teori konstruktivisme kognitif

Upload: tengku-anis

Post on 08-Jul-2015

771 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF

1.0 SEJARAH

Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan. Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan one only knows something if one can explain it (Yager, 1999).

Immanuel Kant menyokong pendapat ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat dengan aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya, dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek, 1992). Seterusnya, perspektif konstruktivisme ini terhasil daripada kajian Piaget, Vygotsky, ahli psikologi gestalt, Bartlett, Bruner, Von Glaserfeld, Anderson, Dewey, Papert dan Confrey.

Pembelajaran bermakna (meaningful learning), mengikut John Dewey (1966), melibatkan belajar dengan membuat (learning by doing), yang kemudiannya dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah yang cuba dihuraikan. Dewey mempelopori gerakan progresivisme dalam pendidikan. Dalam keadaan yang sama, kita menyaksikan Jean Piaget (1951) lebih awal mengutarakan tentang perkembangan kognitif dalam karya terjemahan, Play, Dreams and Imitation in Childhood dan Vygotsky (1978) dalam Mind in Society yang dikaitkan dengan perspektif konstruktivisme dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Sejak satu setengah dekad yang lampau, di Amerika Syarikat pengajaran dan buku teks telah diolah agar lebih menjurus kepada penggalakan proses berfikir, menyelesaikan masalah dan membina keupayaan untuk belajar. Inilah gerakan konstruktivisme yang sudah dilaksanakan di Amerika Syarikat, yang juga mengambil kira pemikiran Dewey dan Bruner. Dalam konteks tempatan, kita menyaksikan gerakan ini sudah bermula dalam pembelajaran sains dan matematik yang cuba menyemarakkan perspektif konstruktivisme.

2.0 BIODATA

Jean Piaget telah dilahirkan di Neuchtel, Swiss pada 9 Ogos1896.Beliau yang merupakan seorang ilmuwan adalah anak sulung dari Arthur Piaget, seorang profesor dalam sastera abad pertengahan di Universiti Neuchtel dan Rebecca Jackson, seorang yang cerdas dan energik. Jean Piaget didapati berpotensi tinggi dalam bidang psikologi dan ini menyebabkan pada usia 11 tahun, beliau telah menulis tentang burung gereja albino ketika masih belajar di Neuchtel Latin high scholl.

Setelah tamat belajar di sekolah tinggi, beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Neuchtel. Pada tahun 1918, Piaget telah menerima gelaran Ph.D. dalam ilmu alamiah dari Universiti Neuchtel dan beliau belajar sebentar di Universiti Zurich. Kemudian, Piaget berpindah dari Switzerland ke Paris, Perancis selepas tamat belajar dan diterima untuk mengajar di sekolah Grange-Aux-Belles Street iaitu sekolah untuk lelaki sahaja. Sekolah ini dikendalikan oleh Alfred Binet iaitu pengembang ujian kecerdasan Binet, dan Piaget dipilih untuk membantu dalam menandakan ujian kecerdasan Binet's. Semasa beliau membantu untuk menandakan beberapa ujian, Piaget telah memerhatikan bahawa murid-muridnya sering secara konsisten memberikan jawapan yang salah bagi soalan-soalan tertentu. Walaubagaimana pun, Piaget tidak begitu banyak tumpuan pada kenyataan dari jawapan murid-murid yang salah, tetapi jenis kesalahan yang dilakukan secara konsisten yang tidak dilakukan oleh kanakkanak yang lebih tua dan orang dewasa. Ini menyebabkan beliau merasakan bahawa proses kognitif kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa. Akhirnya, beliau telah mencadangkan teori global tahap perkembangan kognitif, iaitu memperlihatkan pola-pola umum tertentu kognisi dalam setiap tempoh perkembangan. Pada 1921, Piaget telah kembali ke Switzerland sebagai pengarah Institut Rousseau di Geneva dan pada tahun yang sama, rencana pertamanya mengenai psikologi kecerdasan diterbitkan dalam Journal de penghibur.

Pada 1923, Piajet telah berkahwin dengan Valentine Chtenay iaitu salah seorang mahasiswinya. Pada tahun 1925, puteri pertama mereka dilahirkan, kemudian pada tahun 1927 puteri kedua mereka pula dilahirkan, dan anak ketiga dilahirkan pada tahun 1931. Pada tahun 1929, Jean Piaget menerima jawatan sebagai Pengarah Biro Pendidikan Antarabangsa dan menjadi ketua organisasi antarabangsa ini sampai 1968. Setiap tahun, beliau akan menyusun "Pidato Pengarah"nya untuk Dewan BPI itu dan untuk Konferensi Internasional tentang Pendidikan Umum, dan dalamnya beliau menyatakan tentang keyakinan pendidikannya.

Pada tahun 1940, beliau menjadi ketua Eksperimen Psikologi, pengarah Makmal Psikologi, dan presiden Masyarakat Psikologi Switzerland. Pada tahun 1942 pula, beliau telah memberikan sedikit kuliah di College de France, selama pendudukan Nazi di Perancis. Selain itu, beliau juga diangkat sebagai Presiden Suruhanjaya Switzerland UNESCO. Pada tahun 1952, beliau menjadi profesor di Sorbonne dan pada tahun 1955 pula, beliau telah mengilhamkan Pusat Antarabangsa untuk Epistemologi Genetik, kemudian berkhidmat sebagai pengarah. Dan pada tahun 1956, beliau telah membangunkan School of Sciences di Universiti Geneva.

Pada 1964, Piaget dijemput untuk menjadi sebagai perunding di dua persidangan di Cornell University dari 11 Mac sehingga 13 Mac dan University of California, Berkeley dari 16 Mac sehingga 18 Mac. Persidangan tersebut membahaskan tentang hubungan kajian kognitif dan pembangunan kurikulum, dan berupayakan untuk memikirkan tentang implikasi dari penyiasatan terkini perkembangan kognitif anak-anak untuk kurikulum. Pada tahun 1979, beliau telah dianugerahkan Hadiah Balzan Sosial dan Sains Politik. Pada umur 84 tahun, beliau telah meninggal dunia di Geneva pada 16 September 1980.

3.0 PRINSIP / KONSEP

3.1 PRINSIP-PRINSIP

Prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivisme kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget terdiri daripada dua aspek, iaitu :

a) Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu

b) Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut

3.2 KONSEP-KONSEP ASAS

Di dalam Teori Kognitif Kanak-Kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat, di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung huraian lima konsep asas teori iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif individu.

Skema (Schema)

Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Ia adalah dirujuk sebagai kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi. Oleh itu, skema yang ditonjolkan, misalnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan ataupun idea yang boleh mewakili ciri tingkah laku, adalah disebut sebagai skema individu. Maka, skema individu merupakan tingkah laku yang sering berubah mengikut pembelajarannya. Di dalam peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak skema tingkah laku mereka berubah dari semasa ke semasa, biasanya dari kasar kepada halus, dan daripada mudah kepada kompleks. Contohnya, kanak-kanak memegang sesuatu benda adalah skema pegangangnya. Ini menyebabkan teknik memegangnya semakin beransur-ansur maju apabila perubahan skema kanakkana kini sebenarnya mewakili hasil yang diperolehi daripada pembelajarannya.

Adaptasi (adaptation) dan Keseimbangan (equilibration) Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya menggunakan skema sebagai asas tindakan dia antara mereka. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan

pembelajaran baru tidak akan berlaku lagi. Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan.

Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap . Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti teori rangsangan.

Asimilasi (assimilation) dan Akomodasi (accommodation)

Untuk mengekalkan keseimbangan, iaitu memperolehi pula kepuasan kerana motivisi, individu terpaksa mengubahsuai diri melalui proses adaptasi. Di dalam proses adaptasi ini, skema individu beransur-ansur berubah hingga perubahan tingkahlakunya menjadi semakin kompleks. Mengikut pandangan Piaget, adaptasi merangkumi dua bentuk, satunya ialah asimilasi dan satu yang lain ialah akomodasi, kedua-dua saling berkait dan saling melengkapi dalam pembentukan proses pembelajaran kognitif secara keseluruhan. Fenomena mengubah struktur kognitif kerana proses adaptasi adalah dikenali sebagai proses akomodasi. Dengan huraian ini, adalah didapati bahawa akomodasi merupakan sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seseorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Ringkas kata, mengikut piaget, murid belajar melalui proses adaptasi, mengorganisasi ilmu atau maklumat baru dan dengan proses asimilasi, i , mentransformnya dalam struktur kognitif (skema) dengan ilmu dan maklumat yang sedia ada dapat diperkukuh serta ditambah. Bagi ilmu atau maklumat yang tidak seimbang dengan skemanya, mereka menggunakan proses akomodasi untuk cara reorganisasi dan menyesuaikannya dalam struktur kognitif dan dengan proses yang sedemkian, ilmu pengetahuan murid dapat diperkembangkan dan dipertingkat kepada tahap yang lebih tinggi.

4.0 MAKLUMAT

Teori pembelajaran konstruktivisme kognitif (1896-1980) merupakan satu teori yang diasaskan dan diperkembangkan oleh Jean Piaget. Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi Switzerland yang cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membuat hipotesis. Piaget pada awalnya mempunyai latar belakang pendidikan dalam lapangan biologi dan menggelar dirinya sebagai seorang genetist epistemologist sebelum beliau beralih minat kepada perkembangan kognitif kanak-kanak melalui satu insiden yang berlaku di Makmal ujikaji IQ Binet di Paris, tempat di mana beliau bekerja. Antara persoalan yang sering menarik minat Piaget dalam lapangan biologi ialah bagaimana kita menjadi tahu? . Piaget juga percaya bahawa apa yang membezakan antara manusia dengan haiwan adalah kebolehan manusia untuk memberi alasan yang abstrak atau abstract symbolic reasoning .

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat bahawa persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya.

4.1 TEORI KONSTRUKTIVISME KOGNITIF

Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan dan lebih dikenali sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Melalui teori ini, pelajar akan sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis, pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.

Selain itu, ia juga merujuk kepada pendapat bahawa murid akan membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Namun, cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah dengan membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Kesimpulan yang dapat dibuat bagi teori ini, pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dimana murid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa mereka belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Hal ini kerana, pembelajaran didefinisikan sebagai aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lainlain hubungan.

4.2 KAJIAN JEAN PIAGET

Jean Piaget berpendapat bahawa keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Pengetahuan tersebut dibina melalui melalui maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran dan ini dinamakan equilibrasi.

Adaptasi dapat dibahagikan kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi bermaksud apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan diserapkan dengan mudah ke dalam struktur kognitif. Ini menyebabkan keseimbangan atau equilibrasi berlaku. Manakala akomodasi pula bermaksud apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu-gugat atau keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan disequilibrasi. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu akan diserap masuk. Oleh itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus.

4.3 PERINGKAT PERKEMBANGAN TEORI JEAN PIAGET

4.3.1 Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objekobjek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagai skema (struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanakkanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.

Contohnya, bayi berumur sebelum sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini, pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Hal ini kerana, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

4.3.2 Peringkat Pra Operasi (2 hingga 7 Tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secara transdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secara deduktif (daripada umum kepada contoh khusus) dan secara induktif (daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.

4.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 12 Tahun) Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun. Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperti rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku. Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk memberi panduan tentang penaakul daripada bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya.

Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsipprinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

4.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 Tahun) Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkan operasi mental pada yang abstrak dan simbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit. Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logik. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanakkanak. Setiap tahap memasuki tahap baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.

5.0 FOTO / RAJAH / JADUAL DAN BAHAN AUDIO VISUAL

6.0 IMPLIKASI

Melalui teori ini yang berlandaskan ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak implikasi teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran dan antaranya adalah pembelajaran yang dijalankan akan lebih berpusatkan pelajar dan pelajar belajar melalui proses membuat atau beraktiviti. Oleh itu, guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran haruslah bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru perlulah mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh pelajar.

Implikasi seterusnya, guru mengenal pasti Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) pelajar melalui beberapa aktiviti yang dijalankan dan menggunakannya untuk memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku. Hal ini kerana melalui zon perkembangan terdekat, pelajar mudah untuk menguasai isi pelajaran sekiranya ia adalah berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada.

Membuat perkaitan antara isi pelajaran dengan situasi sebenar juga salah satu implikasi teori konstruktivisme kepada pengajaran. Perkaitan ini dapat mengukuhkan lagi pembelajaran pelajar tentang yang dipelajarinya. Tugasan autentik yang berasakan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks sebenar dan simulasi juga boleh dimanfaat di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, mengadakan aktiviti secara berkumpulan juga dapat mewujudkan interaksi yang berkualiti antara pelajar dan sebagai contoh, perbincangan dan gerak kerja kumpulan. Melalui aktiviti dan perbincangan dalam kumpulan, pelajar dapat berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas dan meluahkan buah fikiran. Selain itu, melalui aktiviti ini juga, guru boleh memilih pelajar-pelajar yang lebih berkemahiran untuk membimbing dan mengajar rakan sebaya yang lemah. Hal ini kerana, pelajar lebih mudah apabila rakan sebayanya yang membimbing.

7.0 ANALISIS MENGGUNAKAN TEKNIK SWOT

7.1 STRENGTH / KEKUATAN

Kekuatan teori ini yang didapati banyak membantu kanak-kanak untuk menggunakan kognitif dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan dari hasil kajian Jean Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap kanak-kanak ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengantikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Walaubagaimanapun, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa dari segi kualiti kerana pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik iaitu melihat alam sekeliling hanya dari perspektif mereka sahaja. Seterusnya, Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti

kebolehan mengira, melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil, dan hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Selain itu, Piaget juga ada mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

7.2 WEAKNESS / KELEMAHAN

Dari segi kelemahan teori ini, terdapat beberapa orang pengkritik menyatakan bahawa teori Piaget tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif dengan jelas. Ada juga pengkritik yang mempertikaikan kebenaran wujudnya empat peringkat perkembangan kognitif yang disarankan oleh Piaget. Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.

Sebagai contoh, apabila kanak-kanak menunjukkan kemampuan pemuliharaan iaitu yang terdapat pada tahap operasi konkrit, maka berdasarkan teori Piaget, dia sepatutnya dapat menunjukkan kemampuan pemuliharaannya dalam angka dan berat pada masa yang sama. Namun, dalam kajian yang dilakukan oleh Klausmeier dan Sipple (1982) menunjukkan keadaan yang berbeza di mana kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan pemuliharaan berat lebih lewat daripada pemuliharaan angka. Keadaan ini adalah bercanggah dengan teori Piaget.

Dari segi metodologi juga, pengkritik mempertikaikan kaedah klinikal yang digunakan dalam kajian Piaget di mana kajian dengan kaedah klinikal sukar untuk diulang. Oleh itu, kesahihannya adalah diragui. Pengkritik juga menuduh Piaget membuat generalisasi daripada sampel-sampel yang saiznya terlalu kecil dan tidak menepati piawaian.

7.3 OPPORTUNITIES / PELUANG

Peluang dapat didefinisikan sebagai suasana atau keadaan luaran yang sesuai dan dapat membantu untuk mencapai objektif. Peluang yang dapat dirungkaikan dalam teori ini, adalah interaksi antara kanak-kanak kerana Piaget berpendapat bahawa faktor yang paling penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berinteraksi dengan rakan-rakan. Hal ini kerana, untuk memastikan kanakkanak dapat memiliki konflik kognitif, yang akan menyebabkan kanak-kanak mengeluarkan pendapat mereka terhadap rakan-rakan. Jenis interaksi akan menyebabkan kanak-kanak atau orang lain untuk mempertimbangkan sudut pandang mereka. Selain itu, Piaget juga dapati bahawa keadaan kanak-kanak yang paling mencabar dalam pemikiran mereka adalah ketika mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya. Namun, sekiranya kanak-kanak terlalu mirip dalam pemikiran mereka, kemungkinan besar akan ada sedikit perdebatan tentang sesuatu yang ingin dimiliki. Oleh itu, bertepatanlah peluang ini dengan tujuan dan objektif yang dikemukakan oleh Jean Piaget dalam teorinya.

7.4 THREATS / ANCAMAN

Piaget telah bahagikan tahap kanak-kanak kepada dua sub tahap iaitu Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan

bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi ancaman di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

Selain itu, ancaman yang seterusnya bagi teori ini atau suasana dan keadaan luaran yang boleh merosakkan objektif pembelajaran kognitif kanak-kanak. Ini dapat dianalisiskan bahawa sekiranya kognitif kanak-kanak tidak bersesuaian dengan konstruktivisme iaitu, persekitaran dan pengalaman kanak-kanak tersebut, akan membuatkan kekeliruan dalam diri kanak-kanak. Tambahan pula, kognitif kanak-kanak adalah berbeza bagi setiap individu dalam menjalani kehidupan dan memerlukan bimbingan dari orang dewasa. Oleh itu, ancaman ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak berkembang pemikirannya dan pengalaman hidupnya.

8.0 BAHAN-BAHAN RUJUKAN

INTERNET

http://www.answers.com/topic/jean-piaget

http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm

http://www.nndb.com/people/359/000094077/

http://www.piaget.org/aboutPiaget.html

BUKU