pembentukan masyarakat pluralistik di alam melayu.pptx

13
PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU Mohd Alif, Haryanto, Nik Nur Farah Hana, Noor Ashikin

Upload: nikliana

Post on 10-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYUMohd Alif, Haryanto, Nik Nur Farah Hana, Noor AshikinMASYARAKAT PLURALISTIKMasyarakat pluralistik tertumpu kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka memainkan peranan dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British di Tanah Melayu.Perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20 telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mengakibatkan berlakunya satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Keharmonian hubungan etnik dapat dibuktikan apabila mereka bersama-sama berjuang untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.Pemerintahan British telah menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan rakyat Malaysia. Terdapat kritikan bahawa mereka bertanggungjawab secara beransur-ansur untuk menyisihkan dominasi Islam daripada kehidupan kolonialisme Bara (termasuk British) sebagai suatu dasar tekal memisahkan orang Islam daripada agama mereka.Dampak dasar dan birokrasi British boleh dilihat dengan jelas dalam perkara-perkara berikut. Campur tangan British secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperoleh dari Kedah. Campur tangan British secara langsung dan menguasai pentadbiran negeri-negeri Melayu yang secara tradisionalnya terletak di bawah tadbir urus sultan Melayu.

British melaksanakan dasar campur tangan pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor antara Sultan Perak dan Pihak British. British memperluaskan kuasa mereka ke atas Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909 dengan Siam (Thailand). Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang memerintah di Sabah Keluarga Brooke yang memerintah di Sarawak

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYUMasyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan di ladang getah. Dasar yang diguna pakai oleh British ketika itu ialah divide and rule antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan. Mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimanapun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya dalam kalangan etnik mereka sahaja.

Walaupun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, negara Malaysia terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.

Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka sendiri.Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :

Politik dan pemerintahan Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.

Sistem dan Struktur Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.SEKIAN TERIMA KASIH!!!