shoutul islam dari meja editor laman puisi islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain...

10

Upload: votruc

Post on 10-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Syawal telah berlalu. Kenangan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri masih dapat dirasakan. Apatah lagi bila sanak saudara dan rakan taulan yang sudah lama tidak berjumpa, kita temui dan santuni. Persaudaraan dan persahabatan yang selama ini dipisahkan oleh jarak dan masa semakin terasa dekat. Semuanya kerana Aidilfitri yang disambut sepanjang bulan Syawal lalu. Kunjung mengunjungi, maaf bermaafan dan melayani tetamu adalah cara terbaik mengeratkan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturrahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, ataupun berdiam sahaja dari bercakap perkara yang sia-sia.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ikatan persaudaraan sesama muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain. Walaupun secara zahirnya manusia akan kembali menemui Allah SWT dalam keadaan keseorangan, tetapi seorang mukmin tetap bergantung kepada doa daripada saudara Islam untuk mendapat tempat yang baik di akhirat nanti. Islam juga mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain kerana dengan persaudaraan itulah hubungan ukhuwah kita akan lebih mengakar dan membumi.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)." (Riwayat Bukhari). Pentingnya seorang mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap manusia tidak pernah lari daripada melakukan salah dan silap, pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Tetapi itu boleh dipadamkan seandainya kita bersedia untuk memaafkan orang lain.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling dengki, menipu, marah dan memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain, haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (Riwayat Muslim).

Firman-Nya yang bermaksud: "Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al Hujurat, ayat 10).

Semoga persaudaraan antara sesama kita akan bertambah kukuh walau Syawal telah berlalu.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIhAt

YBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangulPengarah

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahkEtUA EDItor

Ustaz Mohamad sidik Haji awang aditimbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

tIMbAlAN kEtUA EDItorUstaz abd. razak Hamdin

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])SIDANG PENGArANG

adi Pitang([email protected])

Ustaz asmuni ali([email protected])

Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])Tuan Haji nordin Lossin

([email protected])encik abdu khalil bin HassanTuan Haji sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

encik Mohd azrul nizam bin JunaidiUstaz amiruddin Mohd rosdiencik Mohd alwie noorbaki

Puan norlela bt. Lakibul

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabahbeg berkunci 103, tingkat 9, blok b, Wisma MUIS

88737 kotA kINAbAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

telus berbuat kebaikan

Jangan pernah menyalahkan takdir

redha akan segala ketentuan Ilahi

muhasabah tingkatkan usaha

sebagai hamba-Nya wajib bersyukur

bersungguh berkata benar

kebenaran adalah wadah mendidik tawakal

usah berteman setitik zarah pun hasutan

saling berpesan telus berbuat kebaikan

jayakan matlamat untuk beroleh keberkatan

hiasi kesempurnaan akhlak sebagai insan

destinasi dunia ke akhirat itu pasti

Insyallah akan diampuni

akan diredhai

dan akan dirahmati-Nya.

Oleh:duliam suarikota kinabalu.

22 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

BIL. pendedahan jenIs kanser

1. Tembakau/rokok Paru-paru

2. Cahaya Ultraviolet Melanoma

3. Radiasi Leukimia

4. Bahan Kimia/Asbestos Mesothalioma

5. Virus (HPV) Serviks/Rahim

kesaLahan jurunIkah tanpa keBenaranOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

kanser dan rawatan(BahagIan 2)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

MutasiApa itu Mutasi ? Kanser sel terjadi apabila ada proses mutasi di dalam DNA sel itu. Mutasi adalah perubahan material genetic (DNA) dalam satu sel yang disebabkan oleh faktor keturunan, virus, radiasi, bahan kimia, pancaran UV atau kekurangan nutrien tertentu.

Sel kanser yang menjalani proses mutasi akan bersifat immortal iaitu kekal abadi. Sel-sel itu tidak akan mati dan akan membiak dan mengembang tanpa kawalan. Kenapa sel-sel kanser tidak boleh mati? Semasa sel bermutasi, program genetik apoptosis yang mengawal kehidupan semula jadi dan kematian sel-sel telah mengalami kerosakan. Ini menyebabkan sel-sel ini terus membiak tanpa kawalan.

Pendedahan kepada perkara berikut boleh menyebabkan kerosakan DNA dan penyebab kepada pelbagai jenis kanser.

Proses MetastasisMetastasis adalah mekanisma yang menyebabkan sel-sel kanser merebak dari kawasan awal (primary tumor) ke lokasi lain di dalam tubuh (secondary tumor). Ini bermakna sel kanser tidak tertumpu pada satu kawasan dalam tubuh badan kita. Ia mempunyai keupayaan untuk bergerak ke bahagian lain tubuh badan kita. Proses ini dinamakan “metastasis”.

Metastasis adalah proses kanser yang amat merbahaya kerana sembilan daripada sepuluh pesakit kanser meninggal dunia disebabkan oleh metastasis, bukan sebab tumor utama.

Misalnya sel kanser payudara. Ia merebak ke paru- paru dan ke tulang. Sel-sel kanser mampu menembusi dinding saluran darah dan ikut serta beredar (circulation) ke seluruh anggota badan atau merebak melalui sistem limfa.

Sel-sel ini dapat merebak jauh ke tempat asalnya (primary tumor) ke lokasi lain (secondary tumor) melalui sistem darah dan sistem limfa. Apabila sel kanser telah merebak, sel-sel kanser ini mampu untuk ‘hidup’ dengan sendirinya di lokasi baru.

Perkembangan Kanser mengikut tahapTahap 1Ini adalah tahap terawal kanser menyerang. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah sekitar tidak lebih 2 sentimeter. Sasaran serangan hanyalah bertumpu kepada kawasan tubuh yang sedang dihidapi kanser sahaja. Ada juga pesakit yang belum menyedari bahawa mereka menghidapi kanser pada tahap ini.

Tahap 2Pada peringkat ini, ukuran ketumbuhan barah akan meningkat hingga 5 sentimeter dan mula merebak ke bahagian lain dalam tubuh.

Tahap 3Saiz ketulan barah adalah 5 sentimeter. Pada peringkat ini, kanser sudah merebak ke organ terdekat, kulit ataupun otot yang terdekat.

Tahap 4Ini adalah tahap akhir dan paling kritikal. Serangan kanser ini menjalar ke bahagian serta organ yang terletak agak jauh dari kawasan awal tempat sakit. Pada tahap ini pembedahan sudah tidak boleh dilakukan lagi.

Sistem KelenjarSistem imuniti di dalam tubuh badan kita yang mengandungi sel-sel darah putih dikawal oleh sistem kelenjar atau lymphatic system. Dalam tubuh badan manusia terdapat 500 hingga 700 nodus limfa. Melalui saluran limfa, sel-sel darah putih menyalur dan mengawal seluruh tubuh badan kita.

Bersambung...

kesaLahan IsterI tIdak Menurut perIntahOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Syurga isteri terletak pada suami. Dalam erti kata lain mentaati segala perintah suami adalah wajib bagi isteri kerana segala dosa isteri akan ditanggung oleh suami. Namun ketaatan itu terbatas dalam ruang lingkup hal-hal yang diredhai Allah SWT, dan bukannya hal yang mendatangkan mudarat atau yang ditegah dalam islam.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 mafhumnya: "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka."

Ayat ini menjelaskan ciri-ciri wanita yang solehah itu adalah wanita yang taat dan menjaga maruah dirinya walaupun suaminya tidak berada di sampingnya. Hak yang wajib ditunaikan oleh seorang suami terhadap isterinya ialah seperti

nafkah zahir dan batin, tempat tinggal serta sikap menyantuni isteri dengan lemah lembut. Apabila hak itu gagal ditunaikan atau suami melakukan kezaliman terhadap isteri, maka hilanglah hak suami untuk ditaati.

Manakala sekiranya isteri ingkar akan perintah suaminya, meskipun ianya tidak mendatangkan mudarat padanya maka isteri tersebut dikira nusyuz atau derhaka pada suaminya. Seorang isteri dianggap nusyuz apabila melakukan hal-hal seperti berikut:1. Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin.2. Meninggalkan rumah tanpa izin suami dan tanpa alasan yang munasabah.3. Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syari’e.4. Melawan dan tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan

syariat. Sebagai contoh: suami mengarahkan isteri untuk menutup aurat namun isteri enggan melakukannya.5. Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah. Sebagai contoh tidak mahu

menguruskan hal rumahtangga seperti memasak, mencuci pakaian, menguruskan anak dan sebagainya sesuka hati dengan sengaja.

6. Mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Merujuk sek 130 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004: seseorang perempuan yang bersengaja tidak menurut sesuatu perintah yang diberi oleh suaminya yang sah mengikut Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau, bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudiannya, denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Hukum nusyuz adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar. Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan memukul mengikut yang dibenarkan syarak. Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah. Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz. Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah. Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’(bersetubuh atau berseronok-seronok). Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

Justeru itu, penerapan dan penghayatan agama dalam rumahtangga adalah wajib dilakukan bagi mewujudkan rumahtangga yang sakinah. Proses memupuk keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah. Ianya dimulai dengan toleransi, memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan serta sentiasa berikhtiar dan berusaha memperbaiki diri masing-masing agar dapat mempertahankan rumahtangga yang dibina.

182 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

Pengarah JHEAINS menerima hamper kemenangangerai tercantik dari YAB Ketua Menteri Sabah

sempena Majlis Raya Perdana itu.

panas deMaM yang dIrasakan rasuLuLLah saw dua kaLI ganda

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

raya perdana 7Oleh:

Adi Pitang

Masing-masing agensi sibuk ketika aku melangkah masuk ke dewan Saadah Wisma MUIS pukul 8.30 malam itu. Kamar bersama rakan-rakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) cawangan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) masih tekun membuat persiapan terakhir gerai masing- masing sempena Majlis Raya Perdana Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri (Menteri Agama) Bersama Agensi-Agensi Agama Dan Ngos’s Islam Sabah Kali Ke-7. Malam itu sempat berbincang persiapan terakhir dengan YB Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang ketika itu bersama Setiausaha MUIS baru, Ramlan Awang Ali dan Haji Sharom Abd Gafar (SR Event), yang kebetulan meninjau persiapan Majlis Raya Perdana itu.

Pukul 9.35 pagi itu, suasana nampak meriah di Dewan Saadah dengan gerai-gerai agensi yang telah dihias cantik dan susunan juadah yang pelbagai jenis dan warna yang disediakan oleh tiap agensi. Sememangnya dari awal telah dirancang dan diputuskan bahawa setiap agensi akan membawa juadah yang berlainan di antara agensi. Setelah penganjuran kali ke-7, majlis Raya Perdana ini telah disertai oleh Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri. Agak menarik, penyertaan Kementerian ini telah mengundang kehadiran rakan-rakan yang bukan beragama Islam secara rasmi, walaupun kehadiran mereka atas dasar “kawan sekerja” sebelum ini memang ada.

YB Datuk Haji Aidi dalam ucapan alu-aluannya menyatakan rasa bangganya bila melihat rakan-rakan dari pelbagai kaum dan agama sudi hadir dalam majlis raya perdana itu. Katanya, sambutan perayaan ini oleh masyarakat yang mempunyai kepercayaan lain, mencerminkan perpaduan, keharmonian dan toleransi agama yang wujud dalam masyarakat yang berbilang budaya. Ciri-ciri inilah yang menjadikan negeri ini sangat unik dan tersendiri berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Tambahnya lagi, dalam konteks perayaan, dapat lihat semua bangsa bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perkara ini turut berlaku dalam perayaan Pesta Kaamatan, Tahun Baru

Cina, Hari Deepavali ataupun Krismas. Beliau juga melahirkan keyakinannya bahawa majlis seperti ini merupakan satu wadah bagi memupuk sikap saling memahami dan bertolak ansur sesama masyarakat kerana Aidilfitri memberi kesempatan kepada semua untuk saling bermaaf-maafan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin.

Majlis Raya Perdana ini diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah dan isteri, Datin Seri Panglima Hajjah Shuryani binti Datuk Haji Shuaib. Beliau telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 16 buah agensi yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pada tahun ini pemenang utama bagi gerai terbaik dianugerahkan kepada JHEAINS, YADIM tempat kedua dan MUIS di tempat ketiga. Hadiah hamper kepada pemenang telah disumbangkan oleh SR Event Sdn. Bhd. dan wang tunai RM1,000.00 oleh Bank Muamalat, Kota Kinabalu.

Majlis Raya Perdana ini bukan suatu yang mudah untuk dilaksanakan sekiranya tanpa kerjasama semua pihak. Komunikasi yang berkesan, arahan yang jelas, percaya kepada rakan-rakan dan rasa kepunyaan (sence of belonging) adalah kunci kepada kesinambungan penganjuran program ini. Apatah lagi program seumpama ini bukan setakat jamuan secara besar-besaran tapi penganjurannya lebih kepada mengeratkan silaturahim di antara warga agensi dan orang awam. Majlis yang lebih bersifat kekeluargaan tanpa batas protokol. Setiap agensi adalah tuan rumah kepada tetamu yang datang.

Semoga penganjuran kali ini akan memberi manfaat kepada semua pihak. Selamat tinggal Syawal, moga kita akan dipertemukan lagi.

kIsah hIjrah sahaBat(shuhaIB radhIyaLLahu anhu)

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Ketika hendak berangkat hijrah, kaum kuffâr Quraisy menghalanginya seraya berkata: “Engkau datang kepada kami dalam keadaan miskin. Kemudian hartamu bertambah banyak ketika bersama kami. Sekarang engkau ingin pergi dengan membawa hartamu. Itu tidak akan boleh terjadi!” Mendengar teguran ini, Shuhaib mengajukan tawaran: “Bagaimana pendapat kalian, jika aku memberikan seluruh hartaku kepada kalian? Apakah kalian akan membiarkan aku pergi?”

Mereka menjawab: “Ya”.

Kisah ini terdengar oleh Rasulullah , kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shuhaib telah mendapatkan keberuntungan”.

Dalam riwayat lain disebutkan dari Shuhaib Radhiyallahu anhu, ia berkata kepada orang-orang kafir Quraisy ketika mereka menyusul dirinya: “Maukah kalian aku beri beberapa ons (auqiyah) emas, lalu kalian membiarkan aku pergi?”

Mereka pun setuju. Maka aku katakan kepada mereka: “Galilah di depan pintu (rumah)ku. Di bawahnya terdapat beberapa ons emas,” lalu aku pergi dan bisa menyusul Rasulullah di Quba sebelum beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpindah darinya. Ketika melihatku, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai Abu Yahya, keuntungan perniagaan.” kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat ini :

Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah:207]

Begitulah bagaimana kecintaan sahabat kepada Rasulullah . Hanya kerana ingin ikut hijrah baginda sanggup beliau mengorbankan harta yang banyak.

42 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

''Kebenaran itu terkadang ia lemah, tetapi ia tetap akan menang, sementara kebatilan itu terkadang ia menang, tetapi ia tidak akan berkekalan.'' - al-Syahid Sayyid Qutb.

Sayyid Qutb adalah seorang ulama, ilmuwan, sasterawan, ahli tafsir sekali gus pemikir dari Mesir. Sayyid Qutb atau nama lengkapnya Sayyid Qutb Ibrahim Hussain al-Syazili. Beliau lahir di kampung Musya, daerah Asyut, Mesir pada 9 Oktober 1906, di sebuah desa dengan tradisi agama yang kental.

Beliau ialah seorang pemikir terkemuka Ikhwanul Muslimin di samping pengasasnya, al-Syahid Imam Hassan al-Banna dan juga sering disebut namanya dengan Abul A’la al-Maududi, tokoh gerakan Islam Jamaat-e-Islami Pakistan dan Ali Syariati, pemikir revolusi Republik Islam Iran.

Pada usia 11 tahun, Sayyid Qutb telah sempurna menghafaz al-Quran. Beliau sangat meminati sastera dan membaca buku cerita detektif Sherlock Holmes, buku Seribu Satu Malam, literatur Islam dan astrologi. Sebelum dikenali sebagai filsuf, beliau menulis karya sastera dari tahun 1932 hingga tahun 1949. Dari tahun 1947 hingga 1950 beliau sempat menetap di Amerika Syarikat untuk mempelajari sistem pendidikan di Colorado State College of Education (sekarang University of Northern Colorado) di Greeley, Colorado. Salah satu karya terbaik yang ditulis pada waktu itu ialah al-'adalah al-Ijtima'iyyah fil Islam (Keadilan Sosial dalam Islam) yang diterbitkan pada tahun 1949.

Karya-karyanya yang besar, seperti Ma‘rakat al-Islam wal Ra’sumaliyah (Pertempuran di antara Islam dengan Kapitalisme), Masyahid al-Qiyamah fi al-Quran (Kenyataan Kiamat dalam al-Quran), Taswir al-Fanni fi al-Quran (Deskripsi Seni dalam al-Quran), Mustaqbal li Haza al-Din (Masa Depan Agama Ini), al-Islam wa al-Salam al-‘Alami (Islam dan Kedamaian Sejagat), al-‘Adalah al-Ijtima‘iyyah fil Islam (Keadilan Sosial dalam Islam) dan Fi Zilalil Quran (Di Bawah Lindungan al-Quran) telah memperlihatkan aspirasi pemikirannya yang tuntas, yang melontarkan idea-idea besar seputar keadilan sosial, kefahaman metafora dan simbolis dalam al-Quran, kekuatan prosa dalam al-Quran, kenyataan figuratif dalam ayat-ayatnya, kesedaran agama dan gerakan pencerahan dan revolusi rakyat, keindahan dan ketinggian Islam dan tafsir haraki dalam al-Quran yang telah memberi aspirasi ke arah kebangkitan Islam pada abad mutakhir.

Pemikiran Sayyid Qutb yang diungkapkan dalam tafsirnya telah memberikan pengaruh dalam mencorakkan tafsiran-tafsiran moden yang bersifat rasional lagi saintifik, dan melahirkan para pejuang Islam dalam medan dakwah yang bukan hanya berpegang kepada teks secara zahir tetapi juga mencernakannya dengan akal yang rasional.

Sayyid Qutb hidup dalam perjuangan dan akhirnya syahid di tali gantung pada waktu fajar Isnin 13 Jamadilawal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, di atas keyakinan yang diungkapkannnya selama ini. Legasi perjuangan al-Syahid Sayyid Qutb telah menzahirkan pengaruh yang besar dalam pemikiran dan perjuangan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Islam moden yang lain juga banyak dicorakkan oleh pemikiran dan idealisme perjuangannya yang dizahirkan dalam tafsir Fi Zilalil Quran. Beliau telah menulis tafsir Fi Zilalil Quran sebanyak dua kali iaitu yang pertama beliau menulis dengan tinta seorang ulama, dan kali kedua beliau menulis dengan darah syuhada.

aL-syahId sayyId qutBOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

BuLan zuLkaedah Merapatkan ukhuwah IsLaMIahOleh:

Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Zulkaedah adalah nama bulan di dalam Islam. Zul bermaksud “yang mempunyai sesuatu” dan Qa’adah pula bermaksud “duduk”. Maka ia boleh diistilahkan sebagai bulan yang duduk dan tenang.

Secara etimologinya, Zulkaedah merupakan bulan untuk kita berehat-rehat.

Bulan ini termasuk di dalam empat bulan haram. Istilah Bulan haram adalah bulan yang diharamkan untuk berperang kerana kemuliaan yang ada di dalamnya.

Antara bulan haram yang lain adalah bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Maka dengan empat bulan ini, masyarakat Arab Jahiliah dahulu kala tidak keluar ke mana-mana untuk berperang pada bulan ini.

Ia boleh diistilahkan sebagai bulan keamanan. Maka dengan ini, umat Islam sangat menghormati bulan ini dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial.

Antara aktiviti yang dituntut di dalam bulan ini adalah mengeratkan silaturrahim sesama sendiri, mengukuhkan persaudaraan dan solidariti ummah, mendamaikan kedua insan yang bermusuhan serta berlapang dada di dalam masalah ikhtilafiyyah dengan mahabbah yang tinggi.

Maka dengan sebab itulah Bulan Zulkaedah ini digelar sebagai bulan yang duduk secara tenang dan tidak melakukan apa-apa pergaduhan mahupun peperangan.

Zulkaedah juga digelar sebagai bulan permulaan untuk melakukan ibadah haji menjelang bulan selepasnya iaitu Zulhijjah kerana berada di dalam suasana yang aman dan tenteram.

Sebahagian pandangan ulama' mengatakan bahawa umrah lebih afdhal dikerjakan pada bulan Zulkaedah kerana ia hampir dengan Zulhijjah bulan dilaksanakan ibadah Haji.

Maka dengan ini, bulan Zulkaedah adalah sesuatu untuk menyatakan solidariti ummah agar kita sentiasa tenang menjaga prinsip dan menjaga moral etika untuk melestarikan keimanan sejati.

Bangsa Melayu yang berjiwa Islam telah memahami prinsip kesatuan solidariti ummah yang matang ini berlandaskan aturan moral yang tinggi di bulan Zulkaedah.

Prinsip hidup bangsa Melayu mempunyai hikmah yang tinggi. Ia berpaksikan kepada etika nilai dan akhlak uluhiyyah. Bangsa Melayu yang sukar dipisahkan dengan agama Islam menjadikan bulan ini sebagai bulan pemuafakatan untuk mengukuhkan tauhid sejati.

Bulan Zulkaedah memaparkan syiar Melayu berjiwa Islam yang mengukuhkan Institusi Raja Melayu yang merupakan tunjang agama Islam di Malaysia akan terus dimartabatkan.

162 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

Supaya menjadi orang yang baik, caranya berkawan dengan orang yang baik. Antara orang yang baik itu apabila kita semakin dekat, semakin hari semakin mendekat. Pada masa itu kita akan melihat kebaikan-kebaikan yang mengalir, berarti orang tersebut adalah orang yang baik.

Sebaliknya, apabila kita berkawan dengan seseorang, semakin hari dan semakin lama terlihat keburukan-keburukan yang dilakukannya,berarti orang tersebut mempunyai ciri-ciri orang yang buruk sifatnya.

Di antara acara kita untuk melihat sama ada kawan tersebut termasuk orang yang baik atau tidak adalah dengan melihat dengan siapa dia berkawan. Jika kita orang-orang sekelilingnya baik, setidaknya kita dapat menilai secara umum bahawa orang tersebut adalah orang yang baik. Dan sebaliknya jika dia berkumpul dengan orang-orang yang suka meminum minuman keras, dadah dan sebagainya, secara umum dia termasuk kategori buruk.

Dalam sebuah syair mengatakan:

Artinya: Jangan tanyakan tentang bentuk seseorang secara langsung. Tanyakan saja bagaimana bentuk kawan-kawannya. Kerana setiap orang akan selalu mengikut sikap orang yang dikawannya.

Ada sebuah ilmu yang mengkaji tentang hipnotis, yang kita tahu dapat memasuki alam bawah sedar dengan berbagai macam ragam. Ada melalui tangan, gerakan, mahupun perkataan.

Ada iklan sebuah produk diiklankan di TV dengan diulang berkali-kali sehingga 100 kali sehari. Tujuannya untuk apa?, jika hanya ingin mempromosikan produknya saja cukup dengan sekali atau beber-apa kali. Tapi bukan begitu tujuannya. Ia adalah cara menghipnotis seseoraang, dengan cara memasuk-kan satu produk ke dalam alam bawah sedar kita melaui audio visual dengan berulang-ulang kali sehingga tertanam dalam alam bawah sedar penonton sehingga membeli produk tersebut sesuai arahan iklan tadi.

Seperti itu pula orang berkawan. Orang yang bergaul dengan lingkungan yang baik, kerana kebaikan selalu diulang-ulang secara terus menerus di depan mata, secara spontan alam bawah sedar seseorang akan memerintahkan kebaikan. Begitu pula orang yang berkawan dengan penjahat yang suka bergaduh, secara terus menerus akan merosakkan keperibadian seseorang.

kawanMu BaIk atau Buruk?Oleh:

Mohd Alwie Noorbaki

hukuM Mengerjakan sOLat dI MasjId yangLeBIh jauh darIpada kedIaMan kerana takut

MenjadI IMaM dI surau kaMpungOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SoalanAssalamualaikum Ustaz, saya nak tahu hukum sembahyang di masjid besar dan tidak bersembahyang di surau kampung kerana tidak yakin dan masalah gementar jika di minta menjadi imam di surau.

jawaPanMengenai hukum solat yang diajukan, secara asasnya masjid yang memiliki jamaah yang ramai itu lebih afdal untuk disertai solat bersama mereka berbanding masjid yang lebih sedikit bilangan jamaahnya. Ini kerana solat Jamaah yang lebih besar jamaahnya lebih besar kelebihan berbanding jemaah yang lebih kecil. Ini berdasarkan hadis riwayat Ubayy bin Ka`ab RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Solat seorang individu dengan individu lain lebih baik berbanding solat secara bersendirian, dan solatnya seseorang bersama dua orang lebih baik berbanding solat berdua. Bila mana lebih ramai jamaah itulah yang lebih dicintai Allah Azza wa Jalla.” (HR: al-Nasaie)

Namun begitu, ada beberapa keadaan solat di tempat yang lebih sedikit lebih afdhal daripada tempat yang ramai.

Salah satunya ialah solat berjemaah di masjid yang lebih dekat. Ini kerana jamaah akan berkurang sehingga ditakuti menghilangkan terus jemaah di kawasan berkenaan.

Begitu juga sekiranya masjid yang lebih jauh tetapi ramai jamaahnya itu diimamkan seorang pelaku bida`ah, orang fasiq, atau orang yang tidak sempurna rukun solatnya (seperti bacaan al-Fatihah yang teruk dan lain-lain). Maka dalam situasi ini masjid yang lebih dekat adalah lebih utama.

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (1/407)

Berkenaan dengan apa yang dialami oleh saudara yang bertanya, sepatutnya seseorang Muslim itu hendaklah sempurna rukun-rukun solatnya sehingga dia yakin dan tidak ada masalah untuk seseorang mengikutnya sebagai makmum. Jika tidak, maka hendaklah dia belajar sehingga dia yakin dengan kesahihan ibadatnya. Apatahlagi dalam situasi berkenaan, ahli jemaah di surau kampung itu lebih meyakini saudara sebagai imam. Tidak seharusnya seorang yang beriman itu melarikan diri daripada tanggungjawab untuk memperbaiki masyarakat yang paling dekat dengan kediamannya hanya kerana gementar dengan peranan sebagai imam.

Justeru, kami menyatakan bahawa hukum solat di masjid yang lebih dekat adalah lebih afdhal. Ada pun solat di masjid yang lebih besar tetapi lebih jauh itu adalah harus jua.

Wallahu a`lam.

62 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

Maksudnya: "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)”.

Ibnu Sirin mengatakan bahawa hati yang bersih itu ialah bila pemiliknya mengetahui bahawa Allah SWT adalah hak (benar), hari kiamat pasti terjadi tiada keraguan padanya, dan bahawa Allah SWT akan membangkitkan semua makhluk dari kuburnya. Ibnu Abbas mengatakan hati yang bersih ialah yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah SWT. Mujahid dan Al-Hasan menafsirkan bersih dari kemusyrikan, manakala Sa'id Ibnul Musayyab mengatakan bahawa hati yang bersih ialah hati yang sihat, iaitu hatinya orang mukmin, kerana hati orang kafir dan orang munafik adalah hati yang sakit.

Hati merupakan “raja” dalam kerajaan diri. Ia mempunyai kelebihan daripada semua anggota lahir. adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan kehidupan yang sangat luas. Bila hidayah memenuhi setiap ruang dan penjuru hati maka akan terilhamlah kebaikan. Sebaliknya jika syaitan pula mengisinya dengan kekufuran, was-was dan keraguan maka terjerumuslah sang diri ke arah kebinasaan. Justeru Inilah tumpuan Allah SWT pada hati dalam diri manusia.

Kadang kala kerana tidak waspada pada perjalanan hati, kita akan merasakan hati kita sudah baik dan tenang. Tetapi sebaik sahaja datang cabaran dan ujian, baharulah terasa kita berpijak di bumi yang sebenar. Apakah kita benar-benar mampu menangani sikap riya’, ujub, takabbur, ego dengan kejayaan itu atau pun merasa bersyukur, dan malu (pada Allah). Pada waktu merasa itulah, hati yang sensitif akan sedar bahawa ia adalah wadah yang sentiasa memerlukan kejernihan untuk dapat menadah sesuai yang baik daripada ilahi.

Dalam membicarakan soal kejernihan hati yang sejahtera dari segala permasalahan penyakit hati juga membawa maksud jiwa yang tenang. Mereka yang mempunyai maqam nafsu mutmainah adalah mereka yang Allah SWT iktiraf sebagai hamba-Nya dan layak untuk memperolehi ganjaran syurga-Nya di akhirat kelak. Untuk memperolehi jiwa yang dilimpahi dengan cahaya ketenangan ini, ia mestilah disucikan dari segala elemen syirik, nifaq, dan semua penyakit hati yang keji. Ia mesti melalui proses pentarbiahan dan penjernihan agar “raja” dalam diri manusia ini akan sentiasa terarah kepada kebaikan dan penghambaan diri kepada Allah SWT yang sejati.

Persoalannya bagaimana hendak mendidik hati agar ia dapat disucikan dan kembali kepada fitrahnya sehingga terbukalah hijab yang selama ini menghalang dirinya mengenal Allah SWT? Pastinya jalan-jalan ini telah Allah SWT lorongkan kepada hamba-hambanya menerusi pendekatan zikrullah, mujahadah, istiqamah di jalan kebenaran, beramal dengan ilmu yang benar dan mendapat bimbingan daripada guru yang mursyid.

Inilah hati yang bermanfaat bagi seseorang di sisi Allah SWT, selamat dari siksa dan berhak memperoleh pahala. Lantaran itu hati yang berjaya menggapai ikhlas, yakin, jujur, mencintai kebaikan, lapang dada, pemaaf, tulus, tawaduk, keinginan dan kecintaannya menurut sandaran Allah SWT, niat dan amalnya kerana mencari redha-Nya, serta hawa nafsunya terpimpin tarbiah Allah SWT akan sedar bahawa ia adalah wadah yang sentiasa memerlukan kejernihan agar dapat menadah sesuatu yang baik daripada ilahi.

ayat aL-quran surah asy-syu’araa’ : 88-89“hatI yang BersIh jatuhnya pandangan ILahI”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Memperjuangkan keadilan sosial, merupakan keutamaan Islam dalam berekonomi. Ia dibuktikan dengan diktat-diktat yang berbeza darjatnya; zakat yang hukumnya wajib dan bersifat tahunan, jizyah, kaffarah. Begitu juga, yang hukumnya sunat seperti waqaf, sedekah jariah, dan pelbagai lagi mekanisme yang boleh dikawal dan diwakilkan kepada Bait Mal al Muslimin atau Bait alMal.

Bait al Mal bertindak sebagai pusat yang memegang mandat menyelia keluar masuk perbendaharaan negara. Dalam masa yang sama, mengiktiraf pemilikan peribadi dalam hak pengagihan. Bait al Mal sebagai penyelia sahaja, dalam ruang tadbir yang terhad seperti yang dibincangkan terperinci dalam buku-buku fiqh. Rasulullah Sallallah Alaihi Wasallam bersabda mengenai hikmah pemungutan zakat, “(Zakat) dipungut daripada yang kaya daripada mereka, untuk dikembalikan kepada yang miskin daripada mereka.” (HR Muslim).Zakat ialah hak kepada harta yang wajib dikeluarkan, apabila sudah cukup haul (tempoh setahun) dan nisab (kadar, yang berbeza mengikut setiap jenis zakat). Zakat yang wajib terbahagi kepada lima jenis:1. Zakat binatang ternakan.2. Zakat pertanian.3. Zakat emas dan perak.4. Zakat perniagaan.5. Zakat fitrah.Ia boleh diagihkan secara persendirian, ataupun yang lebih utama kiranya diwakilkan kepada Bait alMal (ruj. Minhaj at Talibin, Imam an-Nawawi).Adapun golongan asnaf yang berhak menerimanya seperti dikatakan Allah SWT dalam al-Quran, mafhumnya, “Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk kaum fakir, kaum miskin, amil-amil yang menguruskannya, orang muallaf hatinya (dijinakkan kepada Islam), hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, (juga untuk dibelanjakan) di jalan Allah, dan orang-orang yang bermusafir (lalu putus bekalan). Demikianlah ketetapan daripada Allah, dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.” (at-Taubah, 60).Zakat tidak bererti mengimpikan kewujudan si miskin. Umar bin Abd al-Aziz rahimahullah, salah seorang khalifah zaman Bani Umawiyah, pernah memerintahkan kepada Abd al-Hamid bin Abd ar-Rahman yang menjadi wakil khalifah di Iraq pada ketika itu, dalam suratnya berbunyi, “Agihkanlah pemberian mereka kepada manusia (yang berhak).”Abd al-Hamid menjawab, “Daku telah tunaikan pemberian tersebut kepada mereka, dan masih berbaki harta di Bait al Mal.”Umar menulis, “Perhatikanlah sesiapa yang memiliki hutang, yang bukan disebabkan keborosannya atau ketidakcekapannya mengurus harta, maka lunaskanlah untuknya.” Abd al-Hamid menjawab, “Daku telah lunaskan, dan masih berbaki harta di Bait Mal alMuslimin.”Umar menulis, “Perhatikanlah sesiapa yang bujang yang tidak berharta, dan engkau ingin kahwinkannya, maka kahwinkanlah dan bayarkanlah maharnya.” Abd al-Hamid menjawab, “Sesungguhnya daku telah kahwinkan mereka yang aku dapati, dan masih berbaki harta di Bait Mal al Muslimin”Umar menulis, “Perhatikanlah sesiapa yang wajib membayar jizyah, dan dia tidak mampu menguruskan tanahnya, pinjamkanlah kepadanya harta yang cukup untuknya mengerjakan tanahnya, sesungguhnya kita tidak mahukan mereka (membayar jizyah) dalam tempoh setahun ataupun dua tahun (akan datang).” (ruj. Kitab al Amwal, al Qasim bin Sallam).Ia merupakan tafsir kepada hadis nabawi tersebut di atas, menegaskan lokaliti pengagihan zakat. Haramnya memindahkan pengagihan zakat ke kawasan lain, dalam keadaan kawasan tersebut masih terdapat asnaf yang memerlukan.

Demikianlah sedikit sebanyak renungan yang boleh sama difikirkan dan dikesan dalam Syariat Rahmat ini, bahawa ia adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam), dengan cara yang realistik dan sesuai dengan kemanusiaan.

keadILan sOsIaL dan zakatOleh:MohammadSyafiqIsmail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

142 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

desakan kecantIkan seMpurna VskeMajuan teknOLOgI MengIkut syarak

Oleh:Norlela bt. Lakibul

Apabila tibanya Syawal ingin dipandang ada kelainan, ingin tampak sempurna tidak kira dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, yakni dari penampilan pakaian ataupun wajah. Sejak zaman jahiliah, semua manusia cenderung ingin menjaga kecantikan atau kata lainnya ingin tampil awet muda seolah-olah tidak dimamah usia. Suatu pencapaian yang mengujakan apabila ada mulut membisik wajah atau penampilannya itu bisa menyembunyikan umur yang sudah tua tapi masih kelihatan muda. Apalagi kalau ada orang muda yang dibandingkan dengan dirinya tampak lebih tua dari dia (pasti perasaan pun akan menjadi sangat teruja).

Dalam memenuhi keinginan kesempurnaan wajah jangan sampai tergelincir ke jurang yang dilarang syarak atau menjadi asbab tidak dapat menyempurnakan ibadah yang diwajibkan ke atas seorang muslimah. Apakah perkhidmatan yang paling dekat kepada ‘kecantikan’ itulah yang dicari kaum hawa malah kaum adam pun tidak terkecuali iaitu Spa Kecantikan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang ‘mencantikkan’. Khususnya dalam artikel ini penulis akan memfokuskan kepada satu Fenomena baru dari negara yang cukup terkenal iaitu negara Korea, seiring dengan dunia hiburan mereka yang cukup meluas pengaruhnya begitu juga teknik solekan yang mereka bawa iaitu yang dipanggil ‘Sulam Bedak Korea’.

Sulam Bedak merupakan rawatan untuk memasukkan serum bedak asas atau foundation ke wajah, serum asas disatukan dengan pigmen warna yang mengandung pigmen warna kulit. Dengan rawatan ini, anda kelihatan seperti memakai bedak asas atau foundation walaupun selepas mencuci wajah. Ianya akan bertahan selama dua hingga tiga bulan.

Persoalan yang kita perlu fokuskan adakah Sulam Bedak Haram atau Tidak?... dalam blog yang penulis telah pilih untuk dirujuk ini menyatakan bahawa:

“Terdapat pendapat mengatakan ianya haram namun sebenarnya ia tidak haram sekiranya ia merupakan rawatan sulam bedak korea yang asal. Namun untuk pengetahuan anda terdapat juga sulam bedak yang haram di mana rawatan sulam bedak ini menggunakan teknik “Embroidery". Ia sama seperti teknik tattoo. Rawatan Sulam Bedak teknik “Embroidery” ini sangat terkenal di Indonesia. Malahan terdapat juga rawatan sulam blusher menggunakan teknik ini.”

Pendapat penulis sendiri dalam kesimpulan yang dinyatakan penulis blog tersebut, masih ada yang perlu dipastikan yakni dari mana sumber yang menyatakan berkenaan hukum sulam bedak ini. Manakala tanggungjawab kita sebagai muslim ialah memelihara sahnya wudhu yang paling utama jika dibandingkan dengan keinginan kita untuk mencapai penampilan kecantikan wajah yang sempurna tiada cela. Kita telah diperingatkan di dalam al-Quran berkenaan cara berwudhu’ seperti yang berikut:

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, cucilah wajah kalian dan tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala kalian dan (cucilah) kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.”

RUJUKAN:● Al-Quran.● HYPERLINK "http://www.youthconnect.my/news.php?d=544" http://www.youthconnect.my/news.php?d=544 (1 Julai 2019, 9.46 pagi).

pertOLOngan dan peMeLIharaan aLLah swtOleh: Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri PensyarahInstitutTahfizAl-QuranNegeriSabah(ITQAS)

MaKSud HadiSDaripada Abu al-Abbas, Abdullah bin Abbas R.Anhuma beliau berkata: "Aku pernah berada di belakang Nabi SAW pada suatu hari, maka Baginda SAW bersabda: Wahai anak! Aku akan mengajarmu beberapa kalimah iaitu peliharalah Allah nescaya Dia memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati-Nya di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka mintalah dari Allah. Apabila engkau memohon pertolongan, maka pohonlah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat ini berkumpul untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tetapkan bagimu. Sekiranya mereka berkumpul untuk membahayakanmu dengan suatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan suatu perkara yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering dakwat lembaran-lembaran itu."

Hadis riwayat al-Tirmizi. Beliau berkata: "la adalah Hadis Hasan Sohih."

Dalam riwayat selain al-Tirmizi: Peliharalah Allah, nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah pada masa senang, nescaya Dia akan mengenalimu pada masa susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan, bersama kesusahan ada jalan keluar dan bersama kesulitan ada kemudahan.

Huraian HadiSHadis ini merupakan wasiat Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai bekalan hidup. Seorang mukmin mesti menjaga hak kewajipan terhadap Allah SWT setiap masa dan tempat, maka dia akan dijaga dan dipelihara Allah SWT sepanjang masa. Sesungguhnya tidak ada makhluk atau tuhan yang lain mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT.

Hadis ini juga menerangkan bahawa seorang mukmin mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.

PEnGajaran HadiS1. Istiqamah melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT, nescaya Allah SWT menjaganya

di dunia dan akhirat.2. Hanya kepada Allah SWT kita panjatkan doa dan memohon pertolongan kerana Dia Maha segalanya.3. Beriman kepada qada dan qadar akan mendatangkan ketenangan dan ketenteraman.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

82 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

bayan daLaM MeMahaMI "keadILan aLLah swt" (sIrI 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Perbahasan berkenaan keadilan Allah SWT menjadi perbincangan yang banyak mendapat perhatian umat Islam. Kata "keadilan" berasal dari bahasa Arab: , iaitu bentuk masdar dari .

Persoalan ini timbul kerana kaum Muktazilah menjadikannya sebagai salah satu dari topik utama perbahasannya. Mereka menyebut golongannya sebagai ahl al-adl, iaitu yang mempertahankan keadilan Allah SWT. Abd al-Jabbar dalam kitab Sharh al-usul al-khamsah mengatakan, bahawa maksud Allah SWT berlaku adil ialah semua perbuatan-Nya bersifat baik. Ia tidak berbuat jahat dan tidak melalaikan atau melupakan kewajipan-Nya.

Berkaitan dengan pendapat di atas, kaum Muktazilah berpendapat bahawa semua perbuatan yang timbul daripada Allah SWT dan berhubung kait dengan insan mukallaf ditentukan berdasarkan kemaslahatan manusia. Sementara, Kaum Ahlus Sunnah Wal Jamaah cenderung memahami keadilan Allah SWT dari segi Allah SWT sebagai pemilik dan penguasa alam semesta, mengatur kerajaan yang dimiliki-Nya menurut kehendak-Nya. Dengan demikian, Allah SWT yang adil menurut mereka adalah Allah SWT yang berkuasa mutlak di dalam mengatur dan menghisab hamba-hamba-Nya. (Abu al-Husayn al-Khayyat, al-Intisar, al-Shahrastani, Nihayah al-iqdam).

Dalam pembicaraan masalah keadilan Allah SWT di atas, kaum Muktazilah mengatakan bahawa semua perbuatan Allah SWT berdasarkan atas hikmah dan tujuan. Sesuatu perbuatan tanpa tujuan adalah bodoh dan main-main. Selanjutnya, mereka berpendapat bahawa manusia yang berakal sempurna kalau berbuat sesuatu mesti mempunyai tujuan, sama ada untuk kepentingannya sendiri ataupun untuk kepentingan orang lain. Demikian pula Allah SWT juga mempunyai tujuan dalam perbuatan-perbuatan-Nya, tetapi kerana Allah SWT Maha Suci daripada sifat berbuat untuk kepentingan diri sendiri, maka perbuatan-perbuatan Allah SWT adalah untuk kepentingan mawjud lain, selain Allah SWT. (al-Shahrastani, Nihayat al-iqdam).

Dengan demikian keadilan Allah SWT bagi Muktazilah ialah mengandungi erti kewajipan-kewajipan yang harus dihormati-Nya, seperti al-Salah wa al-Aslah. Allah SWT berkewajipan membuat yang terbaik bagi manusia, dalam pandangan Muktazilah, mengandungi erti yang luas sekali. Termasuk di dalamnya mengutus para Rasul, para Nabi, dan memberikan manusia ikhtiar dan daya untuk dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya. (al-Ghazali, al-Iqtisad fi al-ictiqad)

Sementara itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti yang digambarkan al-Shahrustani, memahami keadilan Allah SWT sebagai pemilik yang berkuasa mutlak terhadap sesuatu yang dimilikinya dan menggunakannya sesuai dengan pengetahuan dan kehendak-Nya, Paling tidak itulah yang terkandung dalam pengertian adil menurut mereka, iaitu al-tasarruf fi al-mulk ala muqtada al-mashi’ah wa al-ilm. (al-Shahrastani, al-Milal wa al-nihal).

Berdasarkan pengertian itu dapat pula dikatakan, bahawa keadilan dalam pandangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah menempatkan sesuatu pada tempat yang sebenarnya. Ketidakadilan adalah menempatkan sesuatu tidak pada tempatnya, iaitu berkuasa mutlak terhadap milik orang lain. Oleh kerana alam dan segala yang ada di dalamnya adalah milik Allah SWT, maka Ia dapat berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya meskipun dalam pandangan manusia tidak adil. Dengan demikian Allah SWT tetap adil walaupun Ia memasukkan orang mukmin ke dalam neraka atau memasukkan orang kafir ke dalam syurga. Dengan kata lain, walaupun perbuatan Allah SWT bercanggah dengan logik akal, perbuatan Allah SWT adalah keadilan-Nya. Bahkan Ia tetap adil walaupun memasukkan semua orang, sama ada yang jahat atau pun yang taat dan banyak amalannya ke dalam syurga. (Sulayman Dunya, al-Shaykh Muhammad Abduh, Abd al-Latif, al-Usul fikriyyah li madhhab ahl al-Sunnah).

Memahami keadilan Allah SWT mengikut Abu Hasan al-Ashcari, berpendapat bahawa perbuatan-perbuatan Allah SWT itu tidak mempunyai kepentingan, dalam erti sebab yang mendorong Allah SWT untuk berbuat sesuatu. Allah SWT boleh saja menjadikan seseorang berbuat baik atau jahat, beriman atau kafir. Dengan kata lain, Allah SWT berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Ini sesuai dengan penjelasan al-Quran: “Sesungguhnya Tuhan engkau Kuasa melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya.”

MOduL dan MOdeLOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Dalam Surah Luqman, ayat 34, Allah SWT menjelaskan kepada manusia bahawa pengetahuan-Nya meliputi banyak perkara.

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”

Tiada seorang pun manusia dapat mengetahui bilakah tarikh sebenar berlakunya kiamat.

Pengetahuan Allah SWT juga amat teliti. Tidak terkecuali besar ataupun kecil.

"….Dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luhmahfuz)." (Al-An’am/6: 59).

Apa itu modul? Satu soalan yang ringkas tetapi boleh membawa kepada pelbagai tafsiran dan pemahaman. Namun dalam konteks artikel ini modul merujuk kepada kitab suci al-Quran yang diturunkan oleh yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Perkasa.

Al-Quran adalah modul sebagai medium untuk menyampaikan mesej. Mesej al-Quran disampaikan melalui pembacaan, ceramah, kajian, tafsiran. Malah majlis tilawah yang saban tahun dilaksanakan adalah di antara kaedah penyampaian mesej al-Quran.

Oleh itu, sangat penting prinsip dan konsep modul ini diambil berat. Sebagai analogi, al-Quran mengandungi wahyu acuan rabbaniy yang berpaksi kepada prinsip untuk memandu manusia menjalani kehidupan di dunia dengan mengikut jalan yang ditentukan sang Pencipta. Tambahan pula, setiap perkara yang muncul dalam hidup kita sebenarnya boleh dibahasakan sebagai modul untuk menjadikan kita seorang manusia yang berguna. Ertinya, Tuhan tidak pernah menjadikan apa yang berlaku dalam hidup kita ini sesuatu yang sia-sia melainkan di sebaliknya ada pengajaran yang boleh ditimba. Terpulang kepada insan sama ada ingin mengambilnya sebagai panduan atau membiarkannya begitu sahaja.

Rasulullah SAW adalah 'role model' bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah SAW itu terletak contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata, kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah SAW. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad SAW.

Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat sebagai contoh ikutan.

Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada sayidatina Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".

Jawapan itu dengan jelas menerangkan betapa Rasulullah telah menjadikan al-Quran itu sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan oleh sekalian umat manusia.

Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya semuanya ada di dalam diri Rasulullah SAW.

Mari kita perbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai satu-satunya 'role model'.

122 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang

Majlis Makan Malam sempenaMesyuarat jawatankuasa pelaksana pensijilan halal Malaysia Bil. 2/2019

pada 27 jun 2019 di thien thien seafood restaurant, kota kinabalu

jerayawara pengarah jheaIns bersamakakitangan jheaIns Bahagian pedalaman atas keningau

pada 20 syawal 1440h/24 jun 2019M di dewan Masyarakat keningau

Peristiwa

102 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 2 Zulkaedah 1440H/5 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa