assigmen kognitif

27
NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN 710818025682002 1.0 PENGENALAN. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang harus dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan kanak-kanak. Perkembangan kognitif ini sering dikaitkan dengan perkembangan intelek seseorang, iaitu proses perkembangan pemikiran, kemampuan berfikir dan menggunakan akal budi, memahami, menganalisis dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui di persekitarannya, sama ada manusia atau objek. Antara tokoh psikologi terkenal yang sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak ialah Jean Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Piaget. 2.0 BIOGRAFI JEAN PIAGET Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan dan berasal dari Switzeland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland.Selepas memperolehi Ijazah doktor Falsafah pada usia 25 tahun, beliau lebih memberi tumpuan kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau mula berminat dengan pemikiran kanak-kanak apabila bekerja dengan 1

Upload: shamloco

Post on 24-Jun-2015

925 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

1.0 PENGENALAN.

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang harus dilalui oleh

setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa

depan kanak-kanak. Perkembangan kognitif ini sering dikaitkan dengan perkembangan intelek

seseorang, iaitu proses perkembangan pemikiran, kemampuan berfikir dan menggunakan akal

budi, memahami, menganalisis dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap

pengalaman yang dilalui di persekitarannya, sama ada manusia atau objek. Antara tokoh

psikologi terkenal yang sering dikaitkan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak ialah Jean

Piaget yang terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif Piaget.

2.0 BIOGRAFI JEAN PIAGET

Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan dan berasal

dari Switzeland. Beliau dilahirkan pada 9 Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland.Selepas

memperolehi Ijazah doktor Falsafah pada usia 25 tahun, beliau lebih memberi tumpuan kepada

kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau mula berminat dengan pemikiran kanak-

kanak apabila bekerja dengan ahli psikologis Peranchis Alfred Binet yang membina ujian

kecergasan. Beliau juga merupakan perintis besar dalam teori konstruktif tentang pengetahuan

selain berjaya memperluaskan konsep perkembangan kanak-kanak oleh ahli psikologi, James

Mark Baldwin.

Pada tahun 1923, beliau telah berkahwin dengan Valentine Chataney dan memperolehi tiga

orang anak. Tahun 1929 beliau diterima menjadi pengarah International Bureau of Education,

dan mengetuai pertubuhan dunia itu hingga 1968.

1

Page 2: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

3.0 SUMBANGAN JEAN PIAGET TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

AWAL KANAK-KANAK (PAK).

Sumbangan Jean Piaget lebih berfokus kepada perkembangan kognitif. Piaget telah membuat

penyelidikan di Institut Jacques Rousseau di Switzeland dan telah membina kaedah klinikal

dalam temu bual dan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak.

Banyak kajian beliau telah diterbitkan pada tahun 1920 dan 1930. Tetapi sehingga pada tahun

1960-an barulah hasil karyanya diterjemahkan dan diterbitkan di Amerika Syarikat dan

mendapat pengaruh yang luas kerana pada masa itu Amerika sedang mencari cara-cara untuk

meningkatkan kebolehan intelektual pelajar-pelajar miskin (Azizah Lebai Nordin, 2007).

Hasil kerja Piaget sering dikaitkan dengan konstruktivis kerana Piaget percaya bahawa kanak-

kanak membina pengetahuan mereka sendiri. Piaget mencadangkan supaya kanak-kanak diberi

kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji, dan mengambil bahagian dalam aktiviti

pembelajaran berpandu apabila menyentuh mengenai aspek kurikulum dan program untuk

kanak-kanak. Ini kerana, mengikut kajian Piaget kematangan kognitif kanak-kanak berkembang

daripada operasi konkrit kepada operasi kompleks mengikut peningkatan usianya. Kematangan

kognitif ini akan mempengaruhi kesediaan belajar dan menjadi prasyarat untuk belajar

matematik, sains dan mata pelajaran yang memerlukan kemahiran berfikir.

Hasil penemuan Piaget adalah berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil

kanak-kanak dengan memberi tumpuan perhatian ke atas 3 orang anaknya. Dengan

menggunakan kaedah biologi setelah mengaitkan cara hidup siput atau ‘mollusks’ yang

menyesuaikan diri dengan persekitaran, beliau mengemukakan pendapat bahawa pembelajaran

adalah hasil daripada proses organisasi dan adaptasi.

Mengikut Piaget, organisasi merupakan satu kebolehan mengklasifikasikan dan menyusun

pengalaman dan maklumat (skema), manakala adaptasi pula ialah keupayaan menyesuaikan

maklumat dengan kehendak persekitaran. Menurutnya, kanak-kanak membina pengetahuan

untuk memahami persekitaran mereka melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan

menilai persekitaran fizikalnya.

2

Page 3: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

Piaget menjelaskan proses organisasi dan adaptasi melalui empat konsep yang diperkenalkan,

iaitu skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan.

(i) Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses

pengubahsuaian diri dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Skema individu

merupakan tingkah laku yng berubah mengikut pembelajaran iaitu perkembangan intelektual dan

pengalaman. Di dalam peringkat perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak, skema tingkah

laku mereka juga turut berubah, seperti dari kasar kepada halus dan mudah kepada kompleks.

Dalam ayat yang mudah skema boleh disertikan sebagai pengetahuan sedia.

(ii) Penyerapan atau asimilasi merupakan satu proses kognitif di mana seseorang menyatukan

maklumat baru atau pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan

maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi akan berlaku sepanjang masa kerana

manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman (Nor’aini Tahir, Roszikin Zakaria,

Zainab Zakaria, 2009). Contohnya, seorang kanak-kanak hanya mengenali tentang arnab dan

kemudian diperkenalkan dengan kucing.

(iii) Pengubahsuaian atau akomodasi berlaku apabila berlaku pertembungan antara maklumat

sedia ada dengan maklumat baru. Asimilasi cuba dilakukan dengan skema sedia ada tetapi tidak

berjaya, maka akan berlaku keadaan yang memerlukan mengubahsuai skema sedia ada untuk

menerima maklumat baru atau membentuk skema baru supaya sesuai dengan maklumat baru.

Contohnya kanak-kanak yang mengetahui sifat fizikal kucing telah diperkenalkan dengan

harimau. Kanak-kanak itu akan mengatakan bahawa itu juga kucing. Dia diperbetulkan bahawa

binatang yang baru dikenali adalah harimau dengan membanding sifat lain pada kedua-dua

binatang tersebut.

(iv) Keseimbangan berlaku apabila maklumat baru yang diterima dapat disesuaikan diserap

sepenuhnya, dan jika gagal mencapai kesesuaian proses pengubahsuaian skema atau membina

skema yang baru dilakukan. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap

keseimbangan akan tercapai, dan proses ini akan berlangsung berterusan dari peringkat bayi

hingga dewasa. Contohnya kanak-kanak tadi membuat asimilasi dan akomodasi untuk mencari

3

Page 4: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

keseimbangan setelah berlaku kekeliruan antara kucing dan harimau atau mendapat maklumat

baru.

Piaget berpendapat bahawa setiap individu perlu melalui empat tahap perkembangan dalam

proses memahami persekitaran. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi

perbezaan cara berfikir.

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun). Kanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang

lain untuk meninjau dan memahami dunia mereka.

(ii) Peringkat pra-operasi (2-7 tahun). Kanak-kanak prasekolah menggunakan keupayaan mereka

berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah, tetapi tahap pemikiran masih tidak

mengikut logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan.

(iii) Peringkat operasi konkrit (7-11 tauhn). Kanak-kanak mula zaman persekolahan. Mereka

berfikir secara logik dan konkrit. Mereka b oleh menyelesaikan masalah secara cuba-jaya.

(iv) Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas). Remaja boleh berfikir secara abstrak konsep

hipotetikal dan boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

4.0 KEKUATAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.

Kekuatan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dapat dilihat melalui implikasi terhadap

pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Persekitaran yang menarik.

Piaget menyarankan supaya setiap aktiviti yang dirancang perlu menarik memerlukan kanak-

kanak melakukan sendiri atau hands-on. Jadi persekitaran yang menarik dan merangsang

pembelajaran kanak-kanak adalah penting, kerana suasana yang kondusif membolehkan kanak-

kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Penyediaan bengkel, makmal dan teknologi

interaktif sangat berguna untuk menggalak perkembangan kreativiti kanak-kanak.

4

Page 5: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

4.2 Belajar melalui penerokaan.

Piaget bersetuju dengan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning, di mana melalui

kaedah ini kanak-kanak akan belajar melalui bermain. Mengikut Piaget, masa bermain adalah

masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran bagi kanak-kanak. Justeru, rangsangan

melalui permainan berbentuk akademik perlu didedahkan kepada kanak-kanak. Kanak-kanak

akan menggunakan daya imaginasi mereka semasa bermain, dan daya imaginasi ini akan terikat

kepada cara bagaimana kanak-kanak dapat memahami persekitarannya.

4.3 Pembelajaran mengikut peringkat perkembangan kognitif.

Mengikut teori pembelajaran kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu dari konkrit kepada abstrak, dari dekat kepada jauh

dan dari pengetahuan sedia ada kepada pengalaman baru.

4.4 pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku.

Ini bermakna pembelajaran yang baru dan kompleks perlu menggunakan proses akomodasi

untuk mengubah struktur kognitif kanak-kanak supaya dapat mengadaptasikan mengikut

keperluan situasi pembelajaran yang dilalui. Guru perlu menggalakkan mereka melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran kerana proses akomodasi memerlukan motivasi intrinsik

individu.

5.0 KELEMAHAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.

Piaget telah memberi sumbangan sangat besar dalam bidang psikologi terutama yang berkaitan

dengan perkembangan kognitif. Namun terdapat beberapa kritikan terhadap kelemahan yang

wujud di sebalik kajian yang telah dijalankannya. Berdasarkan Jas Laile Suzana Jaafar (2008),

antara kelemahan yang disenaraikan ialah;

5

Page 6: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

5.1 Ketidaksempurnaan.

Piaget telah memberikan satu rangka penerangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak,

namun beliau tidak menjelaskan tentang perkaitan antara teorinya dengan peristiwa-peristiwa

empirikal, istilah-istilah penting seperti asimilasi, akomodasi, keseimbangan dan tahap-tahap

perkembangan kognitifnya didapati kurang jelas dan tidak tepat. Beliau tidak menjelaskan

perkaitan antara kefahaman-kefahaman tersebut dengan tingkah laku. Contohnya, bagaimana

untuk mengetahui kanak-kanak yang berada di dalam keadaan ketidakseimbangan, apakah tindak

balas yang ditunjukkan untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu berjaya atau tidak

mengakomodasikan maklumat-maklumat baru.

Piaget percaya bahawa perkembangan kognitif merupakan proses semula jadi dan

perkembangannya dipelajari sendiri oleh kanak-kanak tanpa pengajaran orang dewasa. Ini

berbeza dengan pendapat Fisher (1980), yang menyarankan bahawa perkembangan kanak-kanak

bergantung kepada pengalaman mereka.

5.2 Perpindahan adalah tidak dramatik.

Ada kajian menunjukkan bahawa kualiti pemikiran kanak-kanak tidak berubah secara dramatik

dari satu tahap ke satu tahap, tetapi ia berlaku secara perlahan-lahan.

5.3 Adakah manusia dapat mencapai tahap tertinggi?

Kebanyakan orang dewasa tidak sentiasa mencapai tahap tertinggi dalam operasi formal dalam

piawaian Piaget. Manusia juga sering menunjukkan sifat atau ciri-ciri pemikiran beberapa tahap

yang berlainan secara serentak. Misalnya, seseorang dewasa yang berpelajaran jelas mencapai

tahap operasi formal tetapi sering juga menunjukkan pemikiran egosentrik. Hakikatnya manusia

berkembang pada kadar yang berlainan dan mencapai tahap akhir pada masa yang berbeza.

5.4 Perlunya satu teori prestasi.

Piaget telah mencipta satu sistem penerangan bagi satu struktur kognitif dan tingkah laku yang

mewakili pengetahuan kanak-kanak tentang dunia ini. Namaun ia tidak menunjukkan perkaitan

6

Page 7: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

antara struktur kognitif dengan tingkah laku. Ini bermaksud, tiada penerangan yang jelas

bagaimana struktur kognitif dapat diterjemahkan kepada tingkah laku.

5.5 Metodologi.

Kaedah yang digunakan oleh Piaget untuk menjalankan kajian dilihat tidak sesuai, dan

merupakan kelemahan kepada teori yang dikemukakannya. Responden kajian beliau hanyalah

tiga orang anaknya dan bukan 40 atau 50 orang yangdapat mewakili satu persampelan yang lebih

besar. Bilangan responden yang sedikit, tiada pemerhati yang lain dan kurang kawalan semasa

kajian dijalankan memungkinkan berlakunya bias.

Kajian Piaget juga berbentuk lisan dan kanak-kanak mungkin tidak faham arahan, misalnya

‘nombor yang sama’ dengan ‘jumlah’. Kanak-kanak juga mungkin tidak berupaya menyatakan

idea-idea dan pendapat mereka dalam perkataan dan ini telah menyebabkan Piaget

memperkecilkan keupayaan mereka.

Laporan kajian Piaget juga tidak membenarkan pembaca menilai penyelidikannya. Contohnya,

beliau tidak melaporkan bilangan responden yang dikaji, umur sebenar responden, kelas sosial

dan butir-butir langkah kajiannya. Piaget juga tidak memberikan keputusan kajian dalam bentuk

perangkaan tetapi sebaliknya beliau hanya memberi satu kenyataan yang panjang lebar tentang

keputusan yang diperolehi sehingga pembaca tidak tahu sama ada kenyataan itu dapat mewakili

semua kanak-kanak yang dikalinya.

Flavell (1985) telah mengkritik Piaget sebagai seorang yang ingin menerangkan sesuatu yang

lebih mengikut keinginan sendiri berbanding keperluan orang lain. Ini kerana, bukan hnya

kebanyakan kajian beliau dijalankan mengikut peraturan sendiri, malah penulisan laporan juga

berdasarkan caranya sendiri.

Dari segi kelemahan teori, pengkritik menyatakan bahawa teori Paiget tidak mampu

menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada pengkritik yang

mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan

oleh Piaget (Gelman dan Baillargeon, 1983). Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui

7

Page 8: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila

kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat

menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang

terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat

menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama.

Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan

yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih

lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam

kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya

adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel

yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

(Sumber:http://teoripiaget.blogspot.com/)

6.0 APLIKASI BEBERAPA PRINSIP DALAM TEORI PERKEMBANGAN

KOGNITIF DALAM MERANCANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Di dalam merancang rancangan pengajaran dan pembelajaran beberapa prinsip di dalam teori

perkembangan kognitif telah diaplikasikan.

6.1 Persekitaran.

Persekitaran yang selesa dan kondusif membantu proses perkembangan kognitif kanak-kanak.

Sewaktu merancang sesuatu sesi pengajaran, guru perlu mengambil kira persekitaran yang sesuai

untuk kanak-kanak melakukan aktiviti. Ini kerana kanak-kanak sering belajar melalui

persekitaran. Contohnya kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang ramai, maka kanak-

kanak itu sudah terbiasa dengan suasana tempat yang sempit, bising dan perlu berkongsi. Tetapi

keadaan sebaliknya berlaku jika ada kanak-kanak yang merupakan anak tunggal. Dengan 8

Page 9: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

mengambil kira dua situasi yang berbeza ini, maka guru perlu menyediakan persekitaran yang

sesuai supaya keadaan yang tidak selesa mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak.

6.2 Kesediaan belajar.

Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Maka antara seorang

kanak-kanak dengan seorang kanak-kanak adalah berbeza dari pencapaian dan kebolehan.

Sewaktu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu mengambil kira tahap

kesediaan kanak-kanak. Mungkin kanak-kanak berusia 4 tahun belum bersedia untuk

menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran berbanding kanak-kanak 5 tahun. Jadi

guru perlu merancang aktiviti yang boleh disertai oleh kedua-dua kumpulan kanak-kanak ini.

Aktiviti yang melibatkan permainan sangat digemari oleh kanak-kanak, dan ia sesuai dilakukan

supaya kanak-kanak berminat untuk belajar.

6.3 Pembelajaran bermakna.

Proses pembelajaran adalah proses aktif, kerana pengetahuan terbentuk semasa kanak-kanak

melakukan aktiviti. Untuk membantu perkembangan kognitif anak, guru perlu merancang

sesuatu aktiviti yang boleh memberi peluang kepada kanak-kanak belajar sendiri, seperti

melakukan percubaan sendiri; memanipulasi simbol-simbol; mengajukan pertanyaan dan

mencari jawapannya sendiri; membandingkan penemuan sendiri dengan penemuan rakannya.

Rancangan pengajaran yang dirancang perlu mengambil kira keperlun ini, dan ia disesuaikan

apabila guru memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan sendiri aktiviti seperti di langkah

pengajaran yang ke-4.

6.4 Pengetahuan sedia ada.

Kanak-kanak belajar melalui pengetahuan sedia ada mereka. Dengan menggunakan pengalaman

nyata maka perkembangan kognitif seseorang akan lebih baik daripada hanya menggunakan

bahasa untuk berkomunikasi. Berbahasa sangat penting untuk berkomunikasi namun jika tidak

diikuti oleh penerapan dan pengalaman maka perkembangan kognitif seseorang akan cenderung

mengarah ke pelupusan iaitu kanak-kanak akan lupa. Langkah terbaik kanak-kanak dikaitkan

9

Page 10: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

dengan objek atau pengalaman yang paling hampir dengan mereka seperti penggunaan bongkah

yang pelbagai bentuk dan warna. Melalui bongkah, guru boleh hubungkaitkan dengan objek di

persekitaran seperti bentuk bulat seperti roda kereta, segi empat seperti pintu rumah, warna hijau

seperti daun dan sebagainya. Di samping menggunakan pengetahuan sedia ada mereka, guru

membantu mengembangkan pengetahuan mereka secara tidak langsung dengan merangsang

mereka berfikir.

6.5 Interaksi.

Piaget melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Baginya, pengetahuan dapat dicipta

apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial yang dikenalinya sebagai

penyerapan, penyesuaian dan keseimbangan. Ini bermakna interaksi penting untuk membantu

perkembangan kognitif kanak-kanak. Interaksi boleh berlaku melalui komunikasi lisan antara

guru dengan kanak-kanak dan kanak-kanak dengan rakannya. Keadaan ini berlaku apabila

berlaku sesi soal jawab. Interaksi juga berlaku antara kanak-kanak dengan media yang

digunakan, iaitu bongkah-bongkah dan juga bahan bantu mengajar yang guru sediakan. Melalui

interaksi dengan bongkah, kanak-kanak akan menyentuh dan mengetahui struktur, tekstur dan

saiz bongkah yang diberikan kepadanya. Interaksi dengan media atau bahan akan lebih

menguatkan daya ingatan dan pemahaman kanak-kanak terhadap pengajaran guru.

Kanak-kanak juga belajar melalui interaksi sosial. Menurut Piaget belajar bersama baik dengan

teman sebaya maupun orang yang lebih dewasa akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Justeru aktiviti kumpulan perlu disediakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan

ini memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam aktiviti yang dirancang dan dijalankan,

dan juga menggalak berlakunya interaksi dan komunikasi antara kanak-kanak.

6.6 Peranan guru.

Berdasarkan teori pembelajaran kognitif ini, Piaget menggalakkan guru menggunakan

pendekatan konstrutivisme dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengutamakan

keberkesanan pembelajaran adalah dicapai melalui penglibatan murid secara aktif dalam proses

penyelesaian masalah. Guru juga perlu menggunakan teknik pemudahcaraan untuk

10

Page 11: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

membimbing murid belajar. Bahan pengajaran dan kaedah mengajar harus sesuai dengan

peringkat perkembangan kognitif murid.

Berdasarkan teori tersebut, rancangan pelajaran yang dirancang menggunakan kaedah bermain

supaya kanak-kanak dapat terlibat secara aktif di mana guru hanya menerangkan cara

melakukannya. Bahan yang disediakankan juga adalah sesuai untuk tahap usia kanak-kanak

antara lima hingga enam tahun.

7.0 CADANGAN RANCANGAN MENGAJAR.

Cadangan masa :40 minit.

Tunjang utama :Sains dan Teknologi (Matematik)

Standart Pembelajaran utama :LST 7.1.3 Membilang objek 1-10.

LST 7.1.5 Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek

yang betul.

Standart Pembelajaran yang

disepadukan :PM 9.1.3 Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

Objektif pembelajaran :Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

a)Membilang objek 1-10

b)Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang

betul.

Konsep utama :Membilang dan memadankan nombor.

Kemahiran :Mengelas dan memadan.

Kosa kata :Bilang, susun, kira, padankan, jumlah.

Bahan bantu belajar :Pensel, kad nombor, kad gambar, lembaran kerja,CD

11

Page 12: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

AKTIVITI BAHAN

Set Induksi Guru dan murid menyanyi

lagu ‘Bilangan jari’

Satu tangan bilangan lima,

Dua tangan bilangan sepuluh,

Kita tanam pokok delima,

Apa sebab peria tumbuh.

Gambar tangan.

Langkah 1 1.Murid membilang 1-10

dengan menggunakan jari

bersama-sama dengan guru.

2. Murid diberi bongkah dan

menyusun bongkah sambil

membilang 1-10.

3. Guru menunjukkan nombor

1-10 dan murid menyebut

nombor tersebut.

Jari

Bongkah pelbagai bentuk dan

warna

Kad nombor -10

Langkah 2 Murid menyusun bilangan

bongkah mengikut simbol

nombor yang guru tunjukkan.

Bongkah.

Langkah 3 1.Aktiviti kumpulan.

a.Murid dibahagikan kepada 2

kumpulan. Setiap ahli

kumpulan 2 akan memegang

sekeping kad nombor 1-10.

Kad nombor.

12

Page 13: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

b.Setiap murid ahli kumpulan

1 akan menyusun bongkah

mengikut simbol nombor

mengikut pasangan dari

kumpulan 2.

2. Ahli kumpulan 2 akan

memadankan simbol nombor

yang dipegang dengan

susunan bongkah yang betul.

(Ulang aktiviti 1 &2)

Bongkah.

Kad nombor 1-10.

Langkah 4 1.Guru menunjukkan slide

permainan matematik sebagai

aktiviti pengukuhan.

2.Guru menunjukkan cara

melakukan permainan.

3.Murid diberi peluang

melakukan aktiviti mengikut

giliran.

Slide permainan matematik

Penutup Guru meminta murid

menyebut nombor yang

ditunjukkan secara spontan.

Kad nombor 1-10.

8.0 PENILAIAN

13

Page 14: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

Melalui rancangan pengajaran yang dirancang dan disertakan dengan aktiviti yang disusun,

penilaian yang sesuai dilakukan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ialah

penilaian secara formatif melalui pemerhatian. Penilaian kaedah formatif adalah disarankan oleh

Jean Piaget di dalam melakukan penilaian ke atas kanak-kanak. Pemerhatian dilakukan ke atas

murid setiap kali murid melakukan aktiviti. Semasa guru meminta murid membilang, sebaiknya

guru menyebut nama beberapa orang murid secara rawak untuk membilang. Guru dapat menilai

tahap penguasaan mereka semasa mereka membilang secara individu berbanding secara

berkumpulan. Semasa guru menunjukkan kad simbol nombor, guru perlu menyebut nama murid

untuk menjawab sebelum meminta semua murid menjawab serentak.

Semasa melakukan aktiviti kumpulan guru dapat memberi perhatian atau tumpuan yang lebih

untuk melakukan pemerhatian ke atas setiap individu murid bagi menilai tahap penglibatan

mereka dalam aktiviti. Semasa murid diminta melakukan permainan matematik, guru dapat

menilai tahap penguasaan murid secara keseluruhan sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut

melalui pemerhatian ke atas murid.

9.0 KESIMPULAN

Prinsip-prinsip Piaget dalam pengajaran diterapkan dalam program-program yang menekankan

pembelajaran melalui penemuan dan pengalaman-pengalaman nyata dan pemanipulasian alat,

bahan, atau media belajar yang lain serta peranan guru sebagai fasilitator yang mempersiapkan

lingkungan dan memungkinkan siswa dapat memperoleh berbagai pengalaman belajar.

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap

individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik

dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai.

Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang

mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam

kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses

14

Page 15: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang

mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang

diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan

sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan

datang.

15

Page 16: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

RUJUKAN

1994. Teori-teori Pengajaran dan Implikasi. Tanjong Malim: Institut Perguruan Sultan Idris.

Azizah Lebai Nordin. 2007. Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Dr. Mahani Razali. 2009. HBPS4303 Interaksi dan Bimbingan Kanak-kanak. Seri Kembangan:

Open University Malaysia.

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. 2008. Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Shah

Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2003. Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2001. Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2.

Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2006. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2)

Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2007. Nota Ulangkaji dan Latihan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

Bahagian II: Kompetensi Khusus/Fungsi (Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran).

Puchong: Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.

Bhd.

Nor’aini Tahir, Roszikin, Zainab Zakaria. 2009. HBPS3103 Perkembangan Kognitif dan

Pembelajaran Kanak-kanak. Seri Kembangan: Open University Malaysia.

16

Page 17: ASSIGMEN KOGNITIF

NOOR ZURAINE BINTI KHAMIS @ KAMARUDDIN

710818025682002

Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd.Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2006. HBET2103

Psikologi Pendidikan. Seri Kembangan: Open University Malaysia.

Prof. Madya Dr. Putri Zabariah Megat A. Rahman. 2007. HBPS1103 Pengenalan Pendidikan

Awal Kanak-kanak. Seri Kembangan: Open University Malaysia.

Rohani Abdullah. 2003. Perkembangan Kanak-kanak Penilaian Secara Portfolio. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim dan Kamisah Buang. 2009. HBPS4103

Perkembangan Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak. Seri Kembangan: Open University

Malaysia.

http://one.indoskripsi.com/node/6271

http://teoripiaget.blogspot.com/

http://valmband.multiply.com/journal/item/12

http://www.bing.com/reference/semhtml/Jean_Piaget?

src=abop&fwd=1&qpvt=jean+piaget&q=jean+piaget

http://www.fisiksetiawan.co.cc/2010/01/teori-perkembangan-kognitif-piaget.html

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm

17