edu 3093.docx

27
GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 ) 1. Sebagai seorang guru yang mendukung aspirasi negara, jelaskan bagaimana anda boleh membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013-2025. 1.0 Pengenalan Pada masa dahulu kala, tamadun manusia bermula dengan masyarakat pertanian yang bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang serba ringkas. Dalam abad ke-19 pula tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industry yang memberi pengutamaan kepada hasil pengeluaran dan produksi kilang. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai ‘knowledge age’ atau k-ekonomi’. Keperluan baru ini menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberikan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Pada abad ke 21 ini, negara kita menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran akibat dari kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi. Oleh yang demikian pada para ahli politik menggariskan beberapa plan pembangunan untuk menyediakan modal insan untuk menempuh segala cabaran abad ke -21 ini secara umumnya dan cabaran globalisasi secara khasnya. Negara kita telah memulakan strateginya bermula dari sektor pendidikan. Pendidikan merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan CHANDRAKALA A/P GOPAL 1 (701114-08-6220)

Upload: anonymous-93p82ke

Post on 26-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

1. Sebagai seorang guru yang mendukung aspirasi negara, jelaskan

bagaimana anda boleh membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal

insan bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013-2025.

1.0 Pengenalan

Pada masa dahulu kala, tamadun manusia bermula dengan masyarakat

pertanian yang bergantung hidup dengan aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan

yang serba ringkas. Dalam abad ke-19 pula tamadun dunia telah berubah kepada

masyarakat industry yang memberi pengutamaan kepada hasil pengeluaran dan

produksi kilang. Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman

baru yang dikenali sebagai ‘knowledge age’ atau k-ekonomi’. Keperluan baru ini

menekankan kepentingan maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberikan

perkhidmatan baru kepada masyarakat.

Pada abad ke 21 ini, negara kita menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran

akibat dari kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi. Oleh yang

demikian pada para ahli politik menggariskan beberapa plan pembangunan untuk

menyediakan modal insan untuk menempuh segala cabaran abad ke -21 ini secara

umumnya dan cabaran globalisasi secara khasnya. Negara kita telah memulakan

strateginya bermula dari sektor pendidikan. Pendidikan merupakan pencetus

kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran

yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menjadi pengupaya

perkembangan ekonomi keseluruhannya.

Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang

kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan luas dan pelbagai sebelum di

selitkan mereka dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu

seseorang individu membina satu sektrum ilmu yang membolehkan dia memilih

bidang yang sesuai dengan lebih jitu.

Ilmu disini diliputi cara belajar sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan

untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu

banyak dari pelbagai sumber. Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran

CHANDRAKALA A/P GOPAL 1(701114-08-6220)

Page 2: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan

kepada operasi tetapi merangkumi kompetensi seperti kebolehan untuk menangani

situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam

pelbagai konteks sosial dan kerja.

Kita perlu akur bahawa tidak kira betapa perbezaan kita dari segi bangsa,

agama, status sosial, ekonomi, politik atau aspek-aspek yang lain, kita hidup dibumi

yang sama. Oleh yang demikian, suka atau tidak secara langsung atau langsung kita

perlu ‘ belajar untuk hidup bersama’ Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan

kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik. Profesion

perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem

pendidikan yang berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Bagi tujuan ini

dasar juga telah diwujudkan dengan kemahiran abad ke 21 dimana ia meliputi

kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran

interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya.

Pihak pendidik yang menyalurkan ilmu kepada generasi abad ke 21 adalah

menjadi tiang untuk membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal insan

bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh PPPM 2013-2025. Dalam hal ini guru-

guru haruslah sentiasa menerima perubahan bagi membentuk cara pengajaran yang

baru seiring peredaran masa. Pengetahuan dalam kemahiran pedalogi juga perlu

digunakan dengan kaedah pengajaran yang terkini yang bersesuaian dengan

peredaran masa. Terdapat beberapa cara yang boleh guru amalkan untuk

mendukung hasrat kerajaan ini.

1.1 Cara-cara untuk membantu merealisasikan matlamat melahirkan modal

insan bertaraf dunia.

Pembangunan abad ke 21 dalam kalangan murid-murid memerlukan

perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ketara yang tonjol di peringkat

sekolah ini memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir.

Bagi tujuan itu guru abad ke 21 perlu mempunyai tahap penguasaan isi kandungan

kurikulum yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan sewajarnya

diketahui oleh setiap guru bagi menjalankan urusan pengajaran dengan baik.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 2(701114-08-6220)

Page 3: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Pengetahuan isi kandungan kurikulum membantu guru merancang pengajaran

harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.

Dalam konteks yang lain setiap guru perlu memahami dan menguasai

pelbagai kemahiran mengajar atau pedalogi terkini yang melibatkan kaedah,

pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Ini secara tidak langsung akan membantu

merealisasikan aspirasi negara. Antara cara-cara yang boleh guru aplikasi dalam

pengajaran mereka untuk melahirkan seorang murid yang mempunyai ciri tertentu

bagi persediaan menghadapi persaingan global adalah seperti berikut:-

1.1.1 Pendekatan pengajaran

Terdapat dapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di

dalam bilik darjah. Biasanya guru-guru akan menggunakan pendekatan

konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti

deduktif, induktif dan komunikatif. Pada masa kini penggunaan pendekatan sebegitu

sudah ditelan masa.

Oleh yang demikian, kini sepatutnya guru-guru perlu meneroka kepada

pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar,

kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh

digunakan ialah endekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif,

penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai disiplin ilmu dan pembelajaran

berasaskan masalah.

1.1.2 Kaedah pengajaran

Guru sememangnya menguasai dan mahir menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran. Namun kaedah-kaedah itu tidak digunakan secara

menyeluruh semasa pengajaran dijalankan. Guru-guru harus memberi penekanan

kepada kaedah mengajar berpusat pelajar didalam kelas yang mempunyai

kepelbagaian pelajar. Antara kaedah yang boleh diamalakan ialah kaedah

perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian,

CHANDRAKALA A/P GOPAL 3(701114-08-6220)

Page 4: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

inkuiri, sumbang saran dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak

berpusatkan pada guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.

1.1.3 Teknik Pengajaran

Perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan

dikatakan teknik pengajaran. Ia juga merujuk kepada pelaksanaan dimana

bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu

proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan

melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Antara teknik mengajar yang boleh digunakan ialah teknik bercerita,

bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan

permainan.

Penggunaan pelbagai teknik mengajar dalam pengajaran akan menarik

minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu atau

meneroka untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya objektif pelajaran dapat

dicapai. Seseorang guru harus menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu

kaedah bagi membolehkan matlamat kaedah itu akan dapat output yang berkualiti.

1.1.4 Strategi pengajaran

Guru harus rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk

mengajar kumpulan pelajar yang berbeza-beza. Di dalam bilik darjah yang pebagai

tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada

pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi semua kumpulan. Justeru itu, guru

haruslah memastikan pengajarannya menyeronokkan dan difahami oleh pelajar.

Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar membolehkan melahirkan murid-murid

untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi

era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah

kepada pandangan jauh dan luar biasa.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 4(701114-08-6220)

Page 5: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

1.1.5 Membimbing murid untuk melayari dunia digital

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada

pendedahan terhadap ICT. Murid abad 19 dan 20 belajar kemahiran membaca,

menulis dan mengira. Pada abad ke 21 dunia telah berubah dimana segala-galanya

adalah melibatkan dunia pengkomputeran. Oleh yang demikian sebagai seorang

guru, kita seharusnya memainkan peranan utama dalam membimbing murid untuk

melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan

mengumpul serta mengulas maklumat. Pemberian pengetahuan guru juga akan

secara tidak langsung menyedarkan global pada era digital sepatutnya mudah

dicapai dan seharusnya meningkat.

Pembelajaran berasaskan projek adalah satu pendekatan pengajaran

dan pemudahcaraan yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Tugasan ini juga

boleh menggalakkan komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi,

semangat berpasukan dan kolaborasi . Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat

mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian

menerusi pelbagai alat media sosial.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 5(701114-08-6220)

Page 6: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

2. Cadangkan bagaimana para pendidik boleh membantu mempertingkatkan

kedudukan pendidikan negara supaya berada dalam kelompok sepertiga

teratas dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA.

2.0 Pengenalan

Pada masa kini kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Gelombang 1

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk

meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara. Trends in International

Mathematics dan Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student

Assessment (PISA) adalah pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan

instrument yang digunakan untuk mentaksir pencapaian pendidikan dalam Sains,

Matematik dan Bacaan. Pada tahun 2015, PPPM membuat sasaran bahawa

Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam kedua-dua

pentaksiran tersebut. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan Malaysia

berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS

dan juga PISA.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia, Bahan Sumber Pengajaran

dan Pembelajaran (PdP) Sains dan Matematik dibangunkan dengan pembentukan

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Peningkatan KBAT dalam kalangan murid di

Malaysia adalah sangat kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan

TIMSS dan PISA dengan baik. Pencapaian murid di Malaysia telah diukur melalui

satu tinjauan. Hasil dapatan jelas menunjukkan murid di Malaysia memang sangat

lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul,

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

Beberapa bahan sumber PdP Sains dan Matematik dibangunkan berasaskan

kerangka kurikulum kebangsaan dan kerangka kerja TIMSS dan PISA yang

berteraskan KBAT. Bagi tujuan tersebut guru-guru juga diberi pendedahan

mengenai aplikasi KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan mereka. Disini

saya menjelaskan apa itu KBAT dan soalan yang mempunyai unsur KBAT.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 6(701114-08-6220)

Page 7: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

2.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi

menyelesaikan masalah, membuat keputusan berinovasi dan berupaya mencipta

sesuatu. Menurut Onosko dan Newmann (1994) KBAT adalah penggunaan ,

potensi, minda untuk menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang

memahami, menterjemah, menganalisis dan memanipulasi maklumat.

Justeru itu, KBAT biasanya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas

dalam Taksonomi Bloom edisi semakan ( Anderson dan Krathwohl, 2001) iaitu

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan merekacipta. Kalau dahulu Taksonomi

Bloom yang di perkenalkan oleh Benamin Bloom (1956) adalah lebih merujuk

kepada satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi

iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi. Tetapi

ia kini telah diubah sedikit bersesuaian dengan globalisasi dunia seperti di bawah.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 7(701114-08-6220)

Page 8: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Tujuan soalan berbentuk KBAT diberi untuk penilaian adalah untuk

mengubah amalan hafalan kepada pemahaman. Bentuk soalan sebegini

meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dimana ia memberi laluan kepada

murid untuk membuat lebaih banyak analisa, menilai dan mencipta. Lantas ia juga

mewajarkan penyelesaian dan penemuan dan ia diperlukan untuk membuat

penyiasatan saintifik.

Soalan-soalan KBAT biasanya termasuk pemikiran kritikal, pemikiran kreatif,

pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta- kognitif. Ia juga dicetuskan melalui

masalah bukan rutin, masalah yang tidak jelas atau dilema. Kalau dahulu soalan-

soalan yang dibina biasanya mempunyai penggunaan pemikiran secara terhad,

dimana pelajar hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan

pelajar malas untuk berfikir. Kini bentuk soalan telah ditukarkan.

Soalan KBAT mempunyai beberapa ciri-ciri utama. Rangsangan diberi pada

murid dalam bentuk petikan, gambar rajah, graf dan sebagainya. Rangsangan yang

menggunakan stimulus secara extensif untuk menjana kemahiran inferens dan

penaakulan kritis. Ia berlainan dengan soalan sebelum ini dimana soalannya

mempunyai kemahiran aras rendah atau lower order thinking skill. Kita boleh lihat

contoh soalan berbentuk KBAR seperti berikut:-

Contoh Soalan KBAR/LOTS

Kavitha membeli sekotak pensel dengan harga RM1.55 dan sebungkus gula-gula

dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria ?

Contoh Soalan KBAT/HOTS

Kavitha membeli sekotak pensel dengan harga RM1.55 dan sebungkus gula-gula

dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah

bilangan syiling yang diterima oleh Kavitha sekiranya jurujual itu memberikannya

beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda?

Justeru itu, ciri seterusnya kita boleh lihat dalam soalan-soalan KBAT ialah

soalan-soalan ini mempunyai pemikiran berlapis. Soalan-soalan ini mentafsir

CHANDRAKALA A/P GOPAL 8(701114-08-6220)

Page 9: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih

besar. Pemikiran aras tinggi ini memberi tumpuan kepada empat domain yang lebih

cenderung untuk higher order thingking skill. Antaranya ialah seperti berikut:-

Mengaplikasi iaitu kebolehan menggunakan pengetahuan untuk

menghasilkan sesuatu yang baru.

Menganalisis iaitu mencerakinkan atau menstrukturkan maklumat ke dalam

bahagian yang kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan

atau maklumat yang berkaitan antara satu sama lain.

Menilai iaitu membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard

melalui pemeriksaan dan kritikan.

Mencipta iaitu menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu, menyusun,

menjana idea, merancang atau menghasilkan semula ke dalam corak atau

struktur yang baru.

Ciri yang seterusnya ialah soalan-soalan KBAT mempunyai kandungan bukan

rutin. Sebelum tahun 2013 soalan-soalan yang ditujukan kepada murid adalah

berbentuk soalan rutin. Soalan rutin tidak memerlukan murid untuk menggunakan

kemahiran berfikir pada aras tinggi dan operasi yang perlu digunakan adalah jelas.

Lantas masalah boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh

pelajar dengan mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelum secara langkah demi

langkah. Berikut adalah contoh soalan rutin.

Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat.

Soalan bukan rutin ialah masalah yang memerlukan tahap pemikiran yang

mana apabila murid melibatkan diri akan menentukan tahap pembelajaran mereka.

Soalan bukan rutin memerlukan kemahiran berfikir pada aras tinggi, meningkatkan

kemahiran menaakul dan jawapan dan prosedur yang perlu digunakan tidak serta

merta. Seterusnya soalan ini mungkin terdapat lebih daripada satu cara

penyelesaian dan strategi. Mungkin soalan itu terdapat lebih daripada satu jawapan.

Ah Seng ingin membeli bunga untuk ibunya sempena Hari Ibu. Setangkai bunga ros

berharga RM12.00 dan setangkai bunga tulip berharga RM20.00. Ibunya sangat

menyukai kedua-dua jenis bunga tersebut.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 9(701114-08-6220)

Page 10: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Sekiranya beliau mempunyai wang sebanyak RM115, apakah pilihan terbaik yang

boleh dibuat dengan baki wang yang paling minimum?

A. Setangkai bunga ros dan lima tangkai bunga tulip

B. Dua tangkai bunga ros dan empat tangkai bunga tulip

C. Tiga tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip

D. Empat tangkai bunga ros dan tiga tangkai bunga tulip

Selain dari ciri diatas soalan KBAT juga mempunyai konteks yang merujuk

kepada situasi baharu yang tidak lazim kepada pelajar. Ia bertujuan merangsang

murid berfikir dan bukannya menyatakan semula apa yang dipelajari didalam bilik

darjah. Ciri yang terakhir ialah soalan KBAT tidak akan berulang dan ia berkait rapat

dengan situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Soalan ini mencabar murid untuk

menyelesaikan suatu masalah kehidupan sebenar.

Contoh soalan adalah seperti berikut.

1. Mani ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia

mempunyai 20 meter wayar pagar.

a. Apakah saiz segiempat yang boleh beliau hasilkan?

b. Bentuk manakah yang terbaik?

2. Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Warga pendidik perlu menggunakan pendekatan mengajar KBAT dengan

berkesan sekali dalam bilik darjah. Pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam

menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik

dan inferens. Guru perlu mengajar KBAT dalam konteks secara langsung diluar

kurikulum, mengajar berfikir untuk menggunakan kaedah yang menggalakkan

berfikir dalam konteks kurikulum. Justeru itu, guru juga perlu menyusun semula

pengajaran untuk mengajar KBAT secara eksplisit. Strategi yang boleh digunakan

dalam penggunaan KBAT ialah soalan terbuka, teknik penyoalan, perbincangan,

metakognisi, pengurusan grafik dan kaedah penyelesaian masalah.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 10(701114-08-6220)

Page 11: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Menjelang tahun 2016 peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan

ditambah dalam semua kertas peperiksaan. Perubahan dalam reka bentuk

peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal bentuk soalan dan topic yang

akan diuji, dan pada masa yang sama tidak perlu melaksanakan latih tubi terhadap

topic tertentu. Oleh yang demikian guru harus mengambil tindakan untuk melatih

murid berfikir secara kritis dan mengaplikasikan ilmu dipelajari dalam pelbagai

konteks keperluan.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 11(701114-08-6220)

Page 12: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

3. Pelbagai sekolah telah diwujudkan oleh kerajaan untuk meningkatkan

prestasi pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Berikan pandangan anda tentang isu dan cabaran untuk menjadikan sebuah

sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

3.0 Pengenalan

Sekolah Berprestasi Tinggi boleh diertikan sebagai sekolah yang mempunyai

etos, watak, identity yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek

pendidikan. Selain itu, sekolah tersebut memberi suasana yang selesa dan teratur

serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan

murid-murid bagi mencappai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Negara.

Jawatankuasa Pemilihan SBT akan membuat pengiktirafan SBT jika

sesebuah sekolah dipilih. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia (KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga proses

saringan. Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan

kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu :-

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan

Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.

Pencapaian Standard Kualititi Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrument

yang setaraf dengannya sekuran-kurangnya 90% dalam semua dimensi.

Menerima pelbagai anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berjaya melahirkan personality-personaliti unggul (Towering personalities)

yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.

Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan

luar negara.

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang

memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di

sekolah.

Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam

negeri atau diperingkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 12(701114-08-6220)

Page 13: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar

negara.

Pada era globalisasi ini, banyak sekolah telah dicalonkan untuk menjadi

sebuah sekolah berprestasi tinggi dan banyak sekolah telah pun diisitiharkan

menjadi sebuah sekolah yang berprestasi tinggi. Dalam meniti arus pencapaian ini

sesebuah sekolah akan berhadapan dengan berbagai isu dan cabaran yang

sentiasa menguji kewibaan setiap insan yang bekerja kuat.

Kejayaan sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi akan dikecapi oleh

sekolah tersebut dengan hasil usaha semua pihak dalam sesebuah organisasi

sekolah. Dalam pada itu, faktor utama yang mendorong kepada pencapaian ini

adalah kepimpinan pengetua atau guru besar. Pemimimpin yang mempunyai

tindakan-tindakan tertentu untuk mempengaruhi individu lain supaya berusaha

secara sukarela dan bekerjasama untuk mencapai visi organisasi tanpa

mementingkan kepentingan peribadi boleh menjadikan sekolah berprestasi tinggi.

Sehubungan itu, kompentensi emosi memainkan peranan penting dalam

proses kepimpinan dan pembentukan budaya sekolah yang menjadi tunjang kepada

pembentukan sekolah SBT. Ini berupaya mempengaruhi pembentukan budaya

sekolah yang cemerlang. Emosi yang ditunjukkan oleh pemimpin dapat

menunjukkan penjanaan tingkahlaku pemimpin yang positif. Namun demikian

apabila seseorang pemimpin menunjukkan kuasa mereka keatas guru-guru untuk

melaksanakan segala program semata-mata untuk menaikan taraf sekolah ke

sekolah berprestasi tinggi. Sikap autokratik akan menggugatkan kerjasama antara

semua pihak dan semua pihak berasa diri mereka tertekan dan mereka akhirnya

menjadi kurang semangat untuk perjalanan organisasi sekolah.

Justeru itu, sesetengah pemimpin pula kurang kemahiran dalam mengurus

sesuatu program dan ia selalunya memberikan hasil yang kurang memuaskan.

Sikap pemimpin yang tidak mempunyai jalinan dan jaringan yang aktif dengan

sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi

pelbagai program juga menjadi salah satu isu dalam pemilihan sekolah itu menjadi

sekolah yang berprestasi tinggi.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 13(701114-08-6220)

Page 14: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Umum mengetahui bahawa, sesebuah organisasi berfungsi dengan baik dan

tonjol kefungsiannya jika mempunyai persefahaman dengan ibubapa, PIBG dan

masyarakat. Seandainya tiada wujud pemuafakatan yang erat antara sekolah dan

masayarkat maka ia memberi impak yang kepada keberkesanan dan

kecemerlangan pendidikan di sekolah. Ini seterusnya akan mengundang organisasi

sekolah ke jalan yang buntu dimana pencapaian sekolah tidak akan bersinar seperti

suria diawan.

Sumbangan PIBG juga tidak diturunkan bagi kejayaan murid-murid. Secara

tidak langsung mereka tidak diberi peluang untuk bertanding didalam bidang yang

dikenalpasti. Justifikasinya murid-murid tidak dapat bertanding diperingkat

kebangsaan dan antarabangsa. Ini menghalang organisasi sekolah menerima

pelbagai anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kemudahan sekolah dan infrastruktur juga merupakan salah satu faktor untuk

pemilihan sekolah berprestasi tinggi. Suasana bilik darjah yang kondusif untuk

menjalankan PdP dengan berkesan, ketiadaan makmal komputer untuk pusat akses

dan capaian internet untuk melayari sesawang yang berkaitan dengan akademik

merupakan cabaran untuk sesebuah sekolah melahirkan personaliti-personaliti

unggul (towering personalities) yang menerajui organisasi sekolah.

Tambahan pula faktor kewangan juga merupakan menjadi cabaran kepada

sekolah untuk menyediakan kemudahan sekolah yang penuh sofistikated. Bagi

mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta menyediakan segala

bentuk infrastruktur memerlukan modal awal. Dalam pada itu, sekolah sendiri perlu

berusaha mendapatkan bantuan kewangan ini amatlah merumitkan. Ini ditambahkan

lagi dengan kemudahan peralatan komuputer yang memerlukan kewangan yang

amat tinggi. Kos pembelian peralatan dan kemudahan ICT merupakan masalah

besar untuk sekolah-sekolah. Banyak wang yang diperlukan untuk menyediakan

prasarana ini dimana ia amat berguna untuk murid dan guru melengkapkan diri

dengan penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang.

Kebelakangan ini guru-guru pula, amatlah memikirkan tentang kebajikan diri

sendiri berbanding dengan kebajikan masyarakat. Guru pada masa dahulu kala lebih

prihatin mengenai proses mendidik anak murid dan mengutamakan profession

CHANDRAKALA A/P GOPAL 14(701114-08-6220)

Page 15: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

perguruan. Pada era globalisasi ini guru-guru lebih memberi tumpuan terhadap

kejayaan diri sendiri berbanding kejayaan kemenjadian murid secara amnya. Oleh

yang demikian sikap mereka yang selalu membelakangkan kejayaan sekolah dan

tidak memberikan kerjasama kepada pemimpin sekolah untuk mencapai ke tahap

yang cemerlang. Guru-guru sebegini juga tidak memberikan komitmen pada guru-

guru yang berusaha menjadikan sekolah mereka untuk mencapai prestasi yang

tinggi. Malangnya di beberapa sekolah ada guru-guru mewujudkan kelompok-

kelompok guru yang anti kepada usaha-usaha guru yang lebih komited kepada

kejayaan sekolah. Hala tuju aliran fikiran yang berlainan akan membawa sekolah ke

gaung yang gelap dan lenyaplah segala usaha pemimpin diperingkat permulaan

sahaja.

Sekolah yang berprestasi adalah pemberian anugerah yang diucapkan oleh

setiap kelompok masyarakat diseluruh Malaysia dan ganjaran yang diberikan oleh

kerajaan untuk sekolah adalah amatlah tinggi. Oleh yang demikian, bukan senang

untuk mendapat penganugerahan tersebut. Bagi tujuan tersebut semua warga

sekolah harus bekerja dengan keras sehingga jauh malam. Hal ini mengakibatkan

longgokan kerja untuk guru akan meningkat sabanhari. Guru-guru harus bertungkus

lumus bekerja keras untuk menceriakan sekolah, menyediakan dan memfailkan

dokumen dengan sistematik dan memastikan individu mencapai kecemerlangan

akademik dan ko-akademik diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Apabila sesebuah sekolah dicalonkan untuk dijadikan sekolah berprestasi

cemerlang, ramai orang pegawai, guru-guru dari sekolah lain akan datang

mengunjungi untuk lawatan penanda aras. Guru-guru yang bekerja di sekolah

tersebut seringkali terganggu dan tertekan dengan lawatan ini. Mereka kurang

selesa kerana kunjungan lawatan akan mengugat aktiviti PdP mereka. Adakalanya

pengajaran mereka akan dipantau dan dirakam untuk tontonan orang ramai. Guru

Besar akan sentiasa menyuruh guru-guru yang bertanggungjawab bersiap sedia

untuk memberi penerangan dan ceramah tentang kejayaan sekolah serta kriteria-

kriteria yang dimiliki untuk dijadikan sekolah cemerlang. Oleh hal yang demikian

guru-guru sentiasa dibelenggu dengan tekanan kerja serta stress diri.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 15(701114-08-6220)

Page 16: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Umum mengetahui bahawa, sekolah cemerlang akan menerima insentif

kewangan bagi sekolah, pemimpin sekolah, guru dan kakitangan bukan akademik.

Insentif kewangan yang disediakan termasuklah peruntukan tahunan untuk sekolah

dan warga sekolah.

Sementara itu, ganjaran berbentuk kewangan dan bukan kewangan diberikan

kepada pengetua dan gurubesar yang melepasi sasaran. Ganjaran kewangan

sebanyak RM 7500 dan bukan kewangan disediakan adalah seperti kenaikan

pangkat, pemberian sijil penghargaan serta mengikuti program sandaran dalam atau

luar negara.

Manakala ganjaran bagi guru pula ialah ganjaran berbentuk kewangan

sahaja. Sebanyak 5% guru cemerlang layak menerima RM 1800 dan 90% guru

menerima RM900, manakala baki 5% guru pula tidak layak menerima apa-apa

ganjaran berdasarkan prestasi masing-masing. Penetapan guru yang layak

menerima ganjaran akan dibuat oleh Pengetua atau Guru Besar.

Ekoran pemberian ganjaran Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan

guru-guru. Sebenarnya guru-guru yang bekerja keras untuk membangunkan sekolah

tersebut dari segi infrastruktur, pencapaian akademik, ko-akademik dan lain-lain lagi.

Guru Besar hanya memberi arahan pada warga sekolah untuk kendalikan program

mengikut pelan strategik tetapi kesemua proses kerja tentu dibuat oleh guru-guru

sahaja.

Apabila ganjaran diberikan pada sekolah, bahagian peruntukan wang untuk

guru besar adalah sangat tinggi berbanding dengan guru-guru. Hal ini

menyebabkan, guru-guru tidak bermotivasi untuk mengekalkan kejayaan yang

dikecapi oleh sekolah tersebut. Motivasi mereka menurun dan akan mewujudkan

pelbagai masalah yang mengundang ke gaung yang gelap.

Justeru itu, cabaran seterusnya ialah guru-guru harus menyusun segala

dokumentasi yang dikehendaki mengikut kriteria yang dikehendaki dengan

sistematik. Seterusnya guru-guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran

yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran serta

mewujudkan persekitaran yang teratur didalam dan diluar bilik darjah. Ini diikuti pula

isu kemenjadian murid dimana guru perlu bekerja keras untuk menempatkan murid-

CHANDRAKALA A/P GOPAL 16(701114-08-6220)

Page 17: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

murid cemerlang ke peringkat antarabangsa. Keadaan ini akan memberi tekanan

kepada emosi guru. Akhirnya guru-guru berhadapan dengan pelbagai masalah

kesihatan.

Bagi mendapatkan kejayaan dipersada dunia bukalah merupakan satu

perkara yang remeh temah. Pengorbanan semua umat manusia yang menentukan

kecemerlangan akademik anak-anak murid. Bagi mencapai kemajuan pelbagai

halangan perlu kita hadapi tetapi apabila kita berpandang ke belakang, liku-liku

kehidupan akan mengajar kita satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 17(701114-08-6220)

Page 18: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Saya Chandrakala a/p Gopal (KP: 701114086220) bersyukur kepada Tuhan

kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya mengucapkan terima

kasih kepada pensyarah saya En. Mazlan Bin Ahmad serta rakan-rakan yang telah

menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya memahami konteks tugasan ini apabila pensyarah kami memberi

penerangan tentang kehendak tugasan ini. Saya mencari maklumat mengenai

tugasan ini dari pelbagai sumber. Saya mendapat bahan buku dari perpustakaan

IPGM Ipoh dan bahan dari laman web.

Saya sebagai seorang pendidik saya mendapat ilham dan idea untuk

melaksanakan beberapa tindakan dalam merealisasikan hasrat kementerian.

Tindakan saya akan bermula dengan menggunakann pendekatan pengajaran yang

terkini iaitu pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif,

penybatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai disiplin ilmu dan pembelajaran

berasaskan masalah. Seterusnya saya juga akan menukarkan kaedah pengajaran

dimana saya akan memperbanyakkan kaedah perbincangan, main peranan,

penyelesaian masalah, inkuiri serta kaedah penyoalan yang berunsur kepada

kemahiran berfikir aras tinggi.

Tugasan ini memberikan ilmu kepada saya, bahawa sesebuah sekolah akan

mencapai kecemerlangan jika semua pihak disekolah itu memberikan komitmen

yang mempunyai kepentingan bersama. Setiap kanak-kanak berhak mencapai

kejayaan. Ini adalah bergantung pada guru-guru di sekolah itu sendiri. Terdapat

banyak halangan untuk kecapi kecemerlangan. Namun manusia yang menerima gaji

harus bekerja keras demi kejayaan sekolah dan murid kerana setiap tindak tanduk

kita akan dibalas oleh Yang Maha Esa kelak.

CHANDRAKALA A/P GOPAL 18(701114-08-6220)

Page 19: EDU 3093.docx

GURU DAN CABARAN SEMASA ( EDU3093 )

Bahan dari buku

Modul EDU3093 Guru dan Cabaran Semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2015, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Nonati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah

A. Majid, (2010). Guru Dan Cabaran Semasa, Oxford Fajar Sdn. Bhd.,

Selangor.

Bahan dari Internet

http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP/

Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf

http://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran-abad-ke21?related=1

http://www.slideshare.net/sahronzulkepli/pendidikan-abad-ke-21-dan-skype?

related=2

http://www.slideshare.net/CahayaCitaCita/kbat-34433602?related=1

CHANDRAKALA A/P GOPAL 19(701114-08-6220)