sjh 3053 sejarah sabah dan sarawak, 1941

15
SJH 3053 - SEJARAH SABAH DAN SARAWAK, 1941 - 2000 TAJUK : SABAH DAN SARAWAK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA 6.3 PEMBANGUNAN SOSIAL (MINGGU 16) PENSYARAH : EN. YUSRI BIN ABDUL GHANI

Upload: jessica-reynolds

Post on 05-Sep-2015

268 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Proses Membina Pelan Perancangan Pengurusan Bilik Darjah

TRANSCRIPT

SJH 3053 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK, 1941 - 2000

SJH 3053 - SEJARAH SABAH DAN SARAWAK, 1941 - 2000TAJUK : SABAH DAN SARAWAK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA

6.3 PEMBANGUNAN SOSIAL

(MINGGU 16)

PENSYARAH : EN. YUSRI BIN ABDUL GHANI

Bantuan Sosial Sabah

Sejumlah RM70.52 juta peruntukan disediakan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna untuk membiayai program - program berkaitan dengan perkhidmatan kebajikan masyarakat dan bantuan sosial. RM20 juta adalah diberikan kepada program - program perkhidmatan sosial bagi pemberian minuman dan makanan yang berkhasiat, pakaian dan kasut sekolah serta alat - alat keperluan sekolah terutama sekali bagi murid - murid sekolah - sekolah di luar bandar. Sebanyak RM23 juta pula adalah disediakan untuk bantuan am dan bantuan untuk warga tua.

Pentadbiran Pembangunan Bandar dan Luar Bandar

Kerajaan akan terus memerangi kemiskinan dalam segala bentuk dan rupa. Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diberikan tanggungjawab akan diperuntukkan RM41.74 juta, untuk menjalankan program - program bimbingan yang strategik baik di peringkat kepimpinan maupun mereka yang dipimpin. Dengan fungsi keusahawanan yang diletakkan di bawah Kementerian berkenaan, saya berharap usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang industri asas seperti memproses makanan hingga ke penghasilan produk seni kraf mendapat sambutan daripada penduduk - penduduk luar bandar sewajarnya.

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan dibekalkan peruntukan sebanyak RM24.77 juta. Kerajaan akan terus menghulurkan pemberian kepada pihak berkuasa Tempatan untuk memastikan agar perkhidmatan -perkhidmatan dan penyediaan kemudahan - kemudahan awam di kawasan - kawasan mereka dapat meningkatkan tahap kebersihan yang memuaskan selain memberi khidmat -khidmat yang diperlukan untuk kepentingan awam. Sesungguhnya pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah Bandaraya pada tahun 2000 akan menjadi simbol kejayaan dan sumber peransang. Sekaligus pengisytiharan ini akan menjadi piagam ke arah memberi perkhidmatan yang cemerlang dan keselesaan dalam menempuh kualiti hidup dan kita tidak lagi berada dalam buruan impian sahaja.

Daripada jumlah ini Sektor sosial yang diperuntukkan sejumlah RM136.63 juta atau 22.8 peratus adalah untuk item - item seperti:RM (Juta)Infrastruktur kepada Perumahan Awam Kos Rendah . 25.00Perumahan 19.70Pengairan dan Pembentungan . 21.29Belia dan Kemajuan Sukan .......... 14.83Perpustakaan dan Perkhidmatan Sosial ......... 4.81Pembangunan Luar Bandar . 51.0Manakala sejumlah RM74.86 juta adalah untuk membiayai pembinaan bangunan bangunan. Kerajaan untuk premis pejabat, masjid dan sekolah - sekolah agama Islam dan pengambilan tanah. Baki sejumlah RM10 juta adalah untuk kegunaan luar jangka.Program pembangunan sosial yang dilaksanakan di Sarawak telah menghasilkan pembangunan yang mendadak dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.kumpulan masyarakat yang tinggal di luar Bandar khususnya di kawasan pendalaman (rumah panjang) masih memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada lingkaran kemiskinan. Pembangunan sosial SarawakMasyarakat luar bandar, terutamanya penduduk yang tinggal di tebing - tebing sungai masih berharapkan kerajaan menyediakan kemudahan air bersih, jalan raya, perumahan dan elektrik supaya mengurangkan jurang perbezaan kadar kualiti hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar.Hasil pelaksanaan program sosial, kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 42.4 % dalam tahun 1976 kepada 17.1 % pada tahun 1990 dan 7.2 % pada tahun 2000.

Walaupun kerajaan Sarawak menghadapi cabaran besar dalam mengatasi kadar kemiskinan di luar bandar kerana faktor geografi, iaitu hampir 5,000 rumah panjang terletak berjauhan antara jarak 30 -50 batu dengan penduduk tidak melebihi 100 keluarga, kerajaan negeri didapati berjaya mengimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, terutamnya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan penduduk bandar dan luar bandar.

Dengan strategi dan peruntukan yang besar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk pembangunan luar bandar, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada 64.4 % pada tahun 1976, 37.3 % pada tahun 1984 dan 29 % pada tahun 1987 dan lebih kurang 7 % pada masa sekarang. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud , dilaporkan menyalurkan hampir 40 % peruntukan badjet negeri untuk pembangunan sektor luar bandar berbanding 18.7 % untuk pembangunan sektor bandar.

Kerajaan negeri juga didapati menjalankan pelbagai program untuk mendidik penduduk luar bandar dalam konteks kesihatan, penyediaaan makanan dan peraturan kesihatan atau sanitation. Program Sejahtera Task Force (STF) yang meliputi 3 agensi kerajaan, iaitu jabatan pertanian, kesihatan dan pendidikan , telah berusaha mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan zat makanan di kalangan pendudukan yang tinggal di tebing sungai di Sarawak. Projek Applied Food & Nutrition Project (AFNP) juga dijalankan untuk menyedarkan kumpulan masyarakat di luar bandar terhadap penyediaan makanan yang berzat dan peraturan kesihatan baik.

Pembangunan dan perubahan besar dalam landskap sosial masyarakat luar bandar Sarawak, terutamanya kaum Dayak, jelas menunjukkan kejayaan besar strategi dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama dan bantuan kerajaan Persekutuan.Rancangan Malaysia Ke 10( RMK10) pula menggariskan beberapa strategi dan program untuk membangunkan masyarakat luar bandar di seluruh negara, termasuk Negeri Sarawak dan Sabah. Antaranya:

Golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pendalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta orang asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia akan diberi tumpuan.Nisbah guru siswazah di sekolah rendah ditingkatkan daripada 28 peratus kepada 60 peratus. Program pensiswazahan guru akan dipergiatkan. Bagi memperhebat kualiti guru prasekolah pula, syarat kelayakan pelantikan guru prasekolah akan ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana Muda.

Akses pendidikan prasekolah (umur 4 - 5 tahun) diperluaskan 67.6 % (2009).Sejumlah 1.6 bilion ringgit disediakan bagi pembinaan 80 buah sekolah baru serta 1,100 buah blok tambahan dan 347 projek gantian sekolah, termasuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Mubaligh (mission school).

DISEDIAKAN OLEH : SUBASHINI A/P PONNUTHURAI