perkembangan kognitif kanak

16
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan berfikir dan menaakui yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioekonomi, fizikal dan dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan. Proses ini juga merangkumi segala aktiviti mental yakni mengingat, membuat perwakilan simbol, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mereka cipta, mengkhayalkan dan daya imaginasi . Bruner (1975) dan Vygotsky (1986), tokoh-tokoh terulung dalam kajian perkembangan kognitif menegaskan kepentingan perkaitan antara pemikiran. Jika kita membuat pemerhatian terhadap sekumpulan kanak- kanak, kita dapati tidak semua kanak-kanak melalui perkembangan pada kadar yang sama mengikut urutan umurnya. Ada kanak-kanak yang mengalami perkembangan cepat, manakala ada pula yang mengalami proses perkembangan lewat. Perkembangan kanak-kanak berbentuk holistik, yakni berlakunya penginntegrasian antara aspek koggnitif, bahasa, sosial dan emosi dalam segala aktiviti mereka. Kanak-kanak jarang menggunakan satu aspek kemahiran sahaja kerana perkembangan mereka tidak berlaku secara berasingan. Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologikal tetapi hanyalah satu pandangan epistemologi iaitu satu falsafah pengetahuan yang diperoleh melalui pemerhatian terperinci terhadap kanak-kanak pada tahap umur dan tahap perkembangan yang berlainan. Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang dalam satu siri tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Tahap perkembangan kognitif Piaget ada 4 iaitu: a) Tahap sensori motor (0 2 Tahun) b) Tahap praoperasi (2 7 tahun) c) Tahap operasi konkrit (7 -11 tahun) d) Tahap operasi normal (11 tahun keatas) 1

Upload: jas-priya

Post on 17-Jan-2016

195 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

.m/l

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif merujuk kepada proses perkembangan keupayaan

berfikir dan menaakui yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioekonomi,

fizikal dan dan penguasaan kemahiran berbahasa. Menurut Berk (2006), proses

kognitif merupakan proses dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada

pengetahuan. Proses ini juga merangkumi “segala aktiviti mental yakni mengingat,

membuat perwakilan simbol, mengkategorikan, menyelesaikan masalah, mereka

cipta, mengkhayalkan dan daya imaginasi”.

Bruner (1975) dan Vygotsky (1986), tokoh-tokoh terulung dalam kajian

perkembangan kognitif menegaskan kepentingan perkaitan antara pemikiran. Jika

kita membuat pemerhatian terhadap sekumpulan kanak-kanak, kita dapati tidak

semua kanak-kanak melalui perkembangan pada kadar yang sama mengikut urutan

umurnya. Ada kanak-kanak yang mengalami perkembangan cepat, manakala ada

pula yang mengalami proses perkembangan lewat. Perkembangan kanak-kanak

berbentuk holistik, yakni berlakunya penginntegrasian antara aspek koggnitif,

bahasa, sosial dan emosi dalam segala aktiviti mereka. Kanak-kanak jarang

menggunakan satu aspek kemahiran sahaja kerana perkembangan mereka tidak

berlaku secara berasingan.

Teori perkembangan kognitif Piaget bukanlah satu teori psikologikal tetapi

hanyalah satu pandangan epistemologi iaitu satu falsafah pengetahuan yang

diperoleh melalui pemerhatian terperinci terhadap kanak-kanak pada tahap umur dan

tahap perkembangan yang berlainan. Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-

kanak berkembang dalam satu siri tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait

rapat antara satu sama lain. Tahap perkembangan kognitif Piaget ada 4 iaitu:

a) Tahap sensori motor (0 – 2 Tahun)

b) Tahap praoperasi (2 – 7 tahun)

c) Tahap operasi konkrit (7 -11 tahun)

d) Tahap operasi normal (11 tahun keatas)

1

TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

TAHAP Sensori –motor (Lahir hingga 2 tahun)

Menurut piaget, pada tahap ini pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan

pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti menghisap, memegang dan

melihat. Piaget memanggil corak-corak gerakan spontan ini sebagai skima-

skima dalaman dan skima ini sentiasa berubah. Walaubagaimanapun, bayi

dapat menyesuaikannnya kepada pengalaman-pengalaman yang baru dialami.

Contohnya, bayi yang berumur 2 bulan sudah mempunyai skima menghisap,

lama-kelamaan dia akan belajar bahawa skima untuk menghisap puting botol

susu berbeza dengan menghisap puting susu ibunya atau menghisap jari.

Melalui cara ini, proses perkembangan kognitif berlaku kerana kanak-kanak

mulai sedar bahawa penghisapan-penghisapan ini berbeza dari segi cara dan

gaya.

Pada mulanya, bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan pada aktiviti

sensori dan motor. Aktiviti sensori ialah pengalaman-pengalaman yang dikesan

melalui lima deria manakala aktiviti motor diperoleh hasil gerak balas fizikal

trhadap objek iaitu pengalaman semasa bermain atau merasa objek

berkenaan.

Pada tahap ini, juga kanak-kanak sibuk mencari satu perhubungan

antara tingkah laku mereka dan akibat-akibat yang akan terjadi hasil daripada

tindakan mereka itu. Contohnya, apa yang akan terjadi apabila mereka

menolak pinggan ke tepi meja. Melalui uji-kaji uji-kaji ini, bayi mula memperoleh

satu konsep bahawa diri mereka adalah satu identiti yang berbeza dengan

objek-objek lain serta belajar tentang karakteristik-karakteristik objek dan

bagaimana ia berkaitan antara satu dengan lain.

Apabila berumur 8 – 12 bulan, kanak-kanak mula memperoleh konsep

kekekalan objek dengan memahami bahawa satu objek itu terus wujud

walaupun kanak-kanak tidak melihat objek itu. Dengan kata lain, bayi yang

memahami konsep kekekalan objek akan sedar bahawa satu-satu objek itu

akan terus hadir walaupun ia tidak nampak objek itu. Semasa mainan kanak-

2

kanak yang berumur 8 bulan diambil, ia tidak menangis tetapi hanya

memandang sahaja mainan itu diambil dan juga tidak berusaha untuk mencari

objek itu mencari objek yang hilang itu.

Sebaliknya, jika uji kaji yang sama diulangi dengan kanak-kanakyang

berumur 10 bulan, ia akan mencari objek yang hilang itu. Bayi pada masa yang

sama ini lebih memahami bahawa objek terus wujud walaupun ia tidak dapat

melihatnya. Inilah yang dikenali sebagai kekalan objek. Pada masa ini bayi

sudah berupaya memperoleh satu perwakilan mental pada objek yang hilang

dengan mewakilkan apa yang dilihatnya lalu disimpan di dalam mental.

Walaubagaimanapun, keupayaan mencari objek yang hilang bagi

bayi yang berumur 10 bulan tadi adalah ter had. Mereka hanya berupaya

mencari objek itu di tempat yang sama tetapi gagal mencari objek tersebut

apabila dialihkan ke tempat lain. Ini berlaku sehinggalah bayi berumur satu

tahun apabila mereka telah mula dapat mencari objek di tempat terakhir objek

tersebut kelihatan.

Tahap sensori motor diakhiri dengan keupayaan bayi meniru model

yang tiada di hadapannya. Apabila berumur 16 bulan, bayi boleh mimik tingkah

laku orang lain. Ini bermakna ia berupaya mewakilkan tingkah laku orang lain

dalam bentuk dalaman dan kemudian menunjukkan tingkah laku tersebut pada

waktu yang lain. Keupayaan ini menandakan bahawa bayi boleh membuat

perwakilan bagi peristiwa bagi peristiwa dan objek secara dalaman atau mental.

Berikut ialah ciri-ciri utama subtahap bagi tahap sensori motor :

Subtahap Ciri Utama Konsep Objek

Aktiviti spontan (0 - 1 bulan)

Pembentukan dan modifikasi skima-skima awal berdasarkan aktiviti-aktiviti spontan seperti menghisap, merenung dan lain-lain

Tiada percubaan untuk mencari objek yang hilang

Reaksi sirkular primer(1 – 2 bulan)

Pengulangan tingkah laku yang menghasilkan hasil-hasil yang selesaikan yang berpusat pada badan sendiri

Tiada percubaan untuk mencari objek yang hilang.

3

Reaksi sirkular

sekunder (4 - 8

bulan)

Pengulangan tingkah laku yang

menghasilkan hasil-hasil yang

selesaikan yang berlaku di

persekitaran

Mencari objek yang

separuh tersembunyi.

Koordinasi skima-

skima sekunder

Kombinasi gerakan demi

mencapai matlamat

Mancari objek yang

tersembunyi sepenuhnya.

Reaksi sirkular tertier

(12 – 18 bulan)

Menguji pelbagai gerakan untuk

mencapai matlamat atau hasil

Boleh mengikuti

perpindahan objek yang

kelihatan.

Penggunaan cara-

cara baru melalui

kombinasi mental

Berfikir untuk menyelesaikan

masalah dan meniru model.

Peringkat Praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol-simbol dalam

pemikiran mereka yang merupakan pemikiran bukan benar, iaitu prakonsep. Kanak-

kanak mempunyai keupayaan membuat perwakilan mental terhadap benda-benda

yang tidak kelihatan di depan matanya. Kanak-kanak telah boleh bertutur dengan

fasih. Contohnya, kanak-kanak boleh menyebut “susu” yang merujuk kepada

permintaan susu, walaupun susu tidak kelihatan untuk mewakili pemikiran

simboliknya. Mereka juga boleh menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu benda,

contohnya huruf “A” dikaitkan dengan gambar ayam. Hal ini, merupakan peringkat

permulaan pembinaan konsep, iaitu kanak-kanak sudah boleh mengaitkan perkataan

perkataan atau lambang dengan benda-benda persekitarannya.

Keupayaan pemikiran simbol bererti kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan

untuk berbahasa. Jelaslah bahawa dunia kognitif kanak-kanak pada peringkat ini

telah memasuki satu dimensi baharu. Perkembangan kognitif tidak lagi terikat pada

aktiviti motor.

Namun, pembinaan konsep adalah dengan melalui intuisi dengan melalui

intuisi dengan menggunakan penakulan primitif. Pemikiran intuisi yang dimaksudkan

ini kelihatan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dari 4 – 7 tahun. Dengan

menggunakan penaakulan primitif kanak-kanak menganggap dirinya mengetahui

4

jawapan kepada semua perkara. Mereka mempunyai sikap ingin tahu, suka

bercakap dan bertanya.

Piaget menggunakan istilah “intuitive” kerana kanak-kanak kelihatan seolah-

olah amat yakin dengan perkara yang mereka tahu padahal mereka kurang sedar

tentang penggunaan pemikiran rasional. Hal ini kerana mereka masih belum dapat

menyusun dan mengkategorikan objek-objek dengan mantap.

Peringkat ini merupakan kemuncak daya imaginasi dan fantasi kanak-kanak.

Contengan dan lakaran mereka boleh mewakili rumah, rang, kereta dan sebagainya.

Cerita-cerita fiksyen amat digemari oleh kanak-kanak. Fenomena ini disebabkan

kanak-kanak pada peringkat ini masih kurang faham dunai realiti ini, pemikiran

mereka amat imaginatif. Kanak-kanak perlu diberi galakan untuk

memperkembangakan kreativiti melalui aktiviti lukisan, muzik dan cerita fiksyen.

Walaupun, kanak-kanak mempamerkan perkembangan kognitif yang nyata,

pemikiran mereka masih dihadkan oleh 2 perkara, iaitu animisme dan egosentrisme.

Animisme merupakan ciri yang diperhatikan dalam diri kanak-kanak prooperasi iaitu

kanak-kanak percaya bahawa objek-objek juga bernyawa serta mempunyai ciri-ciri

manusia seperti perasaan dan pemikiran. Contohnya, apabila hujan turun, kanak-

kanak mengatakan matahari sangat sedih lalu menyembunyikan diri dan menangis.

Egosentrisme merupakan keadaan kanak-kanak yang masih belum dapat

membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain. Kanak-kanak

yang egosentrik menggunakan persepsi sendiri sahaja semasa memproses

maklumat. Benda yang dilihatnya itu mesti sama dengan benda yang dilihat oleh

orang lain. Sebagai contohnya, kanak-kanak tidak memahami hala tangan kanan

guru yang berhadapan kelas tidak sama dengan hala tangannya sendiri.

Piaget dan Inhelder (1969) menjalankan eksperimen Ujian Tiga Bukit (Three-

Mountain Test) untuk menerokai unsur egosentrisme kanak-kanak. Seorang kanak-

kanak ditunjukkan 3 buah model bukit.

5

Bukit pertama terdapat di atas salji

Bukit kedua Sebuah gereja di atas bukit

Bukit paling rendah serta terdapat sebuah rumah kecil

A

nak-anak patung ditempatkan di sudut bertentangan dengan kanak-kanak.

Kanak-kanak tersebut ditunjukkan beberapa keping gambar dan diminta untuk

mengenal pasti pemandangan yang dilihat oleh anak patungnya. Kanak-kanak

antara 4 - 5 tahun berfikir bahawa anak patung dapat melihat rumah kecil seperti di

bawah.

Sifat pemikiran yang mempunyai kaitan dengan egonsentrisme ialah centration

atau pemusatan, iaitu perhatian difokuskan kepada satu ciri objek atau peristiwa.

Sementara ciri-ciri lain diabaikan. Hal ini menjelaskan sebab kanak-kanak praoperasi

masih belum mempunyai konsep kekekalan isi padu, ruang dan nombor dalam

eksperimen yang dijalankan oleh Piaget dan pengikutnya.

Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)

Perkembangan kognitif pada peringakat operasi konkrit seperti istilah banyak

melibatkan ‘operasi’. Perkembangan aktiviti-aktiviti mental menandakan permulaan

kanak-kanak memasuki peringkat tahap operasi konkrit. Tahap ini dikenali sebagai

konkrit kerana kanak-kanak hanya boleh melakukan operasi-operasi pada imej dan

objek-objek yang nyata sahaja dan bukan perkara-perkara abstrak seperti konsep

keutuhan, keadilan dan sebagainya.

Satu operasi penting ialah penguasaan konsep kekalan iaitu memahami bahawa

sesuatu objek yang mengalami perubahan ketara masih mempunyai sifat yang

6

Kekekalan isi padu cecair

Kekekalan pepejal

Kekekalan nombor

Kekekalan ruang

sama. Contohnya, jika sehelai kertas dikoyakkan kepada 6 cebisan, ciri (jumlah)

keluasan kertas tidak berubah walaupun sudah mempunyai bilangan helaian kertas

yang lebih banyak. Apabila cebisan-cebisan kertas itu dicantumkan semula,

keluasan kertas kekal sama. Terdapat 4 jenis aktiviti kekekalan yang dijalankan oleh

Piaget (1970) untuk mengukur pemikiran dalam kalangan kanak-kanak iaitu :

7

Keempat-empat kajian kekekalan yang dikendalikan oleh Piaget menggunakan

urutan yng sama. Bahan-bahan eksperimen dipersembahkan dan kanak-kanak

ditanya dengan soalan pertama. Selepas jawapan diperoleh, Piaget mengubah atau

menyusun semula bahan-bahan di hadapan kanak-kanak diikuti dengan soalan

kedua.

Contoh aktiviti menguji Kekekalan

8

Peringkat Operasi Formal (11 hingga 15 tahun)

Satu ciri utama menandakan remaja sudah mencapai peringkat

perkembangan operasi formal ialah keupayaan mereka untuk berikir, bukan sekadar

tentang alam kenyataan (realiti) yang konkrit tetapi tentang kemungkinan-

kemungkinan yang abstrak. Remaja mula memahami perkara abstrak dan logik.

Antaranya, perkara-perkara yang menjadi asas kepada sains, matematik, etika,

politik dan sebagainya. Jika ditanya “Ali lebih rendah daripada Abu, tetapi lebih

tinggi daripada Salleh. Siapakah yang lebih tinggi”?, remaja sudah boleh menjawab

tanpa melihat Ali, Abu dan Salleh tetapi hanya membayangkannya. Mereka juga

berkebolehan mengurus perkara-perkara yang bermakna, melakukan sintesisi serta

cuba membentuk beberapa hipotesis untuk memperoleh satu kesimpulan.

Remaja boleh berfikir secara abstrak tentang sesuatu kemungkinan dalam

matematik dan sains. Mereka boleh menggunakan simbol-simbol abstrak seperti

untuk ₓ mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ₓ= 15. Dengan simbol itu, mereka

bersedia untuk mempelajari algebra dan kalkulus seterusnya membuat eksperimen,

menguji idea dan kebenaran. mewakili sesuatu nombor.

Remaja pada peringkat operasi formal mempunyai kebolehan penaakulan

secara hipotetik-deduktif, iaitu keupayaan untuk membentuk hipotesis dan mencabar

kesahihannya. Dalam eksperimen aktiviti menyelesaikan masalah bandul jam,

responden dikehendaki mengenal pasti variabel-variabel yang mempengaruhi kadar

ayunan bandul. Responden mencuba pelbagai hipotesis- kemungkinan kelajuan

bandul disebabkan oleh : (1) ukur panjang tali, (2) jarak ketinggian bandul

dilepaskan, (3) tenaga tolakan yang ditadbirkan, (4) berat bandul atau (5) variabel

lain. Oleh itu, kajian ini telah membuktikan bahawa kanak-kanak operasi formal

tentang logik dan abstrak.

Pemikiran remaja pada tahap ini juga meningkat seperti pemikiran orang

dewasa. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa perkembangan kognitif

terhenti sebegitu sahaja selepas ini kerana Piaget percaya bahawa selepas

9

mencapai iperasi formal, perkembangan seterusnya adalah berupa perubahan-

perubahan secara darjah sahaja.

Berikut adalah kronologi perkembangan kognitif.

TAHUN KRONOLOGI

Bayi yang baru lahir menunjukkan sedikit ingatan bagi rangsangan yang mudah

4 - 8 bulan memperkembangkan konsep objek

1 tahun memerhati ciri-ciri fizikal objek

boleh menyelesaikan masalah-masalah yang mudah mengklasifikasikan objek berdasarkan kesamaan fizikal

2 tahun boleh mengingati 2 benda

boleh memahami kegunaan objek

menggunakan nama sebagai satu strategi ingatan

3 tahun boleh mengingati 50 benda

boleh hafal skrip dalam rutin-rutin yang biasa

mengklasifikasi ikut perhubungan taksonomi

faham prinsip-prinsip asas mengira

4 tahun Gunakan strategi menumpukan perhatian yang lebih sistematik dan berkesan.

7 tahun Faham konsep intuitif tentang nombor

Guna latihan sebagai strategi ingatan

Menunjukkan penumpuan perhatian yang selektif

Boleh guna peta untuk tunjukkan persekitaran

8 tahun Boleh guna peta untuk tunjukkan persekitaran.

9 tahun Mengklasifikasikan ikut perhubungan superordinat

Boleh mengingati dengan baik.

10 tahun Boleh hasilan strategi ingatan yang tersusun

Menghargai konsep logik

Faham konsep ruang

10

Implikasi Teori Piaget untuk Guru

Mengajar kanak-kanak peringkat Sensorimotor

Ibu bapa dan pengasuh yang menjaga bayi atau kanak-kanak perlu

menyediakan aktiviti main yang bersesuaian dengan umur mereka. Kemahiran

peniruan seperti aksi-aksi fizikal dan interaksi sosial dengan ahli keluarga serta

kenalan keluarga. Kemahiran-kemahiran ini biasanya diperoleh secara spontan

melalui pengalaman seharian.

Mengajar kanak-kanak peringkat Praoperasi

Ibu bapa dan pengasuh perlu memberi peluang kepada kanak-kanak menerokai

alam fizikal melalui aktiviti main dan aktivti penyelesaian masalah. Melalui aktiviti-

aktiviti sedemikian, konsep atau prokonsep sedia ada dicabar, diubah dan juga

konsep baharu dibentuk. Arahan yang diberi haruslah mudah dan singkat. Guru

mungkin perlu mendemonstrasikan perlakuan-perlakuan semasa memberi arahan

verbal tersebut.

Kanak-kanak memerlukan banyak pengalaman hands-on yang melibatkan

kepelbagaian bahan dan penggunaan pelbagai deria (multi-sensori). Guru perlu

11

menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti minds-on yang melibatkan banding-

beza dan susunan mengikut urutan seperti ketinggian, berat atau panjang. Kanak-

kanak boleh berbaris mengikut ketinggian mereka daripada rendah kepada yang

paling tinggi. Selain itu, guru boleh mengendalikan aktiviti menyemai benih untuk

menarik minat kanak-kanak memerhati urutan proses percambahan benih. Guru

boleh meminta kanak-kanak menyatakan tentang sesuatu yang diperhatikan atau

melukis dan bersoal jawab tentang perkara tersebut.

Oleh sebab ciri egosentrisme terdapat dalam diri kanak-kanak, guru perlu

memberi bantuan dan penjelasan supaya dapat membawa kanak-kanak memahami

dunia di sekitarnya dari sudut yang berbeza.

Mengajar kanak-kanak peringkat Operasi Konkrit

Kanak-kanak pada peringkat inimasih belum dapat berfikir secara abstrak. Guru

perlu menyediakan bahan-bahan untuk kanak-kanak menguji idea mereka melalui

penglibatan aktif supaya dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang

dihadapi mereka. Cara pemikiran perlu dicabar sebagai langkah untuk memaksa

mereka meluaskan pengetahuan sedia ada untuk pembelajaran seterusnya.

Guru harus mengelak daripada berperanan sebagai penyampai maklumat.

Sebaliknya, guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan dn

penemuan kosep atau prinsip yang dipelajari menggunkan daya pemikiran. Tanya

soalan-soalan untuk menggalakkan kanak-kanak berfikir secara logikal dan analitikal.

Guru juga perlu merancang aktiviti yang melibatkan kekekalan isi padu, nombor,

dan keluasan. Secara amnya, kanak-kanak menguasai kekekalan nombor sebelum

memahami kekekalan isi padu cecair dan pepejal serta konsep yang lebih kompleks

seperti masa dan kelajuan. Di samping itu, berikan galakan kepada kanak-kanak

melakukan aktiviti kebalikan atau sususnan songsang. Kanak-kanak pada akhir

peringkat ini akanmenguasai kesemua kemahiran kekekalan tetapi pada kadar yang

12

berbeza. Dengan tu, guru-guru sekolah rendah harus merancang aktiviti yang

bersesuaian agar murid-murid mencapai ekuilibrasi kognitif yang dihasratkan.

Oleh sebab kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik, mereka mampu

mengikut arahan, peraaturan dan giliran yang ditetapkan. Tambahan, kanak-kanak

boleh memahami konsep kemenangan dan kekekalan dalam sesuatu pertandingan

serta memahami emosi diri dan orang lain. Guru harus merancang aktiviti-aktiviti

prososial seperti aktiviti berpasukan, bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong

dan sebagainya.

Mengajar kanak-kanak peringkat Operasi Formal

Guru harus sering mengadakan perbincangan dengan murid-murid untuk

mengetahui pemikiran mereka. Beri peluang kepada murid-murid untuk meneroka

kepelbagaian kemungkinan bagi menyelesaikan masalah. Guru perlu memberi

galakan kepada kanak-kanak menggunakan pemikiran konvergen, divergen, reflektif

dan metakognitif.

Guru hendaklah menerangkan sesuatu konsep dengan jelas, sabar dan

dengan fikiran yang terbuka. Jangan sekali-kali mencemuh dan mengetepikan

sahaja pendapat atau kesalahan yang dilakukan oleh pelajar remaja.

13

Refleksi

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia,

Saya Tharani a/p Supramaniam dari kelas P1C- Pengajian Tamil.

Bersyukur kepada tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus

Perkembangan kanak-kanak ini. Saya telah menghantar tugasan ini tepat pada

masanya tanpa sebarang masalah. Kerja kursus ini dibuat secara individu. Tugasan

kerja kursus pendek Perkembangan kanak-kanak ini saya telah menerima banyak

faedah yang berguna dan baik untuk diri saya. Setelah membuat banyak rujukan dan

perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenai tentang

perkembangan kognitif kanak-kanak secara terperinci lagi.

Melalui tugasan ini saya dapat mengetahui peringkat-peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak. Saya telah mencari bahan dari pelbagai

sumber yang berbeza. Saya juga telah mengenali tentang teori perkembangan

kognitif Piaget. Ada 4 peringkat perkembangan kognitif Piaget iaitu peringkat sensori-

motor, peringkat praoperasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

14

Selain itu, Teori Jean Piaget telah menerangkan tentang teori

pembelajaran Piaget. Teori ini terbahagi kepada 4 teori pembelajaran Piaget iaitu

skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi. Empat konsep utama yang

dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran terdiri

daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

Perkembangan kanak-kanak yang memperbetulkan kesilapan saya dan tunjuk ajar

kepada saya. Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi

oleh pensyarah walaupun saya menghadapi banyak rintangan. Saya berharap

pensyarah memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan

ini.

BUKU

Wong Kiet Wah. (2012), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur.

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2006), Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rozumah Baharuddin. (1988), Perkembangan Kanak-kanak. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

16