strategi model polya

6
MARYLIN ANAK ENTAWAMAT [AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013] STRATEGI -STRATEGI PENGAJARAN Adalah penting untuk membezakan antara mengajar penyelesaian masalah dengan menggunakan penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran. Pengajaran penyelesaian masalah mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan masalah. Ini adalah sesuatu yang sering dilakukan guru matematik dan sains. Sebaliknya, penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran adalah teknik pengajaran yang mana masalah digunakan sebagai cara untuk membantu pelajar memahami atau memperoleh kecelikan dalam meneroka matematik. Dengan ini, saya menggunakan strategi Model Polya dan gambarajah untuk membantu murid saya menyelesaikan masalah matemtik dengan mudah. i) Strategi Model Polya Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah. Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami masalah, mereka merancang strategi penyelesaian.. Langkah ketiga adalah 23

Upload: marylin-ana

Post on 15-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

MARYLIN ANAK ENTAWAMAT[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]

STRATEGI -STRATEGI PENGAJARANAdalah penting untuk membezakan antara mengajar penyelesaian masalah dengan menggunakan penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran. Pengajaran penyelesaian masalah mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan masalah. Ini adalah sesuatu yang sering dilakukan guru matematik dan sains. Sebaliknya, penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran adalah teknik pengajaran yang mana masalah digunakan sebagai cara untuk membantu pelajar memahami atau memperoleh kecelikan dalam meneroka matematik. Dengan ini, saya menggunakan strategi Model Polya dan gambarajah untuk membantu murid saya menyelesaikan masalah matemtik dengan mudah.

i) Strategi Model PolyaMenurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah. Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami masalah, mereka merancang strategi penyelesaian.. Langkah ketiga adalah melaksanakan strategi.alah yang baik itu, Seorang penyelesai masalah yang baik akan meyemak semula penyelesaian kepada masalah tersebut.

Prinsip pertama : Memahami MasalahPelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut :Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut ?Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu memahamkan masalah ?Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

Prinsip kedua : Merangka strategiPolya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:Cuba jayamembuat senarai yang tersusunmengenalpasti kemungkinan-kemungkinanmenggunakan simetrimenimbangkan kes istimewamenyelesaikan persamaanmelihat polamelukis gambarmenyelesaikan masalah kecil terlebih dahuluguna modelbekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahuluguna formulaguna analogi/perbandinganlakonkan/ujikajimempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategilangkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun.

Prinsip keempat : Menyemak jawapanPolya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

ii) Strategi gambarajahSelain itu juga, saya akan menggunakan strategi melukis gambarajah dalam strategi Model Polya. melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala.

Contohnya:

- =

Padankan petak dilorek dengan dihitamkan yang tidak bertindih dengan diwarnakn biru.Kirakan yang dihitamkan iaitu tidak ditindihkan dengan dilorek.Jadi jawapannya ialah

PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH.Dalam membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik ini, saya telah menggunakan strategi Model Polya dan strategi menggunakan gambarajah. Saya telah memanggiln 10 orang murid yang sama dan telah menduduki pentaksiran yang lepas. Saya menyediakan 3 soalan penyelesaian masalah pecahan yang baru untuk membimbing murid-murid tersebut. Dalam latihan tersebut, saya telah menyertakan empat langkah penyelesaian masalah Model Polya untuk panduan murid menyelesaikan masalah matematik. Saya telah membimbing murid menggunakan empat langkah Model Polya seperti dinyatakan. Dalam menggunakan penyelesaian masalah Model Polya saya serap sekali menggunakan strategi menggunakan gambarajah. Empat langkah yang digunakan saya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membimbing murid adalah seperti berikut:

Langkah pertama : Memahami masalaha) maklumat dari ayatb) kehendak soalanc) kata kunci

Langkah Kedua : Merancang strategia) Gambarajahb) membuat langkah pengiraan

Langkah ketiga : Melaksanakan strategia) Penyelesaian menggunakan gambarajahb) membuat langkah pengiraan

Langkah keempat : Menyemak semulaa) membuat operasi songsangan.

Dengan ini, saya kepilkan bersama latihan bimbingan dibuat bersama murid-murid.

27