tajuk 2 - teknik dan kaedah pengajaran matematik

Upload: lynn-qiin

Post on 03-Jun-2018

642 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    1/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    17

    TAJUK 2 TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN MATEMATIK

    2.1 SINOPSIS

    Teknik dan kaedah pengajaran Matematik sentiasa berkembang dari

    masa ke semasa. Dengan bertambahnya kajian saintifik terhadap

    psikologi perkembangan kanak-kanak maka kaedah pengajaran dan

    pembelajaran juga turut berlaku perkembangan. Tajuk ini akan

    membincangkan beberapa strategi, kaedah dan teknik yang berkaitan

    dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik peringkat sekolah

    rendah.

    2.2 HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:

    1. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran

    yang berpusatkan murid, guru dan media.

    2. menghuraikan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.

    3. membanding dan membeza kepelbagaian kaedah pengajaran seperti

    kaedah penemuan dan kaedah penyiasatan.

    4. menggunakan kaedah perbincangan dan penyoalan dalam proses

    pembelajaran.

    5. membanding dan membuat perbezaan antara kaedah kerja amali,

    ekspositori, laboratori dan demonstrasi.

    6. membanding dan membezakan kepelbagaian kaedah pengajaran

    seperti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    2/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    18

    2.3 KERANGKA TAJUK

    2.4 KANDUNGAN

    2.4.1 INDUKTIF DAN DEDUKTIF

    Pengenalan

    Sebagai seorang guru matematik, anda mesti mengetahui teknik-teknik

    dan kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik. Dalam konteks

    pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, iaitu

    merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk

    mencapai objektifnya. Setiap pendekatan adalah berbeza dari segi

    konsep dan cara penggunaannya merujuk kepada keadaan murid-murid.

    Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai ialah murid-murid

    akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

    dengan cepat dan mudah.

    Teknik danKaedah

    PengajaranMatematik

    Induktif danDeduktif

    Penemuan danPenyiasatan

    Perbincangan danPenyoalan

    Kerja Amali

    Ekspositori

    Laboratori

    Demonstrasi

    Pembelajarankoperatif dan

    kolaboratif

    PendekatanBerpusatkan

    Murid,Berpusatkan Gurudan Berpusatkan

    Media

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    3/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    19

    INDUKTIF

    Aktiviti 2.4.1(1)

    Ringkaskan perbezaan antara induktif dan deduktif dan berikan

    beberapa contoh.

    Pendekatan deduktif

    Pendekatan induktif

    Jenis endekatan

    Guru memberi beberapa

    contoh khusus yang

    mempunyai prinsip yang

    sama, murid dibimbing

    memikir, mengkaji,

    mengenalpasti &

    mentafsir maklumat

    untuk membuat

    eneralisasi/kesim ulan.

    Merupakan satu strategi

    murid mengumpul dan

    mentafsir maklumat

    maklumat kemudian

    membuat generalisasi

    atau kesimpulan.

    Induktif

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    4/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    20

    Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induksi

    Sediakan contoh-contoh yang sesuai

    Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat kesimpulan

    Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari

    kesimpulan

    Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri yang sama

    Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

    Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama

    Guru tidak harus memberi contoh sekaligus

    Sediakan alat bantu mengajar

    Libatkan penggunaan deria-deria murid dalam aktivitilihat, dengar, hidu

    & sentuh.

    Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik

    membawa kepada kesimpulan umum.

    Contoh Pendekatan Induktif dalam Pengajaran Matematik

    Guru memberikan contoh-contoh operasi darab kemudian murid-murid

    cuba bentukkan suatu kesimpulan atau teori umum sebagai penyelesaian

    masalah tersebut.

    Contoh;

    2 x 1 = 2

    3 x 1 = 3

    4 x 1 = 4 n x 1 = n

    5 x 1 = 5 n = 1, 2, 3

    6 x 1 = 6

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    5/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    21

    Jenis-Jenis Pendekatan Induktif

    (a) Generalisasi

    Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan untuk

    mudah memahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.

    Contoh; mencari ciri segitiga yang sama sisi dengan segitiga sama kaki,

    iaitu persamaan segitiga mempunyai tiga sisi, sudut pedalaman ialah 180

    dan sebagainya.

    (a) Generalisasi

    (e) Mendapat satu

    teori hasil

    daripada satu

    urutan pemikiran

    (d) Membentuk

    suatu teorem

    (c) Membentuk

    satu hukumdaripada

    pernyataan

    (b) Prinsip hasi

    ujikaji

    Jenis

    Pendekatan

    Induktif

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    6/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    22

    (b) Prinsip ujikaji

    Murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang

    dijalankan.

    Contoh; ujikaji tentang 0.5kg adalah bersamaan 500g. Dengan

    pendekatan ini guru menjalankan ujikaji terhadap berat dengan

    menimbang di atas penimbang untuk menjelaskan persamaan berat

    tersebut.

    Oleh itu, murid akan memahami bahawa 0.5kg = 500g walaupun unit

    adalah berbeza.

    (c) Membentuk satu hukum dari satu penyataan.

    Maksudnya ialah melalui penyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat

    memahami bahawa contoh tersebut boleh digunakan dalam contoh lain

    yang sesuai.

    Sebagai contohnya ialah semasa dalam pengajaran unit wang, murid

    dapat mengaplikasikan penggunaan unit wang dalam kehidupan seharian.

    (d) Membentuk satu teorem

    Murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada

    pemahaman mereka.

    Sebagai contoh, mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut di

    dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

    (e) Mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    7/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    23

    Contohnya ialah murid mencontohi urutan-urutan pengiraan yang

    ditunjukkan oleh guru untuk mendapat hasil pembelajaran seperti yang

    telah dilakukan oleh guru tersebut semasa membuat pengiraan.

    DEDUKTIF

    Pendekatan deduktif

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    8/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    24

    Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

    Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih

    dahulu.

    Murid dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang

    membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah

    didedahkan.

    Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan

    masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahami.

    Guru membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka

    menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

    Jenis-jenis pendekatan deduktif

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    9/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    25

    (a) Penyelesaian masalah

    Guru berusaha memahamkan murid tentang sesuatu teori, prinsip, hukum,

    teorem atau peraturan tertentu supaya murid dapat menggunakan teori,

    prinsip, hukum, teorem atau peraturan tersebut bagi menyelesaikan

    masalah lain yang timbul tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama

    asalkan tidak lari dari konsep asal

    Jenis pendekatan

    deduktif

    Penyelesaianmasalah

    Membuat

    generalisasi baru

    M

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    10/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    26

    Contoh, setelah murid mempelajari konsep pendaraban. Murid disuruh

    menyelesaikan beberapa soalan operasi darab.

    (b) Membuat generalisasi baru

    Setelah guru mengajarkan kepada murid-murid tentang sesuatu teori atau

    hukum, tertentu sehingga mereka dapat menguasai konsep tersebut.

    Kemudian murid membuat kesimpulan umum yang baru atau teori yang

    baru bersesuaian dengan kefahaman masing-masing dan tidak lari

    daripada konsep asal.

    Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka

    diminta menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga

    bersudut tegak.

    (c) Membukti hipotesis

    Setelah murid belajar hipotesis sesuatu ujikaji, mereka juga boleh

    melakukan ujikaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip

    dan hukum yang telah dipelajari.

    Misalnya setelah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas

    garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini untuk membuktikan

    bahawa hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180.

    Aktiviti 2.4.1 (2)

    Senaraikan perbezaan pendekatan induktif dan deduktif.

    2.4.2 PENEMUAN DAN PENYIASATAN

    Pengenalan

    Penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para murid akan

    mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga

    mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973;

    Husen & Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    11/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    27

    aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Penyiasatan

    dalam matematik dijalankan dengan mengemukakan suatu masalah atau

    situasi yang mana murid boleh menunjukkan pengetahuan mereka.

    Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman dan

    menpercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau keputusan.

    Penemuan

    Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran

    seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk

    membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua

    bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuanterpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam matematik

    banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan menggunakan

    kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem

    Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan

    sebagainya.

    Kebaikan kaedah penemuan

    1) Murid berpeluang untuk mengambil bahagian yang aktif dan jumlah murid

    yang didapati mengambil bahagian meningkat.

    2) Murid boleh mempelajari untuk mencari rumus dan pola, sama ada dalam

    situasi yang melibatkan bahan konkrit ataupun abstrak serta

    mencadangkan maklumat tambahan dengan memikirkan lebih lanjut

    tentang sesuatu data.

    3) Murid boleh merumus secara teratur soalan-soalan dan menggunakan

    soalan untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam membuat

    penemuan

    4) Membantu murid membina cara kerjasama, berkongsi maklumat dan

    belajar mendengar serta menggunakan pendapat orang lain.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    12/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    28

    5) Murid dapat mengingati kemahiran, konsep dan prinsip yang dipelajari

    dengan lebih lama.

    6) Kemahiran yang dipelajari dalam situasi pembelajaran.

    Penyiasatan

    Dalam kaedah penyiasatan murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan

    pengalaman serta berinteraksi antara murid dengan guru atau antara

    murid dengan murid. Penerokaan melibatkan cara murid belajar

    menghadapi soalan-soalan tak berstruktur yang bersifat terbuka, menilai

    dan membuat hujah sesuatu pernyataan dan hujah secara logik serta

    menggunakan contoh secara konstruktif. Apabila seseorang muridmenyiasat dan meneroka,dia bukan sahaja sedang mencuba untuk

    menyelesaikan sesuatu masalah tertentu tetapi dia cuba

    mempertingkatkan kefahamannya tentang sesuatu situasi tertentu.

    Kebaikan Kaedah Penyiasatan

    1) Membantu murid meneroka sendiri konsep dan formula untuk sesuatu

    tajuk.2) Membina konsep melalui pengalaman dalam dunia sebenar. Konsep

    baru yang dibina sendiri melalui pelbagai pengalaman konkrit yang

    berkait dalam dunia sebenar akan kekal dalam dunia ingatan.

    3) Murid menyelesaikan suatu masalah matematik atau situasi dimana

    murid boleh menyelesaikan masalah menggunakan pengetahuan

    sedia ada. Apabila seseorang murid menyiasat dan meneroka, dia

    bukan sahaja sedang mencuba untuk menyelesaikan sesuatu masalah

    tertentu tetapi dia juga cuba mempertingkatkan kefahamannya tentang

    sesuatu situasi tertentu.

    4) Penggunaan bahan manipulatif boleh mempertingkatkan kefahaman

    dan mempercepatkan pemerolehan sesuatu penyelesaian atau

    keputusan.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    13/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    29

    5) Murid diberi peluang untuk berkongsi idea dan pengalaman serta

    berinteraksi antara murid dengan guru atau antara murid dengan

    murid.

    2.4.3 PERBINCANGAN DAN PENYOALAN

    Pengenalan

    Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik pengajaran yang

    melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan murid dalam kelas, atau

    suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea

    serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di

    bawah penyeliaan seorang guru.

    Kegunaan kemahiran penyoalan dan perbincangan dalam P&P

    Penyoalan boleh mendorong dan merangsang pemikiran murid.

    Perbincangan melibatkan perbualan antara murid dengan guru dalamsebuah kelas atau antara sekumpulan murid.

    Strategi ini menggalakkan murid bertukar pendapat, idea atau maklumat

    secara berkesan bersama guru mereka atau di kalangan murid

    Perbincangan

    Perbincangan boleh merangsang pemikiran kritikal dan menggalakkan

    muridmurid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya

    melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Perbincangan boleh

    digunakan untuk mencapai objektif objektif kognitif dan afektif. Dalam

    domain kognitif, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    14/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    30

    menganalisis idea-idea dan faktafakta dari pelajaran baru dan

    mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari domain afektif,

    perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapatpendapat

    mereka, berinteraksi dan menilai ideaidea murid-murid lain serta

    mengembangkan kemahiran mendengar dengan baik. Walau apapun

    objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-soalan

    penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan.

    Garis panduan berikut dicadangkan untuk perbincangan:

    Ambil kira matlamat perbincangan

    Pertimbangkan pengalaman dan perkembangan murid-murid

    Kaji isu-isu yang terlibat

    Murid-murid diberi orientasi objektif perbincangan

    Sediakan persekitaran yang menyokongkan

    Bekalkan maklumat baru atau tepat apabila perlu

    Ulang, rumus atau jana pendapat dan kenyataan kepada satu

    unit yang bermakna

    Terapkan unsur jenaka (Use humour)

    Garis panduan ini boleh diaplikasikan kepada kaedah kumpulan

    dan perbincangan, seperti perbincangan kelas, panel dan

    perbahasan serta perbincangan kumpulan kecil.

    Pada asasnya, terdapat dua jenis perbincangan:

    (a)Perbincangan kelas (Whole-class discussion)

    Guru harus mengendali perbicangan kelas. Sebelum perbincangan kelas,

    adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai pengetahuan

    asas tentang aspek yang dibincangkan.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    15/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    31

    Panel dan perbahasan: Panel, simposium dan perbahasan melibatkan

    sekumpulan murid memperolehi maklumat tentang sesuatu topik,

    menyampaikan maklumat tersebut dan membincangkannya. Panel dan

    perbahasan direka dengan tujuan membantu murid-murid memahami

    beberapa pandangan berkaitan dengan sesuatu topik atau isu. Mereka

    menggabungkan aktiviti-aktiviti dan kenyataan-kenyataan yang dirancang

    melalui perbincangan tolak ansur. Ia berfaedah dalam kegiatan bilik darjah

    yang besar apabila perbincangan tidak formal atau kumpulan kecil tidak

    dapat dijalankan.

    Panel dijalankan dalam keadaan tidak formal dimana empat hingga enam

    orang ahli berbincang satu topik bersama seorang pengerusi sedangkanmurid-murid lain dalam kelas mendengar. Kemudian, satu perbincangan tolak

    ansur akan diadakan bersama kelas. Tiap-tiap ahli memberi kenyataan

    masing-masing. Meja bulat boleh digunakan sebagai versi panel yang tidak

    formal.

    Simposium hampir sama dengan panel tetapi ia melibatkan penyampaian

    maklumat yang lebih formal oleh setiap ahli panel.

    Perbahasan ialah satu pendekatan perbincangan yang formal. Ia merangkumi

    ucapan-ucapan yang tersedia oleh ahli-ahli dari dua kumpulan yang

    mempunyai pandangan yang bertentangan. Tiap-tiap ahli akan

    membangkang ide dari kumpulan lain.

    Panel dan perbahasan dijalankan untuk faedah kelas. Kelas melibatkan diri

    melalui soal dan jawab selepas panel telah menyampai maklumatnya.

    (b) Perbincangan kumpulan kecil

    Bilangan yang paling sesuai dalam perbincangan kumpulan kecil adalah di

    antara empat hingga lima orang murid. Perbincangan ini diketuai oleh murid

    terpilih dengan bimbingan seorang guru. Selain daripada mempromosi

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    16/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    32

    kemahiran pemikiran bertahap tinggi, perbincangan kumpulan kecil

    merangkumi perkembangan kemahiran komunikasi, kepemimpinan,

    perbahasan dan kompromi. Murid-murid yang terlibat dalam perbincangan

    boleh tersesat secara mudah. Organisasi yang teliti boleh membantu

    melicinkan proses perbincangan.

    Terdapat sekurang-kurangnya empat perkara yang mana guru boleh lakukan

    bagi menjamin keberkesanan perbincangan kumpulan kecil:

    1. Guru harus memantau aktiviti secara teliti dengan meronda dalam bilik

    bagi memastikan setiap kumpulan fokus kepada objektif perbincangan.

    2. Guru harus pastikan murid-murid mempunyai pengetahuan asas untuk

    menyumbang kepada perbincangan tersebut. Oleh demikian

    perbincangan kumpulan kecil harus mengikuti satu pengajaran yang fokus

    kepada isi kandungan dan yang kembang berdasarkan topik-topik yang

    pernah diajar.

    3. Guru harus merancang perbincangan yang pendek.

    4. Murid-murid harus diberi arahan tepat. Pada penghabisan aktiviti

    kumpulan kecil, setiap kumpulan harus melaporkan hasil kepada kelas. Ini

    boleh dijalankan melalui laporan bertulis atau wakil dari kumpulan

    memberi laporan secara lisan.

    Penyoalan

    Penyoalan boleh merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif. Kaedah

    penyoalan digunakan untuk meningkatkan proses pemikiran dari satu

    peringkat ke peringkat yang lain. Apabila guru menyoal, ia boleh

    menggalakkan aktiviti daripada tahap mengingati fakta hingga kepada

    tahap analisis, sintesis atau penilaian sesuatu pengajaran. Kaedah

    penyoalan dapat menggalakkan murid memberi perhatian semasa guru

    mengajar.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    17/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    33

    Objektif Penyoalan

    1. Mendorong dan merangsang pemikiran.

    2. Melibatkan perbincangan dalam kumpulan atau secara individu.

    3. Melibatkan lebih ramai murid dalam proses pengajaran.

    4. Mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid.

    5. Merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid.

    Semasa melakukan kaedah penyoalan, guru perlu menitikberatkan

    beberapa proses, iaitu;

    o Mengingati tujuan pengajaran.

    o Mengawal komunikasi semasa menyampaikan pengajaran.

    o Mengukur tindakbalas murid yang berbentuk lisan dan bukan lisan.

    o Mentadbir tingkahlaku murid serta memikirkan soalan yang perlu

    ditanya selanjutnya.

    2.4.4 KERJA AMALI

    Pengenalan

    Hasil kerja amali sudah lama diperkenalkan pada peringkat sekolah

    rendah. Banyak guru sudah mula menyedari bahawa pembelajaran

    secara buat sendiri adalah lebih bernilai daripada pembelajaran sekadar

    lihat dan dengar sahaja. Terdapat juga beberapa bukti yang

    mencadangkan terutamanya dalam konteks pembelajaran matematik,

    perkara ini membantu dalam meningkatkan motivasi dan

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    18/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    34

    memperkembangkan konsep peniruan dan kemahiran menyelesaikan

    masalah seseorang murid.Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan

    membuktikan bahawa kerja amali membantu dalam memperkembangkan

    peringkat pemahaman murid-murid dengan memberi peluang kepada

    murid-murid untuk bergerak secara bebas antara sesuatu yang konkrit

    dan abstrak. Matematik pada kebiasaannya diperkenalkan secara formal,

    dengan memperkenalkan konsep-konsep asas dan mengabaikan

    beberapa konsep logik, bersifat terikat dan selalunya berasaskan hasil

    penyelidikan seseorang ahli teori.

    Pendekatan Kerja Amali

    Berikut merupakan proses yang terlibat dalam kerja amali. Bagi

    menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik, seseorang guru

    matematik boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk

    menambahkan lagi kefahaman murid-murid. Sebagai contohnya, guru

    matematik boleh memperkenalkan konsep matematik, fakta matematik,

    kemahiran matematik dan penyelesaian masalah dengan memilih

    beberapa bahan bantu mengajar yang betul. Bahan bantu mengajar ini

    boleh dijadikan bahan bantu belajar kepada murid-murid. Antara aktiviti

    yang boleh dilakukan semasa mengajar matematik ialah membantu murid

    untuk menggunting atau melipat kad manila bagi mempelajari konsep

    pecahan. selain itu, guru boleh membantu murid untuk membahagikan

    sebuah segitiga untuk memahami konsep luas sebuah segitiga.

    2.4.5 EKSPOSITORI

    Pengenalan

    Dalam konteks pelajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat

    atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    19/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    35

    kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan

    dengan tujuan mengajar sesuatu.

    Ekspositori

    Seseorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar menggunakan

    pendekatan ekspositori yang baik dapat menerangkan secara jelas dan

    lengkap sesuatu idea atau konsep. Pada kebiasaannya proses dialog

    antara guru dan murid akan berlaku dalam satu-satu sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Seseorang guru haruslah merancang dengan baik setiap

    aspek yang diperlukan iaitu cakna pada setiap keperluan murid dan

    memperkembangkan setiap isi pelajaran dengan baik. Guru-guru bolehlah

    menggunakan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori seperti

    Gagne, Bruner dan Dienes. Gagne menyatakan bahawa proses

    pengajaran bermula pada peringkat yang paling rendah iaitu dikenali

    sebagai prakeperluan kepada sesuatu peringkat yang lebih tinggi. Bruner

    pula menyatakan bahawa matematik adalah berlandaskan sekurang-

    kurangnya tiga cara iaitu enaktif, ikonik dan simbolik manakala menurut

    Dianes, pengaplikasian teknik dinamik sepatutnya dijadikan satu

    gabungan dalam pengajaran konsep matematik.

    Dalam proses pengajaran, kaedah ini merupakan kaedah yang paling

    cepat dan efisyen dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid.

    Selain itu, kaedah ini sangat mudah untuk dilaksanakan oleh guru namun

    ianya memerlukan beberapa persediaan guru sebelum mengajar. Kaedah

    ini juga memungkinkan guru untuk memberikan motivasi dan semangat

    kepada murid-murid bagi mewujudkan satu sesi perbincangan yang aktif

    dalam kelas. Tambahan pula, guru boleh mengaitkan isi pelajaran

    berdasarkan respon yang telah diberikan oleh murid-murid. Hal ini

    memudahkan guru untuk mengenalpasti aras kefahaman murid-murid.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    20/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    36

    Namun begitu, terdapat beberapa halangan dalam pengaplikasian kaedah

    ini. Antaranya ialah teknik pendedahan yang kurang cekap akan

    menyebabkan murid-murid menjadi pasif semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran. Selain itu, perbezaan individu yang terdapat dalam

    sesebuah komuniti murid dalam kelas memberi halangan kepada

    keberkesanan penggunaan teknik ini. Hal ini kerana, adalah menjadi satu

    perkara yang mustahil kepada seorang guru matematik untuk memenuhi

    segala keperluan murid dalam satu-satu sesi pengajarannya. Dan

    halangan yang terakhir ialah sekiranya berlaku kesilapan, guru akan lebih

    mendominasi sesi pengajaran dan pembelajaran, bukannya murid-murid.

    2.4.6 LABORATORI

    Pengenalan

    Suatu pendekatan pengajaran menggunakan bahan konkrit yang

    menekankan konsep belajar dengan melakukan sendiri. Kaedah

    Laboratori memerlukan murid melakukan aktiviti dengan bimbingan guru.

    Laboratori

    Kaedah ini hampir sama dengan kaedah amali. Hal ini kerana,

    pendekatan ini juga menekankan konsep belajar dengan melakukan

    sendiri. Menurut kajian semasa pembelajaran matematik murid-murid

    perlu mengorganisasikan aktiviti konkrit dan memahami secara

    mendalam simbol-simbol matematik yang abstrak itu. Berdasarkan kajian

    yang dijalankan oleh Piaget, Burner dan Dienes telah membuktikan

    bahawa pendekatan laboratori dalam matematik boleh memberikan impak

    yang besar dan memainkan peranan yang penting dalam proses

    pembelajaran masteri melalui aktiviti yang konkrit. Pendekatan ini juga

    sesuai sebagai strategi dalam pengajaran dan pembelajaran murid bagi

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    21/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    37

    menjelajahi idea matematik baru melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan

    di bawah pengawasan guru. Hal ini diharapkan dalam melahirkan

    generasi murid yang berupaya untuk memperkembangkan matematik

    dalam aspek prinsip, undang-undang atau teori.

    Pendekatan ini dapat menyokong setiap teori yang dikemukakan dalam

    metamatik. Dalam mengorganisasikan beberapa situasi, murid-murid

    dapat melaksanakan aktiviti mengikut kemampuan diri mereka sendiri. Hal

    ini dapat meningkatkan semangat dan perasaan ingin tahu seseorang

    murid. Kaedah ini juga sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid

    yang lebih muda mahupun murid lambat dalam pembelajaran. Contoh

    aktiviti yang dapat dilakukan oleh guru ialah bagi mendapatkan formula

    luas sesebuah segi empat tepat seseorang murid boleh melukis segi

    empat di atas kad manila, diikuti dengan mengira jumlah segi empat di

    atas kad dan membandingkan bilangan segi empat secara melintang dan

    menegak di dalam sesebuah segi empat tepat yang dilukis.

    2.4.7 DEMONSTRASI

    Pengenalan

    Demonstrasi ialah salah satu teknik yang melibatkan kemahiran

    seseorang guru untuk menunjuk cara dalam melakukan sesuatu aktiviti di

    dalam kelas. Prinsip pengaplikasian teknik demonstrasi terbahagi kepada

    tiga iaitu sebelum, semasa dan selepas demonstrasi.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    22/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    38

    Demonstrasi

    Demonstrasi adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang

    melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah

    melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Frasa sebelum berlakunya

    teknik demonstrasi, guru sepatutnya menentukan topik, objektif, dan isi

    kandungan demonstrasi sebelum memulakan pengajaran. Hal ini penting

    bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran guru dapat berjalan

    dengan lancar dan mempunyai panduan serta rujukan. Selain itu, segala

    peralatan dan kelengkapa perlu disediakan dan disusun berdasarkan

    langkah-langkah yang telah dtetapkan. Hal ini bagi memastikan murid-

    murid dapat memahami setiap langkah tanpa sebarang kemusykilan.

    Tambahan pula tempat berlakunya tunjuk cara sepatutnya perlu untuk

    dipastikan bahawa semua murid dapat melihat proses demonstrasi

    dengan jelas. Bagi menambahkan lagi kefahaman murid, guru hendaklah

    memberitahu tujuan dan matlamat demonstrasi terlebih dahulu. Tidak

    dilupakan, para guru mestilah mengutamakan keselamatan penggunaan

    alatan yang berkemungkinan dapat menyebabkan kecelakaan.

    Fasa semasa tunjuk cara, guru mestilah melakukan demonstrasi dalam

    keadaan mengadap ke arah murid, dan bukannya membelakangi murid.

    Guru juga perlu untuk mengingatkan murid sekiranya murid mempunyai

    sebarang kemusykilan dalam beberapa langkah, mereka perlu

    memaklumkannya kepada guru supaya mengulangi langkah tersebut

    sehingga faham. Bagi menarik perhatian murid serta menguji kefahaman

    murid, guru bolehlah menggunakan teknik soal-jawab. Semasa

    melakukan tunjuk cara, guru haruslah cakna akan setiap perlakuan murid-

    murid dengan memastikan mereka memberikan sepenuh perhatian

    terhadap apa yang ditunjukkan. Sekiranya masa mencukupi, guru boleh

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    23/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    39

    meminta murid untuk mengulangi langkah yang telah ditunjukkan. Dengan

    langkah ini, guru dapat menilai aras kefahaman murid-muridnya.

    Selepas tunjuk cara berlaku, guru boleh berbincang dengan murid

    berkaitan kepentingan tunjuk cara yang telah ditunjukkan. Hal ini

    bertujuan untuk memastikan bahawa murid anda telah mengikut setiap

    langkah tunjuk cara dengan tepat. guru juga boleh berbincang mengenai

    tujuan demonstrasi yang telah diadakan dan menyimpulkan beberapa

    perkara penting. Bagi meningkatkan aras kefahaman murid, guru bolehlah

    mengadakan aktiviti pengukuhan selepas tunjuk cara dengan

    menggunakan kepakaran guru atau menggunakan nota rujukan yang

    terdapat di dalam buku.

    Tunjuk cara ataupun demonstrasi mempunyai beberapa prosedur

    pengajaran. Bermula dengan proses merancang, guru perlu untuk

    menentukan topik dan objektif tunjuk cara yang ingin dilakukan bersama

    murid-murid. Kemudian, guru perlu untuk merancang langkah-langkah

    demonstrasi. Setelah itu, guru perlu memilih dan menyusun alatan serta

    radas yang diperlukan di tempat yang betul. Hal ini bagi mengelakkan

    sebarang kekeliruan yang berlaku semasa proses tunjuk cara. Proses

    kedua ialah perlaksanaan. Semasa melaksanakan tunjuk cara, guru perlu

    untuk menerangkan tujuan tunjuk cara dilakukan pada sesi pembelajaran

    pada hari tersebut. Guru juga perlu untuk menerapkan demonstrasi

    dengan menggunakan guru sebagai model utama. Harus diingatkan,

    segala alatan yang digunakan haruslah berdasarkan langkah-langkah

    yang telah dirancang. Seterusnya, guru perlu untuk menyediakan latihan

    sebagai pengukuhan mahupun pemulihan. Hal ini bermakna, murid-murid

    dapat mengulangi langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru dan

    sekiranya terdapat masalah guru bolehlah memperbetulkan kesilapan

    murid. Di bahagian penutup pula, guru berbincang dengan murid

    berkaitan aktiviti yang telah dijalankan. Murid-murid pula diminta untuk

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    24/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    40

    membuat kesimpulan hasil pembelajaran berdasarkan tunjuk cara yang

    telah dilakukan oleh guru dan merekodkan perkara-perkara yang penting

    di dalam buku latihan mereka.

    2.4.8 PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

    Pengenalan

    Pendekatan Koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid

    bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli

    kumpulannya manakala Pembelajaran Kolaboratif memerlukan

    penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar,

    menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai

    persetujuan kumpulan

    Pembelajaran Koperatif

    Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan murid

    bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli

    kumpulannya. Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara

    kumpulan dan berbincang secara koperatif. Murid-murid dapat

    berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran.

    Langkah-langkahdalam pembelajaran koperatif

    Langkah-langkah yang boleh di ikuti dalam melaksanakan pembelajaran

    koperatif ialah:

    i) Guru sampaikan pelajaran baru.

    ii) Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara

    koperatif.

    iii) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid

    dalam setiap kumpulan.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    25/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    41

    iv) Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk

    membincangkan secara koperatif.

    Ciri-ciripembelajaran koperatif

    Adalah disenaraikan seperti berikut:

    1) Murid-murid melibatkan diri secara aktif.

    2) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama

    ahli kumpulan.

    3) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk .

    4) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.

    5) Sekumpulan murid boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.

    6) Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan

    pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan

    bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut

    7) Ada tanggungjawab berkongsi dikalangan murid

    8) Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang

    menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka

    untuk mencapai sesuatu matlamat

    9) Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,

    bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan

    tercapai

    10) Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk

    konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif

    dan mengekalkan hubungan positif

    Prosedur pengajaran dan pembelajarandalam kaedah koperatif

    Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif yang

    boleh digunapakai adalah seperti berikut:

    i) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    26/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    42

    ii) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan

    aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.

    iii) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang

    sesuai.

    iv) Murid mengikuti bimbingan guru.

    v) Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk

    mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan

    KAEDAH KOLABORATIF

    Mengikut Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di

    antara dua pihak atau lebih. Pembelajaran kolaboratif memerlukan

    penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar,

    menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai

    persetujuan kumpulan. Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha

    bersama ke arah mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam

    bidang akademik atau pun ko kurikulum. Keberkesanan pembelajaran

    dapat ditingkatkan dengan meminta murid menyelesaikan sesuatu

    masalah dengan satu sama lain dan kemudiannya berbincang. Nilai sosial

    dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat

    dikurang ke tahap minima.

    Ciri-ciri Pembelajaran Kolaboratif

    Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang hampir

    sama di mana kedua-dua kaedah ini menekankan semangat perkongsian

    antara ahli kumpulan, kerjasama dan corak hubungan antara guru dan

    murid, dan kombinasi bilik darjah secara kolaboratif.

    1) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan murid.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    27/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    43

    Perkongsian maklumat tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran

    dan menyampaikan maklumat tersebut kepada murid.Guru koboratif juga

    menghargai dan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui

    pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan budaya yang dibawa oleh

    murid ke dalam situasi pembelajaran.

    2) Perkongsian kuasa antara guru dan murid

    Meminta murid menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja yang

    diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang memenuhi

    minat dan matlamat murid yang berbeza. Guru mengalakkan murid

    menggunakan pengetahuan sendiri, memastikan mereka berkongsi

    pengalaman dan strategi pembelajaran mereka, dan memfokuskan

    kepada kefahaman bertahap tinggi. Guru membantu murid mendengar

    pelbagai pendapat, menyokong pengetahuan dengan bukti, melibatkan

    diri dalam pemikiran kritis dan kritikal dan terlibat dalam dialog.

    3) Guru sebagai Perantara

    Perantaraan yang berjaya dapat membantu murid untuk menghubungkan

    maklumat baru dengan pengalaman mereka dan pembelajaran di bidang

    lain dapat membantu murid mencari jalan penyelesaian apabila mereka

    keliru dan membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar.

    4) Pengumpulan murid secara kepelbagaian (heterogen)

    Perspektif, pengalaman dan latar belakang murid penting untuk

    memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah memerlukan

    pemahaman pelbagai perspektif. Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan

    aktiviti kurikulum berfikir dan diberi peluang untuk memberi sumbangan

    dan mengharga sumbangan orang lain.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    28/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    44

    5) Mengumpul idea

    Dalam pembelajaran kolaboratif, murid-murid akan mengumpul idea atau

    data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan

    menyelesaikan masalah bersama.

    6) Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif

    Kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi dan

    perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang,

    menilai dan membuat refleksi serta saling membantu antara satu sama

    lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik.

    KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAEDAH KOPERATIF DAN

    KOLABORATIF

    ASPEK KEBAIKAN KEBURUKAN

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    29/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    45

    K

    O

    P

    E

    R

    A

    T

    I

    F

    Mewujudkan semangat salingbergantung antara satu samalain dalam kumpulan.

    Menjalankan aktivitipembelajaran secara

    bersemuka Setiap ahli kumpulan

    mempunyai rasatanggungjawab yang tinggikepada kumpulan masing-masing.

    Mengajar kemahiraninterpersonal kepada murid.

    Pemprosesan secaraberkumpulan

    Terlalu bergantung(kurang berdikari)

    ASPEK KEBAIKAN KEBURUKAN

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    30/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    46

    K

    O

    L

    A

    B

    O

    R

    A

    T

    I

    F

    Murid dikehendaki membangunkankemahiran sedia ada untukmencapai matlamat pembelajaran.

    Murid-pelajr merunding danmengorganisasi usaha sendiri

    Aktiviti kumpulan tidak dipantauoleh guru.

    Jika timbul persoalan, soalan itudijawab oleh kumpulan itu sendiri.

    Guru cuma membimbing murid kearah penyelesaian persoalan.

    Murid menyimpan draf kerja untukkerja-kerja lanjutan.

    Murid-murid menilai prestasiindividu dan kumpulan tanpadibimbing oleh guru

    Tersalah konsep danfahaman

    2.4.9 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID, GURU DAN MEDIA

    KOPERATIF KOLABORATIF

    Sesi perbincangan konsep

    matematik di dalamkumpulan kecil

    Sesi pembentangan carakerja bagi mengatasimasalah matematik/penyelesaian masalah

    Forum membincangkankaedah mengingat formulamatematik

    Study groupmenyelesaikanlatih tubi

    Lawatan sambil belajar bagitajuk wang dan statistikSimulasi jual beli

    Kaedah visual dalam

    penerangan konsep

    Kuliah di kelas matematik

    Pembinaan lagu dan lirikbagi mengingat formula

    Pembinaan peta mindabagi konsep matematikyang melibatkan fakta

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    31/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    47

    Membandingbeza Pendekatan Berpusatkan Guru, Murid dan Media

    Dalam Pengajaran Kaedah Dan Teknik Matematik

    BERPUSATKAN

    GURU

    BERPUSATKAN

    MURID

    BERPUSATKAN

    MEDIADEFINISI Di dalam bilik

    darjah, gurulahyang menguasaidan mengawalsegala aktivitimurid, iaitu gurubanyak memberipenerangan danmurid hanyaduduk

    mendengar.

    Murid terlibat secaraaktif dalampembelajaran.

    Murid terlibat dalamaktiviti sepertiperbincangan,penyelesaianmasalah, melukisdan banyak lagi.

    Murid tidak lagibergantung padabahan-bahan atausumber maklumatdaripada gurusemata-mata.

    Bahan murid yangdigunakan untukpengajaran danpembelajarandiklasifikasikankepada duakategori, iaitubahan pengajarandanbahanpembelajaran

    .

    Bahan pengajaranadalah bahan yangdigunakan olehguru seperti carta,graf, peta,spesimen, model,gambar, slaid,radio, perakam pita,video, televisyen

    dan projektor.CIRI - CIRI Guru memainkan

    peranan pentingKomunikasisehala. Gurubanyak bercakap.

    Kepimpinan gurusecara autokratik

    Pencapaian

    objektif gurudiutamakan

    Penyebaran ilmupengetahuanlebih diutamakandaripadapenyuburan nilai

    Murid memainkanperanan pentingKomunikasi duahala.

    Guru menyoal/membimbing.

    Kepimpinan gurusecara demokratik.

    Perbincangan/galakkan muridmemberi pendapat,objektif pencapaianmurid diutamakanperkembanganmurid secara

    Murid memainkanperanan penting.

    Komunikasi/interaksi berlaku antaraguru/bahan ataumurid/bahanpembelajaran

    Kecekapan/kemahir

    an penggunaanbahan pengajaran-pembelajarandiutamakan

    Penekanan kepadajasmani, rohani,dan kognitif. Murid

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    32/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    48

    murni/perkembangan emosi.Penyampaianfakta secaramenghafal

    Interaksi di antaramurid adalahpasif.

    Kaedahkeseluruhankelas.

    Murid-muridkurang kreatif/tidak berinitiatif.

    menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)

    Ujian formatifdigunakan bagi

    membaikikelemahan murid.

    Penyampaian guruuntuk pembelajaranbermakna,memahami &membuatkesimpulan,

    Peluang interaksi di

    antara murid adalahpositif(bekerjasama,bertolak ansur,tolong-menolong)

    Kaedah kumpulan /perbezaan & minatmurid dipupuk,

    Murid-murid bersifat

    kreatif/ berinitiatif.

    dilatih dalamkemahiran,kefahaman danberdikari.

    Pengajaranbermakna, menarikdan berkesan.

    Peluang interaksiantara muridbanyak.

    Sifat sosial yangpositif dapatdipupuk melalui

    kaedah kumpulankecilujikaji,projek,perbincangan dsb.

    Pengetahuanabstrak dapatdijadikan konkritdengan adanyabahan-bahanmurid.

    PENGLIBATAN

    MURID

    Keberkesananpengajaranpemusatan gurubanyakbergantung ataskebolehan murid .

    Penerangan inilebih memberikeuntungankepada muridberkebolehantinggi itu sendirikerana merekabelajar lebihbanyak lagimelalui

    Semua prosespembelajarandilakukan oleh muriditu sendiri tanpapanduan daripadaguru.

    Murid jugaberkeupayaanmenggunakansegala kemahirantersebut dalamsituasi-situasi yanglain.

    Selain itu, naluriingin tahu murid

    Bagi memastikanprosespembelajaran iniberkesan, gurutelah merancangagar semua muriddapat melibatkandiri di dalam setiapaktiviti yangdirancangkan.

    Antara contohaktiviti yang telahdigunakan di dalamrancanganmengajar harian iniialah aktiviti

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    33/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    49

    peneranganbahan kepadarakan-rakannya.

    dapatdiperkembangkanmelalui kaedahseperti inkuiripenemuan.

    Sifat-sifat sosialyang positif dapatditerapkan dalamdiri para muridsepertibekerjasama,bertimbang rasa,tolong menolongdan sebagainya .

    menonton petikanvideo danbersoaljawab bagilangkah pertamadan kedua.

    Berinterksi dengankomputer melaluiaktiviti latihan padalangkah yangketiga.

    Bagi sesi penutuppula gurumelibatkan muriddengan sesi soal

    jawab.

    KAEDAH Strategipemusatan gurumerupakanstrategipengajaran danpembelajaran dimana gurumemainkanperanan utama.

    Guru yang akan

    menguasai danmengawal segalaaktivitimurid.

    Kaedahkeseluruhankelas,demonstrasi,syarahan,bercerita dan

    pengajaranberkumpulan

    Kaedah yangdigunakan dalampengajaranberpusatkan muridialah pembelajarankendiri, pengarahankendiri, kaedahdapatan,penyelesaianmasalah,perbincangan dalam

    kumpulan, inkuiripenemuan danpembelajarankoperatif(Ee Ah Meng,1997).

    Murid memainkanperanan untukmemudahkan gurumenyampaikandengan lebihmenarik danberkesan.

    Manakala murid-murid bolehmemahami dengan

    lebih bermaknaserta bolehmenjalankan aktivitipembelajarandengan sendiriatau berkumpulantanpa kehadiranguru.

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    34/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    50

    KAEDAH/TEKNIK

    Kaedah & Teknikpenerangan,demonstrasi,syarahan,kumpulan/

    pasukan,bercerita,keseluruhankelas.

    Kaedah & Teknikprojek, inkuiri-penemuan,perbincangan,penyoalanan,

    penyelesaianmasalah, simulasi,main peranan,sumbangsaran,kumpulan kecil dsb.

    Kaedah & Teknikkomputer, bahancetak, modul, bukuteks, buku rujukan,kamus, perakam

    pita, carta, peta,graf, spesimen,slaid, video,televisyen,projektor, dsb.

    PENILAIANTERHADAPKAEDAH

    Apa yangdijelaskan olehgurudianggap benardan selagi murid

    mengikut nilai danstandard yangdiletakkan olehguru

    Dalampendekatan ini,perkara yangpaling pentingialah menguasaipengetahuan,

    iaitu murid harustahu tentangkandunganmatapelajarandan akan diujidan jikalauingatan murid itubaik, diamendapatganjaran markahyang tinggi.

    Semua kaedah-kaedah ini hanyadapat digunakandengan baik jikaguru sedar tentang

    peranannya danperanan muriddalam pengajarandan pembelajaran.

    Keberkesanandinilai dariKeberkesananmedia / kaedahyang digunakan

    Caramempertingkatkanlagi media / kaedahyang digunakan

    Peranan media /kaedah dalampencapaian objektif

    Adakah media /

    kaedah yangdigunakan dapatmenarik minatmurid?

    Adakah media /kaedah yangdigunakan dapatmelibatkan semuamurid?

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    35/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    51

    KESIMPULAN

    Pendekatan dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu

    dikuasai oleh guru pendidikan awal kanak-kanak. Pendekatan pengajaran

    membantu guru untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang. Aktiviti

    pembelajaran pula membantu pengukuhan pembelajaran kanak-kanak.

    Manakala teknik pengajaran yang berkesan dapat menyampaikan

    kandungan muridan dengan menggunakan pelbagai media. Hasil

    pembelajaran murid didokumentasikan dan boleh dijadikan panduan dan

    rujukan kepada guru terhadap pencapaian muridnya. Transisi merupakan

    aspek yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak dan perlu

    difahami oleh guru.

    Memahami pendekatan dan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak adalah

    penting untuk persediaan guru sebelum mengajar murid-murid di kelas

    prasekolah. Kefahaman tentang pendekatan-pendekatan dalam

    pengajaran lebih memberi keyakinan dalam melaksanakan aktiviti

    kurikulum. Perancangan pengajaran guru lebih berkesan dan mempunyai

    prinsip mengajar yang betul untuk menghasilkan pengajaran dan

    pembelajaran yang berkualiti. Guru harus bijak dalam menjana

    kreativitinya untuk mewujudkan ruang berkenaan sebagai pusat

    pembelajaran dengan mengambil kira aspek keselesaan , keselamatan

    dan memanfaatkan kepada murid. Semestilah pusat pembelajaran yang

    kondusif. Untuk menjadikan sesebuah tadika itu sebuah tempat yang

    selamat dan penghuninya terjamin dari segi kesihatan sesebuah taska itu

    harus dapat meransang pembelajaran murid-muridnya. Guru tadika harus

    memfokus kepada pengukuhan kemahiran bahasa,kemahiran berfikir dan

    penerapan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur dan

    meningkatkan keyakinan diri.

    Alat dan bahan yang disediakan boleh diubah suai dan ditambah dari

    semasa ke semasa. Guru seharusnya menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut

  • 8/12/2019 Tajuk 2 - Teknik Dan Kaedah Pengajaran Matematik

    36/36

    MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

    di dalam ruang yang disediakan. Untuk itu pengwujudan ruang tersebut

    seharusnya mempunyai nilai teraputik yang mampu memberikan

    keselesaan kepada murid-murid. Pengurusan ruang yang baik

    membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara

    lancar dan berkesan. Ruang ruang utama seperti ruang dalam bilik

    darjah, ruang penyediaan makanan, ruang bilik air dan ruang luar bilik

    darjah merupakan pusat pembelajaran bagi murid. Oleh itu sekiranya

    salah satu ruang tersebut tidak ada maka tidak lengkaplah keperluan asas

    dan fizikal di kelas taska.

    Kepentingan dalam menyediakan rancangan pengajaran adalah penentu

    keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Persiapan awal sebelum memulakan pengajaran dapat membantu guru

    mengenal pasti keperluan pembelajaran murid. Di samping itu guru dapat

    menambah baik kandungan, hasil pembelajaran, pendekatan dan aktiviti

    pembelajaran murid dengan menggunakan bahan dan peralatan yang

    bersesuaian serta menarik minat murid. Persediaan dan perancangan

    yang teratur memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.

    Memahami pendidikan awal kanak-kanak dari asek perbandingan adalah

    penting untuk mengukuhkan kefahaman guru dan juga pengkaji bidang

    ini. Kefahaman ini akan menjadi pegangan untuk mengenalpasti

    perbezaan setiap program dan model. Penambahbaikan terhadap

    program yang sedia ada di Malaysia dengan membandingkan program di

    luar negara. Banyak yang boleh dipelajari daripada program dan model

    pendidikan awal kanak-kanak daripada luar negara. Secara tidak

    langsung mereka yang terlibat dengan bidang ini akan merancang

    mengikut kesesuaian kanak-kanak, masyarakat dan budaya.