soalansainst4bab7(bm)

13
© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4 BAB 7 CAHAYA, WARNA, DAN PENGLIHATAN Soalan Objektif 1 Rajah 1 Skrin putih dalam Rajah 1 di atas digerak ke hadapan dan ke belakang supaya satu imej yang tajam terbentuk padanya. Apakah ciri-ciri imej itu ? A Mengecil dan tegak B Membesar dan terbalik C Mengecil dan terbalik D Membesar dan tegak 2 Rajah 2 Rajah 2 di atas menunjukkan cahaya putih yang dilalukan melalui prisma serta dua penapis warna. Apakah warna yang diperhatikan di atas skrin putih ? A Merah, biru, dan ungu B Merah dan biru C Biru sahaja D Ungu sahaja 3 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang warna-warna pelangi ? A Komponen merah mempunyai panjang gelombang terpanjang B Komponen ungu mempunyai halaju terbesar C Komponen biru lebih banyak disebarkan daripada komponen hijau D Setiap komponen mempunyai frekuensi yang sama skrin putih kanta pemegang kanta cahaya putih prisma skrin putih Penapis biru Penapis magenta sinar cahaya dari objek jauh

Upload: wei-ong

Post on 10-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SoalanSainsT4Bab7(BM)

TRANSCRIPT

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 1 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    BAB 7 CAHAYA, WARNA, DAN PENGLIHATAN

    Soalan Objektif

    1

    Rajah 1

    Skrin putih dalam Rajah 1 di atas digerak ke hadapan dan ke belakang supaya satu imej yang tajam

    terbentuk padanya. Apakah ciri-ciri imej itu ?

    A Mengecil dan tegak

    B Membesar dan terbalik

    C Mengecil dan terbalik

    D Membesar dan tegak

    2

    Rajah 2

    Rajah 2 di atas menunjukkan cahaya putih yang dilalukan melalui prisma serta dua penapis warna.

    Apakah warna yang diperhatikan di atas skrin putih ?

    A Merah, biru, dan ungu

    B Merah dan biru

    C Biru sahaja

    D Ungu sahaja

    3 Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang warna-warna pelangi ? A Komponen merah mempunyai panjang gelombang terpanjang

    B Komponen ungu mempunyai halaju terbesar

    C Komponen biru lebih banyak disebarkan daripada komponen hijau

    D Setiap komponen mempunyai frekuensi yang sama

    skrin putih

    kanta

    pemegang

    kanta

    cahaya

    putih

    prisma

    skrin putih

    Penapis

    biru

    Penapis

    magenta

    sinar

    cahaya

    dari

    objek jauh

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 2 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    X

    4

    Rajah 3

    Rajah 3 di atas menunjukkan mata manusia. Bahagian kamera yang menjalankan fungsi yang sepadan

    dengan bahagian berlabel X pada mata ialah

    A pengatup

    B gelang pemfokus

    C diafragma

    D kanta kamera

    5

    Rajah 4

    Rajah 4 di atas menunjukkan satu model teleskop astronomi. Kedudukan kanta objek diwakili oleh

    garis putus-putus. Jika jarak fokus bagi kanta mata ialah x cm, yang manakah di antara berikut

    menunjukkan dengan betul jarak fokus kanta objek dan jenis kanta objek itu?

    Jarak fokus (cm) Jenis kanta

    A 0.5x kanta cembung

    B x kanta cekung

    C 3x kanta cembung

    D 4x kanta cekung

    6

    Rajah 5

    Satu alur cahaya putih ditujukan kepada satu prisma kaca seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5 di

    atas. Apakah warna bunga yang diperhatikan ?

    A Kuning

    B Hijau

    C Putih

    D Hitam

    kanta mata kanta objek

    alur cahaya putih

    prisma

    kaca

    penapis

    sian

    penapis

    kuning

    bunga

    berwarna

    kuning

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 3 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    7

    Rajah 6

    Antara alat berikut, yang manakah melibatkan kedudukan objek dari kanta seperti yang ditunjukkan

    pada Rajah 6 di atas?

    A Kamera

    B Mesin fotostat

    C Kanta pembesar

    D Projektor slaid

    8

    Rajah 7

    Antara titik K, L, M, dan N, di manakah kedudukan imej yang dibentuk oleh kanta pada Rajah 7 di

    atas?

    A K

    B L

    C M

    D N

    9

    Rajah 8

    Eksperimen pada Rajah 8 di atas dijalankan untuk menunjukkan penolakan cahaya berwarna oleh

    penapis. Antara jalur cahaya berwarna berikut, yang manakah dapat diperhatikan pada skrin putih ?

    A Kuning sahaja

    B Kuning dan merah sahaja

    C Merah dan hijau sahaja

    D Kuning, merah, dan hijau

    2f f f 2f

    objek kanta

    K L M N

    objek kanta

    skrin putih prisma

    kaca

    alur cahaya putih

    penapis

    kuning

    f f

    f 2f

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 4 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    10

    Rajah 9

    Rajah 9 di atas menunjukkan penambahan dua jenis cahaya berwarna. Apakah warna cahaya P yang

    mungkin ?

    A Hijau

    B Biru

    C Merah

    D Hitam

    11 Satu imej yang tajam dan cerah dapat dibentuk pada skrin sebuah kamera lubang jarum apabila

    A objek didekatkan dengan kamera lubang jarum

    B satu kanta penumpu diletakkan di hadapan lubang jarum kamera

    C saiz lubang jarum dibesarkan

    D jarak di antara lubang jarum dengan skrin ditambah

    12

    Rajah 10

    Rajah 10 di atas menunjukkan satu sinar cahaya dari satu titik P yang ditujukan kepada suatu cermin

    satah. Di kedudukan manakah imej P terletak ?

    A Q

    B R

    C S

    D T

    putih

    P kuning

    P

    R S T

    Q

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 5 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    13

    Rajah 11

    Rajah 11 di atas menunjukkan sebuah kanta cembung dengan jarak fokus 20 cm. Sebuah objek

    diletakkan sejauh 50 cm daripada kanta tersebut seperti yang ditunjukkan id atas. Antara berikut,

    yang manakah bukan ciri imej yang terbentuk ?

    A Lebih besar daripada objek

    B Songsang

    C Nyata

    D Terbentuk pada sebelah kanan kanta

    14 Kebiruan langit disebabkan oleh proses

    A penyebaran cahaya

    B pantulan cahaya

    C penyerakan cahaya

    D penolakan cahaya

    15 Dalam proses pencetakan berwarna, warna merah tua didapati dengan menggunakan plat-plat

    A magenta dan kuning

    B magenta, kuning, dan hitam

    C sian dan kuning

    D sian, kuning, dan hitam

    16

    Rajah 12

    Rajah 12 di atas menunjukkan suatu kanta cembung dengan jarak fokus F. Antara kedudukan berlabel

    A, B, C, dan D, di manakah objek harus diletakkan supaya imej yang terbentuk adalah maya?

    17 Sebuah kotak biru yang diletakkan di bawah cahaya kuning akan kelihatan berwarna

    A hitam

    B putih

    C hijau

    D biru

    18 Antara berikut, yang manakah tidak berlaku dalam proses pembentukan pelangi ?

    A Penyebaran cahaya

    B Biasan cahaya

    C Pantulan cahaya

    D Penyerakan cahaya

    kanta cembung

    objek

    Kiri Kanan

    kanta

    cembung

    2F F

    A B C D

    50 cm

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 6 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    19 Bunga kuning kelihatan berwarna merah apabila disinari cahaya merah kerana

    A hanya cahaya merah dipantulkan

    B hanya cahaya merah diserap

    C cahaya kuning dan merah dipantulkan

    D cahaya merah dan hijau dipantulkan

    20 Apakah fungsi sel kon pada retina mata manusia ?

    A Bergerak balas terhadap perubahan keamatan cahaya

    B Bergerak balas terhadap bahan kimia

    C Mengesan bentuk objek

    D Mengesan warna objek

    21 Apakah perubahan yang akan berlaku dalam mata seseorang apabila dia melihat suatu objek

    yang jauh?

    I Otot silia mengendur

    II Ligamen gantung mengecut

    III Kanta mata menjadi nipis

    A II sahaja

    B I dan II sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II, dan III

    22 Apabila seorang budak memasuki gua yang gelap pada waktu siang,

    I otot jejari matanya mengecut

    II otot keliling matanya mengendur

    III anak matanya mengecil

    A II sahaja

    B I dan II sahaja

    C I dan III sahaja

    D I, II, dan III

    23

    Rajah 13

    Rajah 13 di atas menunjukkan objek X yang disinari dengan cahaya hijau. Jika objek X kelihatan

    hitam, apakah warna asal yang mungkin bagi X ?

    I Kuning

    II Magenta

    III Biru

    A II sahaja

    B III sahaja

    C I dan II sahaja

    D II dan III sahaja

    cahaya hijau

    X

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 7 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    24 Antara proses berikut, yang manakah berlaku semasa pembentukan pelangi ?

    I Penyebaran cahaya

    II Pantulan cahaya

    III Pembiasan cahaya

    A I sahaja

    B I dan III sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II, dan III

    25 Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang objek legap ?

    I Objek merah hanya memantulkan cahaya merah sahaja

    II Objek biru akan menyerap cahaya kuning

    III Objek kuning boleh memantulkan cahaya hijau

    A I sahaja

    B III sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II, dan III

    26 Antara berikut, campuran cahaya yang manakah akan menghasilkan cahaya putih ?

    I Merah + sian

    II Kuning + biru

    III Magenta + kuning

    A II sahaja

    B I dan II sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II, dan III

    27

    Rajah 14

    Berdasarkan Rajah 14 di atas, pemerhati yang manakah dapat melihat fenomena kemerahan Matahari

    ?

    I Kedudukan X

    II Kedudukan Y

    III Kedudukan Z

    A I sahaja

    B II sahaja

    C I dan III sahaja

    D I, II, dan III

    atmosfera

    Bumi

    Z

    Y

    X

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 8 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    28 Antara berikut, yang manakah menghasilkan imej maya ?

    I Cermin satah

    II Cermin cekung

    III Kanta cembung

    A I sahaja

    B II sahaja

    C I dan II sahaja

    D I, II, dan III

    29 Peranan warna dalam kehidupan termasuklah

    I menarik perhatian pasangan untuk mengawan

    II memberikan amaran kepada haiwan yang lain

    III melindungi diri daripada bahaya

    A I dan II sahaja

    B I dan III sahaja

    C II dan III sahaja

    D I, II, dan III

    30 Antara warna berikut, yang manakah tidak boleh diperoleh melalui pencampuran warna-warna

    yang berlainan ?

    I Hijau

    II Ungu

    III Jingga

    A I sahaja

    B II sahaja

    C I dan III sahaja

    D II dan III sahaja

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 9 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    larutan

    natrium

    hipoklorus

    bikar

    Soalan Struktur

    1

    Rajah 1

    Radas pada Rajah 1 di atas telah disimpan di dalam almari gelap selama beberapa hari.

    (a) Apakah kesan larutan itu ke atas kertas litmus biru ?

    __________________________________________________________________________________

    (b) Nyatakan sifat yang ditunjukkan oleh larutan itu di (a).

    __________________________________________________________________________________

    (c) Larutan natrium hipoklorus kemudian didedahkan kepada cahaya Matahari selama dua hari.

    Didapati sejenis gas tidak berwarna terbebas dan larutan dalam bikar tidak memberi kesan

    kepada kertas litmus.

    (i) Apakah gas yang terbebas itu ?

    ______________________________________________________________________________

    (ii) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat dalam eksperimen di (c) ?

    _______________________________________________________________________________

    (d) Tuliskan satu persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas yang berlaku apabila larutan

    natrium hipoklorus didedahkan kepada cahaya Matahari.

    _________________________________________________________________________________

    (e) Berikan satu bahan kimia lain yang menghasilkam gas yang sama apabila didedahkan kepada

    cahaya Matahari.

    _________________________________________________________________________________

    [6 markah]

    tabung

    uji

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 10 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    2

    Rajah 2

    Rajah 2 di atas menunjukkan proses fotosintesis dalam daun.

    (a) Namakan gas X.

    _________________________________________________________________________________

    (b) Apakah fungsi cahaya Matahari di dalam proses fotosintesis ?

    _________________________________________________________________________________

    _________________________________________________________________________________

    (c) Namakan pigmen hijau dalam tumbuhan yang menyerap tenaga cahaya.

    _________________________________________________________________________________

    (d) Apakah nama salur di dalam urat daun yang mengangkut air di dalam tumbuhan ?

    _________________________________________________________________________________

    (e) Tuliskan satu persamaan perkataan untuk proses fotosintesis.

    _________________________________________________________________________________

    [5 markah]

    Soalan Esei

    1 (a) Berikan dua perbezaan di antara kanta cembung dengan kanta cekung. [2 markah]

    (b) Suatu objek setinggi 1.5 cm berdiri tegak pada paksi utama sebuah kanta cembung dengan

    jarak fokusnya, f = 3.0 cm.

    Dengan bantuan gambar rajah sinar yang berasingan, tunjukkan kedudukan dan saiz imej yang

    sebenar apabila objek tegak itu terletak di kedudukan

    (b) lebih daripada 2f, (b) kurang daripada f.

    Bagi setiap keadaan (i) dan (ii), nyatakan ciri-ciri imejnya dan satu jenis alat optik yang berfungsi

    atas prinsip yang sama. [8 markah]

    2 (a) Huraikan perbezaan dalam pemfokusan dan pengawalan cahaya di dalam mata manusia dan

    kamera. [6 markah]

    (b) Dengan gambar rajah sinar yang sesuai, terangkan prinsip kerja sebuah teleskop astronomi. [4 markah]

    cahaya

    Matahari

    karbon

    dioksida

    gas X

    air

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 11 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    JAWAPAN BAB 7

    Soalan Objektif

    1 C 2 C 3 B 4 C 5 C

    6 B 7 B 8 B 9 D 10 B

    11 B 12 B 13 A 14 C 15 B

    16 D 17 A 18 D 19 A 20 D

    21 A 22 B 23 D 24 D 25 D

    26 D 27 D 28 D 29 D 30 A

    Soalan Struktur

    1 (a) Melunturkan kertas litmus biru kepada merah dan kemudian melunturkannya

    (b) Peluntur

    (c) (i) Oksigen

    (ii) Cahaya Matahari menguraikan larutan natrium hipoklorus

    (d) Natrium hipoklorus natrium klorida + oksigen (e) Air klorin

    2 (a) Oksigen

    (b) Menguraikan molekul air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen

    (c) Klorofil

    (d) Xilem

    (e) Karbon dioksida + air glukosa + oksigen

    Soalan Esei

    1 (a)

    Kanta cembung Kanta cekung

    Bahagian tengah lebih tebal daripada bahagian

    sisinya

    Bahagian tengah lebih nipis daripada bahagian

    sisinya

    Ciri-ciri imej yang terbentuk bergantung kepada

    jarak objek dari pusat optik kanta cembung

    Ciri-ciri imej yang terbentuk adalah sentiasa

    maya, tegak, dan mengecil

    Ia menumpukan sinar-sinar cahaya yang selari

    dengan paksi utama

    Ia mencapahkan sinar-sinar cahaya yang selari

    dengan paksi utama

    (mana-mana dua)

    cahaya

    klorofil

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 12 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    (b) (i)

    - Ciri-ciri imej : Nyata, tersongsang, dan mengecil

    - Alat optik yang sepadan : Kamera

    (ii)

    - Ciri-ciri imej : Maya, tegak, dan membesar

    - Alat optik yang sepadan : Kanta pembesar

    2 (a)

    Mata manusia Kamera

    1 Pemfokusan dilakukan oleh otot silia yang

    mengubah ketebalan kanta mata

    1 Pemfokusan dilakukan dengan

    menggerakkan kanta kamera ke dalam atau

    keluar

    2 Otot silia mengendur untuk objek yang jauh,

    dan mengecut untuk objek yang dekat

    2 Kanta didekatkan ke filem untuk objek yang

    jauh, dan dijauhkan dari filem untuk objek

    yang dekat

    3 Pengawalan amaun cahaya dilakukan oleh iris 3 Pengawalan amaun cahaya dilakukan oleh

    pengatup dan diafragma

    4 Dalam keadaan terang, otot bulat mengecut

    lalu mengecilkan saiz anak mata. Dalam

    keadaan gelap, otot jejari mengecut lalu

    membesarkan saiz anak mata

    4 Dalam keadaan terang, diafragma

    diselaraskan supaya bukaan adalah kecil dan

    kelajuan pengatup diselaraskan pada

    kelajuan tinggi. Dalam keadaan gelap,

    diafragma diselaraskan supaya bukaan

    adalah besar dan kelajuan pengatup

    direndahkan

    objek

    1.5 cm

    imej 1.3 cm

    3 cm 3 cm

    0

    f 2f

    imej 3.1cm

    3 cm 3 cm

    f 2f

    0

  • Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 7 - 13 Bank Soalan BPS Tingkatan 4

    (b)

    Fe : titik fokus kanta mata

    Fo : titik fokus kanta objektif

    Teleskop digunakan untuk melihat objek-objek yang jauh. Ia terdiri daripada susunan dua kanta cembung

    iaitu kanta objektif (dengan jarak fokus panjang) dan kanta mata (dengan jarak fokus pendek).

    Sinar-sinar dari objek yang jauh adalah selari dan akan membentuk imej pada Fo selepas melalui kanta

    objektif.

    Kanta mata disusun supaya jarak Fo dari kanta mata adalah kurang daripada jarak fokus kanta mata. Ini

    akan menghasilkan imej akhir yang diperbesarkan dan maya.

    Pembesaran teleskop =

    Jarak fokus kanta mata

    Jarak fokus kanta objektif

    pemerhati

    sinar dari

    objek yang

    jauh

    imej

    akhir

    kanta

    objektif

    Fe Fo

    kanta

    mata