soalan p. moral ppt f3 2014

8
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEPANG BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN PENTAKSIRAN SUMATIF TAHUN 2014 TINGKATAN 3 PENDIDIKAN MORAL Mei 1 jam Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A Bahagian ini mengandungi 10 soalan.Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. 3. Bagi Bahagian B dan C jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. 4. Jawab semua soalan. Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak [Lihat sebelah

Upload: noorsuraya

Post on 06-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Soalan P. Moral

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SEPANGBANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

PENTAKSIRAN SUMATIF TAHUN 2014TINGKATAN 3

PENDIDIKAN MORALMei1 jam Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian : Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian C.

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A Bahagian ini mengandungi 10 soalan.Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan.

3. Bagi Bahagian B dan C jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

[Lihat sebelah

BAHAGIAN A (10 markah)

1. Pekerja yang cemerlang akan....

A. mencemarkan imej syarikat.B. dikenakan tindakan disiplin.C. menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah.D. menggunakan kedudukan dalam syarikat untuk kepentingan diri sendiri.

2. Manakah yang berikut merupakan nilai-nilai berdikari?

I. Tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.II. Tidak bergantung denganorang lain untuk mencapai cita-cita.III. Melakukan sesuatu berdasarkan keputusan sendiri.IV. Sanggup berikhtiar untuk melakukan sesuatu.

A.I, II dan IIIC.I, III dan IV

B.I, II dan IVD.II, III dan IV

3. Ijuk-ijuk tali perahuTali bemban mengikat rakitBesok-besok baharu tahuMenaruh dendam mencari penyakit.

Pantun di atas menunjukkan masyarakat kita mengamalkan nilai .....................

A.kerajinanC.hemah tinggi

B.rasionalD.amanah

4. Kerajaan sentiasa menawarkan .................... kepada pelajar miskin yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.A.internetC.hadiah

B.biasiswaD.bonus

5. Berdikari membuktikan bahawa ..............I. kita menghormati dan menghargai diri sendiri.II. kita sedar akan tanggungjawab diri sendiri.III. pemikiran kita semakin matang.IV. kita tidak sanggup menghadapi segala cabaran.

A.I, II dan IIIC.I, III dan IV

B.I, II dan IVD.II, III dan IV

6. Apakah yang kita patut lakukan bagi menunjukkan rasa hormat kepada kedua-dua orang tua kita?

A. Mengamalkan tingkah laku dan tutur kata yang kasar.B. Mengingkari perintah mereka.C. Mencurahkan kasih sayang kepada mereka.D. Menceritakan keburukan mereka kepada rakan.

7. Dalam masyarakat berbilang bangsa dan pelbagai agama seperti di negara kita, perasaan hormat menghormati antara satu dengan yang lain adalah asas kepada ..............

A. kerasionalan, kesederhanaan dan kerjasama.B. perpaduan, persefahaman dan kerjasama.C. perpaduan, syak wasangka dan pertelingkahan.D. keadilan, kesederhanaan dan kebebasan.

8. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah?

A. Mengamalkan tingkah laku yang tidak bermoral.B. Sering berkongsi jarum suntikan.C. Menjauhkan diri daripadanya.D. Sentiasa bergaul dengan penagih.

9. Berikut ialah cara-cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa kecuali ....

A. tidak menyakiti hati mereka.B. menderhaka terhadap mereka.C. mendoakan kesejahteraan mereka.D. mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

10. Manakah aktiviti berikut ini menunjukkan perasaan kasih sayang anda terhadap haiwan.

A. Melastik burung atau kelawar.B. Menuba ikan di dalam sungai atau kolam.C. Menangkap rama-rama dan mengumpulkannya sebagai hiasan.D. Merawat seekor anak burung yang tercedera.(10 markah)Ruangan jawapan untuk Bahagian A

1.3.5.7.9.

2.4.6.8.10.

Bahagian B (20 markah)

11. Tandakan () pperlakuan yang menunjukkan nilai berdikari dalam bidang yang diceburi dan () pada perlakuan yang sebaliknya.PERNYATAAN() / ()

I. Encik Amir seorang petani yang berjaya mengusahakan sendiri kawasan sawah terbiar menjadi kolam ternakan ikan.

II. Puan Felicia berjaya membuka salun kecantikan dengan bantuan rakan-rakannya.

III. Pn. Margeret seorang atlet golongan kurang upaya berjaya memecah rekod acara lontar peluru dengan usahanya sendiri.

IV. Puan Kamariah merancang perbelanjaan kedainya dengan baik supaya tidak mengalami kerugian.

V. Encik Sathisan seorang akauntan terpaksa menerima rasuah yang diberi oleh seorang pengarah syarikat kerana kesempitan wang.

VI. Encik Tan dan rakan rakan berjaya menghasilkan teknologi baru untuk menyerap haba.

(6 markah)12. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

berdisiplinberpasukanamanah

pengeluarankerajinankecekapan

i. Rakyat Malaysia .........................................semasa bekerja.ii. Pekerja kita mengutamakan daya .........................................dan mutu yang tinggi.iii. Pekerja kita menekan peningkatan ..................................... semasa bekerja.iv. Pekerja kita menunjukkan sikap ...................................... dan dedikasi semasa menjalankan sesuatu tugas.v. Rakyat kita membina semangat ...................................... semasa bekerja.vi. Pekerja kita perlu memiliki sikap ...................................... apabila menjalankan tugas.(6 markah)

13. Lengkapkan silang kata di bawah dengan perkataan yang menunjukkan usaha berterusan dalam bidang diceburi.

Melintang1. Walaupun menghadapi masalah kewangan, Encik Roland tetap .................. meneruskan perniagaannya.2. Untuk memastikan syarikatnya berdaya maju, Puan Tan sentiasa ..............bersungguh-sungguh untuk menghasilkan barangan yang inovatif.3. Ranjini dan rakan-rakannya sanggup mengorbankan masa dan ......................... membersihkan kawasan rumah pangsa.4. Walaupun Choo Hau cacat penglihatan dia begitu ............... membuat tikar mengkuang supaya kelihatan kemas dan cantik.

Menegak5. Setiap hari Puan Zarina ..................... menjahit baju untuk pelanggannya.6. Kugan ....................bersungguh-sungguh untuk pertandingan pidato peringkat daerah.7. Aileen menunjukkan ................... yang tinggi apabila diminta membantu mengecat dinding rumah anak-anak yatim.8. Sundari tidak berputus ................walaupun tidak berjaya dalam peperiksaan.(8 markah)Bahagian C (20 markah)

14. Faham situasi. Bahan nasihat untuk menunjukkan amalan toleransi dipraktikkan dalam menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah.

i. Sebahagian penduduk di Taman Perumahan Seri Cahaya sedang menyambut perayaan keagamaan mereka. Hal ini menimbulkan suasana bising dan ada jalan yang ditutup. Jenny berasa marah kerana suasana bising tersebut menyebabkan dia tidak dapat mengulang kaji pelajaran.Nasihat kepada Jenny:

a) ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................b) ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................

ii. Keluarga Amy mengadakan majlis perkahwinan. Banyak tetamu hadir ke majlis itu. Jiran Amy, iaitu Robert dan kawan-kawannya tidak dapat bermain di halaman rumah mereka pada hari tersebut.Nasihat kepada Robert:

a) ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................b) .................................................................................................................................................................................................................................................................................................

iii. Sanjay ialah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Dia ingin mengadakan mesyuarat dengan semua ahli jawatankuasa pada hari Sabtu. Beberapa orang ahli jawatankuasa memberitahunya bahawa mereka tidak dapat hadir kerana mereka perlu bersama-sama dengan ahli keluarga melawat kubur bersempena perayaan Cheng Beng. Sanjay tidak bersetuju dan meminta mereka hadir juga.Nasihat kepada Sanjay:

a) ..................................................................................................................................................................................................................................................................................................b) .................................................................................................................................................................................................................................................................................................(6 markah)

15. ...Minggu hadapan saya akan mengadakan majlis sambutan hari lahir saya yang ke 17 tahun.....Ai Ling

a) Apakah yang perlu Ai Ling lakukan sebelum berbelanja?i. ..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. ..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)

b) Apakah kebaikan kita mengamalkan sikap sederhana semasa berbelanja?

i. ..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)

16. Menjaga anggota keluarga yang sakit tanggungjawab kita.

a) Bagaimanakah caranya kita boleh membantu jika ada anggota keluarga kita di rumah yang sakit?

i. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)

b) Bagaimanakah caranya setiap anggota keluarga kita dapat menjaga maruah dalam keluarga?

i. ................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. .................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)c) Mengapakah kita patut menghormati ibu bapa kita?

...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................(1 markah)

17. Selamatkanlah sungai dan laut kita

a) Apakah kepentingan sungai dan laut kepada manusia?

..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................(1 markah)

b) Mengapakah kita mesti melindungi hidupan yang ada di sungai dan laut?

i. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)

c) Nyatakan dua langkah bagi mengekalkan hidupan marin.

i. ..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................ii. .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

........................................(NOOR SURAYA HANI BT SALLEH)Guru Matapelajaran

Disemak oleh,

........................................(PN. KOH CHUK SIN)Ketua Panitia P. Moral

Disahkan oleh,

........................................(HJH. NORANI BT ISMAIL)Guru Kanan BidangKemanusiaan.

7