tesis full corra

40
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 pengenalan Isu keusahawanan telah mula berkembang di Malaysia selepas pelaksanaan Dasar Ekonom (DEB) pada tahun 1970 Matlamat DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan! serta memper"epatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysi ketidakseimbangan ekonomi dapat diperbetulkan #alah satu strategi penting untuk me matlamat DEB adalah mewu$udkan satu masyarakat perdagangan dan perusahaan bumiputer yang berdaya ma$u %dalah men$adi matlamat kera$aan untuk meningkatkan prestasi age pengagihan terutama pemilikan ekuiti Bumiputera! pengagihan pendapatan di antara k pembangunan Masyarakatperdagangandan perindustrian Bumiputera (M&&B) melalui penggalakkan penyertaan perusahaan ke"il dan sederhana (&'#) sebagai penera$u per ekonomi ( an"angan Malaysia ke sembilan! *00+) Bidang keusahawananadalah satu bidang pentingbagi sesebuahnegara kerana melaluinya budaya makan ga$i dapat dikikis di kalangan rakyat! sebaliknya budaya me peker$aan sendiri dapat dipupuk Ini selaras dengan 'D,' negara yang tel sebanyak -. hingga /. sebagaimana yang telah dinyatakan dalam pelun$uran bermula pa tahun *00* Dengan prestasi keseluruhan ekonomi negara yang bertambah baik! maka le banyakpeluang peluang perniagaan dapat diwu$udkan &engangguran terus dikawaldan ekonomi kekal dalam kedudukan guna tenaga penuh Menyedari pentingnya peranan ekono berasaskan pengetahuan (k ekonomi) bagi meningkatkan produkti iti dan pertumbuhan negara! kera$aan telah melaksanakan &elan Induk Ekonomi berasaskan pengetahuan #al daripada perkara penting yang diberi tumpuan adalah pembangunan sumber manusia ( a Ekonomi! *00*2*003) #elain itu! wawasan *0*0 yang telah diperkenalkan pada 1990an boleh dianggap langkah pertama Malaysia menguasai Era teknologi In4ormasi dan dunia globa membolehkan Malaysia membuat satu peningkatan yang besar kea rah status negara indu akhirnya men"apai tahap k ekonomi! negara Malaysia perlu membina satu sistem pendid bertara4 dunia untuk menghasilkan tenaga ker$a bertara4 dunia 6leh itu! 1

Upload: telages-ravi

Post on 06-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ntng

TRANSCRIPT

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133)

BAB 1PENDAHULUAN1.1 pengenalan

Isu keusahawanan telah mula berkembang di Malaysia selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat DEB adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan, serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia supaya ketidakseimbangan ekonomi dapat diperbetulkan. Salah satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB adalah mewujudkan satu masyarakat perdagangan dan perusahaan bumiputera yang berdaya maju. Adalah menjadi matlamat kerajaan untuk meningkatkan prestasi agenda pengagihan terutama pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan di antara kaum dan pembangunan Masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi ( Rancangan Malaysia ke-sembilan, 2006).

Bidang keusahawanan adalah satu bidang penting bagi sesebuah negara kerana melaluinya budaya makan gaji dapat dikikis di kalangan rakyat, sebaliknya budaya mencipta pekerjaan sendiri dapat dipupuk. Ini selaras dengan KDNK negara yang telah berkembang sebanyak 4% hingga 5% sebagaimana yang telah dinyatakan dalam pelunjuran bermula pada tahun 2002. Dengan prestasi keseluruhan ekonomi negara yang bertambah baik, maka lebih banyak peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan. Pengangguran terus dikawal dan ekonomi kekal dalam kedudukan guna tenaga penuh. Menyedari pentingnya peranan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) bagi meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah melaksanakan Pelan Induk Ekonomi berasaskan pengetahuan. Salah satu daripada perkara penting yang diberi tumpuan adalah pembangunan sumber manusia ( Laporan Ekonomi, 2002/2003)

Selain itu, wawasan 2020 yang telah diperkenalkan pada 1990an boleh dianggap sebagai langkah pertama Malaysia menguasai Era teknologi Informasi dan dunia globalisasi. Untuk membolehkan Malaysia membuat satu peningkatan yang besar kea rah status negara industri dan akhirnya mencapai tahap k-ekonomi, negara Malaysia perlu membina satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk menghasilkan tenaga kerja bertaraf dunia. Oleh itu, penerapan nilai-nilai keusahawan melalui mata pelajaran disekolah mahupun diperingkat institusi tinggi amat penting diserapkan bagi melahirkan usahawan yang bakal menjana pertumbuhan ekonomi Negara ( Kementerian pendidikan Malaysia, 2001)

Strategi pengajaran yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan kunci kepada peningkatan pelajar dalam prestasi akademik. Pemilihan strategi yang sesuai lagi berkesan mampu membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran serta memberikan maklum balas yang positif dalam proses pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti keupayaan dan keperluan pelajar dalam menerima isu pengajaran yang disampaikan (Ang 1999 dan Omardin 1999).

Menurut Mohd Amir Shariffudin dan Halimah (1992), untuk melahirkan para pelajar yang berkebolehan, matang dan mampu menjalankan sesuatu perniagaan, peranan guru dan pentadbir sekolah amat penting. Guru-guru sewajarnya memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan seperti kemahiran berfikir, persembahan lisan, kemahiran diagnostik, kerja kumpulan, kajian kes, penyelesaian masalah, perbincangan, simulasi, main peranan dan kaedah arahan kendiri (individual instruction method). Semua teknik pengajaran tersebut amat berkesan kerana ia dapat melibatkan pelajar serta dapat mencungkil bakat kepimpinan yang ada pada mereka. Ia juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berani, kreatif dan inovatif.

Walau apapun bentuk program yang dilaksanakan untuk menerapkan konsep keusahawanan sama ada diperingkat sekolah, lepasan sekolah, kelulusan institusi pengajian tinggi dan juga untuk usahawan-usahawan sedia ada, penilaian perlu dilakukan bagi melihat keberkesanannya. Norasmah (2002) menyatakan bahawa penilaian ke atas sesuatu program usahawan perlu untuk menyediakan suasana persekitaran program yang lebih baik khususnya bagi proses pengajaran dan pembelajaran keusahawan di kalangan pelajar.1.2 Pernyataan MasalahMata pelajaran Kemahiran Hidup ini bertujuan untuk menerapkan pelbagai kemahiran kepada pelajar dan pelaksanaan pengajaran serta pembelajarannya berbentuk hands on. Di samping bermatlamat untuk memudahkan para pelajar memasuki pasaran kerajaan untuk melahirkan k-workers, program ini juga bertujuan supaya para pelajar dapat mencipta pekerjaan sendiri dengan cara memulakan dan menjalankan perniagaan sendiri.

Nor Aishah dan Siti Rahaya (1995) mengutamakan peranan inovasi dalam keusahawanan. Pendidikan keusahawanan bukan hanya untuk menggalakan pelajar supaya boleh berniaga tetapi seharusnya ke arah menghasilkan sesuatu teknik atau produk yang membuat kehidupan orang lebih selesa.

Persoalannya, apakah persepsi pelajar-pelajar kemahiran Hidup terhadap pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran tersebut dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada mereka. Selain itu, adakah tajuk-tajuk yang berkaitan keusahawanan yang dimuatkan dalam sukatan pelajaran kemahiran Hidup dapat menerapkan nilai-nilai atau budaya keusahawanan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Berdasarkan fenomena-fenomena dan pernyataan-pernyataan di atas, pengkaji merasakan perlu untuk meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan melalui program Mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah harian.

1.3 Objektif Kajianmatlamat kajian ini adalah untuk meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah hariann di dalam mata pelajaran kemahiran hidup oleh pusat perkembangan kurikulum (PPK), kementerian pendidikan Malaysia. Berkaitan dengan matlamat ini, objektif-objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Meninjau tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar yang mengambil Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

2. Meninjau persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran komponen usahawan di dalam Mata Pelajaran Kemahiran hidup.

3. Mengenalpasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibubapa.

4. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan jantina.

5. Mengenalpasti sama ada wujud perhubungan antara tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar dengan kecenderungan minat pelajar.

1.4 Persoalan Kajianpersoalan yang ingin dijawab melalui kajian ini antaranya:

1. Apakah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan di dalam Mata pelajaran kemahiran Hidup ?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibu bapa?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan dikalangan pelajar berdasarkan jantina?1.5 Hipotesis KajianHipotesis berikut adalah bagi menjawab persoalan kajian 2 dan 3H-1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan

di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibu bapa.

H-2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan jantina.

1.6 Batasan Kajiankajian ini merupakan satu kajian kes yang meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan di dalam Mata Pelajaran Kemahiran hidup. Tumpuan hanya kepada pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah harian di Negeri Perak. Menurut Majid Konting (2005) peratusan sampel sebanyak 30 peratus adalah mencukupi untuk mewakili sesuatu populasi kajian. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan bukan kaedah eksperimen dalam meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan di dalam program kemahiran hidup. Seterusnya data-data yang diperoleh untuk kajian ini dibatasi oleh item-ietm yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Dapatan kajian juga bergantung kepada kejujuran responden menjawab soalan yang dikemukakan. Kajian ini merupakan kajian kes. Oleh itu, kajian ini lebih mengambarkan pandangan responden di tempat penyelidikan dijalankan. Ini bermakna kemungkinan dapatan kajian adalah berbeza sekiranya dilaksanakan di tempat lain menggunakan instrumen yang sama.1.7 Kepentingan KajianKajian iani dijalankan ke atas 30 orang pelajar kemahiran hidup disekolah menengah harian di daerah tanjung malim. Sehubungan dengan itu hasil kajian ini diharap dapat menyediakan data dan menjadi bahan rujukan yang berguna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah dalam mengubahsuai dan menggubal Kurikulum Keusahawanan yang bertujuan memperhebat pembudayaan keusahawanan di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Dapatan kajian ini juga akan dapat membantu Universiti Pendidikan Sultan Idris, universiti-universiti tempatan yang menganjurkan program pendidikan dan maktab-maktab dalam mengenalpasti nilai-nilai keusahawanan yang perlu diterapkan dalam kandungan latihan guru-guru pelatih mata pelajaran keusahawanan dan Pengurusan perniagaan.

Akhir sekali penemuan ini diharapkan dapat membantu guru-guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar agar selari dengan kehendak Kurikulum Pendidikan dan mencapai objektif yang disasarkan.

1.8 Kerangka Konseptual Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah (1997b), terdapat 42 nilai-nilai keusahawanan yang dikaitkan dengan usahawan yang berjaya pada masa kini. Sabri (2002) pula telah membuat kesimpulan daripada hasil kajian tentang usahawan daripada pengkaji-pengkaji lain dan telah mengutarakan bahawa orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai nilai-nilai keusahawanan yang hampir sama. Namun, bagi membina kerangka konseptual kajian ini hanya enam nilai-nilai keusahawanan sahaja yang disesuaikan dengan personaliti pelajar sekolah menengah iaitu berani mencuba (Ab. Aziz 2003), bertanggungjawab (Loo 1992; Rafik 1998), ketegasan diri (Ab. Aziz 2003), Berinisiatif (Ab. Aziz 2003; Khairuddin 2003), bekerjasama ( Loo 1992; Zafir dan Fazila 2003), bermatlamat (Timmons et al. 1997).

Selain itu, kajian juga meninjau aspek mata pelajaran Kemahiran Hidup dari persepktif kaedah pengajaran, isi kandungan pelajaran dan mata pelajaran yang ditawarkan dalam menerapkan nilai keusahawan kepada pelajar. Manakala, dari segi faktor demografi yang dikaji adalah pekerjaan ibu, jantina pelajar dan pengalaman. Perspektif mata pelajaran Kemahiran Hidup yang berinteraksi dengan aspek latar belakang responden adalah merupakan pembolehubah tak bersandar manakala nilai-nilai keusahawanan merupakan pembolehubah bersandar dalam kajian ini.

Berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan di atas, satu kerangka konseptual kajian telah dibentuk dan digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kerangka konseptual ini telah digambarkan dalam Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 menunjukkan Kerangka Konseptual KajianSumber : Adaptasi daripada Model Penilaian Hammond 19731.9 Definisi OperasionalEmpat istilah didefinisikan secara operasional mengikut maksud dalam kajian ini untuk memudahkan perbincangan dibuat

1.9.1 Nilai-Nilai Keusahawanan Menurut Loo (1992) nilai-nilai keusahawanan yang terdapat dalam masyarakat adalah seperti sikap bergotong-royong, jujur dan menepati janji, berpersatuan, berjimat cermat serta bertanggungjawab.

Manakala dalam kajian ini, pengkaji hanya memilih enam nilai-nilai keusahawanan iaitu berani mencuba, bertanggungjawab, ketegasan diri, berinisiatif, bekerjasama dan bermatlamat.

1.9.2 Berani MencubaKonsep berani mencuba mengikut Ab. Aziz (2003) adalah berani melakukan atau menerokai sesuatu bidang yang belum pernah diceburi orang lain. Konsep berani mencuba dalam kajian bermaksud seseorang pelajar itu mempunyai pemikiran yang terbuka dan sanggup menyertai apa sahaja pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pihak luar.

1.9.3 Bertanggungjawab

Nilai bertanggungjawab mengikut Loo (1992) merujuk kepada sesorang usahawan itu bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara seperti mewujudkan pekerjaan, mengurangkan pengangguran, dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Nilai tanggungjawab dalam kajian ini merujuk kepada kesanggupan pelajar untuk menerima kerja atau tugasan yang diberikan kepadanya untuk dilaksanakan.

1.9.4 Ketegasan

Usahawan yang berani untuk bertindak untuk membuktikan kekuatan dan kelemahan yang dihadapinya dalam menjalankan perniagaan, merupakan nilai ketegasan diri, (Ab. Aziz, 2003). Nilai ketegasan diri dalam kajian ini bermaksud seorang pelajar mesti mempunyai pendirian yang tegas dalam segala tindakan yang diambilnya dan tidak mudah mengaku kalah.1.9.5 Berinisiatif Kajian ini menggunakan maksud daya inisiatif oleh Ab. Aziz (2003) iaitu seorang pelajar itu mempunyai sikap melakukan tugas tanpa perlu arahan daripada orang lain.

1.9.6 Berkerjasama

Zafir dan Fazilah (2003), berpendapat bahawa bekerjasama bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan secara berpasukan. Nilai bekerjasama dalam kajian ini bermaksud semangat bantu-membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan sana ada dalam kelas ataupun di luar kelas.

1.9.7 Bermatlamat

Bermatlamat dalam kajian ini merujuk kepada pengertian yang diterangkan oleh Timmons et al. (1997) iaitu seorang usahawan yang berjaya mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan tidak kabur. Maka seseorang pelajar yang dikatakan ingin menjadi usahawan mestilah telah menetapkan matlamat masa hadapan dengan jelas.

1.10 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Mata pelajaran Kemahiran Hidup (KH) merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib di ambil oleh pelajar Tingkatan 1,2,3 terdapat empat pilihan dalam mata pelajaran KH iaitu pilihan pertama kemahiran teknikal, pilihan kedua Ekonomi Rumah Tangga (ERT), pilihan 3 Pertanian dan pilihan keempat adalah Perdagangan dan keusahawanan 1.11 Dimensi pengajaran

Dimensi pengajaran dalam kajian ini meliputi kaedah pengajaran guru, mata pelajaran yang ditawarkan oleh pihak sekolah dan juga isi kandungan tajuk keusahawanan yang dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Kaedah pengajaran merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran dalam kajian ini hanya tertumpu kepada kaedah pengajaran seperti penerangan dan edaran, pembacaan, perbincangan, aktiviti berstruktur, kerja lapangan dan lawatan. Ini termasuk isi kandungan keusahawanan yang merangkumi kemahiran membuat keputusan, kemahiran berkomunikasi, rancangan perniagaan dan agensi-agensi lain yang membantu usahawan dalam pemasaran.

1.12 Latar belakang

Aspek dimensi latar belakang, kajian hanya memfokus kepada pelajar tingkatan 2 sahaja. Aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan pengalaman, jantina, bangsa dan latar belakang pekerjaan Ibu Bapa mereka.

1.13 Rumusan

Pelajar Kemahiran Hidup yang bakal menjadi usahawan di masa hadapan merupakan nadi dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara perlu mempunyai nilai-nilai keusahawanan yang murni dalam diri. Selain daripada teori keusahawanan yang dipelajari, pelajar dapat mengaplikasikan secara praktikal di alam pekerjaan nanti. Ilmu dan pengalaman merupakan dua aspek yang penting perlu diterapkan dalam diri pelajar untuk menjadi bakal usahawan yang berjaya. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan. Kajian ini cuba meninjau mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam melahirkan sumber tenaga yang berkemahiran untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan dengan memuatkan tajuk-tajuk pengurusan dan keusahawanan didalam sukatannya agar dapat melahirkan usahawan pada masa hadapa

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR2.1Pendahuluan

Perbincangan dalam bab ini meliputi 2 bahagian. Bahagian pertama akan membincangkan perkembangan usahawan secara umum iaitu meliputi definisi konsep usahawan dan keusahawanan, ciri-ciri usahawan, nilai-nilai keusahawanan, pendidikan keusahawanan serta kepentingan usahawan dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat dan akhirnya pendidikan vokasional di Malaysia. Bahagian kedua akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas berhubung dengan penilaian serta keupayaan program mencapai matlamatnya.

2.2Konsep Usahawan dan Keusahawanan

2.2.1 konsep usahawan

Perkataan enterpreneurs dalam bahasa Inggeris berasal daripada perancis entreprendre yang bermaksud memikul atau mencuba. Manakala dalam bahasa Melayu, perkataan usahawan sebenarnya berasal dari perkataan usaha. Perkataan usaha menurut Kamus Dewan bermaksud daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan (Ab. Aziz, 2003).

Terdapat pelbagai definisi yang diberikan kepada konsep usahawan. Kirzner(1979) mendefinisikan usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang tidak disedari oleh orang lain. Seterusnya, Kuratko dan Hodgetts (1992) menyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mengurus, mentabdir dan mengandaikan risiko perniagaan. Selain daripada itu, Dollinger (1995), menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena yang baru. Usahawan, walaupun telah wujud disepanjang perjalanan sejarah, tetapi konsep dan pelaksanaannya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi penciptaan dan penerokaan.

Berdasarkan keterangan-keterangan di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Apa yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk membentuk, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan memanfaatkan peluan yang diperoehi.

2.2.2Konsep Keusahawanan

Menurut Timmons et al. (1977) Keusahawanan didefinisikan sebagai tindakan kreatif manusia membangunkan sesuatu yang bernilai daripada tiada apa satu pun. Druker (1998) pula melihat keusahawanan sebagai proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukkan masa dan tumpuan, serta tenaga yang diperlukan, menanggung bersama risiko kewangan dan kepuasan serta kebebasan diri.

Ab.Aziz (2000,2003), menyatakan bahawa keusahawanan adalah merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, keusahawanan dianggap sebagai aktiviti yang akan dapat menggerakkan dan merangsang kejayaan serta peningkatan di dalam pembangunan ekonomi.

Kesimpulannya, keusahawanan merupakan satu pendekatan yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai, budaya dan ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan masing-masing.

2.2.3 Ciri-ciri Usahawan Berjaya

Menurut Zaidatol akmaliah dan Habibah (1997b), sehingga kini terdapat 42 ciri yang dikaitkan dengan usahawan yang berjaya. Tetapi terdapat juga kajian yang menyatakan tidak seorang usahawan yang berjaya tidak semestinya memiliki semua ciri-ciri keusahawan tersebut. Sabri (2002) telah meneliti hasil kajian tentang usahawan daripada pengkaji-pengkaji lain dan telah membuat kesimpulan bahawa orang berjaya dalam bidang keusahawanan mempunyai ciri-ciri yang unik dan hampir sama.

Menurut Timmons et al. (1979) Usahawan yang berjaya mempunyai komitmen, keazaman, ketabahan, serta lokus kawalan dalaman diri, berkeyakinan tinggi, bertenaga, berdaya usaha, bertanggungjawab dan menetapkan matlamat yang jelas. Obonon (1979) pula mengatakan usahawan wanita yang berjaya boleh dipercayai, berhemat, berkeyakinan diri dan rajin. Ahmad (1976) menyatakan antara sifat penting yang wajib ada pada diri seseorang usahawan ialah mengambil risiko yang diperhitungkan, tidak puas hati dengan kejayaan, sentiasa mahu belajar, tidak mempunyai kompleks diri, bersifat dinamis dengan melibatkan diri dari segi penciptaan serta pembaharuan, pandai menjual idea serta sanggup menghadapi krisis dan boleh dipercayai.

Justeru, antara ciri-ciri peribadi seorang usahawan yang perlu di ambil kira sebagai akhlak yang menjadi asas etika perniagaan sejagat adalah seperti berani mengambil risiko yang diperhitungkan, mempunyai komitment yang tinggi, dipercayai, kreatif, berorientasikan matlamat serta berupaya menganalisis peluang yang ada

2.2.4Nilai-nilai Keusahawanan

Menurut Ab. Aziz (2003) dalam keghairahan mengejar keuntungan, usahawantidak sepatutnya membelakangkan nilai-nilai murni yang dimilikinya. Sehubungan dengan itu, usahawan perlu sentiasa bermuhasabah sejauhmanakah nilai-nilai murni yang dimilikinya menjadi panduan dalam usaha mengejar impian. Nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah berani mencuba, penetapan matlamat, jangkaan diri, kecekalan, yakin diri, ketegasan diri, inisiatif diri, bertanggungjawab, belajar dan maklum balas, mewujudkan hubungan dengan individu yang boleh membantu, kesediaan meminta nasihat dari pakar-pakar dan sistematik dalam melaksanakan pekerjaan

Walaupun terdapat banyak nilai-nilai keusahawanan yang telah diterangkan, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada 6 nilai keusahawanan sahaja untuk ditinjau sama ada ianya dapat diterapkan dalam mata pelajaran kemahiran hidup kepada para pelajar iaitu nilai-nilai berani mencuba, bertanggungjawab, ketegasan diri, berinisatif, bekerjasama dan bermatlamat.

2.3Kajian-kajian Lepas yang berkaitan

2.3.1 Kajian mengenai penerapan Nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar Sekolah menengahBanyak terdapat kajian berkisar dalam mengkaji keberkesanan melihat sikap dan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Kajian oleh Fowzia (1991), mendapati bahawa pada keseluruhannya pelaksanaan program kemahiran hidup (peralihan) Tingkatan 1, di wilayah Persekutuan adalah menuju matlamatnya. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti peralatan yang tidak mencukupi untuk individu, jangka masa kursus dalam perkhidmatan pendek, dan bilangan pelajar yang tidak ramai secara tidak langsung mempengaruhi kelicinan pelaksanaan program tersebut.

Seterusnya, hasil daripada kajian Mohd amir Sharifudin et al . (1995) ke atas tiga buah Sekolah menengah di Selangor untuk melihat keberkesanan Program Usahawan Muda di kalangan pelajar menunjukkan pelajar-pelajar yang telah mengikuti program tersebut berjaya meningkatkan minat berniaga dan motivasi tinggi di semua sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh. Bertentangan dengan kajian Zahari (1998), Peribadi usahawan tidak dapat dibentuk sepenuhnya di kalangan pelajar POLISAS dan mereka tidak berminat untuk menjadi usahawan. Oleh itu, matlamat pendidikan keusahawanan di POLISAS tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Kajian oleh Zainal Abidin (1999), mengenai persepsi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhadap komponen Perdagangan dan Keusahawanan di sebuah sekolah di Rengit berpendapat bahawa mereka ingin bekerja sendiri apabila tamat persekolahan nanti. Ini menunjukkan bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu dapat mempengaruhi mereka untuk menjadi usahawan. Ini disokong oleh kajian mengenai budaya keusahawanan di kalangan pelajar Politeknik di Malaysia oleh Halimah dan Roslan (2001), menunjukkan bahawa 50 % pelajar teknikal menyatakan kesediaan untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian.

2.3.2 Kajian Mengenai Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Penerapan Nilai- Nilai Keusahawanan.Bahagian ini akan membincangkan kajian-kajian lepas berkaitan tiga aspek dalam dimensi pengajaran, iaitu aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran guru, aspek mata pelajaran yang ditawarkan atau dipilih dan isi kandungan pengajaran.

Lilia dan Norlena (2000) mengatakan bahawa guru yang lemah dari segi pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang bersifat tradisional, iaitu guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara menghafal. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa guru-guru yang kurang pengetahuan akan kurang berupaya untuk menggalakkan pemikiran kreatif dan kritikal di kalangan pelajar. Proses pengajaran seperti ini sudah pasti tidak dapat memenuhi kehendak penggubal kurikulum masa kini.

Kajian oleh Muhhamad (1994) ke atas 235 orang guru sekolah menengah di Selangor Darul Ehsan mendapati bahawa tahap kesediaan guru menerapkan nilai-nilai keusahawan di kalangan pelajar berada pada tahap sederhana atau mengambarkan keadaan yang kurang bersedia. Ini memberi implikasi bahawa pelajar tidak akan dapat sepenuhnya nilai-nilai keusahawanan yang sepatutnya mereka perolehi daripada guru.

Kajian oleh Bruce et al. (1997) ke atas 80 orang pelajar Business Policy di Universiti Southwestern, Texas berkaitan tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan permainan perniagaan dan simulasi sebagai kaedah pembelajaran mendapati bahawa pelajar mengamalkan apa yang mereka pelajari semasa mengikut kursus Polisi Perniagaan. Permainan Perniagaan dan simulasi merupakan kaedah pengajaran yang berkesan di peringkat Sarjana Muda di Universiti.

Kajian oleh zunkipeli (1999) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap komponen perdagangan dan keusahawanan pula mendapati bahawa sebanyak 61.8 % responden mengatakan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran tidak menarik minat mereka. Sehubungan itu, 61.8 % bersetuju bahawa guru tidak selalu menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses P&P. Manakala hanya 43.2 % bersetuju bahawa guru dapat mempengaruhi minat mereka terhadap komponen perdagangan dan keusahawanan2.3.3Kajian Mengenai Perhubungan Di Antara Latar Belakang Demografi Pelajar Dengan Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan.Bahagian ini akan membincangkan kajian-kajian lepas berkaitan dengan dimensi institusi iaitu faktor latar belakang demografi pelajar iaitu faktor jantina, dan pekerjaan ibu bapa atau penjaga.

Berhubung dengan faktor jantina dapatan kajian oleh Baharu (1994) dan Sharifah Kamariah (1996) mendapati bahawa ciri keusahawanan di kalangan pelajar perempuan adalah lebih menonjol daripada pelajar lelaki. Kajian oleh Salina (1995) juga mendapati bahawa semangat atau sikap keusahawanan tidak dipengaruhi oleh jantina. Ini disokong oleh kajian Zaidatol Akmaliah (1998), pelajar perempuan tidak mempunyai potensi keusahawanan yang berbeza dengan pelajar lelaki. Chek (2002) dan Latifah (2003) juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dalam ciri keusahawanan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Dari segi faktor pekerjaan ibu bapa, menurut kajian oleh Zaidatol Akmaliah et al. (1997b) mendapati bahawa ibu bapa yang berniaga secara sambilan menunjukkan kecenderungan pelajar untuk memulakan perniagaan sendiri setelah tamat pengajian kelak. Menurut Nor Aishah (2002), 80 % daripada ahli perniagaan berasal daripada keluarga yang terlibat dalam perniagaan

Kajian oleh Reitan (1997) berkaitan persepsi peniaga Norway untuk menceburi bidang keusahawanan adalah didorong oleh beberapa faktor. Di antara faktor tersebut ialah nilai budaya, dorongan keluarga, ajaran guru di sekolah dan nasihat rakan sebaya. Malah keputusan kajian menunjukkan bahawa 70 % pengasas perniagaan mempunyai ibu bapa yang bekerja sendiri atau berniaga. Ini selaras dengan kajian oleh Schmitt (2001) ke atas latar belakang usahawan Jerman Timur bagi menentukan sama ada terdapat perkaitan antara personaliti usahawan dengan kejayaan perniagaan mereka. Didapati bahawa pengaruh ibu bapa memberikan kesan tidak langsung ke atas personaliti anak-anak.2.4 Rumusan

Tinjauan lepas telah memperlihatkan pelbagai pengertian usahawan dan keusahawanan. Maka pendidikan keusahawanan adalah penting untuk diperkenalkan kepada pelajar sejak dari sekolah rendah lagi. Sehubungan dengan itu, banyak pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pendidikan keusahawanan ini. Di antaranya ialah pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menyerapkan budaya keusahawanan ini melalui tajuk-tajuk keusahawanan ke dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Walau bagaimanapun, berkesan atau tidaknya penyerapan budaya atau nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar adalah bergantung kepada guru-guru yang dipertanggungjawabkan. Maka guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup perlu memahami konsep Keusahawanan, Menguasai isi kandungan dengan baik dan menggunakan kaedah-kaedah atau teknik pengajaran yang bersesuaian.

BAB 3

KAEDAH METODOLOGI3.1Pengenalan

Penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif dengan pendekatan kaedah tinjauan. Bab ini merangkumi penerangan tentang reka bentuk Kajian, sampel, lokasi, alat kajian, pengumpulan data serta prosedur kajian serta tatacara menganalisis data.3.2Reka bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk Tinjauan melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Menurut Mohd. Majid (1993), kajian tinjauan digunakan untuk meninjau suatu situasi pada sesuatu masa dan kajian bentuk ini sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat dan menerangkan sesuatu fenomena. Bersesuaian dengan kehendak pengkaji untuk meninjau hubungan pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah tidak bersandar .

Sehubungan itu, pemboleh ubah tidak bersandar yang ditinjau dalam kajian ini terdiri daripada dua dimensi iaitu dimensi mata pelajaran Kemahiran hidup yang meliputi kaedah pengajaran dan mata pelajaran ditawarkan disekolah. Dimensi yang kedua, merangkumi faktor demografi pelajar seperti pengalaman, jantina serta pekerjaan ibubapa. Manakala pemboleh ubah bersandar kajian adalah nilai-nilai keusahawanan.3.3Populasi dan Sampel kajianPopulasi kajian terdiri daripada murid-murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah akademik harian di daerah tanjung malim, perak. Selari dengan saranan Mohd Majid (2005) yang mengalakkan penggunaan saiz responden yang melebihi 30 orang kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz responden melebihi 30 orang.

Seramai 30 pelajar di pilih secara rawak untuk meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di sebuah sekolah di daerah tanjung malim. Maka, jumlah responden kajian adalah seramai 30 orang pelajar Tingkatan 2.3.4InstrumenKajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk meninjau penerapan nilai-nilai keusahawanan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup. Alat kajian ini amat bersesuaian dengan kajian yang dijalankan kerana melaluinya pelbagai pertanyaan berkaitan kajian dapat digubal dengan kemas dan sistematik.

3.4.1 Pembinaan InstrumenPembinaan alat instrumen dibina daripada 3 bahagian iaitu 1)Bahagian A: Maklumat diri/latar belakang; 2) Bahagian B : Penerapan nilai-nilai Keusahawanan; 3) Bahagian C: Dimensi Pengajaran.Tahap penerimaan dan persepsi diukur dengan menggunakan skala Likert lima pilihan untuk mengukur tahap persetujuan, iaitu:

1- Sangat tidak setuju (STS)

2- Tidak setuju (ST)

3- Kurang setuju (KS)

4- Setuju (S)

5- Sangat setuju (SS)Jadual 1

Taburan item untuk mengukur penerapan nilai-nilai Keusahawanan

Nilai nilai keusahawananNombor itemJumlah item

Berani mencubaBertanggungjawab

Ketegasan diri

Berinisiatif

Bekerjasama

Bermatlamat1,2,3,4,5,6,78,9,10,11,12,13,

14,15,16,17,18

19,20,21,22,23,

24,25,26,27,28,29

30,31,32,33,3476

5

5

7

5

Jumlah item 4040

Seterusnya, taburan item yang digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap pengajaran guru.

Jadual 2

Taburan item untuk mengukur kaedah pengajaran guru

Persepsi pelajarNombor itemJumlah item

Pengajaran guruIsi kandungan mata pelajaran35,36,37,38,39,40,41,42,43,4445,46,47,48,4910

5

Jumlah item1515

Empat item digunakan untuk mengukur persepsi pelajar terhadap empat kaedah pengajaran yang kerap digunakan iaitu pada soalan 50,51,52 dan 53. Kaedah-kaedah pengajaran tersebut adalah seperti:i) Penerangan dan edaran pengajaran diterangkan oleh guru berserta nota edaran

ii) Pembacaan

- penggunaan teks sebagai rujukan

iii) Perbincangan

- pelajar berbincang bersama pelajar lain atau guru berkaitan

Tajuk tertentu.

iv) Kerja lapangan - pelajar melaksanakan apa yang dipelajari ke dalam keadaan

sebenar di luar kelas.Item-item ini diukur dengan menggunakan skala likert lima pilihan seperti berikut :

1-Tidak pernah (TP) 2-Jarang sekali (JS)

3-Sekali- sekala (SS)

4-Kerap sekali (KS)

5-sangat kerap (SK)

3.5Tatacara Pemerolehan Data

Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar melalui Guru Kemahiran Hidup. Borang soal selidik yang telah lengkap diisi akan dikutip semula selepas itu.

3.6Tatacara penganalisisan Data

Data dikumpul mengikut set alat kajian iaitu soal selidik. Seterusnya Data yang dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical package for the social science (SPPS Window Version14). Jenis statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif seperti frekuensi dan peratusan digunakan untuk menerangkan latar belakang responden seperti pengalaman, jantina, pekerjaan ibu bapa atau penjaga dan mata pelajaran pilihan. Manakala skor min dan sisihan piawai digunakan untuk mengukur tahap nilai-nilai keusahawanan melalui mata pelajaran Kemahiran hidup. Min dan sisihan piawai yang diperoleh akan digunakan sebagai kayu ukur tahap nilai-nilai keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Statistik Inferensi seperti Ujian-t serta pekali pearson (r) digunakan untuk menguji perbezaan penerapaan nilai keusahawanan dari aspek pekerjaan ibubapa dan gender. 3.7 Rumusan

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian. Oleh itu, bab ini telah menerangkan secara terperinci berkaitan tatacara kajian ini dijalankan, bermula daripada reka bentuk kajian, pemilihan responden kajian, pengumpulan data sehinggalah ke peringkat penganalisisan data.BAB 4HASIL DAPATAN4.1 pendahuluan

Bab ini membentangkan hasil kajian yang diperolehi melalui data yang telah dikumpulkan daripada soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang pelajar Tingkatan 2 yang terdiri daripada 30 Orang pelajar Kemahiran Hidup. Data yang dikumpul telah dianalisis berhubung dengan kajian penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Melalui Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Hasil dapatan meliputi dua bahagian, iaitu profil responden kajian dan kajian yang menjawab semua persoalan.4.2 Profil Responden

Responden bagi kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan 2 yang mengiikuti subjek Kemahiran Hidup di sebuah Sekolah Menengah akademik di daerah Tanjung Malim. 4.2.1 Bilangan Responden mengikut JantinaJadual 3 : Taburan Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Itemn%Peratus kumulatif

Lelaki1756.756.7

Perempuan1343.3100.0

Jumlah30100.0

Berdasarkan Jadual 3 di atas, daripada 30 orang pelajar Kemahiran Hidup, 17 orang (56.7%) merupakan pelajar lelaki dan selebihnya 13 orang (43.3 %) adalah pelajar perempuan.4.2.2 Bilangan Responden Mengikut BangsaJadual 4 : Taburan dan Peratus Responden Mengikut BangsaJantinan%Peratus kumulatif

Melayu

Cina0

210

70.070.0

IndiaLain-lain9030.00100.0

Jumlah30100.0

Berdasarkan Jadual 4 di atas, dari aspek responden mengikut bangsa, analisis yang diperoleh untuk kajian ialah seramai 21 orang pelajar (70.0 %) berbangsa Cina dan yang selebihnya 9 orang pelajar (30.0 %) berbangsa India. Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa tidak terdapat pelajar melayu dan lain-lain bangsa di sekolah tersebut. Majoriti pelajar sekolah tersebut adalah daripada pelajar Cina dan di ikuti oleh pelajar berbangsa India.4.2.3 Mata Pelajaran Elektif Kemahiran Hidup Pilihan PelajarJadual 5 : Taburan bilangan dan peratus responden mengikut Pilihan Elektif Itemn%Peratus kumulatif

Kemahiran Teknikal1963.363.3

Ekonomi Rumah Tangga1136.7100.0

Jumlah30100.0

Berdasarkan Jadual 5, sebanyak 19 orang pelajar (63.3%) mengambil pilihan mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1 iaitu kemahiran Teknikal dan selebihnya sebanyak 11 orang (36.7%) mengambil subjek pilihan kedua iaitu Ekonomi Rumah Tangga.4.2.4 Pekerjaan Bapa Atau Penjaga Lelaki Jadual 6 : Latar belakang Pekerjaan Bapa Atau Penjaga LelakiItemn%Peratus kumulatif

Bekerja makan gaji1446.746.7

Berniaga1550.096.7

Bersara13.3100.0

Jumlah30100.0

Jadual 6 menunjukkan pekerjaan bapa atau penjaga lelaki pelajar, analisis yang telah dilakukan mendapati pekerjaan bapa pelajar sebagai peniaga mengatasi pekerjaan bapa yang makan gaji sahaja iaitu sebanyak 15 orang atau 50.0% dan 14 orang atau 46.7 %. Manakala, hanya terdapat 1 orang (3.3 %) sahaja bapa pelajar yang telah bersara.

4.2.5Pekerjaan Ibu atau Penjaga WanitaJadual 7 : latar belakang Pekerjaan Ibu Atau Penjaga WanitaPekerjaan n%Peratus Kumulatif

bekerja makan gaji310.010.0

Berniaga310.020.0

suri rumah2480.0100.0

Jumlah 30100.0

Berdasarkan Jadual 7, Sebanyak 24 orang (80%) ibu adalah Suri rumah. Manakala, bagi pekerjaan ibu sebagai peniaga dan yang berkerja makan gaji masing-masing adalah sebanyak 3 orang 10 %.4.2.6Cita-cita RespondenJadual 8 : Cita-Cita RespondenCita-citan%Peratus kumulatif

Bekerja dengan kerajaan1033.333.3

Bekerja dengan swasta1033.366.7

Berniaga1033.3100.0

Jumlah 30100.0

Jadual 8 di atas menunjukkan cita-cita pelajar selepas tamat belajar, analisis yang dilakukan mendapati kecenderungan pelajar bekerja dengan kerajaan, Swasta dan berniaga adalah pada tahap yang sama iaitu masing-masing adalah sebanyak 10 orang atau 33.3 %.4.2.7Pengalaman Berniaga RespondenJadual 9 : Pengalaman Berniaga RespondenPengalaman berniagan%Peratus kumulatif

Ada1033.333.3

Tiada2066.7100.0

Jadual 30100.0

Berdasarkan Jadual 9 di atas, sebanyak 33.3 % atau 10 orang pelajar yang mempunyai pengalaman berniaga dan sebanyak 20 orang atau 66.7 % pelajar tiada pengalaman berniaga.

4.3 Penerapan Nilai- Nilai Keusahawanan

Bahagian ini menunjukkan tentang sejauh mana responden merasakan pernyataan-pernyataan yang diberi mengambarkan diri mereka sama ada mereka mempunyai ciri-ciri keusahawanan ataupun tidak. Soalan-soalan yang diberikan adalah berdasarkan kepada enam nilai yang telah di pilih iaitu berani mencuba, bertanggungjawab, ketegasan, berinisiatif, bekerjasama dan bermatlamat.4.3.1 Min dan sisihan piawaian persepsi responden terhadap penerapan nilai-nilai

keusahawanan.

Jadual 10 : Min dan Sisihan Piawaian Persepsi Responden Terhadap Penerapan nilai-nilai Keusahawananan

Nilai-nilai keusahawananBil. itemmins.pTahap nilai

Berani mencuba

Bertanggungjawab

Ketegasan diri

Berinisiatif

Bekerjasama

Bermatlamat

7

6

5

5

6

53.81

4.02

4.16

4.05

4.05

4.030.54

0.32

0.34

0.35

0.38

0.38ST

T

T

T

T

T

Keseluruhan344.050.35T

Analisis data mendapati bahawa min tahap keusahawanan secara keseluruhan bagi responden yang mengikuti program Kemahiran Hidup adalah 4.05 dengan sisihan piawai 0.35. Ini bermakna bahawa tahap nilai-nilai keusahawanan pelajar-pelajar kemahiran hidup mengikut persepsi responden berada pada tahap yang tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa keupayaan mata pelajaran kemahiran hidup untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan ke dalam diri pelajar sangat tinggi.

Analisis data keseluruhan menunjukkan bahawa nilai-nilai keusahawanan bagi pelajar yang mengambil kemahiran hidup didapati bahawa nilai ketegasan diri (min = 4.16, sisihan piawai = 0.34), nilai bekerjasama (min = 4.05, sisihan piawai = 0.38), nilai berinisiatif (min = 4.05, sisihan piawai = 0.35), bermatlamat (min = 4.03, sisihan piawai = 0.38) dan bertanggungjawab ( min = 4.02, sisihan piawai = 0.32) dan nilai yang paling rendah adalah berani mencuba (min = 3.81, sisihan piawai= 0.54).4.4 Dimensi Pengajaran

Dimensi pengajaran meliputi tiga bahagian yang menganalisis mengenai persepsi pelajar terhadap pengajaran guru dalam menerapkan nilai keusahawanan, persepsi pelajar terhadap isi kandungan tajuk keusahawanan dan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk keusahawanan.4.4.1 persepsi pelajar terhadap proses pengajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai

keusahawananJadual 11 : Persepsi pelajar terhadap proses pengajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawananItemTS%S%Mins.p

1. pengajaran guru dapat mewujudkan minat dan pengetahuan kepada diri saya menjadi seorang peniaga berinovasi.14.1

85.93.430.89

2. guru mengaitkan pengajaran dengan keusahawanan

31.968.13.430.89

3. guru selalu menggalakan pelajar untuk menjadi usahawan yang baik.

17.083.03.261.04

4. guru selalu menerapkan nilai-nilai keusahawanan semasa mengajar tajuk keusahawanan.

23.077.03.531.10

5. pengajaran guru menyedarkan pelajar bagaimana untuk menjadi usahawan yang baik dan berjaya.

12.687.43.630.96

6. guru selalu menasihatkan supaya bekerja sendiri setelah tamat belajar.51.948.13.601.13

7. pengajaran guru tentang tajuk keusahawanan mudah difahami34.165.93.230.97

8. guru memberi contoh usahawan-usahawan yang berjaya semasa pengajaran.22.277.83.161.26

9. pengajaran guru meyakinkan saya untuk menjadi usahawan di masa akan datang.18.581.53.001.05

10. hasil pengajaran guru menggalakan saya untuk diamalkan di masa hadapan.8.191.13.361.24

Keseluruhan23.376.73.361.05

Nota : TS = Sangat Tidak Setuju + Tidak Setuju + Kurang Setuju

S = Setuju+ Sangat SetujuBerdasarkan kepada jadual 10 diatas, persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru berada pada tahap sederhana dengan min purata 3.36 dengan sisihan piawai 1.05. ini menunjukkan bahawa pengajaran guru dapat menarik minat pelajar berkaitan konsep keusahawanan. Ini dijelaskan dengan maklum balas pelajar, dimana 91.9 % pelajar bersetuju bahawa hasil pengajaran guru akan diamalkan di masa depan, walaupun 8.1 % tidak bersetuju.Selain itu, analisis dapatan kajian juga menunjukkan bahawa seramai 87.4 % pelajar bersetuju bahawa pengajaran guru menyedarkan mereka untuk menjadi usahawan yang baik serta berjaya, 83.0 % bersetuju dengan pernyataan bahawa guru selalu menggalakkan pelajar menjadi usahawan dan seterusnya 81.5 % bersetuju bahawa pengajaran guru meyakinkan mereka untuk menjadi usahawan . 4.4.2 persepsi pelajar terhadap isi kandungan tajuk keusahawanan

Jadual 12 : Min dan Sisihan Piawai Persepsi Pelajar Terhadap Isi kandungan Tajuk KeusahawanannMins.p

11. Saya berminat dengan tajuk-tajuk berkaitan keusahawanan303.331.18

12. Tajuk-tajuk berkaitan keusahawanan mudah difahami.303.061.01

13. Tajuk-tajuk keusahawanan bersesuaian dengan latihan kemahiran yang saya pelajari.303.231.13

14. Latihan amali diperlukan untk mempelajari tajuk keusahawanan.303.231.04

15. Tajuk-tajuk keusahawanan yang diajar mampu menarik minat pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai bidang kerjaya303.531.04

Keseluruhan 303.281.08

Berdasarkan Jadual 12 di atas, responden memberi persepsi yang positif terhadap isi kandungan tajuk Keusahawanan. Ini kerana responden memberi persetujuan terhadap pernyataan tajuk-tajuk keusahawanan yang diajar mampu menarik minat pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya ( min = 3.53). Disamping itu, responden juga bersetuju dengan pernyataan saya berminat dengan tajuk-tajuk berkaitan dengan tajuk-tajuk berkaitan dengan keusahawanan (min = 3.33). 4.4.3 Persepsi pelajar terhadap kekerapan penggunaan kaedah pengajaranJadual 13 : Min dan Sisihan Piawai Persepsi pelajar terhadap kekerapan penggunaan

keadah pengajaranKaedah pengajaranNMins.p

16. penerangan dan edaran (bermaksud pengajaran yang diterangkan oleh guru serta nota edaran).303.000.64

17. pembacaan ( Merujuk kepada penggunaan buku teks dan rujukan )303.230.97

18. perbincangan (pelajar berbincang bersama pelajar lain / guru berkaitan tajuk tertentu).302.530.77

19. aktiviti berstruktur (berpeluang mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperolehi secara individu / berkumpulan).302.960.41

20. kerja lapangan (melaksanakan apa yang dipelajari ke dalam keadaan sebenar di luar kelas).302.330.71

21. lawatan (melawat serta memerhati keadaan sebenar di luar kelas).302.160.83

Keseluruhan 30

Bahagian ini menunjukkan analisis berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap kekerapan penggunaan kaedah pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Responden memberi persepsi yang positif terhadap kaedah pengajaran guru iaitu guru sangat kerap memberi pengajaran dalam bentuk pembacaan ( pembacaan merujuk kepada penggunaan buku teks dan rujukan)(min = 3.23). Di samping itu, pelajar juga bersetuju bahawa guru kerap menggunakan kaedah pengajaran berbentuk penerangan dan edaran ( bermaksud pengajaran yang diterangkan oleh guru serta nota edaran) (min = 3.00). manakala, responden memberi persepsi negatif terhadap kaedah pengajaran guru iaitu lawatan( lawatan bermaksud guru membawa pelajar untuk melawat serta memerhati keadaan sebenar di luar kelas). (miin = 2.16) (Jadual 12).4.5 perbezaan tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibubapaAnalisis data dalam bahagian ini adalah untuk menguji hipotesis yang pertama, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pekerjaan ibu bapa dengan tahap penerapan nilia-nilai keusahawanan. Ini ditunjukkan oleh jadual 14 dibawah.Jadual 14 : perbezaan tahap nilai keusahawanan mengikut pekerjaan ibu bapa

Nilai-nilai keusahawananNmins.p.Nilai tP (signifikan)

Pekerjaan ibu

Pekerjaan bapa30304.334.360.360.31-0.470.46

Hasil dapatan ujian t yang ditunjukkan pada jadual 14 mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara penerapan nilai-nilai keusahawanan di antara pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa dimana nilai min = 4.33 dan sisihan piawai = 0.36 bagi kumpulan pekerjaan ibu dan min = 4.36 dan sisihan piawai = 0.31 adalah bagi kumpulan pekerjaan bapa. Dapatan ini menunjukkan t = -0.47, p>0.05. oleh itu, ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik anatara penerapan nilai-nilai keusahawanan pekerjaan ibu dan bapa. Maka hipotesis pertama diterima.4.6 perbezaan tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan pelajar kemahiran hidup mengikut jantina

Perbandingan penerapan nilai-nilai keusahawanan pelajar kemahiran hidup berdasarkan jantina dianalisis dengan menggunakan ujian-t. Analisis data Ujian-t ini akan menguji hipotesis ke dua, iaitu tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut jantina. Ini ditunjukkan dalam jadual 15 dibawah.

Jadual 15 : perbezaan penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut jantina

Nilai-nilai keusahawananNmins.p.Nilai tP (signifikan)

Lelaki

perempuan17

134.073.990.360.431.090.54

Signifikan pada aras k = 1.09, keyakinan 0.05

Hasil dapatan Ujian-t yang ditunjukkan pada jadual 15 mendapati bahawa t = 1.09, p> 0.05. oleh itu, ini menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan dari segi penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut jantina.4.8 RumusanSecara keseluruhannya, analisis data telah menunjukkan bahawa program mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai tahap keupayaan penerapan nilai-nilai keusahawanan yang memuaskan.

Dari segi persepsi pelajar terhadap proses pengajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar juga adalah positif, tetapi perlu diperbaiki. Ini jelas ditunjukkan dengan 91.1 % pelajar bersetuju dengan pernyataan bahawa hasil pengajaran guru menggalakkan saya untuk di amalkan di masa hadapan. Selain itu, kaedah pengajaran guru adalah pelbagai dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar.

Hasil analisis Ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut pekerjaan ibu dan bapa serta jantina. Ini ditunjukkan apabila t = -0.47, p>0.05 bagi perbezaan pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa manakala t = 1.09, p > 0.05 bagi perbezaan jantina. BAB 5PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN5.1 Ringkasan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat kepada persoalan-persoalan berikut. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji tentang penerapan nilai-nilai Keusahawanan dikalangan pelajar kemahiran hidup serta aspek-aspek lain yang mempengaruhi penerapan nilai keusahawanan dikalangan pelajar kemahiran hidup seperti isi kandungan mata pelajaran kemahiran hidup dan kaedah pengajaran guru dalam menerapkan nilai keusahawan.

Persoalan utama bagi kajian ini ialah seperti berikut :

1.13.1 Apakah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan di dalam Mata pelajaran kemahiran Hidup ?

1.13.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibu bapa?

1.13.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan dikalangan pelajar berdasarkan jantina?

Kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini dan mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian, iaitu bahagian A berkaitan dengan profil responden, Bahagian B berkaitan dengan Tahap Nilai- Nilai keusahawanan yang terdapat pada diri pelajar dan bahagian C berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap isi kandungan , kaedah pengajaran dan kecenderungan minat pelajar. Kajian rintis ini juga telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah Sekolah Menengah Akademik harian di Tanjung malim.

5.2 PerbincanganBahagian perbincangan akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi iaitu berkaitan dengan tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar, persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru, perbezaan anatara pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa dengan penerapan nilai-nilai keusahawanan dan perbezaan antara tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut jantina serta melihat perhubungan antara minat pelajar dengan penerapan nilai-nilai keusahawanan.5.2.1 Tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar Kemahiran HidupHasil kajian pengkaji mendapati pencapaian tahap-tahap nilai keusahawanan dikalangan pelajar Kemahiran hidup berada pada tahap yang tinggi dengan min = 4.05 dan sisihan piawai = 0.35. Justeru itu, ini menunjukkan bahawa keupayaan mata pelajaran kemahiran hidup untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan ke dalam diri pelajar adalah ditahap yang tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Fowzia (1991) yang mendapati bahawa pada keseluruhannya perlaksanaan program kemahiran hidup (Peralihan) Tingkatan 1, di Wilayah Persekutuan adalah menuju matlamatnya.

5.2.2 Persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran HidupPada keseluruhannya, kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Ini jelas apabila skor min yang ditunjukkan ialah 3.36 dan sisihan piawai = 1.05. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian oleh Zaidatol Akmaliah et al. (1998), Sukumaran (1992) dan Yap (2002) yang mendapati bahawa pendidikan keusahawanan bukan sahaja menekankan pengajaran dan pembelajaran tetapi mengambil kira aspek mempelajari kemahiran. Dapatan Yap (2002) pula menunjukkan orientasi keusahawanan yang diamalkan oleh guru-guru perdagangan disekolah menengah adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam usaha membangunkan golongan usahawan.

Sementara dari segi persepsi pelajar terhadap isi kandungan tajuk keusahawanan, dapatan kajian ini menunjukkan persepsi yang positif. Skor min purata yang diperolehi bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan adalah 3.28 dan sisihan piawai = 1.08. Dapatan ini disokong oleh kajian Sharifah Kamariah (1996) yang menunjukkan bahawa pendedahan komponen perdagangan dan keusahawanan adalah sebagai satu pengetahuan umum kepada pelajar. Dari segi sukatannya masih dikatakan sesuia bagi objektifnya, dimana didapati oleh pelajar-pelajar Kemahiran Hidup.

Dari segi persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru pula, kajian mendapati bahawa pengajaran berpusatkan guru merupakan kaedah pengajaran yang kerap digunakan oleh guru. Maka kaedah berpusatkan pelajar masih kurang digunapakai. Keputusan ini diperoleh apabila peratus kekerapan penggunaan kaedah pengajaran lebih kepada pembacaan buku teks dan rujukan, iaitu peratus kekerapan adalah antara 54.1% hingga 67.4%. Manakala kekerapan kaedah kerja lapangan dan lawatan hanya 31.1% dan 28.1%. Dapatan yang sama juga pernah diketengahkan oleh Zaidatol Akmaliah (1994), Nor Aisah (2002) dan yap (2002) masing-masing menunjukkan guru-guru perdagangan masih suka dengan kaedah kuliah, soal jawab dan penyelesaian masalah.

5.2.3 perbezaan tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar berdasarkan pekerjaan ibubapa

Kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan antara pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa dengan penerapan nilai-nilai keusahawanan kepada pelajar kemahiran hidup. Ini ditunjukkan oleh hasil analisis Ujian-t, iaitu t = - 0.47, p>0.05. Ini bermakna tidak kira jenis pekerjaan ibu bapa, sama ada bekerja makan gaji, berniaga, suri rumah ataupun telah bersara, pelajar mempunyai tahap atau nilai-nilai keusahawanan yang sama atau hampir sama. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Baharu (1994), Janom (1997) dan Chek (2002) mendapati bahawa tidak wujudnya hubungan yang signifikan dari segi pekerjaan ibu bapa dengan ciri-ciri keusahawanan. Namun, dapatan kajian ini bercanggah dengan dapatan kajian Mohammad dan Lau (1988) yang mendapati responden dari latar belakang keluarga yang terlibat dalam perniagaan mempunyai keyakinan yang lebih baik keranan terdedah dengan perniagaan.

5.2.4 perbezaan tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan pelajar mengikut jantina

Melalui hasil analisis Ujian-t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut jantina. Ini dijelaskan apabila t = 1.09, p > 0.05. Disini terlihat , perbezaan skor min antara pelajar lelaki dan perempuan hanyalah 0.08, iaitu perbezaan kecil. Dapatan ini mengambarkan bahawa kaum lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Zakaria ( 1991), Zaidatol Akmaliah et al. yang mendapati bahawa semangat dan sikap keusahawanan tidak dipengaruhi oleh jantina.5.3Kesimpulan

Kajian ini secara keseluruhannya merumuskan bahawa tahap penerapan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar Kemahiran hidup adalah memuaskan. Selain itu, persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru mata pelajaran kemahiran hidup adalah positif. Isi kandungan tajuk-tajuk keusahawanan juga didapati mencukupi dari persepsi pelajar Kemahiran hidup, namun tajuk-tajuk tersebut hanya diajar secara Teori sahaja dan kurang dikaitkan dengan kemahiran. Guru-guru kemahiran hidup telah mempelbagaikan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada guru atau berpusatkan kepada pelajar mengikut kesesuaian tajuk.

Seterusnya, didapati bahawa tidak terdapat perhubungan signifikan antara penerapan nilai-nilai keusahawanan dengan pekerjaan ibu bapa serta subjek kemahiran hidup yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Malah,tidak wujud perbezaan yang signifikan dari aspek penerapan nilai-nilai keusahawanan mengikut etnik dan jantina.

Maka dengan itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu merancang dan mengemaskini program kemahiran hidup tersebut supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan jayanya di sekolah. Pemerhatian dan pemantauan secara teratur, berterusan dan berkesan perlu dilakukan agar matlamat dan objektif yang telah ditetapkan tercapai dan tidak berlaku pembaziran dari segi sumber kewangan pendidikan yang telah diperuntukkan untuk menjayakan Progam kemahiran hidup.

5.4 Cadangan dan kajian lanjutanKajian ini merupakan satu tinjauan awal berbentuk kajian kes, tentang keupayaan progam kemahiran hidup menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan pelajar dengan menggunakan struktur penilaian Hammond yang diubahsuai dalam Norasmah (2002). Tinjauan ini dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah harian akademik, di daerah Tanjung Malim, perak. Selain itu, nilai-nilai keusahawanan yang ditekankan dalam kajian ini hanya merangkumi 6 ciri keusahawanan yang berjaya.

Oleh itu, di sini dicadangkan supaya kajian lanjutan dapat dijalankan untuk mendalami aspek-aspek tertentu. Berikut dicadangkan supaya :i) Kajian lanjutan melibatkan kesemua 4 pilihan utama dalam kemahiran Hidup yang ditawarkan oleh PPK dalam tempoh lima tahun yang akan datang dengan melibatkan pelajar disemua sekolah menengah akademik harian sebagai sampel.

ii) Kajian lanjutan berkaitan jumlah pelajar kemahiran hidup yang berjaya mencipta pekerjaan sendiri iaitu dengan memulakan perniagaan, sama ada menjalanka perniagaan berskala kecil atau berskala besar.

iii) Melibatkan guru-guru kemahiran hidup sebagai sampel kajian untuk meninjau atau melihat kejayaan atau halangan yang dihadapi mereka dalam proses pengajaran ddan pembelajaran ajuk-tajuk keusahawanan semasa mengajar elemen-elemen keusahawanan untuk dikaitkan dengan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar.iv) Kajian berkaitan sejauh mana penglibatan agensi-agensi kerakaan atau buakn kerajaan yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan membantu proses penerapan nilai-nilai keussahawanan di kalangan pelajar Kemahiran hidup supaya dapat melahirkan usahawan yang sebenar yang berjaya.Bibliografi

Ab. Aziz Yusof (2002). Usahawan dan pengukuran jaringan rakan niaga. Sintok :

Universiti Utara Malaysia.

Ab. Aziz Yusof (2003). Keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.

Ahmad Berek (1976). Melahirkan Usahawan Bumiputera: Merdeka Pulihkan semangat

Usahawan. Kuala Lumpur: Pusat Daya Pengeluaran Negara.

Ang Huat Bin ( 1999). Konsep dan Kaedah pengajaran dengan penekanan pendidikan inklusif.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. Baharu Kemat (1994). Orientasi sikap keusahawanan dikalangan pelajar politeknik diMalaysia.

Tesis sarjana. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Bruce, A.W., Terry, M.C & Abdul M.A Rasheed (1997). Simulation games in Business Policy

Course. Is There value for Students. Jurnal of Education For Business, 72 (3), 170-174.

Chek Pit Chow (2002). Ciri-ciri keusahawanan dikalangan pelajar sekolah menengah di

Wilayah persekutuan. Tesis Sarjana pendidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dollinger, M. (1995). Entrepreneurship: Strategies and resources. IIlinois: Irwin.

Druker, P.F. (1998). Innovatthionand Entrepreneurship practice and principles. Britain:

Butterworth Heinemann.

Fowzia Osman (1991). Penilaian Program Peralihan Kemahiran Hidup Bersepadu (Pilihan B)

Tingkatan 1 di Wilayah Persekutuan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halimah Harun dan Roslan Husin (2001). Budaya Keusahawanan dikalangan pelajar Teknikal

Kajian kes di politeknik Ungku Omar, Ipoh (PUO). Technology and Vocational Technical Education Globalisation and future Trends, 98-106.Kementerian pendidikan Malaysia ( 2001). Statistik pendidikan, bahagian kewangan.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Khairuddin Kahlil (2003). Keusahawanan sebagai kerjaya. Edisi Kedua Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kirzner, I (1979). Perception, Oppurtinity and Profit: Studieson Theory of entrepreuneurs.

Chicago: The University Of Chicago Press.

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (1992). Entrepreneurship, a Contemporary Approach. London:

Dryden Press.

Laporan Ekonomi ( 2002/2003). Kementerian Kewangan Malaysia, 31Latifah Othman (2003). Ciri-ciri keusahawanan dikalangan ahli Program Usahawan Muda (PUM)

Permata Selangor. Tesis sarjana, Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Lilia dan Norlena Salamudin (2000). Orientasi akademik: Pendekatan alternative dalam program

Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia. Akademika, 56, 47-64.

Loo Chee Kuang (1992). Perdagangan Tingkatan 5. Selangor: Mutiara Grafik.

Mohd Amir Sariffudin Hashim dan Halimah Harun(1992). Pendidikan Perdagangan dan

Keusahawanan: Status dan masa depannya. Kertas Kerja Seminar Aliran dan amalan

Pendidikan menjelang abad ke 21 Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan bahasa

Dan Pustaka.

Mohd Amir Sarifudin Hashim dan Halimah Harun (1995). Kearah Pembentukan Kurikulum

Dinamik bagi Melahirkan usahawan yang cemerlang. Sinar Pendidik, 9. Bangi:UKM.

Muhhamad Husin (1994). Kesediaan guru-guru dalam penerapan nilai-nilai keusahawanan di

Sekolah sekolah menengah negeri Selangor Darul Ehsan, Tesis Sarjana Pendidikan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aishah Buang (2002). Asas keusahawanan. Selangor:Penerbit Fajar Baktio Sendirian

Berhad.

Nor Aishah Buang dan Siti Rahaya Ariffin (1995). Hubung kait antara pendidikan teknologi

Dengan keusahawanan. Peranannya ddalam menentukan daya saing masyarakat

perdagangan dan perindustrian bumiputera Abad 21. Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad ke 21, 282-289. Norasmah Hj. Othman (2002). Keberkesanan program Keusahawanan remaja di sekolah

Menengah . Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan. Universiti Putra Malaysia. Obonon, D. (1979). Women as Entrepreneurs. Executive Female Digest, 1 (20)

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif untuk pembelajaran aktif. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rafik Issa Beekun (199). Etika Perniagaan Islam. Selangor: International Institute of Islamic

Thought Malaysia.

Rancangan Malaysia ke-sembilan, (2006-2010). Economic Planning Unit, Prime Ministers

Department , Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Reitan, B (1997). Where do we learn that entrepreneurship Feasible, Desirable and/or Profitable.

Trondheim, Norway:Nornegian University of Science and Technology Management.

Sabri Hj. Hussin (2002). Pengenalan kepada perniagaan: mengurus perniagaan dalam

perspektif Malaysia. Singapore: Thomson Learning.

Schmitt, R.E. (2001). Psychological Preditors of entrepreneurial success. Research Report.

Germany: University of Jana.

Sharifah Kamariah Syed Sofian (1996). The identification of entrepreneurial characteristic

Secondary school students in the district of Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tesis

Sarjana Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

Timmons, T.A., Smollen L.E.S. &Dingee A.L.M. (1977). New venture creation:A guide to

Small business development. Ontorio: Richard D. Irwin. Zafir Mohd. Makbul dan Fazila Mohamad Hasun (2003). Menjadi Usahawan. Panduan Menubuh

Dan Menguruskan Perusahaan Secara Profesional. Pahang: PTS Publication &

DistributerSendirian Berhad.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias (1997b). Keusahawanan dan motivasi diri.

Serdang: Universiti Putra Malaysia. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Mohd. Majid Konting, Abd. Rahim Bakar dan Genevie

Klang anking (1998). Aspirasi keusahawanan pelajar sekolah menengah yang mengikuti

Mata pelajaran Vokasional dan Teknik. Fakulti Pengajian Pendidikan. Serdang:

Universiti Putra Malaysia

Zainal Abidin Hj. Sulaiman (1999), Persepsi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 terhadap

Komponen Perdagangan dan Keusahawanan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Di SMK Rengit, Batu Pahat, Johor, Kertas Projek BED. UTM.

Fakulti Pendidikan, university Kebangsaan Malaysia.

Zunkipeli Ishak (1999). Faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, Komponen Perdagangan dan Keusahawanan.

Sarjana MudaTeknologi serta Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia..

LATAR BELAKANG

Pekerjaan Ibu Bapa

Jantina

Pengalaman

MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP

Kaedah pengajaran

Isi kandungan pelajaran

Mata pelajaran KH Elektif yang ditawarkan

NILAI-NILAI KEUSAHAWANAN

Berani mencuba

Bertanggungjawab

Ketegasan diri

Berinisiatif

Bermatlamat

40