shoutul islam dari meja editor laman puisi islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan...

20

Upload: others

Post on 29-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Islam sangat menggalakkan umatnya memiliki badanyang kuat dan minda yang cerdas di samping memiliki akhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukaiAllah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim). Ini sangat penting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi.

Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama IslamNegeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan sukantahunan kedua agensi ini dengan nama Liga Sukan MUIS dan JHEAINS kali ke-6 (MUJAS 2019). Pegawai dan kakitangan JHEAINS di seluruh daerah telah hadir untuk menjaya dan mengambil bahagian dalam 18acara sukan yang dipertandingkan, termasuk bowling,memanah, bola tampar, ping pong, catur, dart, olahraga dan lain-lain.

Sukan ini sebenarnya telah memberi persepsi baru di kalangan rakan-rakan bahawa ramai orang yang sebenarnya punya bakat terpendam dalam semua acara yang dipertandingkan. MUJAS telah memberikesempatan kepada rakan-rakan MUIS dan JHEAINSuntuk melibatkan diri dalam acara-acara sukan ini.MUJAS ini juga telah memberi latihan spiritual danmoral kepada para pegawai dan kakitangan yangterlibat dalam sukan ini.

Kemenangan bukanlah faktor utama dalam bersukan. Menang dalam pertandingan ti dak bermakna kita boleh merendahkan lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih sayang dan kerjasama antara manusia. Bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui olehcemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabardan cuba menambah baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita pada satu peristi wa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan ti ada apa-apa yang kekal menang (bermaksud seti ap situasi ada naikdan turun dan ti ada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satuhakikat yang sukar diterima.

Harapnya sukan akan memperti ngkatkan ukhuwah dan memperti ngkatkan kesihatan warga MUJAS.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Alwie NoorbakiCik Neng Athirah Malinda binti Joslan

Cik Nursyuhada AsparCik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

JANGAN LUPA DIRI

Jadilah manusiabukan dimanusiakanmanusia yang ti dak lupaasal kewujudannyakerana semuanya padatmencari sebuti r ukhwa.

Jiwa ti dak akan alpasesungguhnyaandai kau tahupada ti ap manusiaingin menggapai makrifatmencari redha segenap perkara.

Wahai manusia yang dijadikanpabila sedari silap langkahnamun masih mau tersungkursedang ti ka itu mampu berlaluwahai manusia hati yang bergelora.

Perbetulkan langkahdalam perjalanan akibat angin derasmasih ada waktukembali saja jadi manusia biasa.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu30102019

24 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PEMECATAN PENJAGAOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Penjaga yang ditakrifkan dalam konteks Enakmen Undang-undang Keluarga Islam adalah seorang Ibu atau bapa atau orang lain yang dilantik oleh mahkamah bagi menjaga anak. Secara terminologi, hadhanah adalah menjaga anak yang belum boleh mengatur dan merawat dirinya sendiri, serta belum mampu menjaga dirinya dari hal-hal yang dapat membahayakan dirinya. Hukum hadhanah ini hanya dilaksanakan ketika pasangan suami isteri bercerai dan memiliki anak yang belum cukup umur untuk berpisah dari ibunya. Hal ini disebabkan kerana anak masih perlu penjagaan, pengasuhan, pendidikan, perawatan dan lain-lain.

Hadhanah (pengasuhan anak) hukumnya wajib, kerana anak yang masih memerlukan pengasuhan ini akan mendapatkan bahaya jika tidak mendapatkan pengasuhan, sehingga anak harus dijaga agar tidak sampai membahayakan. Selain itu ia juga harus tetap diberi nafkah dan diselamatkan dari segala hal yang dapat merosakkannya.

Hadhanah sangat berkait dengan tiga hak:1. Hak wanita yang mengasuh.2. Hak anak yang diasuh.3. Hak ayah atau orang yang menepati turutannya.

Jika masing-masing hak ini dapat disatukan, maka itulah jalan yang terbaik akan tetapi jika masing-masing hak saling bertentangan, maka hak anak harus didahulukan daripada yang lainnya. Berkaitan dengan hal ini ada beberapa hal yang perlu diambil berat:

Pertama, pihak ibu terpaksa mengasuh anak jika keadaannya memang memaksa demikian kerana tidak ada orang lain selain dirinya yang lebih layak untuk mengasuh anak. Kedua, si ibu tidak boleh dipaksa mengasuh anak jika keadaannya memang tidak mengharuskan demikian seperti ketiadaan sumber kewangan bagi membesarkan anak kerana tiada punca pendapatan.

ketiga, seorang ayah tidak berhak merampas anak dari orang yang lebih berhak mengasuhnya (ibu) lalu memberikannya kepada wanita lain kecuali ada alasan syar’i yang memperbolehkannya. Keempat, jika ada wanita yang bersedia menyusui selain ibu si anak, maka ia harus menyusui bersama (tinggal serumah) dengan si ibu hingga tidak kehilangan haknya mengasuh anak.

Namun hak penjagaan ini juga boleh dilucutkan atau dipecat oleh mahkamah apabila mahkamah berpuas hati bahawa penjaga tersebut tidak bertanggungjawab dan mensia-siakan anak di bawah jagaannya. Hal ini dijelaskan dalam seksyen 95 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 yang menyatakan: Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorang ibu bapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak, dan boleh melantik seorang lain menjadi penjaga untuk menggantikannya.

Kesimpulannya, pemecatan penjaga diperuntukkan dalam enakmen kerana menjaga kebajikan anak yang diamanahkan ke atas individu yang terlibat. Hal Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan anak yang dijaga itu mendapat mudarat sama ada dari segi fizikal, mental ataupun kegagalan penjaga dalam menyediakan keperluan asas yang selayaknya diperolehi oleh anak tersebut.

Setiap kali kita mengunjungi pusat rawatan alternatif, penggunaan air sebagai salah bahan rawatan masih menjadi tanda tanya. Adakah penggunaan air menyalahi nas al-Quran dan hadith? Apakah terdapat nas-Quran dan hadith yang dapat merungkai persoalan ini? Sehubungan itu, Allah SWT menjelaskan pelbagai kepentingan dan kegunaan air dalam beberapa ayat al-Quran.

“…dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Anbiya ayat 30).

Penggunaan air hujanPenggunaan air juga merupakan bahan paling penting dalam rawatan pesakit yang diganggu syaitan.

“…dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya pendirian (kamu di medan perjuangan).” (Surah al-Anfal ayat 11).

Air hujan yang turun dari langit mempunyai barakah (keberkatan) kepada manusia. Keberkatan itu melambangkan kemanfaatan air kepada manusia digunakan sebagai bahan pengubatan setelah didoakan dan dibacakan ayat-ayat penyembuh seperti surah al-Fatihah, solawat Syifa, Solawat Tafrijiyyah dan banyak lagi.

Nabi Ayyub AS terkena penyakitPeristiwa yang menimpa Nabi Ayyub AS, bukti jelas penggunaan air dalam rawatan. Nabi Ayyub yang ditimpa penyakit kronik, bukan sahaja redha menanggung sakit dan aib, malahan ditinggalkan oleh anak-anak dan isteri. Kehebatan menanggung penyakit telah menyebabkan baginda mengadu kepada Allah SWT, iaitu:

“dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub AS, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah

PENGGUNAAN AIR DALAM RAWATANOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya ayat 83).

Rayuan dan pengaduan Nabi Ayyub AS ini disebutkan juga dalam ayat al-Quran yang lain, Surah Sad ayat 41:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami: Nabi Ayyub ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa kesusahan dan azab seksa (penyakit).”

Berkat kesabaran dan semangat gigih yang cemerlang, pengaduan Nabi Ayyub AS telah didengari oleh Allah SWT dan terus memerintahkan baginda menghentakkan kaki ke bumi sehingga terpancar air untuk digunakan oleh Nabi Ayyub AS dalam merawat penyakitnya dengan mandi dan meminum air tersebut.

“(maka kami kabulkan permohonannya serta kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu.” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).” (Surah Sad ayat 42).

DemamPesakit yang mengalami demam juga disarankan menggunakan air dan dibacakan surah al-Insan.

“Demam itu merupakan bahang daripada api neraka, maka sejukkan ia dengan air.” (Hadis diriwayatkan daripada Rafi’ bin Khasij).

KesimpulanTidak dapat dinafikan penggunaan air dalam rawatan dibenarkan dan ianya merupakan salah satu bahan rawatan yang penting.

RUJUKAN:● Rawatan Penyakit Jasmani (1), Dato Harun Dr. Haron Din, muka

surat 39 - 42.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 9 muka surat

199, Juz 17 muka surat 43 - 44.

184 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Penulis semasa pertandingan MemanahMUJAS 2019

PANAH MUJASOleh: Adi Pitang

“Begini ustaz, pegang anak panah macam pen, kemudian pelahan masukan busar ke tali”, Seorang pegawai petugas yang tidak sempat ku tanya namanya sewaktu pertandinganmemanah Liga Sukan Majlis Ugama Islam Sabah danJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (MUJAS 2019) Sabtu lalu. Pertama kali mengikuti pertandinganmemanah. Ironinya baru 3 kali belajar memanah terusbertanding. Serba serbi tidak kena. “Gunakan instinct untuk tuju kepada sasaran” Jelas Mohd AdnanRosdin yang mempopularkan permainan memanah di Wisam MUIS itu. “Ustaz kena tengok busar ni,sebelum target”, Ajar imam Halim yang ku lihat sudah mahir melepaskan anak panah ke sasaran. Kenaada busar sendiri dulu untuk mahir permainan ini, cetusku dalam hati. Busar yang dimilik oleh imam ituberharga RM600.00 lebih, ehem!. Kalau sudah minat nilai harga bukanlah ukurannya. “Jadi kita orderbusar dari Turki tu?”, Tanya Izad yang membantu pelaksanaan pertandingan Memanah MUJAS 2019 ini. “Okay.. Insya-Allah”, Jawabku pasti. Betulkah ni? Dalam 1k harganya bila ku tanya Izad harga busar dariTurki itu. Tanpa anak panah katanya lagi. hmmm…

Apa yang dapat dipelajari tentang sukan memanah ini ialah memanah dapat memberikan kecergasanpada tubuh badan, kecerdasan mental, melatih fokus dan mengasah ketajaman mata. Memanah jugadapat mendidik kita dari segi emosi untuk lebih sabar, tenang dan tidak menggelabah dalam tindakan kita. Sekiranya emosi kita dalam keadaan tertekan, panik serta marah, sudah tentu penumpuan kita akanterjejas dan panahan kita akan tersasar. Malah sukan memanah ini dapat melatih kita untuk bersikappositif dan berstrategi dalam menggunakan pertimbangan akal yang rasional mengatasi emosi. Sebahagianahli memanah mengatakan bahawa rukun memanah itu ialah kecepatan, kekuatan dalam memanah,ketepatan dan kewaspadaan.

Justeru itu mengapa Rasulullah SAW menyarankan kita mempelajari memanah ini melalui dua sabdanya yang bermaksud:

Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulandaripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka NabiSAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahlidalam memanah maka panahlah.” (Riwayat al-Bukhari). Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:

Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatanitu adalah melempar (memanah).” (Riwayat Muslim).

“Kita buat sukan memanah ustaz”, Cadang imam Armas seorang lagi imam yang mengikuti pertandinganitu. “Insya-Allah, kita buat nanti”, Jawabku yang sudah merancang pada Ramadhan lalu program LigaMemanah Masjid-Masjid Sabah (LIMs). Moga menjadi kenyataan.

IA TELAH MENEPATI JANJINYA MAKA ALLAH SWT MEMPERCAYAINYA

Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Kerana besarnya penyesalan yang dirasakan oleh Anas bin al-Nadhr ketika tidak ikut bersamaRasulullah SAW dan kaum muslimin dalam perang Badar, yang bererti kemuliaan yang akan didapatnya hilang begitu saja, ia mengira bahawa persoalan itu tidak dilatarbelakangi penyerangan dan perampasankafi lah Quraisy yang telah kembali dari Syam dengan membawa keuntungan yang besar. Keranasebelumnya kafi r Mekah telah menjarah semua harta dan rumah milik kaum muslimin yang hijrahke Madinah. Mereka juga melarang setiap orang Islam yang berusaha hijrah ke Madinah denganmembawa hartanya dan baru diperbolehkan hijrah jika meninggalkan semua hartanya.

Banyak orang islam yang berprasangka demikian. Apabila nabi memberitahukan bahawa di sana akanada peperangan, baginda pasti akan mempersiapkan seluruh kaum muslimin. Akan tetapi, Allah SWTmenghendaki keselamatan kafi lah Quraisy itu sehingga kaum musyrikin mulai bergerak untukmenyelamatkan kaumnya. Mereka kemudian mempersiapkan diri untuk memerangi dan menghukum kaum muslimin. Maka, bertemulah kedua belah pihak dan terjadilah pertempuran sengit. Kaum musyrikindengan kekuatan jumlah dan senjata yang besar berupaya mengalahkan dan menghancurkan kekuatan kaum muslimin yang berkekuatan sedikit dan bersenjatakan apa adanya.

Perang adalah tipu daya dan persaingan. Pada akhirnya, Allah SWT memberikan kemenangan padapasukan kecil itu dan menolongnya dari kekuatan musuh yang besar. Kaum muslimin pun meraihkejayaan dan mahkota kemenangan.

Kerana itulah Anas bin al-Nadhr datang menemui Nabi dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidakmengikuti peperangan pertama yang engkau lakukan untuk melawan kaum musyrikin. Jika Allahmemanggilku untuk berperang melawan kaum musyrikin, pasti Allah akan melihat apa yang akan akuperbuat.”

Ia mengatakannya dengan jujur dan ingin membela agama Allah SWT dan mempertahankan kalimatkebenaran (tauhid).

Sampai tibalah hari ahad pada tahun ketiga hijrah di mana pada awalnya kaum muslimin meraihkemenangan. Akan tetapi, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah SAW agar tidakmeninggalkan kedudukan masing-masing dan telah berfi kir bahawa perang sudah berakhir sehinggamereka meninggalkan tempat kedudukan. Mereka mengingkari perintah Nabi tanpa menyedarikekeliruannya. Padahal sebenarnya mereka tidak menginginkan hal tersebut. Namun, kesalahan initelah mengubah kemenangan menjadi kemunduran pasukan muslimin sehingga berpusat pada satutitik. Maka terbuka lebar bagi musuh untuk menghancurkan tentera muslim sehingga mereka banyakyang gugur dan banyak pula yang terluka.

(Riyadhus Shalihin, Jihad fi Sabilillah)

Bersambung!!...

44 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Pernah disebutkan dalam syair arab:

“Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mengikuti orang yang mulia adalah suatu kejayaan.”

Jika mendengar syair arab yang disampaikan, mencontohi orang yang mulia adalah suatu kejayaan bagikita apatah lagi apabila orang yang dicontohi itu adalah para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu mereka yang sudah dijanjikan untuk ditempatkan di syurga Allah SWT. Umar bin Al Khattab bin Nufail bin AbdulUzza bin Ribaah adalah salah satu sahabat yang sangat menyayangi Nabi Muhammad SAW. Jika kitamenyingkap kehidupan awal Umar Al Khattab, beliau merupakan seorang bangsawan Quraisy dan bukanlah antara orang yang terawal memilih islam sebagai pegangan. Beliau juga terkenal dengan kekuatannya dan sikap berani dalam apa jua keadaan.

Kebencian Umar Al Khattab terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW sangatlah tinggi sehinggakanbeliau pernah bertekad untuk membunuh Nabi Muhammad SAW tetapi berkat hidayah yang diberikan oleh Allah SWT tanpa mampu dihalang oleh sesiapa sahaja, Umar Al-Khattab menghijrahkan diri ke dalam Islamdisebabkan mendengari bacaan ayat suci al-Quran dan medalami sifat-sifat mahmudah yang ditunjukkanoleh Nabi Muhammad SAW. Selepas memeluk agama Islam, beliau digelar sebagai Al-Faruq keranasifatnya yang berani untuk menegakkan keadilan demi syiar Islam.

Melihat kisah penghijrahan Umar bin Al-Khattab, kita dapat simpulkan bahawa hidayah itu sememangnyahanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikannya kepada mereka yang dipilih dan tugas kita adalahuntuk mendoakan agar seseorang itu dipermudahkan urusan dalam mencari hidayah dan bukanlahmenghina atas kejahilan yang mereka hadapi. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Qasas ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah SWT memberi hidayah kepada orang yang dia kehendaki.”

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang kurang baik berlaku di hadapan kita, perlu kita sedar bahawaAllah SWT bukan sahaja menguji mereka yang ditimpa musibah (yakni kejahilan dalam sesuatu perkara)tetapi kita juga sedang menghadapi ujian yang besar daripada Allah SWT untuk melihat sama ada kita mengambil langkah mudah untuk menghina atau membantu mereka dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Umar Al-Khattab juga mengajar kita untuk menggunakan sifat yang ada pada diri sebagai suatusumber yang mampu memberikan kebaikan kepada orang lain. Sebagai contoh, Umar Al-Khattab yangdahulunya bersikap suka menentang Rasulullah SAW kini menjadikan sifat itu sebagai suatu sifat yangutama dalam mempertahankan Islam yakni menentang segala kebatilan yang wujud didalam pensyariatan agama Islam.

Antara salah satu nasihat Umar Al-Khattab yang seringkali menjadi panduan hidup, beliau berkata: “Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang menjagalidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal kebaikan, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat. Dan aku mencari bentuk rezeki, tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.” Sesungguhnya kata-kata mereka yang berilmu sangatlah berguna kepada kita untukdijadikan panduan hidup di dunia dan akhirat kelak.

AL-FARUQ PEMISAH KEBENARAN DAN KEBATILANOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

MAULIDUR RASUL SAW:KEGEMBIRAAN TENTANGKELAHIRAN RASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Alhamdulillah, suatu kesyukuran yang bermakna kepada Ilahikerana dipanjangkan usia kita untuk memasuki BulanRabiulawal, bulan kelahiran manusia teragung NabiMuhammad SAW.

Makhluk paling agung yang nama Baginda SAW sentiasaberdekatan dengan Khaliq Yang Maha Agung yakni AllahSWT.

Tidak akan tercapai cinta kepada Allah SWT sebelumterleburnya cinta kepada Rasulullah SAW.

Mencintai Rasulullah SAW adalah jalan menuju kepada cintaAllah SAW. Hubbun An-Nabiy pasti akan melebur menujukepada Hubbun Al-Ilahiyyah.

Maka dengan bergembira dengan kedatangan Rabiulawalbulan kelahiran nabi adalah permulaan manifestasi cinta.

Memperingati dan meraihkan Maulid Rasul denganmengadakan pelbagai aktiviti dan program merupakan Syiar Islamiah.

Ia merupakan metode ulama masa silam melalui ijtihadiyyahdalam menggali dalil dari beberapa ayat Al-Quran danAl-Sunnah dalam hal Maulidur Rasul SAW.

Para ulama silam kita telah mengambil dalil melalui istinbathhukum daripada Nas berkenaan aspek bahagia tentangkelahiran nabi yang diperintahkan di dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Katakanlah dengan kurniaan Allah danrahmat-Nya, maka dengan itu (Rasulullah SAW) mereka bergembira." (Yunus: 58).

Dengan kewujudan Rasulullah SAW di atas muka bumi inisebagai suatu rahmat yang berharga kepada seluruh alam, maka kita wajib bergembira dengan kelahiran ini.

Dengan kelahiran Rasulullah SAW di alam ini, kita mestimenyatakan suatu kesyukuran yang tidak terhingga keranatersebarnya rahmat kasih sayang Ilahi kepada kita.

Peribadi Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan suaturahmat yang memberi hidayah kepada seluruh alam:

Nabi Muhammad SAW menyeru mereka: "Wahai manusia,aku adalah Rahmat yang diberi hidayah." (HR Darimi).

Malah, orang kafi r yang tidak beriman pun mendapatmanfaat dan fadhilatnya sekiranya menyatakan kegembiraanyang jelas tentang kelahiran Rasulullah SAW.

Ini dirakamkan dalam sejarah Tamadun Islam ketika manapakcik Rasulullah SAW, Abu Lahab begitu gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW dengan memerdekakan seorang hamba bernama Tsuwaibah.

Lantas kesan daripada kegembiraan itu, Allah SWT memberikeringanan azab beserta segelas minuman kepada AbuLahab:

Urwah berkata: "Tsuwaibah adalah budak (hamba) AbuLahab. Dia telah memerdekakannya. Lalu Tsuwaibah menyusui Nabi SAW. Ketika Abu Lahab mati sebahagian keluarganya bermimpi melihat keadaannya yang terburuk. Ia bertanya apa yang kamu dapati? Abu Lahab berkata: "Tidak ada istirehat kutemukan setelah kalian menguburiku, kecuali aku diberi minum sedikit yang diletakkan di tanganku, disebabkan aku memerdekakan Tsuwaibah (kerana gembira dengan kelahiran nabi)" (HR Bukhari).

Ahli sejarah Al Hafi zh Ibnu Katsir berkata di dalammenjelaskan tentang mimpi tersebut:

As-Suhaili lainnya berkata: Yang bermimpi adalah Abbas binAbdul Muthalib, saudara Abu Lahab. Hal itu terjadi setahunsetelah kematiannya, setelah perang Badar.

Dalam riwayat tersebut Abu Lahab berkata pada Abbasbahawa seksaan Abu Lahab diringankan setiap hari Isnin, hari kelahiran Rasulullah SAW. Ulama berkata hal itu kerana saat Tsuwaibah mengkhabarkan kepada Abu Lahab tentangkelahiran anak buahnya, putra Abdullah bin Abdul Muthalib,maka Abu Lahab secara langsung terus memerdekakanTsuwaibah saat itu juga. Maka ia mendapat balasan di atas(Al-Bidayah wa An-Nihayah 2/332).Jika Abu Lahab yang kafi r dan dinyatakan masuk nerakadalam Al-Quran, namun ia masih memperoleh keringananseksa neraka kerana pernah menyatakan kegembiraan danberasa bahagia dengan kelahiran Rasulullah SAW, lalu bagaimana pula balasan dari Allah SWT kepada umat Nabi SAW yang beriman, bertauhid, dan sangat cinta padaNabinya?Ini menjadi dalil dan bukti yang kuat kepada golonganwahabiyyah yang mengharamkan sambutan Maulidur Rasul SAW yang merupakan syiar Islamiah yang agung kepadaalam ini.

164 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

HUKUM MENGGUNAKAN BEKAS MAKANAN YANGPERNAH DILETAKKAN DAGING KHINZIR

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum menggunakan bekas makanan yang disangka pernah digunakan untuk memakan makanan seperti khinzir?

JAWAPANDalil Tentang Najis KhinzirFirman Allah SWT:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An”am: 145).

Kategori Kenajisan KhinzirKhinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah ( ) ialah najis jenis yang berat, iaitu anjing dan babi. Dalil menunjukkan najis ini jenis yang berat ialah ia tidak memadai membasuhnya dengan air sekali sahaja seperti najis-najis yang lain. Dalam hal ini, ia mestilah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Satu daripadanya dengan air tanah. Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 40.

Cara Bersuci daripada NajisCara-cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu anjing dan babi dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, dan satu daripadanya adalah dengan air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau hukmi, dan sama ada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 42. Berdasarkan naqalan daripada kitab-kitab di atas. Maka menurut muktamad dalam mazhab Syafie bahawa khinzir terdiri daripada najis ‘ain dan perlu disamak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya ialah dengan air tanah apabila terkena najisnya. Ada pun berkenaan penggunaan bekas yang disangka pernah digunakan oleh orang bukan Islam untuk memakan makanan yang haram seperti khinzir. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji ada menyebut hukum seperti soalan di atas:

Adalah harus menggunakan bekas orang kafir ini berdasarkan hadis daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya.” (HR: Bukhari, 5161).

Perintah membasuh bekas adalah sunat kerana ia mungkin telah tercemar disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan sebagainya. Demikian juga hukum menggunakan pakaian mereka dan seumpamanya sama dengan hukum menggunakan bekas mereka. Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 37. Semoga dengan pencerahan ini dapatlah kita melaksanakan tuntutan agama dengan lebih sempurna dan jauh daripada syubhat dalam kehidupan. Amin.

KESIHATAN MENTAL REMAJAOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Bercakap mengenai hal yang sering diberi perhatian sepanjang membesarkan anak-anak, lazimnya ibu bapa lebih banyak memberatkan soal pencapaian dan kecemerlangan akademik. Malangnya, ini secara tidak langsung mendorong meningkatnya isu kesihatan mental anak-anak mereka. Perilaku mahu membunuh diri semakin meningkat terutama di kalangan remaja. Perilaku seperti membunuh diri dalam kalangan remaja semakin meningkat dan yang lebih mengejutkan kes membunuh diri ini banyak berlaku di kalangan remaja berusia 13 tahun. Selain itu, remaja juga banyak mengalami kemurungan, tekanan dan keresahan di awal usia 13 - 17 tahun.

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Dengan menguruskan stigma kita terhadap masalah mental, membuka lebih banyak peluang untuk kita menghulurkan pertolongan. Pada masa yang sama, remaja yang mengalami masalah mental juga mempunyai keyakinan diri untuk mengakui masalah yang sedang dihadapinya dan sekaligus mencari pertolongan.

Isu ini perlu diberi perhatian khusus demi membentuk anak yang lebih kental dan tabah dari segi emosi, sukar menyerah, bijak menangani permasalahan, sekali gus menjadikan mereka berdaya saing pada masa hadapan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka menguruskan tekanan emosi bagi mengelakkan lebih banyak lagi masalah kesihatan mental di kalangan remaja. Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah membantu remaja untuk menerima kemampuan atau kenyataan diri mereka secara realistik. Ini kerana dengan menerima keadaan diri, mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada mereka sekali gus dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik remaja untuk mengurus masa mereka dengan baik kerana pengendalian masa yang baik dapat mengurangkan tekanan dari perhubungan dengan masyrakat. Misalnya remaja dapat mengelakkan diri dari dimarahi oleh guru sekiranya menyiapkan kerja di awal waktu dan datang awal ke kelas. Selain itu, ibu bapa seharusnya memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang antara keluarga kerana hubungan yang baik antara keluarga dapat menghasilkan situasi yang ceria sekali gus mengukuhkan sistem sokongan dan menjadi sumber kekuatan bagi remaja yang mengalami tekanan.

Malah, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya menjalani latihan fizikal seperti beriadah dan menggalakkan mereka untuk turut menjaga kesihatan fizikal kerana terdapat kajian yang menunjukkan terdapat kaitan rapat di antara masalah mental seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya. Ibu bapa juga perlulah menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak dan memberi mereka peluang untuk meluahkan masalah mereka agar dapat mengurangkan beban yang dialami mereka dan mengurangkan tekanan.

Akhir sekali, isu kesihatan mental remaja seharusnya tidak dipandang enteng oleh masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka kerana remaja masa kini merupakan pemimpin yang akan menggantikan kita di masa hadapan. Isu kemurungan, tekanan dan sebagainya juga dapat dielakkan sekiranya masyarakat menghulurkan tangan dan membantu golongan remaja ini untuk menghadapinya.

64 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orangyang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

Dr. Hamka dalam tafsirnya menjelaskan bahawa setelah perang uhud yang telah menyaksikan tujuh puluhorang sahabat yang gugur syahid, manakala Nabi SAW turut mengalami kecederaan. Kelihatanlah kelesuhan, lemah semangat, dan dukacita, maka datanglah ayat ini agar tentera muslimin bangkit dari kekalahan, singkirkankelemahan dan perasaan duka cita. Seperkara yang harus mereka fahami ialah dalam diri mereka tetap adasatu-satunya aset yang tidak akan dapat dirampas oleh musuh, itulah iman. Jikalau mereka benar-benarmempunyai iman dalam dada, nescaya mereka berada di kedudukan yang tinggi dan akan tetap tinggi, keranaiman akan menjadi pemandu terunggul menempuh zaman yang penuh dengan pancaroba.

Ibnu Kathir menjelaskan Allah SWT menggembirakan hati golongan muslimin dengan berfi rman “janganlahkamu bersikap lemah”, iaitu janganlah kalian menjadi lemah semangat akibat peristiwa yang telah terjadi itu. Manakala Ahmad Musthafa Al-Maraghy dalam tafsirnya juga menjelaskan cita-cita orang kafi r hanya sesuaidengan serendah matlamat yang mereka lakukan. Tidak demikian halnya dengan matlamat orang mukmin, inginmenegakkan mercu keadilan di muka bumi dan mengejar kebahagiaan abadi di akhirat. Pra syaratnya orangmukmin hendaklah benar-benar beriman terhadap janji Allah SWT.

Selagi insan masih bergelar penghuni di bumi Allah SWT ini pastinya akan berdepan dengan cabaran hidupuntuk menguji sejauh manakah sikap sejati kehambaannya terhadap ilahi terserlah atau sebaliknya. Seorangmukmin mestilah bersikap optimis dalam menghadapi segala bentuk cabaran hidup. Optimis dengan memilikiharapan, selalu melahirkan pikiran positif dan prasangka baik terhadap Allah SWT dalam menghadapi segalapermasalahan, bukannya selalu berpandangan negatif ketika menghadapi sebarang situasi.

Optimis dalam Islam lebih dikenali dengan istilah “Roja” (harap) merupakan suatu maqam bagi orang yangberjalan menuju Allah SWT untuk mencapai ketinggian peribadi. Menurut Imam al-Ghazali RA Hakikat Optimisadalah kelapangan hati dalam menantikan perkara yang diharapkan pada masa yang akan datang yangmungkin terjadi.

Ciri-ciri orang yang bersifat optimis boleh dikenali dengan memiliki harapan yang baik sewaktu sebelummelakukan suatu pekerjaan, melakukan sesuatu dengan sepenuh hati, tenang dan sentiasa berlapang dadaapa jua natijah yang mendatang, mensyukuri keberhasilannya dan bermuhasabah dengan kekurangannya,melihat segala sesuatu sebagai kesempatan dan peluang, selalu menganggap masih ada ruang untuk berjaya meskipun dalam situasi sukar dan seorang yang memiliki wajah berseri serta mudah tersenyum.

Optimis terhadap masa depan memberikan motivasi positif bagi kehidupan manusia. Jika manusia mampumenempatkan dirinya sebagai orang yang positif, maka ia juga akan mampu mengembangkan seluruhpotensinya. Sumber kekuatan positif dalam diri adalah harga diri. Semakin manusia menjaga kehormatandirinya, maka semakin itu juga akan terserlah potensi dirinya.

Apa yang pasti sikap optimis dalam diri tidak akan subur mekar jika ianya tidak dibajai dengan rasa bersyukurterhadap nikmat yang sedia ada, mengubah mentaliti, berani menzahirkan cita-cita, melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat tanpa sebarang paksaan dan bersahabat dengan orang optimis.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI IMRAN : 139“MENDEPANI CABARAN DENGAN OPTIMIS (MOVE ON)”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Segala puji bagi Allah SWT yang telah berfirman berkenaan doa hamba-hamba-Nyayang terpilih untuk Syurga-Nya:

“Jadikanlah kami ini imam bagi muttaqin (orang-orang yang bertaqwa).”(al-Furqan, 74).

Mujahid mentafsirkan, “Jadikanlah kami ini makmum bagi muttaqin sebelum kami,agar kami bisa menjadi imam bagi muttaqin selepas kami.” (ruj. Tafsir at-Tabari).

Adalah menjadi Sunnatullah, pada setiap zaman, Dia menciptakan prototaipmuttaqin yang sesuai bagi zamannya, kesemuanya berkongsi visi dan wawasanyang satu jua: beribadat mentauhidkan Allah SWT dan beribadat denganmemakmurkan dunia.

Mereka inilah yang diteladani oleh bakal-bakal muttaqin sesudah kepergian mereka, dan begitulah seterusnya.Kerana itu adalah bahagian daripada hikmah-Nya; mustahil Allah SWT membiarkan dunia ini sunyi tanpamujtahid dan muttaqin, yang tanpa mereka ini, urusan tauhid dan pemakmuran dunia akan menjadi cacamarbadan rancu tanpa panduan.Buku ini, menurut tilikan awal kita, merupakan salah satu gerakan awal ke arah merealisasikan kemakmumanpara muttaqin kini kepada imam-imam muttaqin yang telah mendahului kita; memperkenalkan para makmumini kepada dimensi-dimensi pemikiran dan semangat yang dibawa para imam ini, sebagai teladan, menghargaidan menyambung legasi para imam ini, dengan menjadi muttaqin juga seperti mereka.Buku ini berjudul asal ‘Khiyaratul Uqul al-Muslimah fi al-Qarn al’Isyrin’ (terj. Intelektual Muslim Abad 20 - cet. Pertama 2016, as-Syabakah al’Arabiyah lil Abhats wa an-Nasyr) merupakan himpunan artikel Prof. Muhammad as-Syinqitidi dalam bahasa Arab, kajian-kajian ringkas beliau berkenaan kehidupan tokoh-tokoh ini dan sumbanganmereka yang signifikan bagi umat Islam.Tempoh kritikal kurun 20 Masihi (1901 - 2000) menyaksikan bagaimana dunia Islam secara politiknya bertransisidaripada khilafah kepada jajahan dan akhirnya demokrasi. Hal ini sudah tentulah menjadikan kita, TamadunIslam yang satu masa dulu merupakan kutub utama dunia, telah lebur, dalam percaturan licik para pendengki. Ia memberi kesan kepada aspek spiritual, ekonomi, emosi dan idealogi muslimin secara langsung bahkan wabak berpanjangan.Antaranya ialah ketergantungan/dependency kita kepada penjajah atau bekas penjajah, dalam memberi kitamakna ‘ekonomi yang baik’, ‘politik yang baik’, ‘idealogi yang baik’, ‘emosi yang baik’, bahkan ke tahapmemberi makna ‘spiritual yang baik’. Akhirnya, agama dibelakangkan, kerana tiada siapa yang mampumemperjuangkannya, dan dilihat oleh sebahagian muslim yang pesimis sebagai ‘agama kemunduran’ hanyakerana dilihatnya tidak sesuai dengan makna- makna yang diajarkan penjajah atau bekas penjajah itu.Maka kewujudan tokoh-tokoh ini, amatlah diperlukan untuk memandu umat, dan memberikan solusi terbaik(menurut ijtihad mereka) kepada keadaan Tamadun Islam agar tidaklah hapus secara total, namun seperti air, mengisi dan mengikut bentuk bekasnya.Hanyasanya belum dihargai lagi, dengan sewajarnya, oleh umat yang amat bertuah ini kerana memiliki tokoh-tokoh seperti mereka.Keperluan kita untuk memperkenalkan semula tokoh-tokoh ini amatlah genting, untuk mengembalikan semangatdan keyakinan kepada umat, bahawa obor Islam masih menyala dan takkan kelam. Begitu juga, usaha dan ijtihadpara tokoh ini masih perlukan kepada kesinambungan, dan ijtihad-ijtihad baru perlu diusahakan oleh kitapara makmum muttaqin, demi kesejahteraan dan kelangsungan umat, hingga ke akhir waktu.

MENJADI MAKMUM BAGI MUTTAQINOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

144 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

NASIB WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAMOleh:

Fatin Adilah Haji SaufeeBahagian Dakwah, JHEAINS

"Dan apabila seseorang diberi khabar tentang kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padam mukanya)dia sangat marah. Dia menyembunyikan mukanya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yangdisampaikan kepadanya, apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan, atau dia akanmenguburnya hidup-hidup? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (An-Nahl: 58 - 59).

Menanam anak perempuan hidup-hidup hanyalah satu daripada gambaran kehidupan masyarakat jahiliahdi tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Wanita dianggap sebagai objek pelempias nafsu dan hak-hakmanusiawi mereka diambil ringan oleh masyarakat. Hak mereka di dalam perkahwinan disempitkan dan tidakseperti apa yang wanita Islam nikmati pada hari ini.

Pada waktu itu, sekiranya suami mereka meninggal dunia, mereka akan diperlakukan seperti barang warisandan diwariskan kepada ahli waris terdekat. Ini bermaksud, seorang anak dapat meniduri ibu tirinya sendirisekiranya ayahnya meninggal dunia. Dari sudut penceraian, si isteri akan diziharkan oleh suaminya sebagaisimbol larangan bahawa wanita itu tidak disukai lagi dan mengharamkan persetubuhan bukan sahaja kepada dirisi suami, tetapi menggantung si isteri tanpa bertali daripada berkahwin lagi dengan lelaki lain untuk selama-lamanya.

Oleh itu, Allah SWT telah mengurniakan Islam bersama sistem yang cantik untuk menghapuskan adatjahiliah, dengan menegaskan larangan zihar dan menetapkan kaffarah bagi suami yang melakukannya.

Pada zaman jahiliah, wanita tidak layak diberi harta warisan kerana harta warisan hanya layak untuk kaumlelaki. Islam datang dan memberikan hak ke atas wanita terhadap harta dengan pembahagian mengikutsyariat. Sebagaimana fi rman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 7:

"Bagi lelaki, ada hak bahagian dari harta yang ditinggalkan ibu-bapa dan kerabatnya. Dan bagi perempuanjuga ada hak bahagian pula dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya. Baik sedikit atau banyak dariharta yang telah ditetapkan."

Pada waktu itu juga lelaki berhak untuk berkahwin dan meniduri sebanyak mana wanita yang diingini. Islamhadir dan mengehadkan seorang lelaki secara maksimum boleh menikahi cuma 4 orang wanita dan bukantujuan untuk berhibur seperti dulu tetapi atas maslahat yang perlu ditimbang dan diambil berat. Manakalakebanyakan wanita pada zaman itu meniduri begitu ramai lelaki. Sekiranya wanita itu mengandung, dia akanmengumpulkan semua lelaki yang pernah ditidurinya dan memilih seorang lelaki secara rawak untuk menjadibapa kepada anak yang dikandungnya.

Oleh itu, tidak hairan di saat masyarakat bergelumang dengan sistem yang jahat, muncul seorang lelaki yangsikapnya lain daripada yang lain. Memuliakan wanita, mengangkat tinggi peranannya dan melindungi hak-hak manusiawi mereka. Seolah-olah, jika para manusia baru berbasikal, Nabi kita Rasulullah SAW, sudah menaiki kapal terbang dengan akhlak, kecantikan pemikiran dan tingkahlaku. Maka, ajaran yang bertepatan denganfi trah nurani seorang insan, akan dianggap ganjil sedangkan sistem-sistem memuliakan wanita ini dikurniakanoleh Allah SWT bertepatan dengan keperluan seorang manusia. Syariat Islam yang indah hanya akan dihargaioleh mereka yang ikhlas mencari kebenaran dan sentiasa berusaha membersihkan hati. Pendek kata, jikaseorang wanita Islam itu benar-benar mempunyai ilmu yang tepat berkenaan hak-hak wanita di dalam Islam,maka mereka tidak perlu kepada gerakan yang memperjuangkan fahaman feminisme. Kerana Islam itu sendiri sudah mengangkat tinggi martabat seorang wanita.

MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN SATU KEFARDUANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Said al-Khudri RA beliau berkata: "Aku telah mendengar RasulullahSAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran(kejahatan), maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya diatidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diamengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu (mengingkari dengan hati) adalah selemah-lemah iman."(Hadis diriwayatkan oleh lmam Muslim)

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita berkenaan perkara utama di dalam agama Islam iaitu amar makruf (menyuruh berbuat perkara kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah berbuat perkara kemungkaran). Amar makruf dan nahimungkar adalah perkara penting kerana dengan perintah inilah Allah SWT mengutuskan para Rasul dan Nabi.Agama akan lenyap jika tiadanya penyeruan kepada perkara kebaikan dan pencegahan daripada perkarakemungkaran. Hukum melakukan amar makruf dan nahi mungkar adalah fardhu atau wajib kifayah. Jika telah adasebilangan orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar bagi sesuatu kawasan atau kariah, makaindividu yang lain akan terlepas daripada tanggungjawab. Jika semua orang meninggalkannya, maka berdosalahsemua orang yang mampu melakukannya kecuali orang yang uzur. Namun ada ketikanya wajib kifayah menjadi wajibain (diwajibkan bagi tiap-tiap individu). Contohnya, jika di suatu tempat yang tidak ada orang lain yang mengetahuikemungkaran itu selain dia atau kemungkaran itu hanya boleh dicegah oleh dia sendiri, maka menjadi wajib ain ke atas dirinya untuk melakukan pencegahan tersebut.

Hadis ini juga menerangkan bahawa mencegah atau menolak perkara kemungkaran adalah menjadi kewajipanke atas individu muslim mengikut kemampuannya. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita tiga cara mencegahperkara kemungkaran iaitu mengubah dengan tangan, lidah atau hati. Maksud mengubah dengan tangan ialahdengan kekuatan atau dengan kekuasaan yang ada padanya, bukan mengubah dengan kekerasan yang bolehmembawa kepada kekacauan atau peperangan. Manakala maksud mengubah dengan lidah ialah melalui kata-katanasihat, dakwah dan tunjuk ajar. Seterusnya maksud mengubah dengan hati ialah dengan cara membenci atautidak bersetuju dengan sepenuh hatinya terhadap perkara kemungkaran yang berlaku dan dia mencegah dirinya dari melakukan kemungkaran.

PENGAJARAN HADIS1. Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran adalah

suatu kewajipan ke atas setiap muslim.2. Membiarkan perkara kemungkaran berlaku tanpa sebarang tindakan atau pencegahan adalah satu dosa, kecuali

kalau dia tidak berkemampuan atau kerana dibimbangi akan membawa kemudaratan kepada dirinya apabila dia mencegahnya.

3. Mengingkari dengan hati adalah fardu ain ke atas setiap individu muslim, manakala pengingkaran dengan tangandan lisan berdasarkan kemampuannya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

84 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

KEYAKINAN KEPADA QADA' DAN QADAR(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Menurut pandangan golongan yang menganggap kekuasaan Allah SWT itu mutlak dan bebas melakukan apa sahaja sama ada yang adil atau pun tidak adil di sisi pandangan manusia itu sendiri, bagi mereka manusia adalah alat Tuhan yang tidak mempunyai kebebasan dalam mengatur untung nasib hidupnya sendiri. Teori ini yang disebut sebagai fatalisme (ajaran atau fahaman bahawa manusia dikuasai oleh nasib). Menurut Mantan Sheikhul Azhar iaitu Sheikh Mahmud Syaltut, pendapat golongan ini adalah salah secara total kerana Islam mengakui peranan manusia dalam mengatur perbuatan dan amalannya. Pendapat Sheikh Mahmud Syaltut ini menguatkan lagi pendapat golongan yang mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab ke atas perbuatan-perbuatannya. Dengan akal yang ada padanya, manusia dapat menentukan pilihannya. Dengan kehendak yang bebas (free will) yang ada padanya, manusia mampu membuat keputusannya sendiri. Ini jelas seperti dalam ayat al-Quran yang menyebut bahawa: "Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah nasib mereka." (Q.S. al-Ra’du (13):11). Oleh kerana itu, sesungguhnya nasib seseorang itu juga bergantung pada hukum sebab akibat dalam kehidupan seseorang manusia. Sheikh Mahmud Syaltut turut menyatakan manusia itu bebas memilih perbuatan yang akan dilakukannya termasuklah bebas dalam menentukan kepercayaan yang dianutnya dan dia akan memperolehi sesuatu sama ada berbentuk hukuman atau pahala sesuai dengan pilihan yang telah diputuskannya itu. Allah SWT hanya menunjukkan jalan yang sepatutnya diikuti oleh manusia. Manusia bebas memilih sama ada untuk mengikuti atau tidak menuruti jalan perintah Allah SWT itu. Oleh sebab itu manusia harus memilih jalan yang selamat untuk dirinya dan jalan itu hanya dapat dicapai melalui keimanan dan amalan soleh. Beramal soleh ertinya melakukan sesuatu yang baik yang akan bermanfaat bagi dirinya sendiri, orang lain serta masyarakat. Dalam al-Quran, perkataan iman selalu diikuti dengan perkataan amal soleh sebagai syarat bagi manusia untuk memasuki syurga yang telah disediakan Allah SWT.Untuk memahami takdir, manusia harus hidup dengan ikhtiar dan usaha kerana dalam kehidupan seharian jelas dan nyata takdir ilahi berhubung erat dengan daya usaha manusia. Usaha manusia haruslah dalam jumlah yang maksimum (sebanyak-banyaknya) dan optimum (sebaik-baiknya) diiringi dengan doa dan tawakkal. Tawakkal yang dimaksudkan adalah menyerahkan nasib dan kesudahan usaha kita kepada Allah SWT sementara kita terus berikhtiar serta yakin bahawa pemutus terakhir segala-galanya berada dalam kekuasaan Allah SWT. Maka segala perbuatan yang telah ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan apa sedikitpun yang tertulis di Luh Mahfuz. Maka usaha dan ikhtiar itu adalah perkara yang berasingan. manusia perlu berusaha bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir hidupnya akan tetapi sebabnya tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT ke atas hidupnya. Usaha adalah anugerah Allah SWT kepada manusia. Yakin dan usaha semata-mata boleh mengubah sesuatu tanpa keizinan Allah SWT juga adalah salah. Jadi Usaha itu perlu akan tetapi dengan keyakinan yang betul dan tepat yang mana yang mengubah sesuatu adalah Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Kitab al-Quran:

“Allah menciptakan kalian dan Dialah yang menciptakan perbuatan kalian.”

Ayat di atas dikuatkan oleh hadith Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya.” (HR. Al-Baihaqi, Al-Hakim).

ISLAM DAN MATERIALISMEOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Berbeza dengan teori Evolusi Darwin, ilmu biologi telah diterima sebagai cabang ilmu pengetahuan yang membuktikan keberadaan Tuhan. Namun kemunculan teori evolusi pada abad ke-19, telah menolak kuasa Tuhan sebagai Maha Pencipta segala makhluk. Bertitik tolak dari itu, Darwin berusaha untuk memisahkan antara agama dan ilmu pengetahuan. Puluhan ribu ilmuan dari berbagai cabang ilmu pengetahuan kemudian berupaya keras untuk membuktikan teori Evolusi Darwin dan teori-teori materialis lainnya. Namun, mereka kecewa. Sebab bukti-bukti tersebut sama sekali tidak ditemukan. Bahkan sebaliknya, bukti-bukti ilmiah menunjukkan sesuatu yang bertentangan dengan kesimpulan Darwin.

Fahaman materialistik mengandung pemikiran yang penuh dengan kepalsuan. Fahaman ini mempersoalkan tentang mengapa dan bagaimana manusia muncul di muka bumi. Materialisme mengajarkan bahawa tidak ada sesuatu selain materi dan materi jugalah yang menjadi esensi dari segala sesuatu baik untuk yang hidup dan yang tidak hidup. Dengan mengaitkan segala sesuatu ke tingkat materi, teori ini mengubah manusia menjadi makhluk yang hanya berorientasi kepada materi dan berpaling dari nilai-nilai moral. Materialisme mengingkari adanya Sang Pencipta, dan ini merupakan petanda awal bencana besar yang akan menimpa hidup manusia.

Teori evolusi adalah merupakan sebuah falsafah materialistik yang muncul bersamaan dengan kebangkitan falsafah-falsafah materialistik kuno dan kemudian menyebar luas di abad ke-19. Fahaman materialisme berusaha menjelaskan alam semesta melalui faktor-faktor materi dan mengingkari penciptaan. Falsafah materialistik, sangat bertentangan dengan karakteristik paling asas akal manusia.

Fahaman evolusi materialistik mengatakan bahawa makhluk hidup pertama adalah bermula dari sel tunggal yang terbentuk dengan sendirinya dari benda mati secara kebetulan. Menurut teori ini, pada saat bumi masih terdiri dari bebatuan, tanah, gas dan unsur lainnya, suatu organisme hidup terbentuk secara kebetulan. Pernyataan evolusi ini bertentangan dengan salah satu prinsip paling asas biologi; kehidupan hanya berasal dari kehidupan sebelumnya, yang bererti benda mati tidak memunculkan kehidupan.

Menurut Charles Darwin bahawa haiwan, tumbuhan dan juga manusia merupakan hasil perubahan evolusi dari makhluk hidup yang sangat sederhana pada awal kehidupan di bumi, yang secara perlahan-lahan melalui proses penurunan dengan modifikasi yang akhirnya berkembang menjadi spesies organisme di muka bumi ini, termasuk di dalamnya adalah kejadian manusia.

Teori Darwin berdasarkan atas seleksi alam yang dapat menghasilkan perubahan besar pada organisme setelah waktu yang lama bahkan pada suatu saat tertentu dapat menghasilkan spesies baru. Dia juga mengatakan bahawa semua organisme yang meliputi seluruh tumbuhan dan haiwan yang ada dan pernah ada berkembang dari beberapa atau bahkan satu-satu bentuk yang sangat sederhana melalui proses penurunan dengan modifikasi melalui seleksi alam.

Al-Quran menyangkal teori-teori falsafah evolusi. Dalam Surah ar-Ruum ayat 19, menyatakan:

“Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.”

Di ayat yang lain al-Quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran: 59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-Hijr: 28), tanah liat (Surah Al-Shafat: 11), sari pati tanah (Surah Al-Shad: 71) dan sebagainya.

Semasa penciptaan Adam, Allah SWT telah berfirman bahawa “Jadilah, maka jadilah ia.” (Surah Ali Imran: 59). Oleh itu, proses kejadian manusia menurut al-Quran adalah lebih sahih dan relevan karena mempunyai bukti yang kukuh. Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia.

124 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,Pengarah JHEAINS ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg. Kolapis Beluran dan pada

sebelah malamnya diadakan Majlis Kenduri Sekampung bersama penduduk setempat, beliau juga sempat menyampaikan ceramah agama di Masjid Nur Hidayah

di kampung berkenaan pada 13 Oktober 2019

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINSmerasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Teamwork, Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sabah, seramai lima puluh orang peserta kakitangan JHEAINS mengikuti program tersebut bermula 14 hingga 16 Oktober 2019

di Kem Malangang Kiulu

Peristiwa

104 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Lawatan Kerja Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul,Pengarah JHEAINS ke Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg. Kolapis Beluran dan pada

sebelah malamnya diadakan Majlis Kenduri Sekampung bersama penduduk setempat, beliau juga sempat menyampaikan ceramah agama di Masjid Nur Hidayah

di kampung berkenaan pada 13 Oktober 2019

Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin Sangul, Pengarah JHEAINSmerasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Teamwork, Jabatan Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Sabah, seramai lima puluh orang peserta kakitangan JHEAINS mengikuti program tersebut bermula 14 hingga 16 Oktober 2019

di Kem Malangang Kiulu

Peristiwa

104 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

KEYAKINAN KEPADA QADA' DAN QADAR(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Menurut pandangan golongan yang menganggap kekuasaan Allah SWT itu mutlak dan bebas melakukan apa sahaja sama ada yang adil atau pun tidak adil di sisi pandangan manusia itu sendiri, bagi mereka manusia adalah alat Tuhan yang tidak mempunyai kebebasan dalam mengatur untung nasib hidupnya sendiri. Teori ini yang disebut sebagai fatalisme (ajaran atau fahaman bahawa manusia dikuasai oleh nasib). Menurut Mantan Sheikhul Azhar iaitu Sheikh Mahmud Syaltut, pendapat golongan ini adalah salah secara total kerana Islam mengakui peranan manusia dalam mengatur perbuatan dan amalannya. Pendapat Sheikh Mahmud Syaltut ini menguatkan lagi pendapat golongan yang mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab ke atas perbuatan-perbuatannya. Dengan akal yang ada padanya, manusia dapat menentukan pilihannya. Dengan kehendak yang bebas (free will) yang ada padanya, manusia mampu membuat keputusannya sendiri. Ini jelas seperti dalam ayat al-Quran yang menyebut bahawa: "Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah nasib mereka." (Q.S. al-Ra’du (13):11). Oleh kerana itu, sesungguhnya nasib seseorang itu juga bergantung pada hukum sebab akibat dalam kehidupan seseorang manusia. Sheikh Mahmud Syaltut turut menyatakan manusia itu bebas memilih perbuatan yang akan dilakukannya termasuklah bebas dalam menentukan kepercayaan yang dianutnya dan dia akan memperolehi sesuatu sama ada berbentuk hukuman atau pahala sesuai dengan pilihan yang telah diputuskannya itu. Allah SWT hanya menunjukkan jalan yang sepatutnya diikuti oleh manusia. Manusia bebas memilih sama ada untuk mengikuti atau tidak menuruti jalan perintah Allah SWT itu. Oleh sebab itu manusia harus memilih jalan yang selamat untuk dirinya dan jalan itu hanya dapat dicapai melalui keimanan dan amalan soleh. Beramal soleh ertinya melakukan sesuatu yang baik yang akan bermanfaat bagi dirinya sendiri, orang lain serta masyarakat. Dalam al-Quran, perkataan iman selalu diikuti dengan perkataan amal soleh sebagai syarat bagi manusia untuk memasuki syurga yang telah disediakan Allah SWT.Untuk memahami takdir, manusia harus hidup dengan ikhtiar dan usaha kerana dalam kehidupan seharian jelas dan nyata takdir ilahi berhubung erat dengan daya usaha manusia. Usaha manusia haruslah dalam jumlah yang maksimum (sebanyak-banyaknya) dan optimum (sebaik-baiknya) diiringi dengan doa dan tawakkal. Tawakkal yang dimaksudkan adalah menyerahkan nasib dan kesudahan usaha kita kepada Allah SWT sementara kita terus berikhtiar serta yakin bahawa pemutus terakhir segala-galanya berada dalam kekuasaan Allah SWT. Maka segala perbuatan yang telah ditakdirkan tidak akan berlaku perubahan apa sedikitpun yang tertulis di Luh Mahfuz. Maka usaha dan ikhtiar itu adalah perkara yang berasingan. manusia perlu berusaha bukan sebab usaha itu akan mengubah takdir hidupnya akan tetapi sebabnya tidak ada seorang pun yang mengetahui apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT ke atas hidupnya. Usaha adalah anugerah Allah SWT kepada manusia. Yakin dan usaha semata-mata boleh mengubah sesuatu tanpa keizinan Allah SWT juga adalah salah. Jadi Usaha itu perlu akan tetapi dengan keyakinan yang betul dan tepat yang mana yang mengubah sesuatu adalah Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Kitab al-Quran:

“Allah menciptakan kalian dan Dialah yang menciptakan perbuatan kalian.”

Ayat di atas dikuatkan oleh hadith Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya Allah pencipta setiap pelaku perbuatan dan perbuatannya.” (HR. Al-Baihaqi, Al-Hakim).

ISLAM DAN MATERIALISMEOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Berbeza dengan teori Evolusi Darwin, ilmu biologi telah diterima sebagai cabang ilmu pengetahuan yang membuktikan keberadaan Tuhan. Namun kemunculan teori evolusi pada abad ke-19, telah menolak kuasa Tuhan sebagai Maha Pencipta segala makhluk. Bertitik tolak dari itu, Darwin berusaha untuk memisahkan antara agama dan ilmu pengetahuan. Puluhan ribu ilmuan dari berbagai cabang ilmu pengetahuan kemudian berupaya keras untuk membuktikan teori Evolusi Darwin dan teori-teori materialis lainnya. Namun, mereka kecewa. Sebab bukti-bukti tersebut sama sekali tidak ditemukan. Bahkan sebaliknya, bukti-bukti ilmiah menunjukkan sesuatu yang bertentangan dengan kesimpulan Darwin.

Fahaman materialistik mengandung pemikiran yang penuh dengan kepalsuan. Fahaman ini mempersoalkan tentang mengapa dan bagaimana manusia muncul di muka bumi. Materialisme mengajarkan bahawa tidak ada sesuatu selain materi dan materi jugalah yang menjadi esensi dari segala sesuatu baik untuk yang hidup dan yang tidak hidup. Dengan mengaitkan segala sesuatu ke tingkat materi, teori ini mengubah manusia menjadi makhluk yang hanya berorientasi kepada materi dan berpaling dari nilai-nilai moral. Materialisme mengingkari adanya Sang Pencipta, dan ini merupakan petanda awal bencana besar yang akan menimpa hidup manusia.

Teori evolusi adalah merupakan sebuah falsafah materialistik yang muncul bersamaan dengan kebangkitan falsafah-falsafah materialistik kuno dan kemudian menyebar luas di abad ke-19. Fahaman materialisme berusaha menjelaskan alam semesta melalui faktor-faktor materi dan mengingkari penciptaan. Falsafah materialistik, sangat bertentangan dengan karakteristik paling asas akal manusia.

Fahaman evolusi materialistik mengatakan bahawa makhluk hidup pertama adalah bermula dari sel tunggal yang terbentuk dengan sendirinya dari benda mati secara kebetulan. Menurut teori ini, pada saat bumi masih terdiri dari bebatuan, tanah, gas dan unsur lainnya, suatu organisme hidup terbentuk secara kebetulan. Pernyataan evolusi ini bertentangan dengan salah satu prinsip paling asas biologi; kehidupan hanya berasal dari kehidupan sebelumnya, yang bererti benda mati tidak memunculkan kehidupan.

Menurut Charles Darwin bahawa haiwan, tumbuhan dan juga manusia merupakan hasil perubahan evolusi dari makhluk hidup yang sangat sederhana pada awal kehidupan di bumi, yang secara perlahan-lahan melalui proses penurunan dengan modifikasi yang akhirnya berkembang menjadi spesies organisme di muka bumi ini, termasuk di dalamnya adalah kejadian manusia.

Teori Darwin berdasarkan atas seleksi alam yang dapat menghasilkan perubahan besar pada organisme setelah waktu yang lama bahkan pada suatu saat tertentu dapat menghasilkan spesies baru. Dia juga mengatakan bahawa semua organisme yang meliputi seluruh tumbuhan dan haiwan yang ada dan pernah ada berkembang dari beberapa atau bahkan satu-satu bentuk yang sangat sederhana melalui proses penurunan dengan modifikasi melalui seleksi alam.

Al-Quran menyangkal teori-teori falsafah evolusi. Dalam Surah ar-Ruum ayat 19, menyatakan:

“Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup.”

Di ayat yang lain al-Quran menyatakan dengan tegas bahawa manusia diciptakan dari tanah dengan berbagai istilah seperti debu (Surah Ali Imran: 59), tanah kering dan lumpur hitam (Surah Al-Hijr: 28), tanah liat (Surah Al-Shafat: 11), sari pati tanah (Surah Al-Shad: 71) dan sebagainya.

Semasa penciptaan Adam, Allah SWT telah berfirman bahawa “Jadilah, maka jadilah ia.” (Surah Ali Imran: 59). Oleh itu, proses kejadian manusia menurut al-Quran adalah lebih sahih dan relevan karena mempunyai bukti yang kukuh. Hal ini telah menjadi titik tolak kepada proses kejadian manusia dan menunjukkan tanda-tanda kemuliaan manusia.

124 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

NASIB WANITA SEBELUM KEDATANGAN ISLAMOleh:

Fatin Adilah Haji SaufeeBahagian Dakwah, JHEAINS

"Dan apabila seseorang diberi khabar tentang kelahiran anak perempuan, hitamlah (merah padam mukanya)dia sangat marah. Dia menyembunyikan mukanya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yangdisampaikan kepadanya, apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan, atau dia akanmenguburnya hidup-hidup? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu." (An-Nahl: 58 - 59).

Menanam anak perempuan hidup-hidup hanyalah satu daripada gambaran kehidupan masyarakat jahiliahdi tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Wanita dianggap sebagai objek pelempias nafsu dan hak-hakmanusiawi mereka diambil ringan oleh masyarakat. Hak mereka di dalam perkahwinan disempitkan dan tidakseperti apa yang wanita Islam nikmati pada hari ini.

Pada waktu itu, sekiranya suami mereka meninggal dunia, mereka akan diperlakukan seperti barang warisandan diwariskan kepada ahli waris terdekat. Ini bermaksud, seorang anak dapat meniduri ibu tirinya sendirisekiranya ayahnya meninggal dunia. Dari sudut penceraian, si isteri akan diziharkan oleh suaminya sebagaisimbol larangan bahawa wanita itu tidak disukai lagi dan mengharamkan persetubuhan bukan sahaja kepada dirisi suami, tetapi menggantung si isteri tanpa bertali daripada berkahwin lagi dengan lelaki lain untuk selama-lamanya.

Oleh itu, Allah SWT telah mengurniakan Islam bersama sistem yang cantik untuk menghapuskan adatjahiliah, dengan menegaskan larangan zihar dan menetapkan kaffarah bagi suami yang melakukannya.

Pada zaman jahiliah, wanita tidak layak diberi harta warisan kerana harta warisan hanya layak untuk kaumlelaki. Islam datang dan memberikan hak ke atas wanita terhadap harta dengan pembahagian mengikutsyariat. Sebagaimana fi rman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 7:

"Bagi lelaki, ada hak bahagian dari harta yang ditinggalkan ibu-bapa dan kerabatnya. Dan bagi perempuanjuga ada hak bahagian pula dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya. Baik sedikit atau banyak dariharta yang telah ditetapkan."

Pada waktu itu juga lelaki berhak untuk berkahwin dan meniduri sebanyak mana wanita yang diingini. Islamhadir dan mengehadkan seorang lelaki secara maksimum boleh menikahi cuma 4 orang wanita dan bukantujuan untuk berhibur seperti dulu tetapi atas maslahat yang perlu ditimbang dan diambil berat. Manakalakebanyakan wanita pada zaman itu meniduri begitu ramai lelaki. Sekiranya wanita itu mengandung, dia akanmengumpulkan semua lelaki yang pernah ditidurinya dan memilih seorang lelaki secara rawak untuk menjadibapa kepada anak yang dikandungnya.

Oleh itu, tidak hairan di saat masyarakat bergelumang dengan sistem yang jahat, muncul seorang lelaki yangsikapnya lain daripada yang lain. Memuliakan wanita, mengangkat tinggi peranannya dan melindungi hak-hak manusiawi mereka. Seolah-olah, jika para manusia baru berbasikal, Nabi kita Rasulullah SAW, sudah menaiki kapal terbang dengan akhlak, kecantikan pemikiran dan tingkahlaku. Maka, ajaran yang bertepatan denganfi trah nurani seorang insan, akan dianggap ganjil sedangkan sistem-sistem memuliakan wanita ini dikurniakanoleh Allah SWT bertepatan dengan keperluan seorang manusia. Syariat Islam yang indah hanya akan dihargaioleh mereka yang ikhlas mencari kebenaran dan sentiasa berusaha membersihkan hati. Pendek kata, jikaseorang wanita Islam itu benar-benar mempunyai ilmu yang tepat berkenaan hak-hak wanita di dalam Islam,maka mereka tidak perlu kepada gerakan yang memperjuangkan fahaman feminisme. Kerana Islam itu sendiri sudah mengangkat tinggi martabat seorang wanita.

MENGHAPUSKAN KEMUNGKARAN SATU KEFARDUANOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Said al-Khudri RA beliau berkata: "Aku telah mendengar RasulullahSAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran(kejahatan), maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya diatidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah diamengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu (mengingkari dengan hati) adalah selemah-lemah iman."(Hadis diriwayatkan oleh lmam Muslim)

HURAIAN HADISHadis di atas menjelaskan kepada kita berkenaan perkara utama di dalam agama Islam iaitu amar makruf (menyuruh berbuat perkara kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah berbuat perkara kemungkaran). Amar makruf dan nahimungkar adalah perkara penting kerana dengan perintah inilah Allah SWT mengutuskan para Rasul dan Nabi.Agama akan lenyap jika tiadanya penyeruan kepada perkara kebaikan dan pencegahan daripada perkarakemungkaran. Hukum melakukan amar makruf dan nahi mungkar adalah fardhu atau wajib kifayah. Jika telah adasebilangan orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar bagi sesuatu kawasan atau kariah, makaindividu yang lain akan terlepas daripada tanggungjawab. Jika semua orang meninggalkannya, maka berdosalahsemua orang yang mampu melakukannya kecuali orang yang uzur. Namun ada ketikanya wajib kifayah menjadi wajibain (diwajibkan bagi tiap-tiap individu). Contohnya, jika di suatu tempat yang tidak ada orang lain yang mengetahuikemungkaran itu selain dia atau kemungkaran itu hanya boleh dicegah oleh dia sendiri, maka menjadi wajib ain ke atas dirinya untuk melakukan pencegahan tersebut.

Hadis ini juga menerangkan bahawa mencegah atau menolak perkara kemungkaran adalah menjadi kewajipanke atas individu muslim mengikut kemampuannya. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita tiga cara mencegahperkara kemungkaran iaitu mengubah dengan tangan, lidah atau hati. Maksud mengubah dengan tangan ialahdengan kekuatan atau dengan kekuasaan yang ada padanya, bukan mengubah dengan kekerasan yang bolehmembawa kepada kekacauan atau peperangan. Manakala maksud mengubah dengan lidah ialah melalui kata-katanasihat, dakwah dan tunjuk ajar. Seterusnya maksud mengubah dengan hati ialah dengan cara membenci atautidak bersetuju dengan sepenuh hatinya terhadap perkara kemungkaran yang berlaku dan dia mencegah dirinya dari melakukan kemungkaran.

PENGAJARAN HADIS1. Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran adalah

suatu kewajipan ke atas setiap muslim.2. Membiarkan perkara kemungkaran berlaku tanpa sebarang tindakan atau pencegahan adalah satu dosa, kecuali

kalau dia tidak berkemampuan atau kerana dibimbangi akan membawa kemudaratan kepada dirinya apabila dia mencegahnya.

3. Mengingkari dengan hati adalah fardu ain ke atas setiap individu muslim, manakala pengingkaran dengan tangandan lisan berdasarkan kemampuannya.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

84 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Maksudnya: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orangyang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

Dr. Hamka dalam tafsirnya menjelaskan bahawa setelah perang uhud yang telah menyaksikan tujuh puluhorang sahabat yang gugur syahid, manakala Nabi SAW turut mengalami kecederaan. Kelihatanlah kelesuhan, lemah semangat, dan dukacita, maka datanglah ayat ini agar tentera muslimin bangkit dari kekalahan, singkirkankelemahan dan perasaan duka cita. Seperkara yang harus mereka fahami ialah dalam diri mereka tetap adasatu-satunya aset yang tidak akan dapat dirampas oleh musuh, itulah iman. Jikalau mereka benar-benarmempunyai iman dalam dada, nescaya mereka berada di kedudukan yang tinggi dan akan tetap tinggi, keranaiman akan menjadi pemandu terunggul menempuh zaman yang penuh dengan pancaroba.

Ibnu Kathir menjelaskan Allah SWT menggembirakan hati golongan muslimin dengan berfi rman “janganlahkamu bersikap lemah”, iaitu janganlah kalian menjadi lemah semangat akibat peristiwa yang telah terjadi itu. Manakala Ahmad Musthafa Al-Maraghy dalam tafsirnya juga menjelaskan cita-cita orang kafi r hanya sesuaidengan serendah matlamat yang mereka lakukan. Tidak demikian halnya dengan matlamat orang mukmin, inginmenegakkan mercu keadilan di muka bumi dan mengejar kebahagiaan abadi di akhirat. Pra syaratnya orangmukmin hendaklah benar-benar beriman terhadap janji Allah SWT.

Selagi insan masih bergelar penghuni di bumi Allah SWT ini pastinya akan berdepan dengan cabaran hidupuntuk menguji sejauh manakah sikap sejati kehambaannya terhadap ilahi terserlah atau sebaliknya. Seorangmukmin mestilah bersikap optimis dalam menghadapi segala bentuk cabaran hidup. Optimis dengan memilikiharapan, selalu melahirkan pikiran positif dan prasangka baik terhadap Allah SWT dalam menghadapi segalapermasalahan, bukannya selalu berpandangan negatif ketika menghadapi sebarang situasi.

Optimis dalam Islam lebih dikenali dengan istilah “Roja” (harap) merupakan suatu maqam bagi orang yangberjalan menuju Allah SWT untuk mencapai ketinggian peribadi. Menurut Imam al-Ghazali RA Hakikat Optimisadalah kelapangan hati dalam menantikan perkara yang diharapkan pada masa yang akan datang yangmungkin terjadi.

Ciri-ciri orang yang bersifat optimis boleh dikenali dengan memiliki harapan yang baik sewaktu sebelummelakukan suatu pekerjaan, melakukan sesuatu dengan sepenuh hati, tenang dan sentiasa berlapang dadaapa jua natijah yang mendatang, mensyukuri keberhasilannya dan bermuhasabah dengan kekurangannya,melihat segala sesuatu sebagai kesempatan dan peluang, selalu menganggap masih ada ruang untuk berjaya meskipun dalam situasi sukar dan seorang yang memiliki wajah berseri serta mudah tersenyum.

Optimis terhadap masa depan memberikan motivasi positif bagi kehidupan manusia. Jika manusia mampumenempatkan dirinya sebagai orang yang positif, maka ia juga akan mampu mengembangkan seluruhpotensinya. Sumber kekuatan positif dalam diri adalah harga diri. Semakin manusia menjaga kehormatandirinya, maka semakin itu juga akan terserlah potensi dirinya.

Apa yang pasti sikap optimis dalam diri tidak akan subur mekar jika ianya tidak dibajai dengan rasa bersyukurterhadap nikmat yang sedia ada, mengubah mentaliti, berani menzahirkan cita-cita, melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat tanpa sebarang paksaan dan bersahabat dengan orang optimis.

AYAT AL-QURAN SURAH ALI IMRAN : 139“MENDEPANI CABARAN DENGAN OPTIMIS (MOVE ON)”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Segala puji bagi Allah SWT yang telah berfirman berkenaan doa hamba-hamba-Nyayang terpilih untuk Syurga-Nya:

“Jadikanlah kami ini imam bagi muttaqin (orang-orang yang bertaqwa).”(al-Furqan, 74).

Mujahid mentafsirkan, “Jadikanlah kami ini makmum bagi muttaqin sebelum kami,agar kami bisa menjadi imam bagi muttaqin selepas kami.” (ruj. Tafsir at-Tabari).

Adalah menjadi Sunnatullah, pada setiap zaman, Dia menciptakan prototaipmuttaqin yang sesuai bagi zamannya, kesemuanya berkongsi visi dan wawasanyang satu jua: beribadat mentauhidkan Allah SWT dan beribadat denganmemakmurkan dunia.

Mereka inilah yang diteladani oleh bakal-bakal muttaqin sesudah kepergian mereka, dan begitulah seterusnya.Kerana itu adalah bahagian daripada hikmah-Nya; mustahil Allah SWT membiarkan dunia ini sunyi tanpamujtahid dan muttaqin, yang tanpa mereka ini, urusan tauhid dan pemakmuran dunia akan menjadi cacamarbadan rancu tanpa panduan.Buku ini, menurut tilikan awal kita, merupakan salah satu gerakan awal ke arah merealisasikan kemakmumanpara muttaqin kini kepada imam-imam muttaqin yang telah mendahului kita; memperkenalkan para makmumini kepada dimensi-dimensi pemikiran dan semangat yang dibawa para imam ini, sebagai teladan, menghargaidan menyambung legasi para imam ini, dengan menjadi muttaqin juga seperti mereka.Buku ini berjudul asal ‘Khiyaratul Uqul al-Muslimah fi al-Qarn al’Isyrin’ (terj. Intelektual Muslim Abad 20 - cet. Pertama 2016, as-Syabakah al’Arabiyah lil Abhats wa an-Nasyr) merupakan himpunan artikel Prof. Muhammad as-Syinqitidi dalam bahasa Arab, kajian-kajian ringkas beliau berkenaan kehidupan tokoh-tokoh ini dan sumbanganmereka yang signifikan bagi umat Islam.Tempoh kritikal kurun 20 Masihi (1901 - 2000) menyaksikan bagaimana dunia Islam secara politiknya bertransisidaripada khilafah kepada jajahan dan akhirnya demokrasi. Hal ini sudah tentulah menjadikan kita, TamadunIslam yang satu masa dulu merupakan kutub utama dunia, telah lebur, dalam percaturan licik para pendengki. Ia memberi kesan kepada aspek spiritual, ekonomi, emosi dan idealogi muslimin secara langsung bahkan wabak berpanjangan.Antaranya ialah ketergantungan/dependency kita kepada penjajah atau bekas penjajah, dalam memberi kitamakna ‘ekonomi yang baik’, ‘politik yang baik’, ‘idealogi yang baik’, ‘emosi yang baik’, bahkan ke tahapmemberi makna ‘spiritual yang baik’. Akhirnya, agama dibelakangkan, kerana tiada siapa yang mampumemperjuangkannya, dan dilihat oleh sebahagian muslim yang pesimis sebagai ‘agama kemunduran’ hanyakerana dilihatnya tidak sesuai dengan makna- makna yang diajarkan penjajah atau bekas penjajah itu.Maka kewujudan tokoh-tokoh ini, amatlah diperlukan untuk memandu umat, dan memberikan solusi terbaik(menurut ijtihad mereka) kepada keadaan Tamadun Islam agar tidaklah hapus secara total, namun seperti air, mengisi dan mengikut bentuk bekasnya.Hanyasanya belum dihargai lagi, dengan sewajarnya, oleh umat yang amat bertuah ini kerana memiliki tokoh-tokoh seperti mereka.Keperluan kita untuk memperkenalkan semula tokoh-tokoh ini amatlah genting, untuk mengembalikan semangatdan keyakinan kepada umat, bahawa obor Islam masih menyala dan takkan kelam. Begitu juga, usaha dan ijtihadpara tokoh ini masih perlukan kepada kesinambungan, dan ijtihad-ijtihad baru perlu diusahakan oleh kitapara makmum muttaqin, demi kesejahteraan dan kelangsungan umat, hingga ke akhir waktu.

MENJADI MAKMUM BAGI MUTTAQINOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Sabah

144 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

HUKUM MENGGUNAKAN BEKAS MAKANAN YANGPERNAH DILETAKKAN DAGING KHINZIR

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANApakah hukum menggunakan bekas makanan yang disangka pernah digunakan untuk memakan makanan seperti khinzir?

JAWAPANDalil Tentang Najis KhinzirFirman Allah SWT:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An”am: 145).

Kategori Kenajisan KhinzirKhinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah ( ) ialah najis jenis yang berat, iaitu anjing dan babi. Dalil menunjukkan najis ini jenis yang berat ialah ia tidak memadai membasuhnya dengan air sekali sahaja seperti najis-najis yang lain. Dalam hal ini, ia mestilah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Satu daripadanya dengan air tanah. Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 40.

Cara Bersuci daripada NajisCara-cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu anjing dan babi dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, dan satu daripadanya adalah dengan air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau hukmi, dan sama ada terkena pada pakaian, badan atau tempat. Lihat: Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 42. Berdasarkan naqalan daripada kitab-kitab di atas. Maka menurut muktamad dalam mazhab Syafie bahawa khinzir terdiri daripada najis ‘ain dan perlu disamak sebanyak tujuh kali dan satu daripadanya ialah dengan air tanah apabila terkena najisnya. Ada pun berkenaan penggunaan bekas yang disangka pernah digunakan oleh orang bukan Islam untuk memakan makanan yang haram seperti khinzir. Maka di dalam al-Fiqh al-Manhaji ada menyebut hukum seperti soalan di atas:

Adalah harus menggunakan bekas orang kafir ini berdasarkan hadis daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya.” (HR: Bukhari, 5161).

Perintah membasuh bekas adalah sunat kerana ia mungkin telah tercemar disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan sebagainya. Demikian juga hukum menggunakan pakaian mereka dan seumpamanya sama dengan hukum menggunakan bekas mereka. Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali Syarbaji. Al-Fiqh al-Manhaji. jil. 1. hlm. 37. Semoga dengan pencerahan ini dapatlah kita melaksanakan tuntutan agama dengan lebih sempurna dan jauh daripada syubhat dalam kehidupan. Amin.

KESIHATAN MENTAL REMAJAOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Bercakap mengenai hal yang sering diberi perhatian sepanjang membesarkan anak-anak, lazimnya ibu bapa lebih banyak memberatkan soal pencapaian dan kecemerlangan akademik. Malangnya, ini secara tidak langsung mendorong meningkatnya isu kesihatan mental anak-anak mereka. Perilaku mahu membunuh diri semakin meningkat terutama di kalangan remaja. Perilaku seperti membunuh diri dalam kalangan remaja semakin meningkat dan yang lebih mengejutkan kes membunuh diri ini banyak berlaku di kalangan remaja berusia 13 tahun. Selain itu, remaja juga banyak mengalami kemurungan, tekanan dan keresahan di awal usia 13 - 17 tahun.

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Dengan menguruskan stigma kita terhadap masalah mental, membuka lebih banyak peluang untuk kita menghulurkan pertolongan. Pada masa yang sama, remaja yang mengalami masalah mental juga mempunyai keyakinan diri untuk mengakui masalah yang sedang dihadapinya dan sekaligus mencari pertolongan.

Isu ini perlu diberi perhatian khusus demi membentuk anak yang lebih kental dan tabah dari segi emosi, sukar menyerah, bijak menangani permasalahan, sekali gus menjadikan mereka berdaya saing pada masa hadapan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu anak-anak mereka menguruskan tekanan emosi bagi mengelakkan lebih banyak lagi masalah kesihatan mental di kalangan remaja. Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah membantu remaja untuk menerima kemampuan atau kenyataan diri mereka secara realistik. Ini kerana dengan menerima keadaan diri, mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan yang ada pada mereka sekali gus dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik remaja untuk mengurus masa mereka dengan baik kerana pengendalian masa yang baik dapat mengurangkan tekanan dari perhubungan dengan masyrakat. Misalnya remaja dapat mengelakkan diri dari dimarahi oleh guru sekiranya menyiapkan kerja di awal waktu dan datang awal ke kelas. Selain itu, ibu bapa seharusnya memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang antara keluarga kerana hubungan yang baik antara keluarga dapat menghasilkan situasi yang ceria sekali gus mengukuhkan sistem sokongan dan menjadi sumber kekuatan bagi remaja yang mengalami tekanan.

Malah, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak supaya menjalani latihan fizikal seperti beriadah dan menggalakkan mereka untuk turut menjaga kesihatan fizikal kerana terdapat kajian yang menunjukkan terdapat kaitan rapat di antara masalah mental seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung seperti penyakit jantung kardiovaskular, koronari, strok dan sebagainya. Ibu bapa juga perlulah menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak dan memberi mereka peluang untuk meluahkan masalah mereka agar dapat mengurangkan beban yang dialami mereka dan mengurangkan tekanan.

Akhir sekali, isu kesihatan mental remaja seharusnya tidak dipandang enteng oleh masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka kerana remaja masa kini merupakan pemimpin yang akan menggantikan kita di masa hadapan. Isu kemurungan, tekanan dan sebagainya juga dapat dielakkan sekiranya masyarakat menghulurkan tangan dan membantu golongan remaja ini untuk menghadapinya.

64 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Pernah disebutkan dalam syair arab:

“Hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mengikuti orang yang mulia adalah suatu kejayaan.”

Jika mendengar syair arab yang disampaikan, mencontohi orang yang mulia adalah suatu kejayaan bagikita apatah lagi apabila orang yang dicontohi itu adalah para sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu mereka yang sudah dijanjikan untuk ditempatkan di syurga Allah SWT. Umar bin Al Khattab bin Nufail bin AbdulUzza bin Ribaah adalah salah satu sahabat yang sangat menyayangi Nabi Muhammad SAW. Jika kitamenyingkap kehidupan awal Umar Al Khattab, beliau merupakan seorang bangsawan Quraisy dan bukanlah antara orang yang terawal memilih islam sebagai pegangan. Beliau juga terkenal dengan kekuatannya dan sikap berani dalam apa jua keadaan.

Kebencian Umar Al Khattab terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW sangatlah tinggi sehinggakanbeliau pernah bertekad untuk membunuh Nabi Muhammad SAW tetapi berkat hidayah yang diberikan oleh Allah SWT tanpa mampu dihalang oleh sesiapa sahaja, Umar Al-Khattab menghijrahkan diri ke dalam Islamdisebabkan mendengari bacaan ayat suci al-Quran dan medalami sifat-sifat mahmudah yang ditunjukkanoleh Nabi Muhammad SAW. Selepas memeluk agama Islam, beliau digelar sebagai Al-Faruq keranasifatnya yang berani untuk menegakkan keadilan demi syiar Islam.

Melihat kisah penghijrahan Umar bin Al-Khattab, kita dapat simpulkan bahawa hidayah itu sememangnyahanya Allah SWT sahaja yang mampu memberikannya kepada mereka yang dipilih dan tugas kita adalahuntuk mendoakan agar seseorang itu dipermudahkan urusan dalam mencari hidayah dan bukanlahmenghina atas kejahilan yang mereka hadapi. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Qasas ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah SWT memberi hidayah kepada orang yang dia kehendaki.”

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang kurang baik berlaku di hadapan kita, perlu kita sedar bahawaAllah SWT bukan sahaja menguji mereka yang ditimpa musibah (yakni kejahilan dalam sesuatu perkara)tetapi kita juga sedang menghadapi ujian yang besar daripada Allah SWT untuk melihat sama ada kita mengambil langkah mudah untuk menghina atau membantu mereka dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Umar Al-Khattab juga mengajar kita untuk menggunakan sifat yang ada pada diri sebagai suatusumber yang mampu memberikan kebaikan kepada orang lain. Sebagai contoh, Umar Al-Khattab yangdahulunya bersikap suka menentang Rasulullah SAW kini menjadikan sifat itu sebagai suatu sifat yangutama dalam mempertahankan Islam yakni menentang segala kebatilan yang wujud didalam pensyariatan agama Islam.

Antara salah satu nasihat Umar Al-Khattab yang seringkali menjadi panduan hidup, beliau berkata: “Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mereka yang menjagalidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal kebaikan, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat. Dan aku mencari bentuk rezeki, tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.” Sesungguhnya kata-kata mereka yang berilmu sangatlah berguna kepada kita untukdijadikan panduan hidup di dunia dan akhirat kelak.

AL-FARUQ PEMISAH KEBENARAN DAN KEBATILANOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

MAULIDUR RASUL SAW:KEGEMBIRAAN TENTANGKELAHIRAN RASULULLAH SAWOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Alhamdulillah, suatu kesyukuran yang bermakna kepada Ilahikerana dipanjangkan usia kita untuk memasuki BulanRabiulawal, bulan kelahiran manusia teragung NabiMuhammad SAW.

Makhluk paling agung yang nama Baginda SAW sentiasaberdekatan dengan Khaliq Yang Maha Agung yakni AllahSWT.

Tidak akan tercapai cinta kepada Allah SWT sebelumterleburnya cinta kepada Rasulullah SAW.

Mencintai Rasulullah SAW adalah jalan menuju kepada cintaAllah SAW. Hubbun An-Nabiy pasti akan melebur menujukepada Hubbun Al-Ilahiyyah.

Maka dengan bergembira dengan kedatangan Rabiulawalbulan kelahiran nabi adalah permulaan manifestasi cinta.

Memperingati dan meraihkan Maulid Rasul denganmengadakan pelbagai aktiviti dan program merupakan Syiar Islamiah.

Ia merupakan metode ulama masa silam melalui ijtihadiyyahdalam menggali dalil dari beberapa ayat Al-Quran danAl-Sunnah dalam hal Maulidur Rasul SAW.

Para ulama silam kita telah mengambil dalil melalui istinbathhukum daripada Nas berkenaan aspek bahagia tentangkelahiran nabi yang diperintahkan di dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Katakanlah dengan kurniaan Allah danrahmat-Nya, maka dengan itu (Rasulullah SAW) mereka bergembira." (Yunus: 58).

Dengan kewujudan Rasulullah SAW di atas muka bumi inisebagai suatu rahmat yang berharga kepada seluruh alam, maka kita wajib bergembira dengan kelahiran ini.

Dengan kelahiran Rasulullah SAW di alam ini, kita mestimenyatakan suatu kesyukuran yang tidak terhingga keranatersebarnya rahmat kasih sayang Ilahi kepada kita.

Peribadi Rasulullah SAW sendiri adalah merupakan suaturahmat yang memberi hidayah kepada seluruh alam:

Nabi Muhammad SAW menyeru mereka: "Wahai manusia,aku adalah Rahmat yang diberi hidayah." (HR Darimi).

Malah, orang kafi r yang tidak beriman pun mendapatmanfaat dan fadhilatnya sekiranya menyatakan kegembiraanyang jelas tentang kelahiran Rasulullah SAW.

Ini dirakamkan dalam sejarah Tamadun Islam ketika manapakcik Rasulullah SAW, Abu Lahab begitu gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW dengan memerdekakan seorang hamba bernama Tsuwaibah.

Lantas kesan daripada kegembiraan itu, Allah SWT memberikeringanan azab beserta segelas minuman kepada AbuLahab:

Urwah berkata: "Tsuwaibah adalah budak (hamba) AbuLahab. Dia telah memerdekakannya. Lalu Tsuwaibah menyusui Nabi SAW. Ketika Abu Lahab mati sebahagian keluarganya bermimpi melihat keadaannya yang terburuk. Ia bertanya apa yang kamu dapati? Abu Lahab berkata: "Tidak ada istirehat kutemukan setelah kalian menguburiku, kecuali aku diberi minum sedikit yang diletakkan di tanganku, disebabkan aku memerdekakan Tsuwaibah (kerana gembira dengan kelahiran nabi)" (HR Bukhari).

Ahli sejarah Al Hafi zh Ibnu Katsir berkata di dalammenjelaskan tentang mimpi tersebut:

As-Suhaili lainnya berkata: Yang bermimpi adalah Abbas binAbdul Muthalib, saudara Abu Lahab. Hal itu terjadi setahunsetelah kematiannya, setelah perang Badar.

Dalam riwayat tersebut Abu Lahab berkata pada Abbasbahawa seksaan Abu Lahab diringankan setiap hari Isnin, hari kelahiran Rasulullah SAW. Ulama berkata hal itu kerana saat Tsuwaibah mengkhabarkan kepada Abu Lahab tentangkelahiran anak buahnya, putra Abdullah bin Abdul Muthalib,maka Abu Lahab secara langsung terus memerdekakanTsuwaibah saat itu juga. Maka ia mendapat balasan di atas(Al-Bidayah wa An-Nihayah 2/332).Jika Abu Lahab yang kafi r dan dinyatakan masuk nerakadalam Al-Quran, namun ia masih memperoleh keringananseksa neraka kerana pernah menyatakan kegembiraan danberasa bahagia dengan kelahiran Rasulullah SAW, lalu bagaimana pula balasan dari Allah SWT kepada umat Nabi SAW yang beriman, bertauhid, dan sangat cinta padaNabinya?Ini menjadi dalil dan bukti yang kuat kepada golonganwahabiyyah yang mengharamkan sambutan Maulidur Rasul SAW yang merupakan syiar Islamiah yang agung kepadaalam ini.

164 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

Penulis semasa pertandingan MemanahMUJAS 2019

PANAH MUJASOleh: Adi Pitang

“Begini ustaz, pegang anak panah macam pen, kemudian pelahan masukan busar ke tali”, Seorang pegawai petugas yang tidak sempat ku tanya namanya sewaktu pertandinganmemanah Liga Sukan Majlis Ugama Islam Sabah danJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (MUJAS 2019) Sabtu lalu. Pertama kali mengikuti pertandinganmemanah. Ironinya baru 3 kali belajar memanah terusbertanding. Serba serbi tidak kena. “Gunakan instinct untuk tuju kepada sasaran” Jelas Mohd AdnanRosdin yang mempopularkan permainan memanah di Wisam MUIS itu. “Ustaz kena tengok busar ni,sebelum target”, Ajar imam Halim yang ku lihat sudah mahir melepaskan anak panah ke sasaran. Kenaada busar sendiri dulu untuk mahir permainan ini, cetusku dalam hati. Busar yang dimilik oleh imam ituberharga RM600.00 lebih, ehem!. Kalau sudah minat nilai harga bukanlah ukurannya. “Jadi kita orderbusar dari Turki tu?”, Tanya Izad yang membantu pelaksanaan pertandingan Memanah MUJAS 2019 ini. “Okay.. Insya-Allah”, Jawabku pasti. Betulkah ni? Dalam 1k harganya bila ku tanya Izad harga busar dariTurki itu. Tanpa anak panah katanya lagi. hmmm…

Apa yang dapat dipelajari tentang sukan memanah ini ialah memanah dapat memberikan kecergasanpada tubuh badan, kecerdasan mental, melatih fokus dan mengasah ketajaman mata. Memanah jugadapat mendidik kita dari segi emosi untuk lebih sabar, tenang dan tidak menggelabah dalam tindakan kita. Sekiranya emosi kita dalam keadaan tertekan, panik serta marah, sudah tentu penumpuan kita akanterjejas dan panahan kita akan tersasar. Malah sukan memanah ini dapat melatih kita untuk bersikappositif dan berstrategi dalam menggunakan pertimbangan akal yang rasional mengatasi emosi. Sebahagianahli memanah mengatakan bahawa rukun memanah itu ialah kecepatan, kekuatan dalam memanah,ketepatan dan kewaspadaan.

Justeru itu mengapa Rasulullah SAW menyarankan kita mempelajari memanah ini melalui dua sabdanya yang bermaksud:

Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA berkata maksudnya: “Nabi SAW telah berjalan di hadapan sekumpulandaripada suku Aslam yang sedang berlumba (dalam menunjukkan kemahiran memanah)”. Maka NabiSAW bersabda: “Panahlah, wahai bani Ismail kerana sesungguhnya nenek moyang kamu adalah ahlidalam memanah maka panahlah.” (Riwayat al-Bukhari). Daripada Uqbah bin Amir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika di atas mimbar:

Maksudnya: “Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatanitu adalah melempar (memanah).” (Riwayat Muslim).

“Kita buat sukan memanah ustaz”, Cadang imam Armas seorang lagi imam yang mengikuti pertandinganitu. “Insya-Allah, kita buat nanti”, Jawabku yang sudah merancang pada Ramadhan lalu program LigaMemanah Masjid-Masjid Sabah (LIMs). Moga menjadi kenyataan.

IA TELAH MENEPATI JANJINYA MAKA ALLAH SWT MEMPERCAYAINYA

Oleh:Mohd Alwie Noorbaki

Fakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Kerana besarnya penyesalan yang dirasakan oleh Anas bin al-Nadhr ketika tidak ikut bersamaRasulullah SAW dan kaum muslimin dalam perang Badar, yang bererti kemuliaan yang akan didapatnya hilang begitu saja, ia mengira bahawa persoalan itu tidak dilatarbelakangi penyerangan dan perampasankafi lah Quraisy yang telah kembali dari Syam dengan membawa keuntungan yang besar. Keranasebelumnya kafi r Mekah telah menjarah semua harta dan rumah milik kaum muslimin yang hijrahke Madinah. Mereka juga melarang setiap orang Islam yang berusaha hijrah ke Madinah denganmembawa hartanya dan baru diperbolehkan hijrah jika meninggalkan semua hartanya.

Banyak orang islam yang berprasangka demikian. Apabila nabi memberitahukan bahawa di sana akanada peperangan, baginda pasti akan mempersiapkan seluruh kaum muslimin. Akan tetapi, Allah SWTmenghendaki keselamatan kafi lah Quraisy itu sehingga kaum musyrikin mulai bergerak untukmenyelamatkan kaumnya. Mereka kemudian mempersiapkan diri untuk memerangi dan menghukum kaum muslimin. Maka, bertemulah kedua belah pihak dan terjadilah pertempuran sengit. Kaum musyrikindengan kekuatan jumlah dan senjata yang besar berupaya mengalahkan dan menghancurkan kekuatan kaum muslimin yang berkekuatan sedikit dan bersenjatakan apa adanya.

Perang adalah tipu daya dan persaingan. Pada akhirnya, Allah SWT memberikan kemenangan padapasukan kecil itu dan menolongnya dari kekuatan musuh yang besar. Kaum muslimin pun meraihkejayaan dan mahkota kemenangan.

Kerana itulah Anas bin al-Nadhr datang menemui Nabi dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku tidakmengikuti peperangan pertama yang engkau lakukan untuk melawan kaum musyrikin. Jika Allahmemanggilku untuk berperang melawan kaum musyrikin, pasti Allah akan melihat apa yang akan akuperbuat.”

Ia mengatakannya dengan jujur dan ingin membela agama Allah SWT dan mempertahankan kalimatkebenaran (tauhid).

Sampai tibalah hari ahad pada tahun ketiga hijrah di mana pada awalnya kaum muslimin meraihkemenangan. Akan tetapi, pasukan pemanah yang ditugaskan oleh Rasulullah SAW agar tidakmeninggalkan kedudukan masing-masing dan telah berfi kir bahawa perang sudah berakhir sehinggamereka meninggalkan tempat kedudukan. Mereka mengingkari perintah Nabi tanpa menyedarikekeliruannya. Padahal sebenarnya mereka tidak menginginkan hal tersebut. Namun, kesalahan initelah mengubah kemenangan menjadi kemunduran pasukan muslimin sehingga berpusat pada satutitik. Maka terbuka lebar bagi musuh untuk menghancurkan tentera muslim sehingga mereka banyakyang gugur dan banyak pula yang terluka.

(Riyadhus Shalihin, Jihad fi Sabilillah)

Bersambung!!...

44 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

PEMECATAN PENJAGAOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Penjaga yang ditakrifkan dalam konteks Enakmen Undang-undang Keluarga Islam adalah seorang Ibu atau bapa atau orang lain yang dilantik oleh mahkamah bagi menjaga anak. Secara terminologi, hadhanah adalah menjaga anak yang belum boleh mengatur dan merawat dirinya sendiri, serta belum mampu menjaga dirinya dari hal-hal yang dapat membahayakan dirinya. Hukum hadhanah ini hanya dilaksanakan ketika pasangan suami isteri bercerai dan memiliki anak yang belum cukup umur untuk berpisah dari ibunya. Hal ini disebabkan kerana anak masih perlu penjagaan, pengasuhan, pendidikan, perawatan dan lain-lain.

Hadhanah (pengasuhan anak) hukumnya wajib, kerana anak yang masih memerlukan pengasuhan ini akan mendapatkan bahaya jika tidak mendapatkan pengasuhan, sehingga anak harus dijaga agar tidak sampai membahayakan. Selain itu ia juga harus tetap diberi nafkah dan diselamatkan dari segala hal yang dapat merosakkannya.

Hadhanah sangat berkait dengan tiga hak:1. Hak wanita yang mengasuh.2. Hak anak yang diasuh.3. Hak ayah atau orang yang menepati turutannya.

Jika masing-masing hak ini dapat disatukan, maka itulah jalan yang terbaik akan tetapi jika masing-masing hak saling bertentangan, maka hak anak harus didahulukan daripada yang lainnya. Berkaitan dengan hal ini ada beberapa hal yang perlu diambil berat:

Pertama, pihak ibu terpaksa mengasuh anak jika keadaannya memang memaksa demikian kerana tidak ada orang lain selain dirinya yang lebih layak untuk mengasuh anak. Kedua, si ibu tidak boleh dipaksa mengasuh anak jika keadaannya memang tidak mengharuskan demikian seperti ketiadaan sumber kewangan bagi membesarkan anak kerana tiada punca pendapatan.

ketiga, seorang ayah tidak berhak merampas anak dari orang yang lebih berhak mengasuhnya (ibu) lalu memberikannya kepada wanita lain kecuali ada alasan syar’i yang memperbolehkannya. Keempat, jika ada wanita yang bersedia menyusui selain ibu si anak, maka ia harus menyusui bersama (tinggal serumah) dengan si ibu hingga tidak kehilangan haknya mengasuh anak.

Namun hak penjagaan ini juga boleh dilucutkan atau dipecat oleh mahkamah apabila mahkamah berpuas hati bahawa penjaga tersebut tidak bertanggungjawab dan mensia-siakan anak di bawah jagaannya. Hal ini dijelaskan dalam seksyen 95 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 yang menyatakan: Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa memecat seseorang penjaga, sama ada seorang ibu bapa atau orang lain dan sama ada dia adalah penjaga bagi diri atau harta kanak-kanak, dan boleh melantik seorang lain menjadi penjaga untuk menggantikannya.

Kesimpulannya, pemecatan penjaga diperuntukkan dalam enakmen kerana menjaga kebajikan anak yang diamanahkan ke atas individu yang terlibat. Hal Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan anak yang dijaga itu mendapat mudarat sama ada dari segi fizikal, mental ataupun kegagalan penjaga dalam menyediakan keperluan asas yang selayaknya diperolehi oleh anak tersebut.

Setiap kali kita mengunjungi pusat rawatan alternatif, penggunaan air sebagai salah bahan rawatan masih menjadi tanda tanya. Adakah penggunaan air menyalahi nas al-Quran dan hadith? Apakah terdapat nas-Quran dan hadith yang dapat merungkai persoalan ini? Sehubungan itu, Allah SWT menjelaskan pelbagai kepentingan dan kegunaan air dalam beberapa ayat al-Quran.

“…dan Kami jadikan daripada air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?" (Surah Anbiya ayat 30).

Penggunaan air hujanPenggunaan air juga merupakan bahan paling penting dalam rawatan pesakit yang diganggu syaitan.

“…dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan, dan juga menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya pendirian (kamu di medan perjuangan).” (Surah al-Anfal ayat 11).

Air hujan yang turun dari langit mempunyai barakah (keberkatan) kepada manusia. Keberkatan itu melambangkan kemanfaatan air kepada manusia digunakan sebagai bahan pengubatan setelah didoakan dan dibacakan ayat-ayat penyembuh seperti surah al-Fatihah, solawat Syifa, Solawat Tafrijiyyah dan banyak lagi.

Nabi Ayyub AS terkena penyakitPeristiwa yang menimpa Nabi Ayyub AS, bukti jelas penggunaan air dalam rawatan. Nabi Ayyub yang ditimpa penyakit kronik, bukan sahaja redha menanggung sakit dan aib, malahan ditinggalkan oleh anak-anak dan isteri. Kehebatan menanggung penyakit telah menyebabkan baginda mengadu kepada Allah SWT, iaitu:

“dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayyub AS, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah

PENGGUNAAN AIR DALAM RAWATANOleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.” (Surah al-Anbiya ayat 83).

Rayuan dan pengaduan Nabi Ayyub AS ini disebutkan juga dalam ayat al-Quran yang lain, Surah Sad ayat 41:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami: Nabi Ayyub ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa kesusahan dan azab seksa (penyakit).”

Berkat kesabaran dan semangat gigih yang cemerlang, pengaduan Nabi Ayyub AS telah didengari oleh Allah SWT dan terus memerintahkan baginda menghentakkan kaki ke bumi sehingga terpancar air untuk digunakan oleh Nabi Ayyub AS dalam merawat penyakitnya dengan mandi dan meminum air tersebut.

“(maka kami kabulkan permohonannya serta kami perintahkan kepadanya): “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu.” (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).” (Surah Sad ayat 42).

DemamPesakit yang mengalami demam juga disarankan menggunakan air dan dibacakan surah al-Insan.

“Demam itu merupakan bahang daripada api neraka, maka sejukkan ia dengan air.” (Hadis diriwayatkan daripada Rafi’ bin Khasij).

KesimpulanTidak dapat dinafikan penggunaan air dalam rawatan dibenarkan dan ianya merupakan salah satu bahan rawatan yang penting.

RUJUKAN:● Rawatan Penyakit Jasmani (1), Dato Harun Dr. Haron Din, muka

surat 39 - 42.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad, Juz 9 muka surat

199, Juz 17 muka surat 43 - 44.

184 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Islam sangat menggalakkan umatnya memiliki badanyang kuat dan minda yang cerdas di samping memiliki akhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukaiAllah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim). Ini sangat penting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi.

Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama IslamNegeri Sabah (JHEAINS) telah mengadakan sukantahunan kedua agensi ini dengan nama Liga Sukan MUIS dan JHEAINS kali ke-6 (MUJAS 2019). Pegawai dan kakitangan JHEAINS di seluruh daerah telah hadir untuk menjaya dan mengambil bahagian dalam 18acara sukan yang dipertandingkan, termasuk bowling,memanah, bola tampar, ping pong, catur, dart, olahraga dan lain-lain.

Sukan ini sebenarnya telah memberi persepsi baru di kalangan rakan-rakan bahawa ramai orang yang sebenarnya punya bakat terpendam dalam semua acara yang dipertandingkan. MUJAS telah memberikesempatan kepada rakan-rakan MUIS dan JHEAINSuntuk melibatkan diri dalam acara-acara sukan ini.MUJAS ini juga telah memberi latihan spiritual danmoral kepada para pegawai dan kakitangan yangterlibat dalam sukan ini.

Kemenangan bukanlah faktor utama dalam bersukan. Menang dalam pertandingan ti dak bermakna kita boleh merendahkan lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih sayang dan kerjasama antara manusia. Bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui olehcemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabardan cuba menambah baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita pada satu peristi wa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan ti ada apa-apa yang kekal menang (bermaksud seti ap situasi ada naikdan turun dan ti ada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satuhakikat yang sukar diterima.

Harapnya sukan akan memperti ngkatkan ukhuwah dan memperti ngkatkan kesihatan warga MUJAS.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Datuk Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Alwie NoorbakiCik Neng Athirah Malinda binti Joslan

Cik Nursyuhada AsparCik Fatin Adilah Haji Saufee

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

JANGAN LUPA DIRI

Jadilah manusiabukan dimanusiakanmanusia yang ti dak lupaasal kewujudannyakerana semuanya padatmencari sebuti r ukhwa.

Jiwa ti dak akan alpasesungguhnyaandai kau tahupada ti ap manusiaingin menggapai makrifatmencari redha segenap perkara.

Wahai manusia yang dijadikanpabila sedari silap langkahnamun masih mau tersungkursedang ti ka itu mampu berlaluwahai manusia hati yang bergelora.

Perbetulkan langkahdalam perjalanan akibat angin derasmasih ada waktukembali saja jadi manusia biasa.

Oleh:DeeKeeKota Kinabalu30102019

24 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 4 Rabiulawal 1441H/1 November 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islampenting kerana badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas ukhrawi dan duniawi. Pada 24 hingga 28 Oktober 2019 lalu, Majlis Ugama