teknik+dan+kaedah+pengajaran

Upload: joe-ternak

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    1/15

    Teknik dan kaedah pengajaran

    Oleh:

    Hamizah Bte Basrah IEB080140

    Nurul Fadzleen Binte Rahmat IEB080091

    Salina Che Harun IEB080110

    Definisi kaedah dan teknik pengajaranFaktor-faktor yang mempengaruhi pemilihankaedah pengajaran

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    2/15

    Konsep kaedah

    Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan

    mencapai objektif peljaran spesifik dalam jangka pendek.

    Mengikut Edward M. Anthony (1963) kaedah meruju kepada satu ikhtiarkeseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan

    kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

    Kaedah juga bermaksud:

    a) Turuq at-Talim = cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran

    b) Tasykil al-Maddah = bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai

    cara yang munasabah dengan akal yang berguna dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    3/15

    c) Tariqah at-Talim wa Talum Tahassus at-Tolabah= teknik-teknik

    pengajaran dan pembelajaran yang tertentu yang digunakan

    kepada penuntut.

    d) Tariqah at-Tadris = cara-cara untuk menyampaikan kandunganisi pelajaran kepada pelajar.

    e) Suluk= jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi

    ruh akal dan jasmani.

    f) ibrah= yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    4/15

    Konsep teknik

    Dibawah konteks pendidikan teknik mengajar boleh ditakrifkan sebagai

    kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar

    dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    Mengikut pendapat Edward M. Anthony (1963) teknik mengajar

    merujuk kepada satu muslihat atau strategi atau satu teknik yang

    digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran

    secara optimum.

    Mengikut Azman Wan Chik (1987). Teknik itu apa yang dilihat dalam

    bilik darjah. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar

    akhlak dengan melihat dengan melihat dalam video maka ini dikatakan

    teknik.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    5/15

    Kaedah mengajar boleh membentuk teknik mengajar apabila

    kaedah itu dilaksanakan dengan suatu teknik yang sesuai.

    Misalnya, prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai

    teknik menyampaikan cerita berkenaan. Demikian juga, bagi

    prosedur-prosedur kaedah penyoalan,kaedah syarahan,kaedah

    kuliah dan sebagainya.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    6/15

    -Pemilihan kaedah mengajar yang betul akan menjadikan proses

    pengajaran dan pembelajran lebih menarik dan berkesan.

    -Setiap kaedah dan teknik pengajaran ini ada kelebihan dankelemahannya. Tidak ada satu kaedah yang terbaik. Beberapa faktor

    perlu diberi pertimbangan. Menurut pendapat Pierce dan Lorbere (1977),

    pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh lima faktor berikut:

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    7/15

    1- Objektif pengajaran

    Sebelum memulakan pengajaran guru perlu memikirkan

    apakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin

    dicapai. Setelah menyenaraikan objektif-objektif

    pengajaran ini guru perlu menentukan apakah kaedah

    yang paling sesuai untuk mencapai objektif tersebut.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    8/15

    2- Bahan pengajaran dan pembelajaran

    Bahan pengajaran dan pembelajaran ialah isi pelajaran danalat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa

    mengajar. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang

    sekiranya isi pelajaran itu membentuk kemahiran seperti

    kemahiran mendengar dan bertutur dalam pelajaran

    bahasa, teknik dan kaedah yang sesuai perlu dipilih oleh

    guru supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahiran-

    kemahiran tersebut.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    9/15

    3- Jangka masa pengajaranKebanyakan sekolah menetapkan jangka masa

    pengajaran di antara 30 hingga 40 minit sebulan atau

    60 hingga 80 minit sekiranya pelajaran tersebutdiberikan masa berturutan. Dengan jangka masa yang

    ditetapkan itu, guru perlu memilih kaedah yang sesuai

    digunakan dalam jangka masa tersebut.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    10/15

    4- Latar belakang dan jumlah pelajar

    kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang

    pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina,

    dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar. Pemilihan teknik yang

    sesuai juga berhubung rapat dengan aras kemahiran objektif pelajaran.

    Jadual berikut menunjukkan penggunaan teknik mengajar mengikut aras

    kemahiran objektif pelajaran.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    11/15

    Aras Kemahiran Teknik mengajar

    Pengetahuan Latihan tubi dan hafazan

    Kefahaman Syarahan

    Aplikasi Tunjuk cara (demonstrasi)

    Analisis Penyoalan

    Sintesis Perbincangan

    Penilaian Sumbangsaran

    Jadual berkenaan perhubungan aras kemahiran objektif

    pengajaran dengan teknik mengajar

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    12/15

    5- Iklim dan suasana sekolah

    Kemudahan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan

    kaedah atau kaedah pengajaran. Di kawasankawasan pedalaman di negara ini, masih

    terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan infrastruktur seperti

    bekalan elektrik. Di sekolah-sekolah sebegini tentulah guru tidak dapat menggunakan

    alat bantu mengajar seperti komputer, radio, dan projektor.

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    13/15

    Kesimpulan????

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    14/15

    Strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan kaedah dan

    teknik mengajar. Ia erujuk kepada satu rancangan yang berkesan dalam

    menentukan pendekatan serta menyusun kaedah dan teknik mengajar untuk

    mencapai objektif pelajaran secara optimum

  • 7/31/2019 Teknik+Dan+Kaedah+Pengajaran

    15/15

    RUJUKAN;

    Prisip Dan Amalan Pengajaran,Abd. Ghafar Md. Din (utusan publication and

    distributor Sdn. bhd)

    Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi 2 Pelaksanaan Pengajaran,Mok Soon

    Sang (kumpulan Budiman Sdn. Bhd)

    Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpesonal Guru,Tengku Sarina Aini

    Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff (PTS Professional Publishing Sdn. Bhd)