model pembangunan komuniti -...

11
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(2): 135-145 (2003) Model Pembangunan Komuniti ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press MOHAMMAD SHATAR SABRAN Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia E-rnel: shatar@putra. upm. edu. my Kata kunci: Komuniti, pembangunan komuniti, model pembangunan komuniti ABSTRAK Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, pelbagai projek dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat miskin di negara ini. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan hasrat dan tujuan untuk membebaskan masyarakatnya daripada belenggu kemiskinan tercapai. Walaupun fenomena kemiskinan di negara ini telah menurun, bilangan golongan miskin masih lagi tinggi terutamanya di kawasan luar bandar. Salah satu punca mengapa dan kenapa keadaan sebegini berlaku adalah disebabkan kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan komuniti ataupun desa yang dilaksanakan. Model Pembangunan Komuniti yang memberikan penekanan kepada lima elemen utama dipercayai mampu untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dengan lebih berkesan. Di an tara lima penumpuan utama di dalam model ini ialah pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, teras pembangunan komuniti, proses pembangunan komuniti dan hasil pembangunan komuniti. Model ini menjelaskan dengan terperinci proses yang perlu dilalui oleh setiap masyarakat atau agensi yang berminat untuk membantu golongan miskin di negara ini melalui projek-projek yang dijalankan. Dengan mengikuti proses yang dicadangkan oleh model ini, bukan sahaja masalah kemiskinan dapat diselesaikan dengan berkesan, malah ia mampu untuk membantu negara membuat pelaburan di dalam projek-projek pembangunan masyarakat yang mencapai matlamat penubuhannya. ABSTRACT Since independence in 1957, the government of Malaysia has implemented several projects and programs to help reduce the problem of poverty among the poor in the country. Billions of ringgit have been invested for that purpose. Though the problem of poverty has been reduced, the number of people who are poor remains high especially in the rural areas. One of the reasons for persistent poverty problems is the failure of rural development strategies and programs to alleviate poverty-related problem effectively. The Community Development Model proposed in this article focuses on five major elements believed to be effective in helping to alleviate the problems of poverty among the poor in rural areas. The five elements of the Community Development Model are local leaders, local residents, the core of community development, community development process and the results of community development. This model explains in detail the process that needs to be implemented by communities or agencies which are interested in helping the rural poor resolve the problems of poverty through the implementation of projects or programs. By following the processes suggested in the model, it will not only help resolve the poverty problems but also assist the country to invest in development projects that achieve the intended goals. PENGENALAN Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat di negara ini bebas dari belenggu kemiskinan (Abdul Aziz 2000). Kerajaan telah membelanjakan berjuta-

Upload: lenhan

Post on 08-Mar-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(2): 135-145 (2003)

Model Pembangunan Komuniti

ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

MOHAMMAD SHATAR SABRANJabatan Sains Kemasyarakatan dan PembangunanFakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangor, MalaysiaE-rnel: [email protected]. my

Kata kunci: Komuniti, pembangunan komuniti, model pembangunan komuniti

ABSTRAK

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, pelbagai projek dan programtelah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat miskin di negara ini. Pihakkerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan hasrat dan tujuan untukmembebaskan masyarakatnya daripada belenggu kemiskinan tercapai. Walaupun fenomenakemiskinan di negara ini telah menurun, bilangan golongan miskin masih lagi tinggi terutamanyadi kawasan luar bandar. Salah satu punca mengapa dan kenapa keadaan sebegini berlaku adalahdisebabkan kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan komunitiataupun desa yang dilaksanakan. Model Pembangunan Komuniti yang memberikan penekanankepada lima elemen utama dipercayai mampu untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinanterutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dengan lebih berkesan. Di antara limapenumpuan utama di dalam model ini ialah pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, teraspembangunan komuniti, proses pembangunan komuniti dan hasil pembangunan komuniti.Model ini menjelaskan dengan terperinci proses yang perlu dilalui oleh setiap masyarakat atauagensi yang berminat untuk membantu golongan miskin di negara ini melalui projek-projek yangdijalankan. Dengan mengikuti proses yang dicadangkan oleh model ini, bukan sahaja masalahkemiskinan dapat diselesaikan dengan berkesan, malah ia mampu untuk membantu negaramembuat pelaburan di dalam projek-projek pembangunan masyarakat yang mencapai matlamatpenubuhannya.

ABSTRACT

Since independence in 1957, the government of Malaysia has implemented several projects andprograms to help reduce the problem of poverty among the poor in the country. Billions ofringgit have been invested for that purpose. Though the problem of poverty has been reduced,the number of people who are poor remains high especially in the rural areas. One of the reasonsfor persistent poverty problems is the failure of rural development strategies and programs toalleviate poverty-related problem effectively. The Community Development Model proposed inthis article focuses on five major elements believed to be effective in helping to alleviate theproblems of poverty among the poor in rural areas. The five elements of the CommunityDevelopment Model are local leaders, local residents, the core of community development,community development process and the results of community development. This model explainsin detail the process that needs to be implemented by communities or agencies which areinterested in helping the rural poor resolve the problems of poverty through the implementationof projects or programs. By following the processes suggested in the model, it will not only helpresolve the poverty problems but also assist the country to invest in development projects thatachieve the intended goals.

PENGENALAN

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan padatahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan oleh

kerajaan untuk memastikan rakyat di negara inibebas dari belenggu kemiskinan (Abdul Aziz2000). Kerajaan telah membelanjakan berjuta-

Page 2: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Mohammad Shatar Sabran

juta ringgit bagi memastikan hasrat dan cita-citauntuk membebaskan rakyat di negara inidaripada belenggu kemiskinan tercapai. Pelbagaiprojek telah dijalankan oleh pihak kerajaanuntuk mencapai hasrat tersebut. Antara projek­projek utama yang telah dijalankan untuk tujuantersebut ialah projek Kemajuan Masyarakat(KEMAS) , Federal Land Development Authonty(FELDA), Gerakan Desa Wawasan (GDW) , ProjekKesejahteraan Rakyat (PPRT) dan projekAmanah Ikhtiar Malaysia (Chamhuri 2000).

Pada keseluruhannya, fenomena kemiskinandi negara ini telah menurun, namun bilangangolongan miskin masih lagi dianggap seriusterutamanya di kalangan masyarakat di luarbandar. Salah satu punca mengapa dan kenapakeadaan sebegini berlaku adalah disebabkankegagalan dan kurangnya keberkesanan dasardan strategi pembangunan komuniti ataupunpembangunan desa yang dilaksanakan (Ishak1992, 1994). Mengikut laporan statistik yangtelah dikeluarkan oleh Rancangan MalaysiaKelapan (RM8) , peratus golongan miskin dinegara ini terutamanya yang tinggal di luarbandar ialah di antara 11 % hingga 13% (Malaysia2001). Walaupun peratus kemiskinan di negaraini berada pada tahap yang rendah, usaha danperancangan perlulah dilaksanakan untukmemastikan hasrat kerajaan mencapaikemiskinan sifar menjelang tahun 2020terlaksana dengan jayanya.

Menyedari keadaan sedemikian pihakkerajaan dan juga agensi-agensi bukan kerajaantelah melaksanakan pelbagai perancangan danprogram untuk tujuan pembasmian kemiskinan.BeIjutajuta ringgit telah dibelanjakan oleh pihak­pihak yang terlibat untuk membasmi masalahkemiskinan ini. Walau bagaimanapun, fenomenadan jumlah masyarakat miskin masih lagi wujud,malah ada di antara masalah tersebut menjadisemakin serius terutamanya di era globalisasi ini(Chamhuri 2001). Persoalannya sekarang ialahdi manakah silapnya?

Berdasarkan kepada senario tersebut,makalah ini ditulis untuk memberikan penjelasandan penerangan mengapa dan kenapa perkaratersebut boleh berlaku dan bagaimanakahinsiden tersebut dapat dielakkan. Modelpembangunan komuniti yang akan ditonjolkandi dalam makalah ini mungkin mampu untukmemberikan penjelasan dan penyelesaianterhadap masalah yang dihadapi selama ini.

Sebelum perbincangan mengenai modeltersebut dibuat, adalah perlu untuk memberikanpenjelasan asas tentang perkara yang berkaitandengan pembangunan komuniti, seperti defmisi,objektif dan kepentingannya ke arahpembangunan masyarakat untuk membasmimasalah kemiskinan ini.

APA lTV PEMBANGUNAN KOMUNITI

Terdapat pelbagai definisi tentang pembangunankomuniti. Defmisi ini berbeza-beza bergantungkepada lokasi dan budaya serta masyarakat yangterlibat. Walau bagaimanapun terdapat beberapaciri yang utama yang menyamakan definisipembangunan komuniti ini tanpa mengira dimana pembangunan komuniti ini dipraktiskan.Mengikut Ploch (1976), pembangunan komunitiialah penglibatan yang aktif daripada masyarakatsetempat untuk menjalankan program-programyang dapat meningkatkan kualiti kehidupanmereka. Hope (1980) pula melihatpembangunan komuniti sebagai satu proses.Mengikut beliau, proses ini bermula daripadamengenal pasti masalah masyarakat yang terlibatsehinggalah kepada proses penyelesaian masalahtersebut. Mengikut Hope, perubahan akan dapatdirasai oleh masyarakat yang terlibat sekiranyaproses ini disertai oleh semua pihak sarna adapihak ker~aan, bukan kerajaan dan masyarakatitu sendiri.

CDA atau Community Development Academy(1997) pula melihat pembangunan komuniti inisebagai penglibatan daripada semua pihak danagensi untuk mencapai matlamat yang sama iaitumemperbaiki kualiti kehidupan masyarakat yangterlibat. Mengikut CDA, pembangunan komunitiialah usaha yang menyeluruh dan bersungguh­sungguh daripada semua pihak yang terlibatsarna ada secara langsung atau tidak untukmencapai matlamat dan objektif yang telahditentukan. Elemen-elemen seperti keIjasama,toleransi dan memaksimumkan penggunaansumber-sumber dalaman merupakan sebahagiandaripada perkara yang ditekankan oleh CDAuntuk mencapai matlamat yang ditentukan.

Berdasarkan kepada beberapa definisipembangunan komuniti di atas, dapatdirumuskan bahawa pembangunan komunitiialah usaha yang bersungguh-sungguh daripadasemua pihak terutamanya masyarakat yangterlibat untuk memperbaiki taraf hidup dankualiti kehidupan mereka. Elemen-elemenkerjasama dan penggunaan segala sumber yang

136 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003

Page 3: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Model Pembangunan Komuniti

ada adalah perkara penting untuk memberikankejayaan kepada usaha memperbaiki kualitikehidupan masyarakat yang terlibat.

TUJUAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

Seperti definisi pembangunan komuniti, tujuanpembangunan komuniti juga berbeza-bezabergantung kepada budaya, lokasi dan jenismasyarakat setempat. Walau bagaimanapun,secara umumnya tujuan utama pembangunankomuniti ialah untuk memperbaiki taraf hidupataupun kualiti kehidupan masyarakat di tempattersebut.

Pembangunan komuniti membantu untukmempertingkatkan kualiti sosial dan ekonomimasyarakat komuniti. Ianya menyediakan rangkakerja yang jelas untuk membolehkan masyarakatyang terlibat bekerjasarna dan saling bantu­membantu di antara satu sarna lain, berkongsiwawasan dan tanggungjawab untuk kebaikan dankem.yuan bersama. Pembangunan komuniti jugamembantu masyarakat yang terlibat untukberdikari dan mempunyai sifat jati diri yangtinggi. Dengan sikap sebegini masyarakat yangterlibat mampu untuk menentukan hala tujukehidupan mereka dan juga mengenal pastimasalah-masalah yang mendatang (Hayes 1981).

Tujuan pembangunan komuniti yang lebihkomprehensif telah dijelaskan oleh Christenson,Fendley dan Robinson (1989). Mengikut mereka,tujuan utama pembangunan komuniti ialahuntuk membantu masyarakat memperbaikikeadaan sosial dan ekonomi mereka. Rasionalyang digunakan oleh mereka ialah masyarakatadalah subjek dan bukan objek. Oleh yangdemikian sekiranya sesebuah masyarakatmenghadapi sesuatu masalah maka agensi danmasyarakat yang terlibat haruslah melakukansesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut

Pembangunan ekonomi

Pendidikao

lain-lain perkara

Pembangunan infrastruktur

dan bukan hanya sekadar memberi komen tanpasebarang usaha dan reaksi yang wajar.

MENGAPA PEMBANGUNAN

KOMUNITI PENTING

Pembangunan komuniti ini penting kepadamasyarakat berdasarkan kepada dua sebab utamayang berikut:1. Pembangunan komuniti menyediakan

rangka kerja yang sistematik untukpembangunan masyarakat terutarnanya didalam usaha membasmi kemiskinan.

2. Pembangunan komuniti penting untukkejayaan jangka panjang di dalam eraglobalisasi.

Dua perkara tersebut arnat penting keranapembangunan komuniti merupakan sebuahpayung yang besar yang di bawahnyamengandungi pelbagai aspek dan aktiviti yangberkaitan dengan masyarakat. Pendidikan,kesihatan, perumahan dan kepimpinanmerupakan sebahagian daripada elemen yangberada di bawah payung pembangunan komuniti.Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripadaelemen yang berada di bawah payungpembangunan komuniti ini.

PEMBANGUNAN KOMUNITI DANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

Pada masa kini didapati sebahagian besardaripada masyarakat dunia sarna ada di negaramembangun ataupun sedang membangun yangmenggunakan pendekatan pembangunankomuniti sebagai kaedah utama untuk membantumasyarakat mereka dalam mempertingkat kualitikehidupan masing-masing terutamanya dikalangan masyarakat miskin luar bandar.

Pembangunan perumClhan

Kesihatan

Pembangunan kepimpinan

Pembangunan pertanian

Rajah 1: Elemen-elemen yang dipayungi oleh pembangunan komuniti

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003 137

Page 4: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Mohammad Shatar Sabran

Pendekatan ini dibuat berdasarkan kepadastrategi-strategi yang tertentu bergantung kepadamasyarakat yang terlibat.

Adalah amat penting untuk diketahuibahawa pembangunan komuniti tidakmenyediakan strategi-strategi yang berkonsepkanone size fits all. Oleh yang demikian, masyarakatmempunyai kebebasan memilih strategi yangefektif untuk mencapai matlamat dan objektifmasing-masing. Misalnya di Thailand,pembangunan komuniti digunakan sebagaikaedah untuk memantapkan lagi institusikeluarga, aktiviti pembangunan ekonomi, danpengurusan sumber asli dan alam sekitar. Bagimasyarakat di Thailand kaedah pembangunankomuniti yang sebegini amat efektif untukmemperbaiki dan mempertingkat kualitikehidupan masyarakat mereka (CDD 2000).

Di Bangladesh, Sri Lanka dan India,pemberian kredit mikro digunakan sebagaistrategi pembangunan komuniti untukmembantu masyarakat miskin meningkatkanpendapatan mereka. Di Malaysia, projek-projektertentu digunakan untuk membantu masyarakatmiskin memperbaiki taraf kehidupan mereka.Projek Pembangunan Manusia Asas Kampung(PMAK), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), danprojek Ladang Merdeka merupakan sebahagiandaripada contoh projek yang digunakan untukmencapai tujuan tersebut (Sabran 2001).

Walaupun kaedah atau pendekatanpembangunan komuniti ini telah diguna pakaihampir di seluruh dunia namun hasilnya masihlagi tidak setimpal dengan perbelanjaan tenagadan wang ringgit yang dicurahkan untuk tujuantersebut. Di Bangladesh, Sri Lanka, India danPakistan masih lagi terdapat ramai masyarakatyang miskin walaupun terdapat pelbagai projekdan program pembangunan komuniti di negara­negara tersebut.

Di negara Malaysia sendiri, seperti yang telahdijelaskan sebelum ini, masih lagi terdapatsebahagian besar masyarakat yang berada dibawah garis kemiskinan, terutamanya masyarakatdi luar bandar. Walaupun kerajaan telahmembelanjakan beIjutajuta ringgit melaluipelbagai projek pembangunan komuniti, namunhasilnya masih lagi jauh daripada apa yangdisasarkan (Malaysia 1997).

Persoalannya sekarang kenapa dan mengapakeadaan yang sedemikian berlaku? Di manakah

silapnya? Persoalan-persoalan ini mungkin dapatdijawab oleh Model Pembangunan Komuniti.

MODEL PEMBANGUNAN KOMUNITI

Model pembangunan komuniti ini telahdibentuk selepas mengambil kira pelbagaiperkara dan kriteria untuk membangunkan danmenaikkan kualiti kehidupan masyarakat. Modelini dibentuk hasil daripada perbincangan yangdibuat di beberapa persidangan dan seminarantarabangsa pembangunan komuniti. Antarapersidangan dan seminar antarabangsa yangtelah membantu menghasilkan model ini ialahseperti berikut:1. Seminar Pembangunan Luar Bandar di Iran2. Bengkel Pembangunan Komuniti Bersepadu

di Taiwan3. Seminar Pembangunan Komuniti Berkesan

di Sri Lanka4. Seminar Kredit Mikro untuk Pembangunan

Komuniti di Bangladesh5. Seminar Fasilitator untuk Pembangunan

Komuniti di Indonesia6. Konferensi Green Productivity dan

Pembangunan Komuniti di Singapura7. Woksyop Konsep dan Kaedah Pembangunan

Komuniti di Kuala Lumpur

Selain daripada seminar dan bengkel di atas,beberapa penyelidikan mengenai pembangunankomuniti yang dibuat juga telah menyurnbangke arah pembentukan model tersebut (Sabran1992, 1999). Di antara penyelidikan-penyelidikanyang telah membantu kepada pembentukanModel Pembangunan Komuniti ini ialah sepertiberikut:1. Leadership and the success of community

development project in Malaysia.2. The impacts of Integrated Development

Projects on poverty in Malaysia

Model Pembangunan Komuniti iniditunjukkan dengan lebih jelas di dalam Rajah2. Model Pembangunan Komuniti ini mempunyailima elemen yang utama. Elemen-elementersebut ialah:1. Pemimpin masyarakat2. Masyarakat tempatan3. Teras pembangunan komuniti4. Proses pembangunan komuniti5. Hasil pembangunan komuniti

138 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003

Page 5: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Model Pembangunan Komuniti

Semua elemen tersebut berkait rapat di antarasatu sarna lain. Kejayaan di setiap bahagianmerupakan titik. penentu kepada kejayaan dibahagian-bahagian yang lain di dalam modelini. Kegagalan di satu bahagian merupakan titikpermulaan kepada kegagalan di bahagian yanglain.

Pemimpin Masyarakat dan Masyarakat Tempatan

Mengikut Campbell (1997) pemimpinmasyarakat ialah seorang individu yangmenjalankan tugas dan tanggungjawab untukmencapai sesuatu matlamat yang dikehendakiumum. Bagi tujuan tersebut, individu yangterlibat haruslah mampu untuk meyakinkan danmemotivasikan masyarakat untuk bekerjasamadan saling bantu-membantu untuk mencapaihasrat dan matlamat tersebut. Pemimpinmerupakan individu yang penting kerana dapatmembantu masyarakat yang terlibat untukmenyusun dan merancang program-programberdasarkan kepada kehendak semasa masyarakattersebut (Killacky and Karam 1993).

Campbell juga menyatakan bahawapemimpin bukanlah seseorang yang memberikanarahan kepada orang bawahannya. Pemimpinialah seseorang yang sanggup membuat semuaperkara bersama-sama dengan masyarakat yangterlibat untuk mencapai matlamat yangdipersetujui bersama. Fenomena inilah yangdinamakan sebagai jaringan yang menyeluruhataupun web of inclusion (CDA 1997).

Untuk membolehkan seseorang pemimpinmencapai peringkat yang sedemikian, pemimpintersebut haruslah mempunyai tiga ciri yangberikut:1. Memahami harapan dan pandangan

masyarakat yang terlibat;2. Mempunyai pandangan yang jauh untuk

kebaikan dan kemajuan masyarakat tersebut;3. Mempunyai kemahiran dan ski! kepimpinan.

Mengikut perspektif pembangunankomuniti, masyarakat tempatan pula ialahmereka yang tinggal di dalam komuniti yangterlibat. Mengikut perspektif ini, masyarakat

•............ _ _ --.. . . ~

". .

KOMUNIKASIKomitmenKepercayaanPenglibatao

Proses PembangunanKomuniti

........................y

..Hasi I Pembangunan Komuniti

Pembangunan fizikalPembangunan sosialPembangunan sahsiah

Rajah 2: Model pembangunan komuniti

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003 139

Page 6: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Mohammad Shatar Sabran

tempatan ialah masyarakat yang sentiasa pekadan sentiasa mengambil tabu apa yang berlakudi dalarn masyarakat mereka. Mengikut perspektifini, pemimpin masyarakat dan masyarakattempatan haruslah bekerjasarna di antara satusarna lain.

Kedua-dua pihak ini perlulah sentiasaberbincang di antara satu sarna lain untukkemajuan dan pembangunan masyarakattersebut. Kedua-dua kumpulan ini haruslahmempunyai kemahiran dan strategi komunikasiyang berkesan agar matlarnat dan objektif untukkemajuan dan pembangunan masyarakattercapai. Untuk membantu mereka mempunyaikemahiran komunikasi berkesan, kedua-duakumpulan ini haruslah memastikan kewujudanempat elemen berikut di dalam proseskomunikasi mereka:1. Kedua-dua pihak perlulah mempunyai

komitmen yang kuat dan bersungguh­sungguh untuk memajukan masyarakattersebut;

2. Sifat percaya-mempercayai perlulah wujuddi antara kedua-dua pihak iaitu pemimpindan masyarakat tempatan;

3. Setiap individu yang ada di dalarn masyarakattersebut perlulah diberikan peluang untukmelibatkan diri di dalarn semua aktiviti yangdijalankan dalarn masyarakat tersebut. Tidakada yang dikecualikan kecuali atas kehendakdan kemahuan mereka sendiri;

4. Kejayaan dan kegagalan yang diperolehperlulah dikongsi bersarna oleh semua pihakterutarnanya pemimpin dan masyarakat yangterlibat. Oleh yang demikian budayamenuding jari dapat dielakkan daripadaberlaku dalarn masyarakat.

Melalui proses komunikasi yang sedemikian,adalah diharapkan agar pemimpin danmasyarakat yang terlibat akan mudah untukmencapai kata putus ataupun persetujuan didalam semua perkara yang melibatkanmasyarakat tersebut. Sebarang perbezaan danjurang yang wujud di antara pihak-pihak yangterlibat akan mudah diselesaikan sekiranya semuapihak yang terlibat bersedia untuk mengamalkancara dan kaedah komunikasi berkesan. Denganadanya komunikasi dan persetujuan yangsebegini masyarakat tersebut boleh mencapaikemajuan dan pembangunan yang diharap­harapkan oleh semua.

Teras Pembangunan Komuniti

Teras pembangunan komuniti ialah peringkatyang kedua di dalarn model ini. Peringkat iniharus dilalui oleh setiap masyarakat ataukomuniti untuk mencapai pembangunan dankejayaan yang diharap-harapkan. Peringkat iniwalau bagaimanapun hanya boleh dilaluisekiranya persetujuan telah dicapai di peringkatyang pertama iaitu di antara pemimpin danmasyarakat tempatan yang terlibat. Kejayaanmencapai persetujuan di peringkat yang pertamadi atas adalah penentu kepada kejayaan diperingkat ini. Fungsi utama bahagian ini ialahuntuk memastikan kedua-dua pihak iaitupemimpin dan masyarakat yang terlibat telahmempunyai persediaan yang cukup baik dariaspek sosial ataupun fizikalnya untuk menerimaprojek ataupun program yang akan dijalankandi dalam masyarakat tersebut.

Untuk memastikan matlamat ini tercapai,pelbagai kaedah dan strategi dijalankan. Salahsatu daripada kaedah yang boleh digunakanialah dengan memberikan ceramah motivasikepada mereka yang terlibat. Ceramah ini perludan penting kerana ia marnpu memberikankesedaran kepada masyarakat yang terlibatmengenai keperluan dan perkara-perkara yangboleh membantu mereka untuk mencapaikejayaan dan kemajuan yang diinginkan. Selaindaripada itu kaedah lawatan sambil belajar kekawasan-kawasan yang berjaya juga bolehdigunakan untuk menaikkan semangat danmotivasi masyarakat yang terlibat. Terdapatempat bahagian utama yang perlu didedahkankepada masyarakat yang terlibat untukmembolehkan tujuan dan hasrat teraspembangunan komuniti tercapai. Perkara­perkara tersebut ialah seperti yang dipaparkandi dalam Rajah 3 .

Adalah diharapkan dengan adanya langkah­langkah yang sebegini, ianya dapat membantukedua-dua pihak pemimpin dan masyarakattempatan untuk lebih bersedia dengan komitmenyang cukup untuk menerima projek dan programyang akan dijalankan di kawasan mereka.

Berdasarkan kepada Rajah 3, didapatibahawa pembangunan komuniti mempunyaipelbagai teras yang perlu diambil kira untukmemastikan pelaksanaan pembangunankomuniti mampu mencapai matlamat yangdiharapkan. Setiap elemen yang wujud di dalamteras tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

140 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003

Page 7: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Model Pembangunan Komuniti

1. Prinsip pembangunan komuniti

2. Nilai dan kepercayaan

3. Andaian

4. Prinsip amalan baik

Rajah 3: Teras pembangunan komuniti

Sebagai contoh, prinsip amalan baik mempunyaielemen-elemen yang tersendiri dan begitu jugadengan prinsip pembangunan komuniti, nilaidan kepercayaan dan andaian. Rajah 4, 5, 6 dan7 menunjukkan dengan lebih terperinciberhubung dengan elemen-elemen yang wujuddi dalam setiap bahagian yang menjadi teraskepada pembangunan komuniti (PK).

Untuk membolehkan sesuatu pembangunankomuniti mencapai matlamatnya dengan carayang berkesan, semua perkara dan elemen yangtelah dibincangkan di atas perlu dilalui terlebihdahulu. Kedua-dua pihak terutamanya pemimpin

masyarakat dan masyarakat tempatan haruslahmemastikan semua perkara tersebut dapatdilaksanakan atau diimplementasikan di dalamprogram pembangunan komuniti di tempattersebut. Seandainya perkara tersebut gagaluntuk diimplementasikan, maka amatlah sukarbagi masyarakat tersebut melihat kejayaan yangdiharap-harapkan.

Ini adalah disebabkan di dalam modelpembangunan komuniti ini, setiap bahagianmemainkan peranan yang sarna penting.Kejayaan atau kegagalan di satu bahagian akanmenentukan kejayaan atau kegagalan di

Hak untuk melibatkan diri

Hak untuk berinteraksidengan individu lain

Motivasi melaluiinteraksi danpenyeltaan

Hak untuk berusaha menjaga alamsekitar

Penyertaan secara demokrasi

Membangunkan keupayaan individu dan kllmpulan

Rajah 4: Nilai dan kepercayaan pembangunan komuniti (PK)

Hak untuk penyertaan

Hak untuk didengar

Penglibatan untukmewujudkan komuniti

Sistem yang menyeluruh

Maklumat yang tepat

Perubahan memerlukanpemahaman

Penyertaan yang menyeillruh dari semua pihak

Rajah 5: Prinsip pembangunan komuniti (PK)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003 141

Page 8: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Mohammad Shatar Sabran

Pernbelajaran rnelalui penyertaan

Pembelajaran tingkah laku

Tingkah laku yangrasional

Arah tuju

Mewu;udkan dan rnerancangalam sekitar

Rajah 6: Andaian pembangunan komuniti

Keupayaan pemimpin

Mengelakkan perkaraburuk

Perkongsianpernimpin

Penglibatan yang aktif daripadamasyarakat

Mengenal pasti rnasalah

Memahami kesan daripadakaedah penyelesaian alternatif

Rajah 7: Prinsip amalan baik komuniti (PK)

keseluruhan model ini. Kejayaan masyarakat danpemimpin tempatan melalui proses teraspembangunan komuniti ini akan membolehkanmasyarakat tersebut melangkah ke peringkat yangseterusnya iaitu proses pembangunan komuniti.

Proses Pembangunan Komuniti

Proses pembangunan komuniti merupakanbahagian di mana berlakunya implementasiterhadap projek atau program yang telah dipilihuntuk dilaksanakan oleh masyarakat yang terlibat.Mengikut model pembangunan komuniti, dibahagian inilah masyarakat dan pemimpintempatan berpeluang untuk menjalankan projekatau program pembangunan komuniti sendirisetelah menjalani pelbagai latihan danpersediaan sebelum ini. Oleh yang sedemikian,proses pembangunan komuniti merupakanbahagian yang terpenting sekali di dalam modelini.

Untuk memastikan proses implementasiprojek dapat dijalankan dengan cara yang efektif,beberapa peringkat perlu diambil. Mengikutapa yang dicadangkan oleh Akafor (1982),terdapat sekurang-kurangnya lima peringkatyang perlu dilaksanakan di dalam prosespembangunan komuniti ini. Lima peringkattersebut ialah seperti berikut:

1. Mewujudkan kesedaran umum di kalanganmasyarakat yang terlibatTujuan utama peringkat ini ialah untukmeyakinkan masyarakat bahawa mereka perlulahberkeIja keras untuk menjayakan projek atauprogram yang dijalankan di kawasan mereka.Agensi-agensi lain seperti kerajaan ataupun swastaakan membantu mereka untuk mencapaikejayaan tersebut. Di peringkat ini jugamasyarakat yang terlibat diberitahu bahawakeperluan setiap masyarakat adalah berbeza-beza.Oleh yang demikian mereka perlu melaksanakanprojek ataupun program pembangunan komunitiyang menepati kehendak masyarakat setempat.

2. Analisis yang sistematik tentang masalah yangwujudDi peringkat ini masyarakat haruslah tabu bahawasetiap masyarakat mempunyai masalah dan carapenyelesaian yang tersendiri. Oleh yangdemikian, setiap masyarakat perlulah kreatif daninovatif ketika berhadapan dengan suasanaseperti ini. Sumber-sumber dalaman dan luaranperlulah digemblengkan untuk mendapatkanhasil yang maksimum di dalam usaha untukmembangunkan komuniti yang terlibat.

142 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003

Page 9: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Model Pembangunan Komuniti

3. Melatih ketua projekTujuan utama peringkat ini ialah untukmemastikan ketua projek yang telah dilantikmampu untuk menjalankan tanggungjawabmereka dengan jayanya. Langkah yang pertamayang perlu dilakukan ialah dengan melantikketua projek secara demokratik. Telah banyakpenyelidikan yang membuktikan salah satu puncakegagalan projek adalah disebabkan perananpemimpin itu sendiri (Sabran 1999). Kesilapanmelantik pemimpin akan memberikan kesanyang buruk terhadap kejayaan projek yangdijalankan. Kerjasama dan bantuan masyarakatmungkin sukar diterima oleh pemimpin yangtidak dipilih secara demokratik oleh masyarakatyang terlibat. Oleh yang demikian, pemimpinyang dipilih hendaklah pemimpin yang telahdipersetujui oleh masyarakat yang terlibat denganprojek atau program yang dijalankan.

4. Penglibatan masyarakatPenglibatan masyarakat di dalam projek danprogram pembangunan komuniti amatlahpenting. Ini adalah disebabkan hanya denganpenglibatan yang menyeluruh, masyarakat akanmerasakan projek atau program yang dijalankanadalah hak mereka bersama. Sekiranya projekatau program tersebut hanya disertai olehsebahagian kecil masyarakat sahaja, kejayaannyaamatlah diragui kerana masyarakat ramai padakeseluruhannya tidak akan memberikankerjasama yang sepatutnya kepada projektersebut (CDA 1997).

5. Mewujudkan keyakinan dan hubungan dengankumpulan luarPemimpin dan masyarakat yang terlibat denganprojek pembangunan komuniti haruslahberusaha untuk mewujudkan keyakinan diri yang

kuat untuk menjayakan projek tersebut.Hubungan yang kukuh juga perlu diwujudkandengan semua pihak yang mampu untukmembantu menjayakan projek tersebut sepertipihak kerajaan, agensi-agensi bukan ker.yaandan sebagainya. Usaha-usaha seperti inimerupakan komponen yang penting yang bolehmembantu tercapainya matlamat pembangunankomuniti yang dijalankan selain daripadakerjasama yang erat di antara pemimpin danmasyarakat tempatan yang terlibat.

Selain daripada Okafor, Cawley (1989) danFischer (1989) juga memberikan penjelasan yanghampir sama seperti yang telah dijelaskan olehOkafor tentang proses pembangunan komuniti.Walau bagaimanapun, mereka bertiga bersetujubahawa di peringkat ini masyarakat yang terlibatharuslah melalui beberapa peringkat sebelummereka mencapai kejayaan pembangunankomuniti yang dijalankan di tempat mereka.

Rajah 8 menunjukkan secara ringkasmengenai proses pembangunan komuniti yangdisarankan oleh Fischer.

Adalah diharapkan apabila kedua-dua pihakterutamanya pemimpin dan masyarakat tempatantelah melalui semua proses yang telah dijelaskandi dalam model pembangunan komuniti inimaka mereka akan dapat melihat hasil yangamat memuaskan. Di antara output yangmungkin dapat dinikmati oleh masyarakattempatan hasil daripada pembangunan yangdijalankan ialah pembangunan fizikal, sosial dansahsiah masyarakat yang terlibat. Denganpencapaian yang sedemikian adalah diharapkanmasalah kemiskinan yang dihadapi olehmasyarakat miskin, terutamanya kemiskinan diluar bandar akan dapat diatasi dengan sebaikmungkin.

Penilaian dandokumentasi

Pelaksanaan tugas

Menentukan keperluan

Mewujudkan matlamat

Memilih objektif

Memikirkan cara dan strategi alternatif

Rajah 8: Proses pembangunan komuniti

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003 143

Page 10: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Mohammad Shatar Sabran

KESIMPULAN

Masalah kemiskinan merupakan isu yang menjadiagenda utama kepada kebanyakan negaraterutamanya di kalangan negara-negara yangsedang membangun. Pelbagai pihak yangbertanggungjawab terutamanya pihak kerajaandi negara-negara yang terlibat telah berusahadengan melaksanakan pelbagai program danperancangan untuk membasmi masalahkemiskinan yang melanda masyarakat mereka.

Walaupun telah banyak wang dan tenagadilaburkan, namun hasilnya tidaklah setimpaldengan apa yang telah dibelanjakan untuk tujuantersebut. Peratus golongan yang miskin masihlagi berada di tahap yang tinggi. Di Malaysiaumpamanya, jumlah peratus golongan miskinterutamanya di luar bandar ialah di antara 11 %hingga 13% (Malaysia 2001). Persoalannyasekarang ialah di manakah silapnya? Mengikutkajian yang dilakukan oleh Ishak (1992, 1994),salah satu punca mengapa kadar kemiskinan dinegara ini masih lagi berada di tahap yangtinggi ialah kerana kegagalan dan kurangnyakeberkesanan dasar dan strategi pembangunankomuniti ataupun desa.

Model Pembangunan Komuniti yang telah. menjadi fokus di dalam perbincangan ini adalah

diharapkan mampu untuk memberikanpenjelasan mengapa dan kenapa senario yangsedemikian berlaku. Seterusnya model yangdireka bentuk itu diharapkan mampu untukmembantu mengurangkan masalah kemiskinanmelalui pelaksanaan projek yang berkesanapabila setiap program yang dilaksanakanmencapai matlamat masing-masing. Oleh yangdemikian, usaha kerajaan untuk membasmikemiskinan ke tahap yang paling minimalataupun kemiskinan sifar mungkin tercapaidengan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

RUJUKANABDUL AzIZ ABDUL RAHMAN. 2000. Pembangunan

usahawan wanita luar bandar ke arahpembasmian kemiskinan. Dalam ProsidingSeminar Antarabangsa anjuran Yayasan BasmiKemiskinan, Amanah Ikhtiar Malaysia danUniversiti Putra Malaysia. Serdang: PenerbitUniversiti Putra Malaysia.

CAMPBELL, R 1995. Principles ofLeadership. Columbia:University of Missouri.

CAWLEY, R 1989. From the participants' viewpoint:a basic model of the community development

process. Journal of Community Development Society20(2): 101-111.

CHAMHURI SrwAR. 2001. Pembangunan mapan:strategi 'menang-menang' untuk pembasmiankemiskinan dan pemulihan alam sekitar.Universiti Kebangsaan Malaysia.

_____. 2000. Kajian keberkesanan pendekatan­pendekatan pembasmian kemiskinan diMalaysia. Kertas kerja muzakarah PenggubalModel Pembasmian Kemiskinan Menurut PerspektifIslam, Universiti Kebangsaan Malaysia, KualaLumpur.

CHRISTENSON, ]. A. 1989. Community Development inPerspective. Ames: Iowa State University Press.

COMMUNIlY DEVELOPMENT ACADEMY (CDA). 1997.Building Community from Grassroots. Columbia:University of Missouri.

COMMUNIlY DEVELOPMENT DEPARTMENT (CDD). 2001.Mat is CDD and What is CD. Bangkok, Thailand:Community Education Division, Ministry ofInterior.

CHRISTENSON, FENDLEY and KIM. 1989. Rural reflation:an idea for community development. Journal ofthe Community Development Society 20(1): 107.

FISCHER, J. A. 1989. The Volunteer OrganizationHandbook. Virginia: Blacksburg.

KlLLACKY,]. and KARAM-GllLET-KARAM, ROSEMARY. 1994.Pathways to tomorrow: a conversation aboutcommunity-based pogramming. Journal ofCommunity Development Society 25(1): 110-122.

HAYEs, M. 1981. Leadership and Social Change. SanDiego, California: University Associates, Inc.

ISHAK SHARI. 1992. National agricultural policy, ruralpoverty and income inequalities: a criticalevaluation. Malaysian Journal of AgriculturalEconomics 9 December.

____. 1994. Rural Development and Rural Povertyin Malaysia. Pelanduk Publications.

MALAYsIA. 1997. The Department of Statistics ofMalaysia. Prime Minister Department. KualaLumpur.

OKAFOR, F. C. 1982. Community involvement inrural development: a field study in the BendelState of Nigeria. Community DevelopmentJournal17(2): 134-146.

PLOCH, L. A. 1976. Community development inaction. Journal of Community Development Society7(1): 5-15.

144 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003

Page 11: Model Pembangunan Komuniti - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/3414/1/Model_Pembangunan_Komuniti.pdf · kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan

Model Pembangunan Komuniti

SABRAN, M. S. 2001. Community development andproductivity enhancement. Kertas kerja yangdibentangkan di Working Party on Application ofProductivity Concept and Tools for CommunityDevelopment, 3 - 7 September, Kuala Lumpur.

___. 1999. Leadership and the success ofcommunity development project in Malaysia.Ph.D thesis, University of Missouri, Columbia,Missouri, United States of America.

___.1992. The impact of integrated ruraldevelopment projects on poverty in Malaysia.Master Thesis at Iowa State University, Ames,Iowa.

SALLEH, 1.1998. Berita Harian Online, March. http:!!wwwJaring.my!msia!economy!eco-chal.html.

SPIEKERMAN, R. N. H. 1968. Identification ofcommunity power structure using thereputational approach: a comparative analysisof two Taxes communities. Taxes A&MUniversity.

(Diterima: 10Ju~i2003)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 11 No.2 2003 145