topik 6_ketaksamaanpeluangpndidikan

Upload: asma-aqilah

Post on 06-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    1/45

    KETAKSAMAAN

    PELUANG PENDIDIKAN

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    2/45

    Ketidaksamaan Dalam Pendidikan

    Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak

    faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan,

    kuasa politik.

    Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak

    semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itusekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum

    dan penempatan.

    Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang

    untuk mengembangkan potensinya.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    3/45

    Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,

    pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok

    terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku

    pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu

    atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

    Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).

    Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golonganistana menerima sistem pendidikan yang berbeza.

    Diteruskan lagi pada zaman penjajah.

    Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan

    orang kampung terus ketinggalan.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    4/45

    Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :

    Meliputi kemudahan mendapat guru

    Bahan-bahan rujukan

    Peluang kerjaya selepas tamat belajar

    Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial

    1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat

    2. Kumpulan pertengahan atasan orang yang berpendidikan tinggi,

    profesional dan memegang jawatan yang baik

    3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijildiploma.

    4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)

    5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan

    tidak pernah melalui pendidikan formal.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    5/45

    Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang

    signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan

    ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

    Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa

    semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka.

    Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

    Tahap kesihatan

    Suasana tempat tinggal

    Jumlah keluarga kecil/besar

    Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan

    ketidaksamaan dalam peluang pendidikan

    Terdapat sekolah kurang murid (SKM)

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    6/45

    Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan

    latihan mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah. Usaha KPM bantu:

    1. RMT

    2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)

    3. bantuan Makanan Asrama

    4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

    5. Jaket Keselamatan

    6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya

    7. SPBT

    8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)

    9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan

    University

    10.Asrama Harian

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    7/45

    Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang

    Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin

    disebabkan oleh beberapa faktor seperti lokasi sekolah, latarbelakang

    sosio-ekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan

    semulajadi, peluang hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    8/45

    Ketaksamaan PeluangPendidikan

    Kelas Sosial Jantina

    Kumpulan Minoriti Murid Berkeperluan

    Khas

    Isu-Isu KetaksamaanPeluang Pendidikan

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    9/45

    Kelas Sosial:

    Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.

    Kelas sosial boleh dikatakan segolongan ind. yang mempunyai

    kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,

    martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi

    2 golongan:

    1. Bourgeoisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran,

    pengagihan dan pertukaran

    2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya

    hanya tenaga kerja sahaja.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    10/45

    Jantina:

    Murid peempuan dan lelaki masing-masing pilih mata pelajaran yang

    bersifat keperempuanan dan kelakian.

    Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan

    perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita,

    perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas.

    Peluang pekerjaan mengikut gender.

    Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki. Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????

    Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    11/45

    Kumpulan Minoriti:

    Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan

    etnik yang lain.

    Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb

    Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau

    warisan daripada ibu bapa. Kini????

    Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.

    Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah,

    pembuli, suka merokok, lepak, gengsterisme dll.

    Mereka adalah murid yang tercicir.

    Pihak sekolah perlu beri perhatian

    Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet,

    cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dll.

    Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil

    Mereka juga perlu diberi perhatian.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    12/45

    Murid Berkeperluan Khas:

    Dua kategori MBK:1. kategori masalah

    2. kategori masalah khusus

    Kecerdasan yang amat rendah.

    Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam

    masyarakat.

    Kanak-kanak pintar cerdas

    Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakansebaya.

    Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan

    sedia ada.

    Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    13/45

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    14/45

    Isu-isu ketaksamaan peluang

    Orang Asli

    -kadar keciciran tinggi

    -masih terpinggir

    -golongan bijak pandai masih kurang

    -latar belakang akademik rendah

    Tahap pendidikan isi rumah juga rendah

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    15/45

    Indigenous

    Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah

    dan Sarawak.

    Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi,sosial dan budaya

    Di Sabah terdapat 23 suku kaum

    Terbesar Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei

    di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan,Kelabit.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    16/45

    Indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik

    yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima

    sebarang perubahan dunia luar.

    Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu. Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.

    Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia

    pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup

    tradisional

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    17/45

    Masyarakat pedalaman

    Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;

    Kurang guru pakar Pertumbuhan pusat urban yang lembab

    Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang

    memberangsangkan

    Lokasi Jurang digital

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    18/45

    Secara am, terdapat dua isu berkaitan dengan ketidaksamaan

    pendidikan iaitu budaya tersekatdanpendidikan imbuhan.

    Isu-Isu Ketidaksamaan

    Peluang Pendidikan:

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    19/45

    Budaya Tersekat:

    Budaya tersekat bermaksud sekatan peluang ke atas

    segolongan masyarakat disebabkan fkator-faktor seperti

    kemiskinan, etnik dan lain-lain.

    Konsep ini amat popular semasa tahun 60an di AmerikaSyarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African

    American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah

    dipinggirkan haknya.

    Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajarkawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai

    tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan

    pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    20/45

    Budaya Tersekat:

    Budaya Tersekat juga merujuk kepada pelajar yang

    mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana

    latar belakang keluarga.

    Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksudculturallydisadvantage kerana dipercayai bahawa masalah utama

    ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan

    corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di

    sekolah.

    Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar diMalaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa

    adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada

    tugas-tugas mengerjakan kebun.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    21/45

    Budaya Tersekat:

    Selain itu, loghat bahasa tempatan digunakan dalam

    kehidupan seharian.

    Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak

    membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi

    kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannyamenulis, membaca dan berkomunikasi dengan

    menggunakan bahasa formal.

    Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu

    boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadappencapaiannya di sekolah.

    Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterap

    semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana

    kekurangan relatif.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    22/45

    Budaya Tersekat:

    Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah dibandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu

    bapa mereka adalah lebih tinggi, dan tumpuan diberi

    kepada pendidikan di sekolah.

    Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka danmenggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa

    yang lebih kompleks untuk berkomunikasi.

    Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang

    kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih

    berjaya di sekolah.

    Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak

    mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya

    tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi

    (Sharifah,1995).

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    23/45

    Pendidikan Imbuhan:

    Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan

    pendidikan yang disebabkan oleh ketidaksamaan status

    sosio-ekonomi.

    Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar

    bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluangpendidikan yang berbeza.

    Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan

    untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu.

    Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep barudalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua

    di beberapa negara Barat.

    Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap

    kepentingan pendidikan.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    24/45

    Pendidikan Imbuhan:

    Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk

    menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya

    untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973).

    Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluangpendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah

    menegah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanak-

    kanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding

    dengan mereka daripada golongan memengah dan atasan.

    Ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapayang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka

    daripada menerima pendidikan.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    25/45

    Pendidikan Imbuhan:

    Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian

    mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan

    pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan

    keamanan sesebuah negara.

    Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebutdan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah

    mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem

    pendidikan mereka.

    Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat. Apabila berlakunya masalah ketidak stabilan sosial yang

    serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program

    baru yang dipanggil Head Start telah diperkenalkan untuk

    membantu perkembangan pendidikan di kalangan golongan

    rendah masyarakat.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    26/45

    Pendidikan Imbuhan:

    Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran

    (1973), Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan

    melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975.

    Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkandengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru

    berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk

    mengajar.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    27/45

    Faktor Persekitaraan Rumah Dan Sekolah Yang

    Mempengaruhi Pencapaian Akademik

    Pencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung

    kepada IQ semata-mata.

    Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial,

    sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar jugamempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    28/45

    Perbezaan Kelas Sosial:

    Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada

    golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi

    yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan

    lokasi rumah.

    Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik

    pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap

    pendidikan dan profesion mereka.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    29/45

    Pengaruh Kelas Sosial

    Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar

    Aspek Kelas Sosial Atasan Kelas Sosial Bawahan

    1. Bahan

    Pembelajaran

    Bahan pembelajaran yang mencukupi

    Kesan:

    Pelajar bersedia untuk belajar

    Tidak ada bahan pembelajaran atau tidak

    mencukupi

    Kesan:

    Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran

    dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas

    2. Kelas tambahan

    Pelajar mempunyai seorang tutor

    Kesan:

    Kemahiran dan pengetahuan pelajardapat ditingkatkan kerana menerima

    bimbingan secara individu

    Tidak mampu membayar yuran kelas tambahan

    Kesan:

    Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnyakepada sekolah dan diri sendiri

    3. Pakaian seragam

    Sekolah

    Pakaian seragam sekolah pelajar

    kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan:

    Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin

    semasa mengikuti pelajaran yang diajar

    Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi

    lusuh, compang-camping dan tidak terurus.

    Kesan:

    Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk

    mengikuti pelajaran yang diajar

    4.Pendidikan

    Ibu Bapa

    Ibu bapa biasanya berpendidkan tinggi

    dan mementingkan pendidikan anak

    Menggalakkan anak mencapai akademik

    yang lebih tinggi. Mereka membimbing

    anak dalam kerjayanya.

    Kesan:

    Pelajar sedar tentang pentingnya

    pembelajaran dan perancanganawal kerjaya mereka

    Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak

    memberi perhatian kepada pendidikan anak

    Mereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh

    membimbing kerjaya anak.

    Kesan:

    Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian

    akademik yang cenerlang

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    30/45

    Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa

    Mengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorangindividu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat

    disebatikan cara tersebut dengan personalitinya.

    Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan,

    norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana diaadalah seorang ahli.

    Sebaliknya, komunikasi adalah satu alat untuk berkomunikasi.

    Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua

    kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa.

    Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata

    penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan

    seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala,

    bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga

    menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985).

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    31/45

    Implikasi Sosialisasi Dan Bahasa

    Terhadap Pencapaian Akademik

    Aspek Sosialisasi Bahasa Kompleks Bahasa Biasa

    1. Nilai:

    y Kepentingan ilmu

    y Pengurusan Masa

    Penggunaan bahasa komplek oleh ahli

    keluarga dapat memupuk nilai yang

    berkaitan dengan kepentingan ilmu dan

    pengurusan masa di kalangan anak

    remaja mereka

    Kesan:Kesedaran di atas menjadi motivasi

    intrinsik kepada anak untuk mencari ilmu

    Penggunaan bahasa biasa oleh ahli

    keluarga tidak dapat memupuk nilai yang

    berkaitan dengan kepentingan ilmu dan

    pengurusan masa di kalangan anak

    mereka

    Kesan:

    Pelajar tidak bagitu sedar tentangkepentingan pendidikan maka

    mengabaikan tanggungjawab untuk

    mencari ilmu

    2. Kepercayaan agama Kepercayaan agama digalakkan oleh ahli

    keluarga atau ibu bapa denganmenggunakan bahasa yang kompleks.

    Anak mendapat bimbingan yang baik

    Kesan:

    Ajaran agama menjadi garis panduan

    tindakan anak-anak remaja dan mereka

    memberi tumpuan kepada kepentingan

    memperoleh ilmu.

    Bimbingan terhadap kepercayaan agama

    oleh ahli keluarga yang menggunakan

    bahasa dan loghat tempatan tidak begituberjaya dan anak remaja kurang

    menerima bimbingan tersebut

    Kesan:

    Ajaran agama diabaikan, dan anak

    remaja kurang dibimbing atau dibantu.

    Maka kepentingan memperoleh ilmu

    bukan merupakan tanggungjawab utama

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    32/45

    Perbezaan Lokasi

    Bandar Dan Luar Bandar

    Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar-pelajar di negara

    ini tinggal bersama keluarga mereka sama ada di bandar

    mahu pun di kampung.

    Data statistik menunjukkan bahawa sebanyak 84%daripada sekolah-sekolah rendah terletak di kawasan luar

    bandar dan 40% daripada sekolah-sekolah tersebut

    mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang

    (Sharifah, 1995). Hal ini membawa implikasi terhadap pencapaian akademik

    pelajar.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    33/45

    Perbezaan Kemudahan Awam

    Antara Bandar Dengan Kampung.

    Aspek Bandar Kampung

    1. Bekalan air dan

    lektrik

    Mempunyai bekalan air dan lektrik

    Kesan:

    Pelajar boleh memberi tumpuan

    kepada pelajaran. Mereka boleh

    belajar dalam keadaan yang

    selesa.

    Ada kalanya tidak mempunyai

    bekalan air dan elektrik

    Kesan:

    Pelajar membazir masa

    mengangkut air daripada perigi dan

    sungai.

    2. Pusat tuisyen Terdapat banyak pusat tuisyenKesan:

    Boleh mengikuti kelas tuisyen

    untuk meningkatkan lagi kemahiran

    dan pengetahuan

    Sukar mendapat pusat tuisyen

    Kesan:

    Pembelajaran hanya bergantung

    kepada input sekolah sahaja

    3. Perpustakaan Terdapat perpustakaan awam.Kesan:

    Ini membolehkan pelajar membuat

    rujukan tambahan dan tempat

    belajar yang selesa

    Tidak ada perpustakaan awam.

    Kesan:

    Hanya bergantung kepada bahan

    rujukan perpustakaan sekolah.

    Oleh kerana saiz sekolah kecil,

    maka bahan rujukan adalah

    terhad.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    34/45

    Ciri-ciri Sekolah Yang Mempengaruhi

    Pencapaian Akademik

    Terdapat beberapa ciri sekolah yang boleh mempengaruhi

    pencapaian akademik pelajar.

    Tiga daripada ciri-ciri tersebut, ialah budaya sekolah,

    jangkaan guru, dan keberkesanan sekolah.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    35/45

    A) Budaya Sekolah

    Mengikut kebiasaan, budaya sekolah merujuk kepada

    persekitaran keseluruhan pelajar itu di sekolah.

    Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong

    dikatakan mempunyai kesan positif terhadap prosespengajaran dan pembelajaran.

    Mengikut Colin Marsh (2000), budaya sekolah sering

    berubah dan tidak statik.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    36/45

    Ciri-ciri Positif Sekolah

    AspekC

    iri Positif1. Keadaan fizikal

    sekolah yang baik

    a. Bilik darjah yang mencukupi dan tiada kelas terapung membolehkan

    pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

    b. Kemudahan untuk aktiviti rekreasi, contohnya padang, dan jimnasium

    mengurangkan tekanan pembelajaran di kalangan pelajar

    2. Aspek sosial yang

    menghasilkan

    seorang insan yang

    baik dan berguna

    Sekolah menganjurkan projek gotong royong, dan kem kaunseling untuk

    memupuk nilai murni, dan Hari Kantin bertujuan mengutip derma untuk pelajar

    miskin serta memberi pelajar mencari pengalaman berniaga

    3. Budaya ilmu yang

    positif

    a. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah

    membantu pelajar memilih kerjaya masa depan

    b. Pengetahuan yang dipelajari itu membantu pelajar membentuk personalitidengan kreativiti sendiri

    4. Menguasai bahasa a. Pelajar yang dapat menguasai bahasa dengan baik boleh mengambil

    bahagian dalam bahas, pidato, dan lain-lain

    b. Penguasaan bahasa yang baik memberi keyakinan kepada pelajar untuk

    berinteraksi dengan orang lain.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    37/45

    (B) Jangkaan Guru

    Jangkaan guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap

    pencapaian pelajarnya dalam aktiviti pembelajaran.

    Jangkaan ini terbentuk hasil daripada penelitian data

    pencapaian akademik yang lepas, pemerhatian perlakuanpelajar serta interaksi guru dengan pelajar.

    Jangkaan ini membantu guru memotivasi pelajarnya ke

    arah pencapaian akademik yang lebih tinggi.

    Guru selalunya menyampaikan jangkaan ini melalui mimik

    muka, gaya dan tingkahlaku personal.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    38/45

    Hubungan Antara Jangkaan Guru Dengan

    Pencapaian Akademik Pelajarnya

    1. Jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan pelajar

    bertujuan untuk:

    Meningkatkan usaha pembelajaran;

    Mempunyai keyakinan dalam penglibatan diri semasaaktiviti pembelajaran;

    Menghasilkan tugasan yang baik; dan

    Selalu bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru.

    Contoh: membaca topik dahulu sebelum pengajarandilaksanakan, dan menyediakan soalan yang berkaitan

    untuk bertanya dalam kelas.

    Kesan: Pencapaian akademik pelajar meningkat.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    39/45

    2. Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian pelajar

    menyebabkan pelajar: :

    Malas untuk mencuba;

    Mengamalkan sikap mencari jalan yang paling senangsemasa melengkapkan tugasan;

    Kurang memberi tumpuan kepada guru; dan

    Kurang terdorong untuk melibatkan diri dalam aktiviti

    pembelajaran di bilik darjah seperti bertanya dan menjawabsoalan.

    Kesan: Pencapaian akademik pelajar mula merosot.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    40/45

    Ciri-ciri Sekolah Berkesan

    Secara am, sekolah berkesan menawarkan peluang

    pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras,

    status sosio-ekonomi atau jantina.

    Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikanbahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang

    kondusif.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    41/45

    Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai

    sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan

    berdasarkan latar belakang keluarganya.

    Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya iadapat:

    Mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan

    mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya.

    Memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya.

    Meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua

    aspek.

    Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    42/45

    Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan

    Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

    Ciri-ciri Sekolah Berkesan Pencapaian Akademik Pelajar

    1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif,

    dan mesra dengan klien;

    2. Peraturan sekolah yang jelas;

    3. Guru berterampilan dalam bidang masing-masing dan mesra dengan klien;

    4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang

    mencukupi;

    5. Persekitaran sekolah yang ceria;

    6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan

    guru;7. Kepimpinan yang kukuh;

    8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk

    mencapai kejayaan;

    9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja

    berpasukan.

    1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar

    dalam iklim sekolah;

    2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran;

    3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadilebih berfokus;

    4. Disiplin pelajar terkawal;

    5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan

    dalam suasana yang menyeronokkan;

    6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi;

    7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajardapat meningkatkan tahap pencapaian

    akademik;

    8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara

    guru dengan murid menyebabkan persekitaran

    sosio-emosi yang boleh merangsang

    pembelajaran.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    43/45

    Rujukan:

    Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood Cliffs. New

    Jersey: Prentice Hall.

    Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and application. 2nd

    Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and Howell Company.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi

    kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

    Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon

    Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2ndEdition. Needham Heights,

    Massachusetts: Allyn & Bacon.

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    44/45

    Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

    Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education.

    http://WWW.collegetermpapers.com

    Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice

    Hall.

    Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan

    Publishing Co.

    Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc.

    Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan

    Guru

    Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 8/3/2019 Topik 6_KetaksamaanPeluangPndidikan

    45/45

    Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth

    Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.

    Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.

    Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs, New Jersey:

    Prentice Hall.

    Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit Universiti Putra

    Malaysia

    Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.