sjh 3093 minggu 1.docx
DESCRIPTION
Nota SJH 3093TRANSCRIPT
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Minggu 1 : Pengenalan kepada Pengujian dan Penilaian Asas Statistik
Pengujian
- Konsep
- Tujuan
- Ciri-ciri
Konsep Pengujian
- Proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah
laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
- Proses memuji sesuatu kemahiran bahasa.
- Satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu.
Tujuan Pengujian
- Membantu murid-murid membina sikap positif terhadap pengajaran guru.
- Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.
- Laporan kepada penjaga murid.
- Guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak
mana kemahiran yang telah dipelajari.
- Untuk menapis dan membuat klasifikasi pelajar.
- Mengenal pasti masalah dalam pembelajaran.
Konsep Ujian
- Satu alat yang sistematik bagi menentukan prestasi atau peringkat pencapaian
seseorang murid dalam sesuatu bidang.
- Satu prosedur yang bersistem untuk mengukur sebahagian daripada segala
aspek tingkah laku seseorang individu.
- Suatu alat yang bersistem bagi membuat perbandingan prestasi atau tingkah
laku di antara dua atau beberapa individu.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Ciri-ciri Ujian bermutu tinggi
1. Kesahan
Definisi
o Merupakan satu konsep pengukuran yang merujuk sejauh mana ketepatan
atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian ini
dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat mengukur secara
tepat kebolehan dan keupayaan calon-calon yang diuji.
Prosedur Kesahan
o Kesahan isi
o Kesahan telahan/ ramalan
o Kesahan semasa/ serentak
o Kesahan gagasan.
Kesahan Isi
Penting untuk seseorang guru yang hendak menyediakan ujian.
Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan,
kandungan sukatan pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dala
sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap
tajuk.
Kemudian guru hendaklah memilih atau menyediakan item ujian[ujian yang
sesuai.
Jenis-jenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid, aras
kesukaran, dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji.
Contohnya, item ujian akhir tahun (ujian sumatif) tertumpu kepada tajuk-tajuk
lain diabaikan, maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak
meliputi sukatan pelajaran.
Kesahan ramalan
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau
kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa
depan.
Contohnya, guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan di peringkat
sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR, SPM atau
sebagainya.
Kesahan Semasa/ serentak
Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam
sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian
yang serupanya.
Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang pertama
ditadbirkan tidak lama kemudian, pencapaian calon biasanya lebih baik
daripada ujian pertama, kerana calon yang berkenaan telah memperoleh
sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama.
Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana
seseorang itu menunjukkan trait personaliti, tingkah laku, atau trait mental,
seperti sifat peramah, bertanggungjawab, adil introvert, bermotivasi, kreatif,
cergas otak dan sebagainya.
Faktor mempengaruhi kesahan
Kelemahan membina butiran ujian/ soalan/ item seperti:
- Pembina tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik (terlalu susah atau
terlalu senang)
- Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan.
- Penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai dengan aras umur pelajar.
- Terdapat petunjuk dala soalan yang memudahkan calon memberikan respon.
- Kesalahan dalam mengenal pasti objektif pentaksiran dalam butiran ujian yang
dibekalkan.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
- Dari segi struktur ujian.
- Dari segi pentadbiran ujian banyak bentuk kelemahan yang biasa berlaku dan
menjejaskan kesahan ujian.
2. Kemudahtafsiran
Definisi
Mudah atau payah sesuatu ujian itu dianalisis dari aspek:
- Membandingkan antara seseorang individu dengan individu yang lain atau satu
objek dengan objek yang lain.
- Keputusan peperiksaan. (pencapaian peratus)
- Perbandingan antara satu konsep dan prosedur dengan konsep dan prosedur
yang lain.
- Menilai punca kelemahan.
Ciri kemudahtafsiran sesuatu ujian merujuk kepada setakat mana hasil pencapaian
calon dapat ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas
mengikut objektif penilaiannya.
Keputusan itu haruslah mudah dikumpulkan dan ditafsirkan supaya dapat ,memberi
gambaran yang jelas serta tepat.
a. Pencapaian seseorang pelajar dalam kelas.
b. Pencapaian objektif p&p.
c. Kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid.
d. Kesesuaian strategi pengajaran.
e. Kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar.
f. Kesesuaian aras kesukaran item ujian.
g. Membandingkan keputusan di antara ujian-ujian yang dijalankan.
Ciri-ciri kemudahtafsiran yang tinggi.
Data-data keputusan ujian dapat
- Mudah dikumpulkan dan ditukarkan dalam angka statistik.
- Dinyatakan dalam jadual atau graf yang boleh memberi pentafsiran yang jelas.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
3. Kebolehpercayaan
Definisi
- Ialah darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda,
sesuatu ciri, atau sifat seseorang.
- Merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila mengambil ujian
itu beberapa kali.
Kepentingan kebolehpercayaan
- Menghasilkan ujian yang stabil.
- Markah yang diberi bukan kerana nasib.
- Menilai kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan
- Panjang pendek ujian
- Cara ujian ditadbir
- Format ujian
- Faktor persekitaran.
Meningkatkan kebolehpercayaan dalam ujian
1. keadaan tempat
2. kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu.
3. Panjangnya ujian ataupun penilaian itu.
4. Pemeriksaan dan pemarkahan
5. Meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian
ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan.
4. Keobjektifan
Definisi
Keobjektifan sesuatu ujian merujuk kepada ketepatan seseorang memeriksa
jawapan calon.
Ciri-ciri
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Keobjektifan yang tinggi jika pemarkahan ujian ini tidak dipengaruhi oleh
faktor-faktor kemahiran dan emosi guru yang memeriksa ujian ini.
Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun
diperiksa oleh dua orang pemeriksa.
Soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai
keobjektifan penskoran yang tinggi.
Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian dijalankan dan
perlu disemak oleh beberapa pakar dalam bidang yang diuji.
Ujian subjektif harus disediakan satu jawapan sebagai rangka bagi
menetapkan skema pemarkahan.
Tujuan
- Untuk memastikan pemeriksa mempunyai kefahaman dan kemahiran
yang selaras antara satu sama lain.
- Untuk mengurangkan perselisihan pemberian markah dalam kalangan
pemeriksa atau pentaksir terhadap pelajar.
- Untuk mengurangkan pertimbangan subjektif mengenai pencapaian
pelajar.
Langkah memastikan keobjektifan yang tinggi
1. Skema penskoran perlu disediakan
2. Skema penskoran disemak oleh beberapa orang pensyarah yang pakar
dalam bidang yang diuji.
3. Disediakan lebih awal.
Cara meningkatkan keobjektifan yang tinggi
- Penyelarasan semakan penskoran antara pemeriksa.
- Sediakan skim pemarkahan secara analitik.
5. Kebolehtadbiran
Definisi
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
- Merujuk sejauh mana kelicinan proses pengujian dapat dilaksanakan di
dalam bilik atau dewan peperiksaan.
- Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad
latihan mereka.
- Merangkumi aspek pemarkahan.
Ciri-ciri
- Kelicinan kebolehtadbiran sesuatu ujian merangkumi aspek-aspek seperti:
a) Penyediaan bilik peperiksaan
b) Ujian dimulakan tepat pada masa.
c) Arahan yang jelas.
d) Pengawasan yang rapi.
e) Pengutipan skrip jawapan yang terurus.
f) Bilangan soalan yang disediakan mestilah berpatutan dengan masa.
Panduan Pentadbiran Ujian
- Suatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna/
- Panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan
sempurna:
arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan
tepat, jelas dan ringkas.
Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.
Pensyarah perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan
masa yang diperuntukkan untuk menjawab.
- Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan
diperuntukkan 45 saat untuk pelajar menjawab.
- Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, cera dan sempurna.
- Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.
- Sekiranya tersangat perlu, pemberitahuan tersebut mestilah ringkas, jelas
dan difahami oleh semua pelajar.
- Masa perlu ditambah bagi mengganti masa gangguan yang berlaku.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Instrumen Pengujian
Alat/ Kaedah / pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data)
dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan terhadap sesuatu bidang
pembelajaran atau pengajaran.
Proses pengujian
- Persediaan
- Pelaksanaan (pentadbiran ujian)
- Pemeriksaan
Jenis-jenis Ujian
Ujian Pencapaian
Digubal oleh bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau
seseorang murid menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari.
Dibina oleh guru da n pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan
Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah.,
Pencapaian peringkat pusat dikenali PMR, SPM, STPM dan sebagainya.
Boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, sahsiah,
minat, sikap dan sebagainya.
Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta
kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.,
Ujian Kecerdasan
Dikenali juga sebagai ujian mental untuk mengukur perbezaan di antara individu.
Banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi.
Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796. Mula berkembang sejak Galton pada
tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambar mental serta
pencapaian intelektual di antara pelajar genius.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Tokoh-tokoh lain terlibat dala mengukur aspek mental termasuklah Wundt,
Catrrell d n Binet.
Ujian Prestasi
- Umumnya, ujian prestasi adalah rumit.
- Guru bebas menggunakan pada sahaja kaedah seperti pemerhatian atau
laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar.
- Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang
diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti.
Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal
selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
Ujian Diagnostik
- Ujian ini untuk mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku
dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang
menyebabkan masalah berkenaan berlaku.
- Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred
kepada murid. Disebabkan ujian ini penting untuk memperbaiki kelemahan
tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran
masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
- Contoh: ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran
murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian Kecekapan
- Ujian yang digunakan ole seseorang guru untuk menguji kebolehan atau
kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu
tugas atau aktiviti yang diberikan.
- Contoh: ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid
mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau
membina semual gambar dengan lengkap potongan-potongan gambar
yang diberi atau menjalankan ujian kaji menggunakan radas tertentu.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Ujian Bakat
- Dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan atas calon.
- Dahulu bakat dikenali sebagai kebolehan istimewa semula jadi yang
dimiliki oleh seseorang individu.
- Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan
a. Ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Contoh:
Tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiiti Minnesota tentang
bakat mekanikal.
b. Ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu
menjalankan bagi keperluan tertentu.
- Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam
kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
Ujian Personaliti
- Mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran , keupayaan,
minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen
psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.
- Contoh- Ujian Keirsev Temperament.
Ujian Item Objektif
- Ujian Objektif adalah ujian pendek yang melibatkan proses menandakan,
membulatkan, menggariskan, dan gerak balas yang ringkas.
- Dikenali objektif kerana pemeriksa yang lain akan menghasilkan markah yang
sama apabila memeriksa kertas objektif yang sama.
Jenis-jenis
Item Betul Salah
- Pelajar dikehenndaki menentukan kenyataan yang diberi itu betul atau
salah, aya atau tidak...
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Mengisi tempat kosong
- Pelajar menulis tempat kosong yang disediakan dalam ruang jawapan
yang sesuai.
Item Jenis Pandanan
- Menghidangkan masalah-masalah (stimulasi) dan beberapa penyelesaian
masalah (tindak balas).
- Stimulasi diletakkan sebelah kiri da tindak balas di kanan.
- Tindak balas boleh digunakan lebih dan sekali.
- Senarai tindak balas tetap tetapi stimulasi atau pokok soalan berubah-
ubah.
Item Jenis Berbilang Pilihan
- Daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas
terbatas.
- Terdiri daripada satu pokok soalan yang merupakan satu situasi masalah
dan beberapa pilihan yang dapat memberikan kemungkinan jawapan
kepada masalah tersebut.
Item Susun semula
- Menyusun pilih jawapan membentuk jawapan yang tepat.
Item pengertian
- Murid-murid dikehendaki memberi pengertian terhadap konsep sejarah.
Item Jawapan Pendek
- Menulis jawapan di hujung atas bawah soalan.
Item Klasifikasi.
- Hampir serupa dengan ujian bentuk pasangan.
- Murid mengklasifikasikan dari beberapa nama atau kenyataan pada satu
senarai.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Item Aturan yang Baik
Item Jenis Cantuman yang Sesuai
Soalan Jawapan Terbaik.
Ciri-ciri Ujian Objektif
1. Memerlukan calon membuat pilihan atau menentukan jawapan yang telah
disediakan.
2. Memerlukan calon banyak membaca dan berfikir untuk menentukan jawapan.
3. Kualiti ujian bergantung kepada kemahiran dan kebolehan membentuk bahan
ujian.
4. Ujian berbentuk objektif akan menerangkan tugas-tugas yang diharapkan
daripada murid dengan tepat dan dapat menjadi asas penilaian pencapaian
kemahiran bahasa murid itu.
5. Mementingkan keadilan sepenuhnya dalam pemarkahan.
6. Ujian objektif biasanya pendek, padat, ringkas dan tepat.
Kelebihan Ujian Objektif.
1. Dapat merangkumi semua bidang pelajaran dan isi pelajaran secara meluas.
2. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab dan memeriksa.
3. Tidak memerlukan kefasihan berbahasa.
4. Objektifnya adalah tinggi, jawapan yang sama akan diberi markah yang sama
walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan.
5. Menjamin keadilan pemarkahan.
6. Ia tidak menggalakkan penipuan.
Kelemahan
- Semasa dalam peperiksaan, calon-calon memerlukan banyak masa untuk
membaca dan berfikir.
- Pembinaan ujian perlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang tinggi.
- Sebahagian calon tidak membuat persediaan yang secukupnya kerana
mereka boleh menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
- Ujian ini tidak dapat mengukur keaslian jawapan.
- Menggalakkan peniruan.
- Menggalakkan murid-murid meneka jawapan.
Esei
- Amat digemari- pembinaannya lebih mudah berbanding dengan soalan
berbentuk lain.
- Memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan yang cukup bagi membolehkan
mereka menghubungkan fakta serta prinsip tertentu untuk disusun bagi
membentuk satu idea, sasaran atau perbincangan yang menyeluruh dan
mantap.
- Memberikan kebebasan sepenuhnya kepada murid untuk memilih, menyusun,
menghubungkan serta pembentangan idea dengan menggunakan perkataan
sendiri.
- Tidak sesuai menguji soalan berbentuk fakta.
- Soalan esei sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran yang tidak dapat diukur
dengan menggunakan soalan objektif yang biasanya memerlukan aras
kemahiran pada peringkat tinggi seperti mengukur kemahiran memilih,
menyusun, mengorganisasikan dan menilai idea.
- Walaupun soalan esei lebih mudah untuk digubal, pemarkahannya adalah agak
rumit dan sering kali mudah menimbulkan bias.
Jenis-jenis esei
Esei terhad
Memberi syarat tertentu kepada jumlah sumbangan pelajaran, iaitu
mengehadkan jawapan melalui kaedah tertentu seperti jumlah poin satu jumlah
perkataan. Esei terhad sesuai untuk peperiksaan akhir.
Esei bebas
Esei bebas tidak mengandungi syarat kepada kaedah memberi jawapan dan
sesuai untuk ujian terbuka atau tugasan kursus. \
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Proses membina item esei
1. Semak sukatan pelajaran
2. Semak objektif pengajaran
3. Bina jadual spesifikasi
4. Bina item dan skema.
Refer to photo
Ujian Subjektif
- Terdiri daripada soalan-soalan yang memerlukan calon bertindak balas secara lisan.
- Tindak balas tersebut mungkin bebas atau terhad.
- Tindak balas tersebut mungkin dalam satu ayat, beberapa perenggan atau sebuah
karangan yang lengkap dan menyeluruh.
- Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal-penggubal soalan.
Pentaksiran
Proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan
masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat
mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.
Proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Tujuan pentaksiran
- Membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran
Bentuk pentaksiran
- Set ujian bertulis dengan markah dan gred.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Cara/ proses pentaksiran
1. Proses pengujian
2. Merekod
3. Markah/gred
Masa pelaksanaan bagi pentaksiran
Selepas pembelajaran.
Kepentingan pentaksiran
1. Mendapatkan gambaran prestasi murid dalam p dan p.
2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses p dan p.
3. Guru boleh memperbaiki proses p dan p.
Ciri Pentaksiran yang baik
Kesahan skor: merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
Kebolehpercayaan skor: merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
Keobjektifan- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor.
Kebolehtadbiran- kelicinan kerja-kerja mentadbirkan ujian yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah.
Kemudahtafsiran- maklumat tentang cal0on berdasarkan skor, diskriminasi
antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian.
Kekomprehensifan- kertas soalan mewakili semua objektif penting sukatan
pelajaran.
Penilaian
Proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan
yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian dalam pendidikan
Satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai.
SJH 3093 E 11-1-2015 & 13-1-2015
Satu proses untuk memperoleh maklumat kuantitatif.
Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penguraian kualitatif.
Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran.
Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada
keseluruhan kurikulum.
Prinsip asas penilaian.
Guru harus menentukan
1. Tujuan penilaian
2. Bidang yang dinilai
3. Calon yang dinilai
4. Teknik yang hendak digunakan (termasuk kesedaran kekurangan dan
kelemahan dalam teknik)
Kepentingan penilaian
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah
dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka.
Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.