model, kaedah dan teknik pengajaran

156
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Upload: hanglingi8

Post on 23-Oct-2015

149 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

model pengajaran

TRANSCRIPT

Page 1: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN

TEKNIK PENGAJARAN

Page 2: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Penerangan Konsep

Model pengajaran• Merujuk kepada kerangka yang merangkumi

keadaan kandungan, strategi serta iklim social bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita.

• Ialah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran.

Page 3: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru.

• Menyediakan struktur hala tuju untuk guru.

• Membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

Page 4: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pendekatan:• cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana

sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang.

Strategi pengajaran:• Suatu kemahiran merancang dan menguruskan

kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.

Kaedah Pengajaran:• Cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi

pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran.

Page 5: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Teknik Pengajaran:

• Merupakan satu kemahiran atau cara melasanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.

• Merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran.

Page 6: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Pengajaran

Model Pengajaran Behaviorisme• Asas teoritikal yang umum berasakan teori

pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberikan hala tuju kepada pembentukan model pengajaran.

• Model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapt diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid.

Page 7: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Pengajaran Behaviorisme

model pembelajaran

sosial

Modelpembelajaran

masteri

pengajaran langsung

Page 8: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Langsung• Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran

kemahiran-kemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur

• Mengikut Arends, pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid.

• Memudahkan cara pembelajaran.

Page 9: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Jenis pengajaran yang terarah guru dan mengikut satu sturktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit.

• Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses.

• Guru merekacipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.

Page 10: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:

Aliran aktiviti pengajaran.

Jenis hasil pembelajaran pelajar.

Persekitaran pembelajaran.

Page 11: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Berpusatkan guru dan mempunyai lima langkah iaitu

1. penentuan set;

2. penerangan/demonstrasi;

3. praktis/latihan terbimbing;

4. maklum balas;

5. amalan/praktis lanjutan.

Page 12: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Prinsip-prinsip Pembelajaran Lansung1. Pengenalan/ review2. Perkembangan3. Amalan terbimbing4. Penutup5. Latihan kendiri(independent)6. Penilaian

Page 13: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Proses Pengajaran Langsung1. Pengenalan/ review2. Perkembangan 3. Latihan Terbimbing4. Penutup5. Latihan Kendiri6. Penilaian

Page 14: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pembelajaran Masteri• Ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang

menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.

• Mengikut Bloom, pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara diajar.

Page 15: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Anderson dan Block – ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.

• Merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Page 16: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa

yang diajar oleh guru.

2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.

3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif.

Page 17: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar.

5. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.

6. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.

Page 18: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Antara kemahiran guru dalam pembelajaran masteri ialah:

a) Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid

b) Mengetahui perbezaan antara murid

c) Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Page 19: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

d) Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar

e) Menyimpan rekod kemajuan murid

f) Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran

g) Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.

Page 20: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Pemprosesan Maklumat

• Jenis-Jenis Ingatan1. Daftar Sensori/ Deria

• Input utama daripada penglihatan dan bunyi• Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat• Input disalur kepada ingatan jangka pendek

untuk pemprosesan sebenar

Page 21: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

2. Ingatan Jangka Pendek– Berada dalam keadaan aktif selama 15-20 saat

tanpa latihan dan lebih lama jika di praktis

– 3 cara untuk menangani tugasan kognitif:• Chunk: bahagikan kepada bahagian kecil dan

proses satu per satu pada satu ketika• Kemahiran praktis sehingga mencapai tahap

automatik• Elaborative reherseal

– Maklumat akan hilang/ pudar jika tidak diulangi dalam masa 20 saat

Page 22: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

3. Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan– Merupakan stor pengetahuan yang kekal– 3 kategori

• Semantik: ingatan untuk makna yang disimpan sebagai proposisi, imej dan skema

• Episodik: ingatan maklumat yang terikat kepada suatu tempat dan masa tertentu(peristiwa kehidupan)

• Prosedural: ingatan bagaimana melakukan sesuatu

Page 23: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Konsep

• Matlamat – Membantu pelajar memperoleh pemahaman

mata pelajaran yang dipelajari – Menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi

Page 24: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Satu pelajaran konsep merangkumi 4 fasa:

Kemukakan matlamat

contoh-contoh input

Ujian untuk pencapaian konsep

Analisis proses pemikiran pelajar

Page 25: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• 3 Jenis Konsep – Konsep Konjuntif

• Konsep yang dikelaskan mengikut struktur peraturan yang tetap

– Konsep Disjuntif • Konsep yang mempunyai ciri-ciri yang lebih luas

dan tiada peraturan struktur yang tetap

– Konsep di mana struktur peraturan bergantung pada perkaitan/ perhubungan

Page 26: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Ekspositori

• Dikemukakan oleh Ausubel• Berkisar tentang bagaimana individu belajar banyak

bahan yang bermakna daripada pelajaran verbal/ teks

• Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi iaitu menggabungkan maklumat baru ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baru dan idea sedia ada

Page 27: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Ia menekankan pembelajaran verbal yang bermakna bukannya pembelajaran hafalan

• Pembelajaran ekspositori menggunakan pendekatan deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik

• Pelajaran sebegini akan bermula dengan penyusunan awal

Page 28: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Penyusunan Awal

– Merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran dan digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat baru.

– Bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi maklumat baru lebih mudah dan berkesan.

Page 29: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Ciri-ciri Penyusunan Awal 1. Dikemukakan pada tahap keabstrakan yang lebih

tinggi dan gambaran umum.

2. Mengintegrasi dan membuat perkaitan kandungan pelajaran sebelum pengajaran.

3. Merupakan gambaran umum dan kesimpulan di mana idea-idea utama ditekankan.

Page 30: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Penyusunan awal dalam bentuk gambaran umum yang berkesan harus mengarah perhatian kepada kandungan, menonjolkan perkaitan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang tidak diketahui.

5. Merupakan jambatan yang membina perkaitan luar dengan pengetahuan sedia ada yang relevan.

6. Meransang asimilasi maklumat yang akan dipelajari ke dalam skema-skema yang sedia ada.

Page 31: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

7. Mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan mengingat kembali maklumat yang kita sudah tahu.

8. Menyediakan scaffolding, iaitu sokongan untuk maklumat baharu.

9. Berperanan untuk memfokuskan apa-apa yang penting tentang bahan yang akan diajar.

10. Dapat menghindarkan pelajar daripada menghafal

11. Penyusunan awal yang konkrit adalah lebih baik daripada abstrak.

Page 32: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• 2 Jenis Penyusunan Awal

– Penyusunan Awal Perbandingan • Digunakan apabila maklumat baru hampir sama

dan bertujuan mengaktifkan pengetahuan sedia ada.

– Penyusunan Awal Ekspositori • Digunakanan apabila pengetahuan yang akan

diajar adalah baru dalam bentuk pernyataan/ dalam bentuk definisi yang umum.

Page 33: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• 3 Fasa Utama dalam Pengajaran Ekspositori

1. Penyusun awal menghubungkait maklumat baru dengan skema sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar.

2. Bahan baru disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem/ tugasan pelajar untuk mengekalkan perhatian pelajar dan organisasi yang jelas tentang bahan.

3. Pengukuhan organisasi kognitif di mana guru cuba mengaitkan maklumat baru ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal.

Page 34: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Synectics dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

• Synetics ialah aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora

• Elemen utama ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah/ membentuk idea-idea baru

• Bertujuan memberi peluang mereka cipta cara-cara baru memerhati, meluahkan sesuatu serta mendekati masalah

Page 35: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah-langkah dalam Pendekatan Penyelesaian Masalah Synetics :

Pengenalpastian Masalah

Mengenal pasti hasil yang diingini

Penjelajahan/ Penjanaan idea

Padanan

Respons diperincikan

Cadangan

Pengenalpastian penyelesaian yang munasabah

Page 36: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Model Sosial

– Direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.

– Tujuan:• Membantu pelajar menajamkan pemikiran

melalui interaksi dengan orang lain.• Cara bekerjasama dengan individu lain secara

produktif.• Bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli dalam

pasukan/kumpulan.

Page 37: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan (pembelajaran koperatif & main peranan).

• Melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. ( Joyce et al)

Page 38: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pembelajaran Koperatif

• Membantu pelajar dalam menguasai kadungan pembelajaran.

• Membantu memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.

• Pembelajaran Koperatif berkisar atas 3 perkara:– Pencapaian akademik – Penerimaan kepelbagaian – Kemahiran sosial

Page 39: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Ciri-ciri Model Pembelajaran Koperatif – Tugasan Koperatif – Matlamat – Struktur Ganjaran

• Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:– Pembelajaran Koperatif:

• Merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran.

Page 40: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Keinginan Untuk

Bekerjasama

Kemahiran Untuk

Bekerjasama

Prinsip-prinsip Pembelajaran

Koperatif

Struktur pembelajaran

koperatif

Pasukan Pengurusan Koperatif

6 Konsep Pembelajaran

Koperatif:

Page 41: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Main Peranan & Simulasi

• Main Peranan -merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri/individu lain.

• Tujuan:– Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri

dalam lakonan dan perbincangan.– Memahami tingkah laku orang lain.– Menguasai kemahiran-kemahiran seperti

kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

Page 42: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pinsip-prinsip Main Peranan:a) Senario,peranan dan taklimat latar hendaklah

dipadankan (menghasilkan peranan yang menyeluruh dan menarik).

b) Pastikan pelajar memahami sesuatu situasi dan peranan sebelum memulakan aktiviti.

c) Peserta diberikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

d) Aktiviti main peranan yang paling sesuai mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.

e) Pemerhati dikehendaki mencatat pandangan dengan menggunakan borang penilaian/senarai semak untuk memberikan pandangan.

Page 43: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Jenis-jenis Main Peranan:1. Memerihal

– Satu cara berkomunikasi di mana peserta memerihal sesuatu situasi/masalah.

2. Demokrasi – Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah

laku/perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.

3. Latihan – Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran

tertentu seperti kemahiran berkomunikasi.

Page 44: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Cerminan – Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku

mereka dilihat oleh orang lain.

5. Kepekaan – Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar

tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi/orang lain (membantu memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi.

Page 45: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Bentuk simulasi:1. Permainan 2. Permasalahan 3. Berbentuk persaingan 4. Koperatif

• Dalam pengajaran menggunakan model simulasi, terdapat 4 fasa:1. Fasa 1: Orientasi

2. Fasa 2: Latihan peserta

3. Fasa 3: Proses simulasi

4. Fasa 4: Perbincangan

Page 46: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Contoh-contoh simulasi yang boleh dijalankan:a) Pemusatan Kepada Masalah

b) Pemusatan Kepada Penerbitan

Page 47: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Model Personal• Menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang

individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.

• Tujuan- Membentuk personaliti yang kompetensi, bersepadu dan berkeyakinan diri.

• Matlamat- Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

Page 48: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pembelajaran Melalui Kaunseling:– Model tidak direktif(non-directive) oleh Carls

Roger menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal.

– Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

– Pengajaran dengan menfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.

Page 49: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

• Guru dianggap sebagai kaunselor (penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar).

• Guru berperanan membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka serta membantu dalam penyelesaian tugasan dan masalah.

Page 50: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Menurut Joyce et al, (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah: – Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan

emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.

– Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.

– Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Page 51: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Peranan guru :– Membantu memperjelas masalah.– Pelajar dibantu ke arah bertanggungjawab

terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.

– Membantu pelajar mencuba dan membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut.

– Pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaan empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.

Page 52: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directiveFasa 1• Kenal pasti dan mendefinisikan situasi.• Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar. Fasa 2• Meneroka masalah.• Pelajar digalakkan untuk menerangkan masalah.• Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar.

Fasa 3• Membentuk pengertian baru.• Pelajar membincang masalah.• Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Page 53: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Fasa 4• Perancangan dan membuat keputusan.• Pelajar merancang untuk membuat keputusan.• Guru memperjelas keputusan-keputusan yang

mungkin diambil.

Fasa 5• Integrasi/kesepaduan.• Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan

membentuk tindakan yang lebih positif.• Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Tindakan luar daripada temu bual• Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.

Page 54: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN INDUKTIF

• Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum

• Seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

• Mengikut B. Seaton (1982), pembelajaran melalui induktif sepertimana pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi.

Page 55: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pendekatan ini menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.

• Cara induktif merupakan satu kaedah di mana guru memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep.

• Jenis pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

Page 56: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN SECARA

INDUKTIF

1. Contoh haruslah releven dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh dipelbagaikan supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.

2. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan. Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersama pelajar membuat kesimpulan umum.

Page 57: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

3. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.

4. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar menguasai peraturan-peraturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus.

5. Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

Page 58: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

MODEL STRATEGI PENGAJARAN SECARA INDUKTIF

PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaranMenyediakan contoh-contohMenyediakan soalan-soalan

Menyediakan alat bantu mangajar

PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaranMenyediakan contoh-contohMenyediakan soalan-soalan

Menyediakan alat bantu mangajar

PERINGKAT 2---PENDEDAHANSet Induksi

Mengemukakan contoh-contoh khususMemerhati contoh-contoh khusus

PERINGKAT 2---PENDEDAHANSet Induksi

Mengemukakan contoh-contoh khususMemerhati contoh-contoh khusus

Page 59: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PERINGKAT 3--- PEMBENTUKKAN KONSEP (MENTAFSIR CIRI-CIRI)

Mengenal pasti ciri-ciriMenganalisis ciri-ciri

PERINGKAT 3--- PEMBENTUKKAN KONSEP (MENTAFSIR CIRI-CIRI)

Mengenal pasti ciri-ciriMenganalisis ciri-ciri

PERINGKAT 4---PEMBENTUKKAN KESIMPULANMerumuskan ciri-ciri

Membuat generalisasiMenerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori, atau

teorem.

PERINGKAT 5---PENUTUPMembuat kesimpulan kognitifMembuat kesimpulan sosial

Memberi aktiviti susulan

Page 60: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN DEDUKTIF• Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan

mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus.

• Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum-hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.

Page 61: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF

• Untuk penyelesaian masalahPendekatan deduktif banyak digunakan untuk

menyelesaikan masalah. Misalnya, setelah murid mempelajari fungsi imbuhan “ber”, mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan mengunakan imbuhan “ber”.

Page 62: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Untuk membuat generalisasi baruPendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk

membuat generalisasi baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus segi tiga bersudut tegak.

• Untuk membuat hipotesis Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk

membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Misalnya, selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180°.

Page 63: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN

DEDUKTIF

• Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks

• Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan

• Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan

Page 64: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Proses pengajaran:– Prinsip/rumus– Kaedah deduktif– Aplikasi rumus/prinsip– Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.– Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada

peringkat awal,– Murid dibimbing mengingat kembali hukum,

prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

Page 65: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran secara

Deduktif

• Sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.

• Penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.

• Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, elajar meniru atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan.

Page 66: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.

• Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelajh memahami konsep serta contoh yang diberikan.

• Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi baru yang hampir serupa.

Page 67: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

MODEL PENGAJARAN SECARA DEDUKTIF

PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaran

Menyediakan masalah/hipotesisMenyediakan generalisi/prinsip/teori

Menyediakan alat bantu mengajar

PERINGKAT 2---PENDEDAHANMengemukakan masalah/hipotesis

Mengingat kembali generalisasi/prinsip/ teori yang berkaitanMenghuraikan konsep generalisasi/prinsip/teori yang diketahui

PERINGKAT 3---APLIKASIMengaitkan masalah/hipotesis dengan prinsip /generalisasi /teori yang

diketahuiMengaplikasikan prinsip/generalisasi/teori pada masalah yang

dikemukakan

Page 68: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PERINGKAT 4---PEMBENTUKKAN KESIMPULANMembuktikan hipotesis

Membentuk kesimpulan baruMenerangkan kesimpulan baru

PERINGKAT 5---PENUTUP (PENGUKUHAN)Membuat kesimpulan kognitifMembuat kesimpulan sosial

Memberi aktiviti susulan

Page 69: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN EKLEKTIK

• Pendekatan ini boleh dihasilkan dengan menggabungkan induktif dan deduktif.

• Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan.

Page 70: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN EKLEKTIK

Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif

• Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif, langkah-langkah adalah seperti berikut:1. Guru menerangkan generalisasi/

hukum-hukum/peraturan2. Guru memberikan contoh untuk menerangkan

generalisasi tersebut.3. Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi

kesimpulan.

Page 71: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan induktif, langkah-langkah adalah seperti berikut:1. Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh

untuk membantu pelajar membentuk konsep yang jelas.

2. Daripada contoh tersebut, guru bersama pelajar membuat generalisasi.

3. Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru dan pelajar. Guru akan mendorong pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang hampir serupa.

Page 72: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pembelajaran IntegratedFasa I : Menghuraikan

Pelajar digalakan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang diaji. Contoh, guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan

habitatnya.Kemudian

Fasa II : Membandingkan Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta unruk

membuat perbandingan antara kedua-dua haiwan. Pelajar akan mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok menggunakan

pengurusan grafik.

Fasa III : Menerangkan Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodo, mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-

ciri katak dan kodok. Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam bahagian ini.

Page 73: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Fasa IV: Hipotesis Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, pelajar diminta untuk

membentuk hipotesis serta memikirkan sacara abstrak dari segi penaakulan sesuatu.

Fasa V: Membuat generalisasi Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang

dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi. Jika satu pelajaran mempunyai skop yang sempit, hanya satu generalisasi dibentuk. Skop pelajaran yang luas akan membolehkan beberapa generalisasi dibuat.

Page 74: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PENDEKATAN TEMATIK

• Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajara yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.

• Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.

Page 75: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta.

• Pendekatan tematik akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pengalaman dalam situasi yang berlainan.

Page 76: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Jenis-jenis pelaksanaan

• Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana, dan lambat masing-masing.

• Tema yang sama dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

• Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

Page 77: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran secara

Deduktif

• Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar. Pemilihan tema yang sesuai akan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa mereka menjalani aktiviti.

• Tema haruslah berkait rapat dengan kehidiupan harian pelajar kerana pengalaman yang dibekalkan adalah benar da memberikan makna yang lebih berkesan kepada mereka.

Page 78: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Guru perlu bijak mencari dan memilih aktiviti untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak. Skop yang sempit akan menyukarkan guru membuat perancangan aktiviti yang pelbagai.

• Sekuen sesuatu tema amat penting bagi pelajar agar mereka dapat mengikut perkembangan topik dengan lancar.

Page 79: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk menyumbang dari segi aspek intelek, emosi jasmani dan sosial.

• Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang banyak dan pelbagai. Konsep bermain sambil belajar hendaklah diberikan penekanan.

Page 80: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Langkah-langkah perlaksanaan Pendekatan

Tematik

Pilih satu temaMembina jaringan perancanganPilih bahanRancang aktiviti

Page 81: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Pemusatan Guru

Definisi• Strategi di mana guru mengawal keadaan dan

berperanan sebagai ketua. • Fokus pengajaran dan aktiviti dimonopoli oleh guru. • Contoh: Syarahan, Demontrasi, dan bercerita.

Page 82: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Ciri-ciri

• Guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran

• Komunikasi sehala• Murid pasif dan mendengar sahaja• Guru mengarah dan mengawal pembelajaran• Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif• Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru

Page 83: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Guru berkuliah• Kepimpinan bercorak autokratik• Murid kurang berminat terhadap penerangan guru• Menekankan ujian sumatif untuk penggredan• Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

Page 84: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pemusatan Pelajar

Definisi• Murid memainkan peranan yang penting dalam

proses pembelajaran.• Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif

dalam pembelajaran.

Page 85: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Ciri-ciri

• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Pemindahan pembelajaran berlaku• Komunikasi dua hala• Naruri ingin tahu dikembangkan• Kepimpinan bercorak demokratik• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi,

rohani dan intelek• Disiplin tidak terkawal

Page 86: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Murid minat dalam pelajaran• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran

murid• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri• Murid lebih kreatif• Sifat-sifat sosial yang positif seperti

kerjasama,tolong-menolong• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Page 87: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi berasaskan sumber/bahan

Definisi:• Guru banyak menggunakan bahan seperti buku,

blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, computer dan sebagainya untuk menjalani pengajarannya.

Page 88: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Penekanan terhadap penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan P&P dengan berasaskan faktor berikut

Objektif pengajaranKeperluan pelajarStrategi pengajaranKebolehan pelajar

Page 89: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Jenis –jenis sumber yang digunakan

• Slaid dan jalur filem • Projektor lut sinar. • Pita rakaman dan televisyen • Gambar, peta dan carta• Model-model 3D • Computer - CD• Internet

Page 90: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti

Definisi• Guru melibatkan murid-murid dalam aktiviti atau

tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari

Page 91: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip penggunaan strategi berasaskan tugasan /aktiviti

• Aktiviti yang dipilih harus fokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar.

• Mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran.

• Aktiviti yang disediakan haruslah menyediakan peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi dan bukannya aktiviti individu

Page 92: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar melibatkan diri dalam aktiviti.

• Guru perlu memantau kemajuan dan memberikan

bantuan sekiranya perlu.

Page 93: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

SUMBANG SARAN• Satu tenet utama pembelajaran konstruktivisme

merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif. Pelaksanaan pembelajaran aktif adalah dengan membahagikan pelajar ke dalam kumpulan kecil

• Sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran yang diingini.

Page 94: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Sumbang saran merupakan aktiviti perbincangan, di mana ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah.

• Bertujuan untuk melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.

• Pelajar diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

Page 95: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Guru dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain.

• Ia dapat memupuk sifat-sifat sosial seperti bekerjasama, bantu-membantu, dan menghormati pandangan orang lain.

• Di samping itu, ia dapat menggalakan perkembangan mental pelajar.

Page 96: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip Sumbang Saran

• Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar.

• Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan perbincangan.

• Pelajar diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat.

• Pelajar dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir.

Page 97: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Semua pendapat atau idea dicatat dan huraian idea orang lain adalah dibenarkan.

• Pelajar digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan pandangan yang baharu.

• Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh digalakkan berfikir secara pantas.

Page 98: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelebihan

• Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea. Semua pelajar berpeluang untuk berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan pengetahuan baharu.

• Sumbang saran menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Gerak balas yang spontan daripada pelajar boleh melahirkan idea-idea yang baharu dan kreatif.

Page 99: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Manakala pelajar yang pasif dan pemalu dapat didorong untuk menyertai aktiviti perbincangan kerana segala sumbangan mereka akan diterima oleh kumpulan.

• Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-menghormati idea atau pendapat orang lain. Selain itu, wujudnya saling interaksi antara pelajar.

Page 100: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelemahan

• Kurang sesuai untuk pelajar yang lemah kerana tidak dapat memberikan idea. Pelajar akan berasa kecewa dan rendah diri jika idea mereka ditolak.

• Masalah kritik-mengkritik mungkin wujud.• Kekurangan pengalaman dalam kalangan pelajar

mungkin menyulitkan kelas untuk membuat rumusan yang baik.

Page 101: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

BERCERITA

• Cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan.

• Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni, di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat.

Page 102: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan.

• Guru menggunakan teknik ini sebenarnya ingin menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka.

Page 103: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Prinsip-prinsip Teknik Bercerita

1. Cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. Guru perlu memastikan cerita berkaitan dengan topik dan objektif pelajaran.

2. Suasana bilik darjah haruslah sesuai dengan cerita. Susunan ruang untuk sesi bercerita perlu kondusif.

3. Bahan bantu mengajar seperti boneka dan kad-kad gambar juga boleh digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan.

Page 104: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Bahasa yang digunakan haruslah mudah agar pelajar dapat memahami cerita dengan mudah.

5. Jika guru merupakan pencerita, gerak-geri guru dari segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.

6. Aktiviti susulan diadakan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut.

Page 105: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kelebihan

• Dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

• Dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan di samping membantu pelajar meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar.

• Daya imaginasi pelajar dapat ditingkatkan.• Memupukkan nilai-nilai murni melalui penghayatan

cerita.

Page 106: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

PERBINCANGAN• Perbincangan merupakan satu proses aktif yang

melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran.

• Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.

Page 107: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.

• Digunakan untuk mencapai tiga objektif pengajaran, Meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar

membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatanmembantu pelajar menguasai kemahiran

komunikasi dan proses pemikiran.

Page 108: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Elemen penting dalam teknik perbincangan

Matlamat dan objektif Saiz kumpulan yang ideal Susun atur bilik Pemilihan topik dan aplikasi

Page 109: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

DEMONSTRASI

• Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.

• Melibatkan guru menunjukkan cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur.

• Pelajar akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka.

• Terdapat komunikasi lisan langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar.

Page 110: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Proses ini melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.

• Bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari.

• Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi.

• Dengan ini, penguasaan kosep dan prinsip akan lebih mudah serta proses memodelkan perlakuan memudahkan pemahaman dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap sesuatu konsep.

Page 111: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah sesuatu perlaksanaan.

• Terdapat jenis tunjuk cara :demonstrasi dengan komentar demonstrasi yang melibatkan pelajar.

Page 112: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Penyelesaian Masalah

• Merujuk kepada suatu proses pembelajaran inkuiri, di mana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka.

• Teknik ini berasakan falsafah konstruktivisme di mana pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

Page 113: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Peranan guru adalah untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dan berinteraksi dalam aktiviti bilik darjah atau penerokaan melalui internet.

• Proses dalam penyelesaian masalah merangkumi:Pelajar mengenal pasti masalahMenjelaskan isu-isuMencadangkan cara untuk memperoleh

maklumat yang diperlukanMenilai idea-idea dan rumusan.

Page 114: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi

Bestari

Page 115: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Dalam Pedagogi Bestari

Pengajaran Direktif

Pengajaran Metakognitif

Pengajaran Kontekstual

Pengajaran Melalui

Pemerhatian

Pengajaran Generatif

Pengajaran Mediatif

Page 116: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Direktif

Strategi pengajaran direktif bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai maklmat sebagai asas untuk membaca dan menaakul secara kritis.

•Pelajar dikehendaki untuk meniru tingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk cara atau disampaikan oleh guru.

•Pengajaran jenis ini melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung.

Page 117: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Pendekatan yang bercorak autoritarian, di mana guru sebagai punca maklumat manakala pelajar adalah pasif dan bergantung pada guru untuk membekalkan maklumat dan penyelesaian masalah.

•Proses utama ialah menarik perhatian pelajar, memberikan motivasi, menggunakan pengurusan grafik dan cara ekspositori untuk menyampaikan kandungan utama serta pengetahuan relevan kepada pelajar.

•Satu aspek dalam pengajaran langsung ialah pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik berdasarkan analisis tugasan.

Page 118: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Sepanjang masa pengajaran, pentaksiran berterusan terhadap pemahaman pelajar sebelum, semasa dan selepas pelajaran amat penting untuk mengubah kadar pengajaran.

•Pengajaran direktif adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru dan pembelajaran secara tradisional dilaksanakan.

•Penggunaan masa dan teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting untuk mengekalkan perhatian pelajar kerana pengajaran langsung merupakan penyampaian maklumat secara sehala.

Page 119: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Mediatif

oPelajar boleh belajar menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses-proses alternatif.

oGuru merupakan pengantara yang mengemukakan soalan-soalan dan dilema yang dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar .

oMereka juga dapat menggunakan konsep yang diperoleh, memikirkan penerangan-penerangan alternatif dan mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.

Page 120: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Guru harus mengelakkan daripada membuat penghakiman terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar.

•Guru harus menyokong dan melatih pelajar untuk membentuk dan menguji idea-idea dengan sendiri.

•Pelajar digalakkan untuk menaakul secara induktif dan deduktif untuk mengemukakan penerangan yang lengkap dengan bukti yang logikal.

•Pelajar diberikan peluang untuk mengorganisasi dan mengawal proses-proses pemikiran tinggi.

Page 121: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Pelajar dilatih untuk menggunakan kemahiran yang telah dikuasai bagi menyelesaikan masalah dengan sendiri.

•Pelajar diberikan kesedaran tentang apa-apa yang dipelajari oleh mereka dan ini akan memudahkan mereka mencapai kawalan kendiri sebagai cara aktif mereka cipta kemahiran penyelesaian masalah.

Page 122: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Kesepaduan cara penaakulan, bimbingan dan perbincangan secara terbuka digunakan.

•Selain itu, pendekatannya juga terdiri daripada capaian konsep, pembentukan konsep dan inkuiri.

•konsep merujuk kepada proses mentafsir konsep dengan menentukan ciri-ciri yang perlu bagi makna konsep.

•Guru akan membimbing pelajar melalui 4 fasa dalam pelajaran capaian konsep.

Page 123: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Fasa Pertama

Guru menerangkan matlamat aktiviti dan kaedah yang akan digunakan untuk menentukan konsep.

Fasa Kedua

Pelajar dikehendaki untuk menjana contoh-contoh untuk konsep dan cuba membentuk peraturan bagi konsep berkenaan atau definisi konsep. Selepas itu, barulah nama konsep diberikan.

Fasa Ketiga

Pelajar diminta untuk menganalisis proses pemikiran yang digunakan untuk menentukan peraturan konsep.

Fasa KeempatMerupakan peringkat penilaian aktiviti. Jika pelajar dapat mengenal pasti contoh-contoh lain dan atribut-atribut konsep, tentukan peraturan konsep dan hubung kait konsep dengan konsep-konsep lain.

Page 124: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Model pembentukan konsep Taba membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan sedia ada pelajar serta pengetahuan kini.

•Pelajar diajar untuk membuat pemerhatian, membentuk inferens yang berbeza berdasarkan pemerhatian dan mengumpulkan data berasaskan persamaan yang sedia ada.

•Pelajar akan membentuk kategori-kategori dan label-label untuk data bagi menghasilkan satu sistem konseptual.

•Dalam proses ini, pelajar memperkembangkan kemahiran pemikiran.

Page 125: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Inkuiri direka bentuk untuk mengajar pelajar bagaimana menyiasat masalah dan soalan berdasarkan fakta serta pemerhatian.

• Model inkuiri umum berdasarkan kepada lima langkah berikut:

1.Mengenal pasti soalan atau masalah

2.Membuat hipotesis

3.Mengumpul data

4.Menganalisis data

5.Membuat generalisasi

Page 126: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Peranan guru dalam strategi mediatif melalui inkuiri adalah untuk mewujudkan situasi yang bermasalah, mengadili prosedur inkuiri, memberikan respons kepada pertanyaan pelajar, membantu pelajar menentukan fokus dalam inkuiri dan memudah cara perbincangan dalam situasi bermasalah.

•Strategi tersebut mengharapkan pelajar untuk mengumpulkan maklumat, memproses dan menilai idea dengan sendiri sebelum memperoleh keputusan atau kesimpulan terhadap konsep yang dipelajari.

Page 127: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Generatif

•Membantu pelajar mereka cipta pengetahuan dan membentuk cara baharu serta kreatif untuk menyelesaikan masalah.

•Bertujuan untuk merangsang imaginasi pelajar dengan penggunaan metafora atau situasi aneh.

•Guru akan mengelak daripada membuat penghakiman agar tidak mengongkong kreativiti pelajar.

•Boleh digunakan untuk penulisan ekspresif serta membentuk penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri.

Page 128: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Perancangan pengajaran generatif melibatkan langkah-langkah berikut:

1.Membentuk standard/kriteria bersama pelajar.

2.Membina kriteria eksplisit dan memberi pelajar peluang untuk mengaplikasinya.

3.Meneroka pendekatan alternatif dan strategi untuk mana-mana tugasan.

Page 129: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

• Model synectics sebagai alat sumbang saran digunakan dalam pengajaran generatif.

• Sumbang saran merupakan pendekatan untuk pemikiran kreatif dan akan membantu seseorang berfikir di luar jangkaan dan menghayati konsep abstrak.

• Antara langkah-langkah model synectics ialah:

1.Sediakan maklumat

2.Kemukakan analogi

3.Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan

Page 130: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek

5. Kenal pasti perbezaan

6. Semak semula subjek asal

7. Reka analisis langsung yang baharu

8. Buat penilaian

•Model synectics digunakan untuk jump start proses kreatif dan mencari pandangan baharu dalam penyelesaian masalah.

Page 131: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Melalui Pemerhatian

•Berlaku apabila tingkah laku seseorang pemerhati berubah selepas memerhati tingkah laku seorang model.

•Tingkah laku seseorang pemerhati dipengaruhi oleh akibat secara positif atau negatif dan ini dinyatakan sebagai peneguhan vicarious atau dendaan vicarious terhadap tingkah laku model.

•Mengikut Bandura, terdapat 4 proses dalam pembelajaran melalui pemerhatian, iaitu proses memberikan perhatian;proses ingatan;proses reproduksi motor dan proses motivasi.

Page 132: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Peringkat Proses Memberikan Perhatian

Pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari dan mengorganisasikan pemerhatian.

Peringkat Proses Ingatan

Mengingat perkara yang diperhatikan.

Peringkat Proses Reproduksi Motor

Pelajar melakukan pergerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya secara berulangan.

Peringkat Proses Motivasi

Pelajar menerima ganjaran atau peneguhan yang bersesuaian supaya mereka akan melakukan tingkah laku yang telah dipelajari.

Page 133: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

•Pengajaran melalui pemerhatian akan berkesan jika pelajar mendapat peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku yang akan membawa kepada peneguhan positif.

•Guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks persekitaran dan sosial.

Page 134: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Kontekstual

oMembantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.

oMengikut Kolb (1984), pengajaran kontekstual merupakan situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.

Page 135: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oGuru digalakkan untuk memilih dan mereka cipta persekitaran pembelajaran yang menyepadukan pelbagai bentuk pengalaman, iaitu sosial, fizikal dan psikologikal dalam proses pencapaian hasil pembelajaran yang diingini.

oPelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan.

oPelajar digalakkan untuk mengalami lima teknik pembelajaran, iaitu strategi REACT.

Page 136: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

1. R-relate

Pelajar menghubung kait, di mana pelajar belajar dalam konteks menghubung kait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

2. E-experiencing

Pelajar digalakkan untuk mengalami pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea.

3. A-apply

Mereka akan belajar dalam konteks bagaimana mengaplikasi pengetahuan atau maklumat dalam situasi lain.

Page 137: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. C-cooperate

Pelajar bekerjasama dalam memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru.

5. T-transfering

Pelajar diharap dapat belajar dalam konteks memindahkan pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa-apa yang telah diketahui.

Page 138: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oStrategi ini menekankan penyelesaian masalah serta keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam pelbagai konteks seperti di rumah, komuniti dan tempat kerja.

oPengajaran ini juga membimbing pelajar untuk memantau dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri agar mereka menjadi pelajar arah kendiri.

oPengajaran ini menggalakkan pelajar untuk belajar sesama sendiri.

oPentaksiran autentik digunakan untuk menilai strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran.

Page 139: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Metakognitif

oMerupakan pengajaran tentang proses pemikiran terhadap “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu”.

oFlavell(1976) menerangkan pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses-proses kognitif seperti ciri-ciri relevan maklumat atau data.

oMetakognisi menerangkan sebab kanak-kanak yang berbeza umur menangani tugasan pembelajaran dalam pelbagai cara.

Page 140: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oMereka telah membentuk strategi-strategi untuk berfikir.

oMetakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses kognitif.

oPengajaran metakognitif merangsang kesedaran pelajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka dan yang tidak diketahui oleh mereka.

oPelajar diajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep yang sukar.

Page 141: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

o Mengikut Dirkes (1985), strategi-strategi asas metakognitif ialah:

1.Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama.

2.Memilih strategi-strategi berfikir.

3.Merancang, memantau dan menilai proses berfikir.

Page 142: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Terdapat beberapa strategi untuk membina tingkah laku metakognitif dalam kalangan pelajar:1. Pelajar boleh mengenal pasti “apa yang mereka tahu” dan “apa yang mereka tidak tahu”.

2. Penggunaan jurnal atau log pembelajaran, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang bagaimana mengatasi kesukaran.

oPelajar harus bertanggungjawab ke atas perancangan dan kawalan terhadap pembelajaran.

oGuru boleh membimbing pelajar membuat semakan tentang aktiviti, mengumpulkan data tentang proses berfikir dan perasaan selepas aktiviti.

Page 143: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Kajian Masa Depan

oMerupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.

oMengikut Kauffman(1976), yang penting ialah memberi pelajar suatu pemahaman tentang isu-isu penting, masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan.

Page 144: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

o Mereka perlu bersedia untuk menangani cabaran dengan berjaya dalam situasi yang penuh dengan tekanan dan perubahan pesat.

o Antara empat prinsip dalam kajian masa depan ialah:

1.Prinsip perubahan

2.Prinsip pandangan jauh

3.Prinsip perancangan strategik

4.Prinsip pengupayaan

Page 145: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

o Strategi tersebut akan membawa impak kepada guru dan pelajar dalam menghadapi abad baru.

o Dengan pengetahuan masa depan, mereka dapat merancang dan menangani cabaran dengan baik.

o Antara faedah menggunakan kajian masa depan sebagai strategi ialah:

1. Merangsang pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif.

2. Pelajar dapat menangani cabaran serta berupaya untuk menyelesaikannya.

3. Menyemai keyakinan diri pada pelajar untuk menghadapi apa-apa jua cabaran masa hadapan.

Page 146: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

4. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah.

5. Pelajar dapat melibatkan diri dan berpeluang untuk mengemukakan idea mereka semasa menyelesaikan masalah.

6. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah pencapaian hasil pembelajaran.

7. Suasana bilik darjah lebih menarik dan menyeronokkan kerana pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran.

Page 147: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

8. Pelbagai gaya pembelajaran seperti aktivis, pragmatis, teoris atau reflektor dapat digunakan berdasarkan kepada kumpulan pelajar.

o Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari, iaitu:

1.Membuat ramalan

~ pelajar perlu menguasai kemahiran membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan serta maklumat yang sedia ada.

Page 148: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

2. Menjangka akibat

~ pelajar harus dapat membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab suatu fenomena, trend atau perubahan masa hadapan.

3. Mengendalikan perubahan

~ pelajar perlu berkemahiran menggunakan sumber dalam mengawal, menangani dan mengendalikan perubahan yang boleh membawa manfaat atau keuntungan yang optimum.

Page 149: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kajian masa depan

• Cara pengajaran berdasarkan kajian masa depan boleh dicapai melalui 3 cara, iaitu:

1.Menggunakan matriks pengajaran

2.Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran

3.Menggunakan unsur kajian masa depan sebagai induksi atau susulan pengajaran

Page 150: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Page 151: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oDalam sekolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, memudah cara, berfikir dan strategi lain akan membantu pencapaian kemahiran membaca serta berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar.

oKreativiti pelajar dapat terpancar dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pengajaran dan amalan.

oKemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan dan keterampilan.

Page 152: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

o Secara ringkasnya, elemen-elemen dalam kemahiran generik merupakan:

1.Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan karier dan peribadi

2.Kemahiran utama yang berfokuskan kepada keupayaan, menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan

3.Kemahiran yang boleh dipindahkan ke tempat kerja

Page 153: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oDalam konteks pendidikan, kemahiran generik merupakan kemahiran utama yang perlu ada pada pelajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Page 154: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oKemahiran berkomunikasi penting untuk pelajar dan merangkumi kebolehan untuk menyata, menghurai, menjawab soalan, berucap dan menulis sebagai kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu.

oKemahiran menggunakan teknologi melibatkan penggunaan alat-alat, memahami dan menggunakan kaedah saintifik serta prinsip-prinsip teknologi dalam penggunaan dan pengendalian alat-alat.

oKemahiran merancang dan mengelola aktiviti dengan sendiri merangkumi penggunaan masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.

Page 155: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oPelajar juga dikehendaki memperoleh kemahiran menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi termasuklah situasi yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu keputusan.

oKemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat yang perlu dikuasai pelajar merangkumi kemahiran mengenal pasti dan memilih maklumat, menggunakannya, menilai maklumat dari segi kerelevanan, ketepatan dan kesempurnaan serta sumber memperoleh maklumat.

Page 156: Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran

oKemahiran-kemahiran generik yang harus disepadukan dalam kurikulum pedagogi bestari akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

oAntara strategi menyatupadukan kemahiran generik dalam pedagogi bestari ialah memberikan tugasan bercorak tinjauan perpustakaan dan aktiviti berpengalaman eksperiential.

oPelajar juga dilibatkan secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti, terutamanya kokurikulum supaya mereka melibatkan diri dalam pemikiran kreatif dan kritis untuk membina keyakinan serta harga diri pelajar.