shoutul islam dari meja editor laman puisi islamkebaikan. dan boleh juga menjana perkembangan...

20

Upload: others

Post on 24-Feb-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Tarikh 7 November 2019 adalah merupakan pengumuman keputusan dan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 sempena Mahrajan Kesenian dan Persuratan Islam Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-8, yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Seramai 15 orang peserta telah dipilih berdasarkan karya yang dihantarkepada urus seti a pertandingan mengikut 3 kategori yang telah ditetapkan iaitu gabungan Sulus Adi dan Jaly, SulusAdi dan Nasakh dan Diwani Jaly.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Apa yang dilaksanakan oleh MUIS dan JHEAINS ini adalah bagi memastikan seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman. Ia merupakan satu kesenian Islam yang ti dak ada tolok bandingnya.

Dalam konteks yang lebih luas, kesenian bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitandengan hiburan, kesusasteraan, muzik dan perkara-perkara yang bersifat ’non technology’. Tetapi turut merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan, satu aspek ibadah jika disertai dengan niat untuk mengajak pendengarnya mengingati Allah SWT dan berbuatkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul.

Sejarah telah membukti kan sewaktu zaman kegemilangan empayar Islam semenjak dari zaman Rasullullah SAWhinggalah ke zaman empayar Uthmaniah, kesenian telah menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan ketamadunan empayar-empayar ini. Di zaman itu telahlahir ramai tokoh kesenian Islam yang berperananmembantu pemerintah Islam pada masa itu. Perananpenting kesenian pada waktu itu adalah kerana ciri-ciriyang dimiliki oleh kesenian Islam itu sendiri yang bukan sahaja setakat satu bentuk hiburan semata-mata tetapi tidak lari dari tuntutan mengingati Allah SWT danmembawa kepada pembinaan ummah yang lebih mantap rohani dan intelektualnya.

Dan apa yang diharapkan dengan Pertandingan Khat Nusantara ini dapat membantu perkembangan dankemajuan seni khat di negeri ini, bukan setakat seninyatetapi juga pembangunan rohani masyarakatnya.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

IKHLAS

Tiada bahasa bisa melukispabila terdeti k menghulur sumbanganpada yang memerlukanhingga banyak jasa ditabur.

Pegang amanah yang diberikanperjuangan mengarah ke jalan Allahpasti tak lekang berdepan gangguankadang kata yang menggores rasati ngkah yang menyakat diri.

Langkah dihayun ikhlasbersih dari percikan lumpurmengharap keredhan-Nyabukan mencari sanjungbahkan ditolak jauh ke tepikita berkampung...dengan tujuan seiramamelerai kabus dalam kekabutanmenghadapinya dengan sopan.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu13112019

218 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

TEMPOH PERINTAH NAFKAH ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Tempoh nafkah anak yang wajib diberikan oleh ayah setelah perceraian berlaku dijelaskan dalam Seksyen 80 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu:

Kecuali:(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih

singkat;

(b) jika sesuatu perintah itu dibatalkan; atau

(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk: (i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang

upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau

(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya, perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkan munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

Pelaksanaan nafkah boleh dibuat melalui:(a) pembayaran terus; atau

(b) potongan gaji/penahanan pendapatan.

Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, memerintahkan seseorang bapa untuk membayar nafkah anaknya:(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah dengan munasabah bagi anak dan/

atau isterinya;

(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya itu adalah dalam penjagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri di mahkamah; atau

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

Nafkah isteri dikira sebagai hutang apabila tidak dibayar bermula dari kewajipan membayar nafkah. Nafkah anak dikira hutang selepas adanya perintah Mahkamah.

Sebagai kesimpulan, sekiranya umur anak tersebut telah mencapai usia 18 tahun nafkah ayah kepadanya akan tamat kecuali anak tersebut memerlukan seperti keadaan yang dinyatakan di atas.

Definisi Tazkiyyah An Nafs:Tazkiyyah An Nafs, dibagun dari dua suku kata. Yaitu tazkiyyah dan nafs, tazkiyyah berasal dari kata “zakah” ertinya suci, tumbuh. An Nafs, dalam al-Quran bermakna lima hal; kadang dia bermakna jiwa, roh, jiwa dan jasad, qalbu kadang juga bermakna akal. Namun yang dominan bermakna Jiwa, sebagaimana kita temukan dalam ayat “Kullun nafsin daa iqotul mauut”, ertinya; “Seluruh jiwa akan merasakan mati”.

Tazkiyyah an Nafs atau tazkiyatunnafs secara sederhana berarti penyucian jiwa dari kotorannya untuk mengembalikan hati pada fitrahnya, sebuah kondisi awal pada hati manusia saat ia diciptakan, di mana ia memiliki kekuatan untuk berjalan dan mengadakan persiapan-persiapan, bertemu dan menuju rabbnya.

Sebagaimana halnya jasad, jiwa pun memerlukan makanan agar ia bertahan. Jiwa perlu dibersihkan dan dimaintain dari waktu kewaktu, diberi perhatian dan dipenuhi seluruh kebutuhannya. Jika hal ini diabaikan maka jiwa akan lapar dan kehausan, lemah, sakit dan mati fungsinya.

Analogi Tazkiyatunnafs Jika di analogikan, fungsi jiwa mirip dengan sistem operasi pada sebuah perangkat komputer atau handphone. Sebuah handphone terdiri dari 3 komponen; hardware atau peringkat keras, software atau peringkat lunak dan operating system atau sistem operasi. Untuk menyalakan ketiga komponen di atas maka kita memerlukan elektrik atau bateri agar ia menyala (hidup). Sistem operasi hanya akan berfungsi jika ada listrik. Sistem operasi akan bekerja lambat jika terlalu banyak program aplikasi. Sistem operasi perlu refresh, reset, atau bahkan reinstalling jika kinerjanya lambat.

Jika kita perhatikan maka jiwa manusia pun demikian. Jiwa ini laksana nyalaan semangat yang tersimpan dalam dada. Semangat kehidupan itu akan menyala jika ada roh yang tersimpan pada jasad. Jika roh dan jasad itu dipisahkan maka nyalaan kehidupan itu akan mati. Sebagaimana hilangnya nyalaan sistem operasi saat bateri dan processor dipisah atau tidak connect lagi. Roh manusia Allah SWT titipkan pada jasad untuk masa waktu tertentu, sama dengan elektrik yang tersimpan dalam bateri yang akan menghidupkan handphone dalam masa waktu tertentu.

Jiwa berbeza dengan jasad, maka dari itu keperluan dan perawatannya pun jelas berbeda. Tubuh memerlukan makanan, dan air untuk perawatannya (pembersihan) sementara jiwa perlu al-Quran sebagai makanannya dan perlu zikir sebagai pembersih dan penjaganya.

Jiwa perlu sebuah metode penyucian agar kinerjanya tetap statik dan kuat sebagai mana fungsi awalnya. Jiwa perlu disucikan sebelum al-Quran masuk dan tinggal di sana. Jadi tazkiyyatunnafs merupakan upaya penyucian jiwa dari berbagai kotorannya, agar cahaya-Nya kembali berfungsi dan menjadi energi kehidupan.

TAZKIYYAH AN NAFSOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

1818 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Penulis bersama Huda dankarya khat beliau yang

menang kategori sulus jaly

Tahun Pertandingan/Tempat Kategori Khat Status

2015 Bayt al-Quran, Muzium Istiqlal, Indonesia Juara 1 2016 Assafer International, Iraq Sulus Jaly Juara 1 2016 Konya Turki Sulus Nasakh Juara 1 2017 7tepe7sanat Turki Sulus 2018 Khat Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-3 Sulus Jaly Juara 1 2018 International Assafer, Iraq Jaly Diwaly Juara 1 2018 International Albaraka, Turki Sulus Jaly Juara 1 2019 Pertandingan Menulis Khat Quran, Malaysia Khat spontan Juara 2 2019 International Berlin, Germany Sulus Jaly Juara 1 2019 Khat Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 Sulus Jaly Juara 1

SAYA HUDA PURNAWADI KOSIDIOleh: Adi Pitang

“Assalamualaikum ustaz... Saya Huda Purnawadi Indonesia. Saya tadi kirimkarya-karya untuk lomba di Sabah beserta teman... via DHL tapi kodepos88737 tak masuk, sehingga diisi dengan postcode 88757 Luyang, tak masalahke ustadz?” Tanya peserta ini melalui whatsapp. “Ok juga tu Huda… nantimaklumkan Huda kalau sampai” Jawabku melalui whatsapp. Huda adalah salah seorang peserta Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat)Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 dari 52 peserta yang menghantar karyadalam pertandingan ini, yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu gabunganSulus Adi dan Jaly, Sulus Adi dan Nasakh dan Diwani Jaly. Peserta-peserta itu adalah dari negara Indonesia, Malaysia dan Singapore. Pertandingan seni khat Nusantara ini adalah kali ke-4 penganjurannya sempena Mahrajan Keseniandan Persuratan Islam Nusantara, Sabah Malaysia kali ke-8. Huda Purnawadi seorang anak muda yang dilahirkan pada 20 Januari 1991 di daerah Pati, Jawa Tengah,Indonesia. Beliau mula berjinak-jinak dalam seni kaligrafi sejak tahun 2004, dengan belajar dari gurunya ustazNoor Aufa Shidiq dari Kudus dan ustaz Syahriyansah Sirojuddin dari Kalimantan Indonesia. Kegiatan hariannya ditumpukan pada kaligrafi dan mengajar khat di sekolah agama di daerah dan rumahnya. Dia sering mengikuti pertandingan kaligrafi peringkat Kebangsaan (Indonesia), Asia, Nusantara danAntarabangsa. Pernah memenangi pertandingan kaligrafi di antaranya:

Hebat pemuda yang berusia 28 tahun ini. Karyanya sangat luar biasa, komen Isep Misbah, salah seorangjuri dari Indonesia. Pemuda yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki juga berkebolehandalam qasidah. Kebanyakan 15 peserta yang terpilih ini masih di bawah 40 tahun. 52 karya dari 3 kategori ini bukan semudah untuk dinilai dan diadili. Masing-masing punya kelebihan sendiridalam melakar tiap tarikan pena khat. “Ini garisannya agak besar dan tidak sekata”. “Hujung huruf mimnyasepatutnya terletak di sini.” “Sebaiknya kalimah Allah ini diletak ditengah”. Dan lain-lain komen 3 juri professional itu menilai dengan saksama karya khat yang menyertai pertandingan ini. K.H. Dr. Didin Sirajuddin, Isep Misbah dan Mohd Baki Abu Bakar yang merupakan nama-nama besar dalam bidang khat Nusantara. Mereka menilaidan menghakimi karya-karya ini tanpa mengetahui siapa pengkaryanya. Dan bagi Huda ini adalah kali kedua menyertai pertandingan ini dan kedua-dua menjadi juara 1 dalam kategorisulus jaly. “Disember ini saya berangkat ke Berlin, German untuk menerima hadiah kemenangan dalampertandingan khat di sana”, Huda memaklumkan ketika aku menghantarnya pulang melalui KKIA (Kota KinabaluInternational Airport). Cemerlang anak muda yang mengabdikan dirinya dalam seni khat ini. Moga HudaPurnawadi Kosidi akan terus sukses dan maju jaya.

IA TELAH MENEPATI JANJINYA MAKA ALLAH SWTMEMPERCAYAINYA

Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Anas bin al-Nadhr melihat sendiri apa yang dilakukan oleh tentera muslim ketika mereka mencariperlindungan di atas bukit sedang mereka menderita kekalahan. Anas kemudian berkata, “Ya Allah,aku mohon ampunan kepadamu kerana perbuatan mereka (iaitu para sahabat).” Anas melihat kaummusyrikin memerangi Islam dan Nabinya. Mereka adalah orang-orang yang mengingkari Allah SWT danRasulnya dan membunuh orang-orang Islam. Dalam keadaan yang semakin genting, Anas berkata lagi,“Ya Allah, aku berlepas diri kepadamu dari apa yang dilakukan mereka ini (iaitu kaum Musyrikin).”Ia lantas melangkah maju berperang melawan kaum musyrikin seraya menggerakkan semangat jihadtentera muslim.

Sa’ad bin Mu’adsz telah melihat Anas bin al-Nadhr melibatkan diri dalam pertempuran itu, maka iabertanya, "Hai Anas, kamu hendak pergi sendirian ke atas bukit itu. Tetap tinggallah bersama kaummuslimin. Jangan perang sendirian.

“Tidak Sa’ad. Aku tak ingin membelakangi mereka (mundur) pada hari ini,” jawab Anas.

“Ini bukan termasuk melarikan diri. Ini sebagian dari peraturan untuk mengulang kembali seranganterhadap tentera musyrikin,” jelas Sa’ad bin Mu’adz.

“Hai Sa’ad, syurga ada di hadapanku sekarang. Demi Allah, aku mencium baunya dari sini. Syurga ituada di antara aku dan gunung Uhud. Hai Sa’ad, majulah dan jihadlah. Jika tidak meraih kemenangan, kitapasti meraih syahid, iaitu penghargaan paling mulia yang diinginkan setiap muslim,” ujar Anas.

Setelah itu, Anas maju menerjang musuh bak singa yang menerkam mangsanya. Ia mengayunkanpedangnya ke kanan dan ke kiri. Maka, banyak musuh yang melawannya sehingga ia gugur sebagaisyahid. Setelah peperangan selesai, para sahabat mengumpulkan pejuang yang mati syahid dan merekamenagisinya. Kemudian Nabi bersabda kepada mereka, “Sesungguhnya orang-orang yang mati syahiditu tetap hidup, mereka tidak mati. Mereka mendapatkan kebahagiaan berupa nikmat dan keutamaan dari Allah.”

Dalam tubuh Anas bin al-Nadhr terdapat lapan puluh lebih tebasan pedang, tusukn tombak, dan anakpanah. Ia terbunuh dalam keadaan dipotong-potong anggota tubuhnya oleh kaum musyrikin. Tak seorangpun dapat mengenalinya lagi kecuali saudara perempuannya dengan melihat jari-jarinya. Allah SWTtelah redha kepada Anas bin al-Nadhr. Ia telah menepati janjinya maka Allah SWT mempercayainya. Ia bertekad meninggalkan dunia maka Allah SWT memilihnya untuk memasukkannya ke syurganya.

Allah SWT Berfi rman:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepadaAllah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggudan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." (Surah Al-Ahzab: 23).

(Riyadhus Shalihin, Jihad fi Sabilillah).

Bersambung...

418 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau nama sebenarnya Abu Bakar bin Mohd. Saiddilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermaksud"pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannyadalam pelajaran sejak kecil lagi. Beliau berketurunan Jawa. Datuknya, Haji AbdulJabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahanabad ke-19. Pada mulanya, datuknya menetap di Klang, Selangor. Kemudianberpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah MelayuGunung Semanggol dan Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 beliaubelajar di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar al-Baqirmeneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatihdi sekolah tersebut.

Pada akhir tahun 1920-an, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernamaKanzul Ma'arif. Berbeza dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas inimemperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telahmenubuhkan Maahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol. Nama Al-Ehya Asshariff membawa erti "menghidupkan kemuliaan". Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Asshariff.Jawatan ini dipegang hingga ke akhir hayatnya.

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah bergiat cergas dalam pelbagai persatuan separa politik dan pertubuhan politik melayu seperti Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Perak, Kelab Saadat Kuala Kangsar, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS).

Penglibatannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar al-Baqir amatrapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (HAMIM), parti Islam yang pertamadi Tanah Melayu. Nama parti ini dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan beliau jugalah yangmengetuai parti Islam itu. Menurut Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang disebut dalam bahasa InggerisThe Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin).

Ustaz Abu Bakar al-Baqir juga pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan dianugerahkan sebagaiTokoh Guru pada tahun 1975. Pada tahun 2016, Sultan Perak mengurniakan Darjah Dato’ PadukaMahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato’ secara anumerta kepada Ustaz Abu Bakaral-Baqir.

Ulama dari gunung ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsa dan agamanya. Ustaz Abu Bakar al-Baqir meninggal dunia ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada 14 Julai 1974 dandisemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIROleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

KEIMANAN BERKAITAN DENGANKECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya mencintai Rasulullah SAW adalah syarat kepada keimanan yang sempurna.Tidak dikira beriman dengan sempurna seseorang muslim itujika tidak mencintai Rasulullah SAW.Hal ini kerana Baginda SAW adalah pembawa keimanan sejati kepada keseluruhan manusia yang ada di atas alam ini.Kecintaan kepada Rasulullah SAW dikira sebagai syarat yangterpenting untuk mencapai keimanan sempurna seperti yang disebutkan di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sampai ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya.”(HR Bukhari No: 13).Jelas kepada kita kecintaan dan keimanan itu berkaitan dengan sangat erat kerana ia terkandung di dalam sanubari hati secara sekali gus.Terbukti bahawa cinta Kepada Rasulullah SAW merupakantanda yang tersangat jelas untuk mencapai kesempurnaan iman yang hakiki.Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihikecintaan kepada diri sendiri.Jikalau mencintai diri sendiri atau ibu bapa lebih daripadamencintai Rasulullah SAW, maka keimanan tersebut masih kurang dan belum sempurna. Ini dijelaskan di sebuah hadith:

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia lebihmencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, danmanusia semuanya." (HR Bukhari No: 15).Malah, kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu melebihikecintaan kepada diri sendiri yang penuh dengan hawa nafsu. Ini bermakna segala-galanya yang dikehendaki perlu dileburkandahulu untuk menggapai kehendak Rasulullah SAW.Peristiwa kecintaan melebihi diri sendiri ini berlaku di dalam sebuah hadith ketika mana Rasulullah SAW menjelaskan kepadaSaidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkanAbdullah bin Hisyam RA, ia berkata:

“Kami mengiringi Nabi SAW, dan bagindamemegang tangan‘Umar bin al-Khatab RA.Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah,sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selaindiriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwakuberada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintaimelebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda:‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’ (HR. Bukhari No: 6632).Kecintaan kepada Rasulullah SAW pasti akan membawa kepada kecintaan kepada Allah SWT seterusnya mendapat hakikat dan makrifat yang sebenarnya.Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga pasti akan mendapatmanfaat yang tersangat besar iaitu kemanisan iman yangsungguh bermakna dan bernilai tinggi:

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akanmendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nyalebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintaiseseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Diabenci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilemparke neraka." (HR Bukhari No: 15).Untuk mencapai kecintaan Allah SWT yang lebih tinggi, makawajib mencintai Rasulullah SAW dengan mengikuti segalaSunnahnya yang tercermin melalui akhlak yang mulia. Ini jelas seperti yang disebutkan di dalam al-Quran.Allah SWT berfi rman:

“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilahaku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunidosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang." (Ali ‘Imran: 31).Keimanan kepada nabi terkandung di dalam Rukun Iman. Tidak dikira beriman tanpa mempercayai keyakinan sepenuhnyakepada penghulu segala nabi iaitu Rasulullah SAW.Secara keseluruhannya, kita sebagai umat muslim yangberiman, wajib mencintai Rasulullah SAW dengan meninggikan syiarnya melalui Maulidur Rasul, mengikuti Sunnahnya yang mulia, menjunjung tinggi peninggalannya serta bersama-sama menghidupkan legasi syariatnya melalui pembentukan Tamadun Islam melalui Iman, Islam dan Ihsan berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1618 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

HIKMAH DAN RAHSIA PADA ANGKA 7Oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hikmah dan rahsia pada angka 7 kerana terdapat banyak nas dari al-Quran dan al-Hadith yang menunjukkan kepadanya seperti penciptaan 7 petala langit, tawaf sebanyak 7 kali begitu juga dengan sa'ie, tentang 7 anggota sujud seperti di dalam hadith, tentang memakan 7 biji kurma 'Ajwah bagi mengelak racun dan sihir. Mohon penjelasan.

JAWAPANTidak dinafikan bahawa kesemua yang telah dinyatakan pada bahagian soalan terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi yang sahih.

Firman Allah dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 68:

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.”

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Allah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Diri-Nya itu satu-satunya dalam penciptaan dan juga membuat pemilihan. Tiada yang setandingnya dan tiada juga yang mampu untuk memperkatakan (yang buruk) tentangnya. (Lihat Tafsir Al-Quran al-'Azim. Dar al-Taybah, 6/251).

Jelas melalui ayat di atas menunjukkan bahawa Allah berkuasa ke atas sesuatu. Dia menciptakan sesuatu lalu memilihnya dengan kekuasaan dan hikmah-Nya. Tidak ada yang mampu mempersoalkannya. Adapun mengenai angka tujuh (7) yang sering terdapat di dalam Al-Quran dan hadith Nabi , maka tidak ada sesiapapun yang mengetahui rahsia dan juga hikmahnya.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, Zaad al-Ma'ad menyebut mengenai pengkhususan

bilangan tujuh, ianya berlaku pada ketetapan (kadar) dan juga secara syar'ie. Maka Allah menciptakan tujuh petala langit, tujuh petala bumi, hari yang tujuh, penciptaan manusia padanya tujuh fasa, pensyariatan tujuh pusingan tawaf dan tujuh kali ulang-alik bagi sa'ie, melontar jamrah dengan tujuh biji batu, dan takbir pertama bagi solat sunat hari raya sebanyak tujuh kali. Seterusnya, Ibn Qayyim menyebut diakhirnya: “Maka tidak diragui bahawa sesungguhnya bilangan ini (iaitu tujuh) mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak ada pada yang lainnya”. Kemudian tambah beliau lagi: “Dan Allah Maha Mengetahui hikmahnya (pada pensyariatan) dan ketetapannya pada mengkhususkan bilangan ini (iaitu tujuh)…” (Lihat Zaad al-Ma'aad. Muassasah al-Risalah, 4/90-91).

Al-Imam al-Nawawi juga di dalam kitabnya, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa angka tujuh ini dari perkara-perkara yang telah Allah ajarkan yang mana kita tidak mengetahui akan hikmahnya. Namun, ianya perlu diiktikad dan diimani dengan segala kelebihan dan hikmahnya sepertimana bilangan solat, bilangan nisab zakat dan selainnya. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi. 14/3).

KESIMPULANMelihat kepada pertanyaan ini, ia adalah termasuk di dalam perkara-perkara tawaqquf dan ta'abbudi yang mana memerlukan kepada dalil-dalil yang sahih untuk mensabitkannya. Ianya juga termasuk di dalam perkara yang ghayr ma'qul li al-ma'na (perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal) sepertimana jika kita mempersoalkan mengapa perlu 7 kali tawaf, 7 kali ulang-alik bagi sa'ie dan sebagainya. Ianya tidak dapat difikirkan oleh manusia kerana Allah yang telah menetapkannya. Maka, kita serahkan urusan ini kepada Allah dan memberikan jawapan sepertimana al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Allah lebih Maha Mengetahui akan hikmahnya, penetapannya dan pensyariatannya.”

Wallahu a'lam.

GUNA JANGAN SAMPAI BUTAOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Penggunaan gadget adalah suatu hal yang sangat marak. Ia merupakan nikmat bila dimanfaatkan untuk kebaikan, dan menjadi bencana bila digunakan untuk keburukan. Orang berakal ialah orang yang menggunakannya untuk kebaikan di dunia dan akhirat seperti untuk komunikasi yang mudah dan menimba ilmu yang bermanfaat.

Penggunaan yang dapat menimbulkan mudharat bagi seorang muslim di dunia dan akhirat wajib dihindari. Hal ini agar ia selamat dari penyakit buta mata dan hati. Ini mengingat bahawa cahaya dari gadget dapat menurunkan kemampuan mata. Bahkan boleh mengakibatkan buta. Lebih dari itu, ia boleh menyebabkan buta hati sehingga seorang muslim terkena berbagai macam penyakit syahwat yang dapat merosak akhlak dan terkena penyakit syubhat yang dapat merosak akal. Allah ‘azza wa jalla telah menjelaskan akan bahaya buta hati melalui firman-Nya:

“Sebab, bukanlah mata yang menjadi buta, tetapi hati yang ada di dalam dada lah yang menjadi buta.” (Qs. Al-Hajj: 46).

Maksudnya, kebutaan yang menimpa hati adalah kebutaan hakiki yang menyebabkan kerugian di dunia dan akhirat. Dan hal ini disebabkan kerana meninggalkan jalan petunjuk dan meniti jalan kesesatan.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Ada dua nikmat yang banyak membuat manusia menjadi tertipu, iaitu sihat dan waktu luang.” (HR. Bukhari).

Maknanya, barangsiapa yang memanfaatkan kesihatan dan waktu luang pada hal-hal yang dapat mendatangkan kebaikan maka akan beruntung. Dan barangsiapa yang memanfaatkannya untuk hal-hal selain itu maka ia tertipu dan rugi.

Fitnah yang ada pada gadget sangatlah besar dan berbahaya berhubung ia ada dalam genggaman orang dewasa mahupun anak kecil. Kepedulian ibu bapa dan siapa saja yang mempunyai kekuasaan khusus terhadap keselamatan orang-orang yang berada di bawah tanggungjawab mereka dari penyalahgunaannya adalah wajib ‘ain berdasarkan firman Allah ‘azza wa jalla:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Qs. At-Tahrim: 6).

618 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagisekalian alam.”

Ibnu Khatir menafsirkan, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmatbuat semesta alam. Dengan kata lain, Dia mengutusnya sebagai rahmat buat mereka. Maka barangsiapa yangmenerima rahmat ini dan mensyukurinya, berbahagialah dia di dunia dan akhirat. Tetapi barangsiapa yang menolakserta mengingkarinya, maka rugilah dia di dunia dan akhirat.

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya yang bersumber daripada, Abu Hurairah bahawa pernah dikatakankepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan orang-orang musyrik.” Maka Rasulullah SAWmenjawab: “Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, melainkan aku diutus sebagai pembawa rahmat.”Dalam riwayat lainnya disebutkan: “Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (kepada kalian).”

Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas menafsirkan ayat ini ialah rahmat bagi orang yang berimankepada Allah SWT dan hari kemudian pasti akan memperolehi rahmat di dunia dan akhirat, sedangkan bagi orangyang tidak beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya, tidak akan dapat terhindar dari azab yang pernah ditimpakanke atas umat-umat terdahulu yang derhaka seperti ditelan bumi dan mendapat laknat

Menyingkap hikmah surah yang bertemakan tentang kenabian lalu diberi nama surah al-anbiyaa’ yang menghuraikankisah dan keistimewaan enam belas orang di antara mereka, bila kita menyelami surah ini lafaz anbiyaa’ menurutbahasa arab adalah membawa lafaz jamak atau banyak menggambarkan betapa ramainya jumlah para nabi yangdiutus ke muka bumi membawa mesej Ilahi kepada umat mereka, namun bila kita merenungi lafaz dalam ayat 107dalam surah ini, Allah SWT menggunakan lafaz engkau yang dikhususkan kepada baginda Nabi SAW secara tunggalbahawa baginda SAW satu-satunya nabi yang diutus ke muka bumi mampu menjadi pencetus kebahagian untuksekalian generasi umat manusia, golongan jin, haiwan dan sekalian makhluk di setiap alam sama ada yang telahditempuhi atau yang bakal dilalui.

Ayat ini tegas membuktikan bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi SAW amat sesuai serta relevanbuat seluruh umat manusia di sepanjang zaman merentasi sempadan lapisan umur, kedudukan dan budaya.Kehadirannya merupakan rahmat (kasih sayang) Allah SWT kepada semesta alam, rahmat yang memiliki nilaiuniversal dan mempunyai karakter tersendiri sehingga keberadaannya bersesuian dengan fi trah insani yang mampu menyuburkan jiwa rabbani

Begitu tinggi perumpamaan yang Allah SWT gunakan buat nabi SAW dengan kalimah rahmat, terkait dari namanya,sirah kehidupannya, peribadinya, keturunannya, perwatakannya, sikap kesabarannya sama ada sebelum kejadiansemua makhluk sehingga hari kehancuran. Perkataan rahmah diambil dari pengertian rahim ibu, dengan demikianmanusia semuanya bersaudara kerana lahir dari rahim seorang wanita yang sama iaitu nenenda kita Hawa. Lantaranitu tugas kenabian yang utama adalah memupuk nilai persaudaraan sesama manusia agar hidup aman damaiseumpama sebuah keluarga yang bahagia.

Namun realitinya tugasan dan amanah besar ini tidak mampu disempurnakan oleh sekalian utusan Allah SWT yang bergelar nabi dan rasul meskipun ada setengah mereka yang dikurniakan umur yang panjang mencecah seributahun. Keistimewaan Nabi SAW meskipun memikul amanah sebagai utusan Allah SWT hanya dalam lingkungan23 tahun sahaja namun kekuatan rahmat yang ada dalam dirinya mampu meraih penganut teramai dan mampumemberikan syafaat kepada kita semua amin.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-ANBIYAA' : 107"DINOBAT RAHMAT SEKALIAN ALAM KERANA KASIH

TERHADAP UMAT”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATUmat Islam seluruh dunia baru sahaja selesai meraikan Hari KeputeraanKekasih kita Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam, dengan pelbagai caradan adat kebiasaan, yang kesemuanya dengan niat baik juga: mengingatiNabi Muhammad, dan mengenang keindahan pekerti dan mesej bagindasebagai rahmat/kasih buat sekalian alam.Antara keunikan di Malaysia ini khasnya bersempena Maulid Nabawiialah, ramai rakyat Malaysia akan keluar berarak, mewakili persatuan atau jabatan masing-masing, bersama- sama melantunkan selawat yang merdu riang menzahirkan kegembiraan pada hari Maulid ini.Musim inilah, setiap kontinjen akan bertanding memperagakan pakaian seragam terbaik, biasanya berbaju melayubagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita, menjulang sepanduk tercantik, bersama bilangan anggota pasukanyang ramai. Kesemuanya bersolidariti, merasakan kesatuan ummah yang gemilang, umat Nabi kita MuhammadSallallah Alaihi Wasallam!Ia tradisi yang baik dan wajar diteruskan, kerana ia membawa kebaikan kepada umat.Hanyasanya, solidariti berummah itu wujud cuma seketika. Apabila keputusan kontinjen yang menang diumumkan,mulai muncul suara-suara sumbang yang menyatakan keputusan tidak adil, kenapa sepanduk kami kalah danseumpamanya. Rasa persaudaraan itu hilang, bahkan berganti permusuhan dan kedengkian. Umpatan berlegar,meskipun tidak serius, tapi amatlah tidak layak bagi umat yang baru saja berkumpul atas nama persaudaraan Islamdan cintakan Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam.Sampah dan saki-baki makan minum bertaburan, yang kalaulah Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam hidupdi waktu ini, dan menyertai perarakan itu, baginda tentunya malu dengan kita umatnya ini, dan pastilah sampah-sarapitu akan dikutip baginda dan diletak baginda di tempat sepatutnya: kerana membuang sampah merata-rata bukanlahrahmat buat alam sekitar.Berapa ramai yang berarak, namun berapa ramaikah yang menghayati mesejnya? Adakah, selesai Maulid dansepanduk dilipat, kecintaan kita dan solidariti kita buat baginda lalu habis begitu saja?Hal ini membawa kita muhasabah sepotong kalimat yang pernah diwariskan oleh seorang ulama mujahid daripadaAlgeria, Syeikh Muhammad Basyir alIbrahimi rahimahullah (w1965M), antara ulama yang telah terlibat menubuhkan Jam’iyyah al-Ulama al-Muslimin di Algeria, serta berjihad melawan Perancis keluar daripada tanah airnya.

Beliau mengatakan, “"Sesungguhnya Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam memerintahkan kalian untuk menegakkanagama (Islam), dan bukannya (semata-mata) menegakkan (yakni merayakan) Maulid! Sesungguhnya agama kamu iniadalah agama kebenaran, amal kerja, dan peraturan. Kembalilah berpegang kepada kebenaran, dan bantulah (agama)Allah, nescaya Dia akan membantu kamu, dan akan mengukuhkan kaki-kaki kamu (dalam kebenaran)!”Teguran yang lantang ini diberikan oleh beliau kepada umat Algeria kerana pada ketika itu mereka hanyameraikan Maulid Nabi sallAllah alaihi wa sallam secara luaran, namun membiarkan kezaliman dan kebatilan berleluasa.Hal ini kerana kurangnya penghayatan dan pengamalan sebenar Islam dalam diri setiap umat masa itu.Teguran yang wajar kita insafi, dan hayati bersama. Kerana hakikatnya, tugas Rasulullah SAW menegakkan Islam itutelah diserahkan kepada kita dan cara menghargai perjuangan tersebut ialah dengan meneruskannya.Kita tidak mahu terperangkap dalam suasana meromantikkan Maulid, yang mengakibatkan Rasulullah SAW hanyadiingat pada Maulid dan dilupakan pada hari-hari lainnya.Persoalan kita yang lebih penting, berbanding mengajarkan tentang sirah Rasulullah SAW, ialah membuat umatmerasakan kehadiran Rasulullah SAW di hari ini, dan membuat mereka merasakan yang ajaran-ajaran Bagindaitu relevan dan sesuai buat masa kita ini. Sekiranya itu dilaksanakan, tanpa perlu diminta, umat yang faham ini akanmengingati baginda sepanjang waktu dan menghargai legasi baginda, serta mendakwahkan Islam ini kepada seluruh manusia.

PASCA MAULID: NABI YANG DIRINDUKANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1418 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

RAMBUT PALSUOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Jika dahulunya rambut palsu hanya digunakan sebagai “Public Figure”, maka sekarang bukan sahajawanita, bahkan lelaki juga turut memakainya. Malahan, mereka cukup senang menggunakannya. Hal ini sudah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi, tetapi dengan cara yang berbeza. Di dalam sebuahhadis, ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu dari Nabi SAW beliau bersabda: “Allah melaknatwanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan, wanita yang mentatu dan minta ditatukan.” (Sahih Al-Bukhari).

Memang telah sah pengharamannya. Namun begitu, Ulama tetap membahaskan perihal sama adarambut digunakan itu terhasil daripada rambut manusia atau dengan menggunakan bulu haiwan.

Lalu demikian, apakah hukum menggunakan rambut palsu bagi wanita yang menggunakan rambut palsudari rambut manusia atau haiwan?

Perbahasan pertama, sekiranya menggunakan rambut palsu yang berasal daripada rambut manusia, maka hukumnya adalah haram dan ini telah disepakati oleh Jumhur Ulama.

Perbahasan kedua pula sekiranya menggunakan rambut selain daripada rambut anak adam. MenurutUlama Asy-Syafi e Rahimahullah, ianya dilihat kepada rambut tersebut. Sekiranya bulu yang digunakanadalah daripada haiwan yang haram, maka sudah tentu hukumnya haram. Dan sekiranya bulu yangdigunakan adalah halal, perlulah kita melihat kepada status perkahwinan pula. Hanya orang yang sudahberkahwin dan diberi keizinan oleh suaminya sahaja yang boleh memakai rambut palsu. Namun, jikasebaliknya, tidaklah dibenarkan mereka memakainya. Lalu, bagaimana pula bagi mereka yang single?Menurut Ulama Asy-Syafi e, mereka tidak dibenarkan sama sekali memakainya.

Wallahu a’lam.

HIMPUNAN AMALAN KEBAIKANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda telahbersabda: "Barangsiapa yang melepaskan (meringankan) seorang mukmin daripadasatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskannya (meringankan)daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkanbagi orang susah (membantu dalam masalah hutang), nescaya Allah SWT akan mempermudahkan baginyadi dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim yang lain, nescaya Allah SWT akanmenutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia sukamenolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWTakan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salahsebuah rumah-rumah Allah (masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama merekamelainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan merekaakan dikelilingi oleh para malaikat dan Allah SWT akan menyebut tentang mereka kepada orang-orang yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang terlambat amalannya (kurang amalan solehnya), nescaya nasabketurunannya tidak boleh mengangkat darjatnya." (Diriwayatkan oleh lmam Muslim).

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Islam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dansaling memperkuat antara satu sama lain. Kemudian diterangkan bahawa agama lslam menggalakkanumatnya agar selalu membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya sertamemelihara aibnya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan AllahSWT balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

Hadis tersebut juga menerangkan sesiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah SWT menjanjikanbaginya kemudahan menuju jalan ke syurga. Kemudian dijelaskan sesiapa yang berkumpul dan mengkajial-Quran dan ilmu di masjid, maka akan diberkati Allah SWT, para malaikat turun mengelilingi, ketenangan dan rahmat akan menyelubungi.

PENGAJARAN HADIS1. Sesungguhnya ganjaran pahala di sisi Allah SWT sesuai dengan perbuatan kita.2. Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah SWT,

bukanlah dengan keturunannya.3. Orang yang sentiasa mencari reda Allah SWT akan dilindungi oleh malaikat.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

818 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 2)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Meskipun berhadapan dengan tentangan dan serangan yang hebat daripada umatnya sendiri namun Nabi Muhammad SAW tetap teguh dengan prinsip dan risalah dakwah yang baginda bawa kepada umat manusia dengan menunjukkan kesabaran dan ketabahan yang amat luar biasa. Ini dibuktikan ketika beberapa orang sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in meminta agar baginda berdoa untuk kehancuran kaum Musyrikin Mekah, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku bukan diutus sebagai pelaknat namun aku diutus sebagai pembawa Rahmat."

Benarlah firman Allah SWT sebagaimana dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia.”

Menurut Imam Muhammad bin Ali Asy Syaukani dalam tafsir Fathul Qadir, beliau menjelaskan bahawa tafsir ayat tersebut sebagai berikut:

“Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, dengan membawa hukum-hukum syariat, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia tanpa ada keadaan atau alasan khusus yang menjadi pengecualian. Dengan kata lain, ‘satu-satunya alasan Kami mengutusmu, wahai Muhammad, adalah sebagai rahmat yang luas. Kerana kami mengutusmu dengan membawa sesuatu yang menjadi sebab kebahagiaan di akhirat.”

Manakala Imam Ibnu Kathir pula dalam menafsirkan ayat tersebut sebagai kenyataan berikut:

Pada ayat ini Allah SWT berfirman kepada kita bahawa Dia telah menciptakan Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin), ertinya, Dia mengutusnya sebagai rahmat untuk semua Makhluk. Maka sesiapa menerima rahmat ini dan bersyukur atas keberkatan ini, dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Namun, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya, maka kebaikan dunia dan akhirat akan terlepas dan jauh daripadanya, seperti yang Allah SWT firmankan dalam surah Ibrahim ayat 28 - 29 yang bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah (perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah) dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Iaitu neraka jahanam; mereka masuk ke dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.”

Sementara itu Imam At-Tabari dalam kitab tafsirnya pula menghuraikan ayat 107 Surah Anbiya’ sebagai berikut:

“Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna ayat ini, apakah maksudnya merangkumi seluruh manusia sama ada mukmin ataupun kafir? Atau hanya khusus kepada manusia mukmin saja?

Sebahagian ahli tafsir berpendapat, yang dimaksudkan adalah seluruh manusia sama ada mukmin mahupun kafir. Mereka mengambil hujah berdasarkan riwayat daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhu dalam menafsirkan ayat ini yang bermaksud:

“Sesiapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ditetapkan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Namun sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka diberi rahmat bagi dengan tidak ditimpa musibah seperti yang menimpa umat terdahulu, seperti di tenggelamkan atau di timpa gelombang besar.”

Dalam riwayat yang lain pula menyebut:

“Rahmat yang sempurna di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman kepada Rasulullah. Sedangkan bagi orang-orang yang enggan beriman kepadanya, maka bentuk rahmat bagi mereka adalah dengan tidak ditimpa musibah yang menimpa umat terdahulu.”

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR...Oleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Menyebut tentang hutang, saya teringat sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya. Dialog kisah itu terpahat dalam sebuah hadis seperti berikut:

Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya" Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani).

Perihal hutang tidak boleh dianggap remeh. Pemberi hutang dalam keputusan memberi hutang itu adalah kerana perasaan belas kasihan untuk membantu orang yang tersangat keperluannya. Namun pemberi hutang juga mempunyai keperluan pada ketika lain pula. Sebolehnya usaha pembayaran balik dibuat tanpa berlengah-lengah. Lebih-lebih lagi jika si pemiutang hanyalah orang kebanyakan sahaja yang niatnya tidak lain tetapi hanya untuk membantu.

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah suatu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Sesetengah ulama mengkategorikan orang yang sengaja tidak mau membayar hutang berdosa besar. Ini adalah kerana sengaja ingin menganiaya orang yang memberi pinjaman.

“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah ketika hendak mati. Kurangkan daripada hutang nescaya kamu akan hidup bebas.” (Riwayat Baihaqi).

Ada di kalangan peminjam yang bersifat jujur dengan segera membayar apabila telah cukup tempohnya, namun terdapat juga segelintir peminjam yang cukup liat membayar hutangnya. Lebih menyakitkan hati, apabila mempunyai wang, mereka bukan menggunakannya untuk membayar hutang, sebaliknya berbelanja sesukanya.

Budaya berhutang sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat di negara ini sejak sekian lama dan menjadi ‘kudis’ yang susah untuk diubati jika tidak ditangani dengan baik. Kegagalan atau sengaja untuk tidak membayar hutang memberikan implikasi buruk dalam hubungan sesama insan. Hubungan persahabatan juga boleh renggang sekiranya seseorang cuba lari daripada menjelaskan hutang.

Lebih parah jika seseorang itu terjebak hutang ‘ah long’ yang bakal membuatkan kehidupan mereka menjadi haru-biru malah silap perhitungan, nyawa menjadi galang gantinya. Sekiranya benar-benar terdesak untuk berhutang tidak menjadi apa-apa kesalahan, cuma cuba tepati janji untuk membayarnya kerana membayar hutang itu wajib dan menjadi tuntutan Islam.

“Rasulullah SAW ada mengajar umat Islam selalu berdoa agar dihindar daripada kekangan hutang. Ya Allah aku berlindung kapadaMu dari dosa dan hutang, lalu baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang Wahai Rasulullah? Baginda menjawab. Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengingkari." (Riwayat Bukhari).

“Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seorang bertanya, Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang Ya Rasulullah SAW? Benar, jawab Rasulullah SAW.” (Riwayat Nasaie).

Islam amat mengambil berat soal membayar hutang kerana ia merupakan hak si pemberi hutang sebagaimana yang dirakamkan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pada hari kiamat nanti) kerana di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (Riwayat Ibnu Majah).

Demikian keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil daripada pahala kebaikannya.

1211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Majlis Saringan Akhir Tilawah Al-Quran pada 4 dan 5 November 2019 untuk memilih seramai 14 orang peserta qari dan qariah yang terbaik ke Majlis Tilawah Al-Quran

Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 7 November 2019di Dewan Sa'adah Wisma MUIS

Majlis meraikan kejayaan peserta negeri Sabah mendapat johan keseluruhan acara Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan, di Pulau Pinang pada16 hingga 18 Ogos 2019. Majlis meraikan peserta bersama Yang Berbahagia

Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS diadakandi Bilik Madani Wisma MUIS pada 30 Ogos 2019

Peristiwa

1018 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Majlis Saringan Akhir Tilawah Al-Quran pada 4 dan 5 November 2019 untuk memilih seramai 14 orang peserta qari dan qariah yang terbaik ke Majlis Tilawah Al-Quran

Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 7 November 2019di Dewan Sa'adah Wisma MUIS

Majlis meraikan kejayaan peserta negeri Sabah mendapat johan keseluruhan acara Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan, di Pulau Pinang pada16 hingga 18 Ogos 2019. Majlis meraikan peserta bersama Yang Berbahagia

Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS diadakandi Bilik Madani Wisma MUIS pada 30 Ogos 2019

Peristiwa

1018 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 2)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Meskipun berhadapan dengan tentangan dan serangan yang hebat daripada umatnya sendiri namun Nabi Muhammad SAW tetap teguh dengan prinsip dan risalah dakwah yang baginda bawa kepada umat manusia dengan menunjukkan kesabaran dan ketabahan yang amat luar biasa. Ini dibuktikan ketika beberapa orang sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in meminta agar baginda berdoa untuk kehancuran kaum Musyrikin Mekah, Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku bukan diutus sebagai pelaknat namun aku diutus sebagai pembawa Rahmat."

Benarlah firman Allah SWT sebagaimana dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107:

“Kami tidak mengutus engkau, Wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia.”

Menurut Imam Muhammad bin Ali Asy Syaukani dalam tafsir Fathul Qadir, beliau menjelaskan bahawa tafsir ayat tersebut sebagai berikut:

“Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, dengan membawa hukum-hukum syariat, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh manusia tanpa ada keadaan atau alasan khusus yang menjadi pengecualian. Dengan kata lain, ‘satu-satunya alasan Kami mengutusmu, wahai Muhammad, adalah sebagai rahmat yang luas. Kerana kami mengutusmu dengan membawa sesuatu yang menjadi sebab kebahagiaan di akhirat.”

Manakala Imam Ibnu Kathir pula dalam menafsirkan ayat tersebut sebagai kenyataan berikut:

Pada ayat ini Allah SWT berfirman kepada kita bahawa Dia telah menciptakan Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin), ertinya, Dia mengutusnya sebagai rahmat untuk semua Makhluk. Maka sesiapa menerima rahmat ini dan bersyukur atas keberkatan ini, dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Namun, sesiapa yang menolak dan mengingkarinya, maka kebaikan dunia dan akhirat akan terlepas dan jauh daripadanya, seperti yang Allah SWT firmankan dalam surah Ibrahim ayat 28 - 29 yang bermaksud:

“Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah (perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah) dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Iaitu neraka jahanam; mereka masuk ke dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.”

Sementara itu Imam At-Tabari dalam kitab tafsirnya pula menghuraikan ayat 107 Surah Anbiya’ sebagai berikut:

“Para ahli tafsir berbeza pendapat tentang makna ayat ini, apakah maksudnya merangkumi seluruh manusia sama ada mukmin ataupun kafir? Atau hanya khusus kepada manusia mukmin saja?

Sebahagian ahli tafsir berpendapat, yang dimaksudkan adalah seluruh manusia sama ada mukmin mahupun kafir. Mereka mengambil hujah berdasarkan riwayat daripada Ibnu Abbas radhiallahu’anhu dalam menafsirkan ayat ini yang bermaksud:

“Sesiapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ditetapkan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Namun sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka diberi rahmat bagi dengan tidak ditimpa musibah seperti yang menimpa umat terdahulu, seperti di tenggelamkan atau di timpa gelombang besar.”

Dalam riwayat yang lain pula menyebut:

“Rahmat yang sempurna di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman kepada Rasulullah. Sedangkan bagi orang-orang yang enggan beriman kepadanya, maka bentuk rahmat bagi mereka adalah dengan tidak ditimpa musibah yang menimpa umat terdahulu.”

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR...Oleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Menyebut tentang hutang, saya teringat sebuah kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya. Dialog kisah itu terpahat dalam sebuah hadis seperti berikut:

Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya" Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani).

Perihal hutang tidak boleh dianggap remeh. Pemberi hutang dalam keputusan memberi hutang itu adalah kerana perasaan belas kasihan untuk membantu orang yang tersangat keperluannya. Namun pemberi hutang juga mempunyai keperluan pada ketika lain pula. Sebolehnya usaha pembayaran balik dibuat tanpa berlengah-lengah. Lebih-lebih lagi jika si pemiutang hanyalah orang kebanyakan sahaja yang niatnya tidak lain tetapi hanya untuk membantu.

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah suatu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Sesetengah ulama mengkategorikan orang yang sengaja tidak mau membayar hutang berdosa besar. Ini adalah kerana sengaja ingin menganiaya orang yang memberi pinjaman.

“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah ketika hendak mati. Kurangkan daripada hutang nescaya kamu akan hidup bebas.” (Riwayat Baihaqi).

Ada di kalangan peminjam yang bersifat jujur dengan segera membayar apabila telah cukup tempohnya, namun terdapat juga segelintir peminjam yang cukup liat membayar hutangnya. Lebih menyakitkan hati, apabila mempunyai wang, mereka bukan menggunakannya untuk membayar hutang, sebaliknya berbelanja sesukanya.

Budaya berhutang sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat di negara ini sejak sekian lama dan menjadi ‘kudis’ yang susah untuk diubati jika tidak ditangani dengan baik. Kegagalan atau sengaja untuk tidak membayar hutang memberikan implikasi buruk dalam hubungan sesama insan. Hubungan persahabatan juga boleh renggang sekiranya seseorang cuba lari daripada menjelaskan hutang.

Lebih parah jika seseorang itu terjebak hutang ‘ah long’ yang bakal membuatkan kehidupan mereka menjadi haru-biru malah silap perhitungan, nyawa menjadi galang gantinya. Sekiranya benar-benar terdesak untuk berhutang tidak menjadi apa-apa kesalahan, cuma cuba tepati janji untuk membayarnya kerana membayar hutang itu wajib dan menjadi tuntutan Islam.

“Rasulullah SAW ada mengajar umat Islam selalu berdoa agar dihindar daripada kekangan hutang. Ya Allah aku berlindung kapadaMu dari dosa dan hutang, lalu baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang Wahai Rasulullah? Baginda menjawab. Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengingkari." (Riwayat Bukhari).

“Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang. Mendengar itu seorang bertanya, Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang Ya Rasulullah SAW? Benar, jawab Rasulullah SAW.” (Riwayat Nasaie).

Islam amat mengambil berat soal membayar hutang kerana ia merupakan hak si pemberi hutang sebagaimana yang dirakamkan dalam sebuah hadis daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (pada hari kiamat nanti) kerana di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (Riwayat Ibnu Majah).

Demikian keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil daripada pahala kebaikannya.

1211 Rabiulawal 1441H/8 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

RAMBUT PALSUOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Jika dahulunya rambut palsu hanya digunakan sebagai “Public Figure”, maka sekarang bukan sahajawanita, bahkan lelaki juga turut memakainya. Malahan, mereka cukup senang menggunakannya. Hal ini sudah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi, tetapi dengan cara yang berbeza. Di dalam sebuahhadis, ada diriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu dari Nabi SAW beliau bersabda: “Allah melaknatwanita yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambungkan, wanita yang mentatu dan minta ditatukan.” (Sahih Al-Bukhari).

Memang telah sah pengharamannya. Namun begitu, Ulama tetap membahaskan perihal sama adarambut digunakan itu terhasil daripada rambut manusia atau dengan menggunakan bulu haiwan.

Lalu demikian, apakah hukum menggunakan rambut palsu bagi wanita yang menggunakan rambut palsudari rambut manusia atau haiwan?

Perbahasan pertama, sekiranya menggunakan rambut palsu yang berasal daripada rambut manusia, maka hukumnya adalah haram dan ini telah disepakati oleh Jumhur Ulama.

Perbahasan kedua pula sekiranya menggunakan rambut selain daripada rambut anak adam. MenurutUlama Asy-Syafi e Rahimahullah, ianya dilihat kepada rambut tersebut. Sekiranya bulu yang digunakanadalah daripada haiwan yang haram, maka sudah tentu hukumnya haram. Dan sekiranya bulu yangdigunakan adalah halal, perlulah kita melihat kepada status perkahwinan pula. Hanya orang yang sudahberkahwin dan diberi keizinan oleh suaminya sahaja yang boleh memakai rambut palsu. Namun, jikasebaliknya, tidaklah dibenarkan mereka memakainya. Lalu, bagaimana pula bagi mereka yang single?Menurut Ulama Asy-Syafi e, mereka tidak dibenarkan sama sekali memakainya.

Wallahu a’lam.

HIMPUNAN AMALAN KEBAIKANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda telahbersabda: "Barangsiapa yang melepaskan (meringankan) seorang mukmin daripadasatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskannya (meringankan)daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkanbagi orang susah (membantu dalam masalah hutang), nescaya Allah SWT akan mempermudahkan baginyadi dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim yang lain, nescaya Allah SWT akanmenutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah SWT sentiasa bersedia menolong hamba-Nya selagi mana dia sukamenolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWTakan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salahsebuah rumah-rumah Allah (masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama merekamelainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan merekaakan dikelilingi oleh para malaikat dan Allah SWT akan menyebut tentang mereka kepada orang-orang yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang terlambat amalannya (kurang amalan solehnya), nescaya nasabketurunannya tidak boleh mengangkat darjatnya." (Diriwayatkan oleh lmam Muslim).

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa Islam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dansaling memperkuat antara satu sama lain. Kemudian diterangkan bahawa agama lslam menggalakkanumatnya agar selalu membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya sertamemelihara aibnya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan AllahSWT balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.

Hadis tersebut juga menerangkan sesiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah SWT menjanjikanbaginya kemudahan menuju jalan ke syurga. Kemudian dijelaskan sesiapa yang berkumpul dan mengkajial-Quran dan ilmu di masjid, maka akan diberkati Allah SWT, para malaikat turun mengelilingi, ketenangan dan rahmat akan menyelubungi.

PENGAJARAN HADIS1. Sesungguhnya ganjaran pahala di sisi Allah SWT sesuai dengan perbuatan kita.2. Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah SWT,

bukanlah dengan keturunannya.3. Orang yang sentiasa mencari reda Allah SWT akan dilindungi oleh malaikat.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

818 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagisekalian alam.”

Ibnu Khatir menafsirkan, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmatbuat semesta alam. Dengan kata lain, Dia mengutusnya sebagai rahmat buat mereka. Maka barangsiapa yangmenerima rahmat ini dan mensyukurinya, berbahagialah dia di dunia dan akhirat. Tetapi barangsiapa yang menolakserta mengingkarinya, maka rugilah dia di dunia dan akhirat.

Imam Muslim meriwayatkan dalam sahihnya yang bersumber daripada, Abu Hurairah bahawa pernah dikatakankepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, berdoalah untuk kebinasaan orang-orang musyrik.” Maka Rasulullah SAWmenjawab: “Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, melainkan aku diutus sebagai pembawa rahmat.”Dalam riwayat lainnya disebutkan: “Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (kepada kalian).”

Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas menafsirkan ayat ini ialah rahmat bagi orang yang berimankepada Allah SWT dan hari kemudian pasti akan memperolehi rahmat di dunia dan akhirat, sedangkan bagi orangyang tidak beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya, tidak akan dapat terhindar dari azab yang pernah ditimpakanke atas umat-umat terdahulu yang derhaka seperti ditelan bumi dan mendapat laknat

Menyingkap hikmah surah yang bertemakan tentang kenabian lalu diberi nama surah al-anbiyaa’ yang menghuraikankisah dan keistimewaan enam belas orang di antara mereka, bila kita menyelami surah ini lafaz anbiyaa’ menurutbahasa arab adalah membawa lafaz jamak atau banyak menggambarkan betapa ramainya jumlah para nabi yangdiutus ke muka bumi membawa mesej Ilahi kepada umat mereka, namun bila kita merenungi lafaz dalam ayat 107dalam surah ini, Allah SWT menggunakan lafaz engkau yang dikhususkan kepada baginda Nabi SAW secara tunggalbahawa baginda SAW satu-satunya nabi yang diutus ke muka bumi mampu menjadi pencetus kebahagian untuksekalian generasi umat manusia, golongan jin, haiwan dan sekalian makhluk di setiap alam sama ada yang telahditempuhi atau yang bakal dilalui.

Ayat ini tegas membuktikan bahawa ajaran Islam yang dibawa oleh baginda Nabi SAW amat sesuai serta relevanbuat seluruh umat manusia di sepanjang zaman merentasi sempadan lapisan umur, kedudukan dan budaya.Kehadirannya merupakan rahmat (kasih sayang) Allah SWT kepada semesta alam, rahmat yang memiliki nilaiuniversal dan mempunyai karakter tersendiri sehingga keberadaannya bersesuian dengan fi trah insani yang mampu menyuburkan jiwa rabbani

Begitu tinggi perumpamaan yang Allah SWT gunakan buat nabi SAW dengan kalimah rahmat, terkait dari namanya,sirah kehidupannya, peribadinya, keturunannya, perwatakannya, sikap kesabarannya sama ada sebelum kejadiansemua makhluk sehingga hari kehancuran. Perkataan rahmah diambil dari pengertian rahim ibu, dengan demikianmanusia semuanya bersaudara kerana lahir dari rahim seorang wanita yang sama iaitu nenenda kita Hawa. Lantaranitu tugas kenabian yang utama adalah memupuk nilai persaudaraan sesama manusia agar hidup aman damaiseumpama sebuah keluarga yang bahagia.

Namun realitinya tugasan dan amanah besar ini tidak mampu disempurnakan oleh sekalian utusan Allah SWT yang bergelar nabi dan rasul meskipun ada setengah mereka yang dikurniakan umur yang panjang mencecah seributahun. Keistimewaan Nabi SAW meskipun memikul amanah sebagai utusan Allah SWT hanya dalam lingkungan23 tahun sahaja namun kekuatan rahmat yang ada dalam dirinya mampu meraih penganut teramai dan mampumemberikan syafaat kepada kita semua amin.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-ANBIYAA' : 107"DINOBAT RAHMAT SEKALIAN ALAM KERANA KASIH

TERHADAP UMAT”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATUmat Islam seluruh dunia baru sahaja selesai meraikan Hari KeputeraanKekasih kita Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam, dengan pelbagai caradan adat kebiasaan, yang kesemuanya dengan niat baik juga: mengingatiNabi Muhammad, dan mengenang keindahan pekerti dan mesej bagindasebagai rahmat/kasih buat sekalian alam.Antara keunikan di Malaysia ini khasnya bersempena Maulid Nabawiialah, ramai rakyat Malaysia akan keluar berarak, mewakili persatuan atau jabatan masing-masing, bersama- sama melantunkan selawat yang merdu riang menzahirkan kegembiraan pada hari Maulid ini.Musim inilah, setiap kontinjen akan bertanding memperagakan pakaian seragam terbaik, biasanya berbaju melayubagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita, menjulang sepanduk tercantik, bersama bilangan anggota pasukanyang ramai. Kesemuanya bersolidariti, merasakan kesatuan ummah yang gemilang, umat Nabi kita MuhammadSallallah Alaihi Wasallam!Ia tradisi yang baik dan wajar diteruskan, kerana ia membawa kebaikan kepada umat.Hanyasanya, solidariti berummah itu wujud cuma seketika. Apabila keputusan kontinjen yang menang diumumkan,mulai muncul suara-suara sumbang yang menyatakan keputusan tidak adil, kenapa sepanduk kami kalah danseumpamanya. Rasa persaudaraan itu hilang, bahkan berganti permusuhan dan kedengkian. Umpatan berlegar,meskipun tidak serius, tapi amatlah tidak layak bagi umat yang baru saja berkumpul atas nama persaudaraan Islamdan cintakan Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam.Sampah dan saki-baki makan minum bertaburan, yang kalaulah Nabi Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam hidupdi waktu ini, dan menyertai perarakan itu, baginda tentunya malu dengan kita umatnya ini, dan pastilah sampah-sarapitu akan dikutip baginda dan diletak baginda di tempat sepatutnya: kerana membuang sampah merata-rata bukanlahrahmat buat alam sekitar.Berapa ramai yang berarak, namun berapa ramaikah yang menghayati mesejnya? Adakah, selesai Maulid dansepanduk dilipat, kecintaan kita dan solidariti kita buat baginda lalu habis begitu saja?Hal ini membawa kita muhasabah sepotong kalimat yang pernah diwariskan oleh seorang ulama mujahid daripadaAlgeria, Syeikh Muhammad Basyir alIbrahimi rahimahullah (w1965M), antara ulama yang telah terlibat menubuhkan Jam’iyyah al-Ulama al-Muslimin di Algeria, serta berjihad melawan Perancis keluar daripada tanah airnya.

Beliau mengatakan, “"Sesungguhnya Muhammad Sallallah Alaihi Wasallam memerintahkan kalian untuk menegakkanagama (Islam), dan bukannya (semata-mata) menegakkan (yakni merayakan) Maulid! Sesungguhnya agama kamu iniadalah agama kebenaran, amal kerja, dan peraturan. Kembalilah berpegang kepada kebenaran, dan bantulah (agama)Allah, nescaya Dia akan membantu kamu, dan akan mengukuhkan kaki-kaki kamu (dalam kebenaran)!”Teguran yang lantang ini diberikan oleh beliau kepada umat Algeria kerana pada ketika itu mereka hanyameraikan Maulid Nabi sallAllah alaihi wa sallam secara luaran, namun membiarkan kezaliman dan kebatilan berleluasa.Hal ini kerana kurangnya penghayatan dan pengamalan sebenar Islam dalam diri setiap umat masa itu.Teguran yang wajar kita insafi, dan hayati bersama. Kerana hakikatnya, tugas Rasulullah SAW menegakkan Islam itutelah diserahkan kepada kita dan cara menghargai perjuangan tersebut ialah dengan meneruskannya.Kita tidak mahu terperangkap dalam suasana meromantikkan Maulid, yang mengakibatkan Rasulullah SAW hanyadiingat pada Maulid dan dilupakan pada hari-hari lainnya.Persoalan kita yang lebih penting, berbanding mengajarkan tentang sirah Rasulullah SAW, ialah membuat umatmerasakan kehadiran Rasulullah SAW di hari ini, dan membuat mereka merasakan yang ajaran-ajaran Bagindaitu relevan dan sesuai buat masa kita ini. Sekiranya itu dilaksanakan, tanpa perlu diminta, umat yang faham ini akanmengingati baginda sepanjang waktu dan menghargai legasi baginda, serta mendakwahkan Islam ini kepada seluruh manusia.

PASCA MAULID: NABI YANG DIRINDUKANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1418 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

HIKMAH DAN RAHSIA PADA ANGKA 7Oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hikmah dan rahsia pada angka 7 kerana terdapat banyak nas dari al-Quran dan al-Hadith yang menunjukkan kepadanya seperti penciptaan 7 petala langit, tawaf sebanyak 7 kali begitu juga dengan sa'ie, tentang 7 anggota sujud seperti di dalam hadith, tentang memakan 7 biji kurma 'Ajwah bagi mengelak racun dan sihir. Mohon penjelasan.

JAWAPANTidak dinafikan bahawa kesemua yang telah dinyatakan pada bahagian soalan terdapat di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi yang sahih.

Firman Allah dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 68:

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.”

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Allah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya Diri-Nya itu satu-satunya dalam penciptaan dan juga membuat pemilihan. Tiada yang setandingnya dan tiada juga yang mampu untuk memperkatakan (yang buruk) tentangnya. (Lihat Tafsir Al-Quran al-'Azim. Dar al-Taybah, 6/251).

Jelas melalui ayat di atas menunjukkan bahawa Allah berkuasa ke atas sesuatu. Dia menciptakan sesuatu lalu memilihnya dengan kekuasaan dan hikmah-Nya. Tidak ada yang mampu mempersoalkannya. Adapun mengenai angka tujuh (7) yang sering terdapat di dalam Al-Quran dan hadith Nabi , maka tidak ada sesiapapun yang mengetahui rahsia dan juga hikmahnya.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, Zaad al-Ma'ad menyebut mengenai pengkhususan

bilangan tujuh, ianya berlaku pada ketetapan (kadar) dan juga secara syar'ie. Maka Allah menciptakan tujuh petala langit, tujuh petala bumi, hari yang tujuh, penciptaan manusia padanya tujuh fasa, pensyariatan tujuh pusingan tawaf dan tujuh kali ulang-alik bagi sa'ie, melontar jamrah dengan tujuh biji batu, dan takbir pertama bagi solat sunat hari raya sebanyak tujuh kali. Seterusnya, Ibn Qayyim menyebut diakhirnya: “Maka tidak diragui bahawa sesungguhnya bilangan ini (iaitu tujuh) mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang tidak ada pada yang lainnya”. Kemudian tambah beliau lagi: “Dan Allah Maha Mengetahui hikmahnya (pada pensyariatan) dan ketetapannya pada mengkhususkan bilangan ini (iaitu tujuh)…” (Lihat Zaad al-Ma'aad. Muassasah al-Risalah, 4/90-91).

Al-Imam al-Nawawi juga di dalam kitabnya, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa angka tujuh ini dari perkara-perkara yang telah Allah ajarkan yang mana kita tidak mengetahui akan hikmahnya. Namun, ianya perlu diiktikad dan diimani dengan segala kelebihan dan hikmahnya sepertimana bilangan solat, bilangan nisab zakat dan selainnya. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya' al-Turath al-'Arabi. 14/3).

KESIMPULANMelihat kepada pertanyaan ini, ia adalah termasuk di dalam perkara-perkara tawaqquf dan ta'abbudi yang mana memerlukan kepada dalil-dalil yang sahih untuk mensabitkannya. Ianya juga termasuk di dalam perkara yang ghayr ma'qul li al-ma'na (perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal) sepertimana jika kita mempersoalkan mengapa perlu 7 kali tawaf, 7 kali ulang-alik bagi sa'ie dan sebagainya. Ianya tidak dapat difikirkan oleh manusia kerana Allah yang telah menetapkannya. Maka, kita serahkan urusan ini kepada Allah dan memberikan jawapan sepertimana al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah Rahimahullah: “Allah lebih Maha Mengetahui akan hikmahnya, penetapannya dan pensyariatannya.”

Wallahu a'lam.

GUNA JANGAN SAMPAI BUTAOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Penggunaan gadget adalah suatu hal yang sangat marak. Ia merupakan nikmat bila dimanfaatkan untuk kebaikan, dan menjadi bencana bila digunakan untuk keburukan. Orang berakal ialah orang yang menggunakannya untuk kebaikan di dunia dan akhirat seperti untuk komunikasi yang mudah dan menimba ilmu yang bermanfaat.

Penggunaan yang dapat menimbulkan mudharat bagi seorang muslim di dunia dan akhirat wajib dihindari. Hal ini agar ia selamat dari penyakit buta mata dan hati. Ini mengingat bahawa cahaya dari gadget dapat menurunkan kemampuan mata. Bahkan boleh mengakibatkan buta. Lebih dari itu, ia boleh menyebabkan buta hati sehingga seorang muslim terkena berbagai macam penyakit syahwat yang dapat merosak akhlak dan terkena penyakit syubhat yang dapat merosak akal. Allah ‘azza wa jalla telah menjelaskan akan bahaya buta hati melalui firman-Nya:

“Sebab, bukanlah mata yang menjadi buta, tetapi hati yang ada di dalam dada lah yang menjadi buta.” (Qs. Al-Hajj: 46).

Maksudnya, kebutaan yang menimpa hati adalah kebutaan hakiki yang menyebabkan kerugian di dunia dan akhirat. Dan hal ini disebabkan kerana meninggalkan jalan petunjuk dan meniti jalan kesesatan.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Ada dua nikmat yang banyak membuat manusia menjadi tertipu, iaitu sihat dan waktu luang.” (HR. Bukhari).

Maknanya, barangsiapa yang memanfaatkan kesihatan dan waktu luang pada hal-hal yang dapat mendatangkan kebaikan maka akan beruntung. Dan barangsiapa yang memanfaatkannya untuk hal-hal selain itu maka ia tertipu dan rugi.

Fitnah yang ada pada gadget sangatlah besar dan berbahaya berhubung ia ada dalam genggaman orang dewasa mahupun anak kecil. Kepedulian ibu bapa dan siapa saja yang mempunyai kekuasaan khusus terhadap keselamatan orang-orang yang berada di bawah tanggungjawab mereka dari penyalahgunaannya adalah wajib ‘ain berdasarkan firman Allah ‘azza wa jalla:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Qs. At-Tahrim: 6).

618 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau nama sebenarnya Abu Bakar bin Mohd. Saiddilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermaksud"pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannyadalam pelajaran sejak kecil lagi. Beliau berketurunan Jawa. Datuknya, Haji AbdulJabar bin Abdul Rauf berhijrah dari Kendal, Jawa Tengah pada pertengahanabad ke-19. Pada mulanya, datuknya menetap di Klang, Selangor. Kemudianberpindah ke Kuala Kurau, Perak dan akhirnya ke Gunung Semanggol.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah MelayuGunung Semanggol dan Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 beliaubelajar di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar al-Baqirmeneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatihdi sekolah tersebut.

Pada akhir tahun 1920-an, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernamaKanzul Ma'arif. Berbeza dengan sistem menadah kitab yang diamalkan pada masa itu, kelas inimemperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan.

Pada tahun 1934, Ustaz Abu Bakar al-Baqir bersama beberapa orang pemimpin tempatan telahmenubuhkan Maahad Al-Ehya Asshariff di Gunung Semanggol. Nama Al-Ehya Asshariff membawa erti "menghidupkan kemuliaan". Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilantik sebagai mudir Maahad Al-Ehya Asshariff.Jawatan ini dipegang hingga ke akhir hayatnya.

Sejak muda, Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah bergiat cergas dalam pelbagai persatuan separa politik dan pertubuhan politik melayu seperti Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Perak, Kelab Saadat Kuala Kangsar, Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS).

Penglibatannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar al-Baqir amatrapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin al-Helmy.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (HAMIM), parti Islam yang pertamadi Tanah Melayu. Nama parti ini dicadangkan oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan beliau jugalah yangmengetuai parti Islam itu. Menurut Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang disebut dalam bahasa InggerisThe Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin).

Ustaz Abu Bakar al-Baqir juga pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan dianugerahkan sebagaiTokoh Guru pada tahun 1975. Pada tahun 2016, Sultan Perak mengurniakan Darjah Dato’ PadukaMahkota Perak (D.P.M.P) yang membawa gelaran Dato’ secara anumerta kepada Ustaz Abu Bakaral-Baqir.

Ulama dari gunung ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsa dan agamanya. Ustaz Abu Bakar al-Baqir meninggal dunia ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada 14 Julai 1974 dandisemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIROleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

KEIMANAN BERKAITAN DENGANKECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya mencintai Rasulullah SAW adalah syarat kepada keimanan yang sempurna.Tidak dikira beriman dengan sempurna seseorang muslim itujika tidak mencintai Rasulullah SAW.Hal ini kerana Baginda SAW adalah pembawa keimanan sejati kepada keseluruhan manusia yang ada di atas alam ini.Kecintaan kepada Rasulullah SAW dikira sebagai syarat yangterpenting untuk mencapai keimanan sempurna seperti yang disebutkan di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian sampai ia mencintai aku melebihi kedua orang tuanya dan anaknya.”(HR Bukhari No: 13).Jelas kepada kita kecintaan dan keimanan itu berkaitan dengan sangat erat kerana ia terkandung di dalam sanubari hati secara sekali gus.Terbukti bahawa cinta Kepada Rasulullah SAW merupakantanda yang tersangat jelas untuk mencapai kesempurnaan iman yang hakiki.Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihikecintaan kepada diri sendiri.Jikalau mencintai diri sendiri atau ibu bapa lebih daripadamencintai Rasulullah SAW, maka keimanan tersebut masih kurang dan belum sempurna. Ini dijelaskan di sebuah hadith:

Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang di antara kalian hingga ia lebihmencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, danmanusia semuanya." (HR Bukhari No: 15).Malah, kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu melebihikecintaan kepada diri sendiri yang penuh dengan hawa nafsu. Ini bermakna segala-galanya yang dikehendaki perlu dileburkandahulu untuk menggapai kehendak Rasulullah SAW.Peristiwa kecintaan melebihi diri sendiri ini berlaku di dalam sebuah hadith ketika mana Rasulullah SAW menjelaskan kepadaSaidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkanAbdullah bin Hisyam RA, ia berkata:

“Kami mengiringi Nabi SAW, dan bagindamemegang tangan‘Umar bin al-Khatab RA.Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah,sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selaindiriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwakuberada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintaimelebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda:‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’ (HR. Bukhari No: 6632).Kecintaan kepada Rasulullah SAW pasti akan membawa kepada kecintaan kepada Allah SWT seterusnya mendapat hakikat dan makrifat yang sebenarnya.Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga pasti akan mendapatmanfaat yang tersangat besar iaitu kemanisan iman yangsungguh bermakna dan bernilai tinggi:

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akanmendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nyalebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintaiseseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Diabenci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilemparke neraka." (HR Bukhari No: 15).Untuk mencapai kecintaan Allah SWT yang lebih tinggi, makawajib mencintai Rasulullah SAW dengan mengikuti segalaSunnahnya yang tercermin melalui akhlak yang mulia. Ini jelas seperti yang disebutkan di dalam al-Quran.Allah SWT berfi rman:

“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilahaku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunidosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang." (Ali ‘Imran: 31).Keimanan kepada nabi terkandung di dalam Rukun Iman. Tidak dikira beriman tanpa mempercayai keyakinan sepenuhnyakepada penghulu segala nabi iaitu Rasulullah SAW.Secara keseluruhannya, kita sebagai umat muslim yangberiman, wajib mencintai Rasulullah SAW dengan meninggikan syiarnya melalui Maulidur Rasul, mengikuti Sunnahnya yang mulia, menjunjung tinggi peninggalannya serta bersama-sama menghidupkan legasi syariatnya melalui pembentukan Tamadun Islam melalui Iman, Islam dan Ihsan berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1618 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

Penulis bersama Huda dankarya khat beliau yang

menang kategori sulus jaly

Tahun Pertandingan/Tempat Kategori Khat Status

2015 Bayt al-Quran, Muzium Istiqlal, Indonesia Juara 1 2016 Assafer International, Iraq Sulus Jaly Juara 1 2016 Konya Turki Sulus Nasakh Juara 1 2017 7tepe7sanat Turki Sulus 2018 Khat Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-3 Sulus Jaly Juara 1 2018 International Assafer, Iraq Jaly Diwaly Juara 1 2018 International Albaraka, Turki Sulus Jaly Juara 1 2019 Pertandingan Menulis Khat Quran, Malaysia Khat spontan Juara 2 2019 International Berlin, Germany Sulus Jaly Juara 1 2019 Khat Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 Sulus Jaly Juara 1

SAYA HUDA PURNAWADI KOSIDIOleh: Adi Pitang

“Assalamualaikum ustaz... Saya Huda Purnawadi Indonesia. Saya tadi kirimkarya-karya untuk lomba di Sabah beserta teman... via DHL tapi kodepos88737 tak masuk, sehingga diisi dengan postcode 88757 Luyang, tak masalahke ustadz?” Tanya peserta ini melalui whatsapp. “Ok juga tu Huda… nantimaklumkan Huda kalau sampai” Jawabku melalui whatsapp. Huda adalah salah seorang peserta Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat)Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 dari 52 peserta yang menghantar karyadalam pertandingan ini, yang dibahagikan kepada 3 kategori iaitu gabunganSulus Adi dan Jaly, Sulus Adi dan Nasakh dan Diwani Jaly. Peserta-peserta itu adalah dari negara Indonesia, Malaysia dan Singapore. Pertandingan seni khat Nusantara ini adalah kali ke-4 penganjurannya sempena Mahrajan Keseniandan Persuratan Islam Nusantara, Sabah Malaysia kali ke-8. Huda Purnawadi seorang anak muda yang dilahirkan pada 20 Januari 1991 di daerah Pati, Jawa Tengah,Indonesia. Beliau mula berjinak-jinak dalam seni kaligrafi sejak tahun 2004, dengan belajar dari gurunya ustazNoor Aufa Shidiq dari Kudus dan ustaz Syahriyansah Sirojuddin dari Kalimantan Indonesia. Kegiatan hariannya ditumpukan pada kaligrafi dan mengajar khat di sekolah agama di daerah dan rumahnya. Dia sering mengikuti pertandingan kaligrafi peringkat Kebangsaan (Indonesia), Asia, Nusantara danAntarabangsa. Pernah memenangi pertandingan kaligrafi di antaranya:

Hebat pemuda yang berusia 28 tahun ini. Karyanya sangat luar biasa, komen Isep Misbah, salah seorangjuri dari Indonesia. Pemuda yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki juga berkebolehandalam qasidah. Kebanyakan 15 peserta yang terpilih ini masih di bawah 40 tahun. 52 karya dari 3 kategori ini bukan semudah untuk dinilai dan diadili. Masing-masing punya kelebihan sendiridalam melakar tiap tarikan pena khat. “Ini garisannya agak besar dan tidak sekata”. “Hujung huruf mimnyasepatutnya terletak di sini.” “Sebaiknya kalimah Allah ini diletak ditengah”. Dan lain-lain komen 3 juri professional itu menilai dengan saksama karya khat yang menyertai pertandingan ini. K.H. Dr. Didin Sirajuddin, Isep Misbah dan Mohd Baki Abu Bakar yang merupakan nama-nama besar dalam bidang khat Nusantara. Mereka menilaidan menghakimi karya-karya ini tanpa mengetahui siapa pengkaryanya. Dan bagi Huda ini adalah kali kedua menyertai pertandingan ini dan kedua-dua menjadi juara 1 dalam kategorisulus jaly. “Disember ini saya berangkat ke Berlin, German untuk menerima hadiah kemenangan dalampertandingan khat di sana”, Huda memaklumkan ketika aku menghantarnya pulang melalui KKIA (Kota KinabaluInternational Airport). Cemerlang anak muda yang mengabdikan dirinya dalam seni khat ini. Moga HudaPurnawadi Kosidi akan terus sukses dan maju jaya.

IA TELAH MENEPATI JANJINYA MAKA ALLAH SWTMEMPERCAYAINYA

Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Anas bin al-Nadhr melihat sendiri apa yang dilakukan oleh tentera muslim ketika mereka mencariperlindungan di atas bukit sedang mereka menderita kekalahan. Anas kemudian berkata, “Ya Allah,aku mohon ampunan kepadamu kerana perbuatan mereka (iaitu para sahabat).” Anas melihat kaummusyrikin memerangi Islam dan Nabinya. Mereka adalah orang-orang yang mengingkari Allah SWT danRasulnya dan membunuh orang-orang Islam. Dalam keadaan yang semakin genting, Anas berkata lagi,“Ya Allah, aku berlepas diri kepadamu dari apa yang dilakukan mereka ini (iaitu kaum Musyrikin).”Ia lantas melangkah maju berperang melawan kaum musyrikin seraya menggerakkan semangat jihadtentera muslim.

Sa’ad bin Mu’adsz telah melihat Anas bin al-Nadhr melibatkan diri dalam pertempuran itu, maka iabertanya, "Hai Anas, kamu hendak pergi sendirian ke atas bukit itu. Tetap tinggallah bersama kaummuslimin. Jangan perang sendirian.

“Tidak Sa’ad. Aku tak ingin membelakangi mereka (mundur) pada hari ini,” jawab Anas.

“Ini bukan termasuk melarikan diri. Ini sebagian dari peraturan untuk mengulang kembali seranganterhadap tentera musyrikin,” jelas Sa’ad bin Mu’adz.

“Hai Sa’ad, syurga ada di hadapanku sekarang. Demi Allah, aku mencium baunya dari sini. Syurga ituada di antara aku dan gunung Uhud. Hai Sa’ad, majulah dan jihadlah. Jika tidak meraih kemenangan, kitapasti meraih syahid, iaitu penghargaan paling mulia yang diinginkan setiap muslim,” ujar Anas.

Setelah itu, Anas maju menerjang musuh bak singa yang menerkam mangsanya. Ia mengayunkanpedangnya ke kanan dan ke kiri. Maka, banyak musuh yang melawannya sehingga ia gugur sebagaisyahid. Setelah peperangan selesai, para sahabat mengumpulkan pejuang yang mati syahid dan merekamenagisinya. Kemudian Nabi bersabda kepada mereka, “Sesungguhnya orang-orang yang mati syahiditu tetap hidup, mereka tidak mati. Mereka mendapatkan kebahagiaan berupa nikmat dan keutamaan dari Allah.”

Dalam tubuh Anas bin al-Nadhr terdapat lapan puluh lebih tebasan pedang, tusukn tombak, dan anakpanah. Ia terbunuh dalam keadaan dipotong-potong anggota tubuhnya oleh kaum musyrikin. Tak seorangpun dapat mengenalinya lagi kecuali saudara perempuannya dengan melihat jari-jarinya. Allah SWTtelah redha kepada Anas bin al-Nadhr. Ia telah menepati janjinya maka Allah SWT mempercayainya. Ia bertekad meninggalkan dunia maka Allah SWT memilihnya untuk memasukkannya ke syurganya.

Allah SWT Berfi rman:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepadaAllah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggudan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya." (Surah Al-Ahzab: 23).

(Riyadhus Shalihin, Jihad fi Sabilillah).

Bersambung...

418 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

TEMPOH PERINTAH NAFKAH ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Tempoh nafkah anak yang wajib diberikan oleh ayah setelah perceraian berlaku dijelaskan dalam Seksyen 80 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu:

Kecuali:(a) jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih

singkat;

(b) jika sesuatu perintah itu dibatalkan; atau

(c) jika sesuatu perintah itu dibuat untuk: (i) seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilang

upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya; atau

(ii) seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya, perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkan munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

Pelaksanaan nafkah boleh dibuat melalui:(a) pembayaran terus; atau

(b) potongan gaji/penahanan pendapatan.

Mahkamah boleh, pada bila-bila masa, memerintahkan seseorang bapa untuk membayar nafkah anaknya:(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah dengan munasabah bagi anak dan/

atau isterinya;

(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya itu adalah dalam penjagaan isterinya;

(c) dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan hal ehwal suami isteri di mahkamah; atau

(d) apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

Nafkah isteri dikira sebagai hutang apabila tidak dibayar bermula dari kewajipan membayar nafkah. Nafkah anak dikira hutang selepas adanya perintah Mahkamah.

Sebagai kesimpulan, sekiranya umur anak tersebut telah mencapai usia 18 tahun nafkah ayah kepadanya akan tamat kecuali anak tersebut memerlukan seperti keadaan yang dinyatakan di atas.

Definisi Tazkiyyah An Nafs:Tazkiyyah An Nafs, dibagun dari dua suku kata. Yaitu tazkiyyah dan nafs, tazkiyyah berasal dari kata “zakah” ertinya suci, tumbuh. An Nafs, dalam al-Quran bermakna lima hal; kadang dia bermakna jiwa, roh, jiwa dan jasad, qalbu kadang juga bermakna akal. Namun yang dominan bermakna Jiwa, sebagaimana kita temukan dalam ayat “Kullun nafsin daa iqotul mauut”, ertinya; “Seluruh jiwa akan merasakan mati”.

Tazkiyyah an Nafs atau tazkiyatunnafs secara sederhana berarti penyucian jiwa dari kotorannya untuk mengembalikan hati pada fitrahnya, sebuah kondisi awal pada hati manusia saat ia diciptakan, di mana ia memiliki kekuatan untuk berjalan dan mengadakan persiapan-persiapan, bertemu dan menuju rabbnya.

Sebagaimana halnya jasad, jiwa pun memerlukan makanan agar ia bertahan. Jiwa perlu dibersihkan dan dimaintain dari waktu kewaktu, diberi perhatian dan dipenuhi seluruh kebutuhannya. Jika hal ini diabaikan maka jiwa akan lapar dan kehausan, lemah, sakit dan mati fungsinya.

Analogi Tazkiyatunnafs Jika di analogikan, fungsi jiwa mirip dengan sistem operasi pada sebuah perangkat komputer atau handphone. Sebuah handphone terdiri dari 3 komponen; hardware atau peringkat keras, software atau peringkat lunak dan operating system atau sistem operasi. Untuk menyalakan ketiga komponen di atas maka kita memerlukan elektrik atau bateri agar ia menyala (hidup). Sistem operasi hanya akan berfungsi jika ada listrik. Sistem operasi akan bekerja lambat jika terlalu banyak program aplikasi. Sistem operasi perlu refresh, reset, atau bahkan reinstalling jika kinerjanya lambat.

Jika kita perhatikan maka jiwa manusia pun demikian. Jiwa ini laksana nyalaan semangat yang tersimpan dalam dada. Semangat kehidupan itu akan menyala jika ada roh yang tersimpan pada jasad. Jika roh dan jasad itu dipisahkan maka nyalaan kehidupan itu akan mati. Sebagaimana hilangnya nyalaan sistem operasi saat bateri dan processor dipisah atau tidak connect lagi. Roh manusia Allah SWT titipkan pada jasad untuk masa waktu tertentu, sama dengan elektrik yang tersimpan dalam bateri yang akan menghidupkan handphone dalam masa waktu tertentu.

Jiwa berbeza dengan jasad, maka dari itu keperluan dan perawatannya pun jelas berbeda. Tubuh memerlukan makanan, dan air untuk perawatannya (pembersihan) sementara jiwa perlu al-Quran sebagai makanannya dan perlu zikir sebagai pembersih dan penjaganya.

Jiwa perlu sebuah metode penyucian agar kinerjanya tetap statik dan kuat sebagai mana fungsi awalnya. Jiwa perlu disucikan sebelum al-Quran masuk dan tinggal di sana. Jadi tazkiyyatunnafs merupakan upaya penyucian jiwa dari berbagai kotorannya, agar cahaya-Nya kembali berfungsi dan menjadi energi kehidupan.

TAZKIYYAH AN NAFSOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

1818 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Tarikh 7 November 2019 adalah merupakan pengumuman keputusan dan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Kaligrafi Islam (Khat) Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-4 sempena Mahrajan Kesenian dan Persuratan Islam Nusantara, Sabah, Malaysia kali ke-8, yang dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Seramai 15 orang peserta telah dipilih berdasarkan karya yang dihantarkepada urus seti a pertandingan mengikut 3 kategori yang telah ditetapkan iaitu gabungan Sulus Adi dan Jaly, SulusAdi dan Nasakh dan Diwani Jaly.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Apa yang dilaksanakan oleh MUIS dan JHEAINS ini adalah bagi memastikan seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman. Ia merupakan satu kesenian Islam yang ti dak ada tolok bandingnya.

Dalam konteks yang lebih luas, kesenian bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitandengan hiburan, kesusasteraan, muzik dan perkara-perkara yang bersifat ’non technology’. Tetapi turut merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan, satu aspek ibadah jika disertai dengan niat untuk mengajak pendengarnya mengingati Allah SWT dan berbuatkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul.

Sejarah telah membukti kan sewaktu zaman kegemilangan empayar Islam semenjak dari zaman Rasullullah SAWhinggalah ke zaman empayar Uthmaniah, kesenian telah menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan ketamadunan empayar-empayar ini. Di zaman itu telahlahir ramai tokoh kesenian Islam yang berperananmembantu pemerintah Islam pada masa itu. Perananpenting kesenian pada waktu itu adalah kerana ciri-ciriyang dimiliki oleh kesenian Islam itu sendiri yang bukan sahaja setakat satu bentuk hiburan semata-mata tetapi tidak lari dari tuntutan mengingati Allah SWT danmembawa kepada pembinaan ummah yang lebih mantap rohani dan intelektualnya.

Dan apa yang diharapkan dengan Pertandingan Khat Nusantara ini dapat membantu perkembangan dankemajuan seni khat di negeri ini, bukan setakat seninyatetapi juga pembangunan rohani masyarakatnya.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiPuan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

IKHLAS

Tiada bahasa bisa melukispabila terdeti k menghulur sumbanganpada yang memerlukanhingga banyak jasa ditabur.

Pegang amanah yang diberikanperjuangan mengarah ke jalan Allahpasti tak lekang berdepan gangguankadang kata yang menggores rasati ngkah yang menyakat diri.

Langkah dihayun ikhlasbersih dari percikan lumpurmengharap keredhan-Nyabukan mencari sanjungbahkan ditolak jauh ke tepikita berkampung...dengan tujuan seiramamelerai kabus dalam kekabutanmenghadapinya dengan sopan.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu13112019

218 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 18 Rabiulawal 1441H/15 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamkebaikan. Dan boleh juga menjana perkembangan ekonomi jika dikomersial dan diuruskan dengan cara yang betul. Sejarah telah membukti