kaedah pengajaran matematik

19

Upload: laling-honey

Post on 24-Jun-2015

2.673 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

€ Pendekatankoperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Slavin (1982), kaedah koperatif merujuk kepada pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yan

TRANSCRIPT

Page 1: kaedah pengajaran matematik
Page 2: kaedah pengajaran matematik
Page 3: kaedah pengajaran matematik

Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya.

Menurut Slavin (1982), kaedah koperatif merujuk kepada pengajaran yang memerlukan murid daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu diantara satu sama lain di dalam kumpulan kecilyang mempunyai matlamat bersama.

Page 4: kaedah pengajaran matematik

Pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

TUJUAN KAEDAH PENGAJARAN KOPERATIF:

MENCAPAI KEMAJUAN DAN PRESTASI CEMERLANG

Page 5: kaedah pengajaran matematik

Saling bergantung antara satu sama lain secara positif

Saling berinteraksi secara bersemuka Akauntabiliti individu atas pembelajaran

diri sendiri Kemahiran koperatif Pemprosesan kumpulan

Page 6: kaedah pengajaran matematik

Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif):

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):

Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.

Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.

P I E S

Page 7: kaedah pengajaran matematik

Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):

Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan.

Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.

Structure (Struktur): Terdapat banyak

struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing.

Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan.

Page 8: kaedah pengajaran matematik

Sambungan…..

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Page 9: kaedah pengajaran matematik

Sambungan….. Pembelajaran koperatif juga

menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Page 10: kaedah pengajaran matematik

1. Menerima kepelbagaian  Murid belajar untuk bekerjasama dengan

pelbagai jenis orang, berinteraksi dalam kumpulan kecil serta berkongsi idea dan bertukar pendapat.

2. Menghargai perbezaan individu Ketika soalan diajukan, murid yang berbeza

akan mempunyai pelbagai tanggapan. Setiap ahli kumpulan boleh membantu mencipta produk yang mencerminkan kepelbagaian perspektif supaya hasilnya lebih lengkap dan menyeluruh.

Page 11: kaedah pengajaran matematik

3. Perkembangan Interpersonal Murid belajar untuk berhubung dengan

rakan-rakan semasa bekerjasama dalam kumpulan. Ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran sosial mereka selain mendapat manfaat hasil daripada interaksi dengan guru dan rakan sebaya.

4. Penglibatan pelajar secara aktif Setiap ahli mempunyai peluang untuk

menyumbang dalam kumpulan kecil. Mereka akan sama-sama berusaha ketika bekerja sebagai sebuah pasukan.

Page 12: kaedah pengajaran matematik

Berasal dari perkataan Latin:

(con = with+textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.

Konteks membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Page 13: kaedah pengajaran matematik

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud dan makna kepada mereka.

Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Page 14: kaedah pengajaran matematik

Bruner (1960) menyatakan pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka.

Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Page 15: kaedah pengajaran matematik

Brooks (1993) memberitahu bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini.

Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Ia berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

Page 16: kaedah pengajaran matematik

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam suatu unit

berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.

Peruntukan masa yg mencukupi & proses pembelajaran & pembelajaran yg berkualiti.

Page 17: kaedah pengajaran matematik
Page 18: kaedah pengajaran matematik

Penggunaan kaedah ini dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui prinsip2 pembelajaran masteri – murid normal boleh m’pelajari apa yg diajar ‘o’ guru.

Arahan guru perlu jelas.

Pembelajaran dipecahkan kpd unit kecil supaya mudah dikuasai.

Cth: Guru mengajar operasi

murid nombor. - 1 hingga 5, 6 hingga

10.

Perlu masa yg. Mencukupi untuk menguasai sesuatu pembelajaran.

Page 19: kaedah pengajaran matematik