k.tindakan model polya

Upload: ahmad-khusyairi

Post on 08-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    1/13

    PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN MODEL POLYA DALAMPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

    SK TAMAN RAKAN

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    2/13

    PENGENALAN

    y Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan mata

    pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulumpendidikan kebangsaan.

    y Ia menekankan kepada empat prinsip penting iaitu :

    BELAJAR UNTUK MENGETAHUI

    Membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaaan dan tingkah lakusivik.

    BELAJAR UNTUK BERTINDAK

    Merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harianmurid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

    BELAJAR UNTUK MEMBENTUK PERIBADI

    Membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani intelek,fizikal, emosi dan sosial.

    BELAJAR UNTUK HIDUP BERSAMA

    Asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakatberbilang kaum di Malaysia.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    3/13

    y

    Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) bermatlamat untukmembolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

    berfikir secara lebih praktikal sama ada di dalam atau di luar sekolah, meningkatkan

    aspek kognitif dan afektif serta lebih bersikap terbuka untuk menerima dan memberi

    pendapat.

    y

    Aplikasi KBKK dilihat sukar dilaksanakan kepada para pelajar yang lemah dari segipencapaian akademik, yang mana kebanyakannya mempunyai sikap introvert

    seperti kurang keyakinan diri dan tidak peka kepada persekitaran yang berlaku di

    sekelilingnya.

    y Apabila guru mengemukakan suatu senario yang menghendaki murid membuat

    keputusan dan meramalkan sesuatu di masa hadapan, mereka hanya mendiamkandiri dan hanya menunggu guru untuk memberikan sedikit bimbingan dan petunjuk.

    PENYATAAN MASALAH

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    4/13

    sambungan

    y Penyelesaian yang dibuat oleh guru bagi mengatasi masalah reaksi negatif

    pelajar-pelajar ini adalah dengan hanya memberikan nota dan

    mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan.

    y Proses pengajaran dan pembelajaran sebegini akhirnya akan menjadi

    bosan dan tiada pengalaman bermakna yang diperoleh oleh pelajar.

    y Berdasarkan kepada senario yang dinyatakan, ternyata bahawa satu

    langkah atau alternatif perlu diambil oleh guru bagi memperbaiki mutu

    pengajaran dan pembelajaran mereka.

    y Salah satunya daripadanya adalah dengan mengaplikasikan kaedah

    pembelajaran berasaskan masalah (PBL) menggunakan Model Polya.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    5/13

    OBJEKTIF KAJIAN

    1. Murid dapat mengenalpasti sesuatu masalah

    menggunakan Model Polya dalam Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan Tahun 5.

    2. Murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan

    Model Polya dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    Tahun 5.

    3. Murid dapat mengamalkan penggunaan Model Polya bagi

    menjana Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK)

    dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    6/13

    PERSOALAN KAJIAN

    y Dapatkah murid mengenalpasti sesuatu masalah

    menggunakan Model Polya dalam Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan Tahun 5.

    y Dapatkah murid menyelesaikan sesuatu masalah

    menggunakan Model Polya dalam Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan Tahun 5.

    y Dapatkah murid mengamalkan penggunaan Model

    Polya bagi menjana Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

    dan Kritis (KBKK) dalam Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    7/13

    KEPENTINGAN KAJIAN

    y Model Polya yang akan digunakan di dalam kajian tindakan ini akan

    memberikan penekanan kepada kaedah penyelesaian sesuatu isu ataumasalah yang memerlukan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dalam

    mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah untuk menyelesaikan

    masalah yang dihadapi.

    y Model Polya ini menekankan kepada 4 peringkat dalam menyelesaikan

    masalah iaitu memahami sesuatu masalah, merancang strategipenyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak

    semula masalah dan penyelesaian.

    y Menerusi peringkat-peringkat ini, pembinaan fikiran murid akan menjadi

    lebih bersedia untuk menghadapi sebarang masalah seterusnya dapat

    membuat keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut

    y Murid akan berfikir dengan lebih rasional serta dapat meningkatkan

    keyakinan diri apabila berjaya menyelesaikan sesuatu masalah yang

    dikemukakan.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    8/13

    MODEL POLYA

    Memahami sesuatu masalahMemahami sesuatu masalah

    Merancang strategi penyelesaianMerancang strategi penyelesaian

    Melaksanakan strategi

    penyelesaian

    Melaksanakan strategi

    penyelesaian

    Menyemak semula masalah danpenyelesaianMenyemak semula masalah danpenyelesaian

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    9/13

    Metodologi

    1. Menyediakan kertas cadangan kajian.

    2. Memohon kebenaran pentadbir Sekolah Kebangsaan Taman Rakan

    untuk menjalankan kajian.

    3. Membuat pemerhatian dan ujian pra pada minggu pertama bagi

    mendapatkan data awal kajian.

    4. Rawatan dilakukan selama 8 minggu manakala ujian pos dibuat pada

    minggu ke sepuluh.

    5. Laporan akhir penyelidikan disediakan.

    Sebelum mengumpul data yang diperlukan, pengkaji telah mengambil

    langkah-langkah berikut :

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    10/13

    Reka Bentuk dan Sampel Kajian

    y Kajian ini adalah secara kuasi-eksperimental.

    y Menggunakan reka bentuk Ujian Pra-Pos.

    y Sampel seramai 20 orang sampel. Terdiri daripada pelajar 5 Aqil (X1) dan 5

    Mumtaz (X2) yang akan menjalani ujian pra bagi melihat kesetaraan antara

    kumpulan.

    y Bagi rawatan kumpulan X1, pelajar akan didedahkan dengan 4 peringkatpenyelesaian masalah menggunakan Model Polya (Z1) manakala rawatan

    bagi kumpulan X2 pula menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

    secara tradisional (Z2).

    y Kedua-dua kumpulan akan menerima bahan pembelajaran dan jumlah

    pengajaran yang sama iaitu 2 masa (60 minit) seminggu.

    y Ujian pos akan dijalankan setelah kedua-dua kumpulan selesai menjalanirawatan (Y2 & Y4).

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    11/13

    Jadual 1: Rekabentuk Ujianpra danpos kumpulan

    rawatan dan kawalan

    Kumpulan Ujian Pra Kaedah Ujian Pos

    Kumpulan rawatan

    (X1)

    Y1 Z1 Y2

    Kumpulan kawalan

    (x2)

    Y3 Z2 Y4

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    12/13

    KESIMPULAN

    y Kajian tindakan yang dibuat adalah bagi memberikan maklumat tentang

    kesan aplikasi penyelesaian masalah menggunakan Model Polya

    dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 5 SK Taman

    Rakan.

    y Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada Ketua Panitia serta para

    Pentadbir untuk merefleksi semula amalan dan perkara yang boleh

    menghalang proses pembelajaran murid apabila menjawab soalan-

    soalan PSK berbentuk penyelesaian masalah seterusnya dapat

    menambahbaik amalan pengajaran guru-guru PSK di masa hadapan.

  • 8/7/2019 K.Tindakan MODEL POLYA

    13/13