kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur

Upload: hakimi

Post on 29-Feb-2016

127 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tq

TRANSCRIPT

  • Kaedah ialah prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru.Jenis-jenis kaedah : Kaedah Audio-LingualKaedah Komunikatif

  • Berlandaskan teori huraian bahasa fungsian dan teori kecekapan komunikatif.Teori pembelajaran berdasarkan teori interaksi.Mementingkan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak melibatkan komunikatif dan interaksi bahasa.Melalui pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu sebelum dapat gambarkan makna dalam struktur ayat.

  • Gabungan dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur.Bahan bantu mengajar untuk audio seperti radio, pita perakam dan piring hitam.Melalui pengalaman mendengar, murid dilatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengarinya termasuk nada dan intonasi secara latih tubi.Murid lebih mudah mengingat maklumat yang didengar dan bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi.

  • Teknik ialah cara-cara yang digunakan dalam pengajaran.Jenis-jenis teknik : Teknik soal jawab,Teknik BerceritaTeknik main peranan,Teknik latih tubi,Teknik perbincangan,Teknik Simulasi

  • Mewujudkan interaksi guru dengan murid.Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab.Tujuannya ialah:Untuk mengesan pengetahuan berbahasa muridUntuk mengalakkan murid berfikir secara logik, kreatif, inovatif, dan kritis.

  • TEKNIK BERCERITA

    Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

    Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

    Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.

    Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

    Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

  • Melakonkan sesuatu situasi.Murid diberikan peranan dan bertindak sebagai watak dalam situasi tersebut.Murid cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada murid-murid lain.

  • Teknik ini ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari.Tujuannya ialah murid dapat menguasai kemahiran di samping menjamin ketekalannya.Berasaskan kaedah pengajaran audio-lingual.Lima aspek yang ditekan : Sebutan (Accent)Tatabahasa (Grammar)Perbendaharaan kata (Vocabulary)Kafasihan ( Fluency)Kefahaman ( Comprehension)

  • Didefinisikan sebagai suatu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk.Tujuan : Melatih murid meluahkan perasaan dan pendapat yang bernas.Murid dapat bekerjasama untuk menyatakan pendapat masing-masing.

  • Teknik Simulasi

    Pemusatan kepada Masalah

    Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut.

    B) Pemusatan kepada Penerbitan

    Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan.

  • Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar:

    Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasiMemahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapiMenajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritisMenghasilkan laporan dengan berkesanMembuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapiMengalami sendiri sesuatu situasiMenyakinkan diri sendiri

  • *