borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan...

23
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DENGAN MENGAPLIKASIKAN MODEL POLYA BAGI GARIS LURUS SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008 Saya : NOR AFZAN BINTI AZIZ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _____________________ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 5, JALAN SERAI 1, PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN TAMAN SRI TENGAH, NAMA PENYELIA 86000 KLUANG, JOHOR Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: trinhtu

Post on 28-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

DENGAN MENGAPLIKASIKAN MODEL POLYA BAGI GARIS LURUS

SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008

Saya : NOR AFZAN BINTI AZIZ

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _____________________ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 5, JALAN SERAI 1, PN. NOOR AZEAN BINTI ATAN

TAMAN SRI TENGAH, NAMA PENYELIA

86000 KLUANG, JOHOR

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)"

Tandatangan : ………………………...........................

Nama Penyelia : PUAN NOOR AZEAN BINTI ATAN

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER DENGAN MENGAPLIKASIKAN MODEL POLYA BAGI

TUTORIAL GARIS LURUS

NOR AFZAN BINTI AZIZ

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

November 2007

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

ii

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : NOR AFZAN BINTI AZIZ

Tarikh : ...............................................

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

iii

Istimewa buat yang disayangi dan diingati selalu...

Ayahanda dan Bonda,

Kekanda-kekanda serta Adinda,

...Tidak terkecuali yang disayangi selalu

Terima kasih atas sokongan, dorongan, harapan dan pengorbanan yang tidak henti

diberikan selama ini.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada penyelia Projek Sarjana Muda,

Puan Noor Azean Binti Atan dan Encik Mohd Fadzli Bin Ali. Kesanggupan mereka

berdua meluangkan masa, memberikan bimbingan, nasihat dan dorongan serta tunjuk

ajar di sepanjang tempoh pembangunan perisian ini banyak membantu saya menyiapkan

projek ini.

Seterusnya buat Ayahanda dan Bonda yang penyayang dan sanggup berkorban

apa sahaja buat anak-anak. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian yang diberikan

buat anakanda di sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Tidak lupa buat rakan-rakan

seperjuangan tersayang, khasnya Mohd Fitri Bin Ahmad, Hajar Binti Mat Wahid,

Norhayati binti Mohammad Noor, dan Stillah Sitim, dan amnya buat seluruh warga SPT

2003/2007, jutaan terima kasih ditujukan khas buat kalian diatas komen, tunjuk ajar dan

bantuan yang telah diberikan kepada saya.

Akhir sekali, kepada staf akademik dan staf sokongan Fakulti Pendidikan,

Univeristi Teknologi Malaysia, ucapan terima kasih ditujukan atas kerjasama yang telah

diberikan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan dan pembinaan perisian

dijalankan. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam penghasilan projek ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

v

ABSTRAK

Matlamat projek ini adalah membangunkan sebuah perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) yang interaktif bagi matapelajaran Matematik Tingkatan

4 di bawah tajuk Garis Lurus. Pembangun menggunakan Model Pembangunan

Hannafin dan Peck sebagai panduan membangunkan perisian PBK ini. PBK ini adalah

berbentuk tutorial dan menerapkan penggunaan Model Polya di mana ianya

diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah bagi topik Garis Lurus. Model Polya

menekankan empat fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang

strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian yang

telah dibuat. Perisian ini dihasilkan dalam versi Bahasa Inggeris di mana ianya adalah

bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik

di sekolah. PBK ini dibangunkan dengan menggabungkan empat elemen multimedia

iaitu teks, grafik, audio dan animasi. Kombinasi elemen-elemen tersebut menjadikan

perisian ini lebih interaktif dan proses P&P pula menjadi lebih manarik. Pembangun

menggunakan perisian Macromedia Authorware 7.0 sebagai platfom pembangunan

utama dan dibantu dengan perisian sokongan yang lain iaitu Adobe Photoshop CS,

SWiSHmax dan Sound Forge 7.0. PBK ini disimpan dalam bentuk cakera padat (CD)

bagi memudahkan pelajar menggunakannya pada bila-bila masa. Diharapkan perisian

ini dapat meningkatkan mutu P&P sejajar dengan peningkatan teknologi moden di

dalam arus pendidikan masa kini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

vi

ABSTRACT

The purpose of this project was to develop an interactive computer based-

learning courseware for the subject Mathematics Form 4 under the topic of The Straight

Line. Hannafin and Peck Model was use as a guide to develop this courseware. The

courseware was design as a tutorial and assimilates the use of Polya Model where the

application of the model was used in problem solving for the topic of The Straight Line.

Polya Model emphasized on four phases of problem solving which were understand the

problem, selecting a strategy to solve the problem, carry out the strategy and evaluating

the answer. The courseware was in English Language version since Mathematics was

taught in English at school. The developer combined four multimedia elements which

were texts, graphics, audio and animation. The combinations of these four elements

make the courseware more interactive while teaching and learning process was

becoming more attractive. For this courseware, Macromedia Authorware 7.0 software

was used as the main platform with the support of other software such as Adobe

Photoshop CS, SWiSHmax and Sound Forge 7.0. The courseware will be stored in a

compact disc (CD) which is convenient for the student to use at anytime. It is a hope

for this courseware to help to improve the quality in teaching and learning process which

can be implemented with the growth of technology in education.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Skop Kajian 7

1.6 Rasional Projek 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

viii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran 12

2.3 Penyelesaian Masalah 15

2.3.1 Model Polya 16

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Berbantukan Komputer

17

2.4.1 Kaedah Tutorial

2.4.2 Ciri-ciri Perisian PBK

19

21

2.5 Strategi Pengajaran PBK 22

2.6 Rekabentuk dan Teori Pengajaran dan

Pembelajaran

23

2.6.1 Teori Konstruktivisme 23

2.7 Proses Pembangunan PBK 25

2.8 Model Hannafin dan Peck 26

2.8.1 Fasa Analisa Keperluan 27

2.8.2 Fasa Rekabentuk 27

2.8.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 28

BAB 3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Model Rekabentuk Perisian yang Digunakan 30

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 30

3.2.1.1 Sasaran Pengguna

3.2.1.2 Kandungn Isi Pelajaran

3.2.1.3 Pengetahuan Sedia Ada

Pengguna

3.2.1.4 Perubahan Tingkah Laku yang

31

31

32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

ix

Diingini

3.2.1.5 Objektif yang Ingin Dicapai

3.2.1.6 Perkakasan yang Diperlukan

3.2.1.7 Perisian yang Diperlukan

32

32

33

33

3.2.2 Fasa Rekabentuk 36

3.2.2.1 Menentukan Cara Perlaksanaan

3.2.2.2 Membina Carta Alir

3.2.2.3 Rekabentuk Antaramuka

36

36

40

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 42

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan 43

4.2 Pempakejan Perisian 43

4.3 Operasi Perisian 44

4.4 Struktur Asas Perisian Dengan Ciri-ciri

Multimedia

44

4.4.1 Paparan Persembahan Tajuk

4.4.2 Paparan Menu Utama (Main Menu)

4.4.3 Hasil Pembelajaran (Outcome)

4.4.4 Nota (Notes)

4.4.5 Aktiviti (Activity)

4.4.6 Latihan (Exercises)

4.4.7 Permainan (Game)

4.4.8 Kredit (Credit)

4.4.9 Tolong (Help)

4.4.10 Glosari (Glossary)

4.4.11 Keluar (Exit)

45

46

47

48

50

52

54

56

56

58

58

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

x

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Perbincangan 61

5.2.1 Pendekatan Pembelajaran

5.2.2 Model Pembangunan Perisian

61

62

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi 63

5.3.1 Kepakaran dan Pengalaman

5.3.2 Masa

63

64

5.4 Cadangan 64

5.5 Penutup 65

RUJUKAN 67

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Jadual 3.1 Spesifikasi Perkakasan 33

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA HALAMAN

2.1 Model Pembangunan Hannafin dan Peck 26

3.1 Carta Alir Perisian PBK The Straight Line 37

3.2 Paparan Rekabentuk Maklumat 40

3.3 Paparan Rekabentuk Interaktiviti 41

3.4 Paparan Rekabentuk Pembangunan 41

4.1.i Paparan Persembahan Awalan Montaj 45

4.1.ii Paparan Persembahan Tajuk 45

4.2 Paparan Menu Utama (Main Menu) 46

4.3.i Paparan Utama Hasil Pembelajaran (Outcome) 47

4.3.ii Paparan Hasil Pembelajaran (Outcome) 48

4.4.i Paparan Utama Nota (Notes) 49

4.4.ii Paparan Nota (Notes) 49

4.5.i Paapran Utama Aktiviti (Activity) 50

4.5.ii Paparan Aktiviti (Activity) 51

4.5.iii Paparan Aktiviti (Activity) 51

4.6.i Paparan Utama Latihan (Exercise) 52

4.6.ii Paparan Jawapan Yang Betul 53

4.6.ii Paparan Jawapan Yang Salah 53

4.7.i Paparan Utama Permainan (Game) 54

4.7.ii Paparan Permainan Square Puzzle 55

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

xiii

4.7.iii Paparan Permainan Crossword Puzzle 55

4.8 Paparan Kredit (Credit) 56

4.9.i Paparan Bantuan (Help) 57

4.9.ii Paparan Penerangan Model Polya 57

4.10 Paparan Glosari (Glossary) 58

4.11 Paparan Keluar (Exit) 59

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

xiv

SENARAI SINGKATAN

AVI Video for Windows

ICT - Information and Communication Technlogy (Teknologi Maklumat dan

Komunikasi)

GIF Graphic Interchange Format

IT Information Technlogy (Teknologi Maklumat)

JPEG Joint Photographic Experts Group

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MP3 MPEG-1 Audio Layer-3

MPEG Motion Picture Expert Group

NCTM National Council of Teachers of Mathematics

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara

mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut

Pusat Perkembangan Kurikulum atau PPK, (2001), sifat matematik secara tabiinya

menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Kurikulum

matematik KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) bertujuan untuk

membentuk individu berpemikiran matematik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan

matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan, sekaligus berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian

bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (PPK, 2001).

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

2

Matlamat kurikulum matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan

pemikiran mantis, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam menyelesaikan

masalah dan berkebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik, seterusnya

bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Tengku

Zawawi, 1999). Matematik KBSM digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

dalam melahirkan pelajar yang mengetahui dan memahami konsep, di samping

menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan subjek matematik. Antara

objektif matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami

konsep, di samping menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan mata

pelajaran tersebut. Untuk mencapai objektif, para pendidik matematik disarankan agar

merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

pelajar secara aktif (Tengku Zawawi, 1999).

Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan,

dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau

penyelesaian masalah dengan sendirinya (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1990).

Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok

dan mengembirakan. Manakala menerusi pengimplementasian ICT (Information and

Communiction Techology) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu inisiatif menggalakkan

pembelajaran yang interaktif d berteknologi. PBK adalah satu inisiatif ke arah celik IT

(Information Techology) yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran sejajardenga penubuhan sekolah bestari. Ia merupakan satu program

terancang menggunakan komputer yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk

meneroka maklumat melalui komputer (Baharuddin Aris, et.al., 2002). Pembelajaran

dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang

kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah

dengan sendirinya (KPM, 1990). Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari

matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

3

Menurut Cockroft (1982), pembelajaran matematik yang baik lagi efektif

haruslah mengandungi penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan antara pelajar

dan guru, serta antara pelajar dengan pelajar itu sendiri. Di samping itu, pembelajaran

juga seharusnya mempunyai kerja atau aktiviti yng praktikal beserta latih tubi bagi

kemahiran asas penyelesaian masalah.

“Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated

themselves to improvement of student learning as their primary profesional objective.”

(Petikan dari artikel bertajuk “An Agenda For Action: Recommendation For

School Mathemtics of 1980’s” oleh National Council of Teacher of Mathematics, 1980)

Para guru matematik berdepan dengan tanggungjawab besar dalam menghasilkan

pelajar yang berkualiti di masa akan datang. Pelajar lebih banyak menghafal rumus,

petua dan hukum-hukum yang dicipta boleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar

(Tengku Zawawi, 1999). Dari itu, guru perlu mempelbagaikan pendekatan dan strategi

dalam teknik pengajaran bagi menarik minat pelajar. Dalam memenuhi keperluan

pelajar dalam pembelajaran matematik, penggunaan teknologi dilihat sebagai alternatif

untuk membawa perubahan dalam pembelajaran dan pengajaran. Menurut Bialo dan

Roblyer (1992), ramai orang telah membuat pemerhatian bahawa kebanyakan

pendidikan yang berjaya menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka (Noraini,

2001).

Menurut Nolan et. al (1993), pembelajaran dalam suasana baru seperti

penggunaan multimedia dan internet di sekolah membawa banyak perubahan kepada

pendidikan di mana pelajar dapat terlibat dalam proses pembelajaran secara langsung.

Suasana pembelajaran sebegini mampu memberangsangkan pemikiran pelajar dan

sekaligus meningkatkan kefahaman pelajar. Gabungan elemen-elemen multimedia

seperti teks, grafik, animasi, audio dan video adalah di antara perkara yang dititik

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

4

beratkan dalam membangunkan sesebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) selain mengimplementasikan teori-teori pembelajaran.

Menurut Badrul Hisham (1990), guru pada masa kini perlu berusaha

memantapkan diri dalam penggunaan IT (Information Technology) terutama PBK

sepertimana yang disediakan oleh pihak kementerian di sekolah-sekolah. PBK yang

berkualiti mampu menyampaikan maklumat dengan berkesan dan membantu guru serta

pelajar dalam memantapkan diri di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Cockroft

(1982) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan

sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer

juga boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Contohnya

adalah dalam topik penyelesaian masalah yang merupakan salah satu topik penting

dalam matapelajaran matematik. Sebagaimana menurut Tengku Zawawi (2000),

pencapaian yang baik bagi seseorang dalam matapelajaran matematik tidak semestinya

menunjukkan pelajar tersebut bijak dan mampu melakukan proses penyelesaian masalah

dalam matapelajaran matematik tersebut. Oleh demikian pembangunan sesebuah PBK

perlulah mengambil kira penyampaian informasi sesebuah topik itu beserta dengan

pendekatan yang bersesuaian yang digunakan dalam menyampaikan dan merekabentuk

kandungannya.

1.2 Latarbelakang Masalah

Garis Lurus merupakan topik ke lima dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Tingkatan 4. Menurut kajian yang dijalankan olehYudariah et. al (2005), antara

kesalahan lazim yang sering dilakukan oleh pelajar secara umum dalam topik ini adalah

berdasarkan kepada empat perkara iaitu konsep, simbol, penafsiran dan penyelesaian

masalah.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

5

Menurut Yudariah et. al (2005) lagi, dari segi konsep, pelajar berhadapan dengan

masalah kefahaman dalam menterjemahkan konsep matematik ke dalam bentuk ayat

atau simbol. Selain itu, pelajar kurang mampu menghubungkaitkan antara konsep atau

idea matematik dan perwakilan matematik dalam bentuk ungkapan, graf dan jadual.

Simbol yang digunakan dalam perwakilan matematik turut mendatangkan masalah

kepada pelajar dalam memahami makna dan membuat interpretasi simbol matematik

yang digunakan. Seterusnya, pelajar berhadapan dengan masalah dalam mentafsirkan

hasil penghitungan atau jawapan yang telah diperolehi. Akhir sekali, masalah pelajar

tidak mampu memilih dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah yang betul serta

kelemahan mereka dalam kemahiran asas matematik.

Topik ini merupakan permulaan topik pembelajaran pelajar kepada graf di mana

buat pertama kalinya pelajar akan diperkenalkan kepada y=mx+c, iaitu persamaan am

garis lurus. Oleh itu, permasalahan pembelajaran bermula di sini kerana pelajar perlu

mengasimilasikan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang baru diterima.

Aktiviti pengajaran kini lebih tertumpu kepada asuhan penguasaan kemahiran

melalui beberapa siri latih tubi, tanpa melibatkan kefahaman konsep yang jelas dan

bermakna. Hal ini membuatkan pelajar lebih ditekankan kepada hafalan pelbagai simbol

dan ini boleh menyebabkan pelajar berasa bosan terhadap matematik. Oleh itu, PBK

adalah satu pendekatan alternatif yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran (P&P) tersebut. Antara kelebihan PBK ialah ianya lebih menarik dan

menyeronokkan, pengajaran berbentuk individu dan berulang kali, interaktif dan

melibatkan penggunaan deria yang lebih dari satu (Baharuddin Aris, et.al., 2002).

Bahan pengajaran terancang yang disediakan dapat membantu pelajar mengikuti

pengajaran tanpa kehadiran guru (Shahabuddin Hashim, et. al, 2003).

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

6

Topik ini banyak menekankan penyelesaian masalah melibatkan pengetahuan

sedia ada pelajar. Oleh itu, adalah lebih baik topik ini ditekankan kepada bagaimana

penyelesaian sesuatu masalah dilakukan sepertimana yang ditekankan dalam Model

Polya. Terdapat dua tujuan yang ada pada guru apabila mengarahkan soalan atau

mencadangkan senarai kepada pelajarnya iaitu pertama, membantu pelajar

menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya dan kedua memperkembangkan

kebolehan pelajar supaya dia boleh menyelesaikan masalahnya sendiri (Polya, 1957).

Di dalam Model Polya, penekanan terhadap empat fasa penyelesaian masalah dapat

membantu pelajar dalam mengenalpasti kehendak soalan dan seterusnya menyelesaikan

masalah tersebut. Empat fasa yang dikemukakan oleh Polya ialah:

(i) Memahami masalah.

(ii) Merancang strategi penyelesaian.

(iii) Melaksanakan strategi.

(iv) Menyemak semula penyelesaian.

1.3 Pernyataan Masalah

Yudariah et.al (2005) turut menyatakan secara khusus mengenai kesalahan lazim

yang sering dilakukan oleh pelajar. Kesalahan lazim adalah lebih menjurus kepada topik

The Straight Line. Di antara kesalahan lazim yang dikenalpasti ialah tidak mengenali

bentuk graf linear, tidak dapat membezakan kecerunan positif atau negatif, tidak dapat

mentafsirkan maklumat daripada graf termasuk mencari nilai pintasan-x dan pintasan-y,

mencari nilai x atau y yang dikehendaki dengan skala yang diberi dan tidak mahir

melakar dan memplot graf fungsi. Berdasarkan kepada pernyataan yang dihuraikan

diats berkenaan permasalahan dan kesukaran pelajar dalam mempelajari topik Garis

Lurus, penulis ingin membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan komputer dengan mengaplikasikan model polya bagi tutorial garis lurus nor afzan binti aziz

7

Komputer (PBK) yang mampu membantu pengajaran dan pembelajaran topik ini. PBK

yang dibina adalah berdasarkan empat fasa yang dinyatakan di dalam Model Polya.

Perisian ini akan menekankan kepada penyelesaian yang disarankan oleh Model Polya

untuk membantu pelajar dalam mentafsirkan masalah yang diberi.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah:

(i) Membangunkan satu perisian PBK bagi pelajar Tingkatan 4 bertajuk

Garis Lurus atau The Straight Line.

(ii) Merekabentuk perisian bagi topik Garis Lurus dengan mengaplikasikan

Model Polya.

(iii) Mengimplemenkan elemen multimedia dalam pembangunan perisian

PBK ini.

1.5 Skop Kajian.

Perisian yang dibangunkan adalah bertujuan untuk membantu guru dan

pelajar Tingkatan 4 dalam masalah pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

seluruh Malaysia. Topik ini terdapat di dalam sukatan matapelajaran matematik

Tingkatan 4 dan diajar dalam bahasa Inggeris. Selain itu, aktiviti yang terlibat di

dalam projek ini hanya melibatkan aktiviti pembangunan perisian sahaja dan