shoutul islam dari meja editor laman puisi...

10

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Mengunjungi Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan baru-baru ini bersama-sama dengan rakan-rakan pejabat memberi satu kesedaran bahawa anak-anak ini perlu dibantu untuk kelangsungan kehidupan mendatang. Peranan RAY sebagai institusi kebajikan dan tarbiah anak-anak yatim dan fakir ini, akan dapat memberi sinar baru kepada penghuninya. Perancangan jangka panjang dan pendek per lu d i laksanakan secara sistematik bagi memastikan anak-anak yatim dan fakir ini akan mendapat pendidikan dan tarbiah yang sewajarnya sesuai dengan peringkat umur mereka. Perancangan strategik dan hala tuju institusi ini harus jelas bagi mencapai masa depan yang lebih menjamin untuk anak-anak ini.

Hala tuju RAY yang dibincangkan bersama-sama Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan kakitangan RAY mengupas b e b e r a p a a g e n d a d a n i s u d a l a m m e m p e r k a s a pengurusan RAY dan meningkatkan potensi anak-anak RAY ke arah yang lebih positif dan jati diri yang tinggi. Tidak mudah untuk membentuk satu organisasi yang berwibawa tanpa usaha yang terancang. Melaksanakan suatu yang biasa akan menjadi luar biasa sekiranya dibuat dengan perancangan yang sistematik. Semuanya perlu perancangan. Dan berani mencuba sesuatu yang baru tanpa takut gagal.

Di dalam Islam menyantuni anak yatim sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW, sepertimana sabdanya: "Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) d i s y u r g a s e p e r t i i n i , k e m u d i a n B a g i n d a S A W mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah Baginda serta agak merenggangkan keduanya." (HR. Bukhari).Seorang muslim yang ingin bersama dengan Rasulullah SAW di syurga, maka disarankan untuk menyantuni anak yatim sebab Rasulullah SAW sudah memberikan janji syurga untuk mereka dan jaraknya seperti jari telunjuk dengan jari tengah. Ibnu Hajar Al-Asqalanty Rahimahul lah berkata, " Isyarat in i cukup untuk menegaskan kedekatan kedudukan pemberi santunan kepada anak yatim dan kedudukan Nabi, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah."

Berbuat baik dengan menyantuni anak yatim akan menzahirkan iman dan takwa yang semakin kuat dan mendalam. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 133 - 134 yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan sebahagian hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." Siapa pun kita, semoga apa yang kita usahakan untuk membantu anak-anak yatim dan fakir ini akan diberkati oleh Allah SWT. Amin.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz abdillah Haji nanun

([email protected])Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik Mohammad Fazli bin Haji TiksonTuan Haji nordin Lossin

Ustaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin JunaidiPuan azmalina kamarul Jamal

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

permata nusa dan bangsa yang hilang

Himpunan gugusan dan zikir dan doa kudus

mengiringi kembali ke rahmatullah

seorang pemimpin dan menteri kebanggaan

permata nusa dan bangsa yang hilang

daripada menyemai tunas bakti

dalam landasan perjuangan rukun negara

obor kasih walau membaja kehijauan

tetapi telah padam selamanya

kini tinggal belia beriman

tumbuh berbekal ilmu amal mewarisinya

dalam rimbun syukur peribadi luhur

anak watan yang tiada galang gantinya.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

215 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

kesalahan mempermainkan ayatal-quran dan hadith

Oleh:Puan Siti Imrah bte Lenas

Al-Quran merupakan Kalamullah yang diturunkan sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir zaman. Kitab suci ini adalah bukti kekuasaan Allah SWT kerana di dalamnya terkandung segala panduan serta perintah Allah SWT kepada manusia. Manakala al-Hadith dari sudut Istilah menurut Ahli al-Hadith, Muhaddithun (Ulama Hadith) bermaksud segala sesuatu yang bersumber daripada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sama ada perkataan, perbuatan, ketetapan, ciri-ciri tubuh badan, akhlak dan tingkah laku atau perjalanan hidup (sirah) beliau sama ada sebelum atau sesudah beliau diangkat menjadi Rasul.

Jumhur ulama berpendapat bahawa Sunnah dan al-Hadith itu ialah sama sahaja secara dasarnya kerana ianya meliputi sesuatu yang diperintahkan, dilarang atau dianjurkan oleh Rasulullah SAW baik sabda mahupun perbuatan. Oleh itu, dikatakan bahawa dalil-dalil syara’ itu ialah al-Quran dan al-Sunnah bermaksud al-Quran dan al-Hadith itu sendiri.

Sekiranya terdapat individu yang berniat hendak mempermainkan ayat al-Quran dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dalam berkomunikasi sehari-hari, di mana konteks ayat tersebut tidak ada kaitannya sama sekali dengan situasi yang dialaminya sebagai contoh, ketika ada seseorang yang bernama Musa datang memenuhi janji dan menepati waktu, lalu kawannya membaca ayat:

“Kemudian kamu datang menurut waktu yang ditetapkan, hai Musa.” (Thaha: 40).

Para ulama menghukum perbuatan menggunakan ayat al-Quran seperti di atas adalah haram dan apabila niat atau tujuan orang tersebut hendak mempermainkan al-Quran atau mengolok-oloknya, para fuqaha menghukumnya kafir. Ibnu Taimiyah berkata, “Tidak selayaknya seorang muslim memaknai al-Quran dengan selain makna yang dikehendaki oleh Allah… Kemudian, apabila seseorang meremehkan atau mengolok-olok al-Quran maka dia kafir.” (Mukhtashar Fatawa Al-Mishriyyah: 578).

Justeru itu, pematuhan terhadap adab-adab dengan kitab suci al-Quran wajiblah diikuti kerana ianya wahyu Allah SWT yang harus dijaga kesuciannya. Tidak boleh dipermainkan dan dilecehkan. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kamu, nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah: 65 - 66).

Menurut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995:

Sesiapa yang mempermain, mencela, mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan atau menghina atau melakukan perbuatan yang menyebabkan ayat-ayat al-Quran atau Hadith diletakkan dalam keadaan atau tempat yang boleh mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Quran atau Hadith tersebut atau perkataan yang berkaitan dengan agama Islam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, wajiblah setiap umat Islam menghormati dan menjaga kesucian kitab ini dari segala sisi. Tidak hanya terhadap mushafnya, tapi juga ketika membaca dan mempelajarinya. Tidak boleh sembarangan dalam berinteraksi dengan al-Quran, tetapi harus memperhatikan adab-adab yang ada padanya. Misalnya, membaca al-Quran dalam keadaan suci, duduk dengan sopan dan tenang, mengawalinya dengan membaca ta’awudz, membaca dengan tartil, dan menghayati setiap ayat yang dibaca.

Wallahu a'lam.

ayat as-syifaOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Bila ditimpa penyakitBila manusia mengalami penyakit, pasti penawar atau ubatnya dicari. Pelbagai ubatan dicuba. Pelbagai tempat dikunjungi untuk mencari perawat. Kita akan berkorban apa sahaja asalkan sembuh. Kita akan berbuat dan berbelanja berapa sahaja yang penting kesakitan atau penyakit yang kita hidapi sembuh sepenuhnya. Namun, dalam kita bergantung pada ubatan, akidah kita juga perlu diperbetulkan supaya kebergantungan kita tidak padanya tetapi pada Allah SWT.

Surah Al-Fatihah Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat lima waktu. Meninggalkan bacaan al-Fatihah dengan sengaja boleh menyebabkan solat cacat sehingga membawa kepada terbatalnya solat. Sebagai surah pertama yang diletakkan dalam mashaf al-Quran bersesuaian dengan namanya “al-Fatihah” bermaksud “pembuka” ia turut melambangkan keperluan untuk dibaca terlebih dahulu sebelum memulakan pekerjaan termasuk merawat.

Ayat as-Syifa

1.“Dan Dia menyembuhkan dada-dada kaum mukminin.” (Surah At-Taubah ayat 14).

2.“Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada juga petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57).

3.“Padanya (madu) mengandungi penawar bagi manusia.” (Surah An-Nahl ayat 69).

4.“Dan Kami (Allah) menurunkan di antara al-Quran ada satu yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Al-Isra ayat 82).

5.“Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan.” (Surah As-Syu’ara ayat 80).

6.

“Katakanlah: Yang demikian itu adalah bagi mereka yang beriman, sebagai petunjuk dan kesembuhan.” (Surah Fussilat ayat 44).

Mimpi Rasulullah SAWAl-Imam Badr Ad-Din az-Zarkasyi menukilkan daripada Abu al-Qasim al-Qusyairi yang telah melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya, lalu Nabi SAW bertanyakan kepadanya:

“Mengapa aku lihat engkau sedang bersedih?” Lalu jawab al-Qusyairi: “Anakku sedang sakit tenat.” Lalu Rasulullah SAW bersabda: (Maksudnya) “Di mana engkau dengan ayat as-Syifa’? (Disebutkan keenam-enam ayat tersebut di atas)”. Maka al-Qusyairi membacakan ayat as-Syifa kepada anaknya tiga kali lalu ia sembuh. Ayat as-Syifa ini dinamakan Enam (6) Syifa.

Tujuh (7) Syifa

Terjemahannya:“Kesembuhan yang cepat, tidak meninggalkan sakit atau penderitaan kecuali kesembuhan-Nya.”

KesimpulanKetujuh-tujuh syifa ini bersifat umum untuk semua jenis penyakit termasuk juga semua jenis penyakit yang tidak diketahui secara pasti puncanya. Jelas sekali penggunaan ayat as-Syifa di atas memperlihatkan kebesaran dan kemuliaan al-Quran sebagai mukjizat yang tiada tolok bandingnya.

Tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan Allah SWT. Mari kita serahkan kebergantungan kita kepada-Nya.

ruJuKan:● Rawatan Penyakit Jasmani, Dato Dr. Haron Din.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 10.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 14.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 15.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 1.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 24.● Tafsir Al-Quran, HME Book Centre.

1815 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

Penulis Bersama Anak-anak RAY Tambunan SempenaBengkel Hala Tuju RAY 2019

"Kesianku meliat anak yang menasyid atu tadi, macam umur anakku." Jelas Ahmmal, rakanku yang bertugas di Bahagian Pembangunan sewaktu berada di dalam kereta setelah selesai Majlis Ramah Mesra Pegawai- pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan. "Awu.. membari rawan." Sokong penuh emosi Mansor, stafku yang menjadi jurupandu kami sepanjang berada di daerah ini. Memang terasa sayu di hati sesiapa saja yang berkunjung ke RAY ini bila berjumpa dan melihat anak-anak ini yang mulus dan innocence. Termasuk aku. Mereka ini adalah anak-anak yang kehilangan salah seorang dari ibu atau bapa atau keduanya sekali. Ada juga miskin tegar yang dipelawa tinggal dan mendapat pendidikan sewajarnya di sini. "Penyanyi solo tu, rumahnya berdinding buluh saja." Ustaz Rahim, Pengetua RAY membisikkan latar sebenar pemilik suara yang merdu yang menjadi solo kumpulan nasyid utama RAY pada majlis itu. Penyanyi itu seorang pelajar perempuan yang telah memasuki tingkatan 6 sekolah menengah di daerah itu. Kami diraikan dengan persembahan kumpulan nasyid pelajar-pelajar perempuan sekolah rendah dan kumpulan kompang yang dibimbing oleh Ustaz Wahab, tenaga pembimbing RAY. Semuanya kelihatan ceria dan gembira.

Kompleks Rumah Anak Yatim (RAY) Tambunan telah dibina di atas sebidang tanah seluas 15 ekar pada tahun 1981 atas cadangan mantan Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Harris Salleh. Pembinaan kompleks yang menelan belanja sebanyak RM5.3 juta ini, siap sepenuhnya pada tahun 1983. Kompleks ini dirasmikan oleh YAB Dato Musa Hitam mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 3 Ogos 1984. RAY telah beroperasi pada November tahun 1983 dengan jumlah penghuni pertama adalah seramai 53 orang. RAY adalah satu-satunya institusi kebajikan yang ditadbir oleh JHEAINS, yang sebelum tahun 1996 di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). RAY Tambunan adalah satu ahli gabungan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

RAY Tambunan yang mempunyai 82 orang penghuni ini mempunyai kemudahan seperti pejabat pentadbiran, masjid yang boleh memuatkan seramai 200 - 300 orang dalam satu masa, dewan serbaguna dengan gelanggang badminton, dewan makan, asrama lelaki, asrama perempuan, perpustakaan, rumah kakitangan, surau dan kemudahan-kemudahan lain.

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menyantuni anak-anak yatim sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 177, yang bermaksud: "...sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya..." Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik rumah orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim dan diasuh dengan baik. Seburuk-buruk rumah orang Islam adalah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang diperlakukan dengan jahat." (H.R. Ibnu Majjah dari Abu Hurairah).

Kesempatan ke RAY pada 11 Mac 2019 telah membuahkan hasil dari bengkel 2 hari bersama Pegawai-pegawai Kanan JHEAINS dan kakitangan RAY. Di antaranya ialah Pelan Pengurusan RAY 2019 - 2021, Hala Tuju Pendidikan Formal dan Tidak Formal Anak-anak RAY, Hala Tuju Kerjaya dan Perancangan Pembangunan Fizikal RAY. Rasanya kami perlu datang lagi ke RAY ini dengan program dan pencapaian hasil bengkel yang direncanakan. Insya-Allah.

rayOleh: Adi Pitang

Kisah 7 orang pemuda dan seekor anjing ini amatlah popular sehingga dikisahkan di dalam surah khas oleh Allah SWT yang dinamakan sebagai surah “Al-Kahfi (Gua)”. Mereka inilah bukti kekuasaan Allah SWT tatkala Allah SWT menidurkan mereka bertahun lamanya dengan umur mereka yang tidak bertambah dan ianya juga untuk menjawab persoalan kaum musyrikin kepada Rasulullah SAW bagi membuktikan kenabiannya.

Maka ceritanya bermula di sebuah tempat di Sahab, Amman yang diperintah oleh pemerintah yang zalim. Suatu hari, mereka dipaksa untuk berpaling daripada agama Allah SWT, lantas mereka melarikan diri ke dalam sebuah gua yang cukup luas, lalu mereka berdoa seperti di dalam surah Al-Kahfi ayat 10 yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” Kemudian, Allah SWT melelapkan mata mereka selama 309 tahun dalam keadaan fizikal mereka yang terjaga dan tidak ditemukan oleh sesiapa pun.

Sesedarnya mereka, lantas mereka saling bertanya berapa lamakah mereka telah terlelap. Akan tetapi tidak ditemui jawapannya kerana hanya Allah SWT yang lebih mengetahui berapa lama mereka di sana. Lalu, disebabkan lapar yang bersangatan, mereka pun beralih topik perbicaraan mereka dan mencadangkan salah seorang daripada mereka untuk pergi ke kota dengan membawa wang dirhamnya. Akan tetapi sebelum pemuda itu berangkat, dia dinasihatkan untuk memilih makanan yang halal, bersikap lemah lembut dan perlulah menyembunyikan diri semaksima mungkin agar tidak kedapatan oleh para penganut Daqyanus yang zalim.

Sesampainya di kota Sahab, Amman, dia berasa hairan dengan perubahan kota tersebut. Dia tidak melihat satu pun tanda-tanda negeri yang dulu pernah didiaminya termasuk bagi penduduknya. Tetapi, dia tetap meneruskan langkah kepada si penjual makanan, lalu menyerahkan wang yang dibawanya tadi. Kemudian, pemilik kedai itu terpegun lalu menanyakan perihal asal usul wang itu. Lalu pemuda itu berkata, “Aku adalah penduduk negeri ini dan aku baru sahaja meninggalkan tempatku ini semalam dan di kota itu terdapat seseorang raja bernama Daqyanus.”

Kemudian, penjual itu berasa sangsi dan menganggap pemuda itu sebagai orang yang tidak waras dan membawanya kepada raja mereka untuk diadili. Maka pemuda itu pun menceritakan hal sebenar serta membawa mereka ke gua yang ditinggalinya sekarang. Setelah itu, berangkatlah raja dan rakyatnya ke gua tersebut. Lalu raja itu berkata, “Tinggallah di sini dahulu sehingga aku meminta izin terlebih dahulu kepada mereka agar membenarkan kalian masuk bersama.” Di dalam sebuah riwayat, raja itu bernama Yandustus yang merupakan seorang Muslim.

Setibanya di dalam, si raja terus memberi salam dan berpelukan dengan mereka semua. Dengan senang hati, 7 orang pemuda tersebut bercerita dengannya sebelum mereka kembali ke pembaringan mereka dan akhirnya Allah SWT mewafatkan mereka.

Ikrimah ada mengatakan, ada suatu kelompok yang mendakwa bahawa yang dibangkitkan itu hanyalah roh dan bukan jasad, lalu Allah SWT bangkitkan Ashabul Kahfi sebagai hujah bahawa yang dibangkitkan itu adalah roh dan jasad kedua-duanya.

Begitulah hebatnya kekuasaan Allah SWT. Mereka ditidurkan dan kemudian dibangunkan serta dipertemukan oleh manusia agar manusia tahu bahawasanya janji Allah SWT itu benar dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Oleh yang demikian, perihal hari akhirat janganlah kita ada keraguan padanya. Sentiasalah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada-Nya, semoga kita semua ditempatkan di syurga-Nya kelak. Insya-Allah amin.

kisah ashabul kahfi dalam surahal-kahfi ayat 9 - 26

Oleh:Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

415 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

penghinaan kepada rasulullah saw adalahsuatu kebiadaban yang sukar dimaafkan(bahagian 4)Oleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic &

Strategic Studies Institute)

Mencintai Rasulullah SAW merupakan salah satu kemestian dan bukti keimanan seorang Muslim kepada Allah SWT. Ini berdasarkan hadis berikut:

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah yang nyawaku berada di tangan-Nya. Salah seorang di antara kalian tidak beriman sehingga aku lebih ia cintai daripada bapanya dan anaknya sendiri.” (HR. Bukhari no. 14).Seorang Mukmin yang sejati pasti akan berusaha agar penghinaan kepada Nabinya tidak berlaku dan dihentikan serta-merta.Hinaan terhadap Nabi SAW adalah disebabkan dua faktor utama iaitu kejahilan dan juga kemunafikan pihak tertentu untuk menjatuhkan martabat Baginda SAW serta mahu mengganggu emosi manusia agar terus menjadi lemah dan hancur.Cara Rasulullah SAW dalam menyikapi aneka penghinaan ini ada dua cara iaitu Baginda SAW diamkan, doakan lalu memberi peringatan, dan ada juga yang Baginda SAW jatuhkan hukuman (bunuh). Kesemua ini melalui pertimbangan khususiyyah Rasulullah SAW.Semasa Baginda SAW berada di Mekkah, kejahilan masyarakat masih tebal sehingga penghina Rasulullah SAW tidak dihukum (bunuh) tetapi perlu didoakan dan dinasihati.Ini terjadi apabila Furat bin Haiyan telah diupah oleh Abu Sufyan (ketika itu belum Islam) untuk menulis syair yang memburuk-burukkan Baginda SAW. Namun kelembutan Rasulullah SAW diam dan memaafkan kerana kejahilannya.Pada satu hari, beliau telah ditangkap dan kemudiannya memeluk Islam. Dengan hati yang gembira, Rasulullah SAW menghadiahkan kepada beliau sebidang tanah di Yamamah. Ini terjadi ketika di Mekkah.

Namun ketika periode Madinah, penghina Nabi SAW dihukum bunuh disebabkan ketika itu ilmu dan syiar Islam sudah teguh berdiri dan pengetahuan tentang kenabian sudah tersebar di mana-mana.Peristiwa Ka'ab Ibnu Al-Asyraf yang selalu menghina Nabi SAW di Madinah telah dibunuh oleh Muhammad bin Maslamah RA atas perintah Nabi SAW, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari hadis ke-4037 dan Shahih Muslim hadis ke-1801, yang bersumber dari Jabir bin Abdillah RA. Hal ini diriwayatkan juga oleh Abu Daud, An-Nasai dan Al-Humaidi.Hukuman ini jelas perlu dilakukan melalui pemerintah Ulil Amri dan tidak boleh dengan sendirian untuk menjaga maslahat keamanan global.Malah hukuman ini juga melibatkan alam jin. Kisah hukuman (bunuh) jin disebabkan menghina Rasulullah SAW diceritakan langsung oleh Rasulullah SAW.Kisah ini diriwayatkan dalam kitab Ad-Dalail dan Al-Fakihi yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim Al-Ishfahani. Terdapat juga dalam kitab Akhbar Mekkah yang bersumber dari Abdullah Ibnu Abbas RA.Jin Kafir yang bernama Mis'ar dibunuh oleh Jin Muslim yang bernama Samhaj kerana telah memperlekehkan kebenaran dan menghina Rasulullah SAW. Lantas nama Samhaj dinamakan Abdullah yang menjadi di kalangan sahabat Baginda SAW di alam jin. Penceritaan ini diriwayatkan oleh Ibnu Hajar Asqalani dalam kitab Al-Ishobah dan Ibnu Al-Atsir dalam kitab Usud Al-Ghobah.Hal ini kerana kenabian Rasulullah SAW juga meliputi keseluruhan alam termasuk alam manusia, alam jin dan juga alam haiwan tumbuhan. Maka sesungguhnya alam ini adalah saksi kepada pencinta Rasulullah SAW dan pendukung kewibawaan Baginda di akhirat kelak.Beruntunglah mereka yang membela dan mendukung Rasulullah SAW daripada penghinaan juhala' dan munafiqun di sepanjang zaman kerana ia akan menjadi saksi berharga kepada pejuang syiar Baginda SAW.

Pada 11 Rabiulawal 145H, di Kota Mekah, maka lahirlah seorang puteri yang diberi nama Nafisah. Nama sebenar beliau adalah Nafisah binti Hasan Al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Ali K.W dari hasil pernikahan bersama Sayyidah Fatimah Az-Zahra, Puteri Rasulullah SAW. Ketika ayahnya menyandang jawatan Gabenor di Madinah, Nafisah dibawa bersama yang pada ketika itu baru berumur 5 tahun. Pada ketika itu, Nafisah mula menghafal al-Quran dan mempelajari tafsirnya. Nafisah juga sentiasa mengambil peluang untuk kerap melawat kubur atuknya iaitu Rasulullah SAW. Pada usia kanak-kanaknya sering dihiasi dengan ibadah yang teguh dan berulang-alik ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat. Ditakdirkan oleh Allah SWT, Nafisah dinikahkan dengan Ishaq al-Mu’tamin anak saudara ayahnya pada usianya mencapai 16 Tahun. Menurut riwayat, Nafisah menunaikan Haji lebih 30 kali yang kebanyakan dilakukan dengan berjalan kaki kerana ingin meneladani datuknya.

Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir pada usianya 48 tahun, sesampainya di sana, Nafisah terus menziarahi makan Nabi Ibrahim AS yang juga datuk kepada datuknya. Ketika berada di sana, Nafisah dikunjungi oleh Imam Syafie bersama anak muridnya dan jika Imam Syafie tidak dapat bertemunya, ia akan meminta muridnya bertemunya dan meminta ia didoakan oleh Sayyidah Nafisah. Setelah sampai utusan itu kepada Imam Syafie, lantas sembuhlah ia, berkat doa daripadanya. Diriwayatkan oleh al-Azhari dalam Kitab Kawakib As-Sayyara dinukilkan kisah yang karomah bersama Sayyidah Nafisah ini. Diceritakan bahawa di Mesir ada seorang wanita tua dan ditanggunginya empat orang anak yatim. Mereka ini mencari makan dengan menenun kain setiap minggu untuk dijual di pasar. Pada satu hari, seperti biasa wanita tua ini keluar untuk menjual kain tenunan yang telah ditenun selama seminggu itu dengan menutupnya menggunakan kain buruk berwarna merah. Setibanya berdekatan pasar, wanita tua itu diserang oleh sekumpulan burung dan menyebabkan kain yang ditenun itu rosak. Lalu seorang berkata: “Pergilah engkau bertemu dengan Sayyidah Nafisah dan mengadu kepadanya.” Kemudian wanita tua itu bertemu dengan Sayyidah Nafisah lalu menceritakan segalanya sedang ia menangis mengenangkan perkara itu. Sejurus itu, Sayyidah Nafisah lalu mengangkat tangan dan berdoa: “Wahai Allah, wahai Yang Maha Tinggi dan Maha Memiliki, gantikanlah untuk hamba-Mu ini apa yang telah rosak. Kerana, mereka adalah makhluk-Mu dan tanggungan-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” Sedang wanita tua itu menangis, tiba-tiba datang sekumpulan pedagang bertemu Sayyidah Nafisah dan berkata: “Kami mengalami cerita yang pelik, sewaktu di lautan kapal kami bocor dan tiba-tiba datang sekumpulan burung menutup lubang itu dengan kain merah dan telah menyelamatkan kami daripada karam.” Kemudian kumpulan pedagang itu memberikan 500 Dinar kepada Sayyidah Nafisah sebagai tanda syukur yang kemudiannya diserahkan wang itu kepada wanita tua itu. Wanita tua itu menceritakan perkara itu kepada 4 orang anak yatim dalam jagaannya, mereka telah bertemu Sayyidah Nafisah untuk mengambil berkah dan menjadi anak muridnya.

Sayyidah Nafisah diwafatkan oleh Allah SWT pada pertengahan Ramadan 208H dan dikebumikan di Mekah. Beliau mewasiatkan kepada suaminya untuk dia dikebumikan di Baqi’ Madinah bersama keluarganya. Namun, Rasulullah SAW datang kepada suaminya dalam mimpi dan membenarkan ia kekal dikebumikan di Mekah.

kisah sayyidah nafisahOleh:

Mohammad Fazli bin Haji TiksonJHEAINS Lahad Datu

1615 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

Lelaki sering kali membahas dan menegur soal aurat wanita namun sayang. Masih ramai lelaki yang lupa akan aurat lelaki itu sendiri. Lelaki juga tidak boleh memakai seluar pendek, kerana akan terdedah auratnya. Dan tidak boleh menampakkan aurat di hadapan lelaki lain, apatah lagi di hadapan wanita. Allah Ta’ala berfirman:

“(Orang beriman) adalah orang yang menjaga kemaluan mereka. Kecuali kepada isteri-isteri mereka atau budak-budak wanita mereka, jika demikian maka mereka tidak tercela.” (QS. Al-Mu’minun: 5 - 6).

Mu’awiyah bin Haidah Al-Qusyairi radhiallahu’anhu, seorang sahabat Nabi, bertanya kepada Rasulullah :

“Wahai Rasulullah, mengenai aurat kami, kepada siapa boleh kami tampakkan dan kepada siapa tidak boleh ditampakkan?" Rasulullah menjawab: “Tutuplah auratmu kecuali kepada isterimu atau budak wanitamu.” Mu’awiyah berkata: "Wahai Rasulullah, bagaimana jika seseorang berada di tengah orang banyak yang saling melihat?" rasulullah menjawab: “Jika engkau mampu untuk menjaga auratmu agar tidak terlihat, maka hendaknya lakukanlah. Iaitu engkau tidak melihat aurat orang lain, dan orang lain tidak melihat auratmu.” Mu’awiyah berkata: "Wahai Rasulullah, bagaimana jika seseorang sedang sendirian?" Rasulullah menjawab: “Allah lebih berhak untuk malu kepada-Nya daripada kepada manusia.” (HR. Tirmidzi).

Dan dalam hadith dari Abu Sa’id Al Khudri radhiallahu’anhu, Rasulullah bersabda:

“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain.” (HR. Muslim).

Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengatakan:

“Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut, baik di dalam solat mahupun di luar solat. Namun di dalam solat ditambah dengan menutup kedua pundaknya atau salah satunya dengan rida atau semisalnya selama masih mampu. Dan tidak boleh bagi seorang Mukmin ketika solat ia memperlihatkan bahagian antara pusat hingga lututnya. Ini adalah pendapat jumhur ulama dan ini adalah pendapat yang benar. Sebahagian ulama berpendapat bahawa paha bukan termasuk aurat, namun ini adalah pendapat yang lemah.”

Maka kesimpulannya, tidak diperbolehkan lelaki memakai seluar pendek di hadapan lelaki lain, atau di hadapan wanita selain isterinya atau budak wanitanya.

lelaki, tutup juga auratmuOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

adakah jatuh hukum zihar bilaisteri yang berkata

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SoAlAnUstaz, adakah jatuh hukum zihar sekiranya isteri berkata kepada suaminya begini:

"Bang, muka si Minah tu macam muka emak abanglah.”

jAWApAnDengan ucapan seperti tersebut di atas tidak menjatuhkan hukum zihar, sebab ucapan zihar itu mesti diucapkan oleh suami, bukan oleh isteri. Kerana hak zihar itu adalah hak suami sama seperti hak talak, iaitu suami yang berhak menceraikan isteri bukan sebaliknya. Begitu pula zihar, iaitu suamilah yang berhak menzihar isterinya bukan sebaliknya. Berkata Syeikh Ibrahim Al-Bajuri dalam kitab al-Bajurinya:

Ertinya: “Dan bermula rukun zihar itu empat macam iaitu: Ada orang yang menzihar (suami) dan ada orang yang dizihar daripadanya (isteri) dan ada orang yang diserupakan dengannya iaitu mahramah (wanita yang haram nikah dengan suami) dan ada ucapan (shigah).”

Seterusnya Syeikh Ibrahim Al-Bajuri berkata lagi:

Ertinya: "Dan disyaratkan orang yang menzihar itu adalah ianya suami yang sah talaknya. Maka tidak sah zihar daripada selain suami.” (Hasyiah Al-Bajuri, jilid 2, hal. 158).

ZIHARDari segi istilah, zihar ditakrifkan sebagai perkataan suami menyamakan isterinya yang belum tertalak secara bain dengan wanita yang mahram muabbad (selamanya) kepadanya.

(Rujuk Mughni al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini (hlmn. 448)).

Demikianlah semoga penjelasan ini dapat memberikan panduan dan kefahaman kepada kita semua.

Wallahu a’lam.615 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Allah SWT memulai surah ini dengan mengagungkan zat-Nya dan menggambarkan kebesaran peranan-Nya, kerana kekuasaan-Nya meliputi segala sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mana-mana makhluk pun selain Dia. Membuktikan tidak ada Tuhan selain Dia.

Surah ini juga dikenali dengan Surah Bani Israil, kerana banyak menyebut tentang sejarah mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Sejarah mereka penting untuk kita ketahui kerana peristiwa yang pernah berlaku kepada mereka mungkin akan berlaku kepada umat ini. Mengambil iktibar kisah mereka mampu menjadikan kita untuk sentiasa berhati-hati di dalam setiap perkara.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj antara lainnya untuk mengukuhkan mukjizat Nabi Muhammad SAW sekali gus sebagai penghormatan buat Baginda SAW, juga salah satu isyarat kepada umat Islam bakal mendominasi segala sesuatu urusan dari sekecil-kecil perihal duniawi hinggalah sebesar-besar urusan ukhrawi.

Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu. Ini terhasil melalui kekuatan dalaman yang berpaksi kepada dua sumber, iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang akhirnya melahirkan intelektual Islam yang dinamis dan kreatif.

Jelas di sebalik ketamadunan manusia itu wujud satu dorongan dan rangsangan positif terhadap perkembangan sains. Sikap manusia terhadap alam semula jadi dan usaha untuk menyelesaikan masalah serta memenuhi keperluan-keperluan tertentu merupakan faktor pemangkin terhadap perkembangan pengajian sains itu sendiri.

Kejadian Isra’ Mikraj yang merentasi tujuh petala langit hingga ke Sidratul Muntaha menggamit keinginan kita untuk mengetahui hakikat penciptaan langit dan cakerawala yang menghiasi kejadian langit.

Pengertian langit dalam kisah Isra’ Mikraj bukanlah pengertian langit secara fizik. Fenomena yang diceritakan Nabi SAW bukanlah fenomena fizik, seperti perjumpaan dengan para Nabi yang hakikatnya telah wafat. Langit dan Sidratul Muntaha dalam kisah Isra’ Mikraj adalah alam ghaib yang tak mampu kita fahami hakikatnya secara sempurna lantaran keterbatasan ilmu manusiawi. Rasulullah SAW telah diberikan keistimewaan menyusurinya, ini kerana Isra’ Mikraj adalah mukjizat yang hanya dikurniakan khusus buat Nabi Muhammad SAW.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu asas yang kukuh ianya dipelopori para sarjana Islam bermula peristiwa Isra' Mikraj Nabi SAW.

Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah SWT dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud. Tidak hairanlah kita dapati bahawa sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai bidang sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang difardhukan oleh Allah SWT kepada semua makhluk-Nya.

Isra’ dan Mikraj juga memberikan inspirasi untuk merenungi makna ibadah solat, termasuk aspek saintifiknya. Islam telah membuktikan bahawa sains mampu diintegrasikan dalam urusan ibadah menerusi hubungannya dengan ilmu astronomi atau ilmu falak untuk penentuan arah kiblat dan waktu solat.

ayat al-quran surah al-isra': 1"isra' mikraj pemerkasaan islam dalam

sains dan teknologi"Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATIslam, selaku agama terbaik yang dikurniakan Allah SWT buat umat manusia, amat mementingkan perkembangan bersepadu seluruh masyarakat. Di antara bahagian masyarakat terpenting ialah para pemuda-pemudi belia, bakal pewaris salasilah perjuangan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menyebarkan Islam, mentauhidkan Allah SWT dan beribadat dengan memakmurkan dunia.Bagi sesiapa yang mengkajinya, pasti mengetahui, peri pentingnya golongan belia ini, yang masa depan sesuatu masyarakat bangun jatuhnya boleh diteka dengan perkembangan belianya. Masyarakat yang baik belianya, yang dididik dengan kesedaran Islam dan terbuka kepada kemajuan, adalah masyarakat yang terjamin kecemerlangannya. Sementara masyarakat yang pincang belianya, sama ada tidak dididik dengan kesedaran Islam tetapi terbuka kepada kemajuan, atau yang dididik dengan kesedaran Islam tetapi tidak terbuka pula kepada kemajuan adalah masyarakat yang retak menanti belah.Pendidikan belia begitu dititikberatkan Salafussoleh (para sahabat Nabi dan anak murid mereka). Salafussoleh menyifatkan belia sebagai ‘wasiat Rasulullah SAW’.Abu Sa’id al-Khudri Radhiallah Anhu apabila beliau melihat para belia, beliau berkata, “Selamat datang kepada wasiat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam! Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam mewasiatkan kepada kami untuk meluaskan ruang buat kamu di majlis-majlis dan (mewasiatkan kami) untuk memberikan kefahaman hadis kepada kamu; sesungguhnya kamu adalah pengganti kami dan ahli hadis sesudah kami!” (HR al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman).Terdapat beberapa faedah yang kita bisa kutip daripada hadis ini:1. Galakan kepada ulama dan ketua masyarakat untuk sentiasa rapat dengan golongan belia dan bersikap ramah dengan mereka. Abu Sa’id Radhiallah Anhu begitu mengalu-alukan para belia, sepertimana di dalam hadis, demikian juga keadaannya dengan para sahabat yang lain. Hal ini kerana mereka tahu, bahawa dengan rapat dengan belia, demikian itu lebih menjaga belia ini daripada hanyut dibuai kehendak remajanya, di samping menjadi role-model yang baik dan boleh diteladani oleh mereka.2. Galakan kepada ulama dan ketua masyarakat untuk memberikan ruang untuk belia bersama di dalam majlis- majlis mereka, menyertai mesyuarat mereka dan mendengar suara mereka. Hal ini bertujuan melatih belia ini agar memiliki rasa tanggungjawab yang sama selaku sebahagian daripada anggota masyarakat. Belia berasa tidak didengari dan dipeduli, menjadikan mereka berani berbuat apa saja tindakan di luar jangkaan akal waras dan sihat.3. Peri pentingnya memberi pendidikan agama kepada belia, yang seterusnya menjadikan mereka belia berprinsip dan tidak mudah hanyut bila diuji. Abu Sa’id Radhiallah Anhu mengatakan di dalam hadis di atas, bahawa Rasulullah SAW mewasiatkan agar ilmu hadis, yakni ilmu agama diajarkan kepada belia, kerana belia adalah pengganti para sahabat dan ahli hadis sesudah para sahabat ini kembali ke rahmatullah.4. Galakan kepada ulama dan ketua masyarakat untuk mencari/scouting bakat-bakat belia yang boleh diasah dan dijadikan sebagai pemimpin masyarakat. Abu Sa’id Radhiallah Anhu mengalu-alukan belia, seperti di dalam hadis, setelah melihat mereka ini boleh diasuh dan dididik dengan baik dan melihat mereka minat untuk mendalami ilmu agama.Pendidikan dalam bentuknya formal dan tidak formal khasnya bagi golongan belia amat dipentingkan Salafussoleh. Seharusnya kita sebagai sebaik-baik pengikut Salafussoleh turutlah menghayati cara perjuangan mereka ini dan mengutamakan pendidikan belia. Khasnya pendidikan Islamnya, yang menjamin kesejahteraan masyarakat di masa depan.

salafussoleh danpendidikan beliaOleh: Mohammad Syafiq Ismail

1415 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

cara dan larangan semasa haidOleh:

Azmalina Kamarul Jamal

Cara untuk mengetahui seseorang wanita yang telah haid itu berhenti mengeluarkan darah atau tidak pertamanya adalah dengan menggunakan kapas yang dioles sedikit pada kemaluannya. Begitu juga apabila seseorang itu ingin menggunakan jarinya. Apabila pada kapas tersebut terdapat warna coklat atau kekuningan, maka dapatlah dipastikan bahawa dirinya masih dalam keadaan yang tidak suci dan masih dalam tempoh haid. Sebaliknya jika pada kapas yang dioles tadi berwarna putih, maka dapatlah dipastikan bahawa dia telah suci daripada haid dan wajib baginya agar segera bersuci.

Cara mandi bagi wanita yang telah suci daripada haid juga tidak jauh beza dengan cara mandi wajib ketika senggama (junub). Hanya yang membezakan adalah lafaz niatnya:

“Sahaja aku mandi untuk mengangkat hadas besar disebabkan haid kerana Allah Ta'ala."

Terdapat beberapa larangan kepada wanita yang sedang datang haid, di antaranya adalah:1. Solat Semasa dalam keadaan haid atau tidak suci, adalah dilarang bagi seorang wanita itu untuk menunaikan ibadah

solat walau sekadar untuk menunjuk-nunjuk dirinya sedang bersolat juga adalah tidak dibenarkan.

2. Berwudhu atau mandi wajib Jika seseorang itu masih dalam keadaan haid dan tidak suci, berwudhu untuk menunaikan ibadah wajib adalah tidak

dibenarkan namun jika dirinya telah biasa dengan wudhu tiada masalah untuk dirinya mengambil wudhu dengan tujuan untuk membersihkan diri. Berwudhu juga mempunyai pahala dan fadhilatnya yang tersendiri. Manakala mandi wajib pula, jika seseorang itu berniat untuk mandi wajib sedangkan tanda-tanda haid belum lagi berhenti, maka adalah dilarang untuknya mandi.

3. puasa Jika seseorang itu juga masih dalam keadaan haid atau tidak suci, di antara larangan bagi dirinya juga adalah

melakukan ibadah puasa. Dalam Islam ianya bertujuan untuk memberi kerehatan untuk kaum muslimat di luar sana namun begitu, ianya juga harus diganti dengan kadar yang sama.

4. Tawaf Jika seseorang wanita itu mendapati bahawa dirinya sedang haid semasa melakukan ibadah umrah mahupun haji,

adalah amat dilarang untuknya melakukan ibadah tawaf di Baitullah.

5. Menyentuh Mashaf al-Quran dan membawanya Wanita yang sedang dalam keadaan haid juga adalah tidak dibenarkan untuk menyentuh Mashaf al-Quran apatah

lagi untuk membawanya. Namun, jika seseorang itu ingin menyentuh al-Quran adalah digalakkan untuk menyentuh dan memegang tafsir al-Quran sahaja. Dari segi pembacaan juga, wanita yang sedang haid atau tidak suci adalah dilarang untuk membaca ayat-ayat al-Quran namun jika dengan tujuan untuk belajar dan menuntut ilmu adalah dibenarkan. Bukan itu sahaja, muslimat yang dianugerahkan nikmat untuk menghafaz al-Quran juga, jika mereka ingin membaca al-Quran, dibolehkan membaca atau mengulang apa yang mereka telah hafal tanpa menyentuh dan menghafal al-Quran.

6. Masuk ke dalam masjid Hal ini juga terlalu banyak pandangan dan pendapat. Justeru, setelah disepakati dan disyurakan adalah lebih baik

kita mengambil pandangan yang dekat dan sesuai dengan waqi’. Berdasarkan pandangan alim ulama, wanita yang sedang haid atau tidak suci adalah tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid iaitu (bahagian ruangan solat) sahaja adalah kerana ditakuti darah itu akan menyebabkan ruang solat tersebut tidak bersih dan mengganggu ketenteraman mereka yang ingin menunaikan solat. Namun, jika di dalam masjid ruangan selain ruangan solat adalah dibenarkan.

7. Bersetubuh

ruJuKan:● Buku Panduan Lengkap Ibadah Wanita. Disunting pada 18 Mac 2019/8.42 pm.

kehormatan seorang muslimOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MAKSud HAdISDaripada Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah SWT dan bahawa Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, sekiranya mereka melakukan hal sedemikian itu, maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan sebenar mereka diserahkan kepada Allah SWT." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

HuRAIAn HAdISHadis ini meliputi perkara-perkara penting dari kaedah-kaedah Islam, iaitu berkaitan persaksian dengan pembenaran yang muktamad bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah SWT, mendirikan solat seperti yang diperintahkan dan mengeluarkan zakat kepada yang berhak menerimanya.

Hadis ini juga menerangkan kewajipan memelihara nyawa yang termasuk dalam Hifz Daruriyyat al-Khamsah. Hak kehormatan manusia wajib dimuliakan kerana sifat Karamah Insaniyyah. Hukuman mati dibenarkan bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkan hukuman seperti itu. Sebagai contoh, membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya.

Hadis ini juga menerangkan kepada kita bahawa manusia yang diperangi ialah penyembah berhala yang jelas menentang agama Islam. Rasulullah SAW memerangi penyembah berhala yang memusuhi Islam secara terbuka sehingga mereka melakukan 3 rukun Islam iaitu mengucap syahadah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.

Para ulama mentafsirkan hadis ini berdasarkan sejarah. Ketika Rasulullah SAW wafat, Saidina Abu Bakar al-Siddiq diangkat sebagai khalifah menggantikan Baginda. Sebahagian daripada orang Arab telah menjadi kafir. Saidina Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat. Saidina Abu Bakar mengemukakan alasan perbuatan itu tetapi Saidina Umar berkata kepadanya: "Bagaimana engkau memerangi manusia sehingga mereka mengucap La Ilaha Illallah sedangkan Rasulullah SAW bersabda: Aku memerangi manusia sehingga mereka mengucap La Ilaha Illallah dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah SWT." Saidina Abu Bakar lalu menjawab: "Sesungguhnya zakat adalah kewajipan yang bersifat kebendaan. Demi Allah, kalau mereka menghalangku daripada mengambil seutas tali unta yang dahulu mereka serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah SAW, nescaya aku perangi mereka kerana keengganannya itu." Kemudian Saidina Umar mengikut jejak Saidina Abu Bakar memerangi kaum tersebut.

pEnGAjARAn HAdIS1. Pemerintah dibenarkan memerangi orang yang enggan membayar zakat.2. Tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya terhadap harta benda dan darah kaum muslimin.3. Pemerintah dibolehkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap muslim yang melakukan perbuatan yang

dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti berzina bagi orang yang sudah bernikah (muhsan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agama dan jemaahnya (murtad).

4. Orang yang berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan dan ditahan makan minumnya. Manakala haji pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.

ruJuKan:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd., Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

815 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

al-bara' dan al-wala' (bahagian 2)Oleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Melalui pembacaan mengenai akidah Al-Bara’ dan Al-Wala’ yang lepas, maka kita pun telah mengetahui pengertian dan pegangan oleh mereka yang berpegang teguh dengan konsep La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah ( ). Dengan sekilas pandang, kita akan merasakan bahawa konsep ini tidak menyalahi agama, namun setelah diteliti, konsep ini telah ditafsirkan secara sempit oleh golongan wahabi kerana mereka meletakkan keganasan di dalamnya walhal Islam adalah agama rahmat bagi pemeluknya dan agama yang mengajarkan keadilan dan pemenuhan janji kepada musuhnya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: “Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.”

Melalui ayat ini, sudah jelas lagi bersuluh bahawasanya Allah SWT menghalang umatnya saling benci-membenci dan bermusuh-musuhan. Jika sekiranya membenci tidak digalakkan, inikan pula membunuh yang lagi besar dosanya. Islam hanya mengajar kita membenci perbuatan maksiat dan kekafiran tersebut tetapi bukan membenci pelakunya kerana tidak ada dalil yang menyuruh umat Islam membenci dan berlaku kasar kepada orang lain termasuk kepada pelaku maksiat dan orang kafir sekalipun. Perbuatan menzalimi orang kafir tanpa alasan yang haq adalah diharamkan di dalam Islam.

Buktinya, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membenci orang kafir di masa hidupnya, bahkan Baginda bergaul dan berbuat baik kepada orang bukan Islam sekalipun. Pernah sekali Baginda mengunjungi orang bukan Islam yang sedang sakit lalu penduduk Thaif melempari batu kepada Baginda dan kemudian malaikat Jibril menawarkan agar mereka ditimpa gunung. Akan tetapi, Baginda SAW menolak tawaran tersebut lalu mendoakan kebaikan bagi mereka. Begitulah hebat dan indahnya peribadi Rasulullah SAW yang sepatutnya menjadi ikutan kita.

Tambahan lagi, Allah SWT turut memerintahkan seorang anak untuk berbuat baik kepada kedua orang tuanya yang kafir. Ini dinyatakan di dalam surah Lukman ayat 15, Firman-Nya:

Maksudnya: “...Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku...”

Maka seharusnya dalam berdakwah dan mengajak orang lain memeluk Islam bukanlah secara paksaan dan kekerasan, kerana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”

Ini bermakna, kita tidak boleh memaksa seseorang untuk meninggalkan agamanya, akan tetapi perlulah kita berdakwah dan mendekati mereka dengan cara yang lembut kerana jikalau mereka tidak diperlakukan dengan baik, bagaimana hatinya akan terbuka untuk menerima Islam terutama lagi di zaman Islam dicap sebagai Terrorist (Pengganas).

Oleh itu, marilah kita sama-sama membetulkan pemahaman kita terhadap konsep La llaha Illallah, Muhammadur Rasulullah ( ) dengan tidak memerangi sesuatu kaum itu tanpa alasan yang haq. Demikian, marilah kita memohon dan berdoa kepada Allah SWT agar Dia menunjukkan kepada kita kebenaran yang sebenar-benarnya serta memberi kekuatan kepada kita untuk mengikutinya dan menunjukkan kita kebathilan itu sebagai sebuah kebathilan dan semoga kita dijauhkan daripadanya.

Wallahu a’lam.

tools al-quran (bahagian 3)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

10. Di dalam ayat al-Quran juga terdapat hukum yang hampir sama, mempunyai huruf yang sama tetapi memiliki simbol yang berbeza.

Contoh:

bersambung...

7. Siapa tidak mahu atau ingin bacaan al-Qurannya berkualiti. Bermakna mengikuti peraturan ilmu tajwid. Di dalam al-Quran terdapat lima (5) huruf yang apabila disebut ianya akan melantun atau dipanggil Qolqalah. Huruf

Contoh:

8. Al-Quran juga mengandungi dua (2) huruf yang apabila dibaca atau disebut akan menyebabkan ianya berbunyi atau berdengung dua harkah atau dua saat. Hukum tersebut dipanggil wajibulgunnah atau wajib dengung. Huruf

Contoh:

9. Selain itu, mereka yang bercadang mempelajari al-Quran juga haruslah memahami bahawa terdapat simbol atau tanda yang dipanggil tanwin seperti enam puluh sembilan, sembilan puluh sembilan, tanwin sama panjang dan tidak sama panjang. Dalam pada itu terdapat juga huruf hijaiyah seperti huruf nun ( ) yang tidak bertanda sukun (mati) dan bertanda sukun. Kesemua simbol dan tanda tersebut membawa kepada bentuk bacaan yang berbeza sama ada bacaannya dibaca nyata, dibaca masuk bersama dengung atau tanpa dengung, dibaca tidak berapa jelas (tersembunyi) dan juga dibaca bibir mulut tidak tutup habis.

Contoh:

1215 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI8.pdf · sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pedoman buat umat akhir

ziarah santai sempenabengkel pengurusan rumah anak yatim tambunan

pada 13 - 14 mac 2019

majlis santapan sempena keberangkatan ke bawah duli yang maha muliaseri paduka baginda yang di-pertuan agong ke majlis ugama islam sabah (muis)

pada 8 mac 2019

Peristiwa

1015 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15 Rejab 1440H/22 Mac 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa