teori kognitif lev vygotsky

5
TEORI KOGNITIF LEV VYGOTSKY Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia. Beliau mendalami ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusateraan. Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak- kanak berkembang akibat daripada pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalu berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan sendiri tentang persekitaran. Ini kerana ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di perrsekitarannya seperti ibu bapa, adik-beradik, keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hamper sama di masa akan dating. Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat: Peringkat Sosial Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di

Upload: syauqi-ahmad

Post on 05-Dec-2014

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PKK

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Kognitif Lev Vygotsky

TEORI KOGNITIF LEV VYGOTSKY

Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia.

Beliau mendalami ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengajian undang-

undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusateraan. Penerbitan

dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam

persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu.

Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada pergaulan

dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalu berlaku

antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan daripadanya. Bagi

Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan sendiri tentang

persekitaran. Ini kerana ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-

individu yang berada di perrsekitarannya seperti ibu bapa, adik-beradik, keluarga

terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan,

maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak

kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi

yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang

hamper sama di masa akan dating.

Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat:

Peringkat Sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu

dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik,

guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran.

Peringkat Individu (Peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi

daripada interaksi social kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat

yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

Page 2: Teori Kognitif Lev Vygotsky

Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah

istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-

kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan

dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Zon

Perkembangan Proksimal mewakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang

dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan

individu yang lebih mahir (Goos, 2004; Gray & Feldman, 2004).

Had Atas

Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu

yang lebih mahir.

Zon Perkembangan Proksimal

Had BawahKemahiran yang boleh/telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia

ada kanak-kanak.

Berdasarkan rajah diatas ,Vygotsky membahagikan perkembangan kanak-

kanak kepada had bawah dan had atas. Had bawah merupakan kemahiran yang

boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Manakala had atas pula adalah kemahiran-

kemahiran yang sukar dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan memerlukan bantuan

daripada individu yang lebih berkemahiran.

Ruangan Zon Perkembangan Proksimal mewakili kemahiran-kemahiran

kognitif kanak-kanak yang dalam proses kematangan dan akan mencapai

kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir. (Goos, 2004; Gray &

Feldman, 2004).

Page 3: Teori Kognitif Lev Vygotsky

Contoh:

Dengan bimbingan orang yang lebih

mahir, kanak-kanak dapat menguasai

kemahiran.

Pengetahuan dikuasai dengan bimbingan

guru atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Pengetahuan yang sudah dikuasai/mahir.

Pengetahuan sedia ada.

Perancah (Scaffolding)

Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal.

Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa

proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibubapa, guru atau

rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan

mengikut keupayaan pelajar. Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru

atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi

apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga

pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007). Perbualan dan

lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (scaffolding). Perbualan

akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan

bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir contohnya ialah guru.

Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan orang lain untuk

mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga

berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-

kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap

sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 – 7 tahun yang

seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi

komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau

dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vygotsky percaya kanak-kanak yang

banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-

HAD ATAS

Boleh membuat penambahan angka 1-

1000 sendiri

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Membuat penambahan angka 1-1000

dengan bantuan

HAD BAWAH

Kanak-kanak sudah mahir menambah

angka 1-1000

Page 4: Teori Kognitif Lev Vygotsky

kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka

menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran

mereka.