shoutul islam dari meja editor laman puisi islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya...

10

Upload: others

Post on 22-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

Dicetak oleh pencetak kerajaan,politin @ wenen bin mobiji, a.S.D.k., a.D.k., b.S.k., jabatan cetak kerajaan,

Sabah, malaySia.2019.

Alhamdulillah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTQ) Peringkat Negeri Sabah 1440H, bersamaan dengan 2019M telah diadakan di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Majlis yang bermula pada 18 hingga 21 Februari 2019 ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 21 Februari 2019. MTQ kali ini bertujuan antara lain ialah membudayakan i lmu melalui pembacaan al-Quran bersesuaian dengan konsep ‘iqra’, memantapkan kecintaan kepada al-Quran, menanam sifat takwa dan menghayati serta mengamalkan ajarannya, menjadikan Majlis Tilawah ini sebagai wadah ilmu dan meningkatkan syiar dan dakwah Islamiah di negeri ini melalui Tilawatil Al-Quran.

Jawatankuasa Induk MTQ 1440H telah bersetuju bahawa penyertaan bagi qari dan qariah ke Peringkat Negeri adalah melalui pertandingan di Peringkat Daerah. Johan qari dan qariah bagi setiap daerah akan mewakili daerah ke Saringan Akhir Peringkat Negeri. Tahun ini seramai 64 orang peserta qari dan qariah telah mengikuti MTQ ini dan 22 orang peserta dalam kategori hafazan. Seramai 7 orang peserta qari dan 7 orang peserta qariah akan dipilih untuk pertandingan MTQ di Pentas Akhir. Konsep saringan ini memberi ruang kepada peserta-peserta di daerah untuk memperdengarkan bacaan mereka di Peringkat Negeri, di samping menimba pengalaman daripada peserta-peserta yang lebih berpengalaman.

D i samping acara MTQ , Jawatankuas a juga mengadakan Konvensyen Al-Quran, Majlis Pelancaran Satu Masjid Satu Polis (1M1P), Pameran Agensi-agensi Islam Sabah, Jualan Produk Halal, Pertandingan Seni Khat dan Pertandingan Mewarna. Program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) yang di bawah penyeliaan Polis DiRaja Malaysia, bertujuan mengeratkan hubungan baik dan perkongsian maklumat dengan kariah masjid dalam mengekang kejadian jenayah di sekitar kariah masjid. Pelaksanaan program itu di masjid-masjid daerah ini amat signifikan memandangkan isu keselamatan di masjid pada masa ini agak membimbangkan termasuklah melibatkan kes kecurian duit tabung masjid. Kehadiran polis di masjid yang kebanyakannya tidak mempunyai pegawai keselamatan memberi rasa selamat kepada kariah masjid.

MTQ yang diadakan saban tahun ini diharapkan dapat meningkatkan kecintaan masyarakat kepada mukjizat yang paling agung ini iaitu Al-Quran Al-Karim, kitab yang menjadi pegangan, panduan dan rujukan kepada umat manusia.

MohaMad Sidik bin awang adi

sidang redaksiPENAUNG

Yang Berbahagia datuk seri Panglimadr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

PENASIhAtYBhg. Ustaz Haji saifulzaman bin sangul

PengarahJabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

kEtUA EDItorUstaz Mohamad sidik Haji awang adi

timbalan Pengarah (hal Ehwal Islam), JhEAINS

EDItor/kEtUA PENYElArASUstaz asmuni ali

([email protected])

SIDANG PENGArANGadi Pitang

([email protected])Ustaz asmuni ali

([email protected])Ustaz abd. rahman Tajudin (emang)

([email protected])Ustaz Mohd. arif Hairal([email protected])

Ustaz abdillah Haji nanun([email protected])

Puan siti imrah bte Lenas([email protected])Ustaz awang Juri ag. Tahir([email protected])

encik aldi althafTuan Haji nordin Lossin

encik abdu khalil bin HassanUstaz Mohd azlan bin Haji Bakri

Ustazah norlela bt. Lakibulencik Mohd azrul nizam bin Junaidi

encik Mohd alwie noorbaki

PENGUrUSANencik daut Haji insun

GrAfIkencik azmi bin Hashim

JUrUtAIPBahagian Penyelidikan & informasi, JHeains

JUrUfotoencik Jamiun Osman

Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 kotA kINABAlUtel.: 088-522222

faks: 088-253449

kalam suci

Kehadiran Tilawahmengelus kandungan kitabullahtanpa keraguanmelahirkan jati diri anggota rohaniahyakin zahir dan batin penuh sahsiahmawar mewangi aroma khusyukmekar di pekarangan bahagiapulang ke mawadah peribadikeagungan-Nya abadi.

Allah Al-KabirWujud-Mupendorong gugusan cintakembara mengarifi cakerawala putih nuranidalam syahdu kalam-Muiktikaf mukmin bersama akulah itumenjinakkan akhlak beriltizamdalam dakapan kemakrufanberpandukan al-Quran al-Karim-Mumengangkat kemuliaan sunnah Rasulullah SAWsuri teladan uswatun hasanah.

Oleh:duliam suarikota kinabalu

217 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

kesalahan meminum minuman memabukkanOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Islam mementingkan kebersihan, keselamatan dan kesucian makanan. Hanya makanan halal sahaja yang boleh dimakan oleh setiap umat Islam. Minuman yang memabukkan seperti arak termasuk dalam minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut diambil oleh orang yang meminumnya.

Tegahan meminum minuman memabukkan disebut jelas dalam al-Quran melalui surah al-Maidah (5): 90 - 91 Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).”

Rasulullah SAW juga mengingatkan pengharaman arak bukan setakat minum, tetapi meliputi 10 golongan yang akan dilaknat Allah SWT adalah orang yang memerah, meminta diperahkan arak, minum, membawa dan menghantar, menuangkannya, menjual, membeli, makan hasil jualannya serta meminta dibelikan minuman itu.

Menurut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Tahun 1995, seksyen 57 menyatakan: (1) Sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Merujuk kes tahun 2017, Mahkamah Rendah Syariah Bintulu menjatuhkan hukuman denda ke atas dua orang lelaki beragama Islam di sini atas kesalahan minum minuman memabukkan semasa ditahan dalam Operasi Bersepadu Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bintulu dan Ibu Pejabat Kuching serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu pada 15 April 2017 dan kedua-dua tertuduh masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,700 daripada RM2,000 atau satu tahun penjara di bawah Seksyen 16(1) Ordinan Mahkamah Syariah. Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Hukuman berat dikenakan kepada pesalah kerana kesan ataupun akibat meminum arak yang menghilangkan kestabilan diri dan kewarasan akal fikiran serta boleh mengganggu ketenteraman orang lain dengan tindakan yang dibuat di luar jangkaan seperti mengamuk atau menumbuk orang lain tanpa alasan yang munasabah.

Aktiviti ini boleh dicegah melalui operasi yang kerap dijalankan oleh Penguatkuasa Agama. Selain itu, setiap umat Islam wajiblah berpegang kepada perkara yang dituntut dalam Islam dan menjauhi perbuatan yang dilarang dan diharamkan. Amal Makruf Nahi Mungkar adalah prinsip asas seorang muslim dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Penggunaan air dalam rawatanOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Setiap kali kita mengunjungi pusat rawatan alternatif, penggunaan air sebagai salah satu bahan rawatan masih menjadi tanda tanya. Adakah penggunaan air menyalahi nas al-Quran dan hadith? Apakah terdapat nas al-Quran dan hadith yang dapat merungkai persoalan ini? Sehubungan itu, Allah SWT menjelaskan pelbagai kepentingan dan kegunaan air dalam beberapa ayat al-Quran.

“…dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Anbiya ayat 30).

Penggunaan air hujan Penggunaan air juga merupakan bahan paling penting dalam rawatan pesakit yang diganggu Syaitan.

“…dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya pendirian (kamu di medan perjuangan).” (Surah al-Anfal ayat 1).

Air hujan yang turun dari langit mempunyai barakah (keberkatan) kepada manusia. Keberkatan itu melambangkan kemanfaatan air kepada manusia digunakan sebagai bahan pengubatan setelah didoakan dan dibacakan ayat-ayat penyembuh seperti surah al-Fatihah, Solawat Syifa, Solawat Tafrijiyyah dan banyak lagi.

Nabi Ayyub AS terkena penyakitPeristiwa yang menimpa Nabi Ayyub AS, bukti jelas penggunaan air dalam rawatan. Nabi Ayyub yang ditimpa penyakit kronik, bukan sahaja redha menanggung sakit dan aib, malahan ditinggalkan oleh anak-anak dan isteri. Kehebatan menanggung penyakit telah menyebabkan baginda mengadu kepada Allah SWT, iaitu:

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub AS, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani

daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya ayat 83).

Rayuan dan pengaduan Nabi Ayyub AS ini disebutkan juga dalam ayat al-Quran yang lain, surah Sad ayat 41:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami: Nabi Ayyub ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa kesusahan dan azab seksa (penyakit).”

Berkat kesabaran dan semangat gigih yang cemerlang, pengaduan Nabi Ayyub AS telah didengari oleh Allah SWT dan terus memerintahkan baginda menghentakkan kaki ke bumi sehingga terpancar air untuk digunakan oleh Nabi Ayyub AS dalam merawat penyakitnya dengan mandi dan meminum air tersebut.

“(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu. (Setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).” (Surah Sad ayat 42).

DemamPesakit yang mengalami demam juga disarankan menggunakan air dan dibacakan surah al-Insan.

“Demam itu merupakan bahang daripada api neraka, maka sejukkan ia dengan air.” (Hadis diriwayatkan daripada Rafi’ bin Khasij).

KesimpulanTidak dapat dinafikan penggunaan air dalam rawatan dibenarkan dan ianya merupakan salah satu bahan rawatan yang penting.

RUJUKAN:● Rawatan Penyakit Jasmani (1), Dato Harun Dr. Haron Din,

muka surat 39 - 42.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.● Juz 9 muka surat 199.● Juz 17 muka surat 43 - 44.

1817 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1440H/2019M

“Ok anak-anak buah semua, awang-awang, dayang-dayang, saya mengharapkan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah ini akan dilaksanakan dengan baik sekali. Biar ia menampakkan penganjuran Peringkat Negeri.” Pesan Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah tahun 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi, ketika mengakhiri Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ini. Program tahunan yang diurusetiakan oleh MUIS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ini diadakan bermula 18 hingga 21 Februari 2019. Di samping Majlis Tilawah, majlis ini juga diisi dengan Pertandingan Hafazan, Pertandingan Khat, Pertandingan Mewarna, Jualan Produk Halal, Pameran Agensi-agensi Islam, Konvensyen Al-Quran dan Majlis Pelancaran Satu Masjid Satu Polis.

“Peserta semua sudah ada?” Tanyaku pada Ismail Yusof, stafku yang menjadi Ketua Jawatankuasa Peserta MTQ ketika aku sampai di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS pagi itu. "Sudah ada semua.” Jawabnya sambil melihat senarai peserta yang dibawanya. Seramai 54 orang peserta Johan Qari dan Qariah mewakili 30 daerah telah terpilih menyertai MTQ kali ini, di samping 10 orang Qari dan Qariah yang mengikuti Peringkat Akhir MTQ tahun lepas yang masuk secara automatik dalam Saringan Akhir ini.

Teringat seorang Qari yang pernah mengikuti MTQ ini yang menangis selepas giliran membacanya. Aku bertanya mengapa menangis. Katanya dia melakukan kesilapan baris dan dia rasa bersalah, bukan kerana kesilapan itu mungkin akan mengurangkan markahnya tetapi perkataan itu akan mengubah makna ayat itu. Dalam hal ini, Imam Ibnu Al-Jazari mengatakan bahawa bacaan al-Quran yang dapat memukau dan meluluhkan hati pendengarnya adalah bacaan yang baik dan benar, bertajwid dan berirama yang merdu. Namun walau baik lagu dan merdu suaranya, tetapi apabila tidak memperhatikan ilmu tajwid, maka hukumnya haram dan berdosa. Melaksanakan tajwid dalam membaca al-Quran adalah suatu kemestian. Dan barang siapa membaca al-Quran tanpa tajwid, berdosa hukumnya, kerana al-Quran itu diturunkan sekali gus disertai tajwidnya.

YB Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang- Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dalam montaj MTQnya menjelaskan bahawa al-Quran sering dihubungkan sebagai “hudan linnas” dan “hudan lil muttaqeen” iaitu petunjuk kepada manusia dan petunjuk kepada orang yang bertakwa. Kaitannya petunjuk dengan kehidupan manusia amat rapat. Al-Quran menjadi petunjuk tidak saja secara harfiah (tekstual) tetapi memberi jawapan terhadap seluruh penciptaan Allah SWT (kontekstual).

Surah al-Alaq yang awal diturunkan umpamanya (ayat 1 - 5) membawa maksud yang amat bermakna. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” Konsep baca membawa maksud yang tersurat dan tersirat dan luas cakupannya. “Allah mencipta dirimu dari darah beku (alaqa).” Darah beku asas kepada ilmu kejaninan (embriologi) yang rapat hubungannya dengan sains. Ayat 3 - 5 menghubungkan kalam sebagai alat bagi maksud menjana ilmu (a’lam). Saintis Islam menggunakan alat falakiah (observatories) untuk mengetahui rahsia di sebalik cakerawala dan bintang-bintang sebagai rahsia ciptaan Allah SWT supaya manusia memahami kuasa Allah SWT dalam mentertibkan perjalanan alam semesta ini.

Katanya lagi Majlis Tilawah Al-Quran ini seharusnya menginsafkan kita pentingnya umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah seperti yang dipesan Rasulullah SAW dalam Hujjatul Wida’nya (Haji terakhirnya) iaitu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah supaya tidak sesat selama-lamanya. YB Datuk Haji Aidi mendoakan semoga MTQ ini memberi manfaat untuk kita semua.

mtQ 1440h iniOleh: Adi Pitang

Dalam sebuah negeri yang disebut Yaman, tinggal seorang lelaki dan ibunya yang tua. Ditakdirkan Allah SWT, lelaki itu memiliki penyakit sopak yang jika dilihat tubuhnya berbelang-belang. Sungguhpun demikian, lelaki itu sangat taat kepada ibunya yang tua dan lumpuh. Hari demi hari beliau bersama ibunya sehingga pada satu ketika ibunya terdetik akan satu perkara lalu berkata kepadanya: “Wahai anakku, mungkin ibu tidak akan hidup lama lagi bersamamu. Ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan Haji.” Pinta sang ibu itu. Sejak itu, termenunglah sang anak memikirkan selok-belok perjalanan yang harus ditempuh untuk ke Mekah menunaikan Haji. Tidak lekang perkara itu dari benak fikirannya yang kebiasaannya orang ke Kota Mekah dengan mengenderai unta dengan cuaca yang panas dan tandus, sudah tentu akan memerlukan bekalan yang banyak, sedangkan mereka orang yang miskin, di mana hendak mencari bekalan sebanyak itu?

Selang beberapa lama, terdetiklah pada hatinya untuk membeli seekor anak lembu, kemudian dibinanya kandang itu pada salah satu bukit. Lalu setiap pagi ia berbolak-balik mengendong lembu itu turun naik dari bukit. Kemudian, seluruh orang yang melihatnya akan berkata: “Uwais gila... Uwais gila....” semakin hari, lembu itu semakin besar dan bertambah besar pulalah tenaga yang diperlukan oleh Uwais. Setelah berlalu selama 8 bulan, dan sampailah waktu musim Haji, lembu Uwais mencapai 100 kilogram, begitu juga tubuh badan Uwais yang semakin kuat. Kemudian, Uwais mengendong ibunya dari Yaman ke Mekah untuk memenuhi permintaan ibunya menunaikan Haji. Orang yang mengejeknya sebelum ini telah mengerti bahawa, tujuan Uwais mengendong lembu adalah untuk melatih dirinya mengendong ibunya. Dengan takdir Allah SWT tibalah mereka di Mekah dan sesampainya mereka di hadapan Ka’abah, berdoalah Uwais : “Ya Allah, ampunilah dosa ibu.” “Bagaimana dosa kamu?” Kata sang ibu. “Jika ibu masuk ke syurga, cukuplah redha dari ibu yang akan membawaku ke syurga.” Setelah itu, Allah SWT telah memberikan kesembuhan penyakit sopaknya itu kecuali tersisa bulatan yang kecil pada tengkuknya, kerana itulah tanda untuk Umar al-Khattab dan Ali bin Abi Talib untuk mengenali beliau.

Beberapa tahun kemudian, datanglah takdir Allah SWT menjemput ajal Uwais al-Qarni. Namun berlaku satu kejadian yang menghairankan seluruh penduduk Yaman pada ketika itu. Pada saat kematiannya, jenazahnya didatangi oleh orang yang ramai. Penduduk sekitarnya berasa kehairanan kerana Uwais cuma seorang fakir dan hidupnya hanya menjadi pengembala kambing dan unta. Mengapa pada saat kematiannya, ramai orang datang untuk menguruskannya? Dikhabarkan ketika hendak dimandikan jenazahnya, sekumpulan orang telah bersiap untuk memandikannya, ketika hendak mengkafankannya, juga telah ada sekumpulan orang sedia menunggu untuk mengkafankannya. Sehingga hendak mengebumikannya juga telah siap orang menggali kuburnya. Orang sekitar tetap berasa hairan, siapakah mereka ini yang ramai dan kesemua wajah mereka tidak dikenali dan asing di Yaman. Selepas kematiannya Uwais al-Qarni, barulah penduduk sekitarnya tahu Uwais al-Qarni itu adalah penduduk langit dan yang menguruskan jenazahnya itu ialah para malaikat yang diturunkan oleh Allah SWT untuk Uwais al-Qarni. Begitulah Uwais al-Qarni, seorang lelaki yang tidak dikenali di dunia tapi dikenali di langit kerana baktinya kepada ibunya. Sabda Rasulullah SAW: “Mereka adalah (yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu.” (H.R Ibnu Majah). RUJUKAN:● Kisah Uwais Al-Qarni, Pemuda Istimewa di Mata Rasulullah SAW: M.Haromain, Pondok Pesentren Lirboyo Kendiri,: Ahad, 17 Januari

2016.

uwais al-Qarni"lelaki yang tidak dikenali di dunia"

Oleh:Mohammad Fazli bin Haji Tikson

JHEAINS Lahad Datu

417 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

nusaibah binti ka'ab al-ansahariahradhiyallahu anha

Oleh:Mohd. Hailmi bin Misbah

Nusaibah binti Ka’ab bin Amr bin ‘Auf bin Mabzul al-Anshariah al-Khazriah an-Najjariah al-Maziniah, yang digelar dengan gelaran Ummu ‘Imarah. Beliau hidup dan dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang dikenali dengan kemuliaan. Antara ahli keluarga ini terdapat seorang pejuang wanita Anshar, iaitu Ummu ‘Imarah RA. Abang kandunganya, Abdullah bin Ka’ab al-Maziniy adalah antara sahabat yang ikut serta dalam perang Badar. Abang-abangnya yang lain bernama ‘Abdul Rahman merupakan salah seorang sahabat yang termasuk dalam golongan al-bukkain (yang sentiasa menangis). Mereka dinamakan golongan bukkain dengan turunnya ayat al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”, mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan air mata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatu pun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah).”

Suaminya bernama Zaid bin Ashim termasuk dalam golongan orang terawal memeluk Islam. Kedua anaknya yang bernama Habib dan Abdullah merupakan sahabat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah mengutuskan Habib bin Zaid bin Ashim kepada Musailamah al-Kazzab. Apabila Musailamah al-Kazzab bertanya kepadanya, “Adakah engkau bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah?” Maka Habib bin Zaid menjawab, “Ya.” Lalu Musailamah al-Kazzab bertanya lagi, “Adakah engkau bersaksi bahawa aku adalah Rasulullah?” Maka Habib bin Zaid menjawab, “Sesungguhnya aku adalah orang yang tidak dapat mendengar.” Jawapan ini diulanginya berkali-kali. Akhirnya Habib bin Zaid mati syahid dibunuh oleh Musailamah al-Kazzab. Musailamah al-Kazzab pula mati dibunuh oleh Abdullah bin Zaid. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau kemudiannya berkahwin dengan Ghaziyah bin Amrin bin Athiyah an-Najjari, dianugerahkan dua orang anak yang bernama Tamim dan Khaulah.

Ummu ‘Imarah adalah pejuang muslimah pertama dalam Islam dan beliau antara yang banyak mengikuti peperangan menegakkan Islam. Imam al-Zahabi pernah berkata, “Ummu ‘Imarah ialah seorang mujahidah, yang pernah ikut serta menyaksikan Baiah al-Aqabah, perang Uhud, perang Hudaibiah, perang Hunain dan perang Yamamah. Ketika perang Uhud tercetus, Ummu ‘Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang tercedera. Ummu ‘Imarah juga selalu berusaha melindungi Rasulullah SAW semasa perang Uhud daripada segala bahaya yang datang daripada pihak musuh, sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu ‘Imarah berperang di hadapanku.”

Ketika salah seorang anaknya, Abdullah tercedera, Ummu 'Imarah bergegas mengubati luka anaknya sambil berkata: “Bangunlah wahai anakku!” Maka anaknya terus bangkit untuk melawan kaum musyrikin. Rasulullah SAW berkata kepada Ummu ‘Imarah, “Dialah orang yang telah melukakan anakmu.” Lalu Ummu ‘Imarah menghampiri orang tersebut dan berhasil mencantas betisnya dengan pedang yang berada di tangannya.

Kemudian Ummu ‘Imarah dan yang lainnya berhasil membunuh orang musyrik itu, maka Rasulullah SAW bersabda, “Segala puji hanya bagi Allah yang telah memenangkan kamu dan menggembirakan hati kamu terhadap musuh kamu serta memperlihatkan balas dendam kamu di hadapan kamu.”

Dalam melayari sejarah hidup seorang sahabat wanita yang memiliki sejarah kehidupan yang sangat mengharumkan, beliau telah memulai dan menutup kehidupannya dengan menjawab panggilan Ilahi sehingga meninggal dunia. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT jadikan kita sebagai kawan mereka di syurga kelak.

syafa'at rasulullah saw adalah rahmatuntuk umat (bahagian 4)

Oleh:Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo

Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Syafa'at Nabi suatu rahmat yang sangat didambakan oleh setiap insan. Ia merupakan pertolongan Nabi Muhammad SAW yang telah mendapat keizinan daripada Allah SWT. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

“Pada hari itu tidak berguna syafa’at, kecuali (syafa’at) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya.” (Thaha ayat 109).

Nabi telah diberikan keizinan syafa'at ini. Segalanya adalah keizinan daripada Allah SWT. Ternyata Nabi Muhammad SAW telah diberikan keizinan dan kebenaran syafa'at kepada umatnya.

Sifat kasih sayang tercermin pada Baginda Rasulullah SAW yang mahukan umatnya diampunkan hampir keseluruhannya dan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT.

Ini jelas di dalam sebuah hadis Nabi yang memaparkan Rasulullah SAW memilih diberikan kuasa syafa'at agar lebih banyak manusia diampunkan berkat syafa'at melebihi separuh manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Telah datang kepadaku malaikat dari sisi Tuhanku Azza wa Jalla, lalu memberikan pilihan kepadaku: antara separuh umatku akan dimasukkan syurga atau syafa'at. Maka saya memilih syafa'at, dan syafa'at ini untuk orang yang meninggal tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban).

Jelas di sini pilihan syafa'at sangat tepat dan menandakan kasih sayang Rasulullah SAW. Hal ini kerana pemilihan syafa'at akan menyebabkan lebih separuh umat Nabi masuk ke dalam syurga. Ini bermakna bilangannya pasti melebihi suatu kuota yang tetap (separuh) dan berkemungkinan besar hampir keseluruhannya (majoriti) masuk ke dalam syurga. Ia juga berdasarkan makna syafa'at sendiri yang sememangnya bermakna gandaan.

Kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya ini jelas apabila bermohon kepada Allah SWT untuk diberikan malakah As-Syafa'at yang boleh membantu umat. Hal ini Rasululah SAW telah diperlihatkan keadaan umatnya akan datang yang sangat menggerunkan. Ia berdasarkan sebuat hadis yang diriwayatkan dari Ummu Habibah RA.

Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Diperlihatkan kepadaku apa yang akan diperoleh umatku sesudahku. Sebahagian mereka akan menumpahkan darah sebahagian yang lain, sehingga menyedihkan hatiku, dan mereka memang telah ditakdirkan oleh Allah sebagaimana telah mentakdirkan umat-umat sebelum mereka. Maka saya memohon kepada Allah agar memberikan padaku syafa'at untuk mereka di hari kiamat, maka Allah melakukannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam Thabrani, Imam Ibnu Huzaimah, dan Imam Ibnu Abi Ashim).

Maka dengan ini, marilah kita menghidupkan majlis selawat dan sentiasa melantunkan selawat kepada Rasulullah SAW sebagai rasa syukur kita kepada Baginda yang merupakan sebuah rahmat ke seluruh alam Rahmatan Lil Alamin.

1617 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

Al-hilm dan al-‘anah. Dua sikap yang semakin lama semakin hilang dalam diri setiap individu pada zaman sekarang dalam menyampaikan suatu khabar. Al-hilm adalah bersikap tenang adapun al-‘anah adalah bersikap hati-hati dalam bertindak. Apatah lagi sekarang budaya share, copy and paste dan forward message sangat mudah sekali dilakukan. Padahal seorang muslim harus bersikap tenang dan hati-hati dalam menyebarkan dan menyampaikan berita kerana meskipun berita itu benar, boleh jadi ia akan mendatangkan keresahan kepada orang lain. Ini perkara yang dilarang dalam syariat. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).” (QS. An Nisa: 83).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa perbuatan seperti ini adalah tabiat orang-orang munafik. Disebutkan dalam Tafsir Al Qurthubi, “Adh Dhahhak dan Ibnu Zaid mengatakan: ayat ini tentang orang munafik. Mereka dilarang melakukan hal tersebut kerana mereka biasa berdusta dalam menyebarkan khabar tentang ketakutan dan bahaya.” (Tafsir Al Qurthubi).

Tanamkanlah sikap tenang dan hati-hati kerana Rasulullah bersabda tentang Al-Asyaj ‘Abdul Qais:“Sesungguhnya pada dirimu ada dua hal yang dicintai Allah: sifat al-hilm dan al-‘anah.” (HR. Muslim).

Baginda juga bersabda:“Berhati-hati itu dari Allah, tergesa-gesa itu dari syaitan.” (HR. Al Baihaqi).

Sabda Baginda juga:“Sikap yang baik, berhati-hati dalam bersikap, dan sederhana adalah bahagian dari 24 sifat kenabian.” (HR. At Tirmidzi).

Maka bertakwalah kepada Allah SWT, jangan sembarang melontarkan suatu perkara ke tengah kaum Mu’minin yang membuat mereka resah, takut dan sedih. Jangan ditiru perbuatan kaum munafik. Bersikap tenang dan penuh hati-hati dalam menyebarkan berita. Bicarakan dengan orang- orang yang berilmu dan orang-orang yang faham akan permasalahannya. Minta pendapat mereka mengenai bagaimana sikap dan cara penyelesaiannya.

terlalu ambil kisah, orang lain menjadi resahOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

hukum makan di kawasan kuburDisusun oleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SoAlANApakah hukum makan di kawasan kubur? Sebab ada yang berkata tidak boleh makan di kawasan kubur kerana kasihankan arwah yang melihat.

jAwAPANAlhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga Baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga hari kiamat. Dalam menjawab persoalan ini, kami bahagikan kepada beberapa noktah:

Definisi KuburIa bermaksud tempat menanam mayat. Ia dikenali juga sebagai makam. Manakala ahli kubur ialah orang-orang yang sudah meninggal dunia. Sedangkan perkuburan pula ialah kawasan tempat menguburkan mayat atau juga disebut permakaman. (Lihat Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Berdasarkan soalan di atas, kami boleh bahagikan kepada dua perkara:

1. Makan di kubur Berdasarkan amalan salafus soleh, kubur bukan tempat makan. Dengan sebab itu, apabila

kita menekuni adab-adab ziarah kubur, maka tidak terdapat di sana sebarang anjuran makan tetapi penuh dengan doa serta tertib.

2. Isu kasihankan arwah yang melihat Kami berpendapat ungkapan seperti ini tidaklah tepat. Orang yang hidup berada di alam lain

sementara yang mati berada di alam barzakh di mana kehidupan barzakhiah berbeza dengan kehidupan di alam dunia.

Oleh yang demikian, dalam isu ziarah kubur amat perlu kita menjaga adab-adabnya sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat Islam. Semoga kita sentiasa dikurniakan dengan kefahaman yang baik berkenaan dengan agama Islam kita.

Wallahu a’lam.

617 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

HURUF NUN TERSIRATTidak tercatat dalam bentuk tulisan tetapi perlu

dibunyikan dalam bentuk bacaan

FORMULA● Apabila Tanwin sama panjang atau tidak sekata

atau enam puluh sembilan atau sembilan puluhsembilan bertemu dengan Alif Hamzah Wasal akan

menerbitkan Nun Baris Bawah● Tanwin sama panjang atau tidak sekata dibuang satu

barisnya, sembilan puluh sembilan dibuang satusembilannya, enam puluh sembilan dibuang enamnya

CONTOH

Bil. Muka Surat Surah Ayat 1. 27 Al-Baqarah 180 2. 151 Al-A’raf 8 3. 170 Al-A’raf 158 4. 172 Al-A’raf 164 5. 173 Al-A’raf 177 6. 190 At-Taubah 24 7. 191 At-Taubah 30 8. 226 Hud 42 9. 257 Ibrahim 18 10. 259 Ibrahim 26 11. 265 Al-Hijr 61 12. 276 An-Nahl 87 13. 302 Al-Kahfi 77 14. 303 Al-Kahfi 88 15. 309 Maryam 61 16. 333 Maryam 11 17. 335 Al-Haj 25 18. 344 Al-Mukminun 38 19. 360 Al-Furqon 4 20. 362 Al-Furqon 26 21. 371 As-Syuara’ 105 22. 372 As-Syuara’ 123 23. 374 As-Syuara’ 160 24. 431 Saba’ 31 25. 446 As-Soffat 6 26. 468 Ghofir 8 27. 499 Al-Jassiyah 9 28. 528 An-Najm 50 29. 541 Al-Hadid 27 30. 554 Al-Jumu’ah 11 31. 577 Al-Qiyaamah 10,12 32. 578 Al-Qiyaamah 30

Maksudnya: "Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.”

Ibnu Katsir rahimahumullah menjelaskan dalam tafsirnya, Allah SWT memuji kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya iaitu al-Quran, meskipun ia kitab terakhir diturunkan tetapi paling tuntas mencakupi kepelbagaian bidang ilmu, isyarat keunggulan dan ketinggiannya mengatasi kitab-kitab samawi.

Diterangkan oleh Ibnu Jarir ath-Thabari dalam tafsirnya, Allah SWT menyebutkan dalam ayat ini, al-Quran mampu memberikan bimbingan dan petunjuk bagi orang mukmin kepada jalan yang lebih lurus, dari jalan lainnya, Itulah agama Allah SWT, agama yang disebarkan oleh setiap para nabi.

Asy-Syaikh as-Sa’di rahimahumullah dalam tafsirnya pula menyatakan, Allah SWT memberitakan tentang kemuliaan dan keagungan al-Quran, iaitu ia memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus, lebih adil dan lebih tinggi (mulia), berupa keyakinan, amal kebaikan, dan akhlak yang mulia. Sesiapa memperoleh petunjuk menerusi seruan al-Quran, tentu ia akan menjadi manusia yang paling sempurna, lurus dan benar dalam seluruh urusannya.

Al-Quran merupakan kalamullah yang mengandungi pengajaran daripada segenap aspek. Bukan sahaja menyentuh alam kerohanian dan akhirat, bahkan ia juga berfungsi sebagai petunjuk, penerang jalan hidup, pembeda antara yang benar dan yang salah, penyembuh penyakit hati (syifah), nasihat dan sumber informasi sesuai dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah SWT bagi memakmurkan bumi ini.

Lazimnya jiwa manusia sukakan kemerduan. Justeru, lantunan ayat-ayat suci al-Quran baik dalam solat mahupun di luar solat mampu menjentik hati kita menggamit petunjuk Ilahi, pembentukan pemikiran dan hati. Hati budi yang terbina secara fitrah menghasilkan niat dan niat yang baik menghasilkan amal yang baik juga. Oleh itu, amat penting ilmu nakliah (wahyu) menyantuni ilmu hasil dari pemikiran dan pemerhatian supaya terbentuk tasawwur atau menanggapi sesuatu secara Qurani.

Al-Quran tidak hanya sebagai petunjuk bagi suatu umat manusia tertentu dan untuk periode waktu tertentu, malah menjadi petunjuk universal menerobos sepanjang waktu. Al-Quran eksis bagi setiap zaman dan tempat. Petunjuknya sangat luas, seperti luasnya umat manusia yang meliputi segala aspek kehidupannya.

Tuntunan dan anjuran untuk mempelajari al-Quran dan menggali rahsia dan hikmah isi kandungannya, kemudian menyebarkan ajaran-ajarannya dalam pembentukan masyarakat madani yang berteraskan qurani, merupakan tuntutan yang tiada had dan sempadannya.

Ianya tidak terhad kepada ilmu-ilmu keislaman yang digali secara langsung dari al-Quran, seperti ilmu tafsir, fekah dan tauhid, akan tetapi al-Quran juga mampu menakhodai zaman menerokai penemuan baharu ilmu pengetahuan dan teknologi, al-Quran tidak pernah memisahkan antara sains dan ketuhanan menjadikan ianya terus relevan rujukan dan pegangan ummah sepanjang zaman.

Secara kolektifnya ilmu yang memenuhi dalam dada manusia adalah bersumberkan kepada apa yang ada di dalam al-Quran, justeru ilmu merupakan alat untuk menyampaikan manusia kepada Sang Pemilik Ilmu dan Pencipta Dialah Allah Robbul Izzat.

ayat al-Quran surah al-isra': 9"al-Quran menakhodai hidayah sePanjang zaman"

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

tools al-Quran (bahagian 2)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

4. Biasanya pembaca huruf-huruf Hijaiyah membaca huruf alif ( ) hingga huruf ya’ ( ). Sebenarnya ada enam jenis alif yang harus dipelajari kerana ianya mempengaruhi mutu bacaan apabila membaca ayat-ayat al-Quran.

Contohnya:

5. Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang tersirat. Maksudnya ada penambahan huruf Hijaiyah dalam sesuatu ayat tersebut tetapi tidak tercatat/tertulis dalam al-Quran dan apabila membacanya perlu dibunyikan huruf tersebut.

Contoh:

Dalam al-Quran terdapat 33 tempat yang melibatkan nun tersirat.

6. Pembaca juga harus memahami bahawa di dalam ayat al-Quran terdapat ayat yang tidak berbaris dan menjadi kewajipan pembaca untuk membariskannya berdasarkan pengetahuan dalam ilmu tajwid.

Contoh:

bersambung...

1417 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

cara Pemakaian dan berhias sebagaiwanita muslim

Oleh:Azmalina Kamarul Jamal

Alhamdulillah, jika minggu lalu saya telah terangkan tentang konsep dan syarat dalam berhias sebagai wanita muslim. Minggu ini saya akan terangkan tentang cara pemakaian dan berhias. Umumnya, kita tahu dan sedia maklum dunia hari ini masyarakat kita dihidangkan dengan pelbagai sajian duniawi sehingga kita lupa pada titik sebenar garisan yang telah ditetapkan. Antara hal yang lebih ketara adalah dalam kalangan kaum wanita dan muslimah itu sendiri.

Walaupun kita sibuk dengan dunia pekerjaan dan ingin tampil bergaya secara profesional, haruslah diingat kerana segalanya masih lagi dalam landasan yang kena kita patuhi demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan kita kaum muslimah.

(1) Tidak berhias seperti orang-orang zaman jahiliahWanita di zaman jahiliah tidaklah semulia wanita Islam. Kerana itu wanita muslimah sangat dijaga dari atas sampai ke bawah dek kerana tingginya martabat kaum wanita.

Disebutkan dalam Tafsir Al Jalalain, wanita yang disebut berdandan ala jahiliah yang pertama adalah berdandan yang dilakukan oleh wanita dengan berpenampilan cantik di hadapan lelaki dan ini terjadi sebelum Islam. Sedangkan dalam Islam, yang boleh ditampakkan disebutkan dalam ayat:

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (QS. An Nur: 31). Lihat Tafsir Al Jalalain, hal. 433.

Sedangkan wanita di masa Islam, bagaimana cara mereka berpenampilan? Disebutkan dalam ayat berikut:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (QS. An Nuur 24: 31). Ibnu ‘Abbas dan murid-muridnya mentafsirkan ‘illa maa zhoharo minhaa’ (kecuali yang biasa nampak dari mereka) dengan wajah dan kedua telapak tangan. Inilah yang dianut oleh mayoritas ulama. (Dinukil dari Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 5: 527, terbitan Dar Ibnul Jauzi).

(2) Tidak bersolek seperti orang-orang zaman jahiliahZaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Persoalannya, bagaimana kita ingin menggunakan semua bahan yang dinyatakan di atas tanpa mengikuti solekan orang-orang jahiliah?

Bersederhanalah dalam berhias. Ikutilah batas dan garisan yang telah ditetapkan. Antara garisan berhias yang boleh diambil menjadi panduan:1. Niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk memikat dan menarik pandangan bukan ajnabi.2. Tidak bersolek dengan melebihi dan terang sehingga membuatkan mata ajnabi tertumpu kepada kaum muslimah.3. Tidak mengenakan bau-bauan dan wangian yang kuat sehingga menyebabkan sekeliling tertarik dan tertumpu.

Lebih jelas lagi, bersoleklah secara sopan. Ingin berhias lebih cukuplah sekadar di dalam rumah untuk tatapan sang suami kerana ianya bukan sahaja menyenangkan hati suami malahan dilimpahi pahala berganda daripada Allah SWT dan rahmat-Nya. Bersolek dan berhiaslah sekadar untuk memperkemaskan diri dari keadaan kusut-masai. Lumrah kaum wanita tidak mampu untuk dipisahkan dengan berhias. Berhiaslah ala kadar demi menjaga maslahah diri. Semoga redha Allah SWT sentiasa bersama kita. Amin.

SUMBER:● https://muslimah.or.id/6757-dandan-masa-jahiliyah.html. (18 Feb 2019/Isnin/disunting pada jam 8.30 am).● https://muslimah.or.id/6757-dandan-masa-jahiliyah.html. (18 Feb 2019/Isnin/disunting pada jam 8.45 am).● http://nasrulislam.blogspot.com/2008/11/di-dalam-surah-al-nur-ayat-31.html (18Feb2019/Isnin/disunting pada jam 9 am).

tahaP PenciPtaan manusia danketentuan kesudahannya

Oleh:Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri

Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSuD HADIS Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah Ibn Mas'ud RA beliau berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar dan disahkan kebenarannya (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian diutuskan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara, iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan kesudahannya sama ada kecelakaan atau kebahagiaan. Demi Allah yang tiada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

HuRAIAN HADISHadis ini menerangkan tentang kejadian manusia iaitu dari air mani dan kedatangannya ke alam kehidupan ini sehinggalah ke akhir keadaannya sama ada kekal di dalam syurga ataupun neraka. Semua ini bertepatan dengan ketentuan yang telah ditetapkan dalam ilmu dan takdir Allah SWT.

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhluk-Nya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi iaitu rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang sengsara ataupun bahagia.

PENGAjARAN HADIS1. Rasulullah SAW telah menyebut peringkat kejadian janin di dalam perut seseorang ibu yang melalui tiga

peringkat iaitu 40 hari pertama berupa setitis air mani kemudian 40 hari kedua menjadi segumpal darah dan 40 hari ketiga menjadi seketul daging.

2. Malaikat ditugaskan meniup roh kepada janin selepas empat bulan. Jika janin gugur selepas empat bulan, ia mestilah dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikuburkan. Haram dengan sengaja menggugurkan janin.

3. Kita wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah SWT kerana segala yang berlaku atas ketentuan-Nya.4. Umat Islam disarankan agar memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba.5. Bertawakal dan berserah kepada Allah SWT tanpa perlu khuatir kepada kefakiran kerana rezeki dan ajal

telah ditetapkan oleh-Nya.6. Kita perlu sentiasa berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. Perlu juga

berwaspada daripada terperdaya dengan amalan sendiri.7. Syurga dan neraka adalah terlalu dekat dengan seseorang hamba. Amalan terakhirnya adalah faktor penentu

kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

817 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

kemuliaan anak-anak yatim di sisi islamOleh:

Mohd. Aswan bin Mohd. AminUniversiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

“Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, Allah tidak akan mengazabkan pada hari kiamat orang yang mengasihani anak yatim, berbicara dengannya dengan lembut, bersimpati dengan keyatiman dan kelemahannya serta tidak berbangga diri dengan jirannya atas nikmat yang Allah berikan kepadanya.” (Riwayat al-Thabarani).

Anak yatim merupakan golongan yang amat tinggi diangkat darjatnya di sisi Allah SWT. Oleh itu, masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan berkongsikan belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Anak-anak syurga ini merupakan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah SWT melalui Qada’ dan Qadar-Nya.

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim dikasih dan dijaga dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik.” (Riwayat Ibnu Majah).

Oleh yang demikian, mengurus anak yatim dengan cara yang terbaik menepati sunnah Rasulullah SAW dan ganjarannya akan bersama Nabi pada akhirat kelak. Hal ini dapat dilihat dalam hadis iaitu sabda Baginda SAW:

"Aku dan orang yang mengurus anak yatim akan duduk di syurga bagaikan ini (Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah lalu merenggangkannya)." (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Oleh itu, Islam mewasiatkan umat manusia agar melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta menjaga hak-hak mereka. Bahkan, tegahan menghina dan juga menengking anak-anak syurga ini juga turut tercatat dalam firman-Nya iaitu:

''Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan anda mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai.” (HR Thabrani).

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa pada suatu Hari Raya Idul Fitri, Rasulullah SAW melihat seorang anak yatim, lalu beliau mengelus dan merangkulnya, berbuat baik padanya, membawa anak itu ke rumah beliau, lalu berkata kepada anak yatim itu: “Gerangan apakah yang membuat engkau menangis anakku?” Lembut menyapa suara itu menahan beberapa detik segukan sang gadis.

Tak menoleh gadis kecil itu ke arah suara yang menyapanya, matanya masih menerawang tak menentu seperti mencari sesusuk yang amat ia rindui kehadirannya di hari bahagia itu. Ternyata, ia menangis lantaran tak memiliki baju yang bagus untuk merayakan hari kemenangan.

“Ayahku mati syahid dalam sebuah peperangan bersama Rasulullah.” Tutur gadis kecil itu menjawab tanya lelaki di hadapannya tentang ayahnya.

Seketika, lelaki itu mendakap gadis kecil itu. “Mahukah engkau, seandainya Aisyah menjadi ibumu, Muhammad ayahmu, Fatimah bibimu, Ali sebagai pamanmu, dan Hasan serta Husain menjadi saudaramu?” Sedarlah gadis itu bahawa lelaki yang sejak tadi berdiri di hadapannya tak lain Muhammad Rasulullah SAW, Nabi anak yatim yang sentiasa memuliakan anak yatim.

Oleh yang demikian, anak yatim piatu adalah sumber ketenangan batin, mendekati dan berbuat baik kepadanya akan menenangkan kalbu dan jiwa. Banyak hikmah dan kebaikan apabila anak yatim itu dijaga dengan baik antaranya Allah SWT akan memberi rahmat, kasih sayang-Nya kepada kita dan keluarga serta dapat merasakan ketenangan serta kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan. Justeru, menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam dan ia satu daripada tuntutan al-Quran yang adakala diambil mudah atau dilupakan oleh kita.

mulhid zaman modenOleh:

Sainuri Yahmin

Gejala mulhid dewasa ini tampak dalam bentuknya yang samar-samar. Kemungkinan supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa atau masih mempunyai rasa malu atau segan diketahui kaum kerabat atau masyarakat setempat. Apa pun alasannya gejala ini sudah mula menular dalam masyarakat di dunia Melayu. Fahaman LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender) adalah di antara fenomena yang berkait rapat dengan gejala mulhid ini. Fahaman yang membawa bersamanya isme-isme seperti Liberalisme, Humanisme, Sekularisme dan Pluralisme.

Fenomena mulhid ini telah melanda Barat lebih awal lagi. Ada kajian mengatakan seawal abad pertengahan lagi ketika mana berlaku peristiwa yang dikenali sebagai fenomena tragedy dalam sejarah agama Kristian. Malah fahaman Sekularisme juga telah merubah kerangka agama Kristian dan fahaman beragama di Barat. Sekularisme yang berasal dari Bahasa Latin Seculum yang dalam Bahasa Melayu boleh diterjemah “di sini dan kini”. Fahaman ini mengeluarkan unsur-unsur roh dalam melihat sesuatu. Sehingga mereka melihat tumbuh-tumbuhan dan gunung-ganang dari aspek fizikalnya sahaja, iaitu yang boleh digarap oleh indera fizikal sahaja, seperti yang boleh dihidu dan dirasa sahaja sebagai yang benar wujud. Manakala di dalam arena kehidupan kemanusiaan juga, Sekularisme memisahkan agama dan negara. Sebagai contoh di dalam politik dan kehidupan masyarakat yang melibatkan pemilihan kepemimpinan fahaman sekular mengeluarkan aspek nilai suci atau kekudusan di dalam kepemimpinan. Pendek kata sekular hanya melihat aspek luaran sahaja kepada semua benda. Aspek nilai, spiritual, rohaniah dibuang jauh-jauh.

Fahaman Humanisme pula menganggap bahawa tahap teratas dalam kehidupan ini adalah manusia. Tidak ada kuasa yang lebih hebat dan agung berbanding manusia. Humanisme memberi kebebasan kepada manusia atau individu menentukan pilihan hidup, baik dalam beragama, memberi pendapat dan tuntutan hak. Fahaman Humanisme membayangkan bangkitnya fahaman Globalisme dan jatuhnya kekuasaan agama. Humanisme sekular percaya kepada martabat dan nilai seseorang dan kemampuan seseorang itu melalui kekuatan logik. Menurut Budi Hardiman (2012), Humanisme adalah fahaman yang menitikberatkan pada manusia, kemampuan kudrat yang ada padanya dan kehidupan duniawinya. Bagi beliau, Humanisme menempatkan manusia sebagai makhluk yang unik dari makhluk lainnya, kerana manusia memiliki kesedaran daripada makhluk lainnya.

Fahaman Pluralisme menghilangkan sifat eksklusif umat beragama, terutama Islam. John Hick menganjurkan bahawa prinsip Pluralisme Agama dengan menyatakan bahawa agama-agama lain juga membawa dan menuju kepada jalan yang benar (other religions are equally valid ways to the same truth). Malah fahaman ini juga memperkenalkan falsafah kesatuan transcendental antara agama. Iaitu menitikberatkan bahawa semua agama adalah benar dan membawa kepada kebenaran yang sama menuju Tuhan. Fahaman ini telah dibidas oleh agamawan dan pemikir Islam sebagai karut dan tidak diasaskan oleh sejarah dan epistemologi ilmu.

Dalam konteks ini, sebagai seorang yang telah beriman kepada ajaran yang benar dan beriman kepada Tuhan yang benar, maka sepatutnya kita berbangga sebagai penganut ajaran Islam. Ini kerana hanya agama Islamlah agama yang diterima disisi-Nya. Firman Allah SWT: “Agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.” (Ali Imran: 19).

1217 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · minuman yang haram untuk diminum kerana ianya menghilangkan kewarasan fikiran secara sementara iaitu pada tempoh masa minuman tersebut

lawatan ustaz haji saifulzaman bin sangul, Pengarah jabatan hal ehwalagama islam negeri sabah ke masjid negeri sabah, kota kinabalu

lawatan sambil belajar Pelajar PismP, institut Pendidikan guru kampus gaya, kota kinabalu ke bahagian Pentadbiran syariah, jheains pada 13 februari 2019

Peristiwa

1017 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17 Jamadilakhir 1440H/22 Februari 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa