shoutul islam dari meja editor laman puisi...

10

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Dalam sebuah organisasi atau institusi kerja berpasukan adalah satu perkara yang maha penting. Kejayaan organisasi sering dikaitkan dengan kerja berpasukan anggotanya. Tidak ada anggota yang boleh mengaku bahawa kejayaan organisasi itu adalah dari kecemerlangan dirinya seorang. Organisasi tidak akan dapat bergerak tanpa kerjasama semua pihak.

Justeru itu, bekerja sebagai sebuah pasukan memerlukan individu yang dapat bekerjasama secara berkesan dan mengenepikan perasaan peribadi. Hal ini tentunya bukan tugas yang mudah kerana setiap individu memiliki pelbagai karakter diri. Seorang ahli fikir pernah mengatakan bahawa “Teamwork is the ability to work together toward a common vision. The ability to direct individual accomplishments toward organisational objectives. It is the fuel that allows common people to attain uncommon results”.

Apa yang penting dalam kerja berpasukan adalah kepercayaan di antara satu sama lain bagi mengelak salah faham. Kepercayaan adalah kunci untuk menjaga hubungan kerja yang baik antara rakan-rakan sepejabat dan majikan. Kepercayaan memerlukan kejujuran dan kejujuran adalah penting untuk membolehkan kerja-kerja dilakukan secara efisien tanpa wujudnya perasaan bimbang bahawa seseorang akan diketepikan atau dipulaukan oleh rakan sepejabat.

Satu aspek penting dalam mewujudkan kerja berpasukan yang efektif adalah kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Hal ini memerlukan kemahiran mendengar secara aktif, kemahiran berunding dan komunikasi non-verbal. Tujuannya untuk sentiasa peka dengan nada, gerak tubuh dan ekspresi wajah rakan-rakan sekerja kerana hal ini akan mempengaruhi penerimaan rakan-rakan sekerja.

Dalam hal ini, kita harus membina budaya kerja berpasukan melalui kefahaman yang baik tentang objektif organisasi atau program yang hendak dilaksanakan. Sekiranya pekerja tidak memahami objektif organisasi atau program dengan jelas, kita tidak akan dapat memberi kesan yang baik atau mempamerkan prestasi yang produktif. Dan lebih memburukkan keadaan apabila kita mempunyai tafsiran sendiri mengenai objektif organisasi atau program itu. Perkara ini akan mewujudkan situasi di mana kita akan bekerja sebagai individu berbanding sebagai satu pasukan seperti yang sepatutnya.

Suatu perkara yang mungkin membawa kecemerlangan dalam organisasi itu ialah menanamkan sense of belonging, rasa setia dan dedikasi kepada organisasi. Perkara ini akan mewujudkan sikap sentiasa komited tanpa mengira masa dan tenaga yang harus disumbangkan kepada organisasi.

Dan akhirnya kesan kerja berpasukan akan memastikan organisasi kita kekal berdaya saing dan maju.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Syafiq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

SEPERTI SEBATANG LILIN

Seperti sebatang lilinyang menyinardi dada malamsangat indah nyalaannyatumpah di ruang rumahku

Semoga tiada lagi rasa dahagaandainyakiniraga generasikumenanam benih keyakinankecintaan kepada Tuhannya

Dunia ini hanya sementara

Kasih!..untuk itukukuhkanlah silaturahimituseharum kasturi

Pada waktu itumataku melihat lilinnyamenyala bersinarsetiap senja dan subuhlaungan azannya berkumandangdengan khusyuk

Oleh:DeeKeeBPI23072019

223 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

BIL. SIMPTOM 1. Ketulan pada payudara/ketulan yang keras dan tidak

sekata di bawah lengan (ketiak) 2. Perubahan saiz dan bentuk payudara atau puting susu

3. Kulit pada bahagian payudara berubah seperti

kulit limau (orange appearance) atau kemerah- merahan

4.

Cecair keluar dari puting susu sama ada darah, cecair jernih, cecair berwarna kuning, hijau atau kelihatan seperti nanah

BIL. BAHAGIAN SIMPTOM

1. Payudara

1. Bengkak pada hanya sebelah tangan (di sebelah payudara yang mempunyai sel kanser)

2. Hilang selera makan dan penurunan berat badan yang mendadak

2. Tulang Sakit pada tulang rusuk, tulang belakang atau tulang pinggul

3. Paru-paru Pesakit akan mengalami sesak nafas. 4. Otak Pesakit akan mendapat sawan,

masalah penglihatan dan kekeliruan 5. Hati Pesakit akan mengalami bengkak

di bahagian abdomen.

Tahap 1 Payudara kemerah-merahan Tahap 2 Payudara membengkak Tahap 3

Kegatalan dan kesakitan pada payudara. Kulit payudara menebal seakan-akan kulit buah oren

Tahap 4

Lymph nodes(kelenjar) membengkak di kawasan ketiak dan tulang leher

BIL. SIMPTOM

1. Kerap kencing (terutama pada waktu malam)

2. Arus kencing yang perlahan

3. Susah untuk kencing dan kencing tidak lawas

4. Air kencing menitis selepas kencing

5. Terdapat darah di dalam air kencing atau air mani

6. Sakit pada tulang terutama tulang pinggul atau tulang belakang (kemungkinan kanser telah melarat)

BIL. KAEDAH

1. Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh

doktor menunjukkan prostat membesar, keras dan permukaan prostat yang tidak rata

2. CT scan atau Bone scan

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 5)Oleh: Tuan Haji Nordin Lossin

1. KANSER PAYUDARAterjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.

Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel yang tidak normal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar. Kanser payudara merupakan penyumbang kepada peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser dalam kalangan wanita.

Simptom-simptom Kanser Payudara

Simptom-simptom sekiranya Kanser merebak ke;

Kanser Payudara Mengikut Tahap

2. KANSER PROSTATKanser prostat adalah sel kanser yang terhasil pada tisu permukaan prostat. Prostat ialah kelenjar bersaiz ‘walnut’ yang terletak di belakang dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Selalunya, kanser prostat ini kerap menyerang lelaki dewasa pada usia 50 tahun ke atas.

Simptom-simptom Kanser Prostat

Kaedah mengesan Kanser Prostat

3. KANSER OVARIOvari adalah organ reproduktif wanita yang berfungsi sebagai lokasi pengeluaran telur, hormon estrogen dan progesteron. Kanser ovari adalah pertumbuhan kanser sel malignan di salah satu ovari atau di kedua-dua belah ovari. Kanser ovari sukar dikenal pasti pada peringkat awal dan selalunya dikesan di peringkat akhir, di mana kanser sel telah merebak ke organ lain di bahagian abdomen. Punca berlakunya kanser ovari masih belum dikenal pasti.

Simptom-simptom kanser OvariPada tahap awal, simptom kanser ovari ini sukar dikesan. Dengan kata lain, hampir tiada simptom. Namun simptom-simptomnya jelas dapat dilihat apabila kanser mula berada pada tahap kedua.

Bersambung... Kanser Ovari mengikut tahap

PENJAGAAN ANAK-ANAK TAK SAH TARAFOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Anak luar nikah atau anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada ibu yang tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan dengan lelaki yang menyetubuhinya. Dalam kebanyakan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri di Malaysia, anak tidak sah taraf ditafsirkan sebagai: Seorang anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu samada berpunca daripada perbuatan zina atau dirogol atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum Syara'.Anak tersebut (tidak sah taraf) dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah (tahun qamariyyah) dari waktu pernikahan dan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya dan tidak boleh sama sekali pewarisan dan perwalian antara mereka. Walau bagaimanapun, jika anak itu lahir setelah enam bulan atau lebih daripada tarikh pernikahan, maka anak tersebut dikira sebagai anak yang sah taraf menurut pandangan Islam walaupun anak tersebut terhasil sebelum dari akad nikah yang sah dan lelaki tersebut menanggung segala yang telah diperakukannya. Merujuk kes Salim lawan Masiah (1976), Jurnal Hukum (2) 296, di mana dalam kes ini mahkamah mendapati bahawa walaupun pihak suami mendakwa isterinya mengandung sebelum berkahwin dengannya namun disebabkan wanita tersebut melahirkan anak selepas 8 bulan berkahwin, anak tersebut dikira sebagai anak sah taraf dan suaminya dikehendaki membayar nafkah anak tersebut. Perkara utama yang perlu diteliti untuk menentukan status taraf anak ialah nasab. Ini kerana dengan penentuan nasab maka ia akan menyempurnakan hak seseorang anak itu dari segi hak jagaan, nafkah, penyusuan, pewarisan, pergaulan dan pelbagai lagi perkara lain. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Anak luar nikah itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja (pembalasan).”Daripada hadith ini jelas bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah atau disebabkan oleh perzinaan, maka ianya dinasabkan kepada ibunya dan bapa penzina/perogol tidak mendapat apa-apa termasuk hak jagaan anak hasil perzinaannya. Anak tidak sah taraf hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah atau kepada nama Allah (Asma ul-Husna) yang lain. Merujuk seksyen 86 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004, penjagaan kanak- kanak tak sah taraf adalah semata-mata pada ibu atau saudara mara ibu.Manakala nafkah anak tidak sah taraf dinyatakan dalam Seksyen 81 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Sabah tahun 2004, yang memperuntukkan bahawa:(1) Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sah taraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa- apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah.(2) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.Amalan di Malaysia, anak tidak sah taraf perlu memohon kebenaran mahkamah untuk bernikah dengan menggunakan wali hakim.Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri ada memperuntukkannya di bawah Seksyen 18.Dalam permohonan untuk bernikah menggunakan wali hakim, mahkamah akan menyiasat latar belakang anak serta mengambil keterangan ibu atau bapanya. Seandainya ada pengakuan daripada ibu dan bapanya bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan anak itu akan diperintahkan berwalikan hakim.Sekiranya bapa itu yakin dengan status anak adalah anaknya tetapi berasa malu untuk bertindak sebagai wali, beliau boleh mewakilkan perwalian kepada jurunikah bertauliah.Oleh yang demikian masyarakat hendaklah memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan anak tak sah taraf serta tidak menghina mereka kerana kesalahan ibu bapa anak tersebut. Mereka wajar dilayan selayaknya seperti anak-anak sah taraf kerana hak mereka juga dilindungi agama dan undang-undang.

1823 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

Sebahagian dari fasilitator BTUM

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

MENGAPA SQUAD BTUM?(TADBIR URUS MASJID 2)

Oleh:Adi Pitang

“Li! Cuba senaraikan rakan-rakan fasilitator yang mau ikut serta dalam program BTUM”, Mintaku pada Ali Zainal Abidin stafku suatu hari. “Jangan lupa tanya samada mereka bersedia untuk menjadi fasi atau tidak”, Jelasku lagi supaya memudahkan Mansor mengatur kenderaan untuk mereka. BTUM atau Bengkel Tadbir Urus Masjid adalah bengkel yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk Ahli Jawatkuasa Masjid di seluruh negeri Sabah. Bengkel ini menghimpunkan semua ahli jawatakuasa masjid dan ahli kariah yang seramai 50 orang.

“Ustaz! BTUM ini kita buat 2 harikah tahun ne?” Tanya Nuraidah, pegawai yang menyelaras bengkel ini bersama Ali. “Buat sehari saja, macam sempat juga untuk kita habiskan perbincangan kompenan tadbir urus tu”, Jawabku bila Nuraidah memaklumkan Bahagian kami sudah kekurangan peruntukan setelah siri kursus pengajian kitab Fiqh Manhaji Imam As-Syafie dilaksanakan untuk semua imam di seluruh negeri awal tahun ini. Tahun lalu bengkel tadbir urus ini dilaksanakan selama 2 hari. Pelaksanaan BTUM dibuat melalui ceramah umum Garis Panduan Tadbir Urus Masjid, diikuti dengan perbincangan dalam kumpulan yang dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut tajuk Perancangan Strategi Masjid, Program dan Aktiviti, Pengurusan Data Kariah Masjid, Pengurusan Aset dan Harta Masjid, Pengurusan Kewangan serta Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan. Perbincangan yang dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang fasilitator ini akhirnya akan menyiapkan satu dokumen resolusi tadbir urus masjid yang menjadi rujukan kepada jawatankuasa masjid itu.

Menyediakan fasilitator BTUM memerlukan latihan kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Latihan ini sangat diperlukan bagi menyeragamkan apa yang akan disampai dan dibincangkan. Para fasilitator diperlukan memahami konsep keseluruhan garis panduan tadbir urus supaya apa yang disampaikan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Fasilitator yang efektif perlu mempunyai ciri-ciri kreadibiliti tinggi, boleh membimbing, memotivasi, merancang dan mempunyai personaliti yang baik. Fasilitator yang berkesan perlu membuat persediaan awal dan memikirkan secara mendalam tentang topik yang dibincangkan. Di samping itu, mereka juga perlu memberikan maklumat dengan jelas, memastikan perjalanan perbincangan dalam kumpulan adalah mengikut perancangan dan pengurusan yang baik. Fasilitator yang baik juga perlu melibatkan diri dalam perbincangan, mewujudkan suasana interaksi yang baik dan selesa, dapat mengesan masalah yang dihadapi, dapat memberi pendapat dan membantu ahli kumpulan menyelesaikan permasalahan. Hmmm… banyak juga ustaz! Komen salah seorang fasilitator semasa kursus fasilitator, hahaha. Seramai 32 orang telah dilatih sebagai fasilitator program ini buat kali pertama, seterusnya 52 orang bagi kali kedua dan ketiga, yang menjadikan 84 orang kesemuanya. Mereka ini terdiri dari pegawai-pegawai JHEAINS, Pegawai Tadbir Agama, Pegawai Penyelaras Masjid dan Imam-imam. Dalam hal ini, kerja berpasukan atau team work merupakan prasyarat penting untuk mencapai kejayaan bengkel ini. Sehebat mana pun seseorang itu dalam melakukan kerja, mereka pasti memerlukan bantuan serta gandingan orang lain untuk bekerja. Kerja yang dilakukan oleh sebuah pasukan tentunya lebih baik berbanding kerja yang dilakukan secara bersendirian dari segi kualiti dan kuantitinya. Begitulah keberadaan squad BTUM.

KEUTAMAAN BERJALAN KE MASJIDOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkatimu, hai Abu Aiman dan menjadikanmu orang yang selalu mentaati perintahnya.

Abu Hasan menyambut saudaranya, Abu Aiman, ketika melihatnya baru datang dari masjid sedang cuaca siang itu amat panas. Dan baru saja selesai mengerjakan solat zuhur berjemaah di masjid. Cuaca panas itu tidak menghalanginya untuk ke masjid. Juga saat keadaan gelap gelita, cuaca sangat dingin atau tengah hari menyengat yang panas membakar wajahnya yang berkilau iman itu. Maka dari itu, Abu Hasan bertanya kepadanya, “Apa yang mendorongmu pergi ke masjid meskipun cuaca saat ini sangat panas sehingga membuat tubuh berkeringat dan membakar pasir-pasir sampai seperti bara api?”

Abu Aiman menjawab, “aku melakukannya kerana Rasulullah SAW telah bersabda, “Barangsiapa pergi ke masjid pada waktu pagi dan sore hari, maka Allah SWT telah menyiapkan tempat untuknya di syurga, setiap kali ia pergi pada waktu pagi dan sore hari.” Ia diam sebentar lalu mengusap keringat di keningnya, kemudian berkata lagi, Rasulullah SAW juga bersabda, “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian ia pergi ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk melaksanakan kewajipan Allah SWT, maka langkah-langkah itu; langkah kaki yang satu menghapus kesalahan, dan satu lagi mengangkat darjatnya.”

“Saudaraku, tidakkah kamu tahu bahawa kita telah banyak berbuat dosa? Kita hanya mempunyai sedikit amal soleh. Maka, perbanyakkan langkah kita ke masjid, di antara faedahnya, menghapus dosa-dosa kita dan juga mendapatkan pahala tanpa perlu bersusah payah,” lanjut Abu Aiman.

“Semoga Allah SWT memberimu kesihatan dan memperindah dirimu dengan kesabaran. Tidakkah kamu dapat menggunakan kenderaan ke masjid? Atau kamu dapat menungguku sebentar kemudian aku hantarkan ke masjid?” usul Abu Hasan.

“Baiklah, dengarkan kisah ini! Kamu akan mengetahui kenapa aku menolak usulmu,” Kata Abu Aiman.

Ada seorang lelaki Anshar yang jarak rumahnya dari masjid paling jauh di antara yang lain. Dan ia tidak pernah melewatkan satu pun solat berjemaah. Maka, seseorang mengusulkan kepadanya, “Seandainya kamu membeli seekor keldai yang dapat kamu tunggangi di saat gelap gelita dan siang hari yang panas untuk pergi ke masjid.”

Lelaki Anshar itu berkata, “Aku tidak gembira apabila rumahku berada di samping masjid, kerana aku ingin dicatat setiap langkahku ke masjid dan langkah kembaliku ketika pulang ke keluargaku.

Rasulullah SAW yang saat itu duduk mendengarkan perkataan lelaki itu kemudian bersabda kepadanya, “Allah telah mengumpulkan untukmu itu semua.”

Setelah menyampaikan kisah ini, Abu Aiman berkata, “Aku seperti halnya lelaki Anshar itu kerana aku mengaharapkan pahala tersebut.”

Abu Hasan berkata, “Kamu benar, saudaraku.”

Abu Aiman berkata, "Seseorang yang berjalan di kegelapan malam untuk solat Isyak dan Subuh maka pahalanya sangat besar. Cahaya sempurna akan terpancar dalam mata dan hatinya. Ia pasti selamat ketika menyeberangi titian sirat dan pada hari ketika semua manusia dikumpulkan. Rasulullah SAW telah bersabda, “Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan menuju masjid-masjid, bahawa ia akan mendapatkan cahaya sempurna pada hari kiamat." Menurutmu, adakah yang lebih baik daripada orang itu, saudaraku?”

Abu Hasan berkata, “Demi Allah, tidak. Kamu telah mencurahkan usaha keras yang singkat di dunia yang fana ini, maka kamu berhak mendapatkan pahala yang kekal di akhirat.”

423 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

Nama penuh Dr. Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi ialah Muhammad Idris bin Haji Abdul Rauf bin Jaafar bin Idris. Al-Marbawi adalah gelaran yang diambil sempena nama kampung beliau iaitu Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Beliau dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313 Hijrah bersamaan 10 Mei 1896 Masihi di perkampungan al-Masfalah, Makkah al-Mukarramah. Pada waktu kelahirannya, ibu bapa beliau berada di Makkah untuk mengerjakan ibadah haji serta menuntut ilmu di sana. Bapa beliau ialah Haji Abd al-Rauf bin Jaafar, berasal dari Minangkabau. Ibu beliau pula ialah Asma binti Haji Abdul Karim, berasal dari Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak. Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak sulung. Dr. Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi telah memperoleh pendidikan awal di Makkah. Beliau memperoleh pendidikan asas dari bapanya sendiri dan menerima pendidikan dari beberapa ulama besar yang menetap di Makkah seperti Haji Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan, Syeikh Nik Mat Kecik Fatani, Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fatani dan Syeikh Wan Ahmad Khatib bin Abdul Latif al-Minangkabawi. Ketika berumur 10 tahun, beliau telah mampu menghafaz 10 juzu’ al-Qur’an di samping beberapa buah kitab lain. Kemudiannya, pada tahun 1902, beliau pulang bersama keluarganya ke Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Setelah itu, beliau menyambung pembelajarannya di Sekolah Melayu Lubuk Merbau sehingga tamat darjah lima. Dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun selepas kembali dari Makkah, beliau berhijrah dari sebuah pondok ke pondok yang lain. Antaranya ialah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussin al-Mas’udi di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani (Madrasah al-‘Asriyyah) di Bukit Mertajam serta Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Setelah belajar di pondok Tok Kenali, beliau meneruskan pengajiannya ke Kaherah, Mesir untuk mendalami ilmu agama. Beliau berangkat ke Mesir pada Mac 1924. Beliau merupakan anak Melayu pertama kelahiran Perak yang melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir. Semasa di Mesir beliau telah menuntut ilmu dengan beberapa tokoh ulama seperti Syeikh Muhammad Mustafa al-Maghari iaitu Sheikh al-Azhar, Syeikh Abu al-Fadl al-Gizawi dan Syeikh Muhammad Ibrahim. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau tidak terus pulang ke tanah air, tetapi terus menetap di Mesir dan meneruskan aktiviti penulisan ilmiah di Mesir. Antara kitab karangan beliau ialah Kitab Bahrul Mazi, Tafsir Quran al-Marbawi, Tafsir Quran Nur al-Yakin, Tafsir Surah Yasin, Tafsir Fathul Qadir, Kitab Jamiul Ulum, Kitab Perbendaharaan Ilmu Kurun 14H, Kamus Penuntut, Kamus al-Marbawi, Kitab Nizamul Hayah dan Mujamul Ka’inat.

Di atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada 5 Julai 1980, beliau telah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Manakala pada 1 Muharram 1408H pula, beliau telah diisytiharkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1408.

Dr. Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi meninggal dunia pada 13 Oktober 1989 di Hospital Besar Ipoh, Perak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

RUJUKAN:● wikipedia.org.SyeikhIdrisal-Marbawi

DR. SYEIKH MUHAMMAD IDRIS AL-MARBAWITOKOH BIDANG KEAGAMAAN DAN PERSURATAN

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

ILMU TASAWWUF DAN METODOLOGI TARIQATDIGERUNI MUSUH (BAHAGIAN 1)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya Ilmu Tassawuf dan Metodologi Tariqat berupaya membentuk modal insan bertaqwa agar dekat kepada Allah SWT.

Ia merupakan metodologi yang digeruni oleh syaitan, tentera dajjal yang terdiri daripada orang kafir, orang munafik, orang musyrik serta musuh-musuh Allah SWT terutama kelompok Zionisme, Freemasonary dan Illuminati.

Ilmu Tasawwuf dan Metodologi Tariqat secara hakikatnya merupakan asas yang tersangat penting di dalam mencapai maqam Ihsan di dalam agama.

Syaitan dan tentera dajjal sangat memusuhi ilmu Tasawuf ini dan berusaha dengan sedaya upaya agar manusia menjauhinya. Hal ini kerana Ilmu Tasawwuf ini mengajarkan manusia tentang penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah SWT dengan penuh keikhlasan di jiwa.

Apabila seorang insan telah mensucikan hatinya dan berjaya mencapai hal kedekatan kepada Allah SWT, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir dan beberapa ma'unah akan terlihat dan berlaku secara langsung.

Melalui pembentukan kualiti insan ini melalui penyucian hati dapat membangkitkan kekuatan rohani yang luar biasa. Melalui metodologi tariqat ini juga, dapat mengalahkan kuantiti insan yang ramai yang melupakan pencipta sebenar.

Hal ini kerana Ilmu Tasawwuf telah mengajar orang beriman tentang makna kesabaran yang tinggi dan keredhaan yang jitu.

Kemenangan diperolehi walaupun dengan kuantiti yang sedikit tetapi memiliki kualiti yang bermutu. Kualiti hati ini dijelaskan di dalam al-Quran:

Maksudnya: "Wahai Nabi, motivasikanlah semangat orang mukmin untuk berjuang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti." (Surah Al-Anfal: 65).

Jelas bahawa kesabaran yang terkandung di dalam hati yang suci setelah melalui proses tarbiah mampu mencapai kejayaan yang hakiki.

Pertolongan Allah SWT ini pernah berlaku dalam sejarah dunia. Ia berlaku kepada para Sahabat Nabi Muhammad SAW yang telah melalui proses penyucian hati terutama sabar dan redha.

Hanya dengan 313 tentera sahaja dalam keadaan kelengkapan yang kurang mampu menghancurkan lebih 1,000 orang tentera kafir yang lengkap bersenjata pada Perang Badar.

Berkat keteguhan iman dan kesucian jiwa dengan penuh kesabaran melalui proses tarbiyah tazkiyatun nafs, kaum Muslimin berhasil mengalahkan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar.

1623 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKANOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANBerdoa kepada Allah SWT adalah satu platform untuk mendapatkan apa yang kita pohonkan dan hajatkan. Tetapi mengapa ada sebahagian orang berdoa, doa mereka itu belum juga dimakbulkan. Sedangkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan-Ku perkenankan.” Boleh ustaz terangkan perkara ini.

JAWAPANBerdoa kepada Allah SWT itu adalah suatu ibadat bagi umat Islam. Ini kerana melaksanakan perintah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

Yang bermaksud:. “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mu’min, ayat 60).

Difahamkan dari ayat ini jelas bahawa orang-orang mu’min diperintahkan Allah SWT agar suka berdoa kepada-Nya dan doa mereka akan dimakbulkan Allah SWT. Dengan demikian berdoa adalah mendapat pahala ibadat.

Tentang mengapa doa sebahagian orang belum dimakbulkan, kita tidak tahu sebenarnya hakikat ini. Sebab para ulama Islam menafsirkan firman Allah SWT yang maksudnya: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan untuk kamu.”

Dengan bersandarkan kepada hadith Nabi yang maksudnya: “Tidak seorang muslim dimuka bumi berdoa kepada Allah kecuali Allah berikan kepadanya apa yang dimintanya itu atau dijauhkannya daripadanya kejahatan yang seumpamanya, atau disimpankan baginya pahala seumpamanya.” (HR: Tarmizie dari Ubadah bin Shamit RA).

Dengan demikian jelas kepada kita bahawa doa yang nampaknya belum dimakbulkan itu boleh jadi orang yang berdoa itu termasuk dalam apa yang diterangkan oleh Syeikh Ibrahim bin Adham sewaktu orang bertanya kepadanya tentang doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Dalam Tafsir Al-Qurtubi diriwayatkan begini yang maksudnya: “Ditanya orang Ibrahim bin Adham: Apa hal kami ni, kami berdoa, tapi tidak dimakbulkan untuk kami? Ibrahim bin Adham menjawab: Doa kamu tidak dimakbulkan kerana: 1. Kamu kenal Allah SWT, tapi tidak kamu taati. 2. Kamu kenal Rasul SAW, tetapi kamu tidak ikut sunnahnya. 3. Kamu kenal Al-Quran, tapi tidak kamu amalkan ajarannya. 4. Kamu makan berbagai nikmat Allah SWT. Tapi kamu tidak tunaikan kesyukurannya. 5. Kamu kenal syurga, tapi tidak kamu cari akannya. 6. Kamu kenal neraka, tapi kamu tidak lari daripadanya. 7. Kamu kenal syaitan, tapi tidak kamu perangi dia bahkan kamu sepakati dia. 8. Kamu kenal mati, tapi kamu tidak bersedia untuknya. 9. Kamu kuburkan orang-orang mati, tapi tidak kamu ambil iktibar dengannya. 10. Kamu biarkan keaiban kamu, tapi kamu sibuk mempersoalkan keaiban orang lain.

(Tafsir Al Qurtubi, Jilid, 2, hal, 312).

Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman dan panduan kepada kita.

Wallahu a’lam.

PANAS DEMAM YANG DIRASAKAN RASULULLAH SAW DUA KALI GANDA

Oleh:Mohd Azrul Nizam bin Junaidi

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

JANGAN MENCELA DEMAMOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Pasti semua kita pernah ditimpa sakit demam. Jika sudah dalam keadaan ini pasti tubuh tidak akan dapat melakukan aktiviti seperti kebiasaanya kerana mungkin merasakan terlalu sejuk atau terlalu panas dan mungkin juga suhu badan yang tidak menentu. Kondisi badan juga menjadi lemah. Di antara kewajipan kaum muslimin ketika tertimpa penyakit adalah bersabar dan menahan diri dari berkeluh kesah atau berkata-kata yang menunjukkan protes terhadap takdir Allah Ta’ala atas dirinya.

Begitulah sikap kita yang seharusnya ditunjukkan jika terkena penyakit demam, penyakit yang sering kita jumpai di sekitar kita. Hendaknya kita bersabar, sebagaimana kita berusaha bersabar ketika menghadapi ujian dan musibah yang lainnya.

Diriwayatkan dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah , menjenguk Ummu As-Saaib atau Ummul Musayyib. Rasulullah berkata kepadanya:

“Ada apa denganmu, Ummu As-Saib atau Ummul Musayyib, badanmu bergetar (kerana demam).”

Ummu As-Saib berkata:

“(Ini kerana) demam, semoga Allah tidak memberikan keberkahan kepadanya.”

Maka Rasulullah mengatakan:

“Janganlah Engkau mencela demam. Kerana demam itu boleh menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa) manusia, sebagaimana kiir (alat yang dipakai tukang besi) boleh menghilangkan karat besi.” (HR. Muslim).

Demam itu terjadi kerana takdir Allah Ta’ala. Allah SWT lah yang telah menetapkannya. Dan Allah Ta’ala pula yang mengangkat atau menyembuhkannya. Segala sesuatu terjadi kerana kehendak Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, tidak sepatutnya seseorang mencela demam, kerana hal ini sama saja dengan mencela pencipta demam, yaitu Allah Ta’ala.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

“Menjadi kewajipan atas seseorang jika tertimpa (demam) untuk bersabar dan mengharap pahala dari Allah Ta’ala dan mengkhabarkan bahawa demam itu dapat menghapus kesalahan (dosa) sebagaimana kiir dapat membersihkan karat (kotoran) besi. Hal ini kerana jika besi dipanaskan di atas api, hilanglah karat yang melekat, dan besi itu pun menjadi bersih kembali. Demikian pula demam, akan berdampak seperti itu juga bagi diri manusia (yaitu membersihkan dosa dan kesalahan).” (Syarh Riyadhus Shalihin).

623 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

Maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai- berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh nabi-nabi Allah), dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar”.

Melalui ayat ini Allah SWT melarang umat ini menjadi seperti umat-umat terdahulu yang bercerai-berai dan berselisih di antara sesama mereka, serta meninggalkan amar makruf dan nahi munkar, padahal hujah telah jelas menentang mereka.

Dengan perpecahan itu bagaimanapun kukuh dan kuat kedudukan suatu umat, pasti akan membawa kepada keruntuhan dan kehancuran. Lantaran itulah Allah SWT memperingatkan agar umat Islam jangan terjatuh ke jurang perpecahan itu. Kesatuan di kalangan umat Islam saling diperlukan antara satu dengan yang lain. Kita diibaratkan oleh Rasulullah SAW seperti sebuah bangunan saling kukuh mengukuhkan sesama kita menerusi.ukhuwah dan persahabatan demi mencapai kehidupan yang makmur damai sejahtera dan sentosa.

Rasulullah SAW mengharapkan agar ukhuwah yang terjalin sesama umatnya seumpama seutas tasbih ada awal tiada akhir, bahkan terus melingkari tanpa terputus. Allah SWT menegah kita bersengketa sesama sendiri dengan tetap berpegang teguh pada tali ikatan agama-Nya. Penyatuan di antara umat Islam menjadi sesuatu keutamaan agar menutup ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam menyuntik doktrin perpecahan seperti yang terjadi hari ini di setengah negara-negara arab.

Allah SWT memberi petunjuk dari dua jalan bagi kesejahteraan umat manusia. Pertama adalah jalan fitrah yang berpusat di dalam diri manusia hingga mampu menyingkap kebaikan dan keburukan kepada manusia. Kedua adalah hidayah yang bersumber dari ilmu Allah SWT yang tidak terbatas. Hidayah ini membimbing manusia menuju ke matlamat penciptaannya agar menjadi lebih sempurna. Menerusi hidayah inilah tersingkap perintah dan larangan kepada manusia hingga mewarnai kehidupan mereka dengan iman dan tauhid.

Sudah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia inginkan perpaduan. Tiada manusia dari mana-mana rumpun bangsa yang sukakan perpecahan, persengketaan, permusuhan, perbalahan, pergaduhan dan peperangan. Kerana ia akan membawa kepada kehancuran sebuah tamadun kemanusiaan.

Bila berlaku peperangan, manusia akan kehilangan kebebasan. Manusia hidup dalam ketakutan. Jiwa manusia tertekan, keluh-kesah dan gelisah. Tidak mustahil kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh generasi demi generasi yang mendatang.

Perpecahan adalah musuh kepada manusia. Sewajarnya masyarakat dunia membencinya. Berbanding dengan keamanan dan perpaduan ianya amat diidamkan seluruh rumpun manusia kerana di situlah letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang sejati.

Setelah diteliti dan diamati, nyata dan jelas sekali kepada kita bahawa dalam kehidupan ini, manusia memerlukan satu sama lain. Manusia perlu lengkap melengkapi, bertolong-tolongan dan bekerjasama. Kalau tidak, manusia tidak boleh hidup. Sama ada suka atau tidak, manusia terpaksa menjalani kehidupan sedemikian.

Secara logiknya manusia mesti merapatkan saf persaudaraan di samping berusaha untuk memelihara perpaduan. Baharulah manusia tidak akan bersengketa, berhasad dengki, cemburu iri hati, dendam kesumat, bermusuhan, jatuh menjatuhkan sama ada melalui cara fitnah atau membuka keaiban saudara seagamanya.

Realitinya umat Islam sebenarnya telah dipersaudarakan dengan iman dan tauhid. Inilah hakikat perpaduan yang sedia tertanam di dalam diri umat Islam yang perlu disuburkan sepanjang zaman.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI IMRAN : 105“CABARAN MENGEKALKAN PERPADUAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Antara isu-isu yang hangat ditimbulkan pada lima enam dasawarsa lepas, hingga ke hari ini, ialah isu feminisme. Ia ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran, dari kerana ia disahut baik oleh sekalian wanita daripada pelbagai latar belakang, budaya dan agama. Demikian menjelaskan munculnya aliran Feminisme Islam, yang berjuang memberdayakan wanita, dan mengangkat suara serta tuntutan wanita agar didengar. Dalam kalangan mereka ini, ada yang radikal dan ada yang bersikap sederhana.

Bantahan yang selalu dilontarkan oleh golongan radikal daripada mereka ini ialah; wujudnya dalil-dalil di dalam Islam yang memberi permit kepada penindasan wanita. Mereka berhujah, bahawa wujudnya pelbagai dalil dan yang kita bawakan di sini, lima dalil yang dihafal lelaki pada kebiasaannya.1. 'Sesungguhnya tipu daya kalian (wahai perempuan) itu amat besar.' (Yusuf, 28).2. '(Kahwinlah) Dua, tiga atau empat' (an-Nisa', 3).3. 'Perempuan itu kurang akal dan agama.' (HR al-Bukhari & Muslim).4. 'Lelaki itu Qawwam (Pengurus) kepada Wanita' (an-Nisa', 34).5. '(Bahagian Harta Pusaka) lelaki seperti bahagian dua perempuan' (an-Nisa', 11).

Menurut mereka, lelaki secara amnya menggunakan dalil-dalil ini untuk menundukkan wanita, atas nama Allah SWT. Misalnya, apabila seseorang lelaki menuntut untuk poligami, maka dalil nombor 2 akan dibaca-bacakan depan isteri, tanpa mengambil kira isu kemampuan dan keadilannya antara isteri-isterinya yang bakal dipersoalkan Allah SWT di Akhirat kelak.

Akan tetapi, benarkah Islam mengizinkan lelaki menindas wanita? Kita mengiktiraf kebijaksanaan Allah Ta’ala dalam hukum-hakam-Nya, dan dalam beberapa situasi, mengutamakan lelaki, namun dengan hikmah yang mampu diakali manusia. Misalnya berkenaan dalil nombor 5, Allah SWT melebihkan bahagian lelaki, kerana lelaki wajib menanggung nafkah dan keperluannya kepada harta itu lebih mustahak berbanding wanita yang tidak wajib menanggung apa-apa nafkah pun. Begitu juga dalam soal Imamah/Menjadi Imam dalam solat, Allah SWT dengan hikmah-Nya menegah wanita menjadi Imam kepada jemaah lelaki, kerana wanita ialah aurat yang perlu dijaga dan hati manusia pula sentiasa berbolak-balik.

Kita mengiktiraf kelebihan-kelebihan itu. Akan tetapi, bukanlah gunanya untuk menindas wanita, akan tetapi dengan privileges/keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT, gunanya untuk membela wanita dan menegaskan wujudnya karomah insaniyah yang ada pada wanita.

Justeru untuk membidas hujahan golongan radikal tersebut, kita bawakan lima dalil menjelaskan bagaimana Islam sejak dari dulu sememangnya memerintahkan lelaki dengan dalil-dalilnya untuk membela wanita.1. 'Bergaullah dengan mereka (perempuan) dengan cara yang baik' (an-Nisa', 19).2. 'Berpesanlah dengan cara baik kepada wanita' (HR al-Bukhari & Muslim).3. 'Berlaku lemah lembutlah dengan bekas-bekas kaca (yakni perempuan).' (HR Muslim).4. 'Orang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang paling bersikap baik kepada keluarganya (perempuan).

Daku orang terbaik (sebagai contoh) kepada keluargaku.' (HR at-Tirmizi & Ibn Majah).5. 'Tiadalah orang yang memuliakan mereka (perempuan) melainkan orang yang mulia. Tiadalah orang yang menghina

mereka (perempuan) melainkan si celaka.' (HR Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq).

Demikianlah Islam, yang wajib dibaca secara keseluruhan. Membacanya secara sekerat-sekerat akan menjadikan salah faham berleluasa dan ini wajar dibanteras. Rasulullah Salallah Alaihi Wasallam seorang lelaki dan merupakan contoh terbaik sepanjang zaman pada usaha-usaha memberdayakan wanita.

ISLAM, DALIL DAN WANITAOleh:

Mohammad Syafiq IsmailExco Penyelidikan ABIM Sabah

1423 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

SOLAT: WANITA BERMAKMUMKAN LELAKIOleh:

Rashiqah Mardhiyyah binti Jasri

Dilahirkan lelaki dan wanita dengan rangka biologi yang berbeza yang semuanya merupakan kehendak Allah SWT yang menciptakan dan pastinya perbezaan ini mempunyai hikmah tersendiri kerana Allah SWT bersifat Maha Bijaksana. Dalam hal ini, perlu diketahui bahawa wanita ini teramat istimewa kerana dikurniakan “perhiasan” yang dimana perhiasan ini diertikan sebagai kecantikan dan keindahan dibekalkan Allah SWT. “Perhiasan” ini mampu menggoda insan-insan yang tidak berkaitan. Justeru, ianya perlulah dijaga dan dipelihara daripada dicemari atau dirosakkan oleh mereka yang berjiwa kotor.

Di dalam solat, ada hikmahnya kenapa wanita itu diletakkan dibelakang lelaki. Ini adalah demi untuk menjaga para wanita daripada menjadi tontonan para lelaki yang sudah semestinya akan mengambil peluang menikmati keindahan “perhiasan” di hadapan matanya. Dan hal ini sekaligus akan mengalihkan fokus mereka di dalam solat.

Dan sudah pasti wanita juga tidak merasa selesa dengan keadaan ini. Naluri kewanitaannya menjadikan dirinya merasa malu apabila menjadi tontonan, lebih-lebih lagi apabila berada di suatu majlis ibadah yang bertujuan untuk bermunajat kepada Allah SWT. Oleh itu, adalah tidak wajar sekiranya wanita menjadi imam solat bagi lelaki.

Tambahan lagi, hal ini telah ditetapkan oleh Syarak (Allah) dan disampaikan menerusi Rasul-Nya Muhammad SAW. Ia merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang mesti dipatuhi. Kedudukan lelaki sebagai imam solat bagi lelaki dan wanita adalah kewajipan yang mesti ditunaikan oleh lelaki. Lain halnya jika kedudukan wanita sebagai imam solat bagi wanita sahaja, maka ia dibenarkan di dalam Islam.

Imam an-Nawawi menyebut di dalam kitabnya: “Maka tidak sah imam wanita dan khunsa kepada lelaki, samada solat fardhu atau sunat. Adapun, jika yang mengikuti itu wanita, maka tidak disyaratkan lelaki sahaja untuk menjadi imam mereka mengikut pendapat Syafi’iyyah dan Hanabilah. Justeru, sah imam wanita kepada wanita sahaja di sisi mereka berdasarkan dalil apa yang diriwayatkan daripada Aisyah, Ummu Salamah dan ‘Ata’ bahawa wanita boleh menjadi imam kepada wanita-wanita.” (al-Majmuk).

Pandangan lain yang melarang lelaki menjadi makmum kepada wanita ialah pendapat daripada as-Syafi’iyyah, katanya: “Adapun ulama’ Syafi’iyyah berkata: tidak harus bagi lelaki dalam apa jua keadaan pun solat dibelakang (imam) wanita atau khunsa musykil samada solat fardhu atau sunat. Kalau dia solat dibelakangnya sedangkan dia tidak tahu bahawa dia wanita, kemudian baru tahu selepas solat, nescaya wajiblah ia mengulanginya (solatnya). Inilah apa yang dikatakan oleh Ahli Zahir.”

Terdapat juga pendapat-pendapat daripada ulama lainnya seperti imam Ibn Qudamah, imam Abu Ishak al-Syirazi, imam al-Kuhaji, imam Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini dan lain-lain lagi yang mana semuanya melarang wanita menjadi imam kepada lelaki dalam mana-mana solat sekalipun.

Sebagai kesimpulannya:

Antara syarat-syarat solat jemaah ialah wujudnya hubungan antara imam dan makmum bersyaratkan imam lelaki jika sekiranya makmum lelaki sebagaimana pendapat yang terpilih dan rajih yang menjadi ijmak dikalangan ulama.

Dan berdasarkan kepada dalil-dalil naqli dan aqli sebenarnya wanita tidak layak dan tidak berhak menjadi imam kepada lelaki.

Wallahu a’lam.

JALAN MENUJU KE SYURGAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriPensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Abdullah iaitu Jabir bin Abdullah Al-Ansari R.Anhuma (beliau meriwayatkan): "Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku melaksanakan solat yang fardhu (lima waktu), aku berpuasa di bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram dan aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk ke dalam syurga?. Baginda SAW bersabda: Ya! (masuk syurga)." (Hadis riwayat lmam Muslim).HURAIAN HADISHadis tersebut mempunyai kedudukan yang amat tinggi. Ia adalah paksi agama Islam kerana semua pengertian Islam terkumpul di dalamnya. Ini disebabkan semua tindakan dan tingkah laku manusia adalah lahir dari hati atau anggota tubuh badan. Tindakan dan tingkah laku yang lahir daripada kedua-duanya pula jika diizinkan oleh syara’ maka ia adalah halal atau jika ditegah maka ia adalah haram. Hadis ini menerangkan sekiranya seorang mukmin menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya.Hadis tersebut juga menjelaskan bahawa melaksanakan solat fardhu dan berpuasa di bulan ramadhan adalah perbuatan yang diwajibkan ke atas kita dan ia juga termasuk di dalam rukun islam yang lima. Sekiranya kita melaksanakan ibadah solat dan ibadah puasa maka kita telah melakukan dua rukun islam dan ini adalah perbuatan yang dapat membawa kita memasuki syurga.Manakala maksud mengharamkan yang haram adalah menjauhi perkara yang haram dengan meyakini keharamannya. Sebagai seorang mukmin kita tidak dibenarkan untuk mengubah hukum yang sudah ditetapkan. Jika sesuatu itu sudah ditetapkan keharamannya maka hukumnya tetap haram dan kita wajib menjauhinya. Kemudian maksud menghalalkan yang halal adalah kita meyakini kehalalannya, mengamalkannya dan mematuhi perkara yang telah ditetapkan tanpa menambah dan menguranginya. PENGAJARAN HADIS1. Setiap muslim dituntut untuk bertanya kepada ulama berkenaan syariat Islam, sekiranya hal tersebut tidak

diketahuinya.2. Penghalalan dan pengharaman merupakan ketetapan syariat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.3. Amal soleh merupakan penyebab seorang itu masuk ke dalam syurga.4. Sesiapa yang memelihara kewajipan dan melaksanakannya tepat pada waktu, tanpa sedikitpun menambah

atau menguranginya ia adalah orang yang beruntung dan berjaya.5. Seseorang yang menunaikan kewajipan dan diikuti dengan amalan-amalan sunat maka orang itu lebih

beruntung dan berjaya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

823 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

MEMUGAR KEIMANAN KEPADA AL-KITABOleh:

Abdu Khalil bin Hassan

Keyakinan dan kepercayaan kepada kitab-kitab suci merupakan rukun iman yang ketiga. Kitab-kitab suci itu memuatkan wahyu Allah. Perkataan kitab berasal dari kata kerja kataba (ia telah menulis) sementara perkataan wahyu berasal dari bahasa Arab: al-wahy. Kata ini mengandungi makna suara, bisikan, isyarat, tulisan dan kitab. Dalam pengertian yang umum wahyu adalah firman Allah SWT yang disampaikan oleh malaikat jibril kepada para Rasul-Nya. Dengan demikian dalam perkataan wahyu terkandung pengertian penyampaian firman Allah SWT kepada orang yang dipilih-Nya untuk diteruskan kepada umat manusia bertujuan untuk dijadikan pegangan dan panduan hidup. Firman Allah SWT itu mengandungi ajaran, petunjuk, pedoman yang diperlukan manusia dalam perjalanan hidupnya di dunia ini menuju ke alam akhirat. Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya untuk disampaikan kepada umat manusia, semua terakam di dalam al-Quran iaitu kitab suci umat Islam.

Al-Quran menyebut beberapa Kitab suci misalnya; Zabur yang diturunkan ke atas Nabi Daud AS, Taurat ke atas Nabi Musa AS, Injil ke atas Nabi Isa AS dan al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Namun dalam menelusuri perjalanan sejarah, kecuali al-Quran, isi kandungan kitab-kitab itu telah berubah dan tidak lagi memuatkan firman-firman Allah SWT yang asli sebagaimana disampaikan oleh malaikat jibril kepada rasul dahulu. Taurat dan Injil contohnya, dapat dibuktikan telah diubah, ditambah dan dikurang isi kandungannya oleh tangan-tangan manusia dan sebagai umat Islam kita wajib meyakini adanya kitab-kitab suci yang menyeru ajaran tauhid iaitu ajaran yang Mengesakan Allah SWT yang menjadi intipati utama semua kitab -kitab suci tersebut. Dalam hubungan ini ada baiknya kita memetik pendapat Profesor Charles J. Adams, Dekan dan Pengarah The Institute of Islamic Studies McGill University, Montreal Canada (1970). Menurut professor Adams, “Sejak permulaan abad ini, para ilmuan dengan saksama telah meneliti kitab-kitab suci agama yang diyakini pemeluk agama yang didakwa memuatkan Wahyu Ilahi”. Menurut beliau "setelah lebih kurang tujuh puluh tahun lamanya para ilmuan meneliti kitab-kitab suci tersebut maka sampailah mereka pada suatu kesimpulan bahawa kitab suci yang masih asli merakamkan wahyu ilahi yang disampaikan malaikat Jibril kepada para Rasulnya dahulu (Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Isa dan Nabi Muhammad Alaihimus Solatu Was Salam) hanyalah al-Quran sahaja. Sementara yang lain menurut beliau dapat dibuktikan tidak asli lagi kerana sudah di tokok tambah dan diubah mengikut kemahuan pemeluknya.

Perubahan ayat-ayat dalam kitab suci sebelum al-Quran itu ada yang dilakukan dengan sengaja dan ada pula yang tidak sengaja. Ketidaksengajaan ini berlaku antaranya melalui proses penterjemahan dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Dalam ilmu bahasa, ada dalil yang meyatakan bahawa tidak mungkin satu bahasa diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain dengan sempurna kerana kemungkinan banyak istilah yang tidak sama atau tidak sepadan di antara dua bahasa. Sebagai langkah ikhtiari pencegahan dan pemeliharaan keaslian al-Quran tidak mengalami nasib yang sama seperti kitab suci yang lain maka sekiranya ada ayat-ayat al-Quran hendak diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain, maka teks asli al-Quran di dalam bahasa Arab tetap dipertahankan dan ditempatkan bersama dengan terjemahannya sedangkan terjemahan menurut agama kita iaitu Islam bukanlah al-Quran kerana ayat dan wahyu yang sebenar diturunkan ke atas Nabi Muhammad SAW adalah dalam bahasa Arab.

KORBAN DAN KETAATANOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Pengorbanan adalah pemberian yang didasarkan atas kesadaran yang tulus ikhlas semata-mata. Pengorbanan merupakan natijah daripada pengabdian seorang hamba kepada Pencipta yang Maha Berkuasa. Pengorbanan diserahkan secara ikhlas tanpa menuntut balasan, tanpa ada perjanjian, tanpa ada transaksi, bersedia pada masa saja diperlukan.

Pengabdian lebih banyak menunjuk kepada perbuatan sedangkan pengorbanan lebih banyak menunjuk kepada pemberian. Dalam pengadian selalu dituntut pengorbanan, namun pengorbanan tidak semestinya menuntut pengabdian.

Pelbagai contoh pengorbanan telah dipertonton kepada umat manusia di sepanjang sejarah manusia. Kisah Habil dan Qabil memaparkan dua dimensi pengorbanan. Seorang mempersembah korban yang dirinya sukai dan yang terbaik, daripada haiwan yang gemok dan sihat. Pemberian atau pengorbanan yang par excellence. Manakala yang satu lagi memberikan korban yang ala kadar. Seolah-olah ‘melepaskan batuk di tangga’ atau sekadar ‘spring cleaning’. Maka berlaku perbezaan korban antara yang berkualiti tinggi dan korban yang bernilai rendah.

“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Maidah ayat 27).

Pada hari akhirat kelak, binatang yang telah dikorbankan akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan. Ketaatan yang didasari oleh keyakinan kewujudan dan kekuasaan sang Pencipta. Yakin sepenuhnya bahawa perintah korban itu adalah berkait rapat dengan pembalasan di kehidupan yang akan datang.

"Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku- kukunya serta bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya." (Riwayat Ibnu Majah).

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, sembelihanku (korbanku), hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)." (Sural al-An'am: 162 - 163).

Ibadat korban juga adalah penerusan pengimarahan ajaran Nabi Ibrahim iaitu kepatuhan tidak berbelah bagi kepada perintah Allah SWT. Perbuatan yang mungkin pada pandangan kita amat sukar untuk dilaksanakan.

Mengimbau pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, bagaimana agaknya perasaan seorang bapa yang diperintah menyembelih satu-satu anak lelaki nya. Peristiwa agung ini menjadi lebih monumental apabila anak yang akan dikorban itu pula dengan rela hati bersetuju untuk disembelih bapanya kerana mentaati perintah Tuhannya.

Dari sudut sosial, hikmah ibadat korban diterjemahkan melalui agihan daging korban yang meliputi seluruh strata masyarakat sama ada yang miskin ataupun kaya. Ini dapat memupuk semangat kesepaduan dan setiakawan umat Islam dan masyarakat sekeliling.

Walaupun ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia membolehkan mereka membeli dan makan daging, tetapi pemberian atau penerimaan daging korban mempunyai nilai tersendiri yang memberi makna spiritual.

Semoga ibadat korban dapat dihayati dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT sepertimana firman-Nya yang bermaksud: "Kamu sekali-kali tidak akan pernah sampai pada kebaikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai." (Surah Ali-Imran: 92).

1223 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI23.pdf · bahawa anak itu wujud dalam kandungan ibunya sebelum pernikahan, maka pernikahan

Lawatan Delegasi Majlis Islam Sarawak ke Sekolah Menengah AgamaToh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut Papar yang diketuai oleh

Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawakpada 15 Julai 2019

Mesyuarat dan Majlis Makan Malam bersamaKetua-Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-2

pada 15 hingga 17 Julai 2019 di Kota Kinabalu, Sabah

Peristiwa

1023 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 23 Zulkaedah 1440H/26 Julai 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa