sjh 3101 tugasan, sejarah

42
SJH 3101 : TRANFORMASI SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Kumpulan 2 Nama Ahli Kumpulan: Chong Wai Mun Diong Nuo Ting Tan Hui Li Nama Pensyarah: En. M. Elangko A/L Muniandy INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

Upload: shura-tan

Post on 16-Feb-2015

469 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan-laporan pendidikan

TRANSCRIPT

TAJUK TUGASAN : Menilai sejauh manakah laporan-laporan pendidikan sebelum dan selepas kemerdekaan Tanah Melayu berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia yang mewarisi kepelbagaian agama, kepercayaan dan kebudayaan.

Pengenalan

Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum. Melalui sistem pendidikan yang sama, rakyat dapat disatukan dengan perasaan taat setia terhadap Negara. Oleh itu kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan perpaduan melalui bidang pendidikan. Beberapa laporan yang telah dikemukakan sebelum kemerdekaan ialah Laporan Barnes , Laporan Fenn-Wu dan Laporan Razak . Selepas merdeka, terdapat lagi laporan-laporan yang dianggap penting seperti Laporan Rahman Talib, Laporan Murad, Laporan Khir Johari dan juga Laporan Kabinet.

Laporan Barnes 1950Sejarah Kerajaan British menerima cadangan masalah pendidikan dalam sekolah vernakular Melayu dikaji dan mencadangkan langkah-langkah untuk membaiki kelemahannya. Satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh I. J. Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan untuk kaum Melayu.

Matlamat Menyatukan semua sekolah vernakular, iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil Membubarkan sistem sekolah vernakular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar sebagai mata pelajaran

Laporan Barnes 1950Cadangan Mendirikan sekolah menengah vokasional moden Hanya menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah Pembinaan Maktab Perguruan berasrama moden Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan Rombakan kepada kurikulum asal dengan mengutamakan pengajaran mata-mata pelajaran sains, seni perusahaan dan sains rumah tangga Pendidikan percuma kepada kanak-kanak dari darjah satu hingga darjah enam

Laporan Barnes 1950

Implikasi Penentangan yang hebat oleh penduduk Melayu, Cina dan India. Melayu: bimbang kedudukan Bahasa Melayu akan tergugat Cina & India: bahasa Cina dan bahasa Tamil telah diabaikan dalam laporan ini Pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu 1951Sejarah Pada tahun 1951, dua orang penasihat dari negeri China iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao telah dijemput untuk mengkaji pendidikan Cina di negara ini.

Matlamat Merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistem pendidikan yang bercorak perpaduan Mengkaji dan menilai semula kewajaran Laporan Barnes 1950

Cadangan Sistem pendidikan yang melibatkan pengajaran ketiga-tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris Sistem pendidikan hendaklah ke arah matlamat membentuk identiti kebangsaan

Laporan Fenn-Wu 1951Cadangan Guru terlatih bagi sekolah Cina adalah kurang dan penubuhan maktab perguruan bagi latihan guru sekolah Cina adalah amat diperlukan Bantuan kewangan untuk sekolah Cina perlu ditambah dan buku-buku teks sekolah Cina hendaklah diselidiki dan dibaiki dengan dimasukkan unsur-unsur tempatan Pengajaran bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Melayu hendaklah diperbaiki Implikasi Penentangan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Ditentang oleh orang Melayu

Laporan Razak 1956Sejarah Parti Perikatan diamanahkan membentuk kerajaan Oleh itu, Jawatankuasa Pendidikan ditubuhkan dalam tahun 1955 untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

Matlamat Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan Melahirkan perpaduan antara kaum dan merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan Menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran yang mencukupi

Laporan Razak 1956Cadangan Sistem persekolahan akan dipinda kepada 2 kategori sahaja -sekolah umum -sekolah jenis umum Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib Murid-murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda mereka sekiranya bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang Sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah rendah Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada 3 peringkat

Laporan Razak 1956

Implikasi Penggunaan sukatan pelajaran yang sama Dewan Bahasa dan Pustaka didirikan Empat peperiksaan utama akan diduduki oleh pelajar sekolah Menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan setelah tamat pendidikan prauniversiti selama 2 tahun Mewujudkan KBSR, KBSM, KSSR dan KSSM dalam sistem pendidikan di Malaysia

Rumusan Laporan Pendidikan Sebelum MerdekaPersamaan -penggunaan bahasa Melayu -bahasa pengantar -kurikulum -soal bahasa Cina dan bahasa Tamil -sistem persekolahan -sistem peperiksaan Perbezaan -Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu mengutamakan bahasa Inggeris -Laporan Razak mengutamakan bahasa Melayu

Laporan Rahman Talib 1960Sejarah Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Abdul Rahman Talib Mengkaji semula syor-syor Laporan Razak selepas pilihan raya tahun 1959Matlamat Mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak serta kesankesan dalam pelaksanaannya. membentuk suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan memupuk semangat perpaduan antara rakyat berbilang kaum.

Laporan Rahman Talib 1960Cadangan Pelajaran rendah percuma dimulakan pada tahun 1962. Semua sekolah rendah bantuan akan berubah menjadi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Umur persekolahan seseorang adalah sehingga 15 tahun Penubuhan sekolah Pelajaran Lanjutan Bantuan separuh dihentikan dan sekolah persendirian dibenarkan diteruskan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan Sekolah menengah pertukangan dan sekolah menengah teknik hendaklah diadakan. Semua peperiksaan am atau awam di sekolah-sekolah menengah akan dijalankan dalam salah satu bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Mengajar agama Islam di sekolah jika terdapat sekurangkurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam.

Laporan Rahman Talib 1960Implikasi Pelajar lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi untuk menjawat sesuatu pekerjaan adalah lebih cerah Membekalkan peluang kepada kanak-kanak yang miskin dapat belajar dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan masyarakat. Memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan Menjamin bahawa pelajar tidak tercicir dari sistem persekolahan terlalu awal. Memupuk perpaduan antara kaum Memenuhi kehendak pelajar yang berbeza dari segi pencapaian akademik. Laporan ini dibentangkan di parlimen dan diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam akta pelajaran 1961.

Akta Pelajaran 1961

Sejarah Akta Pelajaran 1961 pula berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

Matlamat Melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu Mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan

Akta Pelajaran 1961Cadangan Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Penggunaan kurikulum yang sama bagi semua sekolah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid.

Implikasi Sistem pendidikan yang menyeluruh telah diperkenalkan pada peringkat menengah dan rendah Menyelaraskan sistem pendidikan pada masa itu untuk menanam perpaduan Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar

Laporan Khir Johari 1967Sejarah Satu jawatankuasa untuk memajukan pendidikan tinggi, pendidikan teknik dan pendidikan vokasional yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khir Johari,

Matlamat Menimbulkan minat dan membina kemahiran pelajar dalam bidang pendidikan teknik Mengadakan pendidikan vokasional pada peringkat menengah atas bagi menyediakan pelajar-pelajar dengan kemahiran untuk memasuki pasaran pekerjaan memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir

Laporan Khir Johari 1967Cadangan Program-program latihan guru telah diadakan dengan intensif Pelajaran teori dan amali adalah khusus dan mendalam untuk menyediakan kemahiran kerja sumber manusia pada peringkat ikhtisas dan separuh ikhtisas bagi sektor swasta dan kerajaan. Pendidikan tinggi seperti di universiti mengadakan pelajaran yang amat khusus, luas dan mendalam dalam berbagai-bagai cabang disiplin

Laporan Khir Johari 1967Implikasi Meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia Membantu pelajar mendapatkan peluang untuk memasuki pasaran pekerjaan Seseorang dapat mengembangkan aspek-aspek pada tahap maksimum dan tertinggi agar individu bukan sahaja menjadi manusia seimbang tetapi juga dapat menyesuaikan diri terhadap pengaruh perkembangan masa kini.

Laporan Murad 1973Sejarah Fenomena keciciran yang wujud telah membawa kepada pembentangan laporan ini oleh Encik Murad bin Mohd Noor.

Matlamat Mengkaji punca-punca masalah keciciran Mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.

Laporan Murad 1973Cadangan Mewujudkan pengecualian membayar yuran bagi pelajarpelajar tertentu yang telah dikenal pasti. Pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak. Mewujudkan sekolah berasrama atau kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh dari sekolah. Mencadangkan rancangan khas dan skim pinjaman buku teks serta rancangan kesihatan. Membentuk suatu sistem sekolah yang disatukan.

Laporan Murad 1973

Implikasi Banyak sekolah dibina di kawasan luar bandar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan. Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks mulai 1975. Projek Amalan Makanan dan Pemakanan AMP. Pemberian biasiswa atau dermasiswa. Wujudnya Rancangan Sekolah Bercantum.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979Sejarah Pada September 1974 , satu Jawatankuasa Kabinet yg dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamaad. Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.

Matlamat Mengkaji sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran. Melihat sama ada system pelajaran telah Berjaya menghasilkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, berdisplin dan terlatih.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979Cadangan Memberi tumpuan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Kedudukan Bahasa Inggeris juga dikekalkan. Fokus akan diberi kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Pendidikan Menengah atas akan dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. Peluang untuk melanjutkan persekolahan juga ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun. Mencadangkan agar kurikulum ala Malaysia ditegaskan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979Implikasi Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara. Mewujudkan perkembangan sistem pendidikan yang terkini, khususnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mewujudkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Rumusan Laporan Pendidikan Selepas MerdekaLaporan Rahman Talib-mengubahsuaikan dan membuat penambahbaikan terhadap cadangan Laporan Razak Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961. Laporan Khir Johari -menimbulkan minat dan membina kemahiran pelajar dalam bidang pendidikan teknik dan mengadakan pendidikan vokasional pada peringkat menengah. Laporan Murad mengkaji punca-punca masalah keciciran dan mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan Laporan Kabinet telah mementingkan pendidikan teknik dan vokasional telah memberikan peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. Laporan-laporan tersebut telah menyumbang kepada sistem pendidikan negara kita yang menyeluruh dan baik sekali pada masa kini.

Perbandingan Laporan-laporan Pendidikan Sebelum Merdeka dan Selepas MerdekaPersamaaan Penubuhan maktab perguruan. Penggunaan & pebelajaran bahasa bahasa Inggeris dikekalkan. Sekolah vokasional dipentingkan Mewujudkan satu corak persekolahan menggunakan kurikulum dan peperiksaan sama.

Perbezaan Laporan Sebelum & Selepas

Kemerdekaan.LAPORAN & SYOR2 PERBEZAAN LAPORAN & SYOR2

Laporan RazakX tiada Laporan Razak Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA), dan Pra Universiti.

PENDIDIKAN PERCUMA

Laporan Rahman Talib ada

SISTEM PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

Akta Pelajaran menengah rendah biasa, menengah atas biasa, menengah atas trade, menengah atas teknik, menengah atas vokasional Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional.

LAPORAN & SYOR2 Laporan Barnes Pendidikan percuma bagi kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun di sekolah kebangsaan

PERBEZAAN UMUR PERSEKOLAHAN KANAK-KANAK

LAPORAN & SYOR2 Laporan Rahman Talib Menaikkan umur persekolahan kanakkanak sehingga usia 15 tahun.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Tempoh persekolahan umum dari 9 tahun kepada 11 tahun

Aspek-aspek Perubahan Dalam Laporan Pendidikan Yang Menjurus Kepada Perpaduan Nasional: Laporan Rahman Talib mengesyorkan supaya pendidikan di

peringkat sekolah rendah diberikan secara percuma. Semua sekolah yang menerima bantuan kerajaan ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Peperiksaan juga telah diadakan dalam satu bahasa iaitu sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

Akta Pelajaran 1961 telah menggariskan tiga asas utama iaitu

keseragaman sistem persekolahan, penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dan kurikulum serta peperiksaan sekolah yang sama dari segi kandungan dan bercorak kebangsaan. Melalui laporan Jawatankuasa Kabinet juga, Pusat Perkembangan

Kurikulum telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1983. Kerajaan juga memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara pada

tahun 1988 untuk membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi JERIS.

KesimpulanPendidikan merupakan pemangkin untuk memupuk perpaduan antara pelajar-pelajar yang terdiri daripada bangsa yang berlainan Penting untuk menghasilkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) Perpaduan dapat dicapai sekiranya ketiga-tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India dapat belajar bersama-sama Penggubalan laporan-laporan pendidikan adalah amat penting untuk menjadi panduan kepada para pendidik, pelajar dan masyarakat agar generasi yang cemerlang dapat dilahirkan

Laporan-laporan pendidikan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mencapai perpaduan kaum Bahasa pengantar, sukatan pelajaran, buku-buku teks dan sistem peperiksaan yang sama

Sekian, terima kasih.