topik 5_lukisan.pdf

16
DEFINISI Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas. Lukisan boleh dihasilkan menggunakan dua cara iaitu: Lukisan tanpa warna Lukisan berwarna Lukisan tanpa warna dihasilkan menggunakan alatan melukis seperti pensel, arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Bagi lukisan berwarna, media yang digunakan ialah pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya. Lukisan boleh dihasilkan menggunakan garisan, atau ton atau kedua duanya sekali. Ton boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan garisan, titik titik, lorekan dan gosokan. Lukisan siap menggunakan arang, pensel, pastel dan krayon biasanya disapu atau disembur menggunakan pemati (fixative) supaya kesan lukisan tidak akan hilang apabila disentuh. Salah satu jenis pemati ialah “spray clear” 5.1 T T o o p p i i k k 5 5 Lukisan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Mengenal pasti apakah lukisan . 2. Menceritakan sejarah awal lukisan . 3. Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam lukisan awal. 4. Mengenal pasti beberapa teknik dan media lukisan. 5. Membuat lukisan dengan pelbagai teknik dan media dan menghasilkan corak yang menarik.

Upload: rong-ing

Post on 24-Dec-2015

135 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

DEFINISI

Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Lukisan adalah prosesmelukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokanmenggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alatdan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dankanvas. Lukisan boleh dihasilkan menggunakan dua cara iaitu:

Lukisan tanpa warnaLukisan berwarna

Lukisan tanpa warna dihasilkan menggunakan alatan melukis seperti pensel,arang, pen dan dakwat, pen teknikal dan sebagainya. Bagi lukisan berwarna,media yang digunakan ialah pensel warna, krayon, pastel dan sebagainya.Lukisan boleh dihasilkan menggunakan garisan, atau ton atau kedua duanyasekali. Ton boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan garisan, titik titik,lorekan dan gosokan. Lukisan siap menggunakan arang, pensel, pastel dankrayon biasanya disapu atau disembur menggunakan pemati (fixative) supayakesan lukisan tidak akan hilang apabila disentuh. Salah satu jenis pemati ialah“spray clear”

5.1

TTooppiikk 55 Lukisan

HASIL PEMBELAJARANPada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Mengenal pasti apakah lukisan .2. Menceritakan sejarah awal lukisan .3. Menyenaraikan beberapa orang tokoh yang terlibat dalam lukisan

awal.4. Mengenal pasti beberapa teknik dan media lukisan.5. Membuat lukisan dengan pelbagai teknik dan media dan menghasilkan

corak yang menarik.

Page 2: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 76

SEJARAH SENI LUKIS

Sejarah seni lukis dunia bermula dan berkembang sejak zaman pra sejarah lagi.Terdapat tiga peringkat perkembangan iaitu:

Zaman PaleolitikZaman MesolitikZaman Neolitik

5.2.1 Zaman Paleolitik

Zaman ini bermula pada tahun 2,500 SM hingga 1,500 SM. Pada zaman ini orangorang Paleolitik tinggal di dalam gua gua batu pada musim sejuk. Merekamenghabiskan masa dengan meniru cakaran yang dibuat oleh beruang padadinding gua semasa menajamkan kukunya. Mereka melukis garisan garisanselari dan berbelok belok dengan menekankan jari dan alat alat yang tajam dibahagian bahagian dinding gua yang lembut. Cetakan berwarna dibuat denganmenggunakan tapak tangan atau melukis garisan luar tangan mereka denganwarna merah dan hitam.

Lukisan yang dibuat pada zaman ini kebanyakannya menggunakan imejbinatang seperti gajah, rusa, seladang, babi hutan, dan kuda. Setiap gambaranmencerminkan semangat binatang yang luar biasa. Binatang binatang itudigambarkan dengan pelbagai gerak laku seperti lemah lembut, kegagahan,kedamaian dan keikhlasan.

Lukisan ini kadangkala ada juga menunjukkan figura orang memburu atauberlawan. Figura yang dilukis adalah dengan bentuk seperti ‘orang lidi’ atau‘stick figures’.

5.2

Page 3: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 77

5.2.2 Zaman Mesolitik

Zaman ini bermula daripada tahun 15,000 SM hingga 10,000 SM. Pada masazaman Paleolitik telah mengalami glasier, manusia primitif ini telahmeninggalkan gua –gua yang mereka diami dan berpindah untuk mencarikawasan yang tanah tanihnya lebih subur untuk bercucuk tanam. Peralatanperalatan batu telah dihalusi dan berkurangnya penggunaan tulang. Beberapalukisan telah ditemui yang membuktikan wujudnya kebudayaan di utara Afrikadan timur Sepanyol.

Lukisan lukisan pada zaman ini kelihatan lebih detail daripada zaman Paleolitik.Jika lukisan lukisan di zaman Paleolitik dilukis di hujung hujung gua, tetapilukisan lukisan pada zaman ini kebanyakkannya dilukis di bahagian pintumasuk gua sahaja. Pada zaman ini, lukisan lebih berbentuk manusia daripadabentuk bentuk binatang. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkankehidupan dalam masyarakat samada sewaktu berburu, berlawan atau dalamupacara istiadat. Lukisan juga lebih mementingkan gerakan daripada bentuk.

Lukisan yang dihasilkan adalah menunjukkan pergerakan rentak binatang danmanusia. Tumpuan pada setiap pergerakkan adalah untuk menunjukkan bentuksemulajadi binatang. Terdapat juga bentuk bentuk yang digayakan yangmelambangkan perasaan mereka. Mesej yang cuba disampaikan adalah tentangpemburuan dan pengumpulan binatang di samping adat dan kehidupan kaummereka.

Lukisan lukisan juga dibuat agar mendapat satu kuasa ghaib atau luar biasadalam pemburuan mereka. Karya karya juga mula memperlihatkan corak corakuntuk menambah lagi kesan kesan kuasa ghaib. Pada zaman ini juga, merekamenggunakan pelbagai bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka untukmenghasilkan bahan catan. Untuk mendapatkan warna merah merekamenggunakan darah manakala warna hitam diperolehi daripada biji bijian yang

Page 4: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 78

dihancurkan. Untuk mendapatkan warna hijau , tumbuhan dan lemak binatangtelah digunakan.

5.2.3 Zaman Neolitik

Zaman ini bermula sekitar tahun 7,000 SM hingga 1,500 SM. Tumpuanpenduduk adalah tempat tinggal di kawasan yang subur. Terdapat sistem buruhdan sistem perdagangan. Aktiviti kehidupan mereka adalah mengikut peredaranmusim. Mereka berfahaman animisma. Pada masa ini telah wujudperkampungan dan perbandaran dan kehidupan berpindah randah mulaberkurangan.

Binatang binatang yang menjadi objek lukisan mereka ialah lembu, rusa,seladang dan singa. Lukisan lukisan pada zaman ini ada yang digayakan danada yang berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuatsecara realisma yang natural. Mereka menggunakan tangan untuk membentukgarisan tebal, nipis manakala lorekan hitam digunakan di bahagian bahagianyang terdapat nilai ton. Karya karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuanpersembahan kepada semangat dan roh datuk nenek moyang mereka,menunjukkan ilmu sihir ketika memburu binatang, mendapatkan semangathaiwan seperti keberanian, kepantasan dan ketangkasan.

Mereka beranggapan karya karya yang dihasilkan dapat menentukan nasibpemburu dan menyakitkan musuh, memperolehi kesaktian sewaktu memburu,menggambarkan corak cara hidup dan nilai budaya kaum mereka.

Pada zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merahmanakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atauarang. Warna coklat dan jingga diperolehi daripada biji bijian yang dihancurkandengan batu dan dicampurkan dengan darah haiwan, madu tumbuh tumbuhandan lemak haiwan.

Page 5: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 79

Warna warna yang digunakan pada zaman ini adalah kebanyakkannya daripadakategori ‘earth colours’ seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainyayang dicampurkan dengan lemak binatang. Warna ungu hitam diperolehidaripada oksid manganam yang terdapat dalam tanah liat. Manakala warnaputih pula diperolehi daripada batu kapur.

Tempat tempat yang banyak ditemui lukisan zaman Neolitik ialah seperti digua gua di Perancis dan Sepanyol manakala gua gua yang terkenal didapatikesan kesan seperti ini adalah seperti gua Altamira dan Lascaux.

TOKOH-TOKOH SENI LUKIS

Potret diri oleh Leornado da Vinci

Leornado da VinciLeonardo Da Vinci merupakan simbol yang unggul bagi zaman Renaissance diItaly. Beliau bukan sahaja seorang saintis tetapi juga pelukis agung yangmeninggalkan ribuan lukisan dan buku buku catatan yang mengandungi ideaidea dan pelan pelan rekaannya. Antaranya termasuklah sebuah helikopter dan

5.3

AKTIVITI 5.1

Kaji lukisan pra sejarah, bagaimana lukisan itu dapat dikaitkan denganmembuat corak dan rekaan?

Page 6: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 80

kapal selam. Di samping itu, beliau juga mempelajari anatomi, kaedahpenerbangan, menyelam di lautan dalam dan kejuruteraan. Lukisannya yangterkenal ialah Monalisa dan The Last Supper. Kerana minat dan kemahirannyayang luas, Leornado menjadi satu simbol bagi zaman keagungan kesenian danpengetahuan di Itali yang dikenali sebagai zaman Renaissance. Beliaumerupakan seorang saintis dan juga pelukis yang percaya bahawa untukmelukis sesuatu, setiap pelukis perlu memahami bagaimana sesuatu ituberfungsi.

Leornado dilahirkan pada tahun 1452 di Vinci, Tuscany, Itali. Semasa kecil,beliau suka kepada binatang, pakaian dan gemar mempersendakan orang.semasa berusia lima belas tahun, beliau bekerja dengan seorang pelukis bernamaAndrea del Verrocchio di Florence. Di bengkel Verrocchio, Leornado sibukmelukis potret, membuat ukiran, barang kemas dan pakaian.. Kerana beliautinggal di Florence, beliau dapat mengkaji karya karya yang telah menjadipermulaan kepada suatu zaman baru bagi kesenian Itali seperti pintu tembagayang dibuat oleh Ghiberti untuk gereja Baptistry dan patung David olehDonatello. Leornado menjadi pelukis yang sangat mahir. Menurut sebuahkisah, Verrocchio tidak lagi melukis setelah melihat pelajarnya yang masih mudaitu melukis bidadari dengan baik di sebelah kiri lukisan yang dilukis bersamaiaitu The Baptistry of Christ.

Pada tahun 1472, Leornado menjadi guru di Painters’ Guild, St Luke. Karyaawalnya termasuklah potret Ginevra de’ Benci (1474) dan Adoration of the Kingsyang dijadikan sebagai lukisan gereja St Donato di Florence. Pada tahun 1482,beliau bekerja dengan Ludovico Sforza, iaitu Duke of Milan danmemperkenalkan dirinya sebagai pakar dan pencipta peralatan perang. Semasabekerja di kediaman Duke of Milan, beliau menyiapkan karyanya yang terkenaliaitu The Last Supper di biara Santa Maria delle Grazie. Pada tahun 1499, tenteraPerancis menawan Milan dan Leornado kembali ke Florence. Di sana beliaubekerja sebagai jurutera kepada Jeneral Cesare Borgia. Beliau juga melukispotret Monalisa yang menggunakan teknik sfumato, suatu kesan latar belakangyang menggunakan kaedah bebayang yang diadun lembut hingga gambar itukelihatan hidup. Pada tahun 1512, beliau berpindah ke Rom dan melukis potretdirinya dengan kapur merah yang menggambarkan beliau sebagai orang tua.Beliau kemudian meninggal pada tahun 1519 di sebuah rumah dekat Amboise,Itali.

AKTIVITI 5.2

Leonardo da Vinci banyak menghasilkan lakaran sebelum menghasilkanlukisan yang sebenar. Jelaskan bagaimana kenyataan ini dikaitkan denganmencorak?

Page 7: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 81

Vincent Van GoghVincent Van Gogh dilahirkan di Holland pada tahun 1853, ialah anak kepadaseorang paderi. Semasa berusia enam belas tahun, beliau bekerja dengan sebuahsyarikat pengedar lukisan milik keluarga Goupil, yang berpusat di The Hague.Sepanjang tahun 1870 an, beliau bekerja dengan syarikat itu di London danParis. Di sana beliau berpeluang melawat muzium dan pameran seni.

Pada tahun 1876, beliau mengikut jejak langkah ayahnya dan menjalani latihanuntuk menjadi paderi. Pada musim dingin tahun 1878, Van Gogh dihantarsebagai mubaligh pelatih ke kawasan lombong di daerah Borinage, Belgium. Disana beliau hidup dalam kemiskinan dan berkawan rapat dengan para pekerjalombong dan keluarga mereka. Dalam tempoh tersebut, beliau mula membuatlakaran lanskap Borinage dan kehidupan para pelombong yang susah di situ.Beliau ingin melukis gambar pekerja pekerja biasa dan dalam lukisan awalnyaseperti Potato Eaters.

Pada tahun 1886, Van Gogh mengikut abangnya Theo menjual lukisan di Paris.Di sana beliau melihat lukisan impressionis dan bertemu beberapa orang pelukisseperti Degas, Pisarro, Toulouse Lautrec, Paul Gaugin dan sebagainya.Lukisannya mula kelihatan cerah dan berwarna warni. Beliau seterusnyamencuba teknik pointilisme yang dipelopori George Seurat. Pada tahun 1888,beliau berpindah ke Arles Selatan Perancis. Paul Gaugin kemudian menyertaibeliau. Pertentangan pendapat antara mereka menyebabkan Van Goghmemotong telinga kirinya.

Pada tahun 1889, beliau mengalami gangguan mental dan ditempatkan dihospital di Arles. Beliau kemudian dipindahkan ke St. Remy. Beliau terusmelukis dengan lukisan cara ganas yang dilukis dengan gerakan berus yang kuatmenggunakan warna warni yang terang.

Page 8: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 82

Pada tahun 1890, beliau dipindahkan ke Auvers di utara dan diletakkan dibawahjagaan Dr. Gachet yang merupakan kawan kepada para pelukis di situ. Ketikaberusia tiga puluh tujuh tahun, beliau menembak diri sendiri dan meninggal tigahari kemudiannya. Beliau meninggalkan puluhan khazanah lukisan yangberharga jutaan ringgit. Antara lukisannya yang agung ialah Sun Flowers danIrises.

TEKNIK MELUKIS

Teknik garisan silang – himpunan garisan garisan yang bersilangmenghasilkan kesan ton.

Teknik titik – hanya titik titik sahaja digunakan untuk menghasilkanbentuk dan ton.

Teknik lorekan teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasanobjek yang gelap untuk menunjukkan ton.

5.4

Page 9: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 83

Teknik gosokan meletakkan kertas lukisan di atas permukaan yangmempunyai jalinan yang diingini dan menggosoknya menggunakan alatmelukis.

Teknik campuran lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuranalat/media melukis dan teknik teknik yang berlainan.

Page 10: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 84

5.5 MEDIA DAN TEKNIK MELUKIS

5.5.1 Pensel

Garisan yang menghasilkan corak bunga yang menarik

Pensel dicipta oleh Nicolas Jacques Conte pada tahun 1795. Pensel diperbuatdaripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras iaitu jenis H sesuai digunakanuntuk melakar garisan yang tajam manakala pensel jenis lembut iaitu jenis Bsesuai digunakan untuk membuat lorekan atau ton.

Pensel jenis keras (H–8H) Semakin besar nilai H, semakin keras kesanpensel, iaitu garisan yang dilakarkan adalah tajam dan kurang gelap.Pensel jenis lembut (B–9 B) Semakin besar nilai B, semakin lembut kesanpensel iaitu lorekan yang dihasilkan semakin lembut dan gelap.

AKTIVITI 5.3

Berpandukan lukisan buah buahan yang sama, anda dikehendakimenghasilkan 4 karya dengan teknik yang berbeza.

Page 11: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 85

Titik titik yang menghasilkan corak pada sayap rama rama

Garisan pensel dipengaruhi oleh 3 faktor iaitu gred pensel (keras atau lembut),tekanan pensel dan kelajuan pensel semasa melukis. ton pensel merupakan nilaiwarna. Dalam lukisan pensel, ton merupakan kegelapan secara beransur ansur.Kegelapan pensel bertambah beransur ansur dari pensel jenis H ke jenis B

5.5.2 Arang

Corak menggunakan arang

Arang (charcoal) yang digunakan untuk melukis pada mulanya merupakanbatang kayu yang terbakar. Ia adalah media melukis tertua sekali. Arang sangatpopular digunakan oleh pelukis pada abad yang ke–17 dan ke–18. Padamulanya, arang digunakan oleh orang gua untuk melukis haiwan dan pemburupada dinding gua. Arang yang digunakan untuk melukis pada masa kini adalahbatang arang yang dibakar dengan cara khas supaya seluruh arang dapat

Page 12: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 86

menghasilkan garisan yang sama rata dengan kegelapan yang sekata padasemua kawasan yang dilukis. Keistimewaan arang adalah ia mempunyaikeupayaan untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis. Kesanarang pada permukaan kertas dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik.Kelebihan arang ialah dapat menimbulkan kesan kelembutan yang tinggi, kesankegelapan yang tinggi dan kesan tekstur yang amat menarik. Di samping itu iajuga dapat menghasilkan garisan yang tajam dan tepat, berupaya melukiskawasan yang luas dalam masa yang singkat dan ia juga dapat dihalusi denganmenyapu air ke atasnya menggunakan berus.

Arang pada masa kini dibuat dalam bentuk rod yang panjang atau dalam bentukpensel. Sama seperti pensel, terdapat arang yang berbeza kekerasannya. Bahanyang digunakan untuk memadamkan arang ialah kepingan roti segar ataupemadam pensel jenis lembut.

LANGKAH PENGHASILAN CORAK TEKNIK LUKISAN

1. Lakarkan bentuk geometri terlebih dahulu.

2. Melakar bentuk harimau berdasarkan bentuk geometri.

5.6

Page 13: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 87

3. Gelapkan kawasan tertentu menggunakan arang.

4. Menggosok arang untuk menampakkan ton.

5. Corak kulit harimau yang terhasil menggunakan arang.

AKTIVITI 5.4

Hasilkan sebuah corak lukisan yang bertemakan buah buahan denganmenggunakan pensel yang pelbagai gred

Page 14: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 88

Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali.Manusia melukis sebelum menulisTerdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan,titikan dan gosokan.Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi dan perwatakan.Leonarda da vinci adalah pelukis terkenal zaman renaissance di ItaliTeknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan

Oil pastel, soft paster, charcoal, pensilPersepsiImaginasi

AKTIVITI 5.5

Hasilkan sebuah corak lukisan yang bertemakan buah buahan denganmenggunakan pensel warna

AKTIVITI 5.6

Hasilkan sebuah corak lukisan bertemakan buah buahan denganmenggunakan teknik gosokan pelbagai tekstura

Page 15: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 89

PORTFOLIO (50%)

5.7.1 Membuat rekaan dan corak

Panduan :1. Mata pelajaran ini menekankan kreativiti dan cara persembahan anda.2. Bentuk, bahan, teknik dan kaedah pendokumentasian anda adalah bebas.3. Esei ditulis dengan menggunakan font Times New Roman atau Arial

dengan saiz font 12.4. Port folio maksima saiz A3.

5.7

AKTIVITI 5.7

Kaji lukisan pra sejarah, bagaimana lukisan itu dapat dikaitkan denganmembuat corak dan rekaan?(Penulisan esei 3 muka surat)

AKTIVITI 5.8

Leonardo da Vinci banyak menghasilkan lakaran sebelum menghasilkanlukisan yang sebenar. Jelaskan bagaimana kenyataan ini dikaitkan denganmencorak? (Penulisan esei 5 muka surat)

AKTIVITI 5.9

Hasilkan sebuah corak lukisan yang bertemakan buah buahan denganmenggunakan pensel yang pelbagai gred

AKTIVITI 5.10

Hasilkan sebuah corak lukisan yang bertemakan buah buahan denganmenggunakan pensel warna

Page 16: TOPIK 5_LUKISAN.pdf

TOPIK 5 LUKISAN 90

AKTIVITI 5.11

Hasilkan sebuah corak lukisan bertemakan buah buahan denganmenggunakan teknik gosokan pelbagai tekstura