dicetak oleh pemangku pencetak kerajaan ...2 shoutul islam bil. 35 - 3 jamadilawal 1442h/18 disember...

16

Upload: others

Post on 21-Dec-2020

6 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN,ROLAND FRED PHAN, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2020.

Page 2: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Kegusaran Kerajaan tentang kesibukan orang ramai berduyun-duyun balik ke kampung selepas kelonggaran rentas daerah dan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerarakan Bersyarat (PKPB) ini ada kebenarannya. Melihat kepada perkembangan terkini jangkitan COVID-19 yang masih mencapai angka 1 ribu lebih. Sehingga semalam (15/12/2020) negara k i ta te lah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,772 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 86,618 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,515 kes.

Sesuatu yang kadang-kadang kita rasakan bahawa COVID-19 bukanlah suatu yang menakutkan berbanding pada mula penularannya. Semua orang cukup berhati-hati dalam segala langkah dan tindakan. Apa yang berlaku kini, kita sudah berani melakukan aktiviti harian tanpa ketakutan yang mencengkam. Sudah cukup berani untuk melaksanakan pelbagai kegiatan diri dan keluarga. Mungkin disebabkan semua orang melakukan perkara yang sama, sebagaimana kita lakukan setelah terkurung dalam perangkap masa PKPB dulu.

Nasihat kerajaan supaya kita terus patuhi amalan 3W: (wash, wear dan warn), elakkan 3S: (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan patuhi S.O.P sebagai norma baharu seumpama satu slogan yang boleh dipatuhi atau boleh tidak dipatuhi. Mengapa kita merasa terlalu selasa dengan keadaan ini? Mungkin kerana kita belum terkena jangkitan penyakit ini atau keluarga kita bebas dari COVID-19 ini. Tapi andainya kita adalah pembawa virus ini, dan menyebabkan seluruh keluarga kita terkesan dengan sebab kita, penyesalan itu sudah agak terlambat.

Juster itu, walaupun kelonggaran itu telah diberikan oleh kerajaan, tidak semestinya kita tidak mempedulikan amaran kerajaan untuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan sosial kita. Pilihan adalah di tangan kita, sama ada kita memilih jalan yang membawa kepada kebaikan atau jalan yang membawa kepada jangkitan COVID-19 ini. Kita jaga kita untuk kebahagiaan orang yang kita sayangi.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanMohammad Syafiq Ismail

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Encik Mohd Alwie NoorbakiEncik Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin

Cik Nurul Atiqah binti Azman

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Ustaz Hj. Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut Papar. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau masalah padang sekolah berkenaan dan merancang untuk menaiktaraf dapat dilaksanakan pada tahun

hadapan. Beliau juga sempat meninjau perkembangan terkini projek menaiktaraf surau SMAN tersebut, turut mengiringi beliau dalam lawatan ini Puan Jonisah Harimin, Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah

Kinarut Papar pada 5 Disember 2020 (Sabtu)

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15

Peristiwa

Page 3: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Sesungguhnya kelahiran Nabi Isa Alaihissalam, sepertimanayang dikhabarkan Allah Ta’ala sendiri di dalam al-Quran,merupakan satu petanda kekuasaan-Nya. Di mana, AllahSWT yang Maha Kuasa menciptakan segala sesuatusepertimana yang dikehendaki-Nya, dan tiada sebarangasbab pun yang boleh menghalang kehendak-Nya.

Demikianlah yang kita saksikan dalam peristiwa kelahiranNabi Isa Alaihissalam, di mana Baginda dilahirkan tanpabapa, sepertimana Adam Alaihissalam dilahirkan tanpa bapa dan ibu; yakni kelahiran kedua-duamereka ini tidak terikat dengan hukum fitrah kelahiran di dunia yang memerlukan bapa dan ibu.

Kisah pengkhabaran akan kelahiran luar biasa ini sudah tentulah mengejutkan sesiapa pun, apatah lagiMaryam Alaihassalam, ibu yang bakal mengandungkan mukjizat Ilahi ini.

Di dalam al-Quran, kisah pengkhabarannya dinukilkan dalam dua surah: Surah Ali Imran dan SurahMaryam. Sementara di dalam Injil, kisah pengkhabaran ini diriwayatkan dalam Injil Lukas, dan tidakdiriwayatkan dalam injil-injil lain pula.

Terdapat kemiripan besar antara kedua-dua perspektif ini, kita akan bahaskan sebahagiannya.

Pertama: kesepakatan kedua-dua sumber ini (al-Quran dan Injil Lukas) bahawa Maryam Alaihassalammerupakan seorang perawan/anak dara. Di dalam surah Ali Imran ayat 47, Maryam bertanya: bagaimanakah beliau akan melahirkan sedangkan beliau belum pernah disentuh manapun lelaki. Persoalan yang samalah diriwayatkan dalam Injil Lukas 1:34, "Lalu Maria berkata kepada malaikat itu, "Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?"

Kedua: kesepakatan bahawa seorang malaikatlah yang datang lalu mengkhabarkan berita kelahirantersebut kepada Maryam. Maryam berasa takut daripada suara tersebut, dan akhirnya ditenangkanmalaikat, Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seoranganak yang suci"." (Maryam, 19) Sementara dalam riwayat Injil Lukas (1:30-31), "Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, hai Maria, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki."

Ketiga: kesepakatan bahawa nama Isa Alaihissalam sudah ditetapkan Allah SWT sebelum kelahirannya. "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam.." (Ali Imran, 45) Sementara dalam riwayat Injil Lukas (1: 31), "Engkau hendaklah menamakannya Yesus."

PENGKHABARAN KELAHIRAN ISA ALAIHISSALAM: PERSPEKTIF AL-QURAN DAN INJIL

Oleh:Mohammad Syafi q Ismail

Exco Dakwah dan Intelektual ABIM Sabah

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2019 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)daripada empat buah syarikat iaitu Malaysian Development Finance Berhad, Tenaga Nasional Berhad,

SESB, dan MBSB Bank Berhad berjumlah hampir RM290 ribu ringgit, majlis penyerahan zakat tersebut disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing kepada YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Hj Hasbollah Hj

Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah disaksikan oleh YB Datuk Hj Mohd Arifi nHj Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah. Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Yang Dipertua

MUIS, Setiausaha MUIS dan Pengarah JHEAINS. Majlis diadakan di bilik Madani Wisma MUISpada 4 Disember 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 4: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

KETIKA DITIMPA MUSIBAH, BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH SWT

Oleh:Anakmalayindo

Kita hendaklah selalu husnuzon kepada Allah Ta’ala agar kita selalu redha dengan apa yang Allah SWT takdirkan kepada kita. Apa yang Allah SWT takdirkan, itulah yang terbaik untuk kita. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah Ta’ala berfi rman,

"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku" (HR. Bukhari).

Salah satu cara agar kita selalu husnuzon kepada Allah bahawa musibah ini adalah takdir terbaik bagikita iaitu dengan meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ujian kepada hamba yang Dia cintai.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

"Apabila Allah mencintai seseorang, maka Allah akan memberikan cubaan kepadanya. Barangsiapa yang redha (menerimanya), maka Allah akan meredhainya. Dan barangsiapa yang murka (tidak menerimanya), maka Allah murka kepadanya" (HR. At-Tirmidzi).

Ujian yang disegerakan di dunia juga tanda kebaikan dari Allah Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWassalam bersabda,

"Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan hukuman di dunia. Jika Allahmenghendaki kejelekan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas dosa yang dia perbuat hinggaakan ditunaikan pada hari kiamat kelak" (HR. Tirmidzi).

Renungkan pula perkataan Taqiyuddin Abu Al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdul Halim,

"Musibah yang mendekatkanmu kepada Allah lebih baik dari nikmat yang membuatmu lupa kepadaAllah" (Tasliyah Ahlil Mashaa-ib, hal. 227).

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah berkata,

"Tanda bala (musibah) sebagai hukuman dan sebagai pembalasan adalah orang tersebut tidak bersabar, bahkan bersedih dan mengeluh kepada makhluk. Tanda bala (musibah) sebagai penebus dan penghapuskesalahan adalah kesabaran yang indah tanpa mengeluh, tidak bersedih dan tidak gelisah, serta tidakmerasa berat ketika melaksanakan perintah dan ketaatan. Tanda bala (musibah) sebagai pengangkatdarjat adalah adanya redha, merasa sesuai (atas takdir Allah), dan merasa tenang jiwanya serta tundukpatuh terhadap takdir hingga hilangnya musibah tersebut" (At Tabaqatul Kubra As-Sya’rani, hal. 193).

ALLAH SWT MAHA PEMURAHOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADISDaripada lbnu Abbas RAnhuma daripada Rasulullah SAW,sebagaimana yang Baginda SAW riwayatkan suatu riwayat dariAllah SWT. Allah SWT berfi rman: "Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ganjaran segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia menjelaskan hal tersebut: maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sepuluh kebajikan sehingga tujuh ratus kali ganda dan sehinggaberlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatantetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis di sisi-Nya sebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kejahatan itu dengan satu balasan dosa."(Riwayat lmam Bukhari).

HURAIAN HADISHadis di atas menerangkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT bersifat Maha Adil lagi Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan Dia hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah SWT tetap mengurniakannya satu pahala. Sekiranya seseorang berniat mahumelakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan niatnya itu.Sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat kemudian dibatalkan niatnya itu, maka dia akan dikurniakan satu pahala.

PENGAJARAN HADIS1. Ikhlas dalam ketaatan dan meninggalkan maksiat akan dikurniakan ganjaran dan pahala.

2. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.

3. Seorang muslim hendaklah sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membuktikannya.

RUJUKAN:● Bahjatun Nazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 13

Remaja

Page 5: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Penulis semasa penyampaian hadiah Pertandingan Khat Borneo bersama YB. Datuk Hj. Mohd Arifi n

Mohd Arif dan para pemenang

PAYUNG EMAS BUAT WANITA GANJARAN ATAU DUSTAOleh:

Nurul Atiqah binti AzmanUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sudah semestinya hadis berkenaan wanita mendapatkan payung emasini telah pun trending dalam kalangan masyarakat. Akan tetapi kisahwanita yang membenarkan suaminya untuk berpoligami danmendapatkan payung emas di syurga nanti adalah tidak benar.

Meskipun hadith ini sudah tersebar luas dalam kalangan masyarakatkita akan tetapi perlulah kita sedari bahawa perkara yang tersebar itutidak semestinya benar bahkan perlunya kepada penelitian untukmembuktikan perkara kebenaran agar kita dapat menilai antara perkara yang hak dan juga batil.

Bahkan tidak ada sebarang dalil sahih yang menyokong perkara ini,sama ada daripada al-Quran dan juga al-Sunnah, hadith yang sahihmahupun pendapat jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hal ini dibuktikan daripada Syeikh al-Muhaddith Ali bin Hasan Al-Halabi yang merupakan seorang ulamaJordan yang terkenal di dalam kepakarannya dalam bidang hadith yang telah berjaya menghasilkanribuan kitab dan banyak melakukan majlis ilmu di merata dunia antaranya di Eropah, Perancis, Indonesiabahkan juga di Malaysia. Beliau berkata hadith tersebut tidak sahih akan tetapi terdapat hadith lain yang menyatakan wanita akan mendapat ganjaran pahala yang banyak sekiranya mentaati perintah suamiselagimana tidak bertentangan dengan syarak.

Nabi Muhammad SAW menyatakan:

Jikalau seorang wanita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam, puasa pada bulanRamadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya akan dikatakan kepadanya wanita itu,"Masuklah ke syurga pada mana-mana pintu yang kamu kehendaki" (Hadith direkodkan oleh Ibnu Hibbandan Syeikh Syuib al-Arnouth menyatakan hadith ini bertaraf sahih).

Islam adalah agama yang mulia, dan tidak pula menolak fi trah insani. Setiap insan yang bergelar lelakidibolehkan untuk berpoligami akan tetapi perlulah memenuhi beberapa kualitifi kasi yang tertentu dan yang utama adalah dari sudut kemampuan sama ada mampu berlaku adil dalam memenuhi nafkah hak danbatin.

Dapat disimpulkan, bahawa hadith tentang kelebihan mengizinkan suami berpoligami dan akhirnya si isteri mendapat payung emas adalah tidak ada sandaran yang sahih. Bukankah lebih baik sekiranya, kitamemiliki sesuatu perkara berdasarkan kemampuan kita dan bukan pula untuk meraihkan nafsu semata-mata. Laksanakanlah sesuatu perkara yang berjaya menguntungkan perkara yang bukanlah hanyamembahagiakan di dunia bahkan mendapatkan juga saham di akhirat kelak.

Kita perlu hidup dipentas realiti, meraihkan sesuatu perkara yang diizinkan di dalam agama Islam tidaklahmenjadi suatu kesalahan akan tetapi berpada-padalah dalam berpegang terhadap mana-mana hujah.Jangan bersikap lantang dalam berbicara akan tetapi tidak berpandukan kepada nas yang perlu dijadikanrujukan utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Biasakanlah yang betul sehingga yang salah dapatdiperbetulkan semula.

GORESAN SENI BORNEO 2Oleh:

Adi Pitang

“Sudah dapat Shoutul Islam Edisi Minggu lepas?” Tanyaku pada Zulfi kar dan rakan-rakan pemenang hadiah pertandingan kaligrafi Jawi (Khat) Borneo, Sabah 2020, di dewan Saadah Wisma MUIS petang itu. Masing-masing mengatakan belum dapat. Aku mencari abang Is, stafku yang ku minta mengagihkan naskah Shoutul Islam itu kepada peserta-peserta pertandingan seni khat. "Dalam Shoutul Islam itu, cari kolum "Bicara Kita" oleh Adi Pitang, ada tu komen para juri tentang karya-karya yang menyertai pertandingan ini" Jelasku pada mereka bila naskah mingguan majalah mini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam itu diterima oleh mereka dari abang Is. Masing-masing membelek-belek helaian Shoutul Islam yang hanya 16 muka surat bersaiz A5 itu, mencari tulisanAdi Pitang yang cukup dikenali itu, hahaha.

Anak-anak muda ini cukup bersemangat, berdedikasi dan berbakat. Mengenali mereka semenjak terlibat dalam penganjuran Seminar Khat Nusantara Membakut, Borneo yang diadakan pada 10 Mei 2016,di Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu. Selepas itu kami sering bertemu setiap tahun dalamprogram Pertandingan Khat Spontan Borneo dan bengkel khat sempena Mahrajan Persuratan danKesenian Islam Nusantara, Membakut. Begitu juga dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah. Apa yang membanggakan ialah kemajuan penulisan khat anak-anak muda ini sangat membanggakan. Mungkin suatu hari penulisan khat mereka akan dikenali di seluruh Nusantara atau lebih jauh dari itu. Tiada yang mustahil untuk dicapai, andai kita gigih dan rajin berusaha.

YB Datuk Hj. Mohd. Arifi n bin Mohd Arif dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa semenjak Pertandingan Khaligrafi Islam (Khat) Nusantara, Membakut perkembangan penulisan dan karya khatdi kalangan anak-anak Sabah menunjukan peningkatannya. Ini hasil dari pendedahan ilmu seni khatyang berterusan dari pakar-pakar khat terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Tambahnya lagi, seni khat merupakan satu cabang dakwah dan boleh menjana pendapatan bagi pengkaryanya.

Pemenang bagi pertandingan yang memberi ruang waktu sebulan untuk disiapkan ini dimenangi olehsaudara Zulfi kar Aman dari Membakut, yang memenangi tempat pertama, kedua saudara Omar bin Abdul Rahman berasal dari Kg. Brunei Membakut dan ketiga saudara Mohd Sahleyzan bin Ismail dariKg. Pimping Membakut. Enam (6) orang penerima saguhati terdiri dari Mohamad Azinuddin bin Anuar (Kuching, Sarawak), Mohd Loqman bin Abdul Sahat @ Amran (Beaufort), Sharil Azrin bin Sipri (Beaufort), Faizul Ahmad Malindo bin Jominal @ Joslan (Tamparuli), Alomsa Nor Adzmin (Negara Brunei Darusalam) dan Imran Subor (Sandakan). Moga seni khat berkembang mekar di negeri ini.

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M12

Page 6: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

RELAWAN BITARA: USAHA BERSAMA PERANGI COVID-19Oleh:

Ahmad Fahmi bin Mohd SamsudinNaib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM)

Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kesukarelawanan menurut Dr. Azizan Bahari (2016) dalam bukunya "Kesukarelawanan" ialah suatu konsep dan amalan berkaitan dengan sumbangan atau perkongsian masa, sumber, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, pengalaman dan sebagainya yang dilaksanakan secara sukarela, yakni tanpa paksaan (oleh sesiapa) dan tanpa berbayar atau mengharapkan ganjaran kewangan.

Dengan jiwa dan semangat nyalarasa (passion) yang tinggi terhadap gerak kerja amal, pemupukan semangat kesukarelawanan boleh diterapkan dengan berkongsi empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik akibat peperangan, kemiskinan termasuk melihat secara holistik krisis dan penderitaan yang berlaku di seluruh dunia.

Kita disaran untuk tidak mengejar nilai kebendaan mengikut nafsu dengan melupakan sentuhan kemanusiaan. Hari Sukarelawan Antarabangsa di sambut pada 5 Disember setiap tahun. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 'United Nation' telah menjemput kerajaan untuk menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial pada 5 Disember (A / RES / 40/212 dari 17 Disember 1985). Hasil daripada resolusi 17 Disember 1985, pemerintah, PBB, dan organisasi masyarakat awam bekerjasama dengan sukarelawan di seluruh dunia untuk merayakan Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember setiap tahun bagi menghargai semangat dan potensi kesukarelaan.

Justeru, anak muda Malaysia khususnya di Sabah wajar menjadi contoh terbaik dengan menampilkan sosok sebagai "Relawan Bitara", seorang aktivis yang unggul, mempunyai sifat 'alturism', menjadi tulang belakang dalam agenda memanusiakan manusia dan tidak hanya berperanan sebagai sukarelawan tetapi sebagai "Pemimpin Sukarelawan". Semua ini dapat diterjemahkan melalui latihan dan pengalaman, tidak menunggu peluang bersukarela (volunteerism seeker), sebaliknya menjadi pencetus dan pencipta (volunteerism creator) yang mewujudkan impak dan gelombang kebaikan.

Khidmat bakti Relawan Bitara secara aktif sama ada di dalam dan luar negara akan merubah landskap kemanusiaan global seterusnya memperbaiki kedudukan Malaysia dalam 'Indeks Memberi Dunia' kelolaan Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF). Tinjauan global ini mengambil kira tiga aspek penting iaitu membantu orang tidak dikenali, menderma wang kepada institusi kebajikan dan memperuntukkan masa oleh individu dalam aktiviti kesukarelaan.

Negara kita memerlukan lebih ramai penggerak keikhlasan bagi mengembalikan nilai kemanusiaan dan keamanan sejagat. Ketika kita semua kini berperanan sebagai ‘frontliners’ melawan pandemik COVID-19 rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan status sosial, wajar bersama-sama membantu dan melindungi antara satu sama lain sehingga Malaysia berjaya mengatasi krisis itu.

Dengan kesedaran dan mobilisasi strategik kerajaan dan masyarakat madani, usaha ini akan memberi nilai tambah yang bermakna dengan tata kelola yang baik, cekap, kreatif dan profesional.

AYAT AL-QURAN SURAH AR-RUUM: 30"ISLAM DAN SENI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Maksudnya: "(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Ayat ini adalah di antara dalil membenarkan seni dalam Islam. Islam dan seni adalah ibarat kuku dengan isi tidak dapat dipisahkan kerana ia saling dukung mendukungi. Islam adalah agama yang terlalu tinggi ianya hanya akan dapat diterjemahkan melalui keindahan kesenian Islam. Lantaran itulah Islam tidak pernah menolak kesenian dalam kehidupan manusia kerana jiwa manusia itu dilahirkan dalam keadaan semula jadi mudah untuk menerima Islam yang bersifat fitrah.

Kepelbagaian kesenian dalam Islam seperti seni khat, seni binaan, seni suara, seni muzik, seni komunikasi, seni penulisan puisi dan banyak lagi. Rimbunan bidang seni Islam yang pelbagai ini mampu menjadi pentas dakwah yang efektif jika para pencinta seni benar-benar menghayati konsep kesenian yang menurut acuan Islam iaitu memperkasakan akhlak, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan dan menghubungkan manusia dengan Sang Penciptanya.

Dalam Islam seni tidak bermatlamatkan hiburan, leka dengan keduniaan ataupun keseronokan semata- mata. Namun Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Terpulang kepada manusia sahaja sama ada mahu atau tidak untuk mengemudi seni yang penuh dengan keindahan Islam. Kenyataan ini disokong oleh pendapat Al-Farabi rah bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Manakala Imam Al-Ghazali rah pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan naluri jiwa manusia sesuai dengan fitrahnya.

Meskipun begitu Islam memiliki batasan untuk menjaga umatnya agar tidak tersasar jauh dari kesucian ajaran Islam. Seni yang dirintis oleh Islam adalah seni yang mendatangkan manfaat, bukannya mengundang kemudaratan seperti terjerumus dengan perkara kemaksiatan, kesyirikan, kemurtadan, kemungkaran dan kekufuran.

Keindahan kesenian Islam mampu menyuburkan rasa khusyuk dan kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW di samping memberi ketenangan jiwa yang sempurna sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan.

Hakikatnya setiap keindahan adalah karya seni agung milik Allah SWT, lalu Allah SWT menitip dan mengilhamkan nilai-nilai keindahan dalam diri manusia sehingga manusia digelar sebagai makhluk seni agar mereka terus berkarya mengolah alam dunia ini menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi kesinambungan kerukunan hidup manusia sejagat.

Justeru itu, di sinilah letaknya perbezaan yang amat ketara antara kesenian Islam dengan kesenian yang dipelopori oleh budaya barat yang lebih menjurus kepada keruntuhan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan. Bahkan ianya juga mampu memutuskan hubungan suci antara makhluk manusia dengan Sang Khaliknya.

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 7: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Yang dimaksud kesihatan lingkungan permukiman adalah suatu keadaan di mana semua faktor pada lingkungan fizikal manusia di permukiman berfungsi secara harmoni.

Kesihatan lingkungan mempunyai pengaruh yang sangat besar baik terhadap manusia mahupun terhadap keseimbangan ekologi dan sumber daya alam. Oleh kerana itu, kesihatan lingkungan pada dasarnya merupakan upaya untuk mengendalikan semua faktor yang ada pada lingkungan fizikal manusia yang diperkirakan menimbulkan berbagai hal yang merugikan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya, kesihatannya, kesejahteraannya ataupun kelangsungan hidupnya.

Lingkungan yang sihat akan memberikan dampak positif bagi kesihatan manusia, dan sebaliknyalingkungan yang tidak sihat akan memberikan dampak negatif terhadap kesihatan manusia. Dampaknegatif tersebut di antaranya ialah:1. Sebagai pendukung, iaitu menunjang berjangkitnya suatu penyakit, misalnya keluarga yang tinggal

di sebuah rumah yang berhawa lembab dalam daerah yang endemis terhadap penyakit TBC, maka mereka mudah sekali terserang penyakit TBC.

2. Sebagai penyebab secara langsung, misalnya orang yang bekerja di syarikat baja akan mudahdiserang penyakit keruhlensa.

3. Sebagai sarana penyebar penyakit, misalnya air bagi penyakit kolera.

4. Sebagai faktor yang mempengaruhi perjalanan suatu penyakit seperti udara panas akan memperberat penderita jantung.

Suatu indikasi bahawa mutu lingkungan masih rendah terlihat masih tingginya kes-kes penyakit yang berhubungan dengan air bersih.

Bila dilihat dari sepuluh pola penyakit yang tertinggi adalah infeksi saluran pernafasan akut sebesar21.30%, dan infeksi kulit sebesar 7.6%. Namun demikian penyakit Malaria (6.1%), Diarrhea (4.4%) danTBC (4.2%) masih berada dalam 10 besar penyakit dengan urutan ke 6, 9 dan 10.

Penyakit lainnya adalah demam denggi berdarah (DDB) telah menyebar hampir ke seluruh negeri danangka kesakitannya cenderung meningkat dari tahun ke tahun. Penyakit-penyakit tersebut sangat erat hubungannya dengan keadaan air bersih, pembuangan kotoran, pembuangan air limpah rumah tangga, perumahan dan perilaku masyarakat dalam bidang kesihatan lingkungan. Faktor lingkungan mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap status/darjat kesihatan. Kemudian berturut-turut faktor perilaku, pendidikan dan faktor pelayanan kesihatan dan yang paling kecil adalah faktor keturunan.

Apabila dikaitkan antara kes penyakit diarrhea dan jumlah rumah tangga yang menggunakan saranajamban dan air bersih, ternyata semakin tinggi masyarakat yang tidak mempunyai sarana jamban dan air bersih, semakin tinggi pula kes penyakit diarrhea.

KEBERSIHAN LINGKUNGAN PEMUKIMANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Sebelum berlakunya Hari Kiamat, orang Islam akan berhadapan dengan tentera-tentera kafi r yang diketuai oleh Dajjal. Pada masa itu senjata dan makanan orang Islam berupa zikir kepada Allah SWT semata-mata.

Zikir merupakan suruhan Ilahi sepanjang zaman sehinggalahke akhir zaman. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akanAllah dengan ingatan yang banyak"(Surah al-Ahzab: 41)

Demikian juga terdapat dalam banyak Sunnah Rasul. Antaranya adalah riwayat yang menyebut bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi Muhammad SAW dengan berkata "Sesungguhnya syariat Islam begitu banyak ke atas diriku, maka beritahulah kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh menekuninya".Baginda bersabda "Lidahmu sentiasa basah dengan Zikrullah". (Tafsir al-Qurtubi, Juz 2, Halaman 172).

Hal ini kerana zikir membawa suatu momentum kekuatan yang dahsyat dalam pembentukan sahsiah orang Islam ketika itu apabila berhadapan dengan tentera kafi r di akhir zaman kelak. Zikir di dalam hatiitu mempunyai perkaitan yang tersangat rapat dalam pembentukan sahsiah orang Islam. Ini berlandaskan hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan, ketahuilah bahawa ia adalah hati"(Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Juz 1, Halaman 90).

Zikir pada masa itu sebagai penguat rohani dan penenang jiwa orang Islam di dalam menghadapi cabaran Dajjal. Zikir sebagai penenang jiwa ini berlandaskan fi rman Allah SWT:

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingatAllah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra`d: 28).

Hati orang Islam pada ketika itu akan mencapai hakikat ketenteraman dan ketenangan yang padu lantas dapat mengumpulkan kekuatan di dalam mengalahkan tentera kafi r Dajjal.

Setelah mengalahkan tentera kafi r yang diketuai Dajjal, orang Islam terus berzikir terus menerus. Maka dengan inilah keamanan akan dicapai dalam tempoh tertentu sehingga datanglah angin lembut dariYaman yang mematikan orang Islam secara keseluruhannya. Hal ini kerana hari kiamat tidak akan adaselagi umat Islam ada menyebut Allah (Zikrullah).

Ini tercatat di dalam Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasai dan Sunan Tarmizi daripada Anas RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: Daripada Anas, Rasulullaah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga tiadalah lagi orang di dunia ini mengucapkan Allah Allah" (Riwayat At-Tarmizi).

ZIKIR NUTRISI ROHANI DI AKHIR ZAMAN(BAHAGIAN 5)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 7

Tasawwur

10 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M

Page 8: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

ANTARA SOLAT DAN PANGGILAN IBUOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Suatu ketika, Rasulullah SAW seperti yang biasa baginda lakukan, berbincang-bincang dengan para sahabat di serambi Masjid Nabawi. Selepas berbagi sapa dengan mereka Baginda bertanya kepada mereka, "Sahabat-sahabatku, pernahkah kalian mendengar kisah bayi yang boleh berbicara ketika masih dalam buaian, selain kisah Isa A.S. dan seorang bayi perempuan Bani lsrail lainnya?"

"Kami belum mengetahuinya, wahai Rasul. Bagaimanakan kisah bayi tersebut?" jawab mereka penuh rasa ingin tahu.

"Suatu ketika, tutur Rasulullah SAW, "ada seorang lelaki bernama Juraij. Pada suatu hari, ketika dia sedang solat ibunya mendatanginya dan memanggilnya. Mendengar panggilan sang ibu, Juraij pun kebingungan, apakah dia tetap melanjutkan solat atau menjawab panggilan ibunya. Ternyata, Juraij tetap melanjutkan solatnya. Sang ibu, yang merasa jengkel atas sikap Juraij tersebut, akhirnya berdoa, 'Ya Allah, janganlah Engkau mematikan anakku itu sebelum Engkau mempertemukannya dengan seorang pelacur!' Doa ibu yang jengkel itu ternyata diterima oleh Allah SWT.

"Pada suatu hari, seperti biasanya, Juraij sedang asyik melaksanakan solat di tempat ibadah. Tiba-tiba, seorang pelacur cantik muncul di tempat ibadah Juraij. Dengan berbagai cara dan goda, pelacur dengan tampilan yang mempersona itu berupaya mengajak Juraij berzina. Tetapi, Juraij tidak tergoda dan menolak ajakan yang menjerumuskan itu. Jengkel dengan penolakan tersebut, pelacur itu lantas mendatangi seorang penggembala dan melampiaskan nafsunya kepada si penggembala yang tak menolak ajakannya. Akibatnya, perempuan itu pun hamil dan melahirkan seorang bayi. Ketika melahirkan bayi tersebut, pelacur itu mengatakan bahawa bayi itu adalah hasil hubungan intimnya dengan Juraij.

"Mendengar pengakuan pelacur itu, orang-orang pun mendatangi tempat ibadah Juraij. Setiba di sana, tempat ibadah itu pun mereka runtuhkan. Lantas, ketika mereka mahu menghalau Juraij, orang soleh itu meminta mereka bersabar sejenak kerana dia ingin melaksanakan solat dahulu. Meski berasa geram, mereka memberi kesempatan kepada Juraij untuk solat. Seusai solat, Juraij lantas mendekati bayi yang berada di pangkuan sang ibu dan bertanya, 'Siapakah ayahmu, wahai Bayi?'

"Penggembala", jawab si bayi yang semestinya belum mampu berbicara. Jawapannya benar-benar mengejutkan.

Mendengar jawapan yang tak terduga tersebut, orang-orang yang telah meruntuhkan tempat peribadahan Juraij dan mahu menghalaunya itu pun lantas meminta maaf kepada Juraij dan berkata, "Maafkanlah kami, wahai Juraij. Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu dari emas."

"Jangan, cukup kalian membinanya dari tanah liat". Sejak kejadian itu, Juraij selalu menjawab panggilan sang ibu.

ALLAH SWT TIDAK MENYERUPAI SESUATUDARI MAKHLUKNYA

(BAHAGIAN 4)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat daripada perbandingan kedua konsep tauhid yang sudah dibahaskan sebelum ini. Konsep tauhid Imam Abu Hassan Al-Asy’ari yang dalam pembentukannya lebih banyak menjawab dan respon kepada kemunculan aliran-aliran non-ahlussunnah pada saat itu dengan lebih bersifat intelektual dan rasional.

Perbezaan lainnya dapat dilihat daripada perbahasan antara kalimah al-ilah dan al-rabb. Konsep tauhid Al-Asy’ari dan para pengikutnya menegaskan bahawa keduanya memiliki makna dasar berbeza tetapi mempunyai pengertian (madlul) yang sama. Ringkasnya, setiap yang beriman terhadap keesaan Allah SWT sebagai al-rabb pasti beriman kepadanya sebagai al-ilah pada saat yang sama. (Muhammad bin Khalil Hasan Harras, Syarh al-‘Aqidah al-Wasithiyah,).

Imam Al-Taftazani contohnya berpendapat "Hakikat tauhid adalah meyakini ketiadaan sekutu (bagi Allah SWT) dalam ketuhanan (ilahiyah) dan kekhususan-Nya. Dan tidak ada pertentangan antara umat Islam bahawa pengaturan alam semesta, penciptaan jasad, dan keharusan disembah (istihqaq al-ibadah) dan dahulunya sifat yang ada pada dzat-Nya semuanya adalah di antara kekhususan (sifat ketuhanan)." (Sa‘d al-Din Mas‘ud bin ‘Umar al-Taftazani, Syarh al-Maqashid).

Jika kita menelusuri dari segi pandangan dan perspektif ulama semasa, kita akan mendapati ulama Al-Azhar contohnya bersetuju dan lebih cenderung kepada pandangan aliran Asya’irah. Contohnya Al ‘Allamah al-Mufassir al-Muhaddith Sheikh Yusof al-Dijwi, Ahli Lembaga Majlis Ulama Besar al-Azhar. Beliau mengeluarkan fatwa penolakan al-Azhar terhadap tauhid rububiyyah dan uluhiah. Kenyataannya ini dipaparkan dalam Majalah Nur al-Islam edisi tahun 1933 yang merupakan lidah rasmi al-Azhar pada masa tersebut.

Fatwa yang dikeluarkannya ini, turut dipersetujui oleh ulama al-Azhar yang lain tanpa adanya sebarang penolakan. Sehingga hari ini, fatwa tersebut masih lagi segar. Ini dapat dilihat dalam beberapa majalah yang diiktiraf oleh al-Azhar antaranya, majalah al-Muslim.

Al-Allamah al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani, seorang ulama besar di Makkah al-Mukarramah dan bekas tenaga pengajar Masjid al-Haram telah menulis penolakannya terhadap tauhid ini dalam kitabnya Huwallah. Selain itu, Mufti Besar Mesir, Prof. Dr. Ali Jumu’ah juga menolak pembahagian tauhid ini dengan mengatakan bahawa pembahagian tauhid ini adalah perkara rekaan yang tidak pernah datang dari Salafussoleh dan menjelaskan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa tauhid rububiah sahaja tidak mencukupi bagi keimanan seseorang adalah pendapat yang diadakan-diadakan dan bercanggah dengan ijmak kaum Muslimin.

Almarhum Prof. Dr. Muhammad Sa’id al-Ramadhan Bouti, Ulama Kontemporari Dunia Islam dari Syria menyatakan dengan tegas bahawa pembahagian tauhid ini adalah bid’ah semasa dalam Seminar Pengurusan Fatwa Negara-negara Asean anjuran Universiti Sains Islam Malaysia pada pada 16 hingga 17 April 2005 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Akidah

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M8 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 9

Iktibar Kisah

Page 9: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Page 10: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Yang dimaksud kesihatan lingkungan permukiman adalah suatu keadaan di mana semua faktor pada lingkungan fizikal manusia di permukiman berfungsi secara harmoni.

Kesihatan lingkungan mempunyai pengaruh yang sangat besar baik terhadap manusia mahupun terhadap keseimbangan ekologi dan sumber daya alam. Oleh kerana itu, kesihatan lingkungan pada dasarnya merupakan upaya untuk mengendalikan semua faktor yang ada pada lingkungan fizikal manusia yang diperkirakan menimbulkan berbagai hal yang merugikan pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya, kesihatannya, kesejahteraannya ataupun kelangsungan hidupnya.

Lingkungan yang sihat akan memberikan dampak positif bagi kesihatan manusia, dan sebaliknyalingkungan yang tidak sihat akan memberikan dampak negatif terhadap kesihatan manusia. Dampaknegatif tersebut di antaranya ialah:1. Sebagai pendukung, iaitu menunjang berjangkitnya suatu penyakit, misalnya keluarga yang tinggal

di sebuah rumah yang berhawa lembab dalam daerah yang endemis terhadap penyakit TBC, maka mereka mudah sekali terserang penyakit TBC.

2. Sebagai penyebab secara langsung, misalnya orang yang bekerja di syarikat baja akan mudahdiserang penyakit keruhlensa.

3. Sebagai sarana penyebar penyakit, misalnya air bagi penyakit kolera.

4. Sebagai faktor yang mempengaruhi perjalanan suatu penyakit seperti udara panas akan memperberat penderita jantung.

Suatu indikasi bahawa mutu lingkungan masih rendah terlihat masih tingginya kes-kes penyakit yang berhubungan dengan air bersih.

Bila dilihat dari sepuluh pola penyakit yang tertinggi adalah infeksi saluran pernafasan akut sebesar21.30%, dan infeksi kulit sebesar 7.6%. Namun demikian penyakit Malaria (6.1%), Diarrhea (4.4%) danTBC (4.2%) masih berada dalam 10 besar penyakit dengan urutan ke 6, 9 dan 10.

Penyakit lainnya adalah demam denggi berdarah (DDB) telah menyebar hampir ke seluruh negeri danangka kesakitannya cenderung meningkat dari tahun ke tahun. Penyakit-penyakit tersebut sangat erat hubungannya dengan keadaan air bersih, pembuangan kotoran, pembuangan air limpah rumah tangga, perumahan dan perilaku masyarakat dalam bidang kesihatan lingkungan. Faktor lingkungan mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap status/darjat kesihatan. Kemudian berturut-turut faktor perilaku, pendidikan dan faktor pelayanan kesihatan dan yang paling kecil adalah faktor keturunan.

Apabila dikaitkan antara kes penyakit diarrhea dan jumlah rumah tangga yang menggunakan saranajamban dan air bersih, ternyata semakin tinggi masyarakat yang tidak mempunyai sarana jamban dan air bersih, semakin tinggi pula kes penyakit diarrhea.

KEBERSIHAN LINGKUNGAN PEMUKIMANOleh:

Mohd Alwie NoorbakiMasjid Haji Noor, Kampung Serusup

Sebelum berlakunya Hari Kiamat, orang Islam akan berhadapan dengan tentera-tentera kafi r yang diketuai oleh Dajjal. Pada masa itu senjata dan makanan orang Islam berupa zikir kepada Allah SWT semata-mata.

Zikir merupakan suruhan Ilahi sepanjang zaman sehinggalahke akhir zaman. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akanAllah dengan ingatan yang banyak"(Surah al-Ahzab: 41)

Demikian juga terdapat dalam banyak Sunnah Rasul. Antaranya adalah riwayat yang menyebut bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi Muhammad SAW dengan berkata "Sesungguhnya syariat Islam begitu banyak ke atas diriku, maka beritahulah kepadaku tentang sesuatu yang aku boleh menekuninya".Baginda bersabda "Lidahmu sentiasa basah dengan Zikrullah". (Tafsir al-Qurtubi, Juz 2, Halaman 172).

Hal ini kerana zikir membawa suatu momentum kekuatan yang dahsyat dalam pembentukan sahsiah orang Islam ketika itu apabila berhadapan dengan tentera kafi r di akhir zaman kelak. Zikir di dalam hatiitu mempunyai perkaitan yang tersangat rapat dalam pembentukan sahsiah orang Islam. Ini berlandaskan hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan, ketahuilah bahawa ia adalah hati"(Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Juz 1, Halaman 90).

Zikir pada masa itu sebagai penguat rohani dan penenang jiwa orang Islam di dalam menghadapi cabaran Dajjal. Zikir sebagai penenang jiwa ini berlandaskan fi rman Allah SWT:

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingatAllah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra`d: 28).

Hati orang Islam pada ketika itu akan mencapai hakikat ketenteraman dan ketenangan yang padu lantas dapat mengumpulkan kekuatan di dalam mengalahkan tentera kafi r Dajjal.

Setelah mengalahkan tentera kafi r yang diketuai Dajjal, orang Islam terus berzikir terus menerus. Maka dengan inilah keamanan akan dicapai dalam tempoh tertentu sehingga datanglah angin lembut dariYaman yang mematikan orang Islam secara keseluruhannya. Hal ini kerana hari kiamat tidak akan adaselagi umat Islam ada menyebut Allah (Zikrullah).

Ini tercatat di dalam Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasai dan Sunan Tarmizi daripada Anas RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: Daripada Anas, Rasulullaah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga tiadalah lagi orang di dunia ini mengucapkan Allah Allah" (Riwayat At-Tarmizi).

ZIKIR NUTRISI ROHANI DI AKHIR ZAMAN(BAHAGIAN 5)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Islam dan Perubatan

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 7

Tasawwur

10 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M

Page 11: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

RELAWAN BITARA: USAHA BERSAMA PERANGI COVID-19Oleh:

Ahmad Fahmi bin Mohd SamsudinNaib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM)

Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Kesukarelawanan menurut Dr. Azizan Bahari (2016) dalam bukunya "Kesukarelawanan" ialah suatu konsep dan amalan berkaitan dengan sumbangan atau perkongsian masa, sumber, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, pengalaman dan sebagainya yang dilaksanakan secara sukarela, yakni tanpa paksaan (oleh sesiapa) dan tanpa berbayar atau mengharapkan ganjaran kewangan.

Dengan jiwa dan semangat nyalarasa (passion) yang tinggi terhadap gerak kerja amal, pemupukan semangat kesukarelawanan boleh diterapkan dengan berkongsi empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik akibat peperangan, kemiskinan termasuk melihat secara holistik krisis dan penderitaan yang berlaku di seluruh dunia.

Kita disaran untuk tidak mengejar nilai kebendaan mengikut nafsu dengan melupakan sentuhan kemanusiaan. Hari Sukarelawan Antarabangsa di sambut pada 5 Disember setiap tahun. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 'United Nation' telah menjemput kerajaan untuk menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial pada 5 Disember (A / RES / 40/212 dari 17 Disember 1985). Hasil daripada resolusi 17 Disember 1985, pemerintah, PBB, dan organisasi masyarakat awam bekerjasama dengan sukarelawan di seluruh dunia untuk merayakan Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember setiap tahun bagi menghargai semangat dan potensi kesukarelaan.

Justeru, anak muda Malaysia khususnya di Sabah wajar menjadi contoh terbaik dengan menampilkan sosok sebagai "Relawan Bitara", seorang aktivis yang unggul, mempunyai sifat 'alturism', menjadi tulang belakang dalam agenda memanusiakan manusia dan tidak hanya berperanan sebagai sukarelawan tetapi sebagai "Pemimpin Sukarelawan". Semua ini dapat diterjemahkan melalui latihan dan pengalaman, tidak menunggu peluang bersukarela (volunteerism seeker), sebaliknya menjadi pencetus dan pencipta (volunteerism creator) yang mewujudkan impak dan gelombang kebaikan.

Khidmat bakti Relawan Bitara secara aktif sama ada di dalam dan luar negara akan merubah landskap kemanusiaan global seterusnya memperbaiki kedudukan Malaysia dalam 'Indeks Memberi Dunia' kelolaan Yayasan Bantuan Kebajikan (CAF). Tinjauan global ini mengambil kira tiga aspek penting iaitu membantu orang tidak dikenali, menderma wang kepada institusi kebajikan dan memperuntukkan masa oleh individu dalam aktiviti kesukarelaan.

Negara kita memerlukan lebih ramai penggerak keikhlasan bagi mengembalikan nilai kemanusiaan dan keamanan sejagat. Ketika kita semua kini berperanan sebagai ‘frontliners’ melawan pandemik COVID-19 rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, warna kulit dan status sosial, wajar bersama-sama membantu dan melindungi antara satu sama lain sehingga Malaysia berjaya mengatasi krisis itu.

Dengan kesedaran dan mobilisasi strategik kerajaan dan masyarakat madani, usaha ini akan memberi nilai tambah yang bermakna dengan tata kelola yang baik, cekap, kreatif dan profesional.

AYAT AL-QURAN SURAH AR-RUUM: 30"ISLAM DAN SENI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Maksudnya: "(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut- pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Ayat ini adalah di antara dalil membenarkan seni dalam Islam. Islam dan seni adalah ibarat kuku dengan isi tidak dapat dipisahkan kerana ia saling dukung mendukungi. Islam adalah agama yang terlalu tinggi ianya hanya akan dapat diterjemahkan melalui keindahan kesenian Islam. Lantaran itulah Islam tidak pernah menolak kesenian dalam kehidupan manusia kerana jiwa manusia itu dilahirkan dalam keadaan semula jadi mudah untuk menerima Islam yang bersifat fitrah.

Kepelbagaian kesenian dalam Islam seperti seni khat, seni binaan, seni suara, seni muzik, seni komunikasi, seni penulisan puisi dan banyak lagi. Rimbunan bidang seni Islam yang pelbagai ini mampu menjadi pentas dakwah yang efektif jika para pencinta seni benar-benar menghayati konsep kesenian yang menurut acuan Islam iaitu memperkasakan akhlak, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan dan menghubungkan manusia dengan Sang Penciptanya.

Dalam Islam seni tidak bermatlamatkan hiburan, leka dengan keduniaan ataupun keseronokan semata- mata. Namun Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Terpulang kepada manusia sahaja sama ada mahu atau tidak untuk mengemudi seni yang penuh dengan keindahan Islam. Kenyataan ini disokong oleh pendapat Al-Farabi rah bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Manakala Imam Al-Ghazali rah pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan naluri jiwa manusia sesuai dengan fitrahnya.

Meskipun begitu Islam memiliki batasan untuk menjaga umatnya agar tidak tersasar jauh dari kesucian ajaran Islam. Seni yang dirintis oleh Islam adalah seni yang mendatangkan manfaat, bukannya mengundang kemudaratan seperti terjerumus dengan perkara kemaksiatan, kesyirikan, kemurtadan, kemungkaran dan kekufuran.

Keindahan kesenian Islam mampu menyuburkan rasa khusyuk dan kecintaan terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW di samping memberi ketenangan jiwa yang sempurna sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan.

Hakikatnya setiap keindahan adalah karya seni agung milik Allah SWT, lalu Allah SWT menitip dan mengilhamkan nilai-nilai keindahan dalam diri manusia sehingga manusia digelar sebagai makhluk seni agar mereka terus berkarya mengolah alam dunia ini menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi kesinambungan kerukunan hidup manusia sejagat.

Justeru itu, di sinilah letaknya perbezaan yang amat ketara antara kesenian Islam dengan kesenian yang dipelopori oleh budaya barat yang lebih menjurus kepada keruntuhan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan. Bahkan ianya juga mampu memutuskan hubungan suci antara makhluk manusia dengan Sang Khaliknya.

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 11SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M6

Inti Sari Ayat Al-Quran Artikel Pilihan

Page 12: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Penulis semasa penyampaian hadiah Pertandingan Khat Borneo bersama YB. Datuk Hj. Mohd Arifi n

Mohd Arif dan para pemenang

PAYUNG EMAS BUAT WANITA GANJARAN ATAU DUSTAOleh:

Nurul Atiqah binti AzmanUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Sudah semestinya hadis berkenaan wanita mendapatkan payung emasini telah pun trending dalam kalangan masyarakat. Akan tetapi kisahwanita yang membenarkan suaminya untuk berpoligami danmendapatkan payung emas di syurga nanti adalah tidak benar.

Meskipun hadith ini sudah tersebar luas dalam kalangan masyarakatkita akan tetapi perlulah kita sedari bahawa perkara yang tersebar itutidak semestinya benar bahkan perlunya kepada penelitian untukmembuktikan perkara kebenaran agar kita dapat menilai antara perkara yang hak dan juga batil.

Bahkan tidak ada sebarang dalil sahih yang menyokong perkara ini,sama ada daripada al-Quran dan juga al-Sunnah, hadith yang sahihmahupun pendapat jumhur Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hal ini dibuktikan daripada Syeikh al-Muhaddith Ali bin Hasan Al-Halabi yang merupakan seorang ulamaJordan yang terkenal di dalam kepakarannya dalam bidang hadith yang telah berjaya menghasilkanribuan kitab dan banyak melakukan majlis ilmu di merata dunia antaranya di Eropah, Perancis, Indonesiabahkan juga di Malaysia. Beliau berkata hadith tersebut tidak sahih akan tetapi terdapat hadith lain yang menyatakan wanita akan mendapat ganjaran pahala yang banyak sekiranya mentaati perintah suamiselagimana tidak bertentangan dengan syarak.

Nabi Muhammad SAW menyatakan:

Jikalau seorang wanita menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam, puasa pada bulanRamadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya akan dikatakan kepadanya wanita itu,"Masuklah ke syurga pada mana-mana pintu yang kamu kehendaki" (Hadith direkodkan oleh Ibnu Hibbandan Syeikh Syuib al-Arnouth menyatakan hadith ini bertaraf sahih).

Islam adalah agama yang mulia, dan tidak pula menolak fi trah insani. Setiap insan yang bergelar lelakidibolehkan untuk berpoligami akan tetapi perlulah memenuhi beberapa kualitifi kasi yang tertentu dan yang utama adalah dari sudut kemampuan sama ada mampu berlaku adil dalam memenuhi nafkah hak danbatin.

Dapat disimpulkan, bahawa hadith tentang kelebihan mengizinkan suami berpoligami dan akhirnya si isteri mendapat payung emas adalah tidak ada sandaran yang sahih. Bukankah lebih baik sekiranya, kitamemiliki sesuatu perkara berdasarkan kemampuan kita dan bukan pula untuk meraihkan nafsu semata-mata. Laksanakanlah sesuatu perkara yang berjaya menguntungkan perkara yang bukanlah hanyamembahagiakan di dunia bahkan mendapatkan juga saham di akhirat kelak.

Kita perlu hidup dipentas realiti, meraihkan sesuatu perkara yang diizinkan di dalam agama Islam tidaklahmenjadi suatu kesalahan akan tetapi berpada-padalah dalam berpegang terhadap mana-mana hujah.Jangan bersikap lantang dalam berbicara akan tetapi tidak berpandukan kepada nas yang perlu dijadikanrujukan utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Biasakanlah yang betul sehingga yang salah dapatdiperbetulkan semula.

GORESAN SENI BORNEO 2Oleh:

Adi Pitang

“Sudah dapat Shoutul Islam Edisi Minggu lepas?” Tanyaku pada Zulfi kar dan rakan-rakan pemenang hadiah pertandingan kaligrafi Jawi (Khat) Borneo, Sabah 2020, di dewan Saadah Wisma MUIS petang itu. Masing-masing mengatakan belum dapat. Aku mencari abang Is, stafku yang ku minta mengagihkan naskah Shoutul Islam itu kepada peserta-peserta pertandingan seni khat. "Dalam Shoutul Islam itu, cari kolum "Bicara Kita" oleh Adi Pitang, ada tu komen para juri tentang karya-karya yang menyertai pertandingan ini" Jelasku pada mereka bila naskah mingguan majalah mini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam itu diterima oleh mereka dari abang Is. Masing-masing membelek-belek helaian Shoutul Islam yang hanya 16 muka surat bersaiz A5 itu, mencari tulisanAdi Pitang yang cukup dikenali itu, hahaha.

Anak-anak muda ini cukup bersemangat, berdedikasi dan berbakat. Mengenali mereka semenjak terlibat dalam penganjuran Seminar Khat Nusantara Membakut, Borneo yang diadakan pada 10 Mei 2016,di Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu. Selepas itu kami sering bertemu setiap tahun dalamprogram Pertandingan Khat Spontan Borneo dan bengkel khat sempena Mahrajan Persuratan danKesenian Islam Nusantara, Membakut. Begitu juga dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah. Apa yang membanggakan ialah kemajuan penulisan khat anak-anak muda ini sangat membanggakan. Mungkin suatu hari penulisan khat mereka akan dikenali di seluruh Nusantara atau lebih jauh dari itu. Tiada yang mustahil untuk dicapai, andai kita gigih dan rajin berusaha.

YB Datuk Hj. Mohd. Arifi n bin Mohd Arif dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa semenjak Pertandingan Khaligrafi Islam (Khat) Nusantara, Membakut perkembangan penulisan dan karya khatdi kalangan anak-anak Sabah menunjukan peningkatannya. Ini hasil dari pendedahan ilmu seni khatyang berterusan dari pakar-pakar khat terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Tambahnya lagi, seni khat merupakan satu cabang dakwah dan boleh menjana pendapatan bagi pengkaryanya.

Pemenang bagi pertandingan yang memberi ruang waktu sebulan untuk disiapkan ini dimenangi olehsaudara Zulfi kar Aman dari Membakut, yang memenangi tempat pertama, kedua saudara Omar bin Abdul Rahman berasal dari Kg. Brunei Membakut dan ketiga saudara Mohd Sahleyzan bin Ismail dariKg. Pimping Membakut. Enam (6) orang penerima saguhati terdiri dari Mohamad Azinuddin bin Anuar (Kuching, Sarawak), Mohd Loqman bin Abdul Sahat @ Amran (Beaufort), Sharil Azrin bin Sipri (Beaufort), Faizul Ahmad Malindo bin Jominal @ Joslan (Tamparuli), Alomsa Nor Adzmin (Negara Brunei Darusalam) dan Imran Subor (Sandakan). Moga seni khat berkembang mekar di negeri ini.

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 5

Fiqh WanitaBicara Kita

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M12

Page 13: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

KETIKA DITIMPA MUSIBAH, BERSANGKA BAIKLAH PADA ALLAH SWT

Oleh:Anakmalayindo

Kita hendaklah selalu husnuzon kepada Allah Ta’ala agar kita selalu redha dengan apa yang Allah SWT takdirkan kepada kita. Apa yang Allah SWT takdirkan, itulah yang terbaik untuk kita. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah Ta’ala berfi rman,

"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku" (HR. Bukhari).

Salah satu cara agar kita selalu husnuzon kepada Allah bahawa musibah ini adalah takdir terbaik bagikita iaitu dengan meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ujian kepada hamba yang Dia cintai.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda,

"Apabila Allah mencintai seseorang, maka Allah akan memberikan cubaan kepadanya. Barangsiapa yang redha (menerimanya), maka Allah akan meredhainya. Dan barangsiapa yang murka (tidak menerimanya), maka Allah murka kepadanya" (HR. At-Tirmidzi).

Ujian yang disegerakan di dunia juga tanda kebaikan dari Allah Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWassalam bersabda,

"Jika Allah menginginkan kebaikan pada hamba, Dia akan segerakan hukuman di dunia. Jika Allahmenghendaki kejelekan padanya, Dia akan mengakhirkan balasan atas dosa yang dia perbuat hinggaakan ditunaikan pada hari kiamat kelak" (HR. Tirmidzi).

Renungkan pula perkataan Taqiyuddin Abu Al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdul Halim,

"Musibah yang mendekatkanmu kepada Allah lebih baik dari nikmat yang membuatmu lupa kepadaAllah" (Tasliyah Ahlil Mashaa-ib, hal. 227).

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani Rahimahullah berkata,

"Tanda bala (musibah) sebagai hukuman dan sebagai pembalasan adalah orang tersebut tidak bersabar, bahkan bersedih dan mengeluh kepada makhluk. Tanda bala (musibah) sebagai penebus dan penghapuskesalahan adalah kesabaran yang indah tanpa mengeluh, tidak bersedih dan tidak gelisah, serta tidakmerasa berat ketika melaksanakan perintah dan ketaatan. Tanda bala (musibah) sebagai pengangkatdarjat adalah adanya redha, merasa sesuai (atas takdir Allah), dan merasa tenang jiwanya serta tundukpatuh terhadap takdir hingga hilangnya musibah tersebut" (At Tabaqatul Kubra As-Sya’rani, hal. 193).

ALLAH SWT MAHA PEMURAHOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), Kinarut, Papar

MAKSUD HADISDaripada lbnu Abbas RAnhuma daripada Rasulullah SAW,sebagaimana yang Baginda SAW riwayatkan suatu riwayat dariAllah SWT. Allah SWT berfi rman: "Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ganjaran segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia menjelaskan hal tersebut: maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sepuluh kebajikan sehingga tujuh ratus kali ganda dan sehinggaberlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatantetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis di sisi-Nya sebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kejahatan itu dengan satu balasan dosa."(Riwayat lmam Bukhari).

HURAIAN HADISHadis di atas menerangkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT bersifat Maha Adil lagi Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan Dia hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah SWT tetap mengurniakannya satu pahala. Sekiranya seseorang berniat mahumelakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan niatnya itu.Sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat kemudian dibatalkan niatnya itu, maka dia akan dikurniakan satu pahala.

PENGAJARAN HADIS1. Ikhlas dalam ketaatan dan meninggalkan maksiat akan dikurniakan ganjaran dan pahala.

2. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah terhadap hamba-Nya.

3. Seorang muslim hendaklah sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membuktikannya.

RUJUKAN:● Bahjatun Nazhirin Syarah Riyaadus Sholihin, Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, Pustaka Imam Asy-Syafii, Cetakan Ketujuh, 2012.

Sentuhan Hadis

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M4 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 13

Remaja

Page 14: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Sesungguhnya kelahiran Nabi Isa Alaihissalam, sepertimanayang dikhabarkan Allah Ta’ala sendiri di dalam al-Quran,merupakan satu petanda kekuasaan-Nya. Di mana, AllahSWT yang Maha Kuasa menciptakan segala sesuatusepertimana yang dikehendaki-Nya, dan tiada sebarangasbab pun yang boleh menghalang kehendak-Nya.

Demikianlah yang kita saksikan dalam peristiwa kelahiranNabi Isa Alaihissalam, di mana Baginda dilahirkan tanpabapa, sepertimana Adam Alaihissalam dilahirkan tanpa bapa dan ibu; yakni kelahiran kedua-duamereka ini tidak terikat dengan hukum fitrah kelahiran di dunia yang memerlukan bapa dan ibu.

Kisah pengkhabaran akan kelahiran luar biasa ini sudah tentulah mengejutkan sesiapa pun, apatah lagiMaryam Alaihassalam, ibu yang bakal mengandungkan mukjizat Ilahi ini.

Di dalam al-Quran, kisah pengkhabarannya dinukilkan dalam dua surah: Surah Ali Imran dan SurahMaryam. Sementara di dalam Injil, kisah pengkhabaran ini diriwayatkan dalam Injil Lukas, dan tidakdiriwayatkan dalam injil-injil lain pula.

Terdapat kemiripan besar antara kedua-dua perspektif ini, kita akan bahaskan sebahagiannya.

Pertama: kesepakatan kedua-dua sumber ini (al-Quran dan Injil Lukas) bahawa Maryam Alaihassalammerupakan seorang perawan/anak dara. Di dalam surah Ali Imran ayat 47, Maryam bertanya: bagaimanakah beliau akan melahirkan sedangkan beliau belum pernah disentuh manapun lelaki. Persoalan yang samalah diriwayatkan dalam Injil Lukas 1:34, "Lalu Maria berkata kepada malaikat itu, "Bagaimanakah perkara ini dapat berlaku, sedangkan aku masih dara?"

Kedua: kesepakatan bahawa seorang malaikatlah yang datang lalu mengkhabarkan berita kelahirantersebut kepada Maryam. Maryam berasa takut daripada suara tersebut, dan akhirnya ditenangkanmalaikat, Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seoranganak yang suci"." (Maryam, 19) Sementara dalam riwayat Injil Lukas (1:30-31), "Seterusnya malaikat itu berkata kepadanya, "Janganlah takut, hai Maria, kerana engkau telah diredai Allah. Engkau akan hamil dan melahirkan seorang anak lelaki."

Ketiga: kesepakatan bahawa nama Isa Alaihissalam sudah ditetapkan Allah SWT sebelum kelahirannya. "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam.." (Ali Imran, 45) Sementara dalam riwayat Injil Lukas (1: 31), "Engkau hendaklah menamakannya Yesus."

PENGKHABARAN KELAHIRAN ISA ALAIHISSALAM: PERSPEKTIF AL-QURAN DAN INJIL

Oleh:Mohammad Syafi q Ismail

Exco Dakwah dan Intelektual ABIM Sabah

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun 2019 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)daripada empat buah syarikat iaitu Malaysian Development Finance Berhad, Tenaga Nasional Berhad,

SESB, dan MBSB Bank Berhad berjumlah hampir RM290 ribu ringgit, majlis penyerahan zakat tersebut disampaikan oleh wakil syarikat masing-masing kepada YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Hj Hasbollah Hj

Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah disaksikan oleh YB Datuk Hj Mohd Arifi nHj Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah. Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Yang Dipertua

MUIS, Setiausaha MUIS dan Pengarah JHEAINS. Majlis diadakan di bilik Madani Wisma MUISpada 4 Disember 2020

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M14 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 3

Peristiwa Tinta Ilmiah

Page 15: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa

Kegusaran Kerajaan tentang kesibukan orang ramai berduyun-duyun balik ke kampung selepas kelonggaran rentas daerah dan negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerarakan Bersyarat (PKPB) ini ada kebenarannya. Melihat kepada perkembangan terkini jangkitan COVID-19 yang masih mencapai angka 1 ribu lebih. Sehingga semalam (15/12/2020) negara k i ta te lah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,772 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 86,618 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 14,515 kes.

Sesuatu yang kadang-kadang kita rasakan bahawa COVID-19 bukanlah suatu yang menakutkan berbanding pada mula penularannya. Semua orang cukup berhati-hati dalam segala langkah dan tindakan. Apa yang berlaku kini, kita sudah berani melakukan aktiviti harian tanpa ketakutan yang mencengkam. Sudah cukup berani untuk melaksanakan pelbagai kegiatan diri dan keluarga. Mungkin disebabkan semua orang melakukan perkara yang sama, sebagaimana kita lakukan setelah terkurung dalam perangkap masa PKPB dulu.

Nasihat kerajaan supaya kita terus patuhi amalan 3W: (wash, wear dan warn), elakkan 3S: (kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) dan patuhi S.O.P sebagai norma baharu seumpama satu slogan yang boleh dipatuhi atau boleh tidak dipatuhi. Mengapa kita merasa terlalu selasa dengan keadaan ini? Mungkin kerana kita belum terkena jangkitan penyakit ini atau keluarga kita bebas dari COVID-19 ini. Tapi andainya kita adalah pembawa virus ini, dan menyebabkan seluruh keluarga kita terkesan dengan sebab kita, penyesalan itu sudah agak terlambat.

Juster itu, walaupun kelonggaran itu telah diberikan oleh kerajaan, tidak semestinya kita tidak mempedulikan amaran kerajaan untuk mengamalkan norma baharu dalam kehidupan sosial kita. Pilihan adalah di tangan kita, sama ada kita memilih jalan yang membawa kepada kebaikan atau jalan yang membawa kepada jangkitan COVID-19 ini. Kita jaga kita untuk kebahagiaan orang yang kita sayangi.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIHATYBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul

PengarahJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

KETUA EDITORUstaz Mohamad Sidik Haji Awang Adi

Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Haji Baharudin Haji Alwi

EDITOR/KETUA PENYELARASCik Nur Faezah binti Jaafar

([email protected])

SIDANG PENGARANGAdi Pitang

([email protected])Ustaz Asmuni Ali

([email protected])Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)

([email protected])Ustaz Abdillah Haji Nanun

([email protected])Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanMohammad Syafiq Ismail

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Encik Mohd Alwie NoorbakiEncik Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin

Cik Nurul Atiqah binti Azman

PENGURUSANCik Nur Idilah binti Jamirin

GRAFIKEncik Azmi bin Awang Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahTingkat 3, 4, 9 & 10, Blok A, Wisma MUIS,

Beg Berkunci 103, 88737 KOTA KINABALU, SABAHTel.: 088-222435

Faks: 088-257358

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Ustaz Hj. Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut Papar. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau masalah padang sekolah berkenaan dan merancang untuk menaiktaraf dapat dilaksanakan pada tahun

hadapan. Beliau juga sempat meninjau perkembangan terkini projek menaiktaraf surau SMAN tersebut, turut mengiringi beliau dalam lawatan ini Puan Jonisah Harimin, Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah

Kinarut Papar pada 5 Disember 2020 (Sabtu)

Dari Meja Editor

SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15

Peristiwa

Page 16: DICETAK OLEH PEMANGKU PENCETAK KERAJAAN ...2 SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M SHOUTUL ISLAM BIL. 35 - 3 Jamadilawal 1442H/18 Disember 2020M 15 Peristiwa