g4 kaedah dan teknik pengajaran

42
Strategi, Kaedah dan Teknik Ahli Kumpulan: Lee Pei Jun Tan Zheng Yee

Upload: eloise-looi

Post on 02-Feb-2016

286 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi, Kaedah dan Teknik

Ahli Kumpulan: Lee Pei Jun Tan Zheng

Yee

Page 2: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

1. SumbangsaranDikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti

perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Page 3: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Matlamat Sumbangsaran

menerbitkan idea sangat bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang

dan menghiburkan.

Di samping itu juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan

permasalahan yang selama ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya.

Pekara yang paling penting dalam aktiviti sumbangsaran adalah mencari dan

membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan pada idea-idea yang diterbitkan dan

dikemukakan oleh ahli kumpulan.

Page 4: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip Sumbang Saran

(a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli yang lain.

Page 5: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

(b) Tujuan akhir yang hendak diperoleh dalam suatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea.

Page 6: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

(c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala imaginasi yang ada pada diri mereka.

(d) Semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

Page 7: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

(e) Jangka masa yang sesuai bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang berkesan adalah antara 15 minit hingga 30 minit.

Lebih lama masa yang digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih.

Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif yang disasarkan.

Page 8: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

(f) Aktiviti ini hendaklah dijalankan secara berkumpulan.

Untuk sesi sumbangsaran yang baik, ahli-ahli kumpulan tidak melebihi daripada lima belas orang.

Sekiranya satu sesi sumbangsaran itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak terkawal.

Page 9: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

2. Bercerita

• Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

• Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Page 10: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.

•Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

• Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Page 11: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Persediaan sebelum sesi bercerita• Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar

duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita. Perkara-perkara yang perlu diambil kira:– Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua

pelajar – Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya

bahagian muka dan tangannya – Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang

sesuai – Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar

untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita

– Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

Page 12: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu – diberi maklumat tentang bahagian-bahagian cerita – diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau

peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal.– Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman

bercerita yang lengkap.

Page 13: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Semasa sesi bercerita

• Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya.

• Pastikan pelajar menumpukan perhatian.

• Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka.

Page 14: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Selepas sesi bercerita

• Memberi peluang kepada murid-murid untuk merumuskan cerita.

• Meminta murid-murid berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

• Guru berbincang tindakan watak bersama murid-murid.

Page 15: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

3. Perbincangan

• Perbincangan merupakan proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001).

• Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.

• Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.

Page 16: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpulan berfikiran secara berkelompok.

Setiap peserta digalakkan memberi idea dan setiap idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti.

Pada akhirnya, idea yang paling sesuai sahaja yang dipilih sebagai rumusan.

Sumbangsaran

Page 17: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan

bilangan ahli juga ramai.

Suatu panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan idea-idea

mereka.

Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang akan menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-

peserta.

Pengerusi panel akan memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam

suasana yang tenang.

Setiap ahli panel mungkin diberi masa

4-5 minit untuk mengemukakan pendapat mereka.

Forum

Page 18: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Seminar

• Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan pelajar/peserta untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu disediakan dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat persediaan yang lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.

• Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai kematangan intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk merancang,mengelola serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.

Page 19: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Sesi Buzz

Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli.

Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih.

Selepas guru membuat sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzz akan memulakan perbincangan.

Page 20: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Ketua akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan kumpulan kecilnya.

• Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan.

• Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas.

Page 21: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Perbahasan

• Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahli–ahli perbahasan telah membuat persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu.

• Ahli–ahli akan bercakap secara bergilir–gilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas, kedua dan ketiga mungkin berbeza.

• Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan.

Page 22: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Setiap kumpulan kecil akan

mengambil bahagian

dalam perbahasan.

Setiap kumpulan lazimnya

terdiri daripada

empat orang ahli.

Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan menyokong topik

perbahasan manakala kumpulan lagi satu

dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik

perbahasan.

Page 23: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Elemen-elemen teknik perbincangan:

• Matlamat dan objektif.Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan pembelajaran berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu melibatkan diri secara aktif.

• Saiz kumpulan yang ideal

Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.

Page 24: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Susun atur bilikPastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau berbentuk “U” amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk “U” agar dapat mendekati pelajar.

Page 25: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pemilihan topik Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.

Page 26: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

demonstrasi Demonstrasi adalah proses

pengajaran melalui contoh atau eksperimen.

ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur

Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk

menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Page 27: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

boleh digunakan untuk membuktikan fakta melalui gabungan bukti visual dan pemikiran yang berkaitan.

serupa dengan cerita bertulis dan contoh-contoh yang membolehkan murid-murid sendiri mengaitkan maklumat yang dibentangkan

melibatkan menunjukkan sebab atau bukti, menjelaskan dengan menggunakan contoh atau eksperimen.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan atau menjalankan sesuatu aktiviti

Page 28: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Komponen Membuat Demonstrasi

Membuat persediaan awalTentukan konsep, prinsip, proses yang hendak diajar Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuaiJana beberapa soalan penting yang akan digunakan Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya Menjalankan demonstrasi

Demonstrasi guruDemonstrasi guru-pelajarDemonstrasi pelajarDemonstrasi tetamu jemputan 

Page 29: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelebihan Demonstrasi• membantu meningkatkan minat murid • mengukuhkan daya ingatan murid kerana

ia menyediakan sambungan antara fakta dan aplikasi dunia sebenar.

• membantu murid menghubungkan teori dengan amalan sebenar atau apabila murid tidak dapat memahami aplikasi teori.

• membantu membangunkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Page 30: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar

memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan

Membolehkan pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-

langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen

Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan

sesuatu aktiviti

Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu

perlakuan dengan lebih mudah

Dapat memperkenalkan bahan pembelajaran baru

kepada pelajar melalui penglihatan dan

pendengaran

Ciri-ciri demonstrasi

Page 31: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip Menjalankan DemonstrasiSeboleh-bolehnya

libatkan pelajar dengan

menjalankan demonstrasi

interaktif

Tunjukkan keterujaan

supaya demonstrasi

kelihatan ‘hidup’Pastikan semua

pelajar boleh dengar dan lihat dengan

jelas

Sentiasa bertanya soalan

berorientasi inkuiri

Dengan satu siri soalan, bantu

pelajar menemui konsep yang hendak diajar

Beri pengukuhan

positif

Lakukan penilaian

demonstrasi untuk

penambahbaikan

Page 32: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Penyelesaian Masalah Satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukankan kepada mereka.Boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Page 33: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah teknik penyelesaian masalah dalam P&P

mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas. Mengenal pasti cabaran-

cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Mencadangkan langkah-

langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran.

Menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.

Page 34: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah:

membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat.

membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli pasukan.

Page 35: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Theory of Constraints (TOC)

• merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan perkakas pemikiran berlandaskan common sense.

• Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.

Page 36: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Matlamat

Mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang berkesan

Meningkatkan cara pembelajaran

murid-murid dan proses memperolehi

maklumat

Meningkatkan kemahiran

pemikiran dan berkomunikasi

Page 37: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah-langkah 1. Kesedaran dan mengenal pasti

masalah # penyataan masalah # menentukan apa yang perlu diubah# menentukan objektif penyelesaian

2. Mengenalpasti cara penyelesaian # menentukan apa perubahan yang berlaku

3. Pelaksanaan cara penyelesaian masalah# mengendalikan proses perubahan

Page 38: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Teknik dalam TOC

Teknik Awan (The Cloud)

Teknik Sebab dan Akibat (Logic

Branch)

Teknik Penyelesaian

Masalah (Problem Solving)

Page 39: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Teknik Awan ( The Cloud )Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak.Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

Page 40: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.

Page 41: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Page 42: G4 Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelebihan TOC Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam

pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;

mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.

menyelesaikan masalah dengan berkesan. membuat keputusan secara

bertanggungjawab dan bersama. berkomunikasi dengan baik memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.