model polya thesis

Upload: legasi-duanity

Post on 02-Jun-2018

295 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    1/79

    1

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji minat dan pencapaian murid

    menggunakan kaedah penyelesaian masalah Model Polya melibatkan operasi bercampur.

    Seramai 26 murid tahun 4 di SK Tunku Azizah, Kuantan, Pahang sebagai sample. Kajian ini

    akan menggunakan design kuasi experimental di mana 26 orang responden akan dijadikan

    sebagai kumpulan eksperimen dan juga sebagai kumpulan kawalan. Dalam kajian ini murid-

    murid diuji dengan menggunakan 10 soalan subjektif masalah bercerita dan borang soal selidik

    yang mengandungi 10 item soalan. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kuasi

    eksperimen yang berlangsung selama 15 jam dan memakan masa selama lebih kurang 3 minggu.

    Data dikutip menggunakan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis

    menggunakan teknik ujian-t.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    2/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    3/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    4/79

    4

    (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program matematik sekolah

    rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi

    dalam penyelesaian masalah secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap

    aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang berteraskan penyelesaian masalah juga

    dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran Matematik.

    1.1 PENDAHULUAN

    Pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis,

    bersistem, kemahiran penyelesaian masalah supaya murid dapat berfungsi dengan berkesan dan

    penuh tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Maka,

    mempelajari penyelesaian masalah adalah tujuan utama kerana penyelesaian masalah merupakan

    satu aspek dalam kehidupan yang pasti murid hadapi. Fokus kepada proses dan kemahiran

    penyelesaian masalah harus dititikberatkan.

    Penyelesaian masalah disifatkan sebagai segala yang dilakukan oleh individu apabila

    berhadapan dengan soalan atau situasi yang pada masa itu tidak terdapat jalan penyelesaian yang

    nyata. Dalam mencari jalan keluar untuk sesuatu halangan yang dihadapi, murid harus berfikir,

    membuat keputusan dan menggunakan strategi- strategi tertentu yang sesuai. Dalam usaha

    pencarian ini aktiviti berfikir dan kemahiran merasionalkan sesuatu langkah penyelesaian

    memainkan peranan yang penting. Ia menuntut murid menjana cetusan pemikiran yang logik dan

    bersistematik. Dikatakan sistematik kerana ia menjana cetusan pemikiran metodologikal

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    5/79

    5

    mengikut langkah- langkah tertentu dan logik kerana ianya memerlukan penyemakan untuk

    menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian. Kejayaan yang diperolehi akan mendorong

    pembentukan sikap yang positif pada diri murid terhadap matematik dan terhadap aktiviti

    penyelesaian masalah khususnya dan meningkatkan minat mereka terhadap matematik

    umumnya.

    Kaedah penyelesaian masalah adalah berhubung rapat dengan kaedah penyoalan kerana

    dalam proses penyelesaian masalah matematik guru perlu mengemukakan beberapa soalan untuk

    membimbing murid memikirkan langkah- langkah penyelesaiannya. Dalam penyelesaian

    masalah juga terdapat pelbagai cara yang bolah digunakan antaranya ialah melalui cara analogi,

    cara gambarajah, cara analisis dan cara deduktif.

    Terdapat beberapa model yang digunakan secara meluas dalam pengajaran penyelesaian

    masalah matematik. Antaranya ialah Model Polya, Model Mayer dan Model Lester.Model Polya

    dibina pada tahun 1957 dengan memperkenalkan empat langkah penyelesaian masalah, begitu

    juga dengan Model Mayer. Kedua- dua model ini mempunyai banyak persamaan. Manakala

    Model Lester 1978 pula menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah. Namun begitu,

    dalam kajian ini pengkaji memilih Model Polya untuk digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Goerge Polya telah mencadangkan empat langkah yang perlu digunakan dalam proses

    penyelesaian masalah, antaranya:

    i. Memahami masalah

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    6/79

    6

    ii. Merancang strategi penyelesaian masalah

    iii. Melaksana strategi penyelesai masalah

    iv. Menyemak semula

    1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

    Kemuncak kepada pembelajaran matematik ialah penyelesaian masalah. Elemen- elemen

    pengetahuan, kemahiran dan nilai digunakan sebagai tindakan bagi menyelesaikan sesuatu

    masalah. Penyelesaian masalah adalah idea- idea atau konsep- konsep matematik yang disatukan

    dalam bentuk cerita atau karangan matematik. Cerita dan karangan ini sebenarnya adalah tafsiran

    daripada kehidupan sebenar murid namun ramai dikalangan murid tidak tahu mengadaptasikan

    pengalaman di dalam bilik darjah dengan kehidupan sebenar mereka. Mereka juga kurang

    berminat untuk menyertai soalan yang berbentuk penyelesaian masalah.

    Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan amalan kaedah pengajaran

    penyelesaian masalah boleh menarik minat murid terhadap matematik dan peningkatan ke atas

    pencapaian matematik mereka.

    1.3 PERNYATAAN MASALAH

    Menurut kajian yang telah dijalankan oleh ahli- ahli matematik, terdapat 5 kategori

    kesilapan murid. Antara yang paling ketara ialah murid tidak boleh menterjemahkan masalah

    dalam soalan penyelesaian masalah terutamanya dalam masalah rajah, masalah cerita dan

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    7/79

    7

    masalah kreatif. Ekoran daripada itu murid hilang minat untuk menjawab soalan berbentuk

    penyelesaian masalah. Mereka tidak berminat untuk menjawab soalan ini dengan alasan tidak

    faham soalan atau malas untuk membaca soalan. Seterusnya mereka mula hilang minat kepada

    mata pelajaran matematik dengan alasan sukar dan membosankan. Justeru, kajian ini dijalankan

    bertujuan untuk melihat adakah kaedah penyelesaian masalah dapat meningkatkan pencapaian

    dan minat murid dalam matematik.

    1.4 TUJUAN KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada kaedah penyelesaian masalah Model Polya

    boleh mempengaruhi minat, sikap dan pencapaian murid dalam matematik tahun 4 dalam tajuk

    operasi bergabung.

    1.4.1 Objektif Kajian

    i. Menentukan pencapaian murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan

    pengajaran penyelesaian masalah Model Polya.

    ii. Menentukan minat murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan

    pengajaran penyelesaian masalah Model Polya.

    iii. Menentukan sikap murid terhadap matematik sebelum dan selepas amalan pengajaran

    penyelesaian masalah.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    8/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    9/79

    9

    Ho6: Tidak terdapat perubahan yang signifikan min skor minat di antara kumpulan

    rawatan dan kumpulan kawalan selepas pengajaran dan pembelajaran

    penyelesaian masalah

    1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

    Sehingga hari ini kita dapati bahawa ramai di kalangan murid tidak dapat menguasai soalan yang

    berupa penyelesaian masalah dan mereka juga tidak tahu untuk mengaitkan pengetahuan

    matematik yang dipelajari dalam bilik darjah dengan alam kehidupan sebenar mereka.

    Oleh itu, salah satu matlamat pendidikan matematik adalah mengajar murid untuk

    menyelesaikan masalah. Salah satu cabaran guru matematik ialah memastikan murid Berjaya

    menyelesaikan masalah menggunakan strategi- strategi tertentu.

    Kajian ini juga akan menentukan sama ada strategi penyelesaian masalah model Polya

    benar- benar dapat membantu menarik minat, membentuk sikap dan seterusnya dapat

    meningkatkan pencapaian murid tahun empat.

    Menurut (Bloom 1968) Pembelajaran Masteri adalah berasaskan kepada falsafah bahawa

    semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh

    keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid

    menguasai pembelarannya. Jadi sekiranya hasil kajian mendapati sebahagian atau kesemua

    objektif yang dinyatakan tidak tercapai maka ini mungkin disebabkan masa yang tidak

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    10/79

    10

    mencukupi atau keadaan yang tidak sesuai membantut murid untuk berminat, bersikap positif

    dan meningkatkan pencapaiannya dalam matematik.

    Dengan kaedah pembelajaran berpusatkan murid, menggalakkan murid mengemukakan

    ideanya sendiri secara tidak langsung dapat memupuk nilai murni seperti semangat bekerjasama

    dan saling membantu antara satu sama lain semasa aktiviti pelajaran Berjaya mencapai matlamat

    dalam pelajarannya.

    1.6 BATASAN KAJIAN

    Bagi kajian ini, pengkaji telah meletakkan beberapa batasan diantaranya ialah:

    1.6.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada tajuk operasi bercampur tahun empat yang melibatkan

    soalan penyelesaian masalah.

    1.6.2 Hanya keputusan ujian pra dan ujian pos sahaja yang diambil kira.

    1.6.3 Penguasaan sifir murid- murid masih di tahap yang lemah menyebabkan murid sukar

    untuk menjawab soalan walaupun memahami konsep darab dan bahagi.

    1.7 DEFINISI OPERASI

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat

    sesuatu (terutamanya yang bersistam atau yang biasa).

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    11/79

    11

    Penyelesaian pula bermaksud perbuatan menyelesaikan (membereskan) sesuatu.

    Sementara masalah pula bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau perkara yang

    menimbulkan kesulitan.

    Menurut definisi Lester seorang ahli matematik dalam tahun 1970an, dalam buku

    penyuburan dan pengkaedahan Matematik oleh Mok Soon Sang,"Masalah merupakan satu

    situasi apabila seorang individu atau kumpulan dikehendaki melaksanakan kerja

    penyelesaiannya. Mereka hendaklah menentukan strategi atau kaedah penyelesaian terlebih

    dahulu sebelum kerja penyelesaiannya. Strategi penyelesaiannya itu harus melibatkan

    perlaksanaan satu set aktiviti yang boleh memberi penyelesaian".

    Menurut Kantowski 1977 "Masalah akan wujud apabila murid menghadapi soalan

    matematik yang tidak dijawab menggunakan maklumat- maklumat yang ada pada mereka ketika

    itu. Apabila murid tersebut berkembang dalam matematik, apa yang menjadi masalah pada masa

    itu boleh bertukar menjadi latihan rutin sahaja pada masa lain".

    Krulik dan Rudlick, 1980 pula mengatakan "Masalah adalah terdiri daripada suatu situasi

    sama ada bersifat kuantitatif atau sebaliknya yang dihadapi oleh murid atau sekumpulan murid.

    Situasi ini memerlukan penyelesaian tetapi murid tersebut tidak mempunyai sebarang kaedah

    atau cara yang jelas untuk menghasilkanpenyelesaian tersebut".

    Noor Shah Saad, 2001 pula mendifinisikan "masalah matematik sebagai satu situasi yang

    mempunyai tujuan yang jelas tetapi mempunyai halangan- halangan kerana tidak ada algoritma

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    12/79

    12

    yang diketahui untuk menghasilkan penyelesaian. Dari segi psikologi, masalah bagi seseorang

    pelajar terdiri daripada fenomena atau situasi yang mencetuskan konflik dan kognitif dalam

    pemikiran pelajar tersebut. Konflik kognitif ini tidak dapat diatasi oleh pelajar dengan

    menggunakan skema tindakan dan skema operasi yang sedia ada".

    1.8 RUMUSAN

    Di dalam bab ini, kajian yang dibuat adalah berkaitan dengan keberkesanan Penyelesaian

    Masalah Model Polya untuk meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk operasi bercampur.

    Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam

    penyelesaian masalah khasnya dalam topik operasi bercampur. Selain itu, kajian ini akan melihat

    sejauah mana tahap penguasaan dan pencapaian murid dapat ditingkatkan dan kesannya terhadap

    pencapaian murid.

    Dengan perlaksanaan pembelajaran Penyelesaian Masalah Model Polya ini akan

    menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ia juga memberi

    peluang kepada murid lemah untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam menyelesaikan

    masalah. Dengan tidak langsung semua murid akan berusaha bersungguh- sungguh untuk

    menampilkan kebolehan diri masing- masing seterusnya memberi faedah kepada mereka.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    13/79

    13

    BAB II

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Literatur Berkaitan

    Menurut laporan tugasan ilmiah yang dijalankan oleh kumpulan Mars

    mengatakan bahawa "seperti yang kita sedia maklum, penggunaan penyelesaian masalah

    untuk menyampaikan isi kandungan matematik masih berada di peringkat awal

    perkembangan matematik. Walau bagaimanapun diharapkan dengan adanya kaedah yang

    bersistematik ini dapat menarik minat lebih ramai pendidik matematik kepada pendekatan

    penyelesaian masalah dalam pengajaran matematik kerana murid- murid juga perlu diberi

    peluang seluas- luasnya untuk menaakul serta mengkomunikasikan hasil- hasil penaakulan

    matematik mereka kepada orang lain. Pendekatan penyelesaian masalah matematik

    merupakan satu kaedah alternatif yang berpotensi untuk dipertimbangkan oleh para pendidik

    matematik".

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    14/79

    14

    Terdapat dua orang pengkaji yang terkenal dalam kaedah penyelesaian masalah

    iaitu Lester dan George Polya sehingga dapat mencipta Model Penyelesaian Masalah dengan

    menggunakan nama mereka sendiri.

    George Polya (1971), telah menggariskan empat langkah proses penyelesaian

    masalah melalui buku beliau yang bertajuk "How To Solve It". Langkah- langkah tersebut

    adalah seperti berikut:

    i. Kefahaman terhadap masalah

    Dalam konteks ini murid- murid bukan sahaja perlu untuk memahami masalah

    tetapi turut mencari penyelesaiannya. Guru perlulah memilih sesuatu masalah yang baik,

    tidak terlalu sukar dan tidak terlalu mudah, wajar serta menarik.

    ii.

    Merangka Perancangan

    Polya mencadangkan satu perancangan mestilah dibentuk atau dirangka oleh

    pelajar sendiri. Perancangan tersebut mungkin berbentuk suatu garis kasar panduan,

    pengiraan dan pembinaan yang perlu dilaksanakan untuk mencari apa yang tidak diketahui.

    iii. Melaksanakan Perancangan

    Polya menekankan bahawa untuk membentuk satu perancangan atau

    menggambarkan idea- idea bagi satu penyelesaian masalah bukan merupakan satu tugas

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    15/79

    15

    mudah. Namun begitu adalah lebih mudah untuk para pelajar melaksanakan strategi- strategi

    yang dirancang sebelum membuat beberapa proses pengiraan.

    iv. Melihat Semula (menyemak)

    Merupakan langkah terakhir dalam penyelesaian masalah. Pada peringkat ini

    semua pengetahuan digabungkan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar juga diminta

    memeriksa keputusan atau hujah yang dipersembahkan. Mereka juga boleh diminta mencari

    kaedah alternative lain untuk mencari jawapan dan penyelesaian.

    2.1 LITERATUR BERKAITAN

    Berdasarkan Model Lester 1978, menyarankan enam peringkat penyelesaian

    masalah iaitu:

    i. Kesedaran masalah matematik

    ii. Kefahaman masalah matematik

    iii. Analisis objektif

    iv. Perancangan strategi

    v. Perlaksanaan strategi

    vi. Prosedur dan penilaian penyelesaian

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    16/79

    16

    Jika dibandingkan dengan Model polya, Model Lester merupakan model yang lebih canggih

    dan lebih berkesan sebagai strategi pengajaran untuk penyelesaian masalah matematik.

    Lester memberi penekanan kepada motivasi murid dengan tujuan untuk menimbulkan

    kesedaran terhadap masalah matematik, sebagai pendorong supaya murid berusaha untuk

    memahami masalah matematik. Lester juga mementingkan proses menganalisa objektif

    soalan merupakan satu unsur yang penting dalam menggunakan kaedah deduktif

    penyelesaian masalah.

    Bransford dan stein (1984) membentuk model penyelesaian masalah yang

    dikenali sebagai IDEAL adalah ringkasan daripada (I) Identifying the problems, (D) Defining

    the problems, (E) Exploring strategies, (A) Acting on ideas dan (L) Looking for the effects.

    Atau dalam Bahasa Melayu bagi (I) mengenalpasti masalah, (D) mendifinisikan masalah, (E)

    mencari kemungkinan masalah, (A) bertindak atau perlaksanaan, (L) menilai kejayaan

    tindakan.

    2.1.1 Model Polya

    Model Polya telah diperkenalkan oleh tokoh matematik yang amat terkenal di seluruh

    dunia iaitu George Polya. Nama sebenar beliau ialah Polya Gyorgy. Beliau telah dilahirkan di

    Budapest, Hungary pada tanggal 13 Disember 1887 dan mati pada 7 September 1985 di Palo

    Alto, California, Amerika Syarikat. Beliau adalah seorang yang berbangsa Hungary. Beliau

    merupakan seorang profesor matematik dari tahun 1914 hingga 1940 di ETH Zrich,

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    17/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    18/79

    18

    Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah

    tersebut ?

    Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?

    Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?

    Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu

    memahamkan masalah ?

    Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

    ii ) Pri nsip kedua : M erangka strategi

    Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih

    strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan

    masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:

    Cuba jaya

    membuat senarai yang tersusun

    mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan

    menggunakan simetri

    menimbangkan kes istimewa

    menyelesaikan persamaan

    melihat pola

    melukis gambar

    menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

    guna model

    bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    19/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    20/79

    20

    mencadangkan kepentingan strategi penyelesaian masalah dalam pengajaran kerana sebarang

    strategi yang dibuat memberi kesan kepada pencapaian murid.

    Selain itu, kajian yang dibuat (Rahim Hj. Mohd Nor), UKM menunjukkan

    bahawa murid bermasalah menterjemah masalah matematik dalam bentuk perkataan dan

    keterangan kepada bentuk ayat matematik. Hasil kajiannya pula mendapati bahawa strategi

    pengejaran dan pembelajaran guru tidak mempengaruhi penguasaan kemahiran penyelesaian

    masalah pelajar dan juga pencapaian pelajar dalam ujian pencapaian matematik.

    Hamdan bin Abdul Manaf (MPKTBR) mengkaji pola kesilapan murid dalam

    penyelesaian masalah, beliau mendapati sebanyak 46.5% adalah pada peringkat pindah

    bentuk, 29.7% kesalahan berlaku pada peringkat kemahiran memproses maklumat, 29.7%

    cuai, 1.8% kesalahan enkod. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar tidak memahami

    masalah dengan baik sebelum membuat penyelesaian masalah. Justeru langkah- langkah

    penyelesaian masalah perlu digunakan dengan berkesan semasa proses penyelesaian masalah

    dijalankan.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    21/79

    21

    2.3.2 MODEL POLYA LEBIH DIGUNAKAN SECARA MELUAS

    BERBANDING MODEL LESTER DAN KRULICH KAJIAN OLEH DAYANG

    ROSITER AWANG IBRAHIM (2001),

    Menurut Krulik dan Rudnick (1989), penyelesaian masalah adalah merupakan satu proses

    yang kompleks dan sukar dipelajari. Ianya mengandungi satu siri tugasan dan proses

    pemikiran yang berkait rapat untuk membentuk satu set corak pemikiran heuristik. Ianya

    merupakan satu keadaan dimana pelajar mesti melaluinya untuk menyelesaikan masalah

    dalam matematik. Heuristik ialah satu kaedah umum yang mana dapat diapliksikan kepada

    semua jenis masalah.

    Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pendidikan

    matematik seperti Model Lester (1975), Model Mayer (1983), Model Polya (1973) dan

    Model Schoenfeld (1985). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Model

    Polya adalah model utama yang digunakan dalam kurikulum matematik berbanding dengan

    model-model lain di mana ianya mempunyai empat langkah yang mudah difahami dan sering

    digunakan dalam penyelidikan matematik di Malaysia.

    Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang

    merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah,

    implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Dalam setiap fasa

    penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    22/79

    22

    memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu

    pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach).

    Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai idea idea penting dalam matematik serta

    memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan

    mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan

    penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea

    idea matematik. Menurut Schroeder dan Lester (1989) sesuatu masalah boleh digunakan

    sebagai satu cara untuk mempelajari isi kandungan dalam matematik.

    Dalam penyelesaian masalah juga terdapat dua jenis masalah iaitu masalah rutin (routine

    problem) dan masalah bukan rutin (non-routine problem). Masalah rutin (routine problem)

    ialah ialah jenis masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan, ianya bertujuan untuk

    melatih pelajar untuk menguasai kemahiran asas terutamanya kemahiran aritmetik yang

    melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan

    pembahagian. Dan juga aplikasi secara terus (direct) yang menggunakan formula matematik,

    mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan.

    Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam matematik

    yang paling mudah atau asas ianya bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep

    algoritma. Manakala masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian

    masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau

    prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah

    bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    23/79

    23

    soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set

    aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi

    yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.

    2.3.2 KAJIAN LUAR NEGARA

    Charles, Lester dan Deffer(1992) menegaskan perkaitan antara penyelesaian

    masalah matematik. Munurut mereka, penyelesaian masalah bukan sahaja melibatkan fakta-

    fakta matematik tetapi juga proses menilai pemikiran dan kemajuan sendiri.

    Munurut Riley, Greeno dan Heller(1982), kebanyakkan pelajar hanya mengikut

    penyelesaian yang diberi oleh guru tanpa memahami masalah yang diberi. Di sini timbul

    bahawa pengajar matematik hanya memberi tumpuan kepada mendapatkan penyelesaian

    masalah yang cepat tanpa membimbing pelajar memahami atau mewakilkan masalah

    matematik dengan berkesan.

    Kajian Mayer(1982), pula menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam

    penyelesaian masalah matematik dapat ditingkatkan dengan latihan- latihan membuat

    perwakilan bagi menyelesaikan masalah

    Schoenfeld(1979) merumuskan bahawa memberi latihan penggunaan strategi

    penyelesaian masalah yang sesuai memberi kesan yang positif dalam meningkatkan prestasi

    pelajar.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    24/79

    24

    2.4 RUMUSAN

    Proses dan tindakan penyelesaian masalah perlu menggunakan pertimbangan

    fikiran, strategi, teknik dan alat yang akhirnya akan menghasilkan keputusan yang tepat dan

    jelas. Peringkat pemahaman masalah merupakan peringkat yang terpenting sebelum dapat

    merancang strategi penyelesaian dan seterusnya menyelesaiakan masalah. Berdasarkan

    kajian- kajian yang terdahulu, kebanyakkannya mendapati bahawa penguasaan terhadap

    penyelesaian masalah dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Pelajar juga akan mempunyai

    daya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah matematik. Seterusnya

    melahirkan masyarakat yang dapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan

    strategi yang terbaik dan menghasilkan impak yang positif.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    25/79

    25

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan, penguasaan dan

    pencapaian pembelajaran matematik dalam kemahiran penyelesaian masalah menggunakan

    Model Polya. Dapatan kajian ini nanti boleh digunakan sama ada menyokong atau menolak

    pendapat tentang penggunaan strategi penyelesaian masalah Model Polya demi

    meningkatkan penguasaan dan pencapaian matematik pelajar. Bab ini menjelaskan tentang

    rekabentuk kajian, populasi dan sample kajian, instrument kajian, prosedur pengumpulan

    data dan prosedur penganalisisan data.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    26/79

    26

    3.2REKABENTUK KAJIAN

    Kajian ini adalah berbentuk kuasi-eksperimen kerana maklumat mudah dikumpul

    dan pengkaji dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan.

    Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah markah yang diperolehi dalam ujian pasca

    bagi mata pelajaran matematik. Manakala pembolehubah tak bersandar pula ialah kaedah

    pembelajaran penyelesaian masalah melalui penggunaan Model Polya. Rekabentuk

    kumpulan rawak ini menggunakan satu kumpulan yang sama sebagai kumpulan rawatan dan

    juga kumpulan kawalan. Pengkaji akan menjalankan pemerhatian selama 5 jam dalam

    tempoh 1 minggu di setiap sekolah yang diambil sampel. Sebelum sesi pertama pengajaran

    bermula kedua- dua kumpulan akan menduduki ujian pra dan pada akhir minggu pengkaji

    akan memberikan ujian pasca kepada semua murid yang berada dalam kumpulan rawatan

    dan kumpulan kawalan. Keputusan kedua- dua ujian akan disemak dan dibandingkan.

    3.3

    POPULASI DAN SAMPEL

    Populasi kajian adalah terdiri daripada murid- murid tahun 4 yang belajar

    di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Seramai 26 orang murid tahun 4 telah diambil

    sebagai sample kumpulan eksperimen. Tajuk Operasi Bercampur akan dipilih sebagai

    tujuan kajian kerana tajuk tersebut akan ditempuhi murid dan sesuai dengan kajian yang

    dijalankan.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    27/79

    27

    3.4 INSTRUMEN KAJIAN

    Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soalan yang

    mengandungi 10 soalan subjektif daripada kemahiran penyelesaian masalah di dalam

    tajuk operasi bercampur yang digunakan untuk ujian pra, soalan yang sama juga akan

    digunakan untuk ujian pasca tetapi akan diubahsuai kedudukan dan angkanya mengikut

    kesesuaian. Satu set borang soal selidik yang akan diberi kepada murid selepas ujian pra

    dan ujian pasca dijalankan untuk mengkaji minat murid dalam tajuk ini khasnya dalam

    mata pelajaran matematik amnya.

    3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

    3.5.1 Markah yang diperolehi oleh setiap murid dalam ujian akan dicatatkan oleh guru.

    Ujian akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum (pra) dan selepas (pasca) ujian.

    Data ini digunakan untuk menganalisis peningkatan pencapaian murid selepas amalan

    pengajaran kaedah penyelesaian masalah.

    3.5.2 Guru mencatat skor yang diperolehi oleh setiap murid melalui kaedah soal selidik.

    Borang soal selidik akan diberikan sebanyak dua kali kepada iaitu sebelum (pra) dan

    (pasca). Data ini digunakan untuk menganalisis minat murid dan sikap murid

    terhadap matematik selepas penggunaan kaedah penyelesaian masalah.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    28/79

    28

    3.6 KAEDAH MENGANALISIS DATA

    Pengkaji menggunalan perisian SPSS (statistical Package For Social Science)

    untuk menganalisis data yang direkodkan daripada ujian pra dan ujian pasca bagi kedua- dua

    kumpulan murid di tiga buah sekolah yang dikaji.

    3.6.1 Statistik Deskriptif- adalah analisis yang digunakan untuk mencirikan item tentang

    bilangan responden dan pencapaian dalam mata pelajaran matematik.

    3.6.2 Statistik Inferens- adalah analisis yang digunakan terhadap data- dat yang diperolehi

    untuk ujian hipotesis. Statistik yang akan digunakan ialah ujian-t. Ujuain-t digunakan

    untuk menentukan perbezaan di antara min dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan

    dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca sebelum dan selepas pengajaran

    dan pembelajaran kemahiran penyelesaian masalah.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    29/79

    29

    3.7 RUMUSAN

    Daripada kajian yang akan dijalankan pengkaji berharap dapat mempertingkatkan

    minat, sikap, pengetahuan, kemahiran dan prestasi murid terhadap pembelajaran matematik

    mereka di sekolah. Selain itu diharapkan dapatan kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh

    para guru untuk melihat kelemahan dalam proses penyelesaian masalah dan memberi

    penekanan terhadap kelemahan yang berkaitan. Apa yang penting adalah murid perlu

    memahami masalah terlebih dahulu dan menggunakan strategi penyelesaian masalah

    matematik yang telah dipelajari.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    30/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    31/79

    31

    4.2 DEMOGRAPHY RESPONDEN

    4.2.1 LOKASI SEKOLAH KAJIAN

    Sekolah yang terpilih untuk dijalankan kajian ini ialah Sekolah kebangsaan Tunku Azizah,

    Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    32/79

    32

    mula beroperasi semenjak tahun 1990, ianya 2 km dari Bandar Kuantan. Terdapat 546

    orang murid yang terdiri daripada 100% murid kaum Melayu.Terdapat 13 buah kelas yang

    mana setiap tahun ( dari Tahun satu hingga tahun 6 ) mempunyai 2 kelas, dan 1 kelas lagi

    merupakan kelas Pendidikan Khas. Bagunan sekolah ini juga terdiri daripada 4 blok, 3

    blok merupakan blok bilik darjah dan 1 blok lagi merupakan blok pentadbiran.

    Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah adalah seorang wanita pertengahan

    umur bernama Puan Hazizah Binti Bujang. Beliau memimpin 69 orang guru yang terdiri

    daripada 44 orang guru perempuan dan 25 orang guru lelaki. Semasa menjalankan kajian,

    penyelidik dibantu oleh seorang guru Matematik yang mempunyai kelayakan dalam

    opsyen Matematik. Beliau bertanggungjawab mengajar Matematik murid-murid tahun 4 , 5

    dan 6.

    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada guru-guru sekolah ini, pengajaran

    Matematik di sekolah ini terbatas kerana kekurangan alatan dan juga kedudukan sekolah

    ini di pinggir bandar yang mana latar belakang murid-muridnya adalah tidak mempunyai

    sikap mementingkan pembelajaran dan lebih berminat untuk keluar bermain dan keluar ke

    pusat-pusat hiburan yang ada di pusat bandar.

    Majoriti daripada murid-murid ini tidak berkesempatan dan berpeluang untuk

    mempraktikan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi dalam matapelajaran

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    33/79

    33

    Matematik kerana latar belakang mereka yang tidak mendedahkan mereka kepada

    kepentingan menguasai kemahiran Matematik. Pengalaman sedia ada mereka dalam

    matapelajaran Matematik sangat-sangat terbatas. Majoriti daripada murid merasakan

    bahawa Matematik adalah satu matapelajaran yang sukar, lebih-lebih lagi bagi latihan

    penyelesaian masalah matematik berayat ini. Oleh itu, motivasi diri dan keinginan untuk

    meningkatkan kemahiran Matematik dengan menggunakan model polya adalah rendah di

    kalangan murid-murid ini atas faktor yang telah dinyatakan.

    4.2.2 PROFIL RESPONDEN

    Responden kajian adalah seramai 26 orang yang terdiri daripada murid-murid kelas Tahun

    4 Bestari di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Disebabkan oleh kekangan masa

    pemilihan responden diadakan secara rawak tanpa mengira jantina, taraf sosio-

    ekonomi,lokasi dan pencapaian akedemik

    Responden yang berjumlah 26 orang adalah terdiri daripada 10 orang murid lelaki

    dan 16 orang murid perempuan. Dari jumlah 26 orang tersebut, penyelidik telah memilih 4

    orang murid sebagai responden yang akan dijadikan kajian

    sepenuhnya dan juga akan ditemubual. Hasil dapatan adalah merupakan data kajian ini.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    34/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    35/79

    35

    4.3 ANALISIS DATA

    Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa program intervensi selama 10 jam ini

    memberikan kesan ke atas pencapaian murid di dalam pasca ujian. Sekiranya program

    intervensi ini berjaya, mestilah terdapat perbezaan yang signifikan diantara purata pra ujian

    dan purata pasca ujian. Dapatan data kajian haruslah membuktikan bukti yang signifikan

    berkaitan dengan penyataan masalah yang telah dinyatakan dalam bab yang terdahulu.

    Ho atau null hypotesis akan diperolehi bilamana tiada perbezaaan yang signifikan

    diantara purata pra ujian dan pasca ujian. Ini bermakna pembelajaran menggunakan model

    polya tidak berkesan kepada penguasaan murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah

    matematik berayat. Ianya ditafsirkan sebagai : ; H0: 1= 2

    Manakala Ha : H1: 1 2 , membawa makna bahawa purata bagi kedua-dua ujian

    tersebut terdapat perbezaan yang signifikan. Terdapat purata yang bertambah

    bagi pasca ujian dan ini bermakna penguasaan murid dalam kemahiran penyelesaian

    masalah matematik berayat adalah lebih baik.

    Ujian-T akan membandingkan purata pra ujian dan pasca ujian yang akan menentukan

    samada untuk menerima atau menolak Ho atau null hypotesis pada aras signifikan iaitu =

    0.05. Jika hypotesis null ini boleh ditolak, kesimpulannya terdapat perbezaan purata yang

    signifikan diantara ujian pra dan pasca ujian.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    36/79

    36

    SOALAN KAJIAN 1 : SEJAUHMANAKAH TAHAP KEBERKESANAN

    PENGGUNAAN MODEL POLYA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

    PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT DI KALANGAN MURID

    TAHUN 4.

    Soalan kajian pertama ini adalah untuk mengukur tahap keberkesanan penggunaan model

    polya dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam

    matapelajaran Matematik dan ianya diukur melalui pencapaian dalam pra ujian dan pasca

    ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini. Jadual di bawah menunjukkan pencapaian

    responden di dalam pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan.

    JADUAL 2 : PENCAPAIAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN

    RESPONDEN PRA

    UJIAN

    GRED PASCA

    UJIAN

    GRED PENINGKATAN

    (%)

    1 44C

    58 C 31.8

    2 50 C 60 B 20.0

    3 54 C 66 B 22.2

    4 44 C 58 C 31.8

    5 58 C 68 B 17.2

    6 50 C 60 B 20.0

    7 42 C 62 B 47.6

    8 44 C 58 C 31.8

    9 44 C 60 B 36.4

    10 56 C 68 B 21.4

    11 60 B 72 B 20.0

    12 62 B 78 B 25.8

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    37/79

    37

    13 60 B 70 B 16.7

    14 58 C 66 B 14.5

    15 64 B 80 A 25.0

    16 48 C 58 C 20.8

    17 46 C 62 B 34.8

    18 62 B 78 B 25.8

    19 58 C 66 B 13.8

    20 50 C 62 B 24.0

    21 66 B 82 A 24.2

    22 60 B 80 A 33.3

    23 54 C 64 B 18.5

    24 56 C 76 B 35.7

    25 60 B 78 B 30.0

    26 60 B 78 A 30.0

    Jadual 2 menunjukkan pencapaian (Skor) responden di dalam format markah dan juga

    grade di dalam pra ujian dan pasca ujian. Ia menunjukkan terdapat peningkatan dalam

    pencapaian responden.

    Ia juga menggambarkan pencapaian individu dalam kedua-dua ujian. Markah minima

    di dalam pra ujian ialah 42 manakala markah minima bagi pasca ujian ialah 58. Nilai

    maksima bagi pra ujian ialah 66 dan nilai maksima bagi pasca ujian ialah 82. Data

    membuktikan peningkatan dalam markah maksima pasca ujian.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    38/79

    38

    JADUAL 3 : UJIAN-T

    Ujian-T : Min (Purata) antara 2 sampel berpasangan ( Paired Two Sample for

    Means)menggunakan SSPS Version untuk Window versi 18

    t-Test: Paired Two Sample for Means

    PASCA UJIAN PRA UJIAN

    Purata 67.60 54.00

    Variasi 66.333 52.667

    Pemerhatian 25

    Kolerasi Pearson 0.891

    Perbezaan Purata Hypotesis 0df (darjah kebebasan) 24

    t Mula -18.394

    Statistics

    PRAUJI PASCAUJI

    N Valid 25 25

    Missing 0 0

    Mean 54.00 67.60

    Median 56.00 66.00

    Std.

    Deviation

    7.257 8.145

    Variance 52.667 66.333

    Minimum 42 58

    Maximum 66 82

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    39/79

    39

    Min atau Purata bagi Pra Ujian ialah 54.00 dan min atau purata bagi Pasca Ujian ialah 67.60.

    Nilai standard-t ialah -18.394, nilai kritikal-t pada = 0.05 dan df (darjah

    kebebasan) ialah 24. Hypotesis null ialah tiada perbezaan statistic yang signifikan diantara

    purata bagi pra ujian dan pasca ujian; H1: 1= 2 Walaubagaimanapun, hypotesis

    alternative ialah H1: 1= 2, ini bermakna purata bagi kedua-dua ujian akan memberikan

    perbezaan yang signifikan. Oleh itu, kajian ini menolak Hypotesis null sekiranya nilai

    statistic t lebih besar daripada nilai kritikal t pada = 0.05 and24 degree of freedom. (df:

    darjah kebebasan)

    Oleh itu, dari keputusan statistic nilai t adalah lebih besar daripada nilai kritikal t

    pada = 0.05 and 24 degree of freedom (df: darjah kebebasan). Sehubungan itu, ia

    merupakan bukti yang signifikan untuk menolak hypotesis null. Seandainya hypotesis null

    ditolak maka hypotesis gantian ( alternate hypotesis) akan diterima. Ianya boleh disimpulkan

    sebagai secara statistiknya terdapat perbezaan yang signifikan diantara min atau purata ujian

    pra dan pasca ujian.

    Min atau Purata pencapaian pasca ujian adalah lebih tinggi daripada min atau purata

    pra ujian (ditunjukkan dalam jadual Paired Samples Statistics di atas) yang mana ianya

    membuktikan bahawa program intervensi memberikan kesan ke atas pencapaian murid yang

    bermakna keberkesanan strategi peta minda dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian

    masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid Tahun 4

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    40/79

    40

    Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Dengan sebab inilah terdapat perbezaan yang signifikan

    di antara purata pra ujian dan purata pasca ujian.

    Peningkatan markah bagi setiap responden, iaitu berdasarkan markah pra ujian dan markah

    pasca ujian dapat ditunjukkan dengan lebih jelas pada graf markah responden melawan

    nombor responden. Graf ini ditunjukkan tentang program interversi dalam pra ujian dan

    pasca ujian.

    GRAF MARKAH RESPONDEN MELAWAN NOMBOR RESPONDEN

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    1 4 7 10 13 16 19 22 25

    RESPONDEN MELAWAN NOMBOR

    RESPONDEN

    Pra Ujian

    Pasca Ujian

    % Peningkatan

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    41/79

    41

    Ringkas kata, penggunaan model polya dapat membantu murid untuk

    menambahbaikkan pencapaian mereka dalam penguasaan kemahiran penyelesaian masalah

    matematik berayat dalam matapelajaran Matematik. Secara statistiknya ia membuktikan murid

    boleh mencapai markah yang tinggi di dalam pasca ujian berbanding pencapaian mereka dalam

    pra ujian. Soalan ujian dalam kajian ini adalah digubal berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Pencapaian markah menunjukkan bukti yang jelas bahawa

    program intervensi menggunakan model polya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran

    penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan murid-murid.

    SOALAN KAJIAN 2 : SEJAUHMANAKAH PENGGUNAAN MODEL POLYA

    DAPAT MENINGKATKAN MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN

    PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT DALAM

    MATAPELAJARAN MATEMATIK?

    Untuk soalan kajian berkaitan dengan meningkatkan minat ini, senarai semak pemerhatian (

    Lampiran 1 ) dan soal selidik menggunakan skala Likert (Lampiran 2) telah digunakan.

    Pemerhatian telah dijalankan ke atas 4 orang responden yang dipilih semasa sessi program

    intervensi ini. Maklumat daripada senarai semak pemerhatian menunjukkan murid-murid

    sangat berminat dengan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat dalam

    matapelajaran Matematik setelah menjalani pembelajaran matematik menggunakan model

    polya.

    Pemerhatian terhadap sikap responden sebelum penyelidik memasuki kelas

    menunjukkan bahawa responden sangat-sangat bersedia untuk mengikuti pelajaran.

    Responden telah tiba tepat pada masanya ke bilik ETeMS di mana sesi pengajaran dan

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    42/79

    42

    pembelajaran Matematik sememangnya dijalankan di bilik ini. Wajah responden juga

    kelihatan ceria. Mereka kelihatan begitu gembira untuk mengikuti sessi pembelajaran

    Matematik ini. Responden juga didapati telah bersedia dengan buku teks dan buku latihan

    mereka dan tidak ada lagi responden yang tertinggal buku sebagaimana yang sering berlaku

    sebelum ini menurut laporan guru responden.

    Diperhatikan juga sikap responden semasa penyelidik memasuki kelas. Didapati

    bahawa responden menunjukkan wajah yang seronok , menyambut penyelidik dengan

    senyuman dan bersedia untuk memulakan pembelajaran. Responden memberikan reaksi yang

    sangat positif dengan akur kepada semua arahan penyelidik. Responden berada dalam

    keadaan yang tenang dan bersedia untuk belajar.Selain daripada target responden, pelajar lain

    juga menunjukkan reaksi yang sangat positif sebaik penyelidik memasuki kelas.

    Semasa penyelidik sedang mengajar, didapati bahawa responden memberikan

    kerjasama yang sangat baik. Responden dan juga kumpulan murid yang lain mengambil

    bahagian dalam pembelajaran secara aktif malah mereka saling bantu-membantu dalam

    belajar kemahiran yang terdapat dalam matapelajaran Matematik.

    Malah murid yang agak lemah sebelum ini dilihat juga telah mula boleh menguasai kemahiran

    dalam matapelajaran ini. Semua responden dan murid lain mengambil bahagian secara aktif

    sebagai satu unit yang sangat berkesan. Keseluruhannya, responden memberikan gambaran

    bersemangat untuk belajar kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dan kepuasan

    serta keseronokan belajar jelas tergambar di wajah mereka.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    43/79

    43

    Selain itu, pemerhatian terhadap maklum balas murid apabila penyelidik

    bertanyakan soalan juga dicatatkan. Maklumat yang terkumpul menunjukkan bahawa

    responden sentiasa yakin untuk menjawab pertanyaan penyelidik, meskipun terdapat juga

    kesalahan dalam jawapan tetapi mereka berani untuk menjawab. Responden dan juga

    kumpulan pelajar yang lain berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab pertanyaan

    penyelidik. Keterbukaan sikap responden memberikan gambaran bahawa penggunaan model

    polya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran penyelesaian masalah

    matematik berayat bagi matapelajaran Matematik.

    Penyelidik juga telah menjalankan pemerhatian terhadap maklum balas responden

    apabila diberikan latihan kerja rumah. Adalah telah didapati bahawa responden tidak

    merungut dengan kerja rumah yang diberikan. 4 daripada 5 responden meminta lebih banyak

    kerja rumah dengan alasan mereka seronok dengan kemahiran baru yang mereka miliki.

    Responden juga menyatakan kesanggupan untuk membantu rakan mereka jika penyelidik

    memberikan soalan kerja rumah yang lebih lagi. Responden dan juga kumpulan murid yang

    lain telah sanggup berjanji untuk menyiapkan tugasan sebagaimana arahan penyelidik.

    Kesimpulannya, responden tidak menunjukkan rasa tidak senang dengan kerja rumah yang

    diberikan malah menunjukkan rasa seronok dan ghairah untuk terus mencuba kemahiran-

    kemahiran yang ada dalam matapelajaran tersebut.

    Akhirnya, penyelidik juga telah mencatatkan pemerhatian terhadap sikap

    responden apabila penyelidik keluar kelas. Responden menunjukkan wajah yang masih

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    44/79

    44

    belum puas untuk belajar lebih banyak tajuk lagi. Mereka juga seakan tidak mempercayai

    masa telah tamat. Semasa penyelidik keluar dari kelas, penyelidik masih boleh terus

    mendengar mereka berbincang tentang pelajaran yang telah dipelajari. 4 daripada 5 responden

    juga memohon responden untuk mengajar mereka untuk seketika lagi. Penyelidik merasa

    pasti bahawa responden amat seronok dengan penggabungjalinan dan penyerapan

    pengetahuan ini yang mana ianya dibuktikan dengan rayuan responden dan juga rayuan dari

    kumpulan murid yang lain agar penyelidik keluar dari kelas sedikit masa lagi.

    Penyelidik juga mendapati bahawa kesan penggunaan model polya ke atas

    responden adalah sangat-sangat baik. Antaranya; sistem pembelajaran kita pada hari ini

    kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya

    menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear. Jadi dengan

    menggunakan model polya, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang

    berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi

    kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan

    kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik

    daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar

    dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak.

    Menggunakan kedua-duanya membuatkan pelajar kita lebih baik dalam pembelajaran

    daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja.

    Selain itu kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. Contohnya

    Nama sebenar saya ialah Farid. Saya tinggal di Melaka. Agak-agak anda berapa perkataan

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    45/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    46/79

    46

    JADUAL 4. KEPUTUSAN SOAL SELIDIK MURID PROGRAM

    INTERVENSI

    Tanda ( ) pada ruangan di bawah :1 tidak setuju 2setuju

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    1

    Adakah kamu berminat dengan subjek

    matematik? 0 100

    Data menunjukkan kesemua 26 murid program intervensi yang membawa kepada skor

    100%, setuju bahawa Matematik adalah subjek yang seronok setelah mengikuti program

    intervensi ini.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    2

    Adakah kamu merasakan pengajaran dan

    pembelajaran matematik membosankan? 100 0

    Untuk item 2, Matematik adalah subjek yang membosankan, kesemua 26 (100% ) orang

    murid program intervensi tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    47/79

    47

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    3

    Adakah kamu berpeluang untuk

    mengeluarkan idea semasa pengajaran dan

    pembelajaran?

    20 80

    80% iaitu seramai 19 orang murid program intervensi bersetuju berpeluang untuk

    mengeluarkan idea semasa pengajaran dan pembelajaran dan seramai 7 orang yang

    mewakili 20% tidak berpeluang mengeluarkan idea.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    4

    Adakah idea kawan-kawan kamu boleh

    diterima? 0 100

    Kenyataan di atas membawa kepada skor 100%.Ini idea kawan-kawan boleh diterima

    tetapi perlu diperjelaskan oleh guru mata pelajaran.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    5Sebelum ini adakah maklumat hanya

    diberikan oleh guru anda sahaja?0 100

    Kesemua 26 orang murid (100%) bersetuju untuk mengatakan maklumat hanya diberikan

    oleh guru sahaja.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    48/79

    48

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    6

    Adakah kamu berpuas hati dengan

    pencapaian kamu dalam matematik setakat

    ini ?

    50 50

    Bagi item 6, seramai 13 orang masih belum berpuas hati dengan pencapaian mereka dalam

    matematik dan selebihnya sudah berpuas hati dan perlu pertingkatkan lagi usaha.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    7

    Adakah kamu merasakan pencapaian kamu

    akan terus meningkat dengan kaedah model

    Polya

    0 100

    Data item 7 menunjukkan bahawa 26 orang (100%) daripada program intervensi bersetuju

    dengan kenyataan pencapaian mereka akan terus meningkat jika kaedah model polya ini

    selalu digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    8

    Adakah kamu mudah memahami

    pembelajaran operasi bercampur dengan

    kaedah model polya?

    0 100

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    49/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    50/79

    50

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    11

    Pernahkan kamu membandingkan kaedah

    polya dengan kaedah lain? 100 0

    Kesemua murid iaitupencapaian sebanyak 100% tidak bersetuju dengan penyataan bahawa

    tidak membandingkan kaedah polya dengan kaedah lain.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    12

    Adakah kamu mula meminati subjek

    matematik? 0 100

    Item ke 12 menyumbang kepada peratusan 100%. Kesemua murid sangat berminat dengan

    kelas Matematik setelah menjalani program intervensi.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    13

    Adakah peruntukan waktu matematik

    seminggu bagi kamu terlalu sedikit ? 100 0

    Kesemua murid iaitu 100% tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Ini kerana mereka

    bertambah minat terhadap subjek matematik.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    51/79

    51

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    14

    Adakah peruntukan waktu matematik

    seminggu bagi kamu terlalu banyak? 50 50

    13 orang daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 50% menyatakan bahawa peruntukan

    waktu matematik seminggu bagi mereka terlalu banyak dan selebihnya tidak bersetuju

    dengan pernyataan tersebut.

    BIL ITEM 1

    (%)

    2

    (%)

    15

    Adakah subjek matematik adalah satu subjek

    yang sukar dikuasai? 60 40

    Item terakhir ini menyumbang kepada data pencapaian 60% pelajar tidak bersetuju dan

    40% sahaja pelajar menganggap subjek matematik adalah satu subjek yang sukar dikuasai.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    52/79

    52

    SOALAN KAJIAN 3 : BAGAIMANAKAH PERSEPSI MURID TERHADAP

    PROGRAM INTERVENSI IAITU PENGGUNAAN MODEL POLYA TERHADAP

    PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT

    DALAM MATAPELAJARAN MATEMATIK?

    Penyelidik telah menjalankan sessi temubual bagi menjawab soalan kajian ke 3 tentang

    bagaimanakah persepsi murid terhadap program intervensi iaitu bagaimanakah persepsi

    mereka terhadap penggunaan model polya terhadap pembelajaran penyelesaian masalah

    matematik berayat dalam matapelajaran Matematik 4 orang responden telah dipilih untuk

    menjalani sesi temubual ini untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi mereka tentang

    soalan kajian ke 3. Sessi temubual telah dijalankan selepas pasca ujian dijalankan. Soalan

    temubual adalah seperti Lampiran 3.

    Responden diminta untuk menyuarakan pendapat mereka berdasarkan soalan dalam

    borang temu bual berstruktur yang telah disediakan.Semua maklumat adalah untuk

    memberikan gambaran responden tentang persepsi mereka terhadap strategi model polya.

    Berikut adalah penyataan secara lisan ( verbatim ) yang dipetik dari sessi temubual bagi

    setaip soalan yang dikemukakan :

    1) Pada pendapat anda, adakah pengajaran matematik dalam program intervensi

    sangat berkesan? Kenapa?

    Ya saya rasa berkesan kerana lebih senang nak faham

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    53/79

    53

    Ya betul berkesan.Saya dah faham banyak perkara. Bagus sangat program ini

    Ya bagus sangat. Berkesan sebab saya dah tahuSaya minat subjek Matematik

    Ya saya suka dah pandai sebab program ni ajar saya. Memang baik

    2) Apakah kesan-kesan positif yang anda perolehi melalui pembelajaran model polya?

    Oh mesti ada banyak. Program ni dahbuat saya seronok belajar Matematik

    Mesti ada banyak kebaikkanlah. Saya jadi lebih yakin belajar penyelesaian masalah

    matematik berayat

    Kesan positif Ada banyak. Paling saya seronok saya faham tentang aspek nak jawab

    matematik berayat ni

    Banyak, antaranya dah tahu tentang cara-cara nak selesaikan masalah matematik ayat

    3)

    Semasa anda menjalani program ini, apakah nilai-nilai positif yang anda perolehi?

    Yakin, ya! saya yakin sangat dengan latihan Matematik yang diberikan pada saya

    Seronok saya seronok dengan kelas Matematik cikgu ini

    Dah tak rasa takut salah lagi untuk membuat latihan matematik berayat

    Belajar sama-sama cara nak cari isi penting dalam ayat bermasalah... Kalu salah tak malu

    dah

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    54/79

    54

    4) Apakah cadangan yang ingin anda kemukakan terhadap program intervensi yang

    telah dijalankan?

    Suruhlah cik gu ni buat lebih lama lagi program ini

    Biar cikgu lain ikut cara cikgu program ni

    Boleh tak cikgu ni buat program seperti ini untuk belajar perkara lain pulak

    Kalau boleh cikgu ni ajar cikgu lain buat program lain juga

    4.4 RUMUSAN

    Pada keseluruhannya dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian yang dikemukakan.

    Dapatan kajian telah dinyatakan dalam bentuk huraian dan jadual iaitu secara kuantitatif dan

    juga kualitataif. Berdasarkan dapatan kajian ini, ianya telah membuktikan bahawa terdapat

    kesan yang signifikan terhadap keberkesanan pembelajaran menggunakan model polya.

    Bab ini juga telah membincangkan demography responden, pra ujian dan pasca ujian yang

    telah dijalankan, sessi pemerhatian dan juga temubual. Kesimpulannya, dapatan kajian

    menunjukkan bukti yang kukuh bahawa terdapat keberkesanan yang signifikan melalui

    program intervensi yang telah dijalankan.

    Tambahan pula, dapatan kajian telah juga menjelaskan bahawa terdapat peningkatan dalam

    penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan murid-murid.

    Dapatan ini membuahkan satu hasil yang amat berfaedah iaitu melalui pembelajaran

    menggunakan kaedah polya khasnya dalam topik penyelesaian masalah matematik berayat

    menjadi satu perkara yang memudahkan dan menggembirakan murid.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    55/79

    55

    BAB 5

    PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

    5.1 PENGENALAN

    Tujuan kajian ini ialah untuk melihat dan mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah

    pembelajaran yang menggunakan kaedah model polya di kalangan murid Tahun 4 di

    Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Kesemua responden menetap di sekitar sekolah dan

    100% berbangsa Melayu. Faktor ini adalah merupakan faktor yang paling penting dan

    dominant dalam mempengaruhi atau mewujudkan keberkesanan kaedah pembelajaran

    menggunakan kaedah model polya dalam penguasaan kemahiran penulisan Bahasa

    Melayu.

    Bab ini melaporkan secara terperinci perbincangan dan implikasi kajian yang telah

    diadakan. Kandungan dalam bab ini ialah rumusan kajian, perbincangan dapatan kajian,

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    56/79

    56

    rumusan dapatan kajian dan implikasi kajian. Adalah diharapkan agar laporan kajian ini

    akan memberikan pengetahuan yang mendalam tentang Kajian Berasaskan Sekolah.

    5.2

    RINGKASAN KAJIAN

    Kajian ini mendedahkan bahawa program intervensi yang menggunakan kaedah model

    polya dalam penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat di kalangan

    murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah. Analisis pencapaian/skor individu

    menunjukkan peningkatan dalam pencapaian di pasca ujian berbanding pra ujian.

    Tambahan pula, data kualitatif yang di catatkan hasil daripada sesi temubual memberikan

    keterangan yang tepat tentang peningkatan minat dan persepsi responden. Analisis

    kualitatif ini telah menunjukkan persepsi responden yang telah menyokong data yang

    membuktikan keberkesanan program intervensi tersebut.

    Kajian ini telah dirancang dengan objektif kajian yang teliti. Penyelidik

    berkehendakkan menggunakan keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah model

    polya dalam matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Secara tidak langsung, penyelidik

    juga menghendaki program intervensi ini memotivasikan murid untuk mempelajari

    Matematik dengan rasa seronok dan yakin.

    Keadah pembelajaran menggunakan model polya telah digunakan dan diajar kepada

    responden kajian selama 10 jam selama 2 minggu. Data telah dikumpulkan melalui pra

    ujian, pasca ujian, senarai semak pemerhatian, senarai soal selidik dan borang temubual

    berstruktur. 4 orang responden telah dipilih dari jumlah 26 orang murid program intervensi

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    57/79

    57

    dan telah didedahkan sepenuhnya dengan kaedah pembelajaran menggunakan kaedah

    model polya. Kaedah ini telah berubah dari rutin biasa guru bercakap dan kapur tulis

    (normal talk and chalk teacher) atau dari semata-mata pengajaran berpusatkan guru

    semata-mata.

    Kumpulan program intervensi ini telah menduduki pra ujian dan pasca ujian. Pra ujian

    adalah untuk mengukur aras pengetahuan sedia ada murid manakala pasca ujian adalah

    untuk mengukur peningkatan pencapaian murid setelah didedahkan dengan program

    intervensi ini.

    5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN.

    Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini, penyelididk ingin mengutarakan

    cadangan kepada pihak terbabit agar dapat melaksanakan kaedah pembelajaran

    menggunakan kaedah model polya dalam pengajaran penyelesaian masalah matematik

    berayat. Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran penyelesaian masalah

    matematik berayat akan turut meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran Matematik,

    sehubungan itu pembelajaran menggunakan kaedah model polya adalah merupakan cara

    yang terbaik untuk mencapai matalamat tersebut.

    Program intervensi ini telah direkabentuk untuk melatih murid menggunakan

    pembelajaran menggunakan model polya yang menggalakkan mereka untuk menguasai

    kemahiran aspek dalam subjek matematik. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    58/79

    58

    input yang signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya menggunakan pembelajaran

    menggunakan model polya untuk menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik

    berayat dikalangan murid-murid tahun 4.

    Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini juga, penyelidik ingin

    mengutarakan cadangan kepada pihak terbabit agar dapat melaksanakan kaedah

    pembelajaran menggunakan model polya dalam pengajaran matematik perlu diutarakan.

    Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik

    berayat akan turut meningkatkan kemahiran murid dalam matapelajaran matematik,

    sehubungan itu pembelajaran menggunakan model polya adalah merupakan cara yang

    terbaik untuk mencapai matalamat tersebut.

    Program intervensi ini telah direkabentuk untuk melatih murid menggunakan pembelajaran

    menggunakan model polya dalam pengajaran matematik dan ianya dapat menggalakkan

    mereka untuk menguasai matapelajaran matematik dengan lebih baik. Kajian ini telah

    membuktikan bahawa input yang signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya

    menggunakan model polya dalam pembelajaran untuk menguasai kemahiran penyelesaian

    masalah matematik berayat dalam matapelajaran matematik di kalangan murid-murid

    tahun 4.

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segalanya. Guru bukan seorang

    guru semata-mata tetapi juga sebagai seorang pemandu, kaunselor, pencipta, pemberi

    teladan, pekerja rutin, pendakwah, pemantau dan penerima kenyataan. Mereka juga

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    59/79

    59

    laksana pencetus wawasan, pendengar, penasihat, penilai, pelakon, penghibur malahan

    1001 macam watak yang sentiasa berubah demi keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran para pelajar. (Utusan Malaysia, 19 Mei 2001). Tanpa guru matematik

    bagaimana seseorang pelajar itu dapat dan cuba menguasai sesuatu kemahiran atau konsep

    matematik. Maka timbullah persoalan adakah pelajar menghafal fakta atau sifir atau

    adakah mereka faham prosedur penyelesaian masalah matematik atau adakah mereka

    hanya meniru daripada kawan tanpa cuba fahami terlebih dahulu.

    Menurut Webb (1989), pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh

    itu pengetahuan guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu.

    Mengikut kajian yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa mereka

    tidak mampu fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu

    melaksana strategi. Oleh itu guru matematik memainkan peranan dalam hal ini dengan

    menunjukkan langkah penyelesaian bersama dengan penggunaan teknik penyoalan agar

    mereka faham, seterusnya menambahkan minat dalam pembelajaran mereka. Penggunaan

    pelbagai contoh dan kaedah penyampaian akan membolehkan pelajar menguasai

    kemahiran penyelesaian masalah dengan baik dan terancang.

    Oleh itu dalam mencapai aspirasi yang dihasratkan, kajian ini telah menyediakan ruang

    bagi para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran matematik,

    maka kaedah pembelajaran menggunakan model polya ini merupakan cara yang terbaik

    dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menjalankannya.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    60/79

    60

    Penyelidik juga berpendapat sebelum program intervensi ini dijalankan, kualiti pengajaran

    matematik boleh dikatakan kurang memuaskan pada keseluruhannya kerana sebahagian

    besar tenaga pengajar sains yang terlibat tidak menerima latihan yang mencukupi.

    Peralatan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran pada 1983 untuk kegunaan

    pengajaran matematik telah usang dan jarang sekali diganti dan ini menjejaskan

    pengajaran guru.

    Kajian ini telah dapat menambahbaikkan aras pengajaran matematik. Pembelajaran

    menggunakan model polya telah dapat meningkatkan kecekapan murid sekaligus telah juga

    dapat menghapuskan salah anggapan dikalangan murid-murid dan juga guru-guru bahawa

    matematik adalah matapelajaran yang susah dan membosankan.

    Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah

    seharusnya menekankan penggunaan model polya dalam pengajaran. Ini selaras dengan

    usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian,

    guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai

    dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung

    kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta strategi mengajar

    seperti menggunakan peta minda yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid

    berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    61/79

    61

    5.4 KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

    Rumusan dapatan kajian membuktikan bahawa program intervensi telah memberikan

    kesan yang positif iaitu pembelajaran menggunakan model polya telah memberikan kesan

    yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penyelesaian

    masalah matematik berayat. Tidak dapat dipertikaikan bahawa data yang diperolehi secara

    kualitatif dan kuantitatif adalah bukti yang kukuh kejayaan program intervensi ini.

    Markah yang diperolehi dari kedua-dua ujian membuktikan bahawa terdapat peningkatan

    pencapaian kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan murid-murid.

    Tambahan pula, dapatan data kualitatif menerangkan terdapatnya kesan-kesan positif

    terhadap pesepsi murid terhadap program intervensi ini. Murid-murid yakin dan percaya

    bahawa program intervensi ini telah membantu mereka dalam menguasai kemahiran

    penyelesaian masalah matematik berayat dalam matematik.

    Dari temubual, soal selidik dan sessi pemerhatian, dapatlah disimpulkan bahawa murid-

    murid telah mempunyai motivasi diri yang tinggi dan lebih yakin untuk menguasai

    kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik

    dengan belajar menggunakan kaedah model polya. Mereka juga telah mencapai grade

    pencapaian yang lebih baik berbanding pencapaian mereka sebelum menjalani program

    intervensi. Mereka benar-benar yakin bahawa program intervensi ini telah membantu

    mereka menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dalam

    matapelajaran Matematik. Sesi temubual juga telah membenarkan responden untuk

    menyuarakan pendapat mereka untuk menambahbaikkan lagi program intervensi ini.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    62/79

    62

    Ringkas kata, Kajian Berasaskan Sekolah ini adalah telah berjaya. Ianya telah

    membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan model polya telah membantu murid-

    murid untuk lebih memahami dan menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik

    berayat dalam Matematik.

    Kajian ini telah berjaya atas beberapa faktor. Pertama, responden telah didedahkan

    sepenuhnya dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan pengetahuan. Kajian ini

    telah dijalankan setiap hari selama 10 jam dan mereka juga telah ditaklimatkan dengan

    kebaikan strategi pembelajaran ini, oleh itu mereka telah benar-benar bersedia secara

    fizikal dan mental untuk menjalani pembelajaran menggunakan peta minda ini.

    Selain daripada itu, responden juga telah berpeluang untuk melihat dan memerhatikan

    bagaimana strategi menggunakan model polya ini dijalankan kerana penyelidik telah

    menjelaskan dan menunjukcara kepada mereka. Jadi, pemahaman mereka lebih mendalam

    kerana pengalaman sebenar dapat dipraktikkan.

    Tambahan pula, kumpulan program intervensi adalah terdiri daripada murid-murid yang

    ghairah untuk belajar kaedah yang baru bagi mereka. Justeru, penyelidik tidak menghadapi

    masalah dari segi kawalan kelas kerana kesemua respoden bersemangat untuk belajar dan

    sentiasa menumpukan perhatian.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    63/79

    63

    Persepsi Murid ke atas matapelajaran Matematik khasnya dalam menguasai kemahiran

    aspek penyelesaian masalah matematik berayat; majoriti murid mempersepsikan

    menggunakan model polya dapat membantu membina kebolehan dan pengetahuan,

    meningkatkan pencapaian dan pembentukan diri dan guru Matematik menggalak mereka

    supaya meminati Matematik. Murid bersikap positif terhadap Matematik, iaitu bila

    dikaitkan dengan kepentingan pelajaran Matematik , belajar Matematik menggunakan

    model polya khasnya bagi topik tersebut. Majoriti murid meminati Matematik dan

    merasakan ianya menyeronokkan, memberikan ilmu pengetahuan dan memberikan

    ketenangan.

    Dapatan kajian juga telah merumuskan bahawa penggunaan model polya iaitu strategi

    yang dibentuk telah mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep

    yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan

    seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa

    yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku

    oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak

    tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang

    abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka

    mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana

    tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

    Kesimpulannya, pelajar telah mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila belajar

    menulis sendiri penulisan mereka. Program Intervensi yang mendedahkan responden

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    64/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    65/79

    65

    pelajarnya. Kaedah pembelajaran menggunakan model polya ini telah dapat memenuhi

    keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

    Ramai pelajar merasa kecewa dan tidak berminat lagi untuk belajar Matematik kerana

    sebelum ini mereka merasakan ianya sesuatu yang amat sukar. Inilah yang telah

    menghancurkan semangat mereka untuk belajar Matematik. Bagaimanapun, kaedah

    pengajaran menggunakan model polya ini telah memecahkan kebuntuan guru dan juga

    pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ianya juga adalah lebih baik dan berkesan

    daripada kaedah tradisional yang selama ini dijalankan iaitu kaedah bercakap dan kapur

    tulis. Ianya lebih berjaya pelajar untuk lebih aktif, bekerjasama, menarik dan

    menyeronokkan.

    Di sebaliknya pula, tidaklah dapat dinafikan juga bahawa kaedah program intervensi ini

    menuntut kepada usaha guru yang lebih kreatif , tekun dan lebihan masa dari guru turut

    perlu guru korbankan. Ianya satu kaedah langkah demi langkah yang memerlukan masa

    yang panjang tetapi akan menunjukkkan pencapaian yang positif. Malangnya, masa sering

    tidak memihak kepada guru kerana guru terikat dengan masa untuk menghabiskan sukatan

    pelajaran yang telah ditetapkan. Guru juga terhad untuk memilih bahan daripada sukatan

    yang telah ditetapkan tersebut. Akibatnya, niat murni guru untuk memantapkan lagi proses

    pengajaran Matematik ini sering terbantut.

    Kesimpulannya, pembelajaran menggunakan model polya ini tetap merupakan salah satu

    kaedah yang terbaik dan terbukti telah dapat meningkatkan kemahiran penyelesaian

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    66/79

    66

    masalah matematik berayat dalam matapelajaran Matematik di kalangan murid-murid

    tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah.

    5.6 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

    Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-

    batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :

    i) Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya pelajar tahun 4 di Sekolah

    Kebangsaan Tunku Azizah sahaja. Soal selidik, pemerhatian , temubual, pra ujian dan

    pasca ujian hanya melibatkan kumpulan yang kecil sahaja. Untuk mendapatkan gambaran

    lebih jelas tentang cirri-ciri responden yang lebih luas, satu kajian dengan responden yang

    merangkumi semua peringkat pelajar boleh dilakukan. Kajian perbandingan yang

    melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis respoden dengan bilangan yang

    lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai kajian pada

    peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat bermanafaat untuk

    golongan pelajar dan juga pendidik.

    ii) Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik percaya bahawa murid lelaki lebih aktif dan

    responsive menjalani program intervensi ini. Oleh itu, satu kajian yang lebih mendalam

    dicadangkan yang akan mengkaji perbezaan jantina dengan kompetensi Matematik yang

    sama dan hasilnya setelah menjalani kaedah program intervensi yang telah dijalankan.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    67/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    68/79

    68

    Vi) Kajian patut dijalankan dalam jangkamasa yang lebih panjang dan lama. Masa

    mempengaruhi keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa faktor masa

    memainkan perananyang sangat penting dalam mendapatkan keputusan kajian. Adalah

    sangat baik sekiranya kajian dijalankan dengan lebih lama kerana in akan membenarkan

    penyelidik lebih memahami dan mengenali responden disamping lebih lama dapat

    memerhatikan tindakbalas responden.

    Vii) Dicadangkan juga kajian dijalankan ke atas topik-topik yang lain dalam pelajaran

    muzik dan geografi. Ini untuk mengukur keberkesanan kaedah pembelajaran menggunakan

    model polya jika dijalankan ke atas topik yang berbeza-beza. Dapatan kajian ini akan

    menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam menjalankan sesi pengajaran mereka

    kelak.

    Viii) Kajian dicadangkan juga agar melibatkan gabungan antara kaedah pembelajaran

    menggunakan peta minda dan juga kaedah yang lain supaya dapatan kajian akan

    menunjukkan pencapaian yang lebih memberangsangkan. Hasilnya para pendidik akan

    menjadi lebih kreatif dalam pengajaran mereka

    xi) Penggunaan teknologi terkini seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran

    multimedia interaktif dalam pendidikan Matematik perlu dilipatgandakan supaya ilmu

    pengetahuan dalam bidang Matematik terutama isu-isu aspek penulisan tidak terbelakang

    atau ketinggalan. Hal ini juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan

    penggunaan ICT dalam sector pendidikan. Untuk itu jawatankuasa kerja perlu dibentuk

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    69/79

    69

    dikalangan guru-guru berkaitan bagi menghasilkan lebih banyak bahan Bantu Mengajar

    Multimedia dalam pendidikan muzik seperti CD-ROM interaktif dan kaedah E-

    Pempbelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran matapelajaran Matematik di

    kalangan pelajar-pelajar. Buat permulaan jawatankuasa ini boleh beroperasi di semua Pusat

    kegiatan Guru yang ada disetiap daerah.

    Guru-guru Matematik harus lebih menumpukan kepada perancangan penulisan

    objektif pengajaran, masa dan aktiviti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    Matematik. Pensyarah Matematik sebaiknya juga menitikberatkan tentang kemahiran

    pembinaan alat bantu mengajar serta menggalakkan unsur-unsur inovasi dalam rekaan alat

    bantu mengajar mereka. Ini dapat membantu guru terlatih membuat pengubahsuaian

    kepada sebarang alat bantu yang sedia ada di sekolah kelak, jika tidak mempunyai alat

    bantu yang sepatutnya dikehendaki.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    70/79

    70

    5.7 RUMUSAN

    Data yang telah didapati membuktikan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan model

    polya boleh meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat dikalangan

    pelajar. Dari temubual, soal selidik dan pemerhatian, didapati bahawa pelajar sangat

    seronok dan berminat dengan pelajaran yang disampaikan. Ianya telah membentuk satu

    sikap positif di kalangan pelajar terhadap pelajaran Matematik khasnya mempelajari aspek

    penyelesaian masalah matematik berayat. Dapatan kajian ini sangat berguna bagi semua

    para pendidik yang sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas

    yang sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

    Keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini mendapati kefahaman murid

    dalam mempelajari penulisan menggunakan model polya adalah tinggi. Tahap amalan

    pelaksanaannya juga tinggi. Namun, tahap amalannya dari perspektif pelajar pula adalah

    sederhana. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya kekangan dan beberapa aspek yang

    memberi kesan kepada amalan menggunakan model polya seperti faktor sikap dan prinsip

    guru itu, prasarana, pentadbir, masyarakat dan lain-lain. Namun begitu, strategi

    menggunakan model polya dalam pengajaran Matematik terutamanya di kawasan luar

    bandar amat perlu diteruskan bagi menjamin prestasi pelajar dalam subjek Matematik

    setanding dengan pelajar di kawasan bandar sekali gus membantu misi negara untuk

    melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan bijak matematik.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    71/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    72/79

    72

    Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

    Darley, John M., Glucksberg, Sm., Kinchla. Ronald A.,(1986) Psychology. New Jersey:

    Prentice-Hall, Inc

    Dennis Coon (2002). Pschology A Journey. USA: Wadsworth Group Dependent and field

    independent cognitive style and this implications.

    Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation.

    New York; Prentice- Hall, Inc.

    Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). Educational Psychology Windows On Classrooms. 5th

    Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.

    Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978). Environmental Psychology (Second

    Editon). New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.

    Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA: The Mc. Graw- Hill

    Companies. Inc.

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    73/79

    73

    LAMPIRAN 1

    INVENTORI DIRI RESPONDEN

    Arahan : Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan atau tulis maklumat dalam ruang yang

    disediakan.

    1. Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan

    2. Bangsa ( ) Melayu ( ) Cina

    ( ) India ( ) Lain-lain

    3. Agama ( ) Islam ( ) Budha

    ( ) Hindu ( ) lain-lain

    (nyatakan)....

    4. Umur :...................................tahun

    5. Kawasan kediaman : ( ) Bandar ( ) Pinggir bandar

    ( ) Luar bandar

    6. Jenis tempat tinggal : ( ) Rumah kampung ( ) Rumah teres

    ( ) Apartment ( ) Rumah pangsa

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    74/79

    74

    7. Bilangan adik beradik ( ) 1-4 orang ( ) 5-8 orang

    ( ) 9-12 orang ( ) lebih 12 orang

    8. Pencapaian dalam matapelajaran ..................................................

    9. Lokasi sekolah ( ) Dalam bandar ( ) lingkungan 2-5km

    ( ) lebih dari 5km dari bandar

    10. Pekerjaan bapa :................................ 11. Pekerjaan ibu :....................................

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    75/79

    75

    Lampiran 2. BORANG SOAL SELIDIK SKALA LIKERT

    Tanda ( ) pada ruangan di bawah : 1tidak setuju 2setuju

    Bil Item 1 2

    1 Adakah kamu berminat dengan subjek matematik?

    2 Adakah kamu merasakan pengajaran dan pembelajaran

    matematik membosankan?

    3 Adakah kamu berpeluang untuk mengeluarkan idea

    semasa pengajaran dan pembelajaran?

    4 Adakah idea kawan-kawan kamu boleh diterima?

    5Sebelum ini adakah maklumat hanya diberikan oleh

    guru anda sahaja?

    6 Adakah kamu berpuas hati dengan pencapaian kamu

    dalam matematik setakat ini ?

    7 Adakah kamu merasakan pencapaian kamu akan terus

    meningkat dengan kaedah model Polya

    8 Adakah kamu mudah memahami pembelajaran operasi

    bercampur dengan kaedah model polya?

    9 Adakah kamu merasa seronok sekiranya idea kamu

    diterima dan betul?

    10 Bolehkan kamu mengaitkan apa yang kamu pelajari

    dengan aktiviti harian kamu?

    11 Pernahkan kamu membandingkan kaedah polya dengan

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    76/79

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    77/79

    77

    Lampiran 3

    SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

    Pemerhatian terhadap

    sikap pelajar sebelum

    guru memasuki kelas

    Kes 1 :

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

    Pemerhatian terhadap

    sikap pelajar semasa

    guru memasuki kelas

    Kes 1 :

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

    Pemerhatian terhadap

    sikap pelajar semasa

    guru sedang mengajar

    Kes 1 :

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

    Pemerhatian terhadap

    maklum balas pelajar

    apabila guru bertanya

    soalan

    Kes 1 :

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

    Pemerhatian terhadap

    maklum balas pelajar

    apabila diberikan

    latihan kerja rumah

    Kes 1 :

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

    Pemerhatian terhadap Kes 1 :

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    78/79

    78

    sikap pelajar apabila

    guru keluar kelas

    Kes 2 :

    Kes 3 :

    Kes 4 :

  • 8/11/2019 Model Polya Thesis

    79/79

    LAMPIRAN 4TEMUBUAL

    5) Pada pendapat anda, adakah pengajaran matematik dalam program intervensi

    sangat berkesan? Kenapa?

    6) Apakah kesan-kesan positif yang anda perolehi melalui pembelajaran model polya?

    7) Semasa anda menjalani program ini, apakah nilai-nilai positif yang anda perolehi?

    8) Apakah cadangan yang ingin anda kemukakan terhadap program intervensi yang

    telah dijalankan?