tajuk 1 psv3104

13
PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104 1.0 PENDAHULUAN Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-murid di sekolah. 2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL DI MALAYSIA 2.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV SEBELUM MERDEKA Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah satu proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Mulanya dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Kemudian telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Akhirnya ditukar menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. TAJUK 1 M/S 1

Upload: azryn-dahalan

Post on 14-Aug-2015

49 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendidikan seni

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk

melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi

pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru

meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang

seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu,

guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi perkembangan

kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar dapat mentafsir

pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negara serta kesannya

yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-murid di sekolah.

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL DI MALAYSIA

2.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV SEBELUM MERDEKA

Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah satu proses penghasilan karya seni

dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai

perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Mulanya dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Kemudian

telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Akhirnya ditukar menjadi

Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni

biasanya dijalankan di dalam bilik darjah kerana kebanyakan sekolah tidak

mempunyai bilik seni. Tumpuan pengajaran adalah kepada kemahiran sahaja.

Aktiviti yang sangat kurang atau tidak dijalankan langsung dalam pendidikan seni

ketika itu ialah apresiasi seni. Guru yang mengajar pendidikan seni adalah dari

kalangan yang bukan opsyen tetapi berminat dan guru-guru lepasan Maktab

Perguruan Sultan Idris.

Bermulanya pendidikan seni secara formal di negara kita,Malaysia adalah

pada tahun 1816. Iaitu sekolah yang terawal mengajar mata pelajaran

TAJUK 1 M/S 1

Page 2: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

pendidikan seni ialah ‘Penang Free School’ yang ditubuhkan pada tahun 1816.

pada ketika itu seni diajar mengikut gaya pendidikan barat.

Pendidikan seni terus dikembangkan oleh seorang seniman tersohor

negara iaitu Abdullah Ariff. Beliau merupakan seorang guru dan penyelia lukisan

di ’Anglo Chinese School’, di Pulau Pinang. Pada tahun 1949, belau menjadi

pengerusi Kesatuan Kesenian Guru Pulau Pinang dan beliau merupakan ahli

Penang Impressionist.

Seterusnya di Pulau Pinang juga pada tahun 1906, Chong Hua Confusius

Pulau Pinang memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang

diajar dalam bahasa Cina.

Pada tahun 1916 pula Laporan Winstedt dikeluarkan bagi memperkemas

sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Antara yang dinyatakan di dalam

laporan tersebut ialah sekolah melayu dan maktab mengajar mata pelajaran

lukisan dan subjek anyaman diletakkan di bawah subjek sains pertanian.

Seterusnya berkembanglah pendidikan seni di negara ini yang dipacu oleh

institusi-institusi pendidikan, buku-buku, pertubuhan seni, dan dasar-dasar

pendidikan. Antara intistusi pendidikan yang menawarkan pendidikan seni ialah

sekolah-sekolah, Sultan Idris Training College (1922).

Buku-buku yang diperkenalkan bagi mengajar subjek seni antaranya ialah

Art and Crafts oleh R.O Winstedt mengenai sejarah seni dan seni pertukangan,

Pedoman Guru Penggal Pertama(1928) oleh Winstedt juga yang berkenaan

pengajaran lukisan dan kerja tangan, buku Craft Work 1932 Third Year Practical

ork for Senior Schools yang ditulis oleh Taylor dan Snell, Buku Panduan Guru

1957 terbitan Kementerian Pelajaran Persekutuan tanah Melayu dan Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Pendidikan seni di negara kita juga dipacu oleh kewujudan pertubuhan

dan institusi seni. Antaranya ialah Wednesday Art Group (1951) yang diasaskan

oleh Peter Harris (seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran), Majlis

Kesenian Malaya (1952) yang diasaskan oleh Tan Sri Mubin Sheppard dan

Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas, Penang Teachers’ Art Circle, Malay Teachers

Union (1954), Thursday Art Group (1957), Balai Seni Lukis Negara, dan lain-lain.

TAJUK 1 M/S 2

Page 3: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

Dasar kerajaan juga memainkan peranan penting dalam perkembangan

pendidikan seni misalnya Penyata Rahman Talib. Pihak yang memainkan

peranan sebagai pusat perkembangan kurikulum yang bertanggungjawab

menggubal kurikulum pendidikan seni adalah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ini membuktikan bahawa mata pelajaran pendidikan seni adalah antara mata

pelajaran yang penting sejak dahulu lagi terutama sekali sewaktu zaman

penjajahan British kerana orang Barat memandang seni dalam ruang lingkup dan

skop yang luas. Bagi mereka seni adalah sesuatu yang serius dan penting. Oleh

itu, pemikiran seperti inilah yang harus diterapkan dan ditanam dalam minda

masyarakat di Malaysia.

2.2 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

SELEPAS MERDEKA

Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di

negara ini. Jesteru Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah

diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru antaranya ialah

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam,

Agama Islam, Pertukangan Tangan dan sebagainya.

Persekolahan peringkat sekolah rendah di Negara ini berterusan mengikut

kehendak KLSR sehinggah kajian dibuat pada tahun 1974. Laporan kajian telah

dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak releven lagi

dan perlu digantikan dengan kurikulum yang baru. Iplikasi daripada laporan ini

pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan

(KBSR) pada tahun 1982.

Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti

kelemahan dan kekuatan kurikulum ini. Lanjutan itu KBSR telah dikenali sebagai

Kurikulum Bersepadu sekolah rendah. Dari segi kurikulum , mata pelajaran sedia

mengalami perubahan bagi membantu murid untuk menghadapi masa hadapan

yang lebih mencabar. Kementerian Pendidkan Malaysia telah memainkan

TAJUK 1 M/S 3

Page 4: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

peranan yang positif dalam membanggunkan dan memperkembangkan

Kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini kerana semakan yang telah dilakukan

selepas beberapa kali mengalami perubahan. Perubahan-perubahan tersebut

ialah meliputi aspek-aspek seperti, aspek falsafah, objektif, pendekatan, kaedah

dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.

Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19

apabila kurikulum seni mula diperkenalakan di Penang Free School dengan

memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf.

Selepas merdeka bermula tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengubah dasar baru Pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada

darjah 1 hinggah tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran wajib

dan mata pelajaran elektif.

Kini sekali lagi Kurikulum Pendidikan Seni dengan penekanan kepada

melengkapkan perkembangan diri sesorang individu melalui nilai peribadi

individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari

serta sikap dalam menghargai hasilan seni sumbangan kepada warisan budaya

dan identiti bangsa.

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib

yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran pendidikan seni visual

digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah rendah sebagaimana

yang telah digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi asas pemupukan.

Kandungan kurikulum berupaya untuk membantu murid meningkatkan rasa

kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai Alam Sekitar Menyumbang ke arah

pembenggunan dir, keluarda, masayarakat dan bangsa.

TAJUK 1 M/S 4

Page 5: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

Terdapat empat bidang PSV

Melukis dan menggambar

membuat corak dan rekaan

membentuk dan membuat binaan

mengenal kraf tradisional

Fokus terhadap setiap bidang di atas ialah pemerhatian aktif, interaksi

yang kreatif dengan alat dan bahan,serta apriasasi aspek seni. Empat bidang

PSV ini dapat meningkatkan daya estitika dan kreativiti. Selain itu Psv juga

merupakan alat komunikasi , seni dalam kehidupan, dan sebagai alam

persekitaran.

3.0 KEPENTINGAN

Perkembangan seni visual di negara kita merupakan sesuatu yang memberikan

kesan yang besar terhadap kurikulum dan negara kita Malaysia. Menurut June McFee

dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan bahawa seni adalah

sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan

daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat.

Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan

budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan

tidak mengandungi nilai tamadun. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai

seni adalah amat perlu dalam rutin kehidupan setiap individu.

Terdapat dua aspek utama yang dibincangkan dalam tajuk kepentingan

perkembangan kurikulum ini. Aspek pertama adalah kepentingan terhadap murid,

manakala satu lagi aspek adalah kepentingan terhadap struktur perubahan dasar

perkembangan kurikulum.

TAJUK 1 M/S 5

Page 6: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

3.1 KEPENTINGAN TERHADAP MURID

Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia sememangnya

banyak memberi kesan dan kepentingan terhadap murid-murid di sekolah. Kepentingan

terhadap murid merangkumi lima aspek utama iaitu aspek sosial dan emosi, fizikal,

kognitif, persepsi dan juga aspek kreativiti.

Kepentingan perkembangan Pendidikan Seni Visual (PSV) terhadap

perkembangan sosial dan emosi murid merujuk kepada bagaimana perkembangan

sosioemosi murid berkembang selaras dengan perkembangan kurikulum PSV di

sekolah. Melalui perkembangan matapelajaran Pendidikan seni Visual di sekolah,

murid –murid dapat meningkatkan tahap interaksi dan keupayaan bersosial mereka.

Selain itu, murid juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dalam melakukan

aktiviti. Selain itu,mata pelajaran Pendidikan Seni juga menganjurkan semangat

berkerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Hal ini merujuk kepada

peranan guru dalam menguruskan aktiviti murid, aktiviti berkumpulan dalam bilik darjah

mahupun luar bilik darjah akan membantu dalam perkembangan sosial dan emosi

murid di sekolah. Semangat berkerjasama dan kekitaan boleh dipupuk melalui aktiviti

berkumpulan ini. Selain itu, hal ini juga merupakan sesuatu yang selaras dengan dasar

negara kita,Malaysia pada marcapada ini iaitu Gagasan 1 Malaysia. Hal ini membantu

negara mencapai satu persepakatan melalui pendidikan di sekolah.

Seterusnya, kepentingan dari aspek fizikal terhadap murid. Aspek fizikal ini

merujuk kepada perkembangan fizikal murid yang dibantu selaras dengan

perkembangan kurikulum PSV di negara ini. Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni

Visual mampu membantu meningkatkan pergerakan otot murid-murid khasnya murid-

murid yang berada dalam tahap 1 yang memerlukan latihan untuk meningkatkan

pergerakan otot mereka. Bukan itu sahaja, penggunaan alat dan bahan semasa P&P

membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Melalui pembelajaran

Pendidikan Seni Visual, murid akan dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan

mereka terutamanya apabila melakukan aktiviti melukis, mewarna dan sebagainya. Hal

ini seterusnya mampu membantu melahirkan murid yang aktif dalam proses

pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas mahupun sekolah. Hal ini selaras dengan

TAJUK 1 M/S 6

Page 7: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

perkembangan kurikulum terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang

memperkenalkan matapelajaran Dunia Visual bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 3

sekolah rendah.

Kemudian, aspek kognitif pula merujuk kepada tahap perkembangan mental

atau pemikiran kanak-kanak yakni murid-murid sekolah. Aktiviti seni visual yang

tersusun dan terancang hasil perancangan guru Pendidikan Seni Visual akan dapat

membantu melahirkan kanak-kanak yakni murid-murid yang mempunyai keupayaan

menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, aktiviti melukis yang melibatkan beberapa

peringkat bermula dengan membuat lakaran akan dapat membantu murid berfikir

bagaimana hendak memilih bahan yang sesuai untuk melakar, kemudian bahan untuk

mewarna dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan murid mampu

membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Peranan guru sebagai fasilitator

adalah amat penting dalam usaha membantu murid membuat penilaian dan keputusan

yang bijak ini. Guru perlu membimbing murid serta membantu murid menjadi lebih aktif

dalam pembelajarannya.

Aspek seterusnya adalah persepsi dalam diri murid. Persepsi merujuk kepada

pandangan serta penggunaan deria murid dalam pembelajarannya. Hal ini

menunjukkan bahawa murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek

yang terdapat di sekeliling mereka. Perkembangan kurikulum PSV mampu membantu

murid-murid membina persepsi yang lebih luas terhadap dunia seni visual serta

pandangan mereka terhadap keindahan dunia ini dengan kehadiran seni visual.

Aspek terakhir yang terkandung dalam kepentingan perkembangan kurikulum

PSV terhadap murid ini adalah aspek kreativiti. Melalui perkembangan kurikulum PSV

di Malaysia, guru menjadi lebih kreatif dalam membuat perancangan Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) murid di sekolah. Hal ini secara tidak langsung juga mampu

membantu membentuk minda kreatif dalam diri murid. Sebagai contoh, latihan dan

projek yang bersifat terbuka mampu membantu murid untuk mengembangkan aspek

kreativiti mereka. Hal ini kerana, aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual

mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

TAJUK 1 M/S 7

Page 8: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

3.2 KEPENTINGAN TERHADAP STRUKTUR PERUBAHAN DASAR

PERKEMBANGAN KURIKULUM.

Terdapat beberapa aspek penting yang menjurus ka arah struktur perubahan

dasar perkembangan kurikulum di Malaysia. Aspek-aspek penting ini membantu

mempercepatkan lagi desakan untuk perkembangan kurikulum mengikut aliran semasa

negara kita. Aspek-aspek tersebut adalah aspek sosial, ekonomi, politik dan teknologi.

Pembangunan dari segi sosial menyebabkan pengetahuan dalam bidang

Pendidikan Seni Visual penting bagi aspek seni bina bangunan dan sebagainya.

Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual disokong dengan kepesatan

pembangunan negara kita pada masa kini. Lantaran itu, aspek ini sememangnya

menyokong kepada struktur perubahan dasar perkembangan kurikulum PSV kini.

Selain itu, peredaran fesyen pakaian juga merupakan rentetan daripada peredaran

perkembangan seni. Rentetan daripada itu, perkembangan kurikulum dan kerjaya yang

pelbagai menyebabkan masyarakat memandang seni visual sebagai satu bidang yang

berjaya.

Seterusnya, aspek ekonomi yang membawa kepentingan terhadap struktur

perubahan dasar perkembangan kurikulum. Peningkatan taraf ekonomi melalui

penjualan lukisan. Hal ini boleh membantu menjana pendapatan hidup sebagai

pekerjaan.Bukan itu sahaja, hal ini juga mampu menaiktarafkan nama negara sebagai

sebuah negara yang berprestij. Hal ini jelas dengan hasil kraf tangan yang semakin

menarik minta pihak luar negara, tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan para

pelancong, ornamen yang masih dikunjungi ramai, promosi e-dagang dalam kalangan

warga Malaysia sendiri serta dimensi baru dalam dasar ekonomi di negara kita ini.

Aspek seterusnya adalah aspek politik. Hal ini merujuk kepada peranan politik

dalam memastikan pembelajaran merentas kurikulum dijalankan di sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan dalam pembelajaran

matapelajaran Pendidikan Seni Visual di Malaysia,dan yang terbaru melalui pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, aspek ini turut dipengaruhi

TAJUK 1 M/S 8

Page 9: TAJUK 1 PSV3104

PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PSV3104

dengan perkara-perkara seperti propaganda, isu , tema, nilai sejagat serta hak-hak

kemanusiaan rakyat Malaysia.

Akhir sekali, aspek terakhir dalam kepentingan terhadap struktur dasar

perkembangan kurikulum PSV ini adalah aspek teknologi. “Pakar-pakar pendidikan

mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya,

sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,

sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang- undang, ekonomi dan

disiplin lain dari sudut grafiknya” (Mohd Johari Ab.Hamid, 2006). Hal ini bermaksud,

kepesatan teknologi kini telah menyebabkan wujudnya pelbagai media yang boleh

digunakan oleh murid-murid bagi tujuan pembelajaran yang lebih efisien dan berkesan.

Sebagai contoh, penggunaan media Paint dan Adobe Photoshop. Selain itu, kepesatan

teknologi juga telah membawa kepada kesan wujudnya perkongsian pintar di antara

guru dan murid, peragaan lukisan yang lebih maju daripada kaedah peragaan

tradisional, pengiklanan khususnya untuk tujuan pengiklanan Pameran Apresiasi Seni

di sekolah dan penyebaran maklumat untuk digunakan oleh para guru PSV di sekolah.

4.0 PENUTUP

Kurikulum pendidikan seni visual telah berkembang dari semasa ke semasa bagi

memenuhi kehendak kepesatan dunia. Hal ini menyebabkan tenaga kerja guru juga

perlu ditingkatkan bagi memastikan kualiti yang terbaik dapat ditonjolkan.

TAJUK 1 M/S 9