shoutul islam dari meja editor laman puisi...

20

Upload: dangnhi

Post on 29-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Mentadbir masjid dalam era kini memerlukan satuperaturan atau prosedur seragama yang perlu diikuti. Jaminan kepada pengurusan masjid yang berkesanmenjadi perkara utama dalam pewujudan suatu peraturan dalam sistem pentadbiran mana-mana institusi. Tidak terkecuali kepada pengurusan masjid.

Masjid perlu ditadbir mengikut undang-undang dan peraturan. Ini bagi menjamin kelangsungan aktiviti dan program masjid berjalan dengan baik. Tidak ada sesiapaata u m a n a - m a n a p i h a k ya n g b o l e h d i b i a r ka n menyalahgunakan atau mengambil kesempatan dalam insti tusi masjid sehingga menjejaskan fungsi masjid yang sebenar. Apatah lagi pengurusan masjid ti dak boleh lari pentadbiran Syarak, khususnya dalam soal kebersihanmasjid, menjaga amanah tabung masjid dari segi penyimpanan dan penggunaannya, pelaksanaan solat berjemaah, khutbah dan sebagainya. Pentadbiran undang-undang dan peraturan diperlukan untuk menjamin syarak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah2004 memperuntukan bahawa Majlis Ugama Islam Sabah (Majlis) adalah Menjadi Pemegang Amanah Tunggal bagi Masjid dan Tanah yang berkaitan dengannya. Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadipemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalamNegeri Sabah. Ini dijelaskan dalam seksyen 58 enakmenyang sama memperuntukan bahawa - “Tiap-ti ap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaft arkan di bawah Ordinan Tanah Sabah Bab 68, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, dan pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmenini.

Dan di bawah seksyen 59 menjelaskan bahawa - “Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan, atau menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan di atau oleh masjid”. Seksyen 61 dalam enakmen yangsama memperuntukan bahawa - “Tanda perubahanmaterial kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis”.

Justeru itu, keperluan memahami undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa perlu diketahui oleh mereka yang terlibat dalam pengurusan masjid supaya tidakberlaku salah faham yang membawa kepada kepincangan dalam mengurus masjid. Semoga masjid-masjid kita dapat ditadbir dengan sebaiknya melalui pematuhan undang-undang dan Syarak agar fungsinya akan lebih memberimakna kepada masyarakat.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muahamad NajibEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti JasriPuan Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

SYUKURI NIKMAT NEGARA BERDAULAT

Gema azan berkumandangmenghimpun jemaah bertandangseti ap saat sarat bermunajatmerungkai rahsia khusyuk segenap ayatti ada terbilang rangkaian hikmat katati dak terhutang akan cinta kasih-Nya.

Nun di belahan negara bergolakdentuman peluru bergelodakpercikan api membakar jiwa memberontaksampai bila fenomena duka berakhirsedang generasinya akan dewasadidikan terhenti memadam cita-citaluka hati bermandi air matamereka gundah gulanadan kita menatap hiba mampu berdoaagar beban mereka pulihsembuh dari diulit malapetakamembangun hidup sejahtera.

Alhamdulillahini tanah bertuahpusaka nenek moyang sanggup bertumpah darahberti kam memenangkan kemerdekaandi samping curahan keringat menyemai ilmukita merapi iman memartabat kedaulatanmenuai bahagia dalam kesyukuran

Oleh:Duliam Suari

21 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3. Kerap buang air kecil 4. Sembelit 5. Sakit ketika bersetubuh 6. Cepat kenyang atau hilang selera makan 7. Kurang tenaga dan sering penat 8. Bahagian abdomen yang membengkak jelas kelihatan

atau kembung perut 9. Kitaran haid yang tidak normal

KANSER OVARI MENGIKUT TAHAP Tahap 1 Tumor terhad kepada satu atau kedua-dua ovari

Tahap 2 Tumor menyerang kedua-dua ovari dan di

bahagian pelvik, tanpa merebak ke bahagian abdomen

Tahap 3 Tumor merebak ke bahagian pelvik dan organ- organ abdomen

Tahap 4 Tumor metastasis ke bahagian paru-paru, hati atau nodus limfa

1. Merokok 2. Asbestos 3. Terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan

kanser 4. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser

paru-paru 5. Kadar pencemaran udara yang tinggi 6. Tahap arsenik yang tinggi dalam air minuman 7. Radioterapi terhadap paru-paru 8. Gas radon

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER PARU-PARU 1. Sakit dada 2. Batuk berpanjangan 3. Batuk berdarah 4. Badan cepat letih 5. Hilang selera makan 6. Penurunan berat badan secara mendadak 7. Sesak nafas 8. Lelah

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER KOLON 1. Sakit perut, cirit-birit 2. Sembelit 3. Najis berdarah (akibat daripada tumor yang berdarah) 4. Bengkak di bahagian perut, demam, berat badan susut

dan hilang selera makan

PUNCA-PUNCA KANSER KOLON

1. Diet yang tidak seimbang. Makanan yang tinggi

kandungan lemak dan rendah serta berpotensi tinggi diserang kanser kolon

2. Merokok 3. Minuman beralkohol 4. Penyakit keturunan yang diwarisi

KANSER KOLON MENGIKUT TAHAP

Tahap 1

Sel-sel di permukaan kolon sangat aktif. Ia sentiasa membahagi dan mewujudkan tunas yang dikenali sebagai polyp. Kebanyakan polyp adalah kecil, ketumbuhan beligna yang akhirnya akan berhenti membahagi.

Tahap 2

Di tahap ini peratusan kecil polyp ini terus berkembang. Kadang-kadang sehingga 10 tahun atau lebih. Pelbagai mutasi genetik boleh mengubah polyp menjadi kanser.

Tahap 3

Apabila tumor membesar, lebih banyak mutasi dan kanser sel masuk ke dalam dinding otot di sekeliling kolon

Tahap 4

Apabila kanser memasuki saluran darah dan sistem limfa, sel-sel maligna boleh berpecah dan merebak ke organ-organ lain seperti hati, paru-paru dan perut

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Simptom-simptom Kanser Ovari

4. KANSER PARU-PARU

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 6)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

5. KANSER KOLON/USUSKanser kolon adalah sejenis kansr yang menyerang sistem penghadaman. Kanser ini adalah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi oleh kaum lelaki dan wanita.

Bagaimana Perubatan Moden merawat Kanser?1. Pembedahan Kaedah ini adalah cara paling efektif dalam usaha

membuang terus sebahagian besar sel dan tisu kanser di dalam tubuh.

Contoh pembedahan adalah seperti pembedahan membuang ‘lump’ pada kanser payudara, pembedahan membuang rahim pada penyakit kanser rahim, pembedahan membuang prostat .

Kekurangan kaedah ini ialah hanya dapat dilakukan sekiranya sel-sel kanser tersebut masih di peringkat awal iaitu tahap 1 dan 2. Ia juga bergantung kepada lokasi kanser di dalam tubuh serta kanser sel belum merebak ke bahagian anggota. Peringkat awal, pembedahan dilakukan dengan membuang terus sel-sel dan tisu tersebut.

Jika sel-sel telah merebak, pesakit perlu menjalani kemoterapi atau radioterapi. Ini bertujuan mengecilkan saiz tumor sebelum menjalani pembedahan.

Bersambung... dengan kemoterapi

KESALAHAN GANGGUAN PERKAHWINANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Gangguan terhadap perkahwinan adalah tindakan atau perlakuan negatif yang mempengaruhi individu untuk melangsungkan perkahwinan atau tidak. Ianya terjadi dalam bentuk paksaan atau ugutan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu: Kecuali jika dibenarkan oleh Hukum Syarak, seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan-(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; atau(b) untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang telah mencapai umur enam belas tahun dari berkahwin dengan sahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Walaupun pada dasarnya ibu bapa adalah pihak yang menentukan perkahwinan anak gadisnya namun perlu diingat bahawa anak gadis berkenaan tidak boleh dipaksa untuk berkahwin apatah lagi sekiranya usianya terlalu muda tanpa ada sebarang alasan munasabah. Seringkali terjadi kes anak gadis menjadi korban untuk dikahwinkan dengan pihak tertentu dalam melunaskan hutang keluarganya terutamanya yang dibelenggu dengan masalah kewangan. Menurut mufti wilayah persekutuan Kuala Lumpur, keharusan perkahwinan perlu dilihat kepada kes tertentu contohnya, dalam kes perkahwinan remaja terlanjur dan khuatir mengandung luar nikah yang boleh menyebabkan bayi terbabit ternafi nasabnya.

Menurutnya lagi, hukum berkahwin dengan gadis muda adalah sah, tetapi jika melihat maksud dan matlamat perkahwinan, maka jelas menunjukkan sewajarnya kanak-kanak yang dikahwini mestilah dalam usia bersedia dari sudut fizikal untuk hubungan kelamin selain memahami kesan yang berlaku selepasnya seperti perceraian, mengandung dan nafkah.

Had umur bagi perkahwinan di Malaysia pada ketika ini diselaraskan pada usia 18 tahun. Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Ismail pada bulan Ogos tahun 2018. Ianya diputuskan setelah mengambil kira kemaslahatan remaja wanita yang berkahwin dibawah umur 18 tahun pada ketika ini mengundang pelbagai kesan negatif dan diantaranya adalah dari sudut kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Walaupun dalam Islam umur yang sesuai berkahwin adalah apabila mencapai tahap akil baligh serta mampu berfikir dengan waras. Namun, perlu diambil kira dari segi persediaan kedua-duanya lelaki dan wanita tersebut, kerana tanpa ada ilmu yang mencukupi dari segi pengetahuan agama tentang hak suami isteri, kebersihan diri, hal mengasuh dan mendidik anak dan pelbagai lagi tanggungjawab berat yang dipikul setelah berkahwin maka rumahtangga yang dibina tidak akan bertahan lama dan impak yang buruk seperti depresi dan tekanan jiwa di kalangan remaja wanita amatlah membimbangkan.

Pihak yang memaksa pasangan sama ada lelaki atau wanita untuk berkahwin tanpa mempertimbangkan hal berkenaan kesihatan dan keselamatan mereka amatlah wajar didakwa dibawah seksyen 37(a) EUKINS 2004. Memandangkan mereka sebagai wali meletakkan amanah kepada seseorang yang tidak mampu untuk menanggungnya atas faktor fizikal, mental dan emosi. Ianya adalah satu bentuk kezaliman yang mengakibatkan keruntuhan rumah tangga seperti fenomena perceraian, ibu tunggal, tuntutan fasakh dan nusyuz.

181 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Sebahagian peserta Bengkel Tadbir Urus Masjiddi Masjid Daerah Beaufort ketika menerima dokumen

dan plak resolusi bengkel

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

MENGAPA SURATCARAPELANTIKAN?(TADBIR URUS MASJID 3)Oleh: Adi Pitang

“Siapa yang pernah terima suratcara pelantikan ahliJawatankuasa masjid?” Tanyaku pada satu kursustadbir Urus Masjid kepada ahli jawatankuasa masjiddi sebuah daerah. Ada yang mengangkat tangan, pasti. Ada yang berpaling kepada rakan yang dudukdi sebelah, seolah bertanya sesuatu. Tidak pasti.Tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di bahagian tengah bilik kursus yang memuatkan hampir 80 peserta itu,bangun berdiri dan mengangkat tangan. Aku memberi laluan kepada lelaki yang berbaju batik biru dan bersongkokitu bertanyakan sesuatu. “Ustaz suratcara pelantikan tu apa?” Tanyanya yang memang sudah ku duga soalan yangakan diutarakannya itu. Hampir keseluruhan peserta tidak mengangkat tangan yang membawa maksud merekatidak pernah menerima suratcara pelantikan itu. Suratcara ini hanya akan dikeluarkan sekiranya pihak jawatankuasamasjid menghantar borang Memohon Pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau (Borang K-BPW: 01) dan borangSenarai Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau (Borang K-BPW: 02).

Suratcara pelantikan itu adalah dokumen berbentuk sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriSabah (JHEAINS) kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau sebagai pengiktirafan dari segi pentadbiran undang-undang untuk membolehkan mereka mentadbir masjid atau surau. “Mengapa ia sangat diperlukan ustaz?” Tanyaseorang lagi peserta yang duduk di barisan paling depan, yang merupakan mantan seorang guru besar. Suratcara ini merupakan punca kuasa kepada ahli jawatankuasa untuk mentadbir masjid. Suratcara ini merujuk kepada seksyen 66, Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004. Jawatankuasa perlu dilantik oleh JHEAINS bagi membolehkannyamengurus masjid. Teringat sewaktu menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur suatu ketika dulu, ditahan polisdalam satu sekatan jalan raya bersama seorang rakan kuliah. Ketika itu kami menaiki motorsikal menuju ke pusatbandar. “Terror bawa motor tapi tak ada lesen!”, Sindir Pegawai Polis yang menahan kami, hahaha. Begitulah jikadibandingkan dengan pengurusan masjid, persoalan undang-undang akan timbul sekiranya berlaku isu dalampengurusan masjid tentang punca kuasa undang-undang seseorang untuk melaksanakan pentadbiran masjid. Bagaimanacara pelantikan ahli jawatankuasa masjid ustaz?” Tanya seorang lelaki muda yang berkopiah putih yang dudukdi barisan tengah sambil tersenyum.

Pelantikan ahli jawatankuasa mengikut Garis Panduan Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah hendaklah melalui pemilihandalam Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pengurusan Masjid yang diadakan dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat agung. Notis secara bersurat hendaklah dibuat kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dan pemberitahuan kepada semuaahli kariah dibuat melalui notis di papan kenyataan masjid atau di tempat-tempat awam yang bersesuaian. Mesyuarat Agung hanya sah dijalankan jika dihadiri sekurang-kurangnya satu per lima (1/5) daripada jumlah ahli jemaah masjidyang layak atau dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa yang sedia ada.

Cara pemilihan samada melalui pengundian atau keputusan sebulat suara ahli yang hadir mesyuarat itu. Setiausahahendaklah mengemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah (JHEAINS) nama-nama calon yang telah dipilihbersama minit mesyuarat Jawatankuasa Agung dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat dengan mengisi borangMemohon Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau dan Borang Senarai Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau. Walau apapun dalam peruntukan ini, JHEAINS boleh melantik pengerusi bagi mana-mana masjid atau surautanpa melalui Mesyuarat Agung Masjid/Surau dalam keadaan-keadaan yang difi kirkan perlu oleh Jabatan ini.

Sempat bertanya salah seorang peserta mantan pesara kerajaan, mengapa terbuka hati untuk menjadi ahlijawatankuasa masjid. Jawapannya cukup memotivasikan bahawa beliau ingin selalu berada di masjid. Alhamdulilah.

NABI PALSU DAN PENDUSTAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Musailamah Al-Kadzdzab hendak mengunjungi Kota Madinah pada zaman Rasulullah SAW. Sebelumnya ia pernah berkata kepada pengikutnya, “Seandainya Muhammad menyerahkan urusan ini (kekuasaan)kepadaku setelah kewafatannya maka aku akan mengikutinya.” Ia mendakwahkan ucapanya ini bersama para pengikutnya dari kabilahnya dan mereka juga turut mendakwahkan ucapanya itu.

Ketika Musailamah tiba di Madinah, Rasulullah SAW beserta Tsabit bin Qais Bin Syammasmenemuinya sementara di tangan Rasulullah ada selembar daun, lalu baginda berhadapan denganMusailamah dan teman-temannya seraya berkata, “Wahai Musailamah.”

“Ya,” jawab Musailamah.

Kemudian, baginda bersabda, “seandainya kamu meminta selembar pelepah kurma ini, aku pasti tidakakan memberinya kepadamu dan sekali-kali utusan Allah SWT tidak akan diserahkan kepadamu. Dan jika kamu berpaling (menolak kebenaran) pasti Allah akan membinasakanmu. Sesungguhnya aku melihatkamu sebagaimana aku melihatnya dalam mimpiku tentang kamu.”

Tentang mimpi baginda, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda, “Ketika aku sedangtidur aku melihat di tanganku ada dua gelang terbuat dari emas dan keindahan barang tersebutmenggiurkan aku lalu aku diberi wahyu dalam tidurku, agar aku meniupnya. Aku pun meniupnya hinggakeduanya terbang (lenyap). Maka aku mentafsirkan mimpiku itu sebagai dua orang pendusta (yangmengaku menjadi nabi) yang akan muncul kewafatanku. Yang pertama adalah al-‘Ansi dan yang lainnya adalah Musailamah Al-Kadzdzab, seorang penduduk Yamamah.”

Di kemudian hari, Khalid bin Al-Walid bersama dengan pasukan Islam memerangi MusailamahAl-Kadzdzab dan Musailamah berhasil dibunuh. Allah SWT telah membebaskan kaum muslimin darikebohongan Musailamah Al-Kadzdzab.

41 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud binSyeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fathani.Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannyatidak dapat dipastikan, ada yang mencatat tahun 1133H, 1153H dan tahun 1183H.Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih Ali) Datok Maharajalela bin Mustafa DatuJambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan AbuAbdullah Umdatuddin. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani.

Ayah beliau iaitu Syeikh Wan Abdullah dan datuknya Syeikh Wan Idris adalah ulama besar pada zamannya. Sejak kecil Syeikh Daud al-Fathani ditanam dan dididik dengan ajaran Islam olehdatuk dan ayahnya. Pada peringkat awalnya beliau berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang memangterkenal alim. Seorang daripada mereka ialah bapa saudaranya, Syeikh Shafiyuddin. Beliau menerima pelajaranasasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Syeikh Muhammad Zain bin FaqihJalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Beliau dan kawan-kawannya kemudiannya belajar di Mekah selama30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamahal-Arif ar-Rabbani. Ketika di Mekah, beliau mendekati para ulama Patani yang telah bermastautin di Mekah.Di antaranya ialah Syeikh Muhammad Salleh bin Abdul Rahman al-Fathani seorang tokoh ulama ahli syari'atdan hakikat yang lebih banyak terjun ke dunia kesufian.

Setelah sekian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkanilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis antara Patani dengan Siam pada ketikaitu. Apabila terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarianpolitik. Ketika sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua Syeikh Haji dan beliau adalah orang pertamadilantik secara langsung sebagai ketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobibeliau, di samping mengajar di Masjidil Haram. Beliau telah menghasilkan sebanyak 58 buah kitabmenggunakan bahasa melayu dan bahasa arab dalam pelbagai bidang ilmu. Antara karangan beliau ialah kitabfuru’ al-masail, kitab munyyat al-musolli (kitab fekah), kitab minhaj al-Abidin, kitab bidayah al-Hidayah (kitabtasauf), al-durr al-tahmin, dhia’ al-murid (kitab usuluddin) dan berkenaan Sejarah kitab tarikh al-Fatani.

Terdapat ramai anak murid Syeikh Daud Al-Fatani yang menjadi ulama alam Melayu di antaranya ialah SyeikhAbdul Halim anak angkat Long Yunus (Sultan Kelantan), Wan Hasan bin Ishaq al-Fatani dan Syeikh Wan Alibin Ishaq al-Fathani, Syeikh Wan Muhammad Zain, Syeikh Abdul Samad bin Haji Abdullah Imam Bira, SyeikhAbdul Malik, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fatani,Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji.

Syeikh Daud al-Fathani wafat sekitar tahun 1847M dan dimakamkan di Kota Taif. Kuburnya bersampingandengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah SAW.

SYEIKH DAUD AL-FATHANIOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 2)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya kualiti manusia dilihat pada kekuatan hati dalaman dan kerohanian yang tinggi. Bukan pada zahir fi zikal tubuh badan.

Kualiti ini tidak akan tercapai melainkan denganpembersihan jiwa melalui Ilmu Tasawwuf dan Metodologi Tariqat yang mengutamakan penyucian jiwa dan rohani.

Berkat keteguhan iman dan kesucian jiwa dengan penuh kesabaran, kaum Muslimin berhasil mengalahkan musuhyang jumlahnya jauh lebih besar.

Jikalau ditinjau dalam sejarah Perang Uhud, kita akan mendapati bahawa kualiti itu benar-benar mengalahkan kuantiti. Hanya 700 orang Islam sahaja telah berjaya dan mampu mengalahkan 3000 orang kafi r yang ramai.

Hal ini kerana semangat di dalam jiwa para sahabat berkobar-kobar kerana telah melalui proses penyucian hati. Orang Islam telah berjaya meninggalkan mehnah duniawi untuk menuju kepada Allah SWT semata-mata. Ia merupakantariqat yang ingin mencapai keredhaan Allah SWT.

Demikian juga dalam Perang Khandaq, hanya seramai 3000 orang Islam sahaja dapat mengalahkan 10,000 orangtentera musuh dengan semangat hati yang sabar dan kental dalam mencapai Mardhatillah.

Bahkan, pada peperangan Mu'tah, 10,000 orang pasukan Islam menghadapi 100,000 orang tentera musuh yangbegitu ramai.

Demikian juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid RA. Hanya dengan membawa 59 orang tentera sahajadari para Sahabat yang sudah melalui proses penyucian hati, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai60,000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Ini bermakna kualiti hati suci dengan penuh kesabaran dan keredhaan kepada Allah SWT mampu menumpaskankuantiti hati yang tidak suci.

Proses penyucian hati ini tidak akan berjaya melainkan melalui ilmu Tasawwuf yang mengutamakan hati dan Metodologi Tariqat yang menyucikan rohaniah di dalam menentang hawa nafsu.

Maka dengan sebab itulah Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat bahawa mereka baru sahaja selesaidaripada perang kecil (perang fi zikal) seterusnya menuju kepada perang yang lebih besar iaitu perang melawan hawa nafsu. Ini jelas di dalam sebuah riwayat hadith:

Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Kita telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar. Mereka bertanya: Apakahyang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu? Rasulullah SAW bersabda: Kesungguhan seseorang hambamelawan hawa nafsunya.” Riwayat Al-Baihaqi no. 373 (kitab al-Zuhd, Sunan al-Kabir).

Maka jelas kepada kita bahawa memerangi hawa nafsu yang terkandung di dalam ilmu Tasawwuf dan MetodologiTariqat mampu menjadikan insan kamil yang berkualiti dan unggul.

Sejarah membuktikan kejayaan ini, kualiti hati dan jiwa yang dipasakkan dengan konsep Rabbaniah. Suatu Hakikatkejayaan yang mengutamakan rohaniyyah hati, yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah peradaban manusia.

161 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

BERKIRIM SALAM KEPADA RASULULLAH SAWMELALUI KAWAN-KAWAN ATAU KELUARGA ATAU

SAUDARA MARA YANG HENDAK MENUNAIKANIBADAH HAJI

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz pada kelazimannya saya dapati sesetengah orang Islam bila ada kawan-kawannya atau keluarga atau saudara maranya yang hendak menunaikan ibadah haji ke Makkah, lalu ada yang berkirim salam kepada Rasulullah SAW, sedangkan Rasulullah SAW sudah lama meninggal dunia. Kemusykilan saya: Adakah sampai salam-salam itu kepada Nabi kita bila orang yang dipesan itu menyampaikannya kepada baginda Rasulullah SAW. Mohon kepastian ustaz.

JAWAPANAlhamdulillah, ya, setiap salam yang diucapkan oleh seseorang untuk Nabi Muhammad SAW setelah baginda meninggal dunia adalah sampai kepadanya dan baginda jawab salam itu dengan sebaik-baik salam, bahkan setiap salam yang diucapkan langsung oleh seseorang mukmin kepada Nabi di mana saja ia berada akan sampai juga salam itu kepada Nabi SAW. Ini ada disebutkan oleh baginda Rasulullah sewaktu baginda masih hidup. Untuk itu perhatikan hadis-hadis yang berikut sebagaimana yang bermaksud:

“Dari Muhammad bin Abdul Rahman bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorangpun dari kamu mengucapkan salam atasku apabila aku telah wafat kecuali sampai kepadaku salamnya itu bersama Jibril, seraya ia berkata: Wahai Muhammad, ini si anu bin si anu, ia mengucap salam atas engkau. Maka aku menjawab: Dan atasnya selamat sejahtera dan Rahmat Allah dan berkat-Nya.” (Rujuk Tafsir Al-qurtubi jld. 14, hal. 237)

Maka difahamkan dari hadis ini, terang dan jelas bahawa setiap orang Islam yang mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad SAW sesudah ianya meninggal dunia, maka salamnya itu sampai kepadanya dan dijawabnya. Salam itu dibawakan oleh Malaikat Jibril kepada baginda seperti jelas tersebut dalam hadis di atas atau Malaikat lain yang berkeliaran di bumi seperti tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi Allah ada Malaikat-Malaikat yang berkeliaran di bumi mereka menyampaikan salam umatku kepadaku.” (HR: Ahmad dari Ibnu Mas’ud).

Di samping itu bagi orang yang mengunjungi baginda di kuburannya di Madinah beginda menjawab salam itu langsung kerana setiap orang memberi salam padanya rohnya dikembalikan Allah pada jasadnya kerana jasad para Nabi-Nabi tidak rosak dan tidak dimakan tanah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

”Tidak seorangpun yang memberi salam atasku kecuali Allah kembalikan kepadaku akan rohku hingga aku jawab atasnya salam." (HR: abu Daud dari Abi Hurairah RA).

Demikianlah jawapan ini semoga dapat kita fahami dan menjadi panduan hidup kepada kita sepanjang zaman.

Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

PEMBENTUKAN MUSLIM KINIOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Keperibadian manusia adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan, dan ada fasa-fasa sesuatu masa tertentu yang perlu diambil tahu. Fasa remaja adalah salah satu fasa di mana kita mula menghadapi perubahan yang besar dari segi fizikal dan juga mental, dan ini adalah fasa di mana ianya paling mudah untuk mempengaruhi minda seseorang tersebut. Tingkah laku dan personaliti seseorang manusia berhubungan dengan sifat dan juga pembawaan didalam hati mereka. Seperti bagaimana Allah SWT berfirman:

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang yang bersyukur.” (Surah Al-A’raf: 58).

Demi melahirkan Muslim yang beriman, sifat-sifat terpuji perlu ditanam dan diajar pada diri mereka sejak kecil lagi, untuk memberikan mereka kefahaman yang boleh membantu mereka untuk mengekalkan akhlak tersebut, dan pemantauan yang perlu diambil berat sekali ialah ketika mereka berada dalam fasa remaja. Perubahan dalam fasa ini mempengaruhi minda remaja-remaja tersebut dan membuatkan mereka untuk menjadi minat untuk melakukan perkara yang baru.

Sekiranya perkara tersebut tidak dipantau oleh sesiapa, mereka boleh memilih pilihan yang salah seperti kerana berasa tercabar terhadap gejala sosial yang berleluasa pada persekitaran ini. Daripada itu, sifat pembawaan dan keadaan dalam jiwanya boleh rosak akibat tersungkur pada jalan yang betul seperti Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d: 11).

Sesungguhnya pilihan dan tingkah laku seseorang mencerminkan keadaan akhlak mereka, oleh itu akhlak Islam perlu ditanam dalam diri dan jiwa seseorang sehingga ianya menjadi perkara yang menguasai seluruh pemikiran dan perkara yang dilakukan mereka. Apabila telah mencapai perkara sedemikian, ia dapat menghasilkan sifat yang tertarik terhadap perkara yang disesuaikan dengan akhlak Islam.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa mengingatkan sesama diri lebih-lebih lagi kepada remaja-remaja masa kini untuk sentiasa berpegang kepada akhlak yang baik serta bertungkus lumus melaksanakan perkara yang berakhlak baik.

61 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Maksudnya: "(bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman),jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah engkaubersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkahengkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah SWT mampu memaksa semua manusia dan jin untuk berimankepadanya. Allah SWT Maha berkemampuan berbuat demikian, tetapi adakah para Nabi dan pengikut-pengikutnya yang beriman mampu melakukannya?

Allah SWT boleh sahaja hendak menjadikan seluruh makhluk di bumi beriman. Allah SWT boleh lakukansupaya tidak ada seorang pun makhluk-Nya yang kufur terhadap-Nya. Allah SWT boleh jadikan semuamakhluk-Nya itu taat dan berakhlak baik. Tentu amat mudah bagi Allah SWT untuk melakukan demikian. Sebagai contoh lihatlah bagaimana Allah SWT menjadikan seluruh para malaikat-Nya taat dan patuh terhadap-Nya.

Allah SWT tidak memaksa manusia untuk beriman. Kerana kehidupan dunia ini adalah ujian. Jika dipaksauntuk beriman, maka di manakah relevannya ujian itu? Sekiranya seseorang itu dipaksa untuk melakukansesuatu perkara, adakah dia benar-benar hendak melakukannya? Iman dalam keterpaksaan bukanlah imanyang sebenarnya.

Setelah dijelaskan manfaat iman lalu dijelaskan bahawa beriman atau tidak beriman adalah pilihan bagi setiaporang, lalu Allah SWT kurniakan iman berdasarkan kehendak-Nya di luar kemampuan manusia hatta paraRasul dan Nabi. Kerana tugasan kita sebagai manusia hanya mengetuk pintu hati mereka yang ingkar dan degiluntuk menerima kebenaran keimanan bukan dengan jalan paksaan, tetapi harus atas dasar kerelaan dantidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah SWT.

Lantaran itulah dalam sesi kaunseling saudara baharu yang ingin memilih Islam sebagai cara hidup akanditekankan asas utama untuk memeluk agama Islam adalah keikhlasan, tidak boleh disandarkan atas maksudlain seperti mendapatkan habuan keuntungan dunia yang berupa harta kekayaan, pangkat, wanita atau lelakiyang ingin dikahwini dan sebagainya. Semua itu tidak ada nilainya di sisi Allah SWT jika dibandingkan dengankeimanan yang tulin terhadap-Nya.

Di antara musibah yang Allah SWT timpakan dalam diri manusia ialah kekufuran yang terimpak dari kekotoranjiwa hingga tidak dapat mengambil ikhtibar hikmah kejadian semua makhluk ciptaan Allah SWT, tidakmempergunakan akalnya untuk memikirkan petunjuk-Nya agar menerima kebenaran lalu terserlah Islam adalah agama universal, sesuai sepanjang zaman, usia, kedudukan, bangsa, warna kulit, iklim yang berpaksi di ataspersaudaraan dan kedamaian bukan permusuhan dan paksaan.

Secara hakikinya, Islam membawa makna “perdamaian” dan mensosialisasikan kedamaian. Islam memimpinke jalan damai, menuntun hati menjadi sabar, membela golongan tercicir, memperjuangkan hak lelaki danwanita, semuanya bertunjangkan kebenaran dan keadilan.

Meskipun Rasulullah SAW sebagai utusan Allah SWT yang terakhir telah wafat hampir 1451 tahun namunketika ini jumlah penganut Islam di seluruh dunia sudah melebihi 1 bilion orang. Dari jumlah tersebut 18% terdiri bangsa Arab dan selebih 82% dari seluruh suku bangsa yang ada di muka bumi ini. Jelas Islam bukan untukbangsa arab sahaja walaupun diturunkan di tengah-tengah masyarakat arab, malah Islam adalah sesuai untuk semua rumpun manusia kerana ianya didasari dengan ukhuwah, perpaduan dan perdamian.

AYAT AL-QURAN SURAH YUNUS : 99“ISLAM TERTEGAK DENGAN PERDAMAIAN

BUKAN PAKSAAN”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSakinah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksudberlaku diam (tidak bergerak), tenteram, stabil, seimbang dantenang. Sebuah kehidupan yang stabil, dari kerana keteraturannya, layaklah dikatakan sebagai kehidupan yang sakinah.Kehidupan sakinah merupakan kehidupan yang didambakan setiap manusia. Ia merupakan rahsia kelangsungan kehidupannya; darikerana, kestabilan kehidupan manusia berbeza daripada usiake usia. Sakinah bagi kanak-kanak tentunya berbeza bagi sakinah golongan berusia dan seterusnya.Kehidupan sakinah ialah kehidupan yang berlanjutan, daripada dunia hinggalah ke Akhirat. Yang disemaidengan bibit kebajikan, dan buah pahalanya dituai di Akhirat kelak. Firman Allah Ta’ala, “Sesiapa yang beramalsoleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengankehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebihdari apa yang mereka telah kerjakan.” (an-Nahl, 97).Sementara kehidupan yang kucar-kacir dan tiada sakinah padanya, ialah kehidupan yang terhad penglihatannya pada kehidupan duniawi sahaja. Yang disemai dengan bibit maksiat, dan buah dosanya dituai di Akhirat kelak. Firman Allah Ta’ala, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnyaadalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Taha, 124). Ayat ini menjadi dalil, bahawa kesempitan rezeki yang dialami oleh seseorang, di antara puncanyaialah banyak bermaksiat dan kurang beristighfar. Maka Imam al-Hasan al-Basri rahimahullah, apabila ditanyaberkenaan amalan yang meluaskan rezeki dan menolak bala bencana, beliau berpesan kepada penyoal agarbanyak beristighfar.Di antara kunci lain bagi kehidupan sakinah ini ialah perkahwinan. Hal ini kembali kepada fitrah manusia, sebagai makhluk sosial, yang memiliki sifat alUns/Kejinakan dan tidak berasa asing apabila bersama dengan manusialainnya, yang menjadikannya Insan hakiki. Manusia memerlukan pasangannya, untuknya melunaskan fitrahnya,di samping berkongsi cinta, perhatian dan kasih sayang."Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untukkamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesradengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (ar-Rum, 21).Namun, apa yang dilihat dinihari, golongan Barat yang memuja dan menuhankan Kebebasan, memperjuangkan perkahwinan sesama jenis, dan mempromosikan hidup membujang (yakni dengan hanya melakukan hubungandi luar nikah). Hal ini salah, kucar-kacir, tidak stabil dan bertentangan dengan fitrah manusia, yang telahdiciptakan Allah SWT berpasang-pasangan dengan selain jenis yaknilah antara lelaki-perempuan. Sertaketenangan hanyalah dapat dicapai dengan keterikatan, kerana bahtera tanpa sauh yang mengikatnya di suatutempat, akan hanyut dibuai gelombang, begitu jualah setiap manusia, diikat antara sesamanya dengan nikahyang sah, yang menjamin ketenteraman perasaannya. Tanpa hubungan yang sah, hidup manusia tidak akan tenang, kerana bertentangan dengan fitrah Allah Ta’ala, yang telah menciptakan dan mengatur kehidupanmanusia dengan sebaik-baik aturan.Semoga Allah SWT mengurniakan kehidupan sakinah buat semua Muslimin dan Muslimat; dan ketahuilah,kehidupan sakinah itu akan membawa kita kepada mentauhidkan Allah SWT dengan sesungguhnya dan diniatkandemi mardhatillah (keredhaan Allah), insya-Allah.

KEHIDUPAN SAKINAH DI DALAM AL-QURANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

141 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

KHITAN KAUM WANITAOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Khitan merupakan sesuatu yang difi trahkan untuk manusia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Fitrah itu ada lima: Khitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotongkuku, dan memotong kumis.” (HR: al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, khitan juga merupakan amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk Arab sejak dahulu kala lagi. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Juga telah sabit bahawasanya Nabi Ibrahim melaksanakan khitan sepertimana yang diarahkan oleh Allah SWT. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Nabi Ibrahim AS berkhitan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun." (HR: al-Bukhari dan Muslim).

Dan dikuatkan lagi dengan hadith daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda yangmaksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.”

Melalui hadith ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhitan. Dalam mazhab al-Syafi e, hukum khitan bagi wanita adalah wajib. Begitu juga menurut pendapat imam Ahmad. Tetapi bagi imam Abu Hanifah, imamMalik dan majoriti ulama menyatakan hukumnya adalah sunat.

Namun begitu, kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khitan secara melampau ini telahmenimbulkan isu yang mengatakan bahawa khitan itu mencacatkan fungsi kemaluan wanita dan terdapat juga tafsiran bahawa khitan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam.

Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khitan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khitan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal(pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”

Dengan ini, mufti mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhitan bagi lelaki dan perempuan.Adapun bahagian wajib dibuang ketika khitan ialah:

● Lelaki : Bahagian kulit yang menutupi hasyafah.● Perempuan : Bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris). Dan hanya disunatkan agar dinipiskan

atau dikemaskan sahaja dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang diharamkan kerana ianya merosak dan mencacatkan klitoris

Secara kesimpulannya, perlulah dipastikan yang ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai bakkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili agar tidak wujud isu-isu sedemikian sehingga ada pihak yang menyalahkan Islam.

Wallahu a’lam.

AMALAN YANG MULIAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Malik al-Haris bin Asim al-Asyaari RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihanitu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi mizan (timbangan). Ucapan zikir Subhaanallahdan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekahitu adalah bukti. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusiakeluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakandirinya." (Riwayat Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita bahawa agama lslam amat menitikberatkan soal kebersihan kerana pahala padakebersihan berganda sehingga separuh pahala iman. Menurut Imam al-Ghazali maksud kesucian ialah kesucianhati dari sifat-sifat mazmumah seperti dengki, dendam, khianat, buruk sangka dan sebagainya. Oleh itu siapa yangmengucap dua kalimah syahadah, maka ia akan mendapat sebahagian iman dan siapa yang membersihkan hatinyadari segala sifat mazmumah maka sempurnalah keimanannya. Menurut Imam Nawawi siapa yang membersihkanhatinya dan ia berwuduk, mandi dan menunaikan solat, maka dia telah menunaikan solat itu dengan mengumpulkandua macam kesucian iaitu kesucian zahir dan batin.

Hadis ini juga menjelaskan kepada kita berkaitan zikir dan rasa bersyukur kepada Allah SWT. Sesungguhnya untukmenggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada-Nya, terutamanyalafaz zikir yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW. Manakala melalui penjagaan solat ianya akan dapat mencegah diri kita dari perbuatan maksiat, menghalang perbuat keji dan mungkar serta menunjuk ke jalan yang benar sebagaimana cahaya dijadikan sebagai penyuluh dan petunjuk jalan. Seterusnya kita juga diperintahkan agar membelanjakan hartayang kita sayangi kepada orang yang memerlukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala al-Quran pula akan menjadi penolong diri seseorang pada hari kiamat kelak bagi siapa yang membaca dan beramal dengannya.

Hadis ini juga menyuruh kita sentiasa bersabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Seterusnya kita dilarang menurut hawa nafsu dan mengikut hasutan syaitan.

PENGAJARAN HADIS1. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.2. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi.3. Seorang muslim harus menggunakan waktunya dan umurnya dalam ketaatan kepada Allah SWT serta tidak

mengabaikannya kerana kesibukan lainnya.4. Kita diperintahkan untuk bersabar ketika mengalami musibah, khususnya dalam perbuatan amar maaruf dan nahi

munkar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

81 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

MEMUGAR KEIMANAN KEPADA AL-KITAB(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Perkataan al-Quran berasal dari kata kerja “qara-a” ertinya (dia telah) membaca. Kata kerja ini berubah menjadi “Qur’an’ yang secara harfiah bererti bacaan atau sesuatu yang harus dibaca dan dipelajari. Makna perkataan itu pula amat erat hubungannya dengan ayat al-Quran yang pertama diturunkan di gua Hira yang dimulai dengan perkataan ‘Iqra’ maksudnya bacalah. Membaca adalah salah satu usaha atau cara menambah ilmu pengetahuan yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Ilmu pengetahuan hanya dapat diperoleh dan dikembangkan melalui bacaan dengan jalan membaca dalam erti kata yang seluas-luasnya. Menurut S.H Nasr (S.H. nasr, 1981:27), di dalam al-Quran terdapat juga prinsip-prinsip ilmu pengetahuan.

Al-Quran adalah sumber rujukan yang utama kepada ajaran Islam. Menurut keyakinan umat Islam yang dibenarkan oleh penelitian ilmiah, al-Quran adalah kitab suci yang memuat firman-firman Allah SWT berupa wahyu yang disampaikan oleh malaikat jibril kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah secara berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, bermula di mekah kemudian di Madinah. Isi kandungannya, setelah dikaji dan diselidiki adalah petunjuk atau pedoman bagi umat manusia di dalam kehidupannya agar memperolehi kesejahteraan hidup di dunia ini dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Dalam membicarakan kandungan yang terdapat dalam kitab suci ini, ada baiknya menyentuh peranan akal dalam hubungannya dengan wahyu. Al-aqlu, dalam bahasa arab, yang menjadi akal dalam bahasa melayu, adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas dan peranannya dengan baik di dunia ini sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Kata ‘aql, dalam berbagai bentuk disebut sebanyak 47 kali di dalam al-Quran.

Dengan anugerah akal, manusia dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang menyelamatkan dan menyesatkan. Akal yang diberi tempat yang tinggi di sisi agama Islam itu mendorong kaum muslimin memahami agama dan ajaran Islam dengan menggunakan perbandingan rasional seperti kejadian alam semesta, umat manusia dan umat terdahulu, kehidupan sosial dan sebagainya (Ahmad Azhar Bazir, 1994: 17 - 18).

Dalam ajaran Islam, kedudukan akal adalah tinggi kerana akal merupakan wadah yang menampung al-aqidah, al-syari’ah serta al-akhlaq al-Islamiyah serta menjelaskannya. Kita tidak akan pernah memahami keindahan Islam tanpa menggunakan akal. Selain membawa erti daya fikiran dan intelek, perkataan akal juga menunjukkan pada sesuatu yang mengikat manusia dengan Allah SWT. Dengan mempergunakan akalnya dengan baik dan benar, sesuai dengan petunjuk Allah SWT, maka manusia akan merasa selalu terikat dan dengan sukarela mengikatkan dirinya dengan perintah dan larangan Allah SWT. Namun, seandainya dia tidak mempergunakan akalnya secara baik dan benar selaras dengan petunjuk Allah SWT seperti dalam wahyu-Nya, maka manusia tidak akan merasa terikat dan tidak akan mahu mengikatkan dirinya kepada Allah SWT.

Akal adalah ciptaan Allah SWT dalam diri manusia agar dengan akalnya, manusia yang hidup dapat melakukan, memahami dan mewujudkan sesuatu. Oleh kerana mulianya kedudukan akal itu, maka dapatlah difahami sepertimana dalam sebuah ungkapan yang menyebut; al-aqlu huwa-l-hayah wal faqdu huwa-l-maut. Ertinya, akal adalah kehidupan, hilangnya akal bererti kematian. (Osman Raliby,1980:37).

Berpandukan huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa wahyu dan akal memiliki peranan yang besar dalam memahami ajaran Islam. Namun, harus ditegaskan juga bahawa di dalam sistem ajaran Islam, wahyulah yang lebih utama dan awla, sedangkan akal adalah yang kedua. Wahyulah yang memberi bimbingan kepada akal manusia, bukan sebaliknya. Akal manusia harus dimanfaatkan dan dikembangkan dengan baik dan benar untuk memahami wahyu dan berjalan di atas garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam wahyu-Nya.

PENGIKAT KASIH KELUARGAOleh:

Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

Menerusi dalil al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar” (Surah al-Anfal, 8:28).

Berdasarkan ayat diatas, anak-anak adalah antara anugerah yang terindah daripada Allah SWT kepada setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Ini adalah antara hikmah terbesar yang boleh dicapai daripada tuntutan perkahwinan di sisi Islam iaitu meluaskan lagi keturunan anak Adam di muka bumi ini. Terdapat hadis nabi yang ada berkaitan dengan hikmah tersebut yang mana Nabi SAW menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Sabda Nabi SAW:

“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”

(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789, Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784).

Dalam Islam, anak merupakan pengikat kasih, permata hati dan buah hati kepada setiap pasangan yang berumahtangga. Allah SWT mengurniakan anak kepada pasangan adalah untuk mengikat kasih antara keduanya dan bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya agar tidak berkeseorangan. Dalam firman Allah SWT pada surah al-Anfal ayat 28 di atas, Allah SWT menunjukkan bahawa anak-anak yang telah dikurniakan merupakan harta yang tidak ternilai dan menjaga anak yang dikurniakan akan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Selain itu, ibu bapa sebagai manusia masih boleh bersabar bila diuji dengan kekayaan harta benda, kedudukan pangkat dan kemewahan wang ringgit, tetapi belum tentu boleh bersabar dan tabah menghadapi ujian atau kerenah anak.

Hal ini kerana anak juga merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT untuk ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam perkara yang tidak diredhai Allah SWT berserta dengan manusia yang sabar mengharungi rintangan yang melanda kehidupan mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 27 sehingga 28 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar."

Dari firman Allah SWT di atas, Allah SWT telah memerintahkan umat-Nya untuk menjaga amanah (zuriat) dengan sepenuh hati dan dengan kasih sayang berlandaskan syariah Islam. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan besar untuk mendidik anak dengan ajaran Islam. Hal ini kerana pada zaman kini terdapat banyak cabaran dan rintangan dalam mendidik anak disebabkan oleh pengaruh teman dan orang sekeliling.

Terdapat banyak doa yang disebut dalam al-Quran, dalam surah Ibrahim ayat 40: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” Demikian adalah doa untuk memohon zuriat yang yang rajin mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sebagai akhir penutup kata, setiap insan yang bergelar manusia di atas muka bumi ini seharusnya mengambil cakna terhadap perintah dan peringatan Allah SWT dalam al-Quran bahawa setiap amanah yang diberikan oleh-Nya sekiranya dijaga akan diberi ganjaran pahala yang setimpal.

121 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Program Dialog Cegah Jenayah SyariahPulau Sebatik dan Kalabakan

pada 21 dan 23 Julai 2019

Program Latihan Pembangunan NelayanKursus Keusahawanan PIKP: Ke Arah Pensijilan Halal (Pembuatan Mi)

Anjuran Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)pada 16 - 18 Julai 2019 di Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-Laya Tuaran

Peristiwa

101 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Program Dialog Cegah Jenayah SyariahPulau Sebatik dan Kalabakan

pada 21 dan 23 Julai 2019

Program Latihan Pembangunan NelayanKursus Keusahawanan PIKP: Ke Arah Pensijilan Halal (Pembuatan Mi)

Anjuran Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)pada 16 - 18 Julai 2019 di Taman Mini Akuakultur (TMA), Kg. Laya-Laya Tuaran

Peristiwa

101 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

MEMUGAR KEIMANAN KEPADA AL-KITAB(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Perkataan al-Quran berasal dari kata kerja “qara-a” ertinya (dia telah) membaca. Kata kerja ini berubah menjadi “Qur’an’ yang secara harfiah bererti bacaan atau sesuatu yang harus dibaca dan dipelajari. Makna perkataan itu pula amat erat hubungannya dengan ayat al-Quran yang pertama diturunkan di gua Hira yang dimulai dengan perkataan ‘Iqra’ maksudnya bacalah. Membaca adalah salah satu usaha atau cara menambah ilmu pengetahuan yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Ilmu pengetahuan hanya dapat diperoleh dan dikembangkan melalui bacaan dengan jalan membaca dalam erti kata yang seluas-luasnya. Menurut S.H Nasr (S.H. nasr, 1981:27), di dalam al-Quran terdapat juga prinsip-prinsip ilmu pengetahuan.

Al-Quran adalah sumber rujukan yang utama kepada ajaran Islam. Menurut keyakinan umat Islam yang dibenarkan oleh penelitian ilmiah, al-Quran adalah kitab suci yang memuat firman-firman Allah SWT berupa wahyu yang disampaikan oleh malaikat jibril kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah secara berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, bermula di mekah kemudian di Madinah. Isi kandungannya, setelah dikaji dan diselidiki adalah petunjuk atau pedoman bagi umat manusia di dalam kehidupannya agar memperolehi kesejahteraan hidup di dunia ini dan kebahagiaan di akhirat kelak.

Dalam membicarakan kandungan yang terdapat dalam kitab suci ini, ada baiknya menyentuh peranan akal dalam hubungannya dengan wahyu. Al-aqlu, dalam bahasa arab, yang menjadi akal dalam bahasa melayu, adalah kurniaan Allah SWT kepada manusia agar mereka dapat melaksanakan tugas dan peranannya dengan baik di dunia ini sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Kata ‘aql, dalam berbagai bentuk disebut sebanyak 47 kali di dalam al-Quran.

Dengan anugerah akal, manusia dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang menyelamatkan dan menyesatkan. Akal yang diberi tempat yang tinggi di sisi agama Islam itu mendorong kaum muslimin memahami agama dan ajaran Islam dengan menggunakan perbandingan rasional seperti kejadian alam semesta, umat manusia dan umat terdahulu, kehidupan sosial dan sebagainya (Ahmad Azhar Bazir, 1994: 17 - 18).

Dalam ajaran Islam, kedudukan akal adalah tinggi kerana akal merupakan wadah yang menampung al-aqidah, al-syari’ah serta al-akhlaq al-Islamiyah serta menjelaskannya. Kita tidak akan pernah memahami keindahan Islam tanpa menggunakan akal. Selain membawa erti daya fikiran dan intelek, perkataan akal juga menunjukkan pada sesuatu yang mengikat manusia dengan Allah SWT. Dengan mempergunakan akalnya dengan baik dan benar, sesuai dengan petunjuk Allah SWT, maka manusia akan merasa selalu terikat dan dengan sukarela mengikatkan dirinya dengan perintah dan larangan Allah SWT. Namun, seandainya dia tidak mempergunakan akalnya secara baik dan benar selaras dengan petunjuk Allah SWT seperti dalam wahyu-Nya, maka manusia tidak akan merasa terikat dan tidak akan mahu mengikatkan dirinya kepada Allah SWT.

Akal adalah ciptaan Allah SWT dalam diri manusia agar dengan akalnya, manusia yang hidup dapat melakukan, memahami dan mewujudkan sesuatu. Oleh kerana mulianya kedudukan akal itu, maka dapatlah difahami sepertimana dalam sebuah ungkapan yang menyebut; al-aqlu huwa-l-hayah wal faqdu huwa-l-maut. Ertinya, akal adalah kehidupan, hilangnya akal bererti kematian. (Osman Raliby,1980:37).

Berpandukan huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa wahyu dan akal memiliki peranan yang besar dalam memahami ajaran Islam. Namun, harus ditegaskan juga bahawa di dalam sistem ajaran Islam, wahyulah yang lebih utama dan awla, sedangkan akal adalah yang kedua. Wahyulah yang memberi bimbingan kepada akal manusia, bukan sebaliknya. Akal manusia harus dimanfaatkan dan dikembangkan dengan baik dan benar untuk memahami wahyu dan berjalan di atas garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam wahyu-Nya.

PENGIKAT KASIH KELUARGAOleh:

Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

Menerusi dalil al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar” (Surah al-Anfal, 8:28).

Berdasarkan ayat diatas, anak-anak adalah antara anugerah yang terindah daripada Allah SWT kepada setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Ini adalah antara hikmah terbesar yang boleh dicapai daripada tuntutan perkahwinan di sisi Islam iaitu meluaskan lagi keturunan anak Adam di muka bumi ini. Terdapat hadis nabi yang ada berkaitan dengan hikmah tersebut yang mana Nabi SAW menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Sabda Nabi SAW:

“Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai, dan yang memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)”

(Hadis Riwayat Abu Daud 2050, An-Nasaei 6/65, Sahih Abu Daud 1789, Sahih Ibn Hibban 9/4056, Hasan Sahih dalam Kitab Al-Irwa’ 1784).

Dalam Islam, anak merupakan pengikat kasih, permata hati dan buah hati kepada setiap pasangan yang berumahtangga. Allah SWT mengurniakan anak kepada pasangan adalah untuk mengikat kasih antara keduanya dan bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya agar tidak berkeseorangan. Dalam firman Allah SWT pada surah al-Anfal ayat 28 di atas, Allah SWT menunjukkan bahawa anak-anak yang telah dikurniakan merupakan harta yang tidak ternilai dan menjaga anak yang dikurniakan akan diberikan ganjaran pahala yang besar.

Selain itu, ibu bapa sebagai manusia masih boleh bersabar bila diuji dengan kekayaan harta benda, kedudukan pangkat dan kemewahan wang ringgit, tetapi belum tentu boleh bersabar dan tabah menghadapi ujian atau kerenah anak.

Hal ini kerana anak juga merupakan sebahagian daripada ujian Allah SWT untuk ibu bapa meningkatkan kesabaran dalam perkara yang tidak diredhai Allah SWT berserta dengan manusia yang sabar mengharungi rintangan yang melanda kehidupan mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 27 sehingga 28 yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar."

Dari firman Allah SWT di atas, Allah SWT telah memerintahkan umat-Nya untuk menjaga amanah (zuriat) dengan sepenuh hati dan dengan kasih sayang berlandaskan syariah Islam. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan besar untuk mendidik anak dengan ajaran Islam. Hal ini kerana pada zaman kini terdapat banyak cabaran dan rintangan dalam mendidik anak disebabkan oleh pengaruh teman dan orang sekeliling.

Terdapat banyak doa yang disebut dalam al-Quran, dalam surah Ibrahim ayat 40: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” Demikian adalah doa untuk memohon zuriat yang yang rajin mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Sebagai akhir penutup kata, setiap insan yang bergelar manusia di atas muka bumi ini seharusnya mengambil cakna terhadap perintah dan peringatan Allah SWT dalam al-Quran bahawa setiap amanah yang diberikan oleh-Nya sekiranya dijaga akan diberi ganjaran pahala yang setimpal.

121 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

KHITAN KAUM WANITAOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Khitan merupakan sesuatu yang difi trahkan untuk manusia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Fitrah itu ada lima: Khitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotongkuku, dan memotong kumis.” (HR: al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, khitan juga merupakan amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk Arab sejak dahulu kala lagi. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah.

Juga telah sabit bahawasanya Nabi Ibrahim melaksanakan khitan sepertimana yang diarahkan oleh Allah SWT. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Nabi Ibrahim AS berkhitan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun." (HR: al-Bukhari dan Muslim).

Dan dikuatkan lagi dengan hadith daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda yangmaksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.”

Melalui hadith ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhitan. Dalam mazhab al-Syafi e, hukum khitan bagi wanita adalah wajib. Begitu juga menurut pendapat imam Ahmad. Tetapi bagi imam Abu Hanifah, imamMalik dan majoriti ulama menyatakan hukumnya adalah sunat.

Namun begitu, kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khitan secara melampau ini telahmenimbulkan isu yang mengatakan bahawa khitan itu mencacatkan fungsi kemaluan wanita dan terdapat juga tafsiran bahawa khitan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam.

Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khitan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khitan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal(pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”

Dengan ini, mufti mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhitan bagi lelaki dan perempuan.Adapun bahagian wajib dibuang ketika khitan ialah:

● Lelaki : Bahagian kulit yang menutupi hasyafah.● Perempuan : Bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris). Dan hanya disunatkan agar dinipiskan

atau dikemaskan sahaja dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang diharamkan kerana ianya merosak dan mencacatkan klitoris

Secara kesimpulannya, perlulah dipastikan yang ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai bakkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili agar tidak wujud isu-isu sedemikian sehingga ada pihak yang menyalahkan Islam.

Wallahu a’lam.

AMALAN YANG MULIAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Malik al-Haris bin Asim al-Asyaari RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Kebersihanitu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Alhamdulillah memenuhi mizan (timbangan). Ucapan zikir Subhaanallahdan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekahitu adalah bukti. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusiakeluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakandirinya." (Riwayat Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita bahawa agama lslam amat menitikberatkan soal kebersihan kerana pahala padakebersihan berganda sehingga separuh pahala iman. Menurut Imam al-Ghazali maksud kesucian ialah kesucianhati dari sifat-sifat mazmumah seperti dengki, dendam, khianat, buruk sangka dan sebagainya. Oleh itu siapa yangmengucap dua kalimah syahadah, maka ia akan mendapat sebahagian iman dan siapa yang membersihkan hatinyadari segala sifat mazmumah maka sempurnalah keimanannya. Menurut Imam Nawawi siapa yang membersihkanhatinya dan ia berwuduk, mandi dan menunaikan solat, maka dia telah menunaikan solat itu dengan mengumpulkandua macam kesucian iaitu kesucian zahir dan batin.

Hadis ini juga menjelaskan kepada kita berkaitan zikir dan rasa bersyukur kepada Allah SWT. Sesungguhnya untukmenggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT ialah dengan memperbanyakkan zikir kepada-Nya, terutamanyalafaz zikir yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW. Manakala melalui penjagaan solat ianya akan dapat mencegah diri kita dari perbuatan maksiat, menghalang perbuat keji dan mungkar serta menunjuk ke jalan yang benar sebagaimana cahaya dijadikan sebagai penyuluh dan petunjuk jalan. Seterusnya kita juga diperintahkan agar membelanjakan hartayang kita sayangi kepada orang yang memerlukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala al-Quran pula akan menjadi penolong diri seseorang pada hari kiamat kelak bagi siapa yang membaca dan beramal dengannya.

Hadis ini juga menyuruh kita sentiasa bersabar dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Seterusnya kita dilarang menurut hawa nafsu dan mengikut hasutan syaitan.

PENGAJARAN HADIS1. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman.2. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi.3. Seorang muslim harus menggunakan waktunya dan umurnya dalam ketaatan kepada Allah SWT serta tidak

mengabaikannya kerana kesibukan lainnya.4. Kita diperintahkan untuk bersabar ketika mengalami musibah, khususnya dalam perbuatan amar maaruf dan nahi

munkar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

81 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Maksudnya: "(bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman),jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah engkaubersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkahengkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah SWT mampu memaksa semua manusia dan jin untuk berimankepadanya. Allah SWT Maha berkemampuan berbuat demikian, tetapi adakah para Nabi dan pengikut-pengikutnya yang beriman mampu melakukannya?

Allah SWT boleh sahaja hendak menjadikan seluruh makhluk di bumi beriman. Allah SWT boleh lakukansupaya tidak ada seorang pun makhluk-Nya yang kufur terhadap-Nya. Allah SWT boleh jadikan semuamakhluk-Nya itu taat dan berakhlak baik. Tentu amat mudah bagi Allah SWT untuk melakukan demikian. Sebagai contoh lihatlah bagaimana Allah SWT menjadikan seluruh para malaikat-Nya taat dan patuh terhadap-Nya.

Allah SWT tidak memaksa manusia untuk beriman. Kerana kehidupan dunia ini adalah ujian. Jika dipaksauntuk beriman, maka di manakah relevannya ujian itu? Sekiranya seseorang itu dipaksa untuk melakukansesuatu perkara, adakah dia benar-benar hendak melakukannya? Iman dalam keterpaksaan bukanlah imanyang sebenarnya.

Setelah dijelaskan manfaat iman lalu dijelaskan bahawa beriman atau tidak beriman adalah pilihan bagi setiaporang, lalu Allah SWT kurniakan iman berdasarkan kehendak-Nya di luar kemampuan manusia hatta paraRasul dan Nabi. Kerana tugasan kita sebagai manusia hanya mengetuk pintu hati mereka yang ingkar dan degiluntuk menerima kebenaran keimanan bukan dengan jalan paksaan, tetapi harus atas dasar kerelaan dantidak seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah SWT.

Lantaran itulah dalam sesi kaunseling saudara baharu yang ingin memilih Islam sebagai cara hidup akanditekankan asas utama untuk memeluk agama Islam adalah keikhlasan, tidak boleh disandarkan atas maksudlain seperti mendapatkan habuan keuntungan dunia yang berupa harta kekayaan, pangkat, wanita atau lelakiyang ingin dikahwini dan sebagainya. Semua itu tidak ada nilainya di sisi Allah SWT jika dibandingkan dengankeimanan yang tulin terhadap-Nya.

Di antara musibah yang Allah SWT timpakan dalam diri manusia ialah kekufuran yang terimpak dari kekotoranjiwa hingga tidak dapat mengambil ikhtibar hikmah kejadian semua makhluk ciptaan Allah SWT, tidakmempergunakan akalnya untuk memikirkan petunjuk-Nya agar menerima kebenaran lalu terserlah Islam adalah agama universal, sesuai sepanjang zaman, usia, kedudukan, bangsa, warna kulit, iklim yang berpaksi di ataspersaudaraan dan kedamaian bukan permusuhan dan paksaan.

Secara hakikinya, Islam membawa makna “perdamaian” dan mensosialisasikan kedamaian. Islam memimpinke jalan damai, menuntun hati menjadi sabar, membela golongan tercicir, memperjuangkan hak lelaki danwanita, semuanya bertunjangkan kebenaran dan keadilan.

Meskipun Rasulullah SAW sebagai utusan Allah SWT yang terakhir telah wafat hampir 1451 tahun namunketika ini jumlah penganut Islam di seluruh dunia sudah melebihi 1 bilion orang. Dari jumlah tersebut 18% terdiri bangsa Arab dan selebih 82% dari seluruh suku bangsa yang ada di muka bumi ini. Jelas Islam bukan untukbangsa arab sahaja walaupun diturunkan di tengah-tengah masyarakat arab, malah Islam adalah sesuai untuk semua rumpun manusia kerana ianya didasari dengan ukhuwah, perpaduan dan perdamian.

AYAT AL-QURAN SURAH YUNUS : 99“ISLAM TERTEGAK DENGAN PERDAMAIAN

BUKAN PAKSAAN”Oleh:

Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJATSakinah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksudberlaku diam (tidak bergerak), tenteram, stabil, seimbang dantenang. Sebuah kehidupan yang stabil, dari kerana keteraturannya, layaklah dikatakan sebagai kehidupan yang sakinah.Kehidupan sakinah merupakan kehidupan yang didambakan setiap manusia. Ia merupakan rahsia kelangsungan kehidupannya; darikerana, kestabilan kehidupan manusia berbeza daripada usiake usia. Sakinah bagi kanak-kanak tentunya berbeza bagi sakinah golongan berusia dan seterusnya.Kehidupan sakinah ialah kehidupan yang berlanjutan, daripada dunia hinggalah ke Akhirat. Yang disemaidengan bibit kebajikan, dan buah pahalanya dituai di Akhirat kelak. Firman Allah Ta’ala, “Sesiapa yang beramalsoleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengankehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebihdari apa yang mereka telah kerjakan.” (an-Nahl, 97).Sementara kehidupan yang kucar-kacir dan tiada sakinah padanya, ialah kehidupan yang terhad penglihatannya pada kehidupan duniawi sahaja. Yang disemai dengan bibit maksiat, dan buah dosanya dituai di Akhirat kelak. Firman Allah Ta’ala, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnyaadalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Taha, 124). Ayat ini menjadi dalil, bahawa kesempitan rezeki yang dialami oleh seseorang, di antara puncanyaialah banyak bermaksiat dan kurang beristighfar. Maka Imam al-Hasan al-Basri rahimahullah, apabila ditanyaberkenaan amalan yang meluaskan rezeki dan menolak bala bencana, beliau berpesan kepada penyoal agarbanyak beristighfar.Di antara kunci lain bagi kehidupan sakinah ini ialah perkahwinan. Hal ini kembali kepada fitrah manusia, sebagai makhluk sosial, yang memiliki sifat alUns/Kejinakan dan tidak berasa asing apabila bersama dengan manusialainnya, yang menjadikannya Insan hakiki. Manusia memerlukan pasangannya, untuknya melunaskan fitrahnya,di samping berkongsi cinta, perhatian dan kasih sayang."Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untukkamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesradengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (ar-Rum, 21).Namun, apa yang dilihat dinihari, golongan Barat yang memuja dan menuhankan Kebebasan, memperjuangkan perkahwinan sesama jenis, dan mempromosikan hidup membujang (yakni dengan hanya melakukan hubungandi luar nikah). Hal ini salah, kucar-kacir, tidak stabil dan bertentangan dengan fitrah manusia, yang telahdiciptakan Allah SWT berpasang-pasangan dengan selain jenis yaknilah antara lelaki-perempuan. Sertaketenangan hanyalah dapat dicapai dengan keterikatan, kerana bahtera tanpa sauh yang mengikatnya di suatutempat, akan hanyut dibuai gelombang, begitu jualah setiap manusia, diikat antara sesamanya dengan nikahyang sah, yang menjamin ketenteraman perasaannya. Tanpa hubungan yang sah, hidup manusia tidak akan tenang, kerana bertentangan dengan fitrah Allah Ta’ala, yang telah menciptakan dan mengatur kehidupanmanusia dengan sebaik-baik aturan.Semoga Allah SWT mengurniakan kehidupan sakinah buat semua Muslimin dan Muslimat; dan ketahuilah,kehidupan sakinah itu akan membawa kita kepada mentauhidkan Allah SWT dengan sesungguhnya dan diniatkandemi mardhatillah (keredhaan Allah), insya-Allah.

KEHIDUPAN SAKINAH DI DALAM AL-QURANOleh:

Mohammad Syafi q IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

141 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

BERKIRIM SALAM KEPADA RASULULLAH SAWMELALUI KAWAN-KAWAN ATAU KELUARGA ATAU

SAUDARA MARA YANG HENDAK MENUNAIKANIBADAH HAJI

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANUstaz pada kelazimannya saya dapati sesetengah orang Islam bila ada kawan-kawannya atau keluarga atau saudara maranya yang hendak menunaikan ibadah haji ke Makkah, lalu ada yang berkirim salam kepada Rasulullah SAW, sedangkan Rasulullah SAW sudah lama meninggal dunia. Kemusykilan saya: Adakah sampai salam-salam itu kepada Nabi kita bila orang yang dipesan itu menyampaikannya kepada baginda Rasulullah SAW. Mohon kepastian ustaz.

JAWAPANAlhamdulillah, ya, setiap salam yang diucapkan oleh seseorang untuk Nabi Muhammad SAW setelah baginda meninggal dunia adalah sampai kepadanya dan baginda jawab salam itu dengan sebaik-baik salam, bahkan setiap salam yang diucapkan langsung oleh seseorang mukmin kepada Nabi di mana saja ia berada akan sampai juga salam itu kepada Nabi SAW. Ini ada disebutkan oleh baginda Rasulullah sewaktu baginda masih hidup. Untuk itu perhatikan hadis-hadis yang berikut sebagaimana yang bermaksud:

“Dari Muhammad bin Abdul Rahman bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorangpun dari kamu mengucapkan salam atasku apabila aku telah wafat kecuali sampai kepadaku salamnya itu bersama Jibril, seraya ia berkata: Wahai Muhammad, ini si anu bin si anu, ia mengucap salam atas engkau. Maka aku menjawab: Dan atasnya selamat sejahtera dan Rahmat Allah dan berkat-Nya.” (Rujuk Tafsir Al-qurtubi jld. 14, hal. 237)

Maka difahamkan dari hadis ini, terang dan jelas bahawa setiap orang Islam yang mengucapkan salam kepada Nabi Muhammad SAW sesudah ianya meninggal dunia, maka salamnya itu sampai kepadanya dan dijawabnya. Salam itu dibawakan oleh Malaikat Jibril kepada baginda seperti jelas tersebut dalam hadis di atas atau Malaikat lain yang berkeliaran di bumi seperti tersebut dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi Allah ada Malaikat-Malaikat yang berkeliaran di bumi mereka menyampaikan salam umatku kepadaku.” (HR: Ahmad dari Ibnu Mas’ud).

Di samping itu bagi orang yang mengunjungi baginda di kuburannya di Madinah beginda menjawab salam itu langsung kerana setiap orang memberi salam padanya rohnya dikembalikan Allah pada jasadnya kerana jasad para Nabi-Nabi tidak rosak dan tidak dimakan tanah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

”Tidak seorangpun yang memberi salam atasku kecuali Allah kembalikan kepadaku akan rohku hingga aku jawab atasnya salam." (HR: abu Daud dari Abi Hurairah RA).

Demikianlah jawapan ini semoga dapat kita fahami dan menjadi panduan hidup kepada kita sepanjang zaman.

Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

PEMBENTUKAN MUSLIM KINIOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Keperibadian manusia adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan, dan ada fasa-fasa sesuatu masa tertentu yang perlu diambil tahu. Fasa remaja adalah salah satu fasa di mana kita mula menghadapi perubahan yang besar dari segi fizikal dan juga mental, dan ini adalah fasa di mana ianya paling mudah untuk mempengaruhi minda seseorang tersebut. Tingkah laku dan personaliti seseorang manusia berhubungan dengan sifat dan juga pembawaan didalam hati mereka. Seperti bagaimana Allah SWT berfirman:

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang yang bersyukur.” (Surah Al-A’raf: 58).

Demi melahirkan Muslim yang beriman, sifat-sifat terpuji perlu ditanam dan diajar pada diri mereka sejak kecil lagi, untuk memberikan mereka kefahaman yang boleh membantu mereka untuk mengekalkan akhlak tersebut, dan pemantauan yang perlu diambil berat sekali ialah ketika mereka berada dalam fasa remaja. Perubahan dalam fasa ini mempengaruhi minda remaja-remaja tersebut dan membuatkan mereka untuk menjadi minat untuk melakukan perkara yang baru.

Sekiranya perkara tersebut tidak dipantau oleh sesiapa, mereka boleh memilih pilihan yang salah seperti kerana berasa tercabar terhadap gejala sosial yang berleluasa pada persekitaran ini. Daripada itu, sifat pembawaan dan keadaan dalam jiwanya boleh rosak akibat tersungkur pada jalan yang betul seperti Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra’d: 11).

Sesungguhnya pilihan dan tingkah laku seseorang mencerminkan keadaan akhlak mereka, oleh itu akhlak Islam perlu ditanam dalam diri dan jiwa seseorang sehingga ianya menjadi perkara yang menguasai seluruh pemikiran dan perkara yang dilakukan mereka. Apabila telah mencapai perkara sedemikian, ia dapat menghasilkan sifat yang tertarik terhadap perkara yang disesuaikan dengan akhlak Islam.

Kesimpulannya, kita perlulah sentiasa mengingatkan sesama diri lebih-lebih lagi kepada remaja-remaja masa kini untuk sentiasa berpegang kepada akhlak yang baik serta bertungkus lumus melaksanakan perkara yang berakhlak baik.

61 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Nama penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud binSyeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fathani.Beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Tahun kelahirannyatidak dapat dipastikan, ada yang mencatat tahun 1133H, 1153H dan tahun 1183H.Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih Ali) Datok Maharajalela bin Mustafa DatuJambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan AbuAbdullah Umdatuddin. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani.

Ayah beliau iaitu Syeikh Wan Abdullah dan datuknya Syeikh Wan Idris adalah ulama besar pada zamannya. Sejak kecil Syeikh Daud al-Fathani ditanam dan dididik dengan ajaran Islam olehdatuk dan ayahnya. Pada peringkat awalnya beliau berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang memangterkenal alim. Seorang daripada mereka ialah bapa saudaranya, Syeikh Shafiyuddin. Beliau menerima pelajaranasasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Syeikh Muhammad Zain bin FaqihJalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Beliau dan kawan-kawannya kemudiannya belajar di Mekah selama30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamahal-Arif ar-Rabbani. Ketika di Mekah, beliau mendekati para ulama Patani yang telah bermastautin di Mekah.Di antaranya ialah Syeikh Muhammad Salleh bin Abdul Rahman al-Fathani seorang tokoh ulama ahli syari'atdan hakikat yang lebih banyak terjun ke dunia kesufian.

Setelah sekian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkanilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis antara Patani dengan Siam pada ketikaitu. Apabila terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarianpolitik. Ketika sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua Syeikh Haji dan beliau adalah orang pertamadilantik secara langsung sebagai ketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobibeliau, di samping mengajar di Masjidil Haram. Beliau telah menghasilkan sebanyak 58 buah kitabmenggunakan bahasa melayu dan bahasa arab dalam pelbagai bidang ilmu. Antara karangan beliau ialah kitabfuru’ al-masail, kitab munyyat al-musolli (kitab fekah), kitab minhaj al-Abidin, kitab bidayah al-Hidayah (kitabtasauf), al-durr al-tahmin, dhia’ al-murid (kitab usuluddin) dan berkenaan Sejarah kitab tarikh al-Fatani.

Terdapat ramai anak murid Syeikh Daud Al-Fatani yang menjadi ulama alam Melayu di antaranya ialah SyeikhAbdul Halim anak angkat Long Yunus (Sultan Kelantan), Wan Hasan bin Ishaq al-Fatani dan Syeikh Wan Alibin Ishaq al-Fathani, Syeikh Wan Muhammad Zain, Syeikh Abdul Samad bin Haji Abdullah Imam Bira, SyeikhAbdul Malik, Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahman al-Fathani, Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy al-Fatani,Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji.

Syeikh Daud al-Fathani wafat sekitar tahun 1847M dan dimakamkan di Kota Taif. Kuburnya bersampingandengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah SAW.

SYEIKH DAUD AL-FATHANIOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 2)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya kualiti manusia dilihat pada kekuatan hati dalaman dan kerohanian yang tinggi. Bukan pada zahir fi zikal tubuh badan.

Kualiti ini tidak akan tercapai melainkan denganpembersihan jiwa melalui Ilmu Tasawwuf dan Metodologi Tariqat yang mengutamakan penyucian jiwa dan rohani.

Berkat keteguhan iman dan kesucian jiwa dengan penuh kesabaran, kaum Muslimin berhasil mengalahkan musuhyang jumlahnya jauh lebih besar.

Jikalau ditinjau dalam sejarah Perang Uhud, kita akan mendapati bahawa kualiti itu benar-benar mengalahkan kuantiti. Hanya 700 orang Islam sahaja telah berjaya dan mampu mengalahkan 3000 orang kafi r yang ramai.

Hal ini kerana semangat di dalam jiwa para sahabat berkobar-kobar kerana telah melalui proses penyucian hati. Orang Islam telah berjaya meninggalkan mehnah duniawi untuk menuju kepada Allah SWT semata-mata. Ia merupakantariqat yang ingin mencapai keredhaan Allah SWT.

Demikian juga dalam Perang Khandaq, hanya seramai 3000 orang Islam sahaja dapat mengalahkan 10,000 orangtentera musuh dengan semangat hati yang sabar dan kental dalam mencapai Mardhatillah.

Bahkan, pada peperangan Mu'tah, 10,000 orang pasukan Islam menghadapi 100,000 orang tentera musuh yangbegitu ramai.

Demikian juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid RA. Hanya dengan membawa 59 orang tentera sahajadari para Sahabat yang sudah melalui proses penyucian hati, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai60,000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Ini bermakna kualiti hati suci dengan penuh kesabaran dan keredhaan kepada Allah SWT mampu menumpaskankuantiti hati yang tidak suci.

Proses penyucian hati ini tidak akan berjaya melainkan melalui ilmu Tasawwuf yang mengutamakan hati dan Metodologi Tariqat yang menyucikan rohaniah di dalam menentang hawa nafsu.

Maka dengan sebab itulah Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat bahawa mereka baru sahaja selesaidaripada perang kecil (perang fi zikal) seterusnya menuju kepada perang yang lebih besar iaitu perang melawan hawa nafsu. Ini jelas di dalam sebuah riwayat hadith:

Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Kita telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar. Mereka bertanya: Apakahyang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu? Rasulullah SAW bersabda: Kesungguhan seseorang hambamelawan hawa nafsunya.” Riwayat Al-Baihaqi no. 373 (kitab al-Zuhd, Sunan al-Kabir).

Maka jelas kepada kita bahawa memerangi hawa nafsu yang terkandung di dalam ilmu Tasawwuf dan MetodologiTariqat mampu menjadikan insan kamil yang berkualiti dan unggul.

Sejarah membuktikan kejayaan ini, kualiti hati dan jiwa yang dipasakkan dengan konsep Rabbaniah. Suatu Hakikatkejayaan yang mengutamakan rohaniyyah hati, yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah peradaban manusia.

161 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

Sebahagian peserta Bengkel Tadbir Urus Masjiddi Masjid Daerah Beaufort ketika menerima dokumen

dan plak resolusi bengkel

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

MENGAPA SURATCARAPELANTIKAN?(TADBIR URUS MASJID 3)Oleh: Adi Pitang

“Siapa yang pernah terima suratcara pelantikan ahliJawatankuasa masjid?” Tanyaku pada satu kursustadbir Urus Masjid kepada ahli jawatankuasa masjiddi sebuah daerah. Ada yang mengangkat tangan, pasti. Ada yang berpaling kepada rakan yang dudukdi sebelah, seolah bertanya sesuatu. Tidak pasti.Tiba-tiba seorang lelaki yang duduk di bahagian tengah bilik kursus yang memuatkan hampir 80 peserta itu,bangun berdiri dan mengangkat tangan. Aku memberi laluan kepada lelaki yang berbaju batik biru dan bersongkokitu bertanyakan sesuatu. “Ustaz suratcara pelantikan tu apa?” Tanyanya yang memang sudah ku duga soalan yangakan diutarakannya itu. Hampir keseluruhan peserta tidak mengangkat tangan yang membawa maksud merekatidak pernah menerima suratcara pelantikan itu. Suratcara ini hanya akan dikeluarkan sekiranya pihak jawatankuasamasjid menghantar borang Memohon Pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau (Borang K-BPW: 01) dan borangSenarai Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau (Borang K-BPW: 02).

Suratcara pelantikan itu adalah dokumen berbentuk sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NegeriSabah (JHEAINS) kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau sebagai pengiktirafan dari segi pentadbiran undang-undang untuk membolehkan mereka mentadbir masjid atau surau. “Mengapa ia sangat diperlukan ustaz?” Tanyaseorang lagi peserta yang duduk di barisan paling depan, yang merupakan mantan seorang guru besar. Suratcara ini merupakan punca kuasa kepada ahli jawatankuasa untuk mentadbir masjid. Suratcara ini merujuk kepada seksyen 66, Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004. Jawatankuasa perlu dilantik oleh JHEAINS bagi membolehkannyamengurus masjid. Teringat sewaktu menuntut di Universiti Malaya, Kuala Lumpur suatu ketika dulu, ditahan polisdalam satu sekatan jalan raya bersama seorang rakan kuliah. Ketika itu kami menaiki motorsikal menuju ke pusatbandar. “Terror bawa motor tapi tak ada lesen!”, Sindir Pegawai Polis yang menahan kami, hahaha. Begitulah jikadibandingkan dengan pengurusan masjid, persoalan undang-undang akan timbul sekiranya berlaku isu dalampengurusan masjid tentang punca kuasa undang-undang seseorang untuk melaksanakan pentadbiran masjid. Bagaimanacara pelantikan ahli jawatankuasa masjid ustaz?” Tanya seorang lelaki muda yang berkopiah putih yang dudukdi barisan tengah sambil tersenyum.

Pelantikan ahli jawatankuasa mengikut Garis Panduan Tadbir Urus Masjid Negeri Sabah hendaklah melalui pemilihandalam Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pengurusan Masjid yang diadakan dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat agung. Notis secara bersurat hendaklah dibuat kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dan pemberitahuan kepada semuaahli kariah dibuat melalui notis di papan kenyataan masjid atau di tempat-tempat awam yang bersesuaian. Mesyuarat Agung hanya sah dijalankan jika dihadiri sekurang-kurangnya satu per lima (1/5) daripada jumlah ahli jemaah masjidyang layak atau dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa yang sedia ada.

Cara pemilihan samada melalui pengundian atau keputusan sebulat suara ahli yang hadir mesyuarat itu. Setiausahahendaklah mengemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah (JHEAINS) nama-nama calon yang telah dipilihbersama minit mesyuarat Jawatankuasa Agung dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat dengan mengisi borangMemohon Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau dan Borang Senarai Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau. Walau apapun dalam peruntukan ini, JHEAINS boleh melantik pengerusi bagi mana-mana masjid atau surautanpa melalui Mesyuarat Agung Masjid/Surau dalam keadaan-keadaan yang difi kirkan perlu oleh Jabatan ini.

Sempat bertanya salah seorang peserta mantan pesara kerajaan, mengapa terbuka hati untuk menjadi ahlijawatankuasa masjid. Jawapannya cukup memotivasikan bahawa beliau ingin selalu berada di masjid. Alhamdulilah.

NABI PALSU DAN PENDUSTAOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Musailamah Al-Kadzdzab hendak mengunjungi Kota Madinah pada zaman Rasulullah SAW. Sebelumnya ia pernah berkata kepada pengikutnya, “Seandainya Muhammad menyerahkan urusan ini (kekuasaan)kepadaku setelah kewafatannya maka aku akan mengikutinya.” Ia mendakwahkan ucapanya ini bersama para pengikutnya dari kabilahnya dan mereka juga turut mendakwahkan ucapanya itu.

Ketika Musailamah tiba di Madinah, Rasulullah SAW beserta Tsabit bin Qais Bin Syammasmenemuinya sementara di tangan Rasulullah ada selembar daun, lalu baginda berhadapan denganMusailamah dan teman-temannya seraya berkata, “Wahai Musailamah.”

“Ya,” jawab Musailamah.

Kemudian, baginda bersabda, “seandainya kamu meminta selembar pelepah kurma ini, aku pasti tidakakan memberinya kepadamu dan sekali-kali utusan Allah SWT tidak akan diserahkan kepadamu. Dan jika kamu berpaling (menolak kebenaran) pasti Allah akan membinasakanmu. Sesungguhnya aku melihatkamu sebagaimana aku melihatnya dalam mimpiku tentang kamu.”

Tentang mimpi baginda, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa baginda bersabda, “Ketika aku sedangtidur aku melihat di tanganku ada dua gelang terbuat dari emas dan keindahan barang tersebutmenggiurkan aku lalu aku diberi wahyu dalam tidurku, agar aku meniupnya. Aku pun meniupnya hinggakeduanya terbang (lenyap). Maka aku mentafsirkan mimpiku itu sebagai dua orang pendusta (yangmengaku menjadi nabi) yang akan muncul kewafatanku. Yang pertama adalah al-‘Ansi dan yang lainnya adalah Musailamah Al-Kadzdzab, seorang penduduk Yamamah.”

Di kemudian hari, Khalid bin Al-Walid bersama dengan pasukan Islam memerangi MusailamahAl-Kadzdzab dan Musailamah berhasil dibunuh. Allah SWT telah membebaskan kaum muslimin darikebohongan Musailamah Al-Kadzdzab.

41 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3. Kerap buang air kecil 4. Sembelit 5. Sakit ketika bersetubuh 6. Cepat kenyang atau hilang selera makan 7. Kurang tenaga dan sering penat 8. Bahagian abdomen yang membengkak jelas kelihatan

atau kembung perut 9. Kitaran haid yang tidak normal

KANSER OVARI MENGIKUT TAHAP Tahap 1 Tumor terhad kepada satu atau kedua-dua ovari

Tahap 2 Tumor menyerang kedua-dua ovari dan di

bahagian pelvik, tanpa merebak ke bahagian abdomen

Tahap 3 Tumor merebak ke bahagian pelvik dan organ- organ abdomen

Tahap 4 Tumor metastasis ke bahagian paru-paru, hati atau nodus limfa

1. Merokok 2. Asbestos 3. Terdedah kepada bahan kimia yang mengakibatkan

kanser 4. Sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser

paru-paru 5. Kadar pencemaran udara yang tinggi 6. Tahap arsenik yang tinggi dalam air minuman 7. Radioterapi terhadap paru-paru 8. Gas radon

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER PARU-PARU 1. Sakit dada 2. Batuk berpanjangan 3. Batuk berdarah 4. Badan cepat letih 5. Hilang selera makan 6. Penurunan berat badan secara mendadak 7. Sesak nafas 8. Lelah

SIMPTOM-SIMPTOM KANSER KOLON 1. Sakit perut, cirit-birit 2. Sembelit 3. Najis berdarah (akibat daripada tumor yang berdarah) 4. Bengkak di bahagian perut, demam, berat badan susut

dan hilang selera makan

PUNCA-PUNCA KANSER KOLON

1. Diet yang tidak seimbang. Makanan yang tinggi

kandungan lemak dan rendah serta berpotensi tinggi diserang kanser kolon

2. Merokok 3. Minuman beralkohol 4. Penyakit keturunan yang diwarisi

KANSER KOLON MENGIKUT TAHAP

Tahap 1

Sel-sel di permukaan kolon sangat aktif. Ia sentiasa membahagi dan mewujudkan tunas yang dikenali sebagai polyp. Kebanyakan polyp adalah kecil, ketumbuhan beligna yang akhirnya akan berhenti membahagi.

Tahap 2

Di tahap ini peratusan kecil polyp ini terus berkembang. Kadang-kadang sehingga 10 tahun atau lebih. Pelbagai mutasi genetik boleh mengubah polyp menjadi kanser.

Tahap 3

Apabila tumor membesar, lebih banyak mutasi dan kanser sel masuk ke dalam dinding otot di sekeliling kolon

Tahap 4

Apabila kanser memasuki saluran darah dan sistem limfa, sel-sel maligna boleh berpecah dan merebak ke organ-organ lain seperti hati, paru-paru dan perut

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Simptom-simptom Kanser Ovari

4. KANSER PARU-PARU

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 6)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

5. KANSER KOLON/USUSKanser kolon adalah sejenis kansr yang menyerang sistem penghadaman. Kanser ini adalah kanser ketiga yang paling banyak dihidapi oleh kaum lelaki dan wanita.

Bagaimana Perubatan Moden merawat Kanser?1. Pembedahan Kaedah ini adalah cara paling efektif dalam usaha

membuang terus sebahagian besar sel dan tisu kanser di dalam tubuh.

Contoh pembedahan adalah seperti pembedahan membuang ‘lump’ pada kanser payudara, pembedahan membuang rahim pada penyakit kanser rahim, pembedahan membuang prostat .

Kekurangan kaedah ini ialah hanya dapat dilakukan sekiranya sel-sel kanser tersebut masih di peringkat awal iaitu tahap 1 dan 2. Ia juga bergantung kepada lokasi kanser di dalam tubuh serta kanser sel belum merebak ke bahagian anggota. Peringkat awal, pembedahan dilakukan dengan membuang terus sel-sel dan tisu tersebut.

Jika sel-sel telah merebak, pesakit perlu menjalani kemoterapi atau radioterapi. Ini bertujuan mengecilkan saiz tumor sebelum menjalani pembedahan.

Bersambung... dengan kemoterapi

KESALAHAN GANGGUAN PERKAHWINANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Gangguan terhadap perkahwinan adalah tindakan atau perlakuan negatif yang mempengaruhi individu untuk melangsungkan perkahwinan atau tidak. Ianya terjadi dalam bentuk paksaan atau ugutan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 37 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 iaitu: Kecuali jika dibenarkan oleh Hukum Syarak, seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan-(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; atau(b) untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang telah mencapai umur enam belas tahun dari berkahwin dengan sahnya, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Walaupun pada dasarnya ibu bapa adalah pihak yang menentukan perkahwinan anak gadisnya namun perlu diingat bahawa anak gadis berkenaan tidak boleh dipaksa untuk berkahwin apatah lagi sekiranya usianya terlalu muda tanpa ada sebarang alasan munasabah. Seringkali terjadi kes anak gadis menjadi korban untuk dikahwinkan dengan pihak tertentu dalam melunaskan hutang keluarganya terutamanya yang dibelenggu dengan masalah kewangan. Menurut mufti wilayah persekutuan Kuala Lumpur, keharusan perkahwinan perlu dilihat kepada kes tertentu contohnya, dalam kes perkahwinan remaja terlanjur dan khuatir mengandung luar nikah yang boleh menyebabkan bayi terbabit ternafi nasabnya.

Menurutnya lagi, hukum berkahwin dengan gadis muda adalah sah, tetapi jika melihat maksud dan matlamat perkahwinan, maka jelas menunjukkan sewajarnya kanak-kanak yang dikahwini mestilah dalam usia bersedia dari sudut fizikal untuk hubungan kelamin selain memahami kesan yang berlaku selepasnya seperti perceraian, mengandung dan nafkah.

Had umur bagi perkahwinan di Malaysia pada ketika ini diselaraskan pada usia 18 tahun. Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Ismail pada bulan Ogos tahun 2018. Ianya diputuskan setelah mengambil kira kemaslahatan remaja wanita yang berkahwin dibawah umur 18 tahun pada ketika ini mengundang pelbagai kesan negatif dan diantaranya adalah dari sudut kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Walaupun dalam Islam umur yang sesuai berkahwin adalah apabila mencapai tahap akil baligh serta mampu berfikir dengan waras. Namun, perlu diambil kira dari segi persediaan kedua-duanya lelaki dan wanita tersebut, kerana tanpa ada ilmu yang mencukupi dari segi pengetahuan agama tentang hak suami isteri, kebersihan diri, hal mengasuh dan mendidik anak dan pelbagai lagi tanggungjawab berat yang dipikul setelah berkahwin maka rumahtangga yang dibina tidak akan bertahan lama dan impak yang buruk seperti depresi dan tekanan jiwa di kalangan remaja wanita amatlah membimbangkan.

Pihak yang memaksa pasangan sama ada lelaki atau wanita untuk berkahwin tanpa mempertimbangkan hal berkenaan kesihatan dan keselamatan mereka amatlah wajar didakwa dibawah seksyen 37(a) EUKINS 2004. Memandangkan mereka sebagai wali meletakkan amanah kepada seseorang yang tidak mampu untuk menanggungnya atas faktor fizikal, mental dan emosi. Ianya adalah satu bentuk kezaliman yang mengakibatkan keruntuhan rumah tangga seperti fenomena perceraian, ibu tunggal, tuntutan fasakh dan nusyuz.

181 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Mentadbir masjid dalam era kini memerlukan satuperaturan atau prosedur seragama yang perlu diikuti. Jaminan kepada pengurusan masjid yang berkesanmenjadi perkara utama dalam pewujudan suatu peraturan dalam sistem pentadbiran mana-mana institusi. Tidak terkecuali kepada pengurusan masjid.

Masjid perlu ditadbir mengikut undang-undang dan peraturan. Ini bagi menjamin kelangsungan aktiviti dan program masjid berjalan dengan baik. Tidak ada sesiapaata u m a n a - m a n a p i h a k ya n g b o l e h d i b i a r ka n menyalahgunakan atau mengambil kesempatan dalam insti tusi masjid sehingga menjejaskan fungsi masjid yang sebenar. Apatah lagi pengurusan masjid ti dak boleh lari pentadbiran Syarak, khususnya dalam soal kebersihanmasjid, menjaga amanah tabung masjid dari segi penyimpanan dan penggunaannya, pelaksanaan solat berjemaah, khutbah dan sebagainya. Pentadbiran undang-undang dan peraturan diperlukan untuk menjamin syarak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah2004 memperuntukan bahawa Majlis Ugama Islam Sabah (Majlis) adalah Menjadi Pemegang Amanah Tunggal bagi Masjid dan Tanah yang berkaitan dengannya. Walau apapun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadipemegang amanah tunggal bagi semua masjid dalamNegeri Sabah. Ini dijelaskan dalam seksyen 58 enakmenyang sama memperuntukan bahawa - “Tiap-ti ap masjid, bersama dengan tapak masjid itu dan mana-mana tanah yang berhubung dengan dan digunakan bagi maksud-maksud masjid itu, selain tanah Kerajaan atau tanah yang dirizab bagi maksud awam, hendaklah sebaik sahaja didaft arkan di bawah Ordinan Tanah Sabah Bab 68, dan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, dan pemindahmilikan, terletak hak pada Majlis bagi maksud-maksud Enakmenini.

Dan di bawah seksyen 59 menjelaskan bahawa - “Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan, atau menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan di atau oleh masjid”. Seksyen 61 dalam enakmen yangsama memperuntukan bahawa - “Tanda perubahanmaterial kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis”.

Justeru itu, keperluan memahami undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa perlu diketahui oleh mereka yang terlibat dalam pengurusan masjid supaya tidakberlaku salah faham yang membawa kepada kepincangan dalam mengurus masjid. Semoga masjid-masjid kita dapat ditadbir dengan sebaiknya melalui pematuhan undang-undang dan Syarak agar fungsinya akan lebih memberimakna kepada masyarakat.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muahamad NajibEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti JasriPuan Ily Umairah Aqilah binti Zulkepli

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

SYUKURI NIKMAT NEGARA BERDAULAT

Gema azan berkumandangmenghimpun jemaah bertandangseti ap saat sarat bermunajatmerungkai rahsia khusyuk segenap ayatti ada terbilang rangkaian hikmat katati dak terhutang akan cinta kasih-Nya.

Nun di belahan negara bergolakdentuman peluru bergelodakpercikan api membakar jiwa memberontaksampai bila fenomena duka berakhirsedang generasinya akan dewasadidikan terhenti memadam cita-citaluka hati bermandi air matamereka gundah gulanadan kita menatap hiba mampu berdoaagar beban mereka pulihsembuh dari diulit malapetakamembangun hidup sejahtera.

Alhamdulillahini tanah bertuahpusaka nenek moyang sanggup bertumpah darahberti kam memenangkan kemerdekaandi samping curahan keringat menyemai ilmukita merapi iman memartabat kedaulatanmenuai bahagia dalam kesyukuran

Oleh:Duliam Suari

21 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 1 Zulhijah 1440H/2 Ogos 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI24.pdf · BIL. SIMPTOM 1. Sakit di bahagian abdominal atau pelvik 2. Sakit belakang 3