92343045 elm 3103 pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah

22
©Cikgu Madrid TAJUK 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Tujuan-tujuan Pentaksiran Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran. Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan. Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan. 1

Upload: stella-m-johnny

Post on 24-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Cikgu Madrid

TAJUK 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAHPentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Tujuan-tujuan Pentaksiran

Pelaporan pencapaianmenentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar

Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan.

Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan. Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar. Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian atau peperiksaan. Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan untuk mengumpulkan pelajar pelajar mengikut kebolehan mereka.1.1 Pentaksiran Secara Formal

Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) ---Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.

Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon.

Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.

Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.1.1.1 Jenis-jenis Penilaian formal

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah:

Penilaian Formatif

Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan.Ciri-ciri Penilaian Formatif

Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran. Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula selepas pelaksanaan sesuatu ujian.

Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk member gred.

Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif

Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus.

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia.

Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.

Mengetahui keberkesanan pengajaran.

Merancang dan mengubah suai pengajaran.

Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.

Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.

Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

Kepentingan penilaian dalam system pengajaran terancang secara bersepadu dapat dilihat melalui gambar Rajah 1.

Hubungan penilaian dalam proses pengajaran bersistematik ( Sumber:Brown J) Rajah di atas menunjukkan proses gelungan perancangan pengajaran secara bersistematik.

Hasil pembelajaran akan ditentukan bagi persediaan perancangan pengajaran. Isi kandungan akan menentukan langkah dan corak pengajaran.

Suatu penilaian akan dibuat pada akhir sesi pengajaran.

Penilaian ini penting untuk mengesan pengarahan dan pembelajaran sama ada Berjaya ataupun tidak.

Pengukuhan, pemulihan, dan pengayaan akan dilaksanakan selepas proses penilaian.

Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

KenyataanPenilaian FormatifUjian Sumatif

FungsiMaklumat pencapaian murid dan dapat mengesan punca kelemahan untuk pemulihan

Pemberian sijil dan penggredan di akhir sesuatu kursus

MasaSepanjang proses pengajaranDi akhir sesuatu unit pembelajaran atau kursus

Penekanan dalam penilaianKognitif, afektif dan psikomotorKognitif

Penumpuan pengukuranSatu-satu segmen atau bahagianObjektif kursus yang dirancang

Satu sampelanTerhad kepada tugasan pembelajaran sahaja

Beraneka jenis

Kesukaran item soalanBerubah-ubah mengikut keperluan segmenBerasaskan Jadual Penentuan Ujian, berbilang aras kesukaran

ContohUjian bulanan , lembaran kerjaUPSR, PMR, SPM, STPM, semua peperiksaan akhir

Jadual Spesikasi Ujian (JSU)Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Tujuan Jadual Spesikasi Ujian

JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang dibina.

JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan.

JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.

Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.

Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu ujian yang lain.

JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid tercapai disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar.Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian

Keseimbangan sasaran ujian.

Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur, esei dan sebagainya.

Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru.

Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksanomi Bloom.

Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU.

Spesikasi yang terbentuk berdasarkan keenam-enam elemen di atas akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit dalam proses pembelajaran murid sasaran dan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Langkah pembinaan Ujian Berdasarkan JSU

Kepentingan Jadual Spesikasi UjianJadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara kepentingan adanya JSU ialah:

Ujian akan dibana secara sistematik.

Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin dan taburan tajuk adalah seimbang.

Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.

Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang berlainan. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan Pembina ujian.Contoh Jadual Spesikasi Ujian

Bil

Topik

Aras KemahiranJumlah

Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

1Unit 11

2Unit 21

3Unit 31

4Unit 41

5Unit 51

6Unit 61

7Unit 71

8Unit 811

9Unit 9

10Unit 101

Berdasarkan jadual JSU di atas, taburan dan pembahagian setiap soalan adalah berdasarkan aras kemahiran Taksonomi Bloom.

Pengetahuan , kefahaman , aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Aras pengetahuan mewakili 4 soalan (40%) , aras kefahaman 2 soalan (20%), aras aplikasi 2 (20%) , aras analisis 1 soalan ( 10%) , dan aras sintesis 1 soalan (10%) . Aras penilaian tidak diuji kerana berkemungkinan aras ini agak tinggi dan kurang sesuai untuk Tahun 5.

Taburan soalan adalah merangkumi kesemua unit, iaitu daripada unit 1 hingga 10.

Pelbagai jenis soalan boleh dibina: soalan objektif , jawapan pendek , salah benar, padanan aneka pilihan dan soalan struktur .1.2 Pentaksiran Secara Tidak Formal

Pentaksiran jenis ini adalah lebih kepada membuat penilaian serta pemerhatian tentang seseorang murid di dalam bilik darjah.

Pemerhatianserta penilaian ini boleh berasaskan tingkah laku, emosi , dan juga kognitif.1.2.1 Jenis-jenis Pentaksiran Tidak Formal

a) Pemerhatian Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas.

Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi ataupun isu moral yang dihadapi. Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.

Tujuan Pemerhatian

Mengesan serta-merta

Mengesan kemajuan

Mengesan pencapaian

Mengesan fenomena tingkah laku

Digunakan untuk menilai : - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka ciptaPerlaksanaan Pemerhatian:

Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar /marking scheme. b) Merekod Pemerhatian

Senarai semak

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain. Rekod BerterusanCatatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.c) Anekdot Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh. Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang bersistematik dan mengandungi rekod peribadi murid, perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan dan juga contoh hasil kerja murid.

d) Port Folio

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:1.Porfolio kerja harian2.Portfolio hasil terbaik3.Portfolio dokumen.e) Temu bual

Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk tinjauan.

Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.

Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur.

Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian, rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan temu bual.

Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama untuk menggelakkan kebosanan responden.

f)Soal Selidik

Alat ukur yang paling popular dalam kajian tinjauan.

Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya.

Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan temu bual bersama responden. Ini akan menjadika hasil dapat lebih bernas dan mantap.g)Tugasan

Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu.Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan.4) Membentuk Instrumen Pentaksiran Tidak Formal

REKOD ANEKDOT:Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan.

Perkara-perkara yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh murid.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

- Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

-perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

- Menulis apa yang dilihat secara objektif

- Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

-menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

-interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Contoh Borang Rekod Anekdot

Nama Murid

:

Tahun

:

Umur

:

Tarikh

: __________ hingga ___________

Waktu

:

Nama Guru

:

Tempat : Tujuan Pemerhatian:

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Peristiwa Yang Di perhatikan

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Catatan Ulasan:

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Senarai Semak Tingkahlaku MuridNama: __________ Kelas:_________

Tempoh:______

BILTingkah LakuPemerhatian

YATIDAK

1Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah

2Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah.

3Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang

4Bersopan santun

5Memberi kerjasama kepada rakan dan guru

6Selalu bersikap adil

7 Menepati masa

8Menghabiskan tugasan yang diberikan

Hasil Pembelajaran

Penentuan Objektif Pembelajaran

Penilaian dan Pembikinan

Penentuan Isi kandungan

Penentuan Kaedah danTeknik

Teknik

Proses Pengajaran

Merancang Ujian

Menggubal Soalan

Memilih dan Menyelaras Soalan

Memprauji Soalan

Memasang Kertas Soalan

14