shoutul islam dari meja editor laman puisi islamallah swt berfirman dalam surah al-tahrim, ayat 6:...

20

Upload: others

Post on 23-Feb-2020

25 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Menghampiri cuti persekolahan ini banyak kad jemputan kahwin diterima. Majlis perkahwinan rakan taulan, saudara mara, kenalan diatur masa cuti sekolah ini. Cuti umumyang membolehkan semua ahli keluarga berkumpul. Dari ibu bapa hingga cucu cicit dan piut, hadir menghadiri walimatulurus sanak saudara. Tentunya akan bertambah besarlah ahli keluarga dan silaturahim pun akan lebih luas kawasannya.

Dalam kehidupan berumahtanggga masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Lelaki mempunyai peranan penting sebagai suami, bapa dan datuk yang kebanyakannya memegang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Tanggungjawab ini dikongsi bersama wanita,sekali gus masing-masing mempunyai peranan samapenti ng dalam insti tusi kekeluargaan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu.” Ayat ini menjadi peringatan terbaik untuk senti asa bertanggungjawab ke atas semua peranan digalas dalam keluarga. Rasulullah SAW adalah insan terbaik yangmenjadi contoh sepanjang zaman dalam bekeluarga.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada al-Aswad RA,beliau bertanya kepada Saidati na Aishah RA: “Apakah yang Nabi SAW lakukan keti ka berada bersama keluarganya?” Aishah menjawab: “Rasulullah SAW biasa membantu pekerjaan keluarganya di rumah. Jika tiba waktu solat,beliau berdiri dan segera menuju solat.” (HR Bukhari)

Kebiasaannya, gesaan untuk mengimbangkan tuntutan keluarga dan kerjaya sering dihalakan kepada wanitakerana masyarakat menganggap golongan itu seharusnya bekerja di dalam rumah berbanding luar rumah.Sebenarnya, ia sewajarnya ditujukan kepada lelaki dan wanita, kerana mereka mempunyai hak sama rata untuk menyeimbangkan tanggungjawab dalam dan luar rumah,iaitu keluarga serta kerjaya.

Islam meletakkan garis panduan seti ap lelaki dan wanita mempunyai peranan dan keistimewaan berbeza tetapiia tidak bermakna mereka tidak boleh saling lengkap-melengkapi dan membantu antara satu sama lainterutama dalam urusan keluarga.

Selamat pengantin baru sanak saudara dan rakan taulan yang akan mendirikan rumahtangga, moga bahagia hingga ke jannah dengan menunaikan tanggungjawab berkeluarga dengan sewajarnya.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])

Encik Abdu Khalil bin HassanUstaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiPuan Aisyah binti Muhammad Sayuti

Cik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

PADAMU

Mengimbau kembalisaat bersamapadamu aku renungikelu... sepi dari segala...

Terharu...aku pilu...

Meratap denyutankeinsafan menguasai dirimenyelongkar himpunankurniaan tanpa batas.

Terus dahaga kasihmu...ti ka kenangan mengetuk rasati ada mampu luahkanti ada jeritan terbit keinginankecuali iman...

Oleh:DeeKeeBPI19112019

225 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PENUBUHAN MASJIDOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Pembinaan masjid yang digunakan oleh umat islam untuk beribadah adalah di bawah kuasa Majlis Ugama Islam Negeri Sabah. Kuasa Majlis dalam menentukan penubuhan masjid dinyatakan dalam seksyen 60 Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah tahun 2004, iaitu: (1) Majlis boleh pada bila-bila masa:-

(a) membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid;

(b) membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid; atau

(c) menetapkan mana-mana surau, madrasah atau bangunan lain menjadi masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberikan kebenarannya atau membuat penetapan di bawah subseksyen (1) melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.

(3) Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta menentukan, meminda atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.

(4) Masjid yang sudah dibina yang pembinaannya bukan dikelolakan oleh Majlis dan belum diserahkan kepada Majlis, hendaklah digunakan tertakluk kepada seksyen ini.

Sekiranya terdapat cadangan untuk menubuhkan masjid di kawasan yang dikenalpasti bersesuaian, maka kebenaran dari pihak Majlis Ugama Islam hendaklah diperolehi terlebih dahulu dengan membuat permohonan.

Pembinaan masjid yang dijalankan tanpa kebenaran dari pihak Majlis adalah merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa dibawah seksyen 95 iaitu kesalahan mendirikan masjid atau surau atau sekolah agama tanpa kebenaran Majlis dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 95 (2) menyatakan Mahkamah boleh memerintahkan supaya penggunaan bangunan yang menyalahi peruntukan subseksyen (1) itu dihentikan atau mana-mana bangunan yang baru didirikan itu dirobohkan.

Justeru itu, semua pihak dikehendaki mematuhi peraturan ini bagi mengelakkan pertikaian dan seterusnya melanggar undang-undang sepertimana yang dinyatakan di dalam enakmen ini.

Tazkiyyah dapat dilakukan dengan seluruh hal yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT sesuai syariat islam dalam rangka menyirnakan kegelapan hati, menjemput cahaya dan memurnikan jiwa hingga ia benar- benar mendapatkan kekuatan dari zat yang menciptakannya.

Langkah-langkah penyucian jiwa dari kotorannya secara sistematik dalam konsep Rehab Hati untuk menjemput perubahan yang membahagiakan:

1. AQIDAHPenyucian jiwa yang utama dapat dimulai dari pemurnian akidah (keyakinan) dari hal-hal yang mengotorinya dengan bertaubat dari berbagai kesyirikan dan perbuatan dosa. Pemisahan antara keyakinan yang hak dan yang batil, pembersihan jiwa, jasad dan rumah kita dari berbagai bentuk kesyirikan dan kembali kepada al-Quran dan sunnah dengan tuntunan generasi salaful ummah.

2. SYARIAHSetelah akidah murni dan lurus maka perbanyak amal dengan menegakkan syariat, seluruh yang Allah SWT dan Rasul-Nya wajibkan semisal solat, zakat, puasa, haji dan kewajiban lain sebagai manifestasi atau perwujudan takwa atau ketundukkan kita pada perintah Allah SWT semampu kita.

3. SUNNAHSetelah itu tahap selanjutnya adalah perbanyak ritual sunnah semampu kita dalam rangka pembersihan jiwa dan raga kita, untuk mengisi kembali energi murni yang dulu hilang. Lakukan taubat nasuha dari berbagai kesyirikan dan dosa di masa lalu, memperbaiki diri, memperbanyak amal ketaatan, mendirikan solat, bersedekah (baik yang dihitung dan sifatnya wajib ataupun yang tidak dihitung), menyempurnakan puasa yang wajib dan menambah yang sunnah, umrah atau rihlah, bermuhasabah (zikrul maut), hijrah, menikah, berjihad, zikir dan lain-lain.

■ Solat Sunnah Salah satu fungsi solat, selain yang telah kita

ketahui sebagai pencegah dosa-dosa besar dan kemungkaran lain solat juga berfungsi sebagai ‘restart’ pada komputer yang ‘hang’ atau tidak dapat bekerja lagi. Solat juga berfungsi sebagai 'refresh’ atau untuk menyegarkan kembali mesin komputer yang sudah lama bekerja.

Selain itu solat juga laksana air yang mensucikan badan, ia adalah mandi bagi jiwa manusia. Dan

METODE PENYUCIAN JIWAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Rasulullah SAW lah orang pertama kali mengibaratkan ini untuk manusia. Sebagai catatan, solat yang akan mensucikan jiwa itu bukanlah solat wajib namun solat sunnah yang dilakukan setelah menegakkan yang wajib.

■ Sedekah Sedekah adalah salah satu bentuk ibadah sunnah,

ia tidak wajib namun dianjurkan Allah SWT langsung dalam al-Quran. “Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya tuhanku sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (Surah: Al-Munafiqun 10).

Sedangkan yang Allah SWT wajibkan adalah zakat dan zakat itu berasal dari kata zakaah yang ertinya suci, atau mensucikan dan bererti juga tumbuh atau menumbuhkan. Dengan berzakat ertinya menyucikan harta dan jiwa kita, begitupun juga dengan sedekah. Bahkan Nabi SAW pun bersabda; “Ubati penyakitmu dengan sedekah.”

■ Puasa Sunnah. ■ Umrah. ■ Taubat. ■ Muhasabbah. ■ Menikah. ■ Jihad. ■ Zikir.

Dari sekian banyak metode tazkiyyah an-Nafs yang dibahas, dalam konsep Rehab Hati ini kita akan menguatkan kedahsyatan effect tazkiyyah dari zikir yang di dalamnya ada al-Quran.

Zikir bisa dilakukan dengan lisan, qalbu, mata, menyelami lautan hikmah di majlis-majlis ilmu dan membaca atau mendengarkan al-Quran atau yang ramah di telinga kita dengan Ruqyah Syariyyah. Jadi ruqyah ini, dalam konsep kami merupakan bagian dari proses tazkiyah bagi sebuah jiwa yang menginginkan kekuatan yang sesungguhnya.

Jadi ruqyah syariyyah (bacaan al-Quran) dalam konsep rehab hati adalah bagian dari zikir. Dan zikir merupakan sebahagian dari tazkiyyah an-Nafs.

1825 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Gambar Hiasan

BIDADARI SYURGAOleh:

Adi Pitang

“Lagu skandalkah bang”, Gurau Aki, rakan baik dan rakan sekerja bilaselesai majlis Malam Kesenian MUJAS (MUIS and JHEAINS Sports)di dewan Wisma Wanita bulan Oktober lalu. “Macam lagu sendiri”, komen Ahmal seorang lagi rakan baik. Mungkin lagu itu tidak pernah didengarnyaatau penyampaian penyanyi itu sangat baik dan mengangkumkanpendengar yang ada di dewan itu. Lagu “Bidadari Syurga” secarakebetulan dipersembahkan dalam majlis kesenian itu oleh 2 orangpegawai yang selama ini terpendam lama bakatnya, Hahaha.

Lagu terakhir yang dicipta oleh Allayarham Ustaz Jefri Al-Buchori, seorang pendakwah terkenal di Indonesiayang telah menenemui pencipta-Nya dalam usia 40 tahun kerana kemalangan ini, sangat mendalammaksudnya.Lirik Bidadari Syurga menceritakan tentang tanggungjawab suami dan isteri yang dalam menjagakeharmonian rumahtangga. Sifat saling percaya mempercayai, menjaga amanah dan kehormatan adalahsifat terpuji yang semestinya ada dalam diri suami atau isteri. Dua insan yang saling mencintai keranaAllah SWT dan dengan penuh keikhlasan akan menjadi benteng diri untuk menjaga kesucian cinta dan godaan syahwat yang sentiasa berada dalam lingkungan kehidupan.

Dalam kehidupan berumahtangga, suami atau isteri harus memahami peranan masing-masing. Apatah lagibagi pasangan yang mempunyai kerjaya masing-masing. Sifat toleransi, sifat memahami dan bertimbang rasadalam urusan rumahtangga suatu yang dituntut dalam diri suami atau isteri.

Dalam khutbah haji terakhir Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah dalammengendalikan urusan wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah. Kewajipan kamu pula ialahmemberikan nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf.”

Peranan ini dijelaskan dalam fi rman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dariharta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketikasuaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkannusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Rasulullah SAW bersabda: “Orang lelaki ialah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawabterhadap mereka, manakala perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya serta diabertanggungjawab terhadap mereka.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hubungan suami isteri bukan setakat di dunia ini tetapi juga di akhirat nanti. Allah SWT berfi rman dalamsurah Ali Imran, ayat 15 yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baikdaripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapasyurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. Dan (ingatlah), Allah sentiasamelihat akan hamba-hamba-Nya."

Moga kita mampu menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaiknya sebagai suami atau isteri. Amin.

TIDAK ADA JATAH UNTUK SYAITAN DI RUMAH KAMIOleh:

Seorang anak lelaki bernama Utsman berkata, “Ayah,sesungguhnya zikir mengingat Allah adalah sesuatu yangluar biasa dan sifat orang-orang Islam. Kerana itu, zikirharus menyertai mereka. Aku melihat ayah sentiasabanyak berzikir menyebut nama Allah dalam dua hal.”

“Anakku, dengan berzikir kepada Allah kamu dalamperlindungan dan pengawasaan Allah. Zikir itu kebiasaanorang muslim dan simbol orang mukmin. Akan tetapi, duahal apa yang kamu maksud, Utsman?” Tanya sang Ayah.

“Yang ku maksud adalah zikir ketika Ayah masuk rumahdan hendak makan.”

“Pengamatanmu memang benar, Nak. Kerana Rasulullahtelah menganjurkan kita untuk melakukannya. Hal inisebagaimana diriwayatkan Jabir bin Abdullah bahawaRasulullah SAW bersabda, ‘Apabila seseorang masukke dalam rumahnya lalu berzikir mengingat Allah saatmemasukinya dan saat makan, maka syaitan berkatakepada temannya, ‘Tidak ada tempat bermalam danmakan malam bagi kalian.’ Dan apabila ia tidak berzikirmengingat Allah saat memasuki rumahnya, syaitanberkata, ‘Kalian mendapatkan tempat bermalam danmakan malam.’

“Benar, Ayah. Semoga Allah sentiasa menjagamu.”

“Ayah akan menceritakan kepadamu tentang dua sikapnabi yang menjelaskan tentang apa yang mesti kamukerjakan jika kamu makan.”

“Sebelumnya aku ucapkan terima kasih, Ayah. Aku akan menyemaknya dengan baik.”

Sang ayah lantas bercerita:

Huzaifah bin al-Yamani, pemegang rahasia RasulullahSAW, meriwayatkan bahawa ia pernah menghadirijamuan makan bersama Rasulullah. Maka tidakdiperbolehkan mengawali mengambil makanan kecualiyang lebih tua dan terhormat di antara merekaterlebih dahulu mengambil makanan. Inilah salah satuetika dalam perjamuan makan bersama. Kerana itulahtak ada seorang pun mengambil makanan duluan. Merekamenunggu Rasulullah untuk mengambil makananterlebih dahulu. Setelah itu, giliran mereka yangmengambil makanan.

Sebelum Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas makanan, datang seorang budak perempuan yang hendakmengambil makanan tanpa membaca basmalah. Baginda

lantas memegang tangan anak perempuan itu lalumenjauhkannya dari makanan. Lalu datanglah seorangBadui yang tergesa-gesa hendak mengambil makanantanpa membaca basmalah. Kemudian Rasulullah SAWmemegang tangan Badui itu agar tidak menjamahmakanan. Budak perempuan itu dan si Badui lantasmemandang Rasulullah SAW kerana tidak menyukai sikap Baginda.

Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW pun bersabda, “sesungguhnya syaitan akan menganggap halal makananyang tidak disebutkan nama Allah padanya. Syaitan itutelah datang membawa budak perempuan ini untukmerebut makanan melalui dirinya, maka aku mengambiltangannya. Kemudian datang lagi syaitan membawaseorang Arab Badui untuk merebut makanan melaluidirinya, maka aku pun mengambil tangannya. Demi zatyang diriku berada dalam gengamannya, sesungguhnyatangan syaitan kupegang bersama kedua tangan duaorang ini.” Kemudian Baginda menyebut nama Allah SWT lalu baginda makan, dan orang-orang pun turut makan.

“Apakah cukup satu orang di tengah jamuan makan itu yang membaca basmalah lantas syaitan lari?” Tanya sanganak setelah menyimak kisah tersebut.

“Setiap orang hendaklah membaca basmalah sebelummakan, kerana setiap manusia dihampiri syaitan,” katasang Ayah.

Sang Ayah melanjutkan, "Adapun sikap yang kedua, anakku, jika kamu lupa mengingat Allah sementara kamuterlanjur makan, maka sebutlah namanya tatkala kamu mengingatnya. Diriwayatkan dari Umayyah bin Makhsyibahawa Rasulullah SAW pernah dibuat tertawa olehseseorang, lalu para sahabat tertanya, Ya Rasul, kenapa engkau tertawa?"

Rasulullah SAW menjawab, Tidaklah kalian melihat lelakiini yang sedang makan? Ia tidak membaca basmalah,maka syaitan terus ikut makan bersamanya sehinggamakanan itu hanya tersisa sesuap lagi. Tiba-tiba iateringat lalu mengucapkan, Dengan menyebut nama AllahSWT di awal dan akhir makan. Lalu ia mengangkatsuapan terakhir itu ke dalam mulutnya. Ketika syaitanmendengar lelaki itu menyebut nama Allah SWT, syaitanitu memuntahkan apa yang ada di perutnya.

“Nak, bersyukurlah atas kurnia dan kebaikan Allahnescaya kamu berada di jalan Rasulullah.

(Riyadhus Shalihin, Adab Makan).

425 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

‘’Islam beribadah, akan dibiarkan, Islam berekonomi, akan diawasi, Islamberpolitik, akan dicabut seakar-akarnya.’’ - M. Natsir.

Mohammad Natsir atau M. Natsir lahir di Alahan Panjang, Solok, Sumatera Barat pada 17 Julai 1908. M. Natsir adalah tokoh intelektual, pejuang, ulama, sekali gus negarawan yang pernah dimiliki oleh Indonesia. Ayah M. Natsir iaitu Mohammad Idris Sutan Saripado bekerja sebagai pegawai pemerintah di Alahan Panjang, manakala datuknya seorang ulama.

M. Natsir mengecapi pendidikan yang baik pada usia yang muda. Beliau terdidik melalui dua sistempendidikan yang berbeza, iaitu sistem Belanda di Sekolah Pribumi Belanda, Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Solok dan sistem Islam di salah sebuah sekolah Islam (pesantren) yang diketuai oleh Haji Rasulatau dikenali juga sebagai Haji Abdul Karim Amrullah. Haji Rasul merupakan pengasas kepada pertubuhanIslam yang dikenali sebagai Muhammadiyah di Sumatera Barat dan Pesantren Sumatera Thawalibdi Padang Panjang. Pesantren ini berjaya melahirkan pelajar progresif antaranya M. Natsir dan anakkepada Haji Rasul sendiri, iaitu Buya HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah).

Pada tahun 1923, Pak Natsir menyertai pertubuhan Pemuda Islam, Jong Islamieten Bond (JIB) di Padang. Seterusnya dalam tahun 1928, beliau meninggalkan Sumatera untuk berpindah ke Bandung, ibu kotawilayah Jawa Barat Indonesia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sekolah tinggi. Beliau menerima biasiswa daripada Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO). Beliau menamatkan pendidikan formalnyadi Algemene Middelbare School (AMS), Sekolah Menengah Am, Bandung.

M. Natsir giat menulis mengenai Islam dan dakwah dan berjaya menulis sebanyak 45 buah buku danberatus-ratus artikel. Antara karya beliau ialah Islam dan Akal Merdeka (1949), Capita Selecta (vol. 1,1954 dan vol. 2, 1959), M. Natsir vs. Soekarno (1968), Fiqhud-Da’wah (1969), Islam dan Kristendi Indonesia (1969), Kubu Pertahanan Mental dari Abad ke Abad (1970), Tugas dan Peranan ‘Ulama’(1972), Kumpulan Khutbah Hari raya (1980), Kebudayaan Islam dari Perspektif Sejarah (1988) danAgama dan Negara dalam Perspektif Islam (2001).

Pada tahun 1967, M. Natsir menubuhkan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) dan terusmengetuainya sehingga tahun 1993. Di samping bergiat dalam bidang dakwah dan penulisan, beliau juga bergiat aktif dalam bidang politik. M. Natsir dilantik sebagai Presiden Partai Majelis Syuro MusliminIndonesia (Masyumi) dan dipilih sebagai Perdana Menteri kelima Indonesia mewakili Parti Masyumi.

Sumbangan dan jasa M. Natsir untuk agama dan negara diiktiraf apabila dinobatkan sebagai wiranegara atau Pahlawan Nasional pada 10 November 2008. Akhir tahun 1979, Raja Fahd dari Arab Saudimemberi anugerah Faisal Award melalui King Faisal Foundation di Riyadh. Sebelumnya pada tahun 1967,Universiti Islam Lubnan memberi gelar Doctor Honoris Causa dalam bidang politik Islam. Tahun 1991, gelarankehormatan yang sama dianugerahkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Muhammad Natsir meninggal dunia di Jakarta pada 6 Februari 1993 pada usia 84 tahun.

MOHAMMAD NATSIROleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

KISAH NYATA PEMBENCI MAULID NABI MUHAMMAD SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Pengkisahan ini bermula diceritakan oleh Sayyid Alawi. Ia pula diceritakan daripada ayahandanya Sayyid AbbasAl-Maliki Al-Hasani. Ketika Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani menghadiri peringatan Maulid Nabi Muhammad SAWdi Baitul Muqaddas Palestin.

Beliau sangat hairan menyaksikan seorang lelaki tuaberuban yang terus-menerus berdiri sejak awal pembacaan maulid sampai acara selesai di dalam Majlis Selawat.

Sayyid Abbas lantas memanggilnya, "Duhai tuan, apa yang anda lakukan, mengapa anda berdiri sejak awal MajlisMaulid sampai acara pembacaan Maulid selesai?”

Lalu dia menjawab,

"Dahulu kala, saya pernah berjanji saat menghadiri sebuah Maulid Nabi Muhammad SAW untuk tidak berdiri hinggaacara selesai, termasuk saat Mahallul Qiyam, ketika para jemaah berdiri serentak sebagai tanda penghormatankepada Baginda Rasulullah Muhammad SAW, sebab menurutku hal itu adalah bid’ah sayyi'ah (bid'ah yang buruk),”katanya.

Namun tiba-tiba, kata orang itu kepada Sayyid Abbas, suatumalam saya bermimpi menghadiri dan duduk di majlismaulid Nabi Muhammad SAW bersama jemaah yangbersiap-siap menunggu kehadiran Nabi SAW, maka padasaat Rasulullah SAW hadir, para jemaah pun bangkitberdiri untuk menyambut kehadiran Nabi SAW. Pada saatitu aku menyaksikan Rasulullah SAW melewatiku danberkata, “Kamu tidak perlu berdiri, kamu duduk sahajadi tempatmu."

“Aku pun ingin berdiri namun terasa berat dan susah sekali."

"Sejak saat itulah aku sering sakit dan bahkan organ-organku bermasalah. Sehingga aku bernazar, jikalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku maka aku berjanji setiap ada maulid aku akan berdiri dari awal maulid hingga akhir. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT aku diberikankesembuhan."

Sayyid Abbas pun mempersilakan orang tersebutmelaksanakan nazarnya.

Maka jelas daripada penceritaan ini bahawa Majlis Maulid yang mempunyai Mahaalul Qiyam itu dihadiri oleh Baginda SAW.

Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan

kurnia dan nikmatterbesar kepada kita. Firman Allah SWT:

“Katakanlah, dengan Kurnia Allah dan Rahmat-Nya,hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia AllahSWT dan RahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Yunus: 58).

Dalam ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kita agar bergembira dengan Anugerah dan Rahmat-Nya, sedangkanNabi Muhammad SWT adalah Anugerah dan Rahmatterbesar yang diberikan oleh Allah SWT.

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk(menjadi) Rahmat bagi semesta alam.” (QS. Al-Anbiya’: 107).

Pengungkapan rasa gembira ini sangat perlu sebagaimanayang telah Nabi Muhammad SAW contohkan sendiridengan cara berpuasa pada hari Kelahiran RasulullahSAW sebagai meraikan hari kelahiran Baginda SAW.

Dalam sebuah hadits diriwayatkan:

Diriwayatkan dari Abu Qatadah Al-Ansori: “BahawaRasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Isnin. Maka Baginda SAW Menjawab, "Pada hari itulah akudilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.” (HR. Muslim:1978).

RUJUKAN:● Kitab Al-Hadyu At-Taam Fi Mawaarid Al-Maulid An-Nabawi, hal.

50-51, karangan Syeikh Muhammad Ali bin Husain Al-MalikiAl-Makki.

● Dikisahkan pula oleh Habib Jailani Asy-Syathiri, berasal dari Sayy-id Muhammad, dan Sayyid Muhammad dari Ayahandanya SayyidAlawi, dan Sayyid Alawi dari Ayahandanya Sayyid Abbas Al-Maliki Al-Hasani.

1625 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

AURAT WANITAOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz, saya ada masalah untuk memahami batas-batas aurat wanita. Bolehkah ustaz jelaskan di manakah bahagian-bahagian tertentu yang digariskan oleh Islam terhadap aurat wanita?

JAWAPANSebelum itu biarlah terlebih dahulu saya jelaskan pengertian aurat itu. Aurat dari segi bahasa ialah keaiban manakala dari segi istilah syarak pula ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

Jadi, aurat bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

Aurat perempuan sebagaimana yang telah dinyatakan oleh jumhur ulama (majoriti) ialah seluruh anggotanya kecuali muka dan dua tangannya (yang boleh diperlihatkan kepada selain muhrim (orang yang boleh atau tidak haram berkahwin dengannya). Hukum ini bersandarkan kepada dalil dari firman Allah SWT surah An-Nur ayat 31:

Yang bermaksud: “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah sama ada mereka sedari ataupun tidak.1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa anggota tubuh.2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan

cara berpakaian Muslimah.4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, lehernya, rambutnya,

lengannya, kakinya dan sebagainya.5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, glamour dan nilai-nilai kesombongan orang

yang memakainya.

Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudari-saudari Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka mahu melanggar hukum tapi akibat salah faham tidak tahu dimana batas-batas aurat seseorang Muslimah dan juga pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Wallahu a’lam.

BERDOALAHOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Allah Ta’ala mendorong hamba-hamba-Nya untuk berdoa dalam banyak ayat Al-Quran Al-Karim, seperti firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-A’raf: 55 - 56:

55. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."

56. "Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya."

65. "Dialah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepada-Nya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (QS. Ghafir: 65).

Dan Allah Ta’ala pun mengkhabarkan kepada hamba-hamba-Nya bahawa Dia dekat dengan hamba-Nya yang berdoa kepada-Nya dan menjanjikan akan mengabulkan doa hamba-Nya, Allah Ta’ala berfirman:

186. "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (QS. Al-Baqarah: 186).

62. "Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (An-Naml: 62).

625 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yangtepat - benar (dalam segala perkara), supaya ia memberi taufi q dengan menjayakan amal-amal kamu danmengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan”.

Ibnu Katsir menafsirkan bahawa Allah SWT memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman agartetap bertakwa kepadaNya dan menyembahNya seakan-akan dapat melihatNya, dan hendaklah merekamengungkap perkataan yang benar, jujur, tidak bengkok dan tidak menyimpang. Lalu Allah SWT menjanjikankepada mereka yang melaksanakan perintah-Nya, akan mengurniakan pahala di samping memperbaiki amalperbuatan mereka. Allah SWT memberi mereka taufi k untuk mengerjakan amal-amal yang soleh, lalumengampuni dosa-dosa mereka yang terdahulu, manakala dosa yang akan mereka lakukan di masa mendatang, Allah SWT akan mengilhamkan untuk bertaubat darinya.

Sememangnya lidah tidak bertulang nampak lembut tapi boleh sahaja menjadi tajam lebih dari pedang danberbisa dari racun bak kata Imam Syafi e rhu yang tajam itu adalah lidah. Islam terus memperingatkanpenganutnya untuk sentiasa menjaga lidah dan tuturkata umatnya. Angkara bicara sang lidah walau hanyasesaat boleh memporakperandakan sebuah keharmonian.

Realiti pertama yang akan menimpa seseorang yang tidak menjaga lisannya dengan baik ialah kerugian. Rugi bukan sahaja kehilangan teman tetapi yang lebih dahsyat ialah kehilangan pahala yang terhasil dari bicarayang berbaur ujub, riya dan suma’ah.

Manakala yang kedua, lisan yang tidak dijaga akan menyakitkan hati orang lain. Justeru itulah nabi SAWmenggambarkan seseorang yang bergelar muslim harus menggambarkan kebaikan dan ketenangan kepadaorang lain sebagaimana sabdanya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: “Seorang muslim ialah orangmuslim lain akan berasa sejahtera dan selamat dari lisan (bicara) dan tangannya (perbuatannya).”

Tidak menjaga lidah juga termasuk mengungkapkan kata-kata kesat, memaki, memfi tnah, memburuk-burukperibadi mahupun fi zikal orang lain, berbohong, berkata besar dan mengajak manusia kepada kemungkaran.Oleh kerana itu Islam amat menjaga umatnya agar tidak cenderung melakukan perbuatan berkenaan dengansentiasa memfokuskan minda dan ingatan mereka kepada alam akhirat yang tersaji segala nikmat dan azabkerana terjerumus dengan dosa.

Ingatlah amaran nabi SAW bahawa golongan yang ke sepuluh yang akan dibangkitkan di padang mahsyardalam keadaan lidahnya terkeluar dari tengkuknya. Mereka adalah golongan yang suka mengadu domba dansuka melihat orang lain bergaduh. Mereka mengadu domba menerusi lisan, tulisan atau perkhabaran.

Orang yang berakal seharusnya lebih banyak mempergunakan kedua telinganya dari mulutnya. Dia perlumenyedari bahawa hikmah dia diberi dua pasang telinga, sedangkan hanya diberikan satu mulut supaya dialebih banyak mendengar dari berbicara. Seringkali kita dengar orang menyesal di kemudian hari lantaranperkataan yang diucapkannya, sedangkan diamnya tidak akan pernah membawa penyesalan. Menahan diridari perkataan yang belum diucapkan adalah lebih mudah dari menarik balik perkataan yang telah terlanjurdiucapkan.

Sama-samalah kita renung kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib “Hanya lidah sahaja yang mahu berdusta danberbohong, namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafi kan apa yang diungkapkan oleh lidah”.

AYAT AL-QURAN SURAH AL-AHZAB : 70 - 71"HATI-HATI DENGAN KATA-KATA”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Al-Quran menghimpunkan kisah-kisah umat terdahulu yang benar pernah berlaku, pertempuran antara kebaikan dankejahatan, antara para nabi dan musuh mereka; agar kita sebagai umat Islam mencontohi para nabi dan mengikutikebaikan, serta mengenalpasti ciri-ciri musuh mereka dan berwaspada daripada kejahatan.Di antara kisah yang seringkali diulang Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya ini ialah, pertempuran agung antara NabiMusa kalimullah melawan firaun si taghut, yang mengajak manusia syirik menyembah dirinya dan egonya. Kisah yangberakhir dengan kemenangan Nabi Musa dan kemerdekaan Bani Israel, serta kematian firaun dalam kehinaan.Di antara kezaliman yang dilakukan firaun ini kepada bangsanya ialah merendahkan akal bangsanya. Allah Ta’alaberfirman:

“(Dengan yang demikian), maka Firaun merendahkan akal (memperbodohkan) kaumnya, lalu mereka mematuhinya; kerana sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.” (az-Zukhruf, 54).Sayyid Qutb di dalam Fi Zilal al-Quran, tafsirnya yang terulung itu, telah melakukan analisa yang sangat halus danmenarik, berkenaan ketaghutan firaun di dalam ayat ini.“Perihal para taghut merendahkan (memperbodohkan) orang ramai ini merupakan satu perkara yang tak asing lagi.Mereka pada awalnya akan menjauhkan orang ramai daripada segala akses kepada ilmu pengetahuan. Mereka (parataghut) menghalang (pengetahuan) kebenaran daripada mereka (orang ramai), hinggalah mereka melupakannya danmereka tidak lagi tercari-cari akannya (kebenaran) itu.Mereka (para taghut) mengisi benak hati mereka (orang ramai) dengan segala macam perkara yang memberi kesan(influence), sepertimana yang mereka inginkan, hinggalah jiwa-jiwa mereka (orang ramai) itu terbiasa denganinfluence yang sintetik (buatan manusia) itu. Lalu, menjadi mudahlah urusan merendahkan akal mereka sesudahitu, dan licinlah urusan penggembalaan mereka (orang ramai). Mereka (para taghut) akan menggerakkan mereka(orang ramai) ke kiri dan ke kanan dengan tenang dan senang sekali!Dan, para taghut itu pula tidak akan mampu memperlakukan orang ramai sedemikian, melainkan, kerana merekajuga adalah orang-orang fasiq yang tidak istiqomah di dalam jalan (yang lurus, yakni agama), tidak berpegang dengantali Allah (al-Quran) dan tidak menimbang dengan neraca Iman.Adapun orang yang beriman, amat susahlah untuk memperdayakan mereka, dan memperbodohkan mereka, danmempermainkan mereka umpama bulu ditiup angin.Daripada sinilah, al-Quran menjelaskan sebab mengapa orang ramai patuh kepada firaun, dengan firman-Nya, “(Denganyang demikian), maka Firaun merendahkan akal (memperbodohkan) kaumnya, lalu mereka mematuhinya; keranasesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.” (Fi Zilal al-Quran, Sayyid Qutb, j5ms3194, terjemahan sendiri)Beliau menyatakan bahawa, firaun tidak akan mampu merendahkan akal bangsanya, melainkan kerana bangsanyabersedia untuk diperbodohkan, dan hanya diam saat kebenaran dipersoalkan, atas dasar ‘firaun mustahil salah’dan ‘firaun meneruskan agama nenek moyang’. (ruj. ayat 26 surah Ghafir). Hal inilah yang menyebabkan Allah SWTmengecam mereka sebagai kaum fasiq, kerana diam dan bersedia dibodohkan oleh propaganda firaun, serta tidakmenghormati akal sendiri yang dikurniakan Allah SWT untuk berfikir dan menimbang baik buruk sesuatu keputusan.Lalu, sekiranya kita lihat diri kita pada zaman kini; adakah kita ini seperti kaum firaun yang fasiq itu, ataukah kita sepertiNabi Musa yang lantang menyuarakan kebenaran, yang istiqomah atas kebenaran dan susah termakan propaganda yang membodohkan?Adakah firaun-firaun umat manusia masih berleluasa; dengan projek merendahkan akal masyarakat dan menghalangorang ramai daripada pengetahuan tentang kebenaran? Maka berwaspadalah. Semoga Allah SWT mengurniakan kita para pemimpin seberani Nabi Musa, yang bersuara atas nama Allah SWT, demi karomah insaniyah dan maruah kita sebagaihamba Allah SWT satu-satunya, bukan hamba kepada sesiapa pun.

SANG TAGHUT MERENDAH-KAN AKAL BANGSANYA:ANALISIS SAYYID QUTBOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

1425 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

WANITA ISLAM MENZIARAHI KUBUROleh:

Fatin Adilah Haji SaufeeBahagian Dakwah, JHEAINS

Bolehkah para wanita menziarahi kubur? Ada yang mengatakan sunat, ada juga yang berpendapat hukumnya haram, manakala ramai yang mengatakan hukumnya harus.

Wanita dikenali sebagai makhluk yang berhati lembut, cepat beremosi, mudah untuk terasa hati dan mudahmenangis. Oleh kerana itu Rasulullah SAW pernah melaknat wanita menziarahi kuburan kerana sikapmengeluh yang melampau, meratap dan menzahirkan kesedihan secara berlebihan. Ini berdasarkan kepadahadith Nabi SAW:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW melaknat wanita yang menziarahi perkuburan.” (Riwayat al-Tirmizi (1056)).

Namun begitu, beberapa ketika selepas laknat ini, Rasulullah SAW memberi rukhsah dalam menziarahi kubur.

Daripada Buraidah al-Aslami RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku pernah melarang kamu untuk menziarahi perkuburan. Maka kini, ziarahilahkuburan, kerana ia mengingatkan kamu kepada akhirat.” (Riwayat Ahmad (23005)).

Tidak seperti lelaki iaitu para ahli feqah tiada khilaf bahawa sunat hukumnya bagi lelaki menziarahi perkuburan,mazhab jumhur ulama’ mengatakan bahawa hukum wanita menziarahi kubur adalah makruh kecuali menziarahikubur Rasulullah SAW. Manakala sebahagian ulama menyatakan sunat bagi wanita untuk menziarahi kuburkaum kerabatnya (al-Taqrirat al-Sadidah)

Menurut pengarang Kitab Fiqh Al-Manhaji pula berkata:

“Namun sunat bagi mereka menziarahi kubur Rasulullah SAW, para anbiya’ dan orang soleh dengan syaratmereka tidak memperagakan diri, bercampur gaul, bersesak-sesak, bersentuhan dengan kaum lelaki danmeninggikan suara yang mungkin membawa fi tnah sebagaimana yang banyak berlaku ketika mereka berziarah.”

Oleh itu sebagai wanita, adalah penting untuk kita memperhatikan adab-adab menziarahi kubur agar kita aman daripada fi tnah.

Adab-adab menziarahi kubur bagi wanita 1. Disunatkan berwudhu. 2. Menutup aurat dan berpakaian sopan. 3. Sebaiknya ditemani muhrim/suaminya . 4. Memberi salam secara umum kepada ahli kubur. 5. Tidak berhias secara berlebihan/tabarruj. 6. Mendoakan si mati dan banyakkan mengingati kematian. 7. Tidak bergosip dan berborak luar keperluan sewaktu menziarahi kubur. 8. Menjaga suara daripada meninggi dan ketawa mengilai. 9. Dilarang meratap, meronta-ronta dan memukul-mukul pipi (menzahirkan kesedihan secara melampau). 10. Tidak bercampur dengan lelaki secara keterlaluan, bersentuhan dan bertepuk tampar. 11. Dilarang mengambil keberkatan dari kubur dan melakukan khurafat. 12. Dilarang memijak kubur.1 3. Selfi e di perkuburan untuk menunjukkan kecantikan adalah tidak beradab.

KEADILAN DAN KURNIAAN ALLAH SWTOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada lbnu Abbas RA daripada Rasulullah SAW, sebagaimana yang Baginda riwayatkan suatu riwayat dariAllah SWT. Allah SWT berfi rman: "Sesungguhnya Allah SWT telah menulis (menetapkan ganjaran) segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia menjelaskan hal tersebut: maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itudi sisi-Nya sebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatukebajikan lalu dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kebajikan itu di sisi-Nya sepuluh kebajikansehingga tujuh ratus kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintasmahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, maka Allah SWT akan menulis di sisi-Nyasebagai satu ganjaran kebajikan yang sempurna. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatandan dia melakukannya, maka Allah SWT akan menulis kejahatan itu dengan satu balasan dosa sahaja."(Diriwayatkan oleh lmam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.)

HURAIAN HADISHadis di atas adalah sebuah hadis Qudsi yang mengandungi berita gembira dan harapan yang amat tinggiterhadap kurniaan Allah SWT serta rahmat-Nya yang melimpah-ruah meliputi segala sesuatu. Sesungguhnyahadis ini memberikan harapan dalam setiap jiwa dan mendorong kita untuk beramal serta berusaha kerasdi bawah pengawasan, pengetahuan, kekuasaan serta keadilan Allah SWT.

Hadis tersebut menjelaskan kepada kita sesungguhnya Allah SWT Maha Adil lagi Maha Pemurah. Dia membalassatu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satukebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah SWT tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan niatnya itu. Sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat kemudian dibatalkanniatnya itu, maka dia akan dikurniakan satu pahala. Begitulah kemurahan dan kurniaan dari Allah SWT.

PENGAJARAN HADIS1. Apabila kita sentiasa meniatkan perbuatan baik dan membuktikannya, maka akan ditulis pahala dan

ganjarannya.

2. Semakin tinggi tahap keikhlasan seseorang, maka semakin berlipat ganda pahala dan ganjaran dikurniakan oleh Allah SWT.

3. Rahmat Allah SWT terhadap makhluknya amatlah luas dan pemberian-Nya tidak ada hadnya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

825 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

KEIMANAN KEPADA RASUL: KELAHIRANNABI MUHAMMAD SAW SATU RAHMAT AGUNG KEPADA

ALAM SEMESTA (BAHAGIAN 3)Oleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Perutusan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah SWT kepada seluruh manusia dan makhluk di alam ini. Bahkan hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah manifestasi kasih sayang Allah SWT kepada makhluk-Nya. Perutusan baginda sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin memberikan jutaan rahmat kepada seisi alam ini. Antara kisah yang boleh kita petik sebagai gambaran betapa kelahiran Rasulullah SAW ke dunia ini membawa curahan rahmat yang tidak terhingga.

Sheikh Muhammad bin Alwi Al-Maliki dalam risalahnya “Haulal Ihtifal bil Maulid”, dia berkata:

“Telah datang dalam Shahih Al-Bukhari bahawa diringankan seksaan Abu Lahab setiap hari Isnin dengan sebab dia memerdekakan Tsuwaibah iaitu hamba jariyahnya …”

Imam As-Suyuthi ketika menghuraikan petikan hadith tersebut berkata:

“Jika Abu Lahab yang kafir ini, yang Al-Quran telah turun mencelanya, diringankan (seksaannya) di neraka dengan sebab kegembiraan dia dengan malam kelahiran Nabi Muhammad SAW, maka bagaimana pula keadaan seorang muslim yang bertauhid dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW yang gembira dengan kelahiran Baginda dan menghabiskan seluruh kekuatannya dalam mencintai baginda SAW!, saya bersumpah bahawa tidak ada balasannya daripada Allah SWT Yang Maha Pemurah, kecuali Dia akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan berkat keutamaan Baginda SAW.”

Maka amat benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107 yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai Rahmatan Lil ‘Alamin. Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya menafsirkan ayat mulia tersebut sebagai berikut :

Menurut “Said bin Jubair berkata: daripada Ibnu Abbas, beliau berkata:

“Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah rahmat bagi seluruh manusia. Bagi yang beriman dan membenarkan ajaran beliau, akan mendapat kebahagiaan. Bagi yang tidak beriman kepada beliau, akan diselamatkan dari bencana yang menimpa umat terdahulu berupa ditenggelamkan ke dalam bumi atau ditenggelamkan dengan air.”

Manakala Sheikh Ash Shabuni dalam kitab Shafwatut Tafasir pula memberikan pandangan berkenaan ayat tersebut:

Maksud ayat ini adalah "Tidaklah Kami mengutusmu, wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat bagi seluruh makhluk." Sebagaimana dalam sebuah hadis:

“Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah).” (HR. Al Bukhari dalam Al ‘Ilal Al Kabir 369, Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman 2/596).

Orang yang menerima rahmat ini dan bersyukur atas nikmat ini, ia akan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Allah SWT tidak mengatakan ‘rahmatan lilmu’minin‘, namun mengatakan ‘rahmatan lil ‘alamin‘ kerana Allah SWT ingin memberikan rahmat bagi seluruh makhluknya dengan diutusnya pemimpin para Nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda diutus dengan membawa kebahagiaan yang besar. Baginda juga menyelamatkan manusia daripada kesengsaraan yang besar dan menjadi sebab tercapainya berbagai kebaikan di dunia dan akhirat. Baginda memberikan pencerahan kepada manusia yang sebelumnya berada dalam kejahilan dan menyuluh jalan hidayah kepada menusia yang sebelumnya berada dalam kesesatan. Inilah yang dimaksud rahmat Allah bagi seluruh manusia. Bahkan orang-orang kafir mendapat manfaat dari rahmat ini, iaitu ditundanya hukuman bagi mereka. Selain itu mereka pun tidak lagi ditimpa azab misalannya berupa diubah menjadi binatang, atau dibenamkan ke bumi atau ditenggelamkan ke dalam air.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DALAM ISLAMOleh:

Aisyah binti Muhammad SayutiAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Seperti yang kita sedia tahu, piramid makanan merupakan tahap kadar pengambilan bagi setiap kumpulan makanan dengan cara yang sihat iaitu pengambilan karbohidrat, vitamin dan mineral, protein dan lemak. Namun, tahukah anda bahawa dalam Islam, ianya telah pun dinyatakan dalam Al-Quran dan juga dalam Sunnah Baginda SAW mengenai amalan pemakanan yang seimbang?Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 iaitu:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."

Daripada ayat al-Quran di atas, ianya telahpun dinyatakan kepada kita untuk mengambil makanan yang baik iaitu makanan yang berkhasiat dan sihat yang bukan sahaja memberikan kesan yang baik kepada tubuh badan kita malah kepada minda dan jiwa kita. Telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 261 iaitu:

Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Jika kita lihat dengan lebih teliti, betapa mulianya biji-bijian yang diciptakan oleh Allah SWT di mana ianya disamakan dengan orang yang membelanjakan harta ke jalan-Nya dan biji-bijian itulah yang memberikan manfaat terbesar dalam hidup kita kerana ianya mampu menghasilkan tenaga kepada tubuh badan kita dengan memakannya. Biji-bijian itulah yang termasuk dalam kumpulan karbohidrat.Manakala dalam potongan Surah Al-An’am ayat 141:

Maksudnya: “Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah…”

Allah SWT telah menciptakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat bagi umat manusia untuk mengambil manfaatnya. Ianya juga termasuk dalam kumpulan yang memberikan vitamin dan mineral kepada tubuh badan manusia. Selain itu, Allah SWT juga telah berfirman dalam Surah al-Mukminun ayat 21 mengenai binatang ternak yang mana manusia dapat memperoleh faedah daripadanya dan termasuk daripadanya daging dan susu:

Maksudnya: "Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.

Meskipun makanan tersebut adalah dibolehkan bagi umat Islam untuk memakannya, akan tetapi pengambilan bagi setiap makanan hendaklah berpada-pada kerana Allah SWT juga ada berfirman dalam ayat al-A’raf ayat 21 yang bermaksud “…makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau...” Hal ini kerana makan secara berlebihan boleh menimbulkan sifat lalai dan tamak dalam diri seseorang serta boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri.

1225 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Majlis Perjumpaan warga JHEAINS daerah Ranau bersamaYang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINS

di Dewan Terbuka Sekolah Agama Negeri (SAN) Lohan Ranau pada 15 Oktober 2019

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Sa'adah Wisma MUIS pada 6 November 2019, seramai 17 orang peserta hafiz dan hafizah yang mewakili dua kategori iaitu 1/10

hingga 1/20 juzuk, pemenang setiap kategori akan mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Negeri Sabah telah dipilih sebagai tuan rumah

Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) pada Februari 2020.

Peristiwa

1025 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 25 Rabiulawal 1441H/22 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11