sjh 3103 kurikulum sejarah sekolah rendah
DESCRIPTION
pembentanganTRANSCRIPT
SJH 3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
SOALAN PERBINCANGAN SEMASA SESI INTERAKSI TUTORIAL / KULIAH
1. Membincangkan tentang latar belakang, bentuk, elemen merentas kurikulum
dan kurikulum berasaskan standard dalam KSSR.
Latar Belakang
Transformasi Kurikulum Kebangsaan
Keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6 / 2008.
Dipengerusikan oleh Y. B. Menteri Pelajaran.
Pada 23 Mei 2008.
Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan peringkat
sekolah rendah.
Bertujuan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan
datang.
Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah
merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum
persekolahan rendah sedia ada.
Tujuan transformasi : memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang releven dengan keperluan
semasa untuk menghadapi cabaran abad ke – 21.
Fokus transformasi : kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
dan turut mengambil kira kemahiran menaakul, kreativiti dan inovasi,
teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan.
Dalam proses transformasi, KPM melakukan penandaarasan dengan
kurikulum persekolahan negara maju : memastikan kurikulum
kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global.
KPM dapat input dari pelbagai pihak berkepentingan (Pertubuhan
Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa) untuk
1
membangunkan konsep kurikulum persekolah rendah berasaskan
standard.
Konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3 / 2009 pada 2
Oktober 2009.
KPM bangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip – prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kurikulum Pendidikan Khas turut terlibat dibangunkan.
Pelaksanaan rintis dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh
negara, bertujuan memastikan kurikulum itu mantap.
Hasrat KSSR
Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif
melalui tunjang – tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai.
KSSR berteraskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK).
KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi
(MBE) dan teori pembelajaran terkini.
KSSR mengguna pakai 4 tonggak pendidikan UNESCO iaitu
i Belajar untuk mengetahui ( learning to know )
ii Belajar untuk bertindak ( learning to do )
iii Belajar untuk hidup bersama ( learning ti live together )
iv Belajar untuk membentuk peribadi ( learning to be )
Murid yang mengikuri KSSR akan mempunyai asas – asas berikut :
Insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, emosi, jasmani
dan sosial.
Warga negara yang bertanggungjawab.
Warganegara yang boleh berperanan diarena global ( Global
Player ).
Pekerja ilmu.
2
Prinsip KSSR
Mengekalkan kesemua prinsip KBSR kerana sesuai dan relevan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan holistik.
Prinsip – prinsip tersebut adalah seperti berikut :
i Pendekatan Bersepadu
- Unsur – unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabung
untuk wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial.
ii Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
- Semua mata pelajaran berperanan memenuhi keperluan
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial ( potensi murid
dikembang secara bersepadu ).
iii Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
- Beri peluang yang luas dan saksama kepada semua murid
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
menyeluruh dan seimbang.
iv Pendidikan Seumur hidup
- Menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran
kehidupan dan pendidikan sepanjang hayat.
Bentuk Kurikulum
Konsep Tunjang
Diperkenalkan dalam KSSR.
Satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai.
Berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Terdapat 6 tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan
nilai yang menjadi asas pembangunan insan yang berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif.
Tunjang menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.
3
Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Senarai 6 tunjang ialah seperti berikut :-
1. Tunjang Komunikasi
Penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa
dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.
Fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis serta nilai tambah menaakul.
Bertujuan menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang
bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah BM,BI,BC,BT,BA,BCSK,
BTSK,Bahasa Iban,Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
2. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, nakat dan
apresiasi.
Disiplin ilmu aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan ; kreativiti, bakat dan apresiasi ialah Pendidikan Seni Visual
dan Pendidikan Muzik.
3. Tunjang Kemanusiaan
Penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang masyarakat
dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan
semangat patriotisme dan perpaduan.
Disiplin ilmu dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang
diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.
4. Tunjang Keterampilan Diri
Penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Bertujuan memberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
kegiatan kokurikulum serta meningkatkan potensi diri sebagai
pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
5. Tunjang Sains dan Teknologi
4
Penekanan kepada penguasaan:
- Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
- Pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam matematik.
- Pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Disiplin ilmu dalam Tunjang Literasi sains dan Teknologi ialah Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi ( RBT ) serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).
6. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Disiplin ilmu dalam tunjang merangkumi Pendidikan Islam ( murid
Islam ) dan Pendidikan Moral ( murid bukan Islam ).
Fokus KSSR
Selepas 6 tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap.
Beri penekanan kepada 4M ( membaca, menulis, mengira dan menaakul )
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan
penilaian dengan menggunakan akal atau logik.
Tahap 1
Pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.
Literasi dan numerasi ditekankan untuk membolehkan murid kuasai 4M.
Ditekankan juga kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Tahap 2
Penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di
samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih
kompleks, pemerolehan pengetahuan dan perkembangan sahsiah.
Organisasi Kurikulum KSSR
Diorganisasikan dalam bentuk modular.
Dikenali sebagai modul kerana mengelompokkan mata pelajaran dalam
kumpulan tertentu.
5
Mata pelajaran turut diorganisasikan secara modular.
Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul yang kendiri –
lengkap ( self – contained ).
Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid.
Organisasi Tahap 1
Kurikulum diorganisasikan dalam :-
1. Modul Teras Asas
Merangkumi bidang pembelajaran asas.
Modul Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani dan
Modul Pendidikan Kesihatan.
Mesti dipelajari oleh semua murid.
2. Modul Teras Tema
Menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul.
Terdapat 2 modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains
dan Teknologi( DST ).
Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.
DST menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi ( RBT )
dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).
Mesti dipelajari oleh semua murid.
3. Modul Elektif
Pilihan disiplin pilihan yang ditawarkan kepada murid.
BA, BCSK, BTSK, Bahasa Iban, dan Bahasa Kadazandusun.
Ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai
bahasa.
Pemilihan dibuat oleh pihak sekolah, sekurang – kurangnya satu
bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek;
i Penyediaan guru
ii Permintaan daripada murid
iii Prasarana sekolah
6
Organisasi Tahap 2
Diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran Teras dan Mata
Pelajaran Elektif.
Kandungan mata pelajaran disediakan dalam bentuk modul.
7