shoutul islam dari meja editor laman puisi...

20

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

16 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Tradisi amalan berkorban dan beraqiqah amat kukuh dalam masyarakat Islam di Malaysia menjelang HariRaya Aidiladha dan musim haji. Walaupun hukum ibadah ini hanya sunat mu’akkad, namun kemeriahannya dapat dilihat di masjid-masjid dan surau-surau. Pada masa ini, masyarakat Islam mempunyai banyak pilihan untuk melaksanakan ibadah korban, sama ada di kampung halaman sendiri atau melaksanakan di luar negaramelalui pelbagai agensi dan syarikat yang menguruskan program ini secara komersial.

T idak d inaf ikan bahawa syar ikat , agens i ataujawatankuasa korban yang menguruskan ibadah korban memainkan peranan penting dalam pelaksanaannya. Ia merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar sebagai mewakili peserta ibadah korban. Amanah ini antaranya ialah membeli binatang yang cukup syaratdan sempurna , meniatkan , menyembel ih danmengagihkan daging korban menurut hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Semua proses ini perlu difahami dengan baik oleh semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan ibadah ini agar ti dak mencacatkan ibadah korban. Sebagai contoh, belanja pengurusan lebih besar dari harga binatang korban sedangkan duit yangdigunakan itu adalah dari wang ibadah korban yang diamanahkan kepada mereka untuk menguruskankorban itu.

Persiapan awal dan perancangan yang rapi perludilakukan oleh pihak-pihak terbabit supaya pelaksanaan ibadah korban dapat diuruskan dengan sistematik dan menepati sunnah Rasulullah SAW. Perkara ini sangat mustahak supaya amanah ini dapat disempurnakan dengan baik dan tidak menyimpang daripada amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Rasulullah SAW telah memberikan contoh pengurusan pelaksanaan ibadah korban yang cekap. Riwayat menunjukkanbahawa Rasulullah SAW pernah mengorbankan 100 ekor bintang. Daripada 100 ekor itu, 68 ekor daripadanya disembelih sendiri oleh Baginda, manakala selebihnya disembelih oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA.

Kemuncak pelaksanaan ibadah korban ialah proses mengagihkan daging korban. Agihan daging korban hendaklah menepati matlamat asal syarak iaitu memberikan kebajikan kepada golongan fakir miskin. Menurut majoriti ulama kecuali Mazhab Maliki, daging korban hendaklah dipecahkan kepada kepada tiga bahagian; satu pertiga daging korban harus dimakan sendiri oleh orang yang membuat korban, satu perti ga disedekahkan dan baki satu pertiga dihadiahkan. Halini berdasarkan hadis Ibn Abbas RA yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW membahagikan 1/3untuk menjamu keluarga, 1/3 untuk jirannya, manakala bakinya 1/3 lagi disedekahkan. Semoga amal perbuatankita dirahmati oleh Allah SWT. Selamat berkorban.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Neng Athirah Malinda binti JoslanPuan Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

HARGAI MASA

Hidup mesti punyai erti berakhlak cita-cita ti nggimiliki sifat terpuji cekal diujiberbaik sangka mentaati seruan illahiInsya-Allah, selamat dunia akhirati .

Generasi pelopor pembina budayapenyambung wawasan warisan bangsacurahkan bakti usaha pasti berjayawaktu tetap hadir urus dan tadbirhargai masa tanpa membazir.

Renungkanlah..!Deti k kian berlalu pergidan esok belum tentu pasti usah berlengah mensia-siakan usiaberingat berpesan-pesan ti dakkan rugi.

Insafi diri..!ti ap saat berganjak silih berganti amanah luhur cerminan peribadidenyutan nadi juga alunan nafas inimanfaat, suatu saat ianya akan terhenti .

Oleh:Duliam SuariKota Kinabalu

28 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

KESAN KEROSAKAN URAT SARAF Bil. Simptom

1. Rasa kebas dan lemah di bahagian tangan

dan kaki atau kedua-duanya

2. Rasa panas atau rasa mencucuk (tingling)

di bahagian tangan dan kaki 3. Rasa sakit apabila berjalan 4. Otot lemah dan sentiasa berasa letih 5. Tangan menggeletar 6. Hilang daya ingatan 7. Hilang ingatan dan menjadi pelupa 8. Kembung perut

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Bagaimana Perubatan Moden merawat Kanser?2. Kemoterapi Kemoterapi adalah satu kaedah rawatan kanser

yang menggunakan ubat anti kanser untuk melemahkan atau mematikan sel kanser di dalam badan. Ubat ini dapat menembusi sel kanser dan mengganggu pembahagian sel atau penumbuhannya. Rawatan ini membawa kesan kepada seluruh sistem tubuh dan sistem imunisasi pesakit. Kemoterapi berupaya mengecutkan saiz tumor kanser. Kaedah rawatan ini biasanya diberi melalui suntikan atau ubat oral (pil). Ubat kemoterapi berperanan untuk membunuh sel-sel yang membahagi dengan cepat seperti sel-sel kanser.

Namun begitu, terdapat juga di dalam badan sel- sel normal yang membahagi dengan cepat seperti sel sum-sum tulang, sel-sel sistem penghadaman dan sel-sel rambut. Ubat kemoterapi ini tidak dapat membezakan sel-sel normal dan sel-sel kanser yang membahagi dengan cepat. Ini bererti, ia turut boleh mematikan sel-sel yang sihat. Kemoterapi ini dijalankan pada setiap minggu, setiap 2 minggu atau setiap 3 minggu dalam masa 4 hingga 6 bulan.

Kesan sampingan KemoterapiKemoterapi membunuh sel-sel yang membiak dengan cepat iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang normal seperti sel-sel yang membiak di dalam mulut dan usus, di dalam tulang (bone marrow) dan juga pada rambut.Oleh yang demikian, pesakit akan mengalami beberapa kesan sampingan setelah menjalani kemoterapi. Antaranya ialah berasa amat letih, rambut gugur, cirit-birit, sembelit dan kurang penghasilan sum-sum tulang yang mengakibatkan kekurangan sel-sel darah dalam badan. Kesan-kesan ini adalah sementara dan boleh pulih selepas rawatan kemoterapi berakhir.Kemoterapi juga boleh mengakibatkan kesan jangka panjang. Ia boleh merosakkan organ-organ dalam badan iaitu jantung, paru-paru, urat saraf, buah pinggang dan alat-alat kesuburan (ovary dan testis).

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 7)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

Kerosakan urat sarafKemoterapi boleh merosakkan sistem urat saraf dalam badan pesakit. Kebanyakan kesan urat saraf ini boleh disembuhkan selepas selesai rawatan kemoterapi. Namun ada kalanya kerosakan ini kekal sepanjang hayat pesakit.

3. Radioterapi Radioterapi adalah sejenis rawatan bagi tumor

atau kanser. Ia menggunakan x-ray berkuasa tinggi bagi melemah atau mengecutkan sel kanser tersebut. Rawatan tersebut ditujukan khususnya kepada sel kanser. Ekoran itu, tisu normal tidak terganggu atau sedikit sahaja terganggu. Hal ini kerana tisu ini dilindungi semasa rawatan berkenaan dijalankan.

Radioterapi melemah atau mematikan sel-sel kanser dengan merosakkan DNA (molekul yang terkandung di dalam sel yang mengandungi maklumat genetik). Sel-sel kanser DNA yang telah rosak akan berhenti membiak atau mati. Radioterapi juga boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit. Radioterapi boleh mematikan sel-sel yang normal di bahagian anggota badan yang diberi rawatan. Contohnya, apabila radioterapi difokuskan di bahagian leher dan tengkuk, ia boleh merosakkan kilang air liur dan menyebabkan keguguran rambut.

Pesakit yang menjalani radioterapi di bahagian bawah perut pula terdedah kepada masalah kesukaran membuang air kecil.

Bersambung... dengan kesan jangka panjang dan Tumor Marker

PERCERAIAN SECARA KHUL' ATAU TEBUS TALAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Terdapat beberapa jenis perceraian dalam islam selain dari cerai taklik. Di antaranya adalah fasakh dan cerai tebus talak atau dalam istilah arab dikenali sebagai Khul’. Perceraian jenis ini bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat ganti rugi (bayaran) kepada suami.

Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru. Bayaran khul’ tidak ditentukan nilainya. Namun ianya adalah atas persetujuan dari pihak suami. Suami tidak sewajarya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Hal perceraian khul’ ini dinyatakan melalui Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud:

Talak (yang boleh dirujuk' kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (ruju' dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepasnya (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengambil bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Seksyen 49, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah menjelaskan tatacara khul’ seperti berikut:

(1) Jika suami tidak bersetuju manjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh dirujukkan.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talak itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

(3) Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

(4) Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Rukun Khul’ ada 4 iaitu: suami, isteri, bayaran ganti rugi dan Lafaz. Bayaran khul’ boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga. Khul’ tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khul’, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak. Khul’ boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.

Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM5,000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.

Hikmah Pensyariatan Khul’ adalah untuk mengelakkan nusyuz isteri pada suaminya selain memberi penghormatan kepada wanita kerana berhak untuk bertindak mengikut hukum syara’ serta memberi keinsafan kepada suami agar menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

188 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

"KORBAN FOR THE NEEDY"Oleh:

Adi Pitang

“Mi..lain kali GPM buat pulak korban di Sabah..pelosok-pelosok pedalaman..” Balasku pada Ahmad FahmiSamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Malaysia (GPM) bila beliau memaklumkan program ibadahkorban GPM “Korban For The Needy” melalui whatsapnya yang dihantar kepadaku.

Dalam brosur program korban GPM ini, ia dilaksanakan di negara-negaraseperti Sudan, Kemboja, Sri Lanka, Bangladesh (Muhajirin Rohingyadi Cox’s Bazar), Burma, Vietnam, Filipina, Nigeria, Indonesia, Afganistan,Thailand, Yaman, Syria dan juga muhajirin Syria yang berada di Turkidan Palestin. Ibadah Korban di luar negara ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat negara-negara yang bergolak dan yang susah untukmerasai daging korban yang agak sukar diperolehi sejak negara-negaraitu dilanda peperangan.

Korban sekarang bukan setakat dibuat di dalam negara tetapi juga di luarnegara. Kalau dulu hanya persekitaran kariah masjid sahaja. Kita tidak

tahupun ada orang lebih susah lagi dari kita di tempat lain, sebab tidak ada media atau komunikasirentas sempadan dan pantas macam sekarang. Orang bergaduh di masjid kariah lain pun kita tahu walau jauh beribu batu, hahaha...

Ibadah korban adalah tuntutan ke atas umat Islam. Perintah ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud; “Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripadakamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.” (RiwayatMuslim).

Allah SWT juga berfi rman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud; “Dan bacakanlah ke atas merekaitu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadahkorban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa.”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu garis panduan pengurusan korban olehpersatuan, agensi atau syarikat luar negara di mana pihak persatuan, agensi atau syarikat luar negarahendaklah menjelaskan perkara-perkara berikut: (a) urusan jual beli seperti akad, jenis haiwan korban dan fi zikal haiwan yang cukup syarat; (b) kadar harga bagi satu bahagian korban yang ditawarkan oleh syarikat atau persatuan; (c) menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan selepas akad; (d) menetapkan kos pengurusan yang terlibat di luar negara selepas akad adalah ditanggung oleh persatuan,

agensi atau syarikat dan bukan pihak individu.

Garis panduan ini juga menjelaskan penyerahan wang kepada wakil bagi korban di luar negara adalahterlaksana selagi mana wang berkenaan dibelanja mengikut akad yang telah dipersetujui. Akad tersebuthendaklah: (a) akad penyerahan dengan lafaz yang khusus, bukan lafaz am kerana lafaz am mengandungi ketidakjelasan

(gharar); (b) menjelaskan tentang jenis, sifat dan kadar harganya; (c) orang yang menjadi wakil, tidak boleh mewakilkan kepada orang lain, kecuali mendapat izin daripada

pewakil (muwakkil) atau wakil tidak mampu melaksanakannya.

Di manapun korban itu dilakukan, apa yang penting dalam pelaksanaannya ialah ia mengikut syariat Islam.Selamat melaksanakan ibadah korban.

JIHAD ITU JALAN MENUJU SYURGAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Seorang sahabat Rasulullah SAW melewati celah-celah bukit yang tak seorang pun pernah pergi ke sana. Di celah-celah bukit itu ia melihat air tawar segar. Ia kemudian berkata, “Aku senang apabila aku menjauhi orang-orangkemudian tinggal di sini dan menghabiskan waktu untuk beribadah kepada Allah. Aku tidak akan menyakiti siapapun dan tak ada yang berbuat jahat kepadaku. Aku dapat menghadap Tuhanku dengan jiwa yang ringan dan bersih.Tak ada yang akan menganiayaku. Tapi aku tidak dapat melakukannya kecuali setelah aku meminta izin Rasulullah.”

Ketika ia mendatangi Nabi dan mengkhabarkan kepada baginda tentang salah satu celah di bukit yang terdapat airtawar serta keinginannya untuk menjauhi orang-orang, maka baginda bersabda, “Janganlah kamu melakukannya,kerana tempat tinggal salah seorang di antara kalian di jalan Allah itu lebih utama daripada solatnya yang dikerjakandi rumahnya selama tujuh puluh tahun. Tidakkah kalian ingin Allah mengampuni kalian dan memasukkan kalianke syurga?”

“Ya, wahai Rasul,” kata sahabat yang hadir.

“Berperanglah kalian di jalan Allah!” kata Rasulullah SAW. Baginda melanjutkan, “Demi Zat yang jiwa Muhammadberada dalam genggaman-Nya, aku sangat ingin berperang di jalan Allah, lalu aku terbunuh, kemudian berperang, lalu terbunuh.”

Para sahabat terdiam. Di antara mereka ada yang mengagumi keutamaan berjihad dan memikirkan pahalanya.

“Ya Rasul, apa balasan orang yang jihad di jalan Allah?” tanya mereka lagi.

Baginda bersabda, “Syurga! Barangsiapa berperang di jalan Allah selama jeda dua perahan susu unta, maka wajibbaginya syurga. Barangsiapa luka di jalan Allah atau terluka, maka luka itu pasti akan datang pada hari kiamat sepertisaat darahnya masih banyak, warnanya za’faran, dan wanginya seperti kasturi.”

Kemudian seorang pemuda datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, tapi aku tidak memiliki apa pun untuk persiapannya.”

Rasulullah SAW bersabda, “Datanglah kepada si fulan, ia telah bersiap untuk berperang tapi jatuh sakit. Sampaikansalamku kepadanya dan ambillah persiapan perangnya.”

Pemuda itu lantas pergi menemui si fulan yang sedang sakit. Ia mengucapkan salam kepadanya lalu berkata,“Sesungguhnya Rasulullah mengucapkan salam untukmu.” Lalu ia berkata, “Berikan kepadaku apa yang telah kamupersiapkan untuk berperang.”

“Baiklah,” kata si fulan. Ia kemudian menoleh ke arah isterinya dan berkata, “Wahai fulanah, berikan kepadanyaapa yang telah aku persiapkan untuk berperang, dan janganlah kamu tahan sedikit pun darinya, Demi Allah, janganlah kamu tahan sedikit pun darinya, maka semoga kamu diberkati kerananya.

Kemudian, datang seorang lelaki yang mengenakan topeng besi menemui Rasulullah, “Wahai Rasulullah engkaumenyuruhku masuk Islam terlebih dahulu kemudian berperang, atau aku berperang terlebih dahulu kemudian masukIslam?”

Baginda bersabda, “Allah SWT tidak menerima amal kecuali setelah beriman. Maka, masuklah Islam terlebihdahulu, kemudian berperanglah.” Lelaki itu masuk Islam, kemudian berperang, dan terbunuh. Baginda pun bersabda,“Ia beramal sedikit tapi diberi banyak pahala.”

Seseorang bertanya kepada Nabi, “Ya Rasul, apa keutamaan mati syahid?”

Baginda bersabda, “Tidak ada seorang pun yang masuk syurga ingin kembali ke dunia di mana ia memiliki semuayang ada di bumi kecuali mati syahid. Ia berharap kembali ke dunia, lalu ia terbunuh sepuluh kali, kerana kemuliaanyang ia lihat.”

48 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Nama lengkap Syeikh al-Falimbani ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani bin Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Beliaudilahirkan pada 1116 H/1704 M, di Palembang. Beliau berketurunan arab iaitudari sebelah ayahnya yang merupakan seorang ulama berasal dari Yaman danpernah diangkat menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18. Sementaraibunya, Radin Ranti berasal dari Palembang.

Syeikh al-Falimbani menerima pengajaran agama daripada orang tuanya sendiriiaitu Syeikh Abdul Jalil dan beberapa orang guru di kampungnya. Selain di kampung halamannya, beliau juga mendapatkan pendidikan agama di daerah Kedah danPattani. Beliau adalah kawan seperguruan dengan Syeikh Daud bin Abdullahal-Fathani ketika belajar agama di Pondok Pauhbuk, Mayur, Pattani. Kemudian ayah Syeikh al-Falimbanimenghantarnya ke Mekah dan Madinah (30 tahun di Makkah, 5 tahun di Madinah). Di Mekah, beliaumenjadi kawan seperguruan dalam menuntut ilmu dengan Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, SyeikhAbdul Wahab Bugis, Syeikh Abdul Rahman Al-Batawi, Syeikh Muhammad Nafi s al-Banjari, Syeikh MuhammadAli Aceh dan juga Syeikh Daud Al-Fathani.

Di Mekah dan Madinah, Syeikh al-Falimbani banyak mempelajari pelbagai disiplin ilmu kepada ulama-ulamabesar masa itu serta para ulama yang berkunjung ke sana. Di antara guru beliau ialah Syeikh Athaillah, SyeikhMuhammad Sulaiman al-Kurdi, Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri, Syeikh Abdul Ghani al-Hilali,as-Sufi Saiyid Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal, Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha binMuhammad az-Zabidi dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Samman al-Khalwati al-Madani.

Syeikh al-Falimbani rnemantapkan kariernya di Haramain dan mencurahkan waktunya untuk menulis danmengajar. Meskipun demikian, dia tetap menaruh perhatian yang besar terhadap Islam dan kaum Muslimindi negeri asalnya. Tulisan-tulisannya tidak hanya menyebarkan ajaran-ajaran sufisme tetapi juga mengajak kaum Muslimin melancarkan jihad melawan kolonialis Eropah. Beliau telah berperanan aktif dalam memecahkan duapersoalan pokok yang saat itu dihadapi bangsa dan tanah airnya, baik di kesultanan Palembang mahupundi kepulauan Nusantara pada umumnya, iaitu yang berkaitan dengan dakwah Islamiah dan kolonialisme Barat.

Di antara karya Syeikh al-Falimbani ialah Kitab Zuhrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tauhid berkenaan tauhid,Kitab Hidayah al-Salikin Fi Suluk Maslak al-Muttaqin berkenaan usuluddin, syariat dan tasawuf, Kitab Sayral-Salikin ila Ibadat Rabb al-Alamin, Kitab Tuhfat al-Raghibin fi Bayan Haqiqat Iman al-Mukminin berkenaanperang sabil, Kitab Al-'Urwah al-Wusqa wa Silsilah Ulil-Ittiqa', Ratib 'Abdal-Samad, Kitab Zad al-Muttaqin fiTauhid Rabb al-'Alamin, Kitab Mi'raj, Kitab Anisul Muttaqin dan Puisi Kemenangan Kedah.

Berkenaan perjuangan Syeikh al-Falimbani dalam medan Jihad pula, ianya terserlah ketika peperangan Pattani dan Kedah menentang Siam pada tahun 1832. Beliau dan Syeikh Daud al-Fathani meninggalkan Mekah untukturut serta dalam jihad menentang Siam. Tercatat dalam sejarah peperangan antara Pattani dan Siam berlaku sebanyak 12 kali. Beliau telah dilantik sebagai panglima perang Pattani dan Kedah dalam menentang tentaraSiam.

Beliau telah syahid dalam peperangan tersebut di Pattani pada 1832. Jenazah beliau dimakamkan di Mukim Jenung, Chanaa, Pattani iaitu berhampiran dengan Pondok Bantrap.

RUJUKAN:● wikipedia.org./wiki/AbdulSamadAlFalimbani.

SYEIKH ABDUL SAMAD AL-FALIMBANIOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

FALSAFAH DI SEBALIKHARI RAYA KORBANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Hari Raya Korban dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha. Ia terdiri daripadadua kalimah Bahasa Arab iaitu 'Aid dan Adha.Secara etimologinya Kalimah ‘Aid bermaksud kembali. Maka falsafahnya adalah kita kembali mengingati Allah SWT secara menyeluruh dan holistik.Manakala perkataan Adha pula bermaksud waktu pagi. Ini kerana waktu berpagi-pagian ini dilaksanakan acara penyembelihan binatang korban.Perkataan korban pula dari bahasa Arab "Qaroba" yang bermaksud dekat. Maka ia adalah melakukan ibadah semata-matamahu mendekatkan diri kepada Allah SWT.Falsafah disebalik makna kedekatan ini adalah dengan menyambut kehangatan Hari Raya Aidiladha ini sebagai pengembalianketaatan kita kepada Allah SWT untuk mendekatkan diri hanya kepada-Nya semata-mata.Syariat Aidiladha ini adalah sebagai memperingati peristiwa besar dalam sejarah dunia yang memperlihatkan ketaatan dankesanggupan Nabi Ibrahim AS yang mengorbankan apa yang dimilikinya termasuk insan yang tersayang kerana Allah SWT.Kepatuhannya untuk menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail AS sebagai simbolik ketaatannya yang tiada tolok bandingankepada Allah SWT.Hakikatnya, kesanggupan hati itulah yang dimahu oleh Allah SWT. Lantaran itu, Allah SWT telah menggantikan bahansembelihan baginda kepada kambing biri-biri.Rasulullah SAW dengan jelas menyatakan bahawa sembelihan binatang korban itu dapat menghapuskan dosa-dosa yang telahlalu. Ini berdasarkan daripada riwayat Imran RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Wahai Fatimah, bangunlah dan lihatlah binatang sembelihan korbanmu. Sesungguhnya ia mengampunkanmu keranasetiap titis daripada darahnya mewakili setiap dosa yang telah kamu lakukan. Lalu Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangkudan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiadasekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islamyang awal (berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).” Maka telah berkata Imran: “Wahai Rasulullah, ini khusus hanya untuk kamu dan ahli keluarga kamu, kerana ahli dalam perkara ini adalah kamu (keluarga Rasulullah SAW) atau iauntuk umat Islam keseluruhannya?.” Rasulullah SAW menjawab: “Bahkan, ia untuk umat Islam keseluruhannya.” (Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Awsath, no. 2509).Maka jelas di sini pengorbanan yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah SWT. Aidiladha penuh dengan kisahpengorbanan umat Islam yang terdahulu. Tiada kejayaan tanpa sebarang pengorbanan. Pengorbanan dituntut sama ada dariharta, masa, tenaga dan juga segalanya semata-mata Lillahi Taala.Maka dengan itu, kita dikehendaki mengadakan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan menyembelih binatang tertentu.Ia bertujuan untuk mendampingkan diri kita kepada Allah SWT. Bila berlaku kedekatan ini, segala amal perbuatan serta doa-doa kita akan mudah diperkenankan dan diterima oleh Allah SWT. Malah Ibadah Korban ini adalah ibadah yang sangat dicintaioleh Allah SWT dan mendapat keredhaan-Nya. Ini selaras dengan hadis Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allahselain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya,bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” (Riwayat al-Tirmizi no.1493).Dalam pada itu juga, falsafah korban adalah mengeratkan perhubungan sesama insan. Aktiviti gotong-royong dalampenyembelihan memperlihatkan kesatuan umat Islam. Malah konsep beri memberi dan sedekah berlangsung ketika itu. Hal ini kerana 1/3 daging korban akan diberikan kepada jiran tetangga, sahabat handai dan taulan.Konsep sedekah juga berlangsung apabila 1/3 bahagian daging korban diberikan kepada orang fakir, miskin dan insan yangsangat memerlukan.Inilah konsep Hablum Mina Allah dan Hablum Minan Nas terlaksana di dalam falsafah ibadah korban ini di Hari Raya Aidiladhayang penuh kedamaian dan keindahan.

168 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

MAKNA KORBANOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, saban tahun apabila tiba Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, sinonimnya ia mesti diikutimenyembelih binatang atau haiwan sebagai ibadah korban untuk kita bertaqarrub kepada Allah SWT bagi orang yang berkemampuan melakukannya. Bolehkah ustaz jelaskan apakah hakikat makna korban itu?

JAWAPANKorban dalam istilah umum boleh diertikan dengan pemberian, sumbangan dan seumpamanya. Semangat berkorban,suka memberi, mahu menyumbang demi untuk agama Islam adalah sangat dituntut dalam Islam dan dengan adanyasemangat berkorban itulah syiar dan ketinggian Islam akan lebih nyata kelihatan. Walaubagaimanapun dalam konteks diruangan ini, korban membawa pengertian khusus, iaitu: Menyembelih binatang korban kerana ibadah, pada Aidiladha dan hari-hari Tasyrik, iaitu, 11,12 dan 13 Zulhijjah.Sejarah korban bermula sejak daripada Nabi Ibrahim AS lagi, sehinggalah ianya menjadi syariat kepada NabiMuhammad SAW. Di dalam al-Quran disebutkan sebagaimana fi rman Allah SWT dalam Surah Ash-Shaffat, ayat 102:Yang bermaksud: “Tatkala Ismail sudah besar, berkatalah Ibrahim kepadanya. Wahai anakku, aku bermimpi disuruhmenyembelih engkau, bagaimana pendapatmu? Sahut anaknya: Wahai ayahku, perbuatlah apa yang diperintahkanoleh Tuhan itu, akan engkau dapati insya-Allah saya adalah dari orang-orang yang sabar.”

Bagi orang-orang yang mampu, sangat dituntut ibadah korban, kerana Rasulullah SAW telah memberi amaran dengansabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak mahu berkorban, janganlah iamenghampiri tempat sembahyang kami.” (HR: Ahmad dan Ibnu Majah).Haiwan KorbanHaiwan yang dijadikan untuk ibadah korban ialah:1. Unta yang berumur lima tahun.2. Lembu yang berumur dua tahun.3. Kambing yang berumur dua tahun.4. Biri-biri yang berumur satu tahun atau yang telah gugur giginya setelah berumur enam bulan.Seekor kambing hanya dapat dijadikan korban untuk satu orang sahaja. Dan seekor unta atau lembu atau kerbaudapat dijadikan korban berkongsi untuk tujuh orang, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:“Kami telah menyembelih korban berserta Rasulullah SAW di Hudaibiah, unta untuk tujuh orang dan lembu untuktujuh orang.” (HR: At-Tirmizi).Syarat Haiwan KorbanSyarat haiwan korban ialah:1. Tidak buta matanya walau sebelah.2. Tidak pincang sangat.3. Tidak berpenyakit yang nyata, sehingga merosakkan dagingnya.4. Tidak terlalu kurus atau ekornya.5. Tidak cacat telinga.6. Tidak berpenyakit kulit seperti kurap.7. Tidak sedang mengandung atau baru melahirkan. Kata Saidina Ali: Binatang korban yang patah tanduknya tidak

mengapa untuk dijadikan korban.Waktu MenyembelihWaktu menyembelih korban ialah pada tarikh 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada tarikh 13 Zulhijjah.Mulai masuk waktu menyembelihnya ialah pada waktu pagi 10 Zulhijjah sesudah berlalu masa mengerjakansolat Hari Raya Aidil Adha dan membaca dua Khutbah dari terbit matahari. Sabda Nabi Muhammad SAW yangbermaksud: “Jangan menyembelih seseorang kamu (akan korban) sehingga selesai sembahyang.” (HR: At-Tarmizi).

Adapun menyembelih korban pada waktu malam hari hukumnya adalah makruh.

Wallahu a’lam.

MENGGANGGU ORANG SOLAT ADALAHPERBUATAN SYAITAN

Allah Ta’ala berfi rman:

“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat”(QS. Al Maidah: 91).

Syaitan mengganggu solat seseorang sehingga bacaan menjadi tidak betul. Dari Utsman bin Abil ‘Ashradhiallahu’anhu ia berkata:

“Wahai Rasulullah, syaitan telah menghalangi antara aku dan solatku serta mengacaukan bacaanku.Maka Rasulullah bersabda: “itu adalah syaitan yang disebut dengan Khanzab. Jika engkaumerasakan sesuatu (gangguan) maka bacalah ta’awwudz dan tiuplah ke kiri 3x”. Utsman mengatakan: “aku pun melakukan itu dan Allah pun menghilangkan was-was syaitan dariku.” (HR. Muslim no. 2203).

Syaitan mengganggu solat seseorang dengan menimbulkan was-was pada dirinya sehingga seolah-olahdia telah batal wudhunya. Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma, Rasulullah bersabda:

“Syaitan mendatangi kalian lalu meniup-niup pada dubur kalian (sehingga muncul was-was). Makajanganlah membatalkan solat kecuali mendengar suara atau merasakan angin.” (HR. Thabrani & Al-Baihaqi).

Saf solat yang tidak lurus dan tidak rapat akan membuat celah bagi syaitan. Dari Anas bin Malikradhiyallahu’anhu, Rasulullah bersabda:

“Rapatkanlah saf-saf kalian! Dekatkanlah di antara saf-saf tersebut! Sejajarkan leher-leher. Demi zatyang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku benar-benar melihat syaitan masuk dari celahsaf, seakan-akan setan itu anak-anak kambing.” (HR. Abu Daud & An-Nasa-i)

Orang yang lalu di hadapan orang yang solat, dapat mengganggu orang yang solat itu. Orang sepertiini disebut oleh Nabi sebagai syaitan. Nabi bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang ia jadikan sutrah terhadap orang lain,kemudian ada seseorang yang mencuba lalu di antara ia dengan sutrah, maka cegahlah. jika ia enggan dicegah maka tolaklah ia dengan keras, kerana sesungguhnya ia adalah syaitan.” (HR. Al Bukhari & Muslim).

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa semua bentuk perbuatan mengganggu solat adalah perbuatan syaitan. Maka tidak boleh melakukan segala hal yang dapat mengganggu solat orang lain dengan sengaja. Dan wajib menghilangkan semua hal yang boleh mengganggu solat, baik berupa suara-suara yang bising,anak-anak kecil yang bermain-main ketika solat, gambar-gambar yang mengganggu solat dan semisalnya.Solat adalah ibadah yang agung. Kita sedang menghadap Allah Ta’ala, Rabb semesta alam. Makahendaklah jadikan solat kita sekhusyuk mungkin.

68 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: “Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah iamemudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmatpetunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orangyang berusaha supaya baik amalnya.”

Ibnu Katsir menyatakan: “Allah Ta'ala berfi rman, bahawa sesungguhnya telah disyariatkan bagi kalianmenyembelih haiwan-haiwan ternak itu sebagai qurban agar kalian menyebut nama-Nya saat menyembelihnya. kerana sesungguhnya Dialah Yang Maha Pencipta Lagi Maha Pemberi Rezeki, tiada sesuatu pun dari dagingatau darah haiwan-haiwan qurban itu yang dapat mencapai keredhaan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Kayadari selain-Nya. Orang-orang Jahiliyah di masa silam bila melakukan qurban untuk berhala-berhala mereka,maka mereka meletakkan daging qurban mereka pada berhala-berhala itu sambil memercikkan darah haiwanqurban mereka kepada berhala-berhala itu.”

Manakala Ibnu Abu Hatim menafsirkan, “bahawa orang-orang Jahiliah di masa silam memercikkan darah dandaging-daging haiwan qurban mereka ke dinding-dinding Baitullah. Maka para sahabat Rasulullah SAW.berkata, "Kami lebih berhak untuk melakukan hal tersebut." Kemudian Allah SWT. menurunkan fi rman-Nyadalam surah Al-Hajj: 37 di atas, menitikberatkan segala amalan yang didasari ketakwaan terhadap-Nya sahaja akan diterima dan mendapat balasan kebaikan kepada pelakunya. Seperti yang telah disebutkan di dalam sabda Rasulullah SAW.: Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Penyembelihan haiwan qurban merupakan ibadah yang kita saksikan saban tahun pada hari-hari nahr (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah). Apa yang perlu difahami bukan semua amalan menyembelih binatang disebut sebagaiqurban. Ia hanya akan dikatakan ibadah qurban jika pelaksaanan niat untuk bertaqarrub kepada Allah SWTsemata, bukan untuk maksud lain.

Ibadah qurban merupakan salah satu perintah Allah SWT, jika dilaksanakan terserlah sifat ketaatan yangdidasari oleh kekuatan taqwa demi mengharapkan keredhaan-Nya. Allah SWT tidak memerlukan daging dandarah haiwan qurban kita. Bahkan, Allah SWT tidak memerlukan sesuatu apa pun. Allah SWT tidak bersifatjasmani sepertimana makhluk, lantaran itu Allah SWT tidak berhajat kepada yang bersifat jasmani. Sebaliknya,Allah lah yang merupakan Sang Pemberi untuk memenuhi keperluan hamba-hamba-Nya.

Tujuan utama dari ibadah qurban adalah mencapai darjat takwa. Para ulama menjelaskan bahawa takwamemiliki beberapa tingkatan. Al-Fakr ar-Razi dalam tafsirnya Mafatih al-Ghayb menjelaskan tingkatan takwasebagai berikut: “Tingkatan takwa terendah adalah seorang hamba yang mampu menjauhi segala laranganagama dan melaksanakan segala perintah Allah SWT, sedangkan, tingkatan tertinggi dari takwa (al-atqa)adalah melaksanakan yang diperintahkan dan menjauhi larangan agama disertai dengan pancaran cahayaIlahi”.

Daging dan darah haiwan qurban kita adalah bersifat jasmani dan material duniawi, ianya akan mengalamikehancuran/fana. Antara hikmah syarak meletakkan hukum sunnat melihat penyembelihan binatang qurbanadalah dengan melihatnya, akan mengingatkan diri kita kepada sebuah kematian/ajal. Inilah mesej yang tersiratdi sebalik ibadah qurban iaitu mempersiapkan diri menghadapi waktu kematian. Bekalan yang terbaik untukmenghadapi saat kematian adalah ketaqwaan.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-HAJ : 37“MENYELAMI FALSAFAH TAKWA DI SEBALIK

IBADAH QURBAN”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSesungguhnya, kita kini berada di dalam musim yang dimuliakan Allah SWT, yang Allah SWT bersumpahdengannya pada awal surah alFajr, ‘Demi Malam yang Sepuluh’. Para ulama mentafsirkannya sebagai 10 hari terawal Zulhijjah (ruj. Tafsir atTabari). Ia merupakan hari-hari yang disunatkan berpuasa (melainkan 10 Zulhijjah).

Terutamanya pada 9 Zulhijjah, Hari Wukuf bagi saudara-saudara kita yang melaksanakan ibadat haji, dan hariyang amat digalakkan -buat kita yang tidak melaksanakan haji untuk berpuasa, sepertimana sabda NabiSallallah Alaihi Wasallam, “Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahunselepasnya.” (HR Ahmad, at-Tirmizi & Ibn Majah).

Pada 10 Zulhijjah pula, kita disyariatkan untuk melaksanakanSolat Hari Raya Aidiladha. Serta melaksanakan ibadat korban; yakni menyembelih binatang ternakan berkaki empat (daripadajenis kambing, lembu atau unta), dilaksanakan demi AllahSWT. Ia dilaksanakan selepas Solat Hari Raya hinggalahke Asar hari 13 Zulhijjah.

Jom ulangkaji perkara-perkara sunat ketika menyembelihbinatang. Alang dekat musim haji ini. Ibn as-Sowwaf dalamkitabnya al-Khisol as-Soghir menyatakan ada 4 perkara, yang Insya-Allah kita akan terangkan sedikit sebanyak berkenaannya.

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI TUKANG SEMBELIH1. Menajamkan mata (parang/pisau/pedang).Yakni sebelum sembelih, sunat hukumnya untuk dia mengasah mata pisau/parangnya. Ayat ini menimbulkankemusykilan; kerana bila sunat, seakan-akan boleh menyembelih dengan parang yang tumpul. Sedangkan Nabikata, " /Hendaklah kamu menajamkan mata pisau kamu." (HR Muslim). Perintah membawamaksud kewajiban. Kenapa Ibn as-Sowwaf kata sunat?Wajib menyembelih dengan pisau tajam (haram sembelih dengan pisau tumpul kerana zalim, serta ditakutihalqum & dua jugular veins tidak putus dengan sempurna). Boleh jadi dibelinya siap-siap tajam, maka tidakperlu diasah. Dan Sunat menajamkan lagi matanya, sebelum sembelih. Ini yang dimaksudkan Ibn as-Sowwaf.

2. Menghadap kiblat.Yakni ketika sembelih, sunatnya si penyembelih menghadap kiblat, dan membaringkan sembelihannya mana-mana carapun yang mudah. Berdasarkan perbuatan baginda demikian (HR Abu Daud & Ibn Majah).

3. Tasmiah (membaca bismillah).Yakni membaca Bismillah sebelum menyorong pisau ke leher sembelihan. Begitu juga takbir, dengan bacaan'Bismillah, Wallahu Akbar". (HR al-Bukhari & Muslim) Kalau dia menjadi wakil kepada orang, ketika itu sunatjuga untuk disebutkan, "Wahai Allah, ini adalah sembelihan si fulan demi Dikau." (HR Abu Daud & Ibn Majah)Kalau terlupa, tidak perlu ulang, kerana tasmiah bukan rukun.

4. Bersabar menunggunya (sembelihan itu), hinggalah ia sejuk, barulah dilapah.Bersabar dalam hal Ini bahagian daripada berlaku ihsan kepada sembelihan. Ia meski sunat bagi tukangsembelih, yakni sembelihannya tetap halal dimakan meskipun dilapah langsung sejurus lepas sembelih, tapiihsan adalah perkara yang dituntut dalam agama.Sejuk yang dimaksudkan di sini ialah otot-ototnya tidak bergerak lagi, dan darah di jantungnya selesai keluar,dan tinggal hanya darah-darah yang halal yang berbaki di isi daging.

Semoga Allah SWT menjadikan kita faqih dan faham akan agama kita, amin ya robbal alamin.

JOM! ULANGKAJI FIQH TUKANG SEMBELIHOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

148 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

TAZAYYUN DAN TABARRUJOleh:

Neng Athirah Malinda binti Joslan

Allah SWT berfi rman di dalam surah Al A’raf ayat 31 yang bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempatibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamumelampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al A’raf: 31).

Berdasarkan ayat al-Quran diatas, Allah SWT membenarkan muslim untuk berhias mengikut minat dantrend terkini selagi ianya berpandukan syariah dan tidak berlebihan. Berhias adalah salah satu fi trah yang sedia wujud dalam diri manusia terutamanya bagi kaum wanita yang suka akan kecantikan dankekemasan. Jumhur ulamak meletakkan hukum bagi berhias atau dalam bahasa arabnya “tazayyun”adalah harus dan diperbolehkan termasuklah dari segi pemakaian, perhiasan dan tempat tinggal.

Namun, keharusan itu akan berubah hukumnya apabila seorang muslim berfesyen atau berhias dengan beberapa perkara antaranya adalah tabarruj dalam berhias bagi umat islam. Imam Ibn Kathir menulisdalam tafsirnya mengenai pendapat Qatadah yang dimaksud dengan tabarruj adalah di saat muslimahkeluar dari rumah mereka, lalu mereka berjalan berlenggak-lenggok (hingga lelaki memperharikannya)dan menggoda. Tabarruj adalah perkataan yang diambil daripada kata dasar arab “Al Burj” yang merujukkepada bintang (sesuatu yang terang dan menyerlah). Secara amnya, tabarruj bermaksud apabilaseorang wanita berlebihan menampakkan perhiasan dan kecantikan termasuklah seluruh tubuh badankecuali tapak tangan dan wajahnya.

Antara contoh-contoh tabarruj yang seringkali berlaku pada masa kini adalah keadaan apabila kaumwanita memakai pakaian yang ketat atau jarang dan mampu menampakkan aurat yang tidak sepatutnyadilihat oleh lelaki yang bukan mahram. Perkara ini sering menjadi salah faham kepada kaum wanitakerana beranggapan bahawa yang disyorkan dalam Islam hanyalah menutupi bahagian yang wajibpadahal islam mensyariatkan wanita untuk memakai pakaian yang labuh dan tidak jarang agar mampumenutup aib dan aurat sebagai seorang wanita. Selain itu, wanita juga perlulah bersederhana dalamberhias dengan tidak memakai perhiasan yang berlebihan seperti emas dan perak sehingga melahirkansifat sombong atau memakai pakaian syurah. Para wanita juga perlulah elakkan diri daripada berhiasdengan pakaian yang menyerupai agama lain kerana ia mampu menimbulkan fi tnah dan merosakkanakidah pada diri.

Allah SWT melaknat kaum wanita yang bersifat tabarruj dalam berhias kerana niatnya yang mampumenjerumuskan diri sendiri dan orang lain ke lembah maksiat. Allah SWT berfi rman di dalam potonganayat surah Al-Maidah ayat 77 yang bermaksud “...dan janganlah kamu berlebih-lebihan dengan caratidak benar dalam agamamu…”. Sebagai umat Islam, kita perlulah berusaha dalam melakukan sesuatuperkara termasuklah dalam berhias agar perbuatan tersebut mampu membawa diri kepada kejayaandunia dan akhirat sekali gus mampu mencapai maradhatillah (keredhaan Allah SWT) kerana sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan oleh kita akan disoal di hari akhirat kelak.

SYARIAT IBADAH KORBANOleh:

MAKSUD HADISDaripada Saidina Ali bin Abi Talib KW, dia berkata: Bahawa RasulullahSAW telah memerintahkan kepadaku untuk mengurus haiwan korbannya,kemudian baginda SAW memerintahkan kepadaku untuk membahagikandaging, kulit dan pakaiannya kepada orang-orang miskin, dan aku juga dilarang untuk memberi sesuatu apa pun darihaiwan korban tersebut sebagai upah kepada penyembelihnya. (Muttafaq Alaihi).

HURAIAN HADISHadis diatas menerangkan tentang pensyariatan amalan bekorban. Berkorban merupakan salah satu ibadah yangagung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhiperintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban.

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orangyang melaksanakan ibadah tersebut. Ini kerana, ibadah korban merupakan sunat muakkad iaitu yang amat digalakkan untuk dilakukan bagi orang yang menepati syarat-syarat berkorban. Di antara kelebihan orang yang melaksanakanibadah korban adalah dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT sehingga diumpamakan dosa dengan setiap titisdarah yang keluar daripada binatang korban tersebut. Titisan darah Korban yang pertama adalah merupakanpengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan sepertimana hadisdaripada Imran bin Husain RA, bahawa baginda SAW telah bersabda kepada Saidatina Fatimah RHA, maksudnya:“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahnyayang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim).

Hadis ini juga menjelaskan kepada kita agar membahagikan daging dan bahagian-bahgian haiwan korban tersebutkepada golongan miskin. Seterusnya diterangkan berkenaan larangan memberi upah kepada penyembelihmenggunakan daging dan bahagian haiwan korban tersebut.

PENGAJARAN HADIS1. Kita digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban sekiranya mempunyai kemampuan, kerana ia merupakan

salah satu daripada syiar agama yang mulia. 2. Memastikan bahawa binatang yang akan dikorbankan itu terdiri daripada binatang yang terbaik dari semua sudut,

kerana binatang tersebut merupakan korban untuk mendapat ganjaran di akhirat.3. Ibadah Korban dapat melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah SWT yang terlalu banyak ke atas diri kita.4. Melalui amalan ibadah korban kita telah memuliakan serta meninggikan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah

SWT.5. Ibadah korban dapat memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging

korban sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.6. Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi

Ibrahim dan Nabi Ismail AS dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah SWT.

RUJUKAN:● Shahih Bukhari, H.Zainuddin Hamidy, Darel Fajr Publishing House, Cetakan Pertama, 2002.● Shahin Muslim, Ma’mur Daud, Klang Book Center, Cetakan kelapan 2007.

88 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

IBRAH QURBAN DALAM MEMBENTENGI KEIMANANOleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Pada bulan Zulhijjah, setiap tahun, ingatan umat Islam disegarkan dengan kisah pengorbanan Nabi Ismail AS yang dengan penuh kerelaan menyerahkan jiwanya untuk dikorbankan oleh ayahandanya Nabi Ibrahim AS. Kisah dua beranak yang penuh bersejarah ini kemudiannya, disyariatkan dalam Islam dengan ibadah sembelihan qurban pada Aidiladha dan hari-hari tasyriq. Namun, di sebalik kisah pengorbanan suci ini, terselit beberapa hikmah, iktibar dan pedoman kepada umat Islam.

Sejarah perlu difahami bagi kita memahami sesuatu hakikat dan meneliti manfaat. Begitulah juga dengan ibadah qurban yang perlu difahami melalui sirah atau sejarahnya supaya dapat dihayati peristiwa di sebalik ibadah tersebut. Sejarah agung kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang mentaati sepenuhnya perintah Allah SWT, sanggup menyembelih anak kesayangannya, iaitu Nabi Ismail AS yang rela disembelih oleh ayahandanya sendiri, hanya kerana menurut perintah Allah SWT. Inilah sikap dan prinsip pengorbanan yang sewajarnya dimiliki oleh semua umat Islam pada hari ini.

Kesediaan berkorban dalam mematuhi syariat Islam perlu ditanam dalam jiwa dan sanubari setiap umat Islam demi menegakkan akidah Tauhid yang sebenar. Inilah intipati pengajaran daripada qurban yang perlu diterokai dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat pada hari ini. Umat Islam perlu memahami setiap peristiwa dan kisah yang dipaparkan dalam al-Quran adalah sesuatu yang perlu di ambil sebagai pengajaran dan iktibar daripadanya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Yusof ayat 111 yang bermaksud: “Sesungguhnya kisah nabi-nabi itu mengandungi pengajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) itu bukanlah cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi pertunjuk hidayah dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.”

Pada suatu malam, Baginda telah bermimpi menyembelih anaknya kesayangan dan juga seorang anak yang soleh, Ismail. Ia merupakan satu perintah yang cukup menduga hati Baginda. Dalam keadaan demikian pula, Ibrahim AS telah mengkhabarkan kepada anaknya, Ismail, yang baru mencecah usia baligh, untuk bertanyakan pandangannya. Nabi Ibrahim AS bertanya bukan untuk mendapatkan keputusan, tetapi untuk menegaskan bahawa perintah Allah SWT itu wajib dilaksanakan. Kisah ini tercatat di dalam firman Allah SWT surah As-Saffat ayat 102 yang bermaksud:

“Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pandanganmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang- orang yang sabar.” Ayat ini juga menyerlahkan sifat ketaatan yang tidak berbelah-bahagi seorang anak yang soleh, malah sedia mematuhi perintah yang lebih berat lagi, supaya dengan itu, hati nurani ayahandanya tidak ragu-ragu lagi untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Tadaburkanlah ungkapan jawapan Nabi Ismail AS yang bermaksud, “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu.”

Respon positif Nabi Ismail AS sebagai seorang anak yang baru menginjak usia remaja terhadap persoalan bapanya itu, iaitu “Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”, memberikan iktibar, bahawa anak-anak perlu ditanam keimanan yang mendalam kepada Allah SWT, disemaikan sifat sabar dan sikap bersandar hanya kepada Allah SWT, kerana menyedari bahawa apa jua yang dirancang dan berlaku tidak terlepas daripada kehendak Allah SWT.

HAK ASASI KANAK-KANAK DALAM ISLAMOleh:

Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

Kita selalunya melihat pelbagai berita di kaca televisyen yang memaparkan tentang hak kanak-kanak yang ditindas dan dieksploitasi oleh orang yang kita tidak sangka seperti orang gaji di rumah ataupun di taska-taska dalam taman perumahan. Masalah kes mencabul hak asasi kanak-kanak merupakan masalah psikologi dan sosial di seluruh pelosok dunia. Hal ini kerana masalah ini terjadi dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah dari segi fizikal, mental dan seksual.

Kes mencabul hak asasi kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baru sahaja yang di war-warkan oleh pemberita dan buah mulut ibu-ibu yang menghantar anak-anaknya dalam taska dan tadika, tetapi hal ini telah dalam dipraktikkan oleh masyarakat jahiliah terdahulu. Terdapat banyak kes seperti ini tidak di laporkan kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai kes yang ringan dan disebabkan perkara ini tidak diambil endah oleh masyarakat, banyak nasib kanak-kanak di luar sana tidak terbela.

Dari perspektif Islam, anak-anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT mestilah dijaga dengan sepenuh hati dan ditatang dengan minyak yang penuh tetapi mestilah berlandaskan dengan syariat Islam. Mendidik anak mengikut syariat Islam tetapi hendaklah berkesesuaian dengan peredaran zaman, seperti mana Saidina Umar bin Al-Khattab pernah berkata, “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.” Hal ini kerana setiap peredaran zaman membawa pelbagai perbezaan konsep dari dulu sehingga kini.

Ketika sebelum datangnya syiar Islam, menanam bayi perempuan secara hidup-hidup merupakan amalan jahiliah yang dianggap sebagai perkara biasa diamalkan. Amalan membuang bayi perempuan tersebut telah disebut dalam surah al-Isra ayat 31:

Maksudnya: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar."

Ibnu Kathir juga ada menjelaskan bahawa Allah SWT telah menurunkan ayat di atas adalah untuk orang- orang pada zaman jahiliah yang membunuh bayi-bayi perempuan mereka yang baru lahir secara hidup-hidup kerana takut malu melahirkan anak perempuan yang akan membawa penghinaan terhadap keluarga. Ada pula masyarakat jahiliyyah yang membunuh anak-anak lelaki kerana takut menghadapi kesulitan hidup. Dalam surah al-Takwir ayat 8 sehingga 9, Allah SWT telah berfirman:

Maksudnya: "Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?"

Oleh itu, penindasan terhadap hak asasi kanak-kanak adalah satu kesalahan yang sangat dititikberatkan dalam Islam kerana melanggar hak dan keperluan asas fizikal dan mental kanak-kanak. Masalah ini juga sama seperti melanggar perintah Allah SWT dan sesiapa yang melanggar perintah Allah SWT akan dikenakan dengan azab yang pedih.

128 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Bengkel Pengukuhan Penguatkuasaan Undang-Undang SyariahBahagian Pedalaman Bawah

pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2019 di Masjid Daerah Beaufort

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Sambutan Hari Kebesaran Islam untuk Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul SAW bagi tahun 1441H/2019M

pada 19 Julai 2019 di Wisma MUIS, Kota Kinabalu

Peristiwa

108 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 8 Zulhijah 1440H/9 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11