pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

31

Upload: norisuwanah-jaffar

Post on 25-May-2015

26.257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)
Page 2: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Memahami konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik

Menjelaskan sejarah pembentukan pluralisme dan masyarakat pluralistik Tanah Melayu sebelum merdeka

Memahami proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan

Menghuraikan elemen pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka

Page 3: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PENGENALAN

Pluraliti budaya bukan fenomena baru.

Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan Eropah (PSBB).

Dua tahap utama Pluraliti budaya di Alam Melayu Pluraliti budaya di Malaysia

Page 4: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PENGERTIAN

Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British.

Page 5: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PLURALISME ALAM MELAYU

Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.

Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).

Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.

Page 6: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

CIRI-CIRI PLURALISME

Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.

Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.

Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.

Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.

Page 7: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PLURALISME ALAM MELAYU

Semasa Hindu Buddha Kemuncak Pluraliti di Zaman

Kesultanan Melayu Melaka Selepas kedatangan Penjajah

(Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris)

Selepas Merdeka

Page 8: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PERTAPAKAN HINDU BUDDHA

Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.

Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab-kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya.

Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan

Page 9: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

SAMB…

berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)

Page 10: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Kemuncak Pluraliti di Zaman Kesultanan Melayu Melaka Kewujudan pelbagai etnik di alam

Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya

Page 11: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka.

Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan.

Page 12: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India.

Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak.

Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.

Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

Page 13: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world.

Page 14: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)

Page 15: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

FAKTOR YANG MEMBAWA KEAGUNGANNYA SEHINGGA DIBERI JOLOKAN “THE VENICE OF THE EAST”

Pemerintahan yang bersistematik Perdagangan Kebudayaan Kependudukan

Page 16: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PEMERINTAHAN YANG BERSISTEMATIK Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi

dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat.

Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya

Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar.

Page 17: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik . Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam

Page 18: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PERDAGANGAN

Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Page 19: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

KEBUDAYAAN

Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.

Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan

Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri.

Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba.

Page 20: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

KEPENDUDUKAN

Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai.

Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.

Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan.

Page 21: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH (PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN

INGGERIS) Kedatangan penjajah berteraskan tiga

matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu.

Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.

Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka.

Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

Page 22: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.

British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.

Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.

Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.

Page 23: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.

Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.

Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.

Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan.

Page 24: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

SAMB..Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :

Politik dan pemerintahan» Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan

bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)» Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa

(kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain. Sistem dan Struktur

» Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.

» Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

Page 25: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

Samb..

Perubahan konsep ilmu (epistemologi) Sebelum penjajahan, berasaskan

metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.)

Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

Page 26: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah.

Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :

POLITIK PERLEMBAGAAN EKONOMI PENDIDIKAN

Page 27: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

POLITIK

Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.

Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional

Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

Page 28: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PERLEMBAGAAN

Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)

Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.

Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik

Page 29: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

PENDIDIKAN

Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.

Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Page 30: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

EKONOMI Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah

Melayu adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”. Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan

dua sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.

Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.

Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”

‒ Rancangan Malaysia‒ DEB‒ Wawasan 2020 dan sebagainya

Page 31: Pluraliti dan masyarakat pluralistik di malaysia (terkini)

KESIMPULAN

Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.

Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.