai stok makanan tempatan untuk semua anggota kontinjen

USD 100

± RM415

ANGGARAN KOS PRA-JAMBORI (JUN 2023) Pra-jambori akan diadakan untuk semua anggota kontinjen dan meliputi kos perkhemahan, kos pengangkutan*, kos makanan tambahan dan lain-lain * Bagi yang mengembara melalui penerbangan, kos pengangkutan dianggar lebih tinggi dari nilai yang dinyatakan

USD 50

± RM210

INSURANS PERJALANAN Insurans yang melindungi para peserta selama 90 hari sebagai persediaan bagi menghadapi kes-kes kecemasan yang tidak diingini. Kos Kadar insurans perjalanan adalah tertakluk kepada kadar yang ditetapkan oleh pihak penyedia insurans. Sebarang perubahan harga akan dimaklumkan kepada warga kontinjen.

USD 20

± RM 85

JUMLAH ANGGARAN KASAR USD 1,620 ± RM 6,800

8.0. PERIHAL KEWANGAN

Page 13: TOPIK MUKASURAT

11

PEK MAKLUMAT Perbelanjaan peribadi Jawatankuasa Pengelola Kontinjen menyarankan para peserta / Pemimpin Patrol / IST untuk

menyediakan wang perbelanjaan peribadi secukupnya. Jambori ini akan menggunakan

kaedah nirtunai (cashless) bagi transaksi jual beli dan TIADA urusan jual beli seperti penjualan

lencana, cenderamata atau barangan kepengakapan bersama pihak ketiga di dalam

kawasan perkhemahan.

Pengurusan transaksi kewangan Semua transaksi kewangan akan dibuat SECARA DALAM TALIAN. Jawatankuasa Pengelola

Jambori akan berikan pautan portal pembayaran kepada semua peserta / pemimpin / IST

yang melepasi sesi temuduga dan peringatan akan dihantar dari semasa ke semasa untuk

memastikan kesemua pembayaran dibuat mengikut garis masa yang ditetapkan.

Terma & Syarat kewangan

TARIKH PENTING!

>> 01-15 Jan 2022 <<

Bayaran yuran pertama

TARIKH PENTING! >> 15-30 Jun 2022 << Bayaran yuran 2 &

insurans

TARIKH PENTING! >> 30 Sept 2022 <<

Bayaran pengurusan

Tiket penerbangan

Tiada jaminan pemulangan 100% tiket penerbangan bagi yang membuat

pembatalan penyertaan. Kadar pemulangan adalah tertakluk

kepada pihak syarikat penerbangan

Insurans

Semua penyertaan mestilah menggunakan insurans yang diaturkan oleh pihak kontinjen bagi memudahkan

urusan tuntutan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Yuran Jambori

Bagi pembatalan penyertaan, proses pemulangan bayaran wang yuran akan dibuat bermula 01 September

2023 dan tiada jaminan pemulangan wang 100% kerana tertakluk kepada tukaran matawang dan pemulangan

oleh pihak penganjur

Makanan & Pengurusan

Bagi pembatalan penyertaan, proses pemulangan bayaran kos makanan &

pengurusan kontinjen akan dibuat bermula 1 September 2023 dan tiada

jaminan pemulangan wang 100% kerana tertakluk kepada tahap persediaan yang telah dibuat

Page 14: TOPIK MUKASURAT

12

PEK MAKLUMAT Permohonan penyertaan akan dibuat secara dalam talian selaras dengan visi

kepengakapan untuk menjadi sebuah pertubuhan pendidikan tidak formal golongan muda

yang moden. Portal pendaftaran adalah seperti di dalam pautan berikut:

Slip kelulusan Slip kelulusan ini hendaklah dimuatnaik kedalam portal pendaftaran. Pastikan anda memuat

naik slip kelulusan ke dalam borang pendaftaran dalam format .pdf atau imej

(.png/.jpeg/.jpg)

9.0. BORANG PENDAFTARAN

https://bit.ly/3fXCxg3

Potong Disini

Page 15: TOPIK MUKASURAT

13

PEK MAKLUMAT

Format penamaan fail Terdapat dua jenis fail yang perlu dimuatnaik ke dalam borang pendaftaran iaitu GAMBAR

BERUKURAN PASSPORT yang lengkap memakai uniform serta SLIP KELULUSAN. Kedua-dua fail

ini mestilah dinamakan (rename) seperti format berikut bagi memudahkan urusan kendalian

maklumat:

Jenis dokumen Format

Gambar

<nama anda> _ <4 digit terakhir kad pengenalan>_ <negeri pendaftaran keahlian>

Contoh:

Mohd Khairul Azli_5063_Kedah

Slip kelulusan

<nama anda> _ <4 digit terakhir kad pengenalan>_ <negeri pendaftaran keahlian>

Contoh:

Athirah Kamaludin_4552_Melaka

Surat tawaran & kelulusan Calon yang melepasi sesi temuduga dan saringan akan diberikan surat tawaran dan

hendaklah mendapatkan persetujuan, kebenaran dan sokongan daripada Ibu bapa, pihak

sekolah (jika berkenaan) atau majikan dan dipulangkan kepada Jawatankuasa Pengelola

Jambori (CMT) dalam tempoh 15 hari selepas menerima surat terbabit.

Page 16: TOPIK MUKASURAT

14

PEK MAKLUMAT Dengan mengamalkan undang-undang pengakap nombor 9 bahawa “Pengakap adalah

seorang yang berjimat dan cermat”, pihak Jawatankuasa Induk Jambori telah menetapkan

bahawa semua peserta, IST, pemimpin patrol dan juga Jawatankuasa Pengelola Kontinjen

akan kekal memakai aksesori uniform yang sedia ada tanpa mengubah sebarang lencana

atau insignia.

Tanda nama Semua peserta, IST, pemimpin patrol dan juga Jawatankuasa Pengelola akan mendapat dua

(2) unit tanda nama fabrik dengan rekabentuk berikut untuk dijahit di sebelah atas poket

kanan pada uniform pengakap:

10.0. PAKAIAN SERAGAM

MOHD ZULKIFLI MAULUD Head of Malaysian Contingent

25th World Scout Jamboree, Korea

MELISA J. PETER Participant – Malaysian Contingent 25th World Scout Jamboree, Korea

GAYATHRI THIVASEGARAN IST – Malaysian Contingent

25th World Scout Jamboree, Korea

LEE HAU MING Unit Leader – Malaysian Contingent 25th World Scout Jamboree, Korea

30 mm

100 mm

Tanda nama Jawatankuasa Pengelola Kontinjen

Tanda nama Pasukan Khidmat Antarabangsa

Tanda nama Pemimpin Patrol

Tanda nama Peserta

Bagi mendapatlan kesan tulisan yang jelas,

nama akan dicetak menggunakan kaedah

heat-press

Page 17: TOPIK MUKASURAT

15

PEK MAKLUMAT Lencana kontinjen Logo yang memenangi peraduan mencipta logo kontinjen yang diadakan pada Januari

2022 akan digunakan sebagai lencana rasmi. Lencana ini akan disangkut pada butang

uniform di sebelah poket kiri.

T-shirt kontinjen Setiap warga kontinjen akan dibekalkan dengan beberapa helai t-shirt kontinjen berkolar.

Rekabentuk t-shirt akan dikemukakan kepada semua anggota kontinjen pada suku pertama

tahun 2022.

Skaf rasmi kebangsaan Sebagai tanda unik skaf rasmi kebangsaan bagi seluruh warga kontinjen Malaysia, logo

Persekutuan Pengakap Malaysia akan diletakkan di bahagian belakang sebagai tanda

pengenalan untuk membezakan pengakap Malaysia dari Pengakap negara lain yang

menggunakan rekabentuk skaf yang sama.

Page 18: TOPIK MUKASURAT