teks ucapan karnival sn peringkat negeri perak 2014

7
TEKS UCAPAN KARNIVAL SAINS PERINGKAT NEGERI PERAK 2014 Aturcara Skrip Catatan Mengumumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid Bin Mohd Som, Penolong PPd, Sains dan Matematik, PPD Btg Padang ke dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti Majlis bermula Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada : 1. Yang berusaha Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid Bin Mohd Som, Penolong PPd, Sains dan Matematik Wakil rasmi Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Batang Padang. 2. Yang berusaha En Abdul Rahim b. Jamaluddin, Pengerusi JKD Bahasa Inggeris Daerah Batu Pahat 3. Yang Berusaha Tn Hj Jamaludin Bin Ani, Hakim Amali Sains SM 4. Yang Berusaha Pn Lee New Hiang , Hakim Amali Sains SM 5. Yang Berusaha Pn Zainab Bt Mohd Sham 6. Yang Berusaha En Saifullah B Abd Rahman 7. Yang Berusaha Cik Siti Norashikin Bt Zainal Abidin 8. Yang Berusaha Pn Siti Hanani Bt Che Sharif 9. Yang Berusaha Pn Roslina Bt Abd Rani Hakim Amali

Upload: sk-toh-tandewa-sakti

Post on 24-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Karnival Sains dan Teknologi

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Karnival SN Peringkat Negeri Perak 2014

TEKS UCAPAN KARNIVAL SAINS PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Aturcara Skrip CatatanMengumumkan ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid Bin Mohd Som, Penolong PPd, Sains dan Matematik, PPD Btg Padang ke dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti

Majlis bermula Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua,Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada :

1. Yang berusaha Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid Bin Mohd Som, Penolong PPd, Sains dan Matematik Wakil rasmi Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Batang Padang.

2. Yang berusaha En Abdul Rahim b. Jamaluddin, Pengerusi JKD Bahasa Inggeris Daerah Batu Pahat

3. Yang Berusaha Tn Hj Jamaludin Bin Ani, Hakim Amali Sains SM

4. Yang Berusaha Pn Lee New Hiang , Hakim Amali Sains SM

5. Yang Berusaha Pn Zainab Bt Mohd Sham

6. Yang Berusaha En Saifullah B Abd Rahman

7. Yang Berusaha Cik Siti Norashikin Bt Zainal Abidin8. Yang Berusaha Pn Siti Hanani Bt Che Sharif9. Yang Berusaha Pn Roslina Bt Abd Rani Hakim Amali Sains SR10. Yang Berusaha Pn Siti Norhayati Bt Ibrahim, Hakim Amali Sains SR

8. . Yang Berusaha, Guru-guru Besar

9. Yang dihormati, Guru-guru Penolong Kanan

Rakan-rakan guru yang dihormati dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Kata aluan Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid B Mohd Som PPd, Sains dan Matematik, PPD Batang Padang khas untuk menjayakan Majlis Penutupan

Page 2: Teks Ucapan Karnival SN Peringkat Negeri Perak 2014

Karnival Sains Teknologi Sekolah Rendah peringkat Negeri Perak 2014 yang telah berlangsung sebentar tadi.

Pucuk Pauh delima batu,Anak Sembilang di tapak tangan;Terima kasih tuan sudi bertamu,Penutupan program yang dijalankan.

Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi,lantaran dengan keizinan dan keredhaannya,dapat kita bersama-sama  berkumpul, di dewan ini bagi mengikuti Majlis Karnival Sains Teknologi Sekolah Rendah peringkat Negeri Perak 2014.

Untuk makluman hadirin , karnival yang diadakan pada kali ini telah menerima penyertaan daripada  10 daerah di Negeri Perak.

Lagu Bangsa Johor

Sebagai pembuka acara,majlis menjemput para hadirin sekalian berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Negeri Perak.

----nyanyian Lagu Negeri Perak----

Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah,Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu, majlis menjemput Ustaz Mohd Aminurrasyid B. Kusni dari Sekolah Kebangsaan Pintas Raya untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

-----bacaan doa-----

Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu-aluan

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam,Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang berusaha En Abdul Rahim b Jamaluddin selaku Pengerusi JKD Bahasa Inggeris, Daerah Batu Pahat untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya,

Page 3: Teks Ucapan Karnival SN Peringkat Negeri Perak 2014

majlis mempersilakan.

----ucapan aluan----

Untaian madah kata aluan,Untaian ingatan sepanjang zaman.

Majlis merakamkan penghargaan  terima kasih kepada Yang berusaha En Abdul Rahim b Jamaluddin  atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan perasmian

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin yang dialu-alukan, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Hassan Bin Salleh, Penolong PPd, Sains dan Matematik,Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Karnival Sains Teknologi Sekolah Rendah peringkat Negeri Perak 2014. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

---ucapan perasmian---Yang Berusaha Tuan Haji Hassan Bin Salleh, Penolong PPd, Sains dan Matematik di atas ucapan perasmian penutupan itu tadi.

Dlm bahasa inggeris

Untuk majlis seterusnya, saya serahkan kepada En Mat Zulkifli Bin Parman.

Penyampaian Cenderhati kepada para hakim

Para hadirin yang hormati,

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Majis dengan hormatnya mempersilakan …………………………………………………untuk menyampaikan cenderahati.

---penyampaian cenderahati---

Majlis mengucapkan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Kepada para hakim,Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi.

Jika hakim telah diberi cenderahati siap2, teks ini tidak perlu dibaca

Penyampaian Cenderahati Perasmi

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis seterusnya

Page 4: Teks Ucapan Karnival SN Peringkat Negeri Perak 2014

mempersilakan Yang Berusaha En Abdul Rahim b Jamaluddin  untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Yang Berusaha Tuan Haji Mohammad Shahid Bin Mohd Som, Penolong PPd, Sains dan Matematik,Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Persembahan Johan Action Song dan Johan Choral Speaking

Hadirin sekalian,Seterusnya marilah bersama-sama menyaksikan persembahan bertenaga daripada Johan Action Song Daerah Batu Pahat bagi tahun 2012 iaitu dari SJKC Ai Chun 2. Dipersilakan.

----- persembahan ------

Begitulah menarik dan kreatifnya persembahan dari Johan Action Song kita. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan pula Johan Choral Speaking Daerah Batu Pahat bagi tahun 2012 iaitu dari SK Taman Seri Kota untuk memberikan persembahan mereka.

----- persembahan ----

Demikianlah tadi, persembahan bersemangat yang berjaya meraih johan. Terima kasih diucapkan.

Lagu Negaraku Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis sekali lagi menjemput para hadirin sekalian berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan negara iaitu, Negaraku.

----nyanyian Negaraku----

Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian yang telah bersama-sama menyanyikan lagu negaraku itu tadi.

Penutup Hadirin yang dialu-alukan,

Sempurnalah sudah Majis Penutupan Karnival Sains Teknologi Sekolah Rendah peringkat Negeri Perak 2014. Sesungguhnya, aktiviti seperti ini merupakan wadah yang efektif bagi membina keyakinan diri murid-murid di samping mampu menyuntik, menyemai dan memperkukuh semangat perpaduan, memupuk semangat setia kawan antara para peserta tanpa mengira

kaum dan rasa tanggungjawab terhadap perpaduan negara. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Batu Pahat 2012.Majlis ini diakhiri dengan 3 rangkap pantun.

Bunga dedap di atas para,

Page 5: Teks Ucapan Karnival SN Peringkat Negeri Perak 2014

Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara;Baliklah tuan membawa ilmu,Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Dilain masa bersua lagi.

DIJEMPUT TETAMU KEHORMAT KE RUANG SANTAPAN UNTUK MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN.

Sekian sahaja,Wabillahitaufik walhidayah wassalammulaikum wbt