shoutul islam dari meja editor laman puisi...

20

Upload: others

Post on 06-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Tauliah mengajar atau ceramah bagi individu yangbercadang untk mengajar atau berceramah di Negeri Sabah merupakan satu keperluan dari segi undang-undang. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995, yang memperuntukan bahawa;

(1) Sesiapa yang mengajar dan menyebar sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam tanpa kebenaranbertulis daripada Majlis melainkan dikecualikan oleh Majlis di bawah Enakmen ini, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh ti dak melebihi ti ga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang ti dak menyerahkan balik kebenaran bertulis yang telah dibatalkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dendati dak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh ti dak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tauliah diperlukan adalah untuk memastikan bahawaindividu yang mengajar atau menyampaikan ceramahdi negeri ini adalah orang-orang yang benar-benar layak dari segi bidang keilmuannya. Pengujudan peraturan tauliah ini bukanlah bermaksud menghalang seseorang itu untuk berdakwah atau menyampaikan sesuatu yang baikmengenai ajaran Islam. Tetapi ini lebih kepada pencegahan jangka panjang kepada kemasukan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan akidah Islamiah dalam masyarakat negeri ini. Kebiasaannya kuatkuasa suatu peraturan atau undang-undang itu, hanya akan dirujuk sekiranya berlaku aduan keti dakpuasan hati oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-unadang hanya akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang itu.

Kemasukan ramai penceramah-penceramah luar ke negeriini sejak akhir-akhir ini, memerlukan tapisan bagimemasti kan ajaran yang dibawa ti dak menyeleweng dengan ajaran Islam yang berpaksikan ahli sunnah wal Jamaah. Kalaupun yang berpaksikan ajaran ahli sunnah wal jamaah, pendekatan yang dibuat hendaklah juga bersesuai dengan keadaan masyarakat di negeri ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa tauliah hanya menyekat perkembangan dakwah di negeri ini adalah kurang tepat.Ia lebih kepada jaminan supaya kesucian ajaran Islam itudijaga oleh satu peraturan yang mengawal supaya ajaran Islam itu ti dak diselewengkan. Perbandingan mudah ialah seandainya di simpang 4, tidak ada lampu trafik yang mengawal lalu lintas, mungkin akan berlaku kesesakan dan kemalangan. Selamat berdakwah di bumi Sabah yangpenuh kepelbagaian ini.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Cik Neng Athirah Malinda binti JoslanCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

KEMILAU NUR KASIH-MU

Awan gemawan ti nggiberkepul puti h kapasmelebur egokerdil seorang insaninsaf mengapung pasrahdalam ketentuan-Nya.

Di dalam pesawatgegaran menggetar sukmagelombang resah merusuhmata tertutupkalimah suci terungkapbisik suara memadam fi rasatsebelum mendarat.

Allahu Rabbisyukur hamba-Mudalam lindungan kudratkemilau nur kasih-Mu

Oleh:Duliam SuariJakarta

213 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

ORANG YANG BERHAK MENJAGA ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Sekiranya perceraian terjadi di antara pasangan, maka siapakah yang lebih layak menjaga anak? Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah Tahun 2004 menyatakan:

1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Ianya sabit melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Daud melalui Abdullah bin `Amr RadhiyAllahuanhum ketika mana datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata maksudnya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”

Berdasarkan dalil di atas pensyariatan hadhanah bagi menjaga kebajikan si anak yang masih kecil setelah berlaku penceraian di antara pasangan suami isteri adalah jatuh kepada ibu anak tersebut.

Sekiranya ibu itu meninggal ataupun hilang kelayakan untuk menjaga setelah diputuskan mahkamah maka, merujuk kepada seksyen 82(2) ianya akan berpindah kepada salah seorang yang berikut:(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;(b) bapa;(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;(e) kakak atau adik perempuan seibu;(f) kakak atau adik perempuan sebapa;(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;(j) ibu saudara sebelah ibu;(k) ibu saudara sebelah bapa;(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari.

Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Kelayakan yang diperlukan untuk menjaga anak adalah sepertimana yang dinyatakan dalam seksyen 83 iaitu jika:(a) dia adalah seorang Islam;(b) dia adalah sempurna akal;(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang

mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi

akhlak atau jasmani.

Oleh yang demikian amatlah penting untuk pasangan mengetahui hak penjagaan anak selepas perceraian bagi mengelakkan anak tersebut terabai kerana kemelut masalah yang berlaku diantara pasangan. Anak wajib diutamakan kerana merekalah yang akan menjaga ibu bapa selain menjadi generasi pemimpin masa hadapan.

Pemakanan Seimbang“Perut adalah tempat bermula berbagai-bagai penyakit.” (Riwayat Muslim).Umat Islam memang wajar mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil pada setiap hari agar tubuh badan kita sihat berkualiti. Oleh yang demikian, kita sebagai seorang Mukmin menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat.Pemakanan yang seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit. Jika pesakit menghidap kanser, kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Diet yang sihat akan mempercepatkan penyembuhan tisu-tisu yang rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh menyebabkan seseorang itu kurang selera makan.Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah. Jangkitan ini menyebabkan rasa sakit untuk menelan atau mengunyah. Kadangkala ubat- ubat kemo boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit akan berasa penat dan emosi mereka akan lebih tertekan. Hilang selera makan ini boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.Adalah mustahak bagi pesakit-pesakit kanser supaya terus memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera makan. Hal ini adalah kerana, apabila kita makan, badan kita menjadi kuat untuk melawan segala jangkitan kuman dan juga membaiki tisu-tisu tubuh yang sudah rosak akibat rawatan kemoterapi.Pesakit kanser perlu berhati-hati dan menyedari kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Ini adalah untuk mengawal pembiakan kanser sel di dalam badan badan pesakit kanser. Jika pesakit kanser mengamalkan diet yang sama sebelum mereka mendapat penyakit kanser, ini akan membawa kemudaratan kepada pesakit kanser. Ini adalah kerana apabila seseorang itu menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet yang bersifat alkali berbanding mengurangkan diet yang bersifat asid.

PENTINGNYA PEMAKANAN UNTUK MENGUATKANSISTEM IMUNISASI BADAN

(BAHAGIAN 1)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Diet yang bersifat AlkaliSebenarnya, kita masih tidak memahami makanan yang bersifat alkali atau bersifat asid. Kita biasanya makan sahaja tanpa mengambil berat sifat makanan.

Buah-buahan dan Sayur-sayuranKita digalakkan mengambil banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi serat, vitamin, mineral, antioksidan dan bahan bioaktif (flavonoid, sterol dan fenol). Kita dinasihatkan mengambil 5 sajian buah- buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Bagaimana buah-buahan dan sayuran dapat membantu pesakit kanser? a. Menggalakkan pertumbuhan sel normal dan

menghalang pembahagian dan penambahan bilangan sel kanser yang tidak terkawal.

b. Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan.

c. Pengambilan suplemen diet seperti vitamin, mineral, asid amino dan herba untuk melengkapkan keperluan pemakanan juga dapat membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

MaduNabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Berubatlah kamu dengan dua perkara iaitu madu dan Al-Quran.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Madu adalah ubat bagi segala penyakit tetapi yang menyembuhkan hanya dengan keizinan Allah SWT. Mancari ubat dan rawatan adalah usaha yang harus dilakukan untuk menyembuhkan penyakit. Namun setelah itu berserahlah kepada Allah SWT kerana hakikatnya Dialah yang menyembuhkan penyakit itu. Inilah pegangan yang baik. Wajarlah pesakit-pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu. Lebih-lebih lagi madu adalah pemakanan yang bersifat alkali yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh saintis barat juga menunjukkan madu adalah satu alternatif yang lebih sihat untuk menggantikan khasiat gula.

bersambung...

1813 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

SIAPA USTAZ ABDUL SOMAD ITU?Oleh:

Adi Pitang

“Betulkah Ustaz Abdul Somad datangke Sabah?” Tanya seorang kenalan melaluiwhatsapp. “Bawa ke tempat kami bah!”Whatsapp seorang kenalan lain. “Bagaimanamau jemput ustaz Abdul Somad ke Labuan?“Tanya seorag kenalan dari Majlis AgamaIslam Wilayah Persekutuan Labuan. “JHEAINS ada latar belakang Ustaz Somad tu kah?” Tanya seorangkenalan Polis. Siapa ustaz Abdul Somad sebenarnya? Sehingga ustaz yang dikenali sebagai ustaz sejuta umatini cukup dikenali di rantau Nusantara ini. Siapa Adi Pitang? Ramai yang tidak kenal! Hahaha.

Ustaz Abdul Somad, Lc., M.A. atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad Batubara dilahirkan pada 18 Mei1977 di Silo Lama, Kabupaten Asahan, Sumatra Utara. Beliau merupakan keturunan seorang ulama yangterkenal di Kabupaten Batu Bara, Sumatera Utara. Beliau bersekolah di sekolah rendah Al-Washliyah, sekolahaliran tahfi z Al-Quran. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Madrasah Tsanawiyah Mu’alimin Al Washliyah,Medan dan di Pesantren Darul Falah Deliserdang, Sumatra Utara, serta Madrasah Aliyah Nurul Falah, AirMolek, Indragiri Hulu, Riau. Seterusnya beliau menyambung pelajaran tinggi di UIN Sultan Syarif Kasim Riau. Pada tahun 1998, beliau berjaya memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pendidikan tinggi di UniversitiAl-Azhar, Mesir. Beliau pernah melanjutkan pelajaraan sarjana (master) di Universiti Kebangsaan Malaysiapada 2002 tetapi cuma bertahan 2 semester kerana mendapat biasiswa Kerajaan Maroko untuk melanjutkanpelajarannya di Institut Darul Hadits Al-Hassaniyah sehingga tahun 2006.

Ustaz Abdul Somad pernah bekerja sebagai pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau dan pensyarah Tafsir dan Hadis di Kelas Internasional Fakulti Ushuluddin di universitiyang sama. Beliau juga menjadi pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar YayasanMasmur Pekan Baru. Terlibat dengan aktiviti pertubuhan di antaranya Majlis Ulama Indonesia (MUI), AnggotaBadan Amil Zakat Provinsi Riau dan Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau.

Beliau telah menerima gelaran Datuk Seri Ulama Setia Negara, sebuah gelaran adat daripada Lembaga AdatMelayu Riau, Sumatera, Indonesia pada 20 Februari 2018 dan menerima Tokoh Daie Nusantara daripadaKerajaan Negeri Kelantan, Malaysia pada 14 Februari 2019.

Beliau menguasai Bahasa Arab dengan baik sehingga memungkinkannya menterjemah beberapa buah bukuBahasa Arab ke bahasa Indonesia. Di antaranya ialah “Perbuatan Maksiat Penyebab Kerusakan Rumah Tangga” (Judul Asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyut), Penulis: Majdi Fathi As-Sayyid. Diterbitkan oleh Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Mac 2008, “55 Nasihat Perkawinan Untuk Perempuan, (Judul Asal: 55 Nasihatli al-banat qabla az-zawaj), Penulis: DR. Akram Thal’at, Dar at-Ta’if, Cairo. Diterbitkan oleh Penerbit CendikiaSentra Muslim-Jakarta, April 2004 dan “101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya” (Judul Asal: 101Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’, Majdi Fathi As-Sayyid. Diterbitkan oleh Pustaka Azzam – Jakarta, Disember 2004.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku yang menjadi best seller di kalangan umat Islam, di antaranya“37 Masalah Populer”, “99 Pertanyaan Seputar Sholat” dan “33 Tanya Jawab Seputar Qurban”.

Yang sangat istimewa bagi penceramah ini ialah beliau tidak pernah meletakan syarat atau harga bagi setiapundangan ceramahnya. Moga limpah kesihatan dan kesejahteraan sepanjang program Bicara Dakwah beliaudi Bumi Bawah Bayu pada 13 hingga 16 September 2019 ini.

RUJUKAN:● "https://ms.wikipedia.org/wiki/Ustaz_Abdul_Somad" & ://tibuku.com/biografi -ustadz-abdul-somad/.

KETABAHAN DAN KEMULIAAN MUADZIN PERTAMAOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Diarahkan oleh Umaiyyah iaitu seorang kafi r untuk mengarah Bilal keluar daripada Islam, Bilal berkata“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu” lalu Umaiyyah bertekad untuk menyeksanyakerana ingkar dengan arahan yang diberi. Penyeksaan Bilal bin Rabah sungguh teruk dan dikatakanbeliau dipukul dan diseksa oleh kumpulannya, diheret sekitar bukit dan jalan di Kota Mekah padalehernya, dibiarkan tanpa makanan dan minuman pada jangka masa yang lama hanya disebabkaningkar pada arahan Umaiyyah. Tetapi tidak kira betapa sakitnya penderitaan Bilal, beliau tegap teguhdengan kepercayaannya terhadap Islam, dan hanya menyebut “Ahad” iaitu bermaksud, “Allah yang Maha Esa” berulang-ulang kali.

Setelah Abu Bakar RA telah memerdekakan beliau daripada majikan lamanya, Bilal sering berada di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melantik Bilal bin Rabah untuk menjadi Muadzin pertama dalam Islam sehingga kini namanya digunakan untuk menunjukkan tukang adzan. Pertama kali azannyadikumandangkan di kota Mekah, ribuan penduduk keluar dan memandang ke arah laungan azantersebut sambil membalas kalimat azan yang dikumandangkan. Kelantangan dan kenyaringan suaralantangan Bilal bin Rabah juga telah membuatkan musuh kaum-kaum Tauhid berasa risau dan terganggudi dalam hati mereka saat pada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuulullaahi” (Aku bersaksibahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT) dikumandangkan. Beliau menjadi muadzin yang tetapdalam sehinggalah pemergian Rasulullah SAW ke Rahmatullah. Tugas muadzin diserahkan kepada Abu Bakar, kerana beliau tidak mampu melaungkan azan lebihdaripada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuullullahi” kerana tidak mampu menahan kesedihantentang pemergian Rasulullah SAW dan meminta izin untuk keluar dari kota Madinah untuk berjihaddengan mengatakan “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkauberhak menahanku, tetapi jika engkau memerdekakan kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menujukepada-Nya” untuk menunjukkan kenekatan beliau. Lalu Abu Bakar mengatakan “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah” lalu Bilal meninggalkan Madinah untuk berjihad bersama pasukannya,yang dikirim Abu Bakar. Setelah kian lama berpisah dan enggan melaungkan azan sejak pemergianRasulullah SAW, beliau ditemui kedatangan Umar ibnul Khathab dan sejumlah sahabat berkesempatanuntuk mendesak Bilal untuk melaungkan azan di hadapan al-Faruq Umar ibnul Khathab. Suara Bilaltelah membangkitkan kerinduan kehidupan mereka ketika bersama dengan Rasulullah SAW sehinggasahabat dan juga Umar menangis tersedu-sedu sehingga membasahi janggut mereka dengan air mata.

Sehingga ke hari ini Islam mengakuinya sebagai orang yang besar nilainya dan terhormat dalamkalangan tokoh Islam. Tidak kira besar mana pun penyeksaan dan jasa beliau, Bilal bin Rabah tidakpernah berasa sombong dan sentiasa teguh imannya dan merendah diri dan sehingga kini namanyadigunakan kepada mereka yang menjadi muadzin.

413 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Syeikh Yusuf Abul Mahasin Tajul Khalwati al-Makassari al-Bantani lahirdi Gowa, Sulawesi Selatan pada 3 Julai 1636. Beliau juga digelarTuanta Salamaka ri Gowa (tuan guru penyelamat kita dari Gowa) olehpendukungnya dalam kalangan rakyat Sulawesi Selatan.

Syeikh Yusuf lahir dari pasangan Abdullah dengan Aminah. Ketika lahiria dinamakan Muhammad Yusuf, suatu nama yang diberikan oleh SultanAlauddin penguasa Gowa pertama yang beragama Islam, raja Gowa,yang juga kerabat ibu Syeikh Yusuf. Pendidikan agama diperolehinyasejak berusia 15 tahun di Cikoang daripada Daeng Ri Tassamang, gurukerajaan Gowa.

Kembali dari Cikoang, Syeikh Yusuf menikah dengan puteri Sultan Gowa, dan pada usia 18 tahun, SyeikhYusuf pergi ke Banten dan Aceh. Di Banten beliau bersahabat dengan Pangeran Surya (Sultan AgengTirtayasa). Di Aceh, Syeikh Yusuf berguru pada Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan mendalami tarekatQadiriyah.

Pada tahun 1644, Syeikh Yusuf menunaikan ibadah haji dan tinggal di Mekah untuk beberapa lama,di mana beliau belajar pada ulama terkemuka di Mekah dan Madinah. Syeikh Yusuf juga sempat mencariilmu ke Yaman, berguru pada Syeikh Abdullah Muhammad bin Abd al-Baqi, dan ke Damsyiq untukberguru pada Syeikh Abu al-Barakat Ayyub bin Ahmad bin Ayyub al-Khalwati al-Quraisyi.

Ketika Kesultanan Gowa mengalami kalah perang kepada Belanda, Syeikh Yusuf berpindah ke Bantendan diangkat menjadi mufti. Pada masa ini Kesultanan Banten menjadi pusat pendidikan agama Islam, dan Syeikh Yusuf memiliki murid dari berbagai daerah. Ketika pasukan Sultan Ageng dikalahkan Belandatahun 1682, Syeikh Yusuf ditangkap dan diasingkan ke Sri Lanka pada bulan September 1684.

Melalui jemaah haji yang singgah ke Sri Lanka, Syeikh Yusuf masih dapat berkomunikasi dengan parapengikutnya di Nusantara, sehingga akhirnya, beliau diasingkan oleh Belanda ke lokasi lain yang lebihjauh di Afrika Selatan, pada bulan Julai 1693. Di Afrika Selatan, Syeikh Yusuf tetap berdakwah dan memilikibanyak pengikut. Ketika beliau meninggal dunia pada 23 Mei 1699, pengikutnya menjadikan harikematiannya sebagai hari peringatan. Bahkan, Nelson Mandela, Presiden Afrika Selatan, menyebutnyasebagai 'Salah Seorang Putera Terbaik Afrika’. Beliau menghabiskan sisa umur di Cape Town, kawasan Zandvliet. Tempat bermukim beliau diabadikan dengan nama Kampung Macassar.

Atas jasanya kepada agama dan Negara, Syeikh Yusuf dianugerahi gelar Pahlawan Nasional olehPresiden Soeharto dan dianugerahi gelar Oliver Thambo iaitu penghargaan sebagai Pahlawan NasionalAfrika Selatan oleh Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki kepada ahli warisnya.

SYEIKH YUSUF AL-MAKASSARIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TANDA DAN BUKTI KEWUJUDANALLAH SWT MELALUI HAIWANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)Sesungguhnya alam haiwan atau fauna di atas muka dunia ini menandakan satukewujudan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Berkehendak dan Yang MahaMengetahui.Haiwan dari kehidupan serangga hingga burung-burung, dari binatang ternakdi kebun sehingga kepada binatang buas di hutan belantara pun semuanya menjadibukti tentang adanya pencipta.Satu orang manusia di atas muka dunia ini dan teknologi paling canggih pun tidak mampu menciptakan seekor semut yangkecil, seekor nyamuk yang berterbangan dan seekor ulat yang merayap. Pasti ada kuasa besar yang maha hebat yangmenciptakannya.Malah jikalau dikaji lebih dalam, alam serangga yang kecil ini sebenarnya saling berkomunikasi menggunakan bahasamereka tertentu. Siapakah yang mengajarkan mereka? Tidak lain tidak bukan mesti wujud suatu kuasa yang MahaMengetahui yang mengajarkan kepada haiwan-haiwan ini tentang hal-hal kehidupan mereka. Malah ada yang diwahyukanoleh Allah SWT. Ini jelas di dalam al-Quran yang menceritakan tentang serangga iaitu Lebah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah - 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dandi tempat-tempat yang dibikin manusia', Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (Surah An-Nahl: 68 - 69).Jelas kepada kita bahawa kewujudan serangga seperti lebah ini yang mengeluarkan madu sangat bermanfaat dan dibuatkhusus kepada manusia. Hal ini agar manusia bersyukur kepada pencipta lebah ini.

Demikian juga tentang penciptaan nyamuk yang sangat kecil. Allah SWT membawa perumpamaan tentang nyamuk yangmana manusia tidak mampu menciptanya. Pasti ada kuasa besar di sebaliknya yang menciptakan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi merekayang kafi r mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan Ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyakorang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik." (Surah Al-Baqarah 26).Malah alam haiwan ini juga membawa banyak manfaat dan faedah kepada manusia agar manusia terus berfi kir tentangadanya pencipta alam haiwan ini iaitu Allah SWT.Firman Allah SWT:

Maksdunya: "Dan Dia (Allah) telah menciptakan haiwan untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan danberbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketikakamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. Dan ia memikulbeban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan (Dia telah menciptakan)kuda, bagal dan keldai agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamutidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl: 5 - 8).Maka dengan kewujudan kesemua haiwan ini yang sememangya diciptakan oleh Allah SWT kepada manusia dapatmendorong manusia untuk terus tunduk bersyukur hanya kepada-Nya. Kesemua ini adalah tanda-tanda dan bukti yang jelaskepada manusia untuk terus berfi kir dan menta'abudikan diri kepada pencipta alam iaitu Allah SWT Kholiqul Khalq.

1613 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

RAGU-RAGU MENGENAI BILANGAN RAKAAT SOLATOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANKetika saya sedang mendirikan solat zohor, tiba-tiba saya terlupa sudah berapa rakaat yang telah saya lakukan sama ada tiga atau empat. Saya merasa ragu-ragu ustaz bagaimana saya hendak menyempurnakan rakaat solat saya itu? Mohon penjelasan.

JAWAPANJika merasa ragu-ragu mengenai rakaat solat sama ada sudah melakukan tiga atau empat rakaat maka ambil yang sedikit dan kemudian tambah satu rakaat lagi dan sebelum salam lakukan sujud sahwi dahulu iaitu sujud dua kali diantara dua sujud itu. Dalam hal ini, berkata Al-Imam Al-Alimul ‘Allamah Syeikh Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Qasim Asy-Syafie:

Maksudnya: “Dan apabila syak atau ragu-ragu orang yang mengerjakan solat itu pada bilangan rakaat yang telah dikerjakannya seperti orang yang ragu adakah sudah tiga rakaat atau empat, maka hendaklah ia ambil atas yang yakin iaitu tiga rakaat dalam contoh ini, kemudian tambah satu rakaat lagi lalu kerjakan sujud sahwi sebelum memberi salam.” (Rujuk Kitab Hasyiah Al-Bajuri Jilid-1 Hal.188).

Jelaslah disini bahawa bagi orang yang ragu bilangan rakaatnya sama ada tiga atau empat rakaat hendaklah ambil yang sedikit iaitu tiga dan jangan ambil empat, sebab yang keempat itulah sebenarnya yang mendatangkan keraguan itu. Dalam Islam, umatnya diperintahkan supaya meninggalkan segala yang meragukan. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SAW:

Yang bermaksud: “Tinggalkan olehmu segala yang meragukan dan ambil segala yang tidak meragukan.” (HR: Imam Ahmad dalam kitab musnadnya).

Begitu pula jika seorang itu ragu bilangan rakaatnya sama ada dua atau tiga, maka hendaklah ia mengambil yakin iaitu yang sedikit, dalam contoh ini ialah dua rakaat, kemudian ditambah berapa yang kurang. Jika solatnya itu masih kurang dua rakaat, maka wajiblah ditambah dua dan jika kurang satu rakaat, maka tambahlah satu rakaat dan sebelum memberi salam selepas membaca tahiyat akhir sunat atasnya sujud sahwi seperti yang dijelaskan di atas.

Sekian, semoga dapat difahami dan bermanfaat kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

REMAJA DAN REALITIOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan dan telah melantik manusia sebagai khalifah yang akan menjadi wakil untuk menjaga isi bumi termasuklah dari segi alam sekitar, pembangunan, komunikasi diantara satu sama lain dan pengurusan diri atau keluarga. Dalam surah Al Baqarah Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Ingatlah saat Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu sedangkan mereka akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Lantas Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 30).

Allah SWT menjadikan bumi dan memberikan tanggungjawab kepada manusia sebagai khalifah untuk mentadbir dan menjaganya kerana baiknya muka bumi ini berdasarkan bagaimana manusia berjaya mentadbir. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengatur dan menjadikan sesuatu tanpa meminta izin daripada sesiapa dan setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk manusia.

Perlu difahami bahawa manusia dijadikan khalifah untuk menjalankan tugas mentadbir muka bumi dengan sebaik-baiknya dalam masa yang sama menjadikan ianya sebagai sebuah ibadah muslim terhadap Allah SWT iaitu menjalankan perintah Allah SWT dengan tanggungjawab dan amanah. Justeru itu kenapa agama Islam meletakkan syarat dan hukum bagi sesuatu perkara adalah kerana Islam sangat menjaga umatnya agar tidak lalai untuk dunia tetapi dalam masa yang sama juga memikirkan hal ukhrawi.

Hedonism (berlebihan dalam berhibur) sangat ditegah oleh agama islam bukan kerana islam tidak mengikut peredaran zaman dan berfikiran kolot bahkan islamlah agama yang pertama membangun dengan pesat pada era bani Uthmaniyyah. Tetapi agama islam sangat peka dalam menyeimbangkan keperluan manusia. Perbuatan hedonism ini hanyalah memberi kepuasan yang sementara kerana ia bukanlah perkara yang dituntut dan setiap apa yang dilarang oleh Allah SWT adalah sesuatu yang mendatangkan keburukan.

Umat islam perlu sedar bahawa muslim pada zaman sekarang terlalu berbeza dengan muslim di zaman kegemilangan islam. Jika dibandingkan dari segi iman, muslim di zaman dahulu lebih disibukkan dengan mengenal ilmu agama yang dapat diaplikasikan semasa hidup dan boleh menjadi bekalan pada akhirat kelak. Melihat remaja pada masa kini, terlalu banyak dugaan dunia yang perlu ditempuhi kerana keadaan dulu tidaklah sama seperti sekarang dan remaja muslim perlulah lebih teguhkan iman dan tingkatkan kesabaran untuk hadapi ancaman dengan cara halus yang dibawa oleh kafir.

Secara konklusinya, apabila seseorang muslim itu sudah lalai dalam memegang tanggungjawab daripada Allah SWT, akidah pada diri juga menjadi rosak kerana amalan tidak berpandukan perintah Allah SWT. Pelbagai cara yang boleh digunakan oleh orang islam terutamanya remaja yang gemar dengan hiburan untuk berhibur dan mengeluarkan bakat yang ada pada diri asalkan mereka dapat membezakan cara yang baik yakni berpandukan ajaran islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah atau cara yang salah iaitu dengan berlebihan dan memberi kesan buruk berpanjangan kepada diri sendiri.

RUJUKAN:● Jurnal penelitian jilid 12, Ogos 2018.

613 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh dari kalangan kamu(wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasapemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam)yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelahmereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidakmempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” Allah SWT menurunkan ayat ini dan menjadikan Nabi-Nya berkuasa atas seluruh Jazirah Arabia, sehinggapara penduduknya beriman dan meletakkan senjata (menyerah kepadanya). Kemudian Allah SWTmewafatkan Nabi-Nya namun kaum muslimin masih tetap dalam keadaan aman seperti sebelumnya di era pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman. Setelah itu terjadilah peristiwa yang menyebabkan mereka bercerai-berai, sehingga ketakutan kembali menimpa mereka dan akhirnya kehidupan merekaberbeza dengan sebelumnya.Semua kekuasaan adalah milik Allah SWT. Sesiapa yang beriman dan beramal sholeh, pasti Allah SWTakan mengangkat mereka menjadi pemimpin di dunia ini. Menerusi ayat ini, Allah SWT berjanji untukmengurniakan kekuasaan kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh tanpa perlu bermati-matianuntuk mengejarnya apatah lagi dengan cara menzalimi orang lain atau dalam erti kata lain “berdiri di atas kubur kawan.” Seseorang yang telah beriman dan mengerjakan amal sholeh hanya inginkan cinta AllahSWT dan bukannya kuasa, tetapi Allah SWT akan memberikan mereka kekuasaan sebagai hadiah dannatijah keimanan mereka. Kecenderungan seseorang yang beriman dan beramal sholeh adalah untuk memperolehi cinta Allah SWT dan sentiasa sibuk dalam mentaati perintah Allah SWT dengan niat hanya untuk menggembirakan-Nya.Apabila Allah SWT senang kepadanya, maka Allah SWT akan menjadikannya sebagai pemimpin kepada kaumnya. Dengan pakej lengkap sebagai pemimpin yang beriman dan beramal soleh Allah SWT tingkatkan lagi darjatnya dengan usaha menegakkan Islam di pesada dakwah. Allah SWT adalah pemilik mutlak kuasa di muka bumi ini. Dia anugerahkan dan menarik kuasa darisesiapa yang Dia kehendaki. Allah SWT memberi kuasa kepada mereka yang beriman dan beramal soleh adalah untuk menguji dan meninggikan mereka. Maka beruntunglah sesiapa yang diberikan kekuasaan lalu dia gunakannya untuk mengajak manusia kepada Allah SWT, sebaliknya adalah teramat rugi sesiapayang menggunakan kekuasaan yang dipinjamkan Allah SWT kepadanya lalu dia alpa, sombong danangkuh melanggar segala perintah Allah SWT. Lantaran itu, agama telah menyarankan agar rakyat dan pemimpin perlu berinteraksi demi menjaminkestabilan politik serta kemakmuran negara. Ketaatan kepada pemimpin merupakan perkara pokok bagiAhli Sunnah Wal Jamaah dengannya mampu membentuk kesatuan umat Islam yang kuat serta digeruni musuh manakala perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam dan menggembirakan musuh-musuh Allah SWT. Maka jadilah pemimpin dan rakyat sebagaimana yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian cintai mereka, dan mereka pun mencintai kalian, kalian mendoakan mereka, mereka pun mendoakan kalian, sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang kalianbenci terhadap mereka, mereka pun benci terhadap kalian, dan kalian melaknat mereka, mereka punmelaknat kalian.”

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NUR : 55“IMAN DAN AMAL SOLEH PAKEJ PEMIMPIN PILIHAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Segala puji bagi-Nya, yang telah menciptakan manusia ini sebagai makhluk sosial, yang mustahil hidup sempurna sendiri, keranakesempurnaannya ada pada ibadat: ibadat mentauhidkan-Nya danibadat dengan memakmurkan dunia.

Di antara Sunnatullah yang diciptakan-Nya pada manusia, ialahnaluri untuk berkawan dan bersama-sama membangun diri, mencapai impian dan saling membantu ke arah itu.

Hal ini amatlah bertepatan dengan sabda kekasih kita Sallallah Alaihi Wasallam, “Sesungguhnya roh-roh ituumpama askar yang berbaris. Apa yang saling berkenalan (di alam roh) akan saling mesra (di dunia). Apa yang saling tidak berkenalan (di alam roh), akan saling bergaduh (di dunia).” (HR al-Bukhari).

Hadis ini am kepada segala bentuk hubungan sosial, baginda mengkhabarkan mengenai dasar spiritual yangmenjelaskan bagaimana hubungan sosial itu sudah bermula semenjak di alam roh lagi, hanyasanya bersambungdi dunia dan insya-Allah di akhirat dan di antaranya ialah persahabatan.

Sesungguhnya Rasulullah SAW amat menitikberatkan mengenai tatacara memilih kawan. Hadis yang telahtersebut hanya menjelaskan berkenaan tautan hati, akan tetapi tidak menjelaskan adakah persahabatan ituakan membawa kepada keredhaan Allah SWT atau tidak.

Kerana boleh jadi di alam roh itu, roh para pendosa saling bertemu sesamanya, maka mesra sesama di duniadan itu tidak menjamin keredhaan Allah SWT.

Sedangkan yang dituntut daripada kita, melalui taklif, ialah bersahabat demi Allah SWT dan saling membantuke arah mentaati-Nya.

Firman Allah Ta’ala, “Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepadasetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”(az-Zukhruf, 67). Menjadi musuh, kerana sudah saling menyalahkan (kecenderungan neurotik), kerana semenjakdi dunia memang tidak saling menasihati atas nama Allah SWT.

Sementara orang beriman, kerana sama-sama beruntung, maka sama-sama akan kekal menjadi sahabat karibdi akhirat.

Nasihat berkenaan tatacara memilih kawan yang praktikal dan tidak hanya teoritikal, amatlah diperlukan; kerana manusia tidak memiliki masa yang cukup, pada amnya, untuk memahami teori yang sama ada teori itu sukardifahami atau sukar untuk diringkaskan. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabawi dan nasihat paraSalafussoleh.

Baginda bersabda mengenai cara memilih kawan, dengan perumpamaan yang sangat menarik perhatiansekiranya dihayati.

“Sesungguhnya perumpamaan bagi sahabat yang baik dan sahabat yang jahat itu ialah seperti pembawa misk(minyak wangi kasturi) dan tukang pembersih karat besi. Pembawa misk itu sama ada dia menghadiahkannyakepadamu atau dikau membeli (misk) daripadanya atau dikau dapati bau wangi daripadanya. Sementaratukang pembersih karat besi itu, sama ada dia membakar pakaianmu atau dikau akan dapati bau busuk(daripadanya).” (HR al-Bukhari & Muslim).

Perlunya memilih sahabat yang baik. Yang lebih utama dari itu ialah menjadi sahabat yang baik. Kerana sabdaBaginda, "Seorang mukmin itu cermin saudaranya. Hendaklah kalian memerhatikan dengan siapakah kalianberkawan." (HR Abu Daud & at-Tirmizi).

MAKNA SEBUAH PERSAHABATANOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1413 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

POLIGAMI SECARA SENYAPOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Fenomena yang sering menjadi persoalan dan buah mulut masyarakat masa kini adalah suami yang berkahwintanpa pengetahuan isteri asalnya. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada para isteri adakah suami merekaboleh berkahwin dengan wanita lain tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu dan adakah isteri berhakmembuat tindakan mahkamah terhadap suami mereka. Undang-undang Syariah Malaysia berkaitan poligamiagak longgar. Mengikut perundangan Malaysia, poligami dibenarkan dengan beberapa syarat:

Untuk membenarkan permohonan berpoligami, Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan beberapa faktor. Menurut seksyen 23 (4), faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah sebab poligami itu patut dan perlu,pendapatan suami, serta tanggungannya yang sedia ada dan yang bakal ditanggungnya. Suami yang inginberpoligami perlu membuat satu ikrar mengandungi perkara-perkara tersebut. Sama ada izin atau pandanganisteri asal terhadap perkahwinan poligami itu telah diperoleh juga merupakan salah satu perkara yang perludiikrarkan oleh suami. Walaupun keizinan isteri adalah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh MahkamahSyariah dalam memberi kebenaran berpoligami, ia sebenarnya bukan keperluan wajib. Dalam realiti, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja.

Tambahan pula, Seksyen 23 (5) yang menggariskan syarat-syarat berpoligami tidak menyenaraikan bahawakebenaran isteri asal mesti sudah diperoleh. Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh isteriantaranya ialah melaporkan kepada mahkamah mengenai tindakan suami dan jika suami didapati melakukankesalahan apabila mereka berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah. Seksyen 124,mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanyasekali. Selain itu, seksyen 23 (8) menyatakan suami yang melakukan kesalahan secara serta-merta perlumembayar keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri dan jika nilai tersebut tidak dibayar, isteri boleh menuntut wang itu di Mahkamah Syariah. Para isteri juga boleh membuat satu ta'liq tambahan yangmeletakkan syarat-syarat tentang pembahagian hari, nafkah bulanan, harta sepencarian untuk melindungihak-hak isteri juga anak-anak nanti.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi jatah dan berbuat adil, lalu beliau berucap: “ Ya Allah, inilahpembagianku pada apa yang aku miliki. Maka janganlah Engkau mencelaku pada apa yang Engkau miliki,sedangkan aku tidak memiliki.”

Makna ucapan tersebut, bahawa beliau tidak memiliki apa yang ada dalam hatinya berupa cinta kepadasebagian isteri yang lebih mendalam daripada cintanya kepada sebagian yang lain. Sebab, hati adalah kepunyaan Allah SWT; Dia memalingkannya bagaimana yang Dia sukai.

Dengan demikian, syarat untuk menikahi empat wanita adalah keadilan, bukan keadilan dalam perkara yangterdapat dalam hati. Kerana itu, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan kepada kita di akhir ayat ini denganfi rman-Nya, ( ) “Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada isteri yang kamu cintai).”Tetapi Allah SWT tidak memerintahkan kepada kita supaya tidak menikahi empat wanita, kerana apayang terdapat dalam hati adalah kepunyaan Allah SWT. Dia Subhanahu Wa Ta’ala memberitahukan kepadakita bahawa kita tidak akan mampu berbuat adil di dalamnya. Oleh kerana itu, hendaklah masing-masing darikita tidak cenderung melebihi kelaziman sehingga berdampak buruk kepada yang lainnya.

BEZA ANTARA DOSA DAN PAHALAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Nawwas bin Sam’an RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebaikan

itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa yang menggetarkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lainmengetahuinya." (Riwayat Imam Muslim).

Dan daripada Wabishah bin Ma’bad RA beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?. Saya menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mintalah fatwadaripada hatimu. Kebaikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosaitu itu ialah suatu perkara yang mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun ada orang yangmemberikan fatwa kepadamu dan mereka telah berfatwa (dan menyalahinya).(Hadis Hasan riwayat lmam Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang baik).

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan kepada kita tentang kebaikan yang mencakupi semua perbuatan yang baik dan sifat yangmakruf serta dosa yang mencakupi semua perbuatan yang buruk serta dosa kecil dan besar. Oleh kerana itulahRasululah SAW mempertemukan antara keduanya dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua perkara yangbertentangan.

kebaikan ialah perkara yang menyebabkan hati seorang mukmin merasa tenang dan tenteram, manakala dosa pulaialah perkara yang menyebabkan hati kita akan merasa gementar dan merasa takut sekiranya diketahui oleh manusia.Kebaikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebaikan yang masih kesamaran, adapunperkara yang mempunyai nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikianjuga keburukan yang mempunyai nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaandan fi rasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syarak dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

PENGAJARAN HADIS1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya rasa ketidaktenangan, keluh-kesah dan rasa tidak suka sekiranya hal itu

diketahui orang lain.

2. Kebenaran boleh diketahui melalui fi trah manusia.

3. Hati seorang mukmin akan merasa tenang dan tenteram dengan perbuatan yang halal dan merasa gelisah dengan perbuatan haram.

4. Hati adalah pedoman dan pengukur bagi menentukan sesuatu perkara yang dihadapi seseorang.

5. Galakan untuk berakhlak mulia kerana ianya kebaikan yang sangat besar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

813 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

ANTARA QUDRAT DAN IRADAT ALLAH SWT(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari di dalam kitab al-Ibanah, kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah mutlak. Beliau mengatakan bahawa Allah SWT tidak tunduk kepada sesiapapun dan di atas Allah SWT tidak ada sesuatu zat lain yang dapat membuat sebarang hukum dan dapat menentukan apa yang boleh dibuat dan apa pula yang tidak boleh dibuat Allah SWT. Allah SWT bersifat Mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya sebagaimana Allah SWT tidak mempunyai kewajipan apa-apa terhadap makhluk-Nya. Sehubungan dengan itu, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menyatakan bahawa Allah SWT tidak wajib memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam syurga atau memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam neraka. Bahkan, Allah SWT boleh memasukkan orang yang berbuat baik kedalam neraka dan memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam syurga menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan kekuasaan-Nya yang mutlak. Namun demikian, mengikut Imam Abu Hassan al-Ash’ari, Allah SWT tidak akan berbuat seperti itu, sebab Allah SWT telah mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa Ia akan menyiksa orang-orang kafir dan Allah SWT tidak berdusta terhadap khabar berita-Nya itu. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam memperjelaskan pernyataannya mengenai kekuasaan dan kehendak mutlak Allah SWT membuat analogi bagaimana gambaran bahawa sifat bohong itu bersifat buruk sebab Allah SWT telah membuatnya buruk namun jika bohong itu dibuat-Nya baik dan Allah SWT menyuruh kita berbohong maka tidak seorang pun yang dapat mencegahnya dan menghalangnya. Seandainya Allah SWT membolehkan kita berbohong tidak bererti Allah SWT boleh disifatkan dengan pembohong kerana mustahil Allah SWT berbohong dan tidak boleh pula memberikan-Nya sifat berkuasa untuk berbohong, sepertimana Allah SWT tidak berkuasa untuk bersifat bodoh. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

Berdasarkan pernyataan di atas dapat difahami bahawa Allah SWT memiliki kekuasaan dan kehendak mutlak yang tidak dibatasi oleh apapun jua. Jika Allah SWT tidak memasukkan orang kafir ke dalam syurga bukan bererti Allah SWT tidak berkuasa untuk memasukkannya ke dalam syurga kerana memasukkan orang kafir ke dalam syurga sama halnya dengan Allah SWT berbuat bohong sedangkan bohong itu merupakan sifat yang mustahil bagi Allah SWT sebagaimana sifat bodoh yang juga merupakan sifat mustahil bagi-Nya. Maka jelas melalui pernyataan tersebut, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menidakkan adanya kewajipan-kewajipan bagi Allah SWT kerana dengan adanya kewajipan bererti adanya batasan bagi kekuasaan dan kehendak mutlak Allah SWT.

Imam al-Baqillani pula menyebut bahawa Allah SWT adalah Maha Pemilik (al-malik) yang bersifat Mutlak dan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya di dalam kerajaan-Nya dan tidak seorangpun yang dapat mencela dan menghalang perbuatan-Nya itu meskipun perbuatan-perbuatan Allah SWT itu menurut pertimbangan akal manusia dianggap atau dipandang tidak baik dan tidak adil. Dalam hubungan ini, al-Baqillani mengatakan bahawa boleh sahaja Allah SWT melarang apa yang telah diperintahkan-Nya dan memerintahkan apa yang telah dilarang-Nya. Allah SWT itu bersifat adil dalam segala perbuatan-Nya dan tidak ada suatu laranganpun bagi Allah SWT, Ia akan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Seluruh makhluk adalah milik-Nya dan perintah-Nya adalah di atas segala perintah; Ia tidak bertanggungjawab tentang perbuatan-perbuatan-Nya kepada siapa pun. (al-Baqillani, al-Tamhid).

WUJUDNYA PEMBULIANOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Setiap perkara ataupun pilihan yang dilakukan oleh seseorang mempunyai sebab-sebab tertentu, tidak kira salah ataupun betul pelaksanaan tersebut. Membuli adalah salah satu contoh di mana seseorang itu mempunyai masalah tertentu, dan daripada itu kita tidak boleh salahkan orang yang membuli dengan serta merta tanpa memahami mereka dahulu.

Biasanya kes buli sering berlaku di kalangan kanak-kanak ataupun remaja tidak kira berasrama, bersekolah ataupun tidak, serta juga di kalangan orang-orang dewasa walaupun hanya segelintir. Mengapanya seseorang itu membuli adalah berpunca daripada keadaan emosi mereka sendiri, daripada sama ada mereka kurang mendapat kasih sayang daripada seseorang sehingga menginginkan satu pengiktirafan tentang diri mereka daripada orang lain. Sering sekali orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini adalah ibu bapa mereka sendiri di mana ada kemungkinan mereka tidak memikirkan tentang perasaan ataupun emosi anak mereka ketika melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh, ibu bapa zaman kini terlalu manjakan anak mereka dengan memberikan apa sahaja yang diinginkan oleh anak mereka sehingga dapat memberi impak terhadap pendirian anak mereka. Hal ini dapat menghasilkan perasaan di dalam diri mereka, di mana mereka menganggap segala perkara yang mereka inginkan boleh diperolehi dengan begitu sahaja dan mereka yang tidak mengikut kehendak mereka patut dihukum. Contoh yang lain, adalah di mana ibu bapa tidak menghiraukan ataupun memberi kasih sayang terhadap anak mereka, dengan membanding-banding mereka dengan orang lain dan sebagainya. Ini dapat melahirkan perasaan ingin mendapat satu pengiktirafan dalam diri mereka, tidak kira caranya betul ataupun tidak.

Terdapat banyak lagi contoh mengapa seseorang itu membuli, dan itulah salah satu contoh yang terbesar mengapa seseorang itu membuli tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Daripada itu, ianya jelas orang yang membuli tidak boleh disalahkan begitu sahaja, hanya kerana mereka melakukan sesuatu perkara yang salah. Apa yang mereka perlu adalah satu bimbingan bukan makian, kerana Islam mengajar kita untuk membantu orang yang tersungkur dari jalan yang benar, bukan pinggirkan mereka ataupun memberi makian terhadap perbuatan mereka seperti yang dinyatakan dalam hadis Riwayat al-Bukhari:

“Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”

Sekiranya ibu bapa tidak akan menyedari tanggungjawab mereka sebagai seorang pembimbing, ianya bukan sahaja dapat menjejaskan akhlak anak mereka, ianya juga dapat menjejaskan mereka yang menjadi mangsa anak mereka.

1213 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Program Tautan Ukhuwah PerpaduanJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bersama penduduk

Kg. Kirokot Baru, Keningau pada 19 Ogos 2019

Majlis Penyerahan Tugas YBhg. Tuan Haji Awang Omar Haji Pg. Gana, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan kepada Ustaz Abd. Rahman Haji Talipudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS disaksikan oleh YBhg. Puan Zuriah Haji Zulkifli, Timbalan Pengarah Pengurusan di PejabatTimbalan Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat JHEAINS Kota Kinabalu berlangsung pada 26 Ogos 2019.

YBhg. Tuan Haji Awang Omar Haji Pg. Gana yang bersara wajib mulai 27 Ogos 2019

Peristiwa

1013 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Program Tautan Ukhuwah PerpaduanJabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bersama penduduk

Kg. Kirokot Baru, Keningau pada 19 Ogos 2019

Majlis Penyerahan Tugas YBhg. Tuan Haji Awang Omar Haji Pg. Gana, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan kepada Ustaz Abd. Rahman Haji Talipudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS disaksikan oleh YBhg. Puan Zuriah Haji Zulkifli, Timbalan Pengarah Pengurusan di PejabatTimbalan Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat JHEAINS Kota Kinabalu berlangsung pada 26 Ogos 2019.

YBhg. Tuan Haji Awang Omar Haji Pg. Gana yang bersara wajib mulai 27 Ogos 2019

Peristiwa

1013 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

ANTARA QUDRAT DAN IRADAT ALLAH SWT(BAHAGIAN 2)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari di dalam kitab al-Ibanah, kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah mutlak. Beliau mengatakan bahawa Allah SWT tidak tunduk kepada sesiapapun dan di atas Allah SWT tidak ada sesuatu zat lain yang dapat membuat sebarang hukum dan dapat menentukan apa yang boleh dibuat dan apa pula yang tidak boleh dibuat Allah SWT. Allah SWT bersifat Mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya sebagaimana Allah SWT tidak mempunyai kewajipan apa-apa terhadap makhluk-Nya. Sehubungan dengan itu, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menyatakan bahawa Allah SWT tidak wajib memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam syurga atau memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam neraka. Bahkan, Allah SWT boleh memasukkan orang yang berbuat baik kedalam neraka dan memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam syurga menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan kekuasaan-Nya yang mutlak. Namun demikian, mengikut Imam Abu Hassan al-Ash’ari, Allah SWT tidak akan berbuat seperti itu, sebab Allah SWT telah mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa Ia akan menyiksa orang-orang kafir dan Allah SWT tidak berdusta terhadap khabar berita-Nya itu. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

Imam Abu Hassan al-Ash’ari dalam memperjelaskan pernyataannya mengenai kekuasaan dan kehendak mutlak Allah SWT membuat analogi bagaimana gambaran bahawa sifat bohong itu bersifat buruk sebab Allah SWT telah membuatnya buruk namun jika bohong itu dibuat-Nya baik dan Allah SWT menyuruh kita berbohong maka tidak seorang pun yang dapat mencegahnya dan menghalangnya. Seandainya Allah SWT membolehkan kita berbohong tidak bererti Allah SWT boleh disifatkan dengan pembohong kerana mustahil Allah SWT berbohong dan tidak boleh pula memberikan-Nya sifat berkuasa untuk berbohong, sepertimana Allah SWT tidak berkuasa untuk bersifat bodoh. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

Berdasarkan pernyataan di atas dapat difahami bahawa Allah SWT memiliki kekuasaan dan kehendak mutlak yang tidak dibatasi oleh apapun jua. Jika Allah SWT tidak memasukkan orang kafir ke dalam syurga bukan bererti Allah SWT tidak berkuasa untuk memasukkannya ke dalam syurga kerana memasukkan orang kafir ke dalam syurga sama halnya dengan Allah SWT berbuat bohong sedangkan bohong itu merupakan sifat yang mustahil bagi Allah SWT sebagaimana sifat bodoh yang juga merupakan sifat mustahil bagi-Nya. Maka jelas melalui pernyataan tersebut, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menidakkan adanya kewajipan-kewajipan bagi Allah SWT kerana dengan adanya kewajipan bererti adanya batasan bagi kekuasaan dan kehendak mutlak Allah SWT.

Imam al-Baqillani pula menyebut bahawa Allah SWT adalah Maha Pemilik (al-malik) yang bersifat Mutlak dan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya di dalam kerajaan-Nya dan tidak seorangpun yang dapat mencela dan menghalang perbuatan-Nya itu meskipun perbuatan-perbuatan Allah SWT itu menurut pertimbangan akal manusia dianggap atau dipandang tidak baik dan tidak adil. Dalam hubungan ini, al-Baqillani mengatakan bahawa boleh sahaja Allah SWT melarang apa yang telah diperintahkan-Nya dan memerintahkan apa yang telah dilarang-Nya. Allah SWT itu bersifat adil dalam segala perbuatan-Nya dan tidak ada suatu laranganpun bagi Allah SWT, Ia akan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Seluruh makhluk adalah milik-Nya dan perintah-Nya adalah di atas segala perintah; Ia tidak bertanggungjawab tentang perbuatan-perbuatan-Nya kepada siapa pun. (al-Baqillani, al-Tamhid).

WUJUDNYA PEMBULIANOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Setiap perkara ataupun pilihan yang dilakukan oleh seseorang mempunyai sebab-sebab tertentu, tidak kira salah ataupun betul pelaksanaan tersebut. Membuli adalah salah satu contoh di mana seseorang itu mempunyai masalah tertentu, dan daripada itu kita tidak boleh salahkan orang yang membuli dengan serta merta tanpa memahami mereka dahulu.

Biasanya kes buli sering berlaku di kalangan kanak-kanak ataupun remaja tidak kira berasrama, bersekolah ataupun tidak, serta juga di kalangan orang-orang dewasa walaupun hanya segelintir. Mengapanya seseorang itu membuli adalah berpunca daripada keadaan emosi mereka sendiri, daripada sama ada mereka kurang mendapat kasih sayang daripada seseorang sehingga menginginkan satu pengiktirafan tentang diri mereka daripada orang lain. Sering sekali orang yang bertanggungjawab terhadap perkara ini adalah ibu bapa mereka sendiri di mana ada kemungkinan mereka tidak memikirkan tentang perasaan ataupun emosi anak mereka ketika melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh, ibu bapa zaman kini terlalu manjakan anak mereka dengan memberikan apa sahaja yang diinginkan oleh anak mereka sehingga dapat memberi impak terhadap pendirian anak mereka. Hal ini dapat menghasilkan perasaan di dalam diri mereka, di mana mereka menganggap segala perkara yang mereka inginkan boleh diperolehi dengan begitu sahaja dan mereka yang tidak mengikut kehendak mereka patut dihukum. Contoh yang lain, adalah di mana ibu bapa tidak menghiraukan ataupun memberi kasih sayang terhadap anak mereka, dengan membanding-banding mereka dengan orang lain dan sebagainya. Ini dapat melahirkan perasaan ingin mendapat satu pengiktirafan dalam diri mereka, tidak kira caranya betul ataupun tidak.

Terdapat banyak lagi contoh mengapa seseorang itu membuli, dan itulah salah satu contoh yang terbesar mengapa seseorang itu membuli tidak kira dalam apa bentuk sekalipun. Daripada itu, ianya jelas orang yang membuli tidak boleh disalahkan begitu sahaja, hanya kerana mereka melakukan sesuatu perkara yang salah. Apa yang mereka perlu adalah satu bimbingan bukan makian, kerana Islam mengajar kita untuk membantu orang yang tersungkur dari jalan yang benar, bukan pinggirkan mereka ataupun memberi makian terhadap perbuatan mereka seperti yang dinyatakan dalam hadis Riwayat al-Bukhari:

“Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”

Sekiranya ibu bapa tidak akan menyedari tanggungjawab mereka sebagai seorang pembimbing, ianya bukan sahaja dapat menjejaskan akhlak anak mereka, ianya juga dapat menjejaskan mereka yang menjadi mangsa anak mereka.

1213 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

POLIGAMI SECARA SENYAPOleh:

Nursyuhada AsparAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Fenomena yang sering menjadi persoalan dan buah mulut masyarakat masa kini adalah suami yang berkahwintanpa pengetahuan isteri asalnya. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada para isteri adakah suami merekaboleh berkahwin dengan wanita lain tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu dan adakah isteri berhakmembuat tindakan mahkamah terhadap suami mereka. Undang-undang Syariah Malaysia berkaitan poligamiagak longgar. Mengikut perundangan Malaysia, poligami dibenarkan dengan beberapa syarat:

Untuk membenarkan permohonan berpoligami, Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan beberapa faktor. Menurut seksyen 23 (4), faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah sebab poligami itu patut dan perlu,pendapatan suami, serta tanggungannya yang sedia ada dan yang bakal ditanggungnya. Suami yang inginberpoligami perlu membuat satu ikrar mengandungi perkara-perkara tersebut. Sama ada izin atau pandanganisteri asal terhadap perkahwinan poligami itu telah diperoleh juga merupakan salah satu perkara yang perludiikrarkan oleh suami. Walaupun keizinan isteri adalah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh MahkamahSyariah dalam memberi kebenaran berpoligami, ia sebenarnya bukan keperluan wajib. Dalam realiti, isteri hanya diminta menandatangani borang permohonan sahaja.

Tambahan pula, Seksyen 23 (5) yang menggariskan syarat-syarat berpoligami tidak menyenaraikan bahawakebenaran isteri asal mesti sudah diperoleh. Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh isteriantaranya ialah melaporkan kepada mahkamah mengenai tindakan suami dan jika suami didapati melakukankesalahan apabila mereka berpoligami tanpa kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah. Seksyen 124,mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanyasekali. Selain itu, seksyen 23 (8) menyatakan suami yang melakukan kesalahan secara serta-merta perlumembayar keseluruhan jumlah mas kahwin dan pemberian kepada isteri dan jika nilai tersebut tidak dibayar, isteri boleh menuntut wang itu di Mahkamah Syariah. Para isteri juga boleh membuat satu ta'liq tambahan yangmeletakkan syarat-syarat tentang pembahagian hari, nafkah bulanan, harta sepencarian untuk melindungihak-hak isteri juga anak-anak nanti.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memberi jatah dan berbuat adil, lalu beliau berucap: “ Ya Allah, inilahpembagianku pada apa yang aku miliki. Maka janganlah Engkau mencelaku pada apa yang Engkau miliki,sedangkan aku tidak memiliki.”

Makna ucapan tersebut, bahawa beliau tidak memiliki apa yang ada dalam hatinya berupa cinta kepadasebagian isteri yang lebih mendalam daripada cintanya kepada sebagian yang lain. Sebab, hati adalah kepunyaan Allah SWT; Dia memalingkannya bagaimana yang Dia sukai.

Dengan demikian, syarat untuk menikahi empat wanita adalah keadilan, bukan keadilan dalam perkara yangterdapat dalam hati. Kerana itu, Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan kepada kita di akhir ayat ini denganfi rman-Nya, ( ) “Kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada isteri yang kamu cintai).”Tetapi Allah SWT tidak memerintahkan kepada kita supaya tidak menikahi empat wanita, kerana apayang terdapat dalam hati adalah kepunyaan Allah SWT. Dia Subhanahu Wa Ta’ala memberitahukan kepadakita bahawa kita tidak akan mampu berbuat adil di dalamnya. Oleh kerana itu, hendaklah masing-masing darikita tidak cenderung melebihi kelaziman sehingga berdampak buruk kepada yang lainnya.

BEZA ANTARA DOSA DAN PAHALAOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Nawwas bin Sam’an RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebaikan

itu ialah akhlak yang baik dan dosa itu ialah apa yang menggetarkan jiwamu dan engkau tidak suka jika orang lainmengetahuinya." (Riwayat Imam Muslim).

Dan daripada Wabishah bin Ma’bad RA beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan?. Saya menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mintalah fatwadaripada hatimu. Kebaikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosaitu itu ialah suatu perkara yang mengganggu jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun ada orang yangmemberikan fatwa kepadamu dan mereka telah berfatwa (dan menyalahinya).(Hadis Hasan riwayat lmam Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang baik).

HURAIAN HADISHadis ini menjelaskan kepada kita tentang kebaikan yang mencakupi semua perbuatan yang baik dan sifat yangmakruf serta dosa yang mencakupi semua perbuatan yang buruk serta dosa kecil dan besar. Oleh kerana itulahRasululah SAW mempertemukan antara keduanya dan menjadikan kedua-duanya sebagai dua perkara yangbertentangan.

kebaikan ialah perkara yang menyebabkan hati seorang mukmin merasa tenang dan tenteram, manakala dosa pulaialah perkara yang menyebabkan hati kita akan merasa gementar dan merasa takut sekiranya diketahui oleh manusia.Kebaikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebaikan yang masih kesamaran, adapunperkara yang mempunyai nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikianjuga keburukan yang mempunyai nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaandan fi rasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syarak dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama.

PENGAJARAN HADIS1. Tanda perbuatan dosa adalah timbulnya rasa ketidaktenangan, keluh-kesah dan rasa tidak suka sekiranya hal itu

diketahui orang lain.

2. Kebenaran boleh diketahui melalui fi trah manusia.

3. Hati seorang mukmin akan merasa tenang dan tenteram dengan perbuatan yang halal dan merasa gelisah dengan perbuatan haram.

4. Hati adalah pedoman dan pengukur bagi menentukan sesuatu perkara yang dihadapi seseorang.

5. Galakan untuk berakhlak mulia kerana ianya kebaikan yang sangat besar.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

813 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh dari kalangan kamu(wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasapemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam)yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelahmereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidakmempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” Allah SWT menurunkan ayat ini dan menjadikan Nabi-Nya berkuasa atas seluruh Jazirah Arabia, sehinggapara penduduknya beriman dan meletakkan senjata (menyerah kepadanya). Kemudian Allah SWTmewafatkan Nabi-Nya namun kaum muslimin masih tetap dalam keadaan aman seperti sebelumnya di era pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Usman. Setelah itu terjadilah peristiwa yang menyebabkan mereka bercerai-berai, sehingga ketakutan kembali menimpa mereka dan akhirnya kehidupan merekaberbeza dengan sebelumnya.Semua kekuasaan adalah milik Allah SWT. Sesiapa yang beriman dan beramal sholeh, pasti Allah SWTakan mengangkat mereka menjadi pemimpin di dunia ini. Menerusi ayat ini, Allah SWT berjanji untukmengurniakan kekuasaan kepada sesiapa yang beriman dan beramal soleh tanpa perlu bermati-matianuntuk mengejarnya apatah lagi dengan cara menzalimi orang lain atau dalam erti kata lain “berdiri di atas kubur kawan.” Seseorang yang telah beriman dan mengerjakan amal sholeh hanya inginkan cinta AllahSWT dan bukannya kuasa, tetapi Allah SWT akan memberikan mereka kekuasaan sebagai hadiah dannatijah keimanan mereka. Kecenderungan seseorang yang beriman dan beramal sholeh adalah untuk memperolehi cinta Allah SWT dan sentiasa sibuk dalam mentaati perintah Allah SWT dengan niat hanya untuk menggembirakan-Nya.Apabila Allah SWT senang kepadanya, maka Allah SWT akan menjadikannya sebagai pemimpin kepada kaumnya. Dengan pakej lengkap sebagai pemimpin yang beriman dan beramal soleh Allah SWT tingkatkan lagi darjatnya dengan usaha menegakkan Islam di pesada dakwah. Allah SWT adalah pemilik mutlak kuasa di muka bumi ini. Dia anugerahkan dan menarik kuasa darisesiapa yang Dia kehendaki. Allah SWT memberi kuasa kepada mereka yang beriman dan beramal soleh adalah untuk menguji dan meninggikan mereka. Maka beruntunglah sesiapa yang diberikan kekuasaan lalu dia gunakannya untuk mengajak manusia kepada Allah SWT, sebaliknya adalah teramat rugi sesiapayang menggunakan kekuasaan yang dipinjamkan Allah SWT kepadanya lalu dia alpa, sombong danangkuh melanggar segala perintah Allah SWT. Lantaran itu, agama telah menyarankan agar rakyat dan pemimpin perlu berinteraksi demi menjaminkestabilan politik serta kemakmuran negara. Ketaatan kepada pemimpin merupakan perkara pokok bagiAhli Sunnah Wal Jamaah dengannya mampu membentuk kesatuan umat Islam yang kuat serta digeruni musuh manakala perpecahan hanya akan melemahkan umat Islam dan menggembirakan musuh-musuh Allah SWT. Maka jadilah pemimpin dan rakyat sebagaimana yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah yang kalian cintai mereka, dan mereka pun mencintai kalian, kalian mendoakan mereka, mereka pun mendoakan kalian, sejelek-jelek pemimpin kalian adalah yang kalianbenci terhadap mereka, mereka pun benci terhadap kalian, dan kalian melaknat mereka, mereka punmelaknat kalian.”

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NUR : 55“IMAN DAN AMAL SOLEH PAKEJ PEMIMPIN PILIHAN”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Segala puji bagi-Nya, yang telah menciptakan manusia ini sebagai makhluk sosial, yang mustahil hidup sempurna sendiri, keranakesempurnaannya ada pada ibadat: ibadat mentauhidkan-Nya danibadat dengan memakmurkan dunia.

Di antara Sunnatullah yang diciptakan-Nya pada manusia, ialahnaluri untuk berkawan dan bersama-sama membangun diri, mencapai impian dan saling membantu ke arah itu.

Hal ini amatlah bertepatan dengan sabda kekasih kita Sallallah Alaihi Wasallam, “Sesungguhnya roh-roh ituumpama askar yang berbaris. Apa yang saling berkenalan (di alam roh) akan saling mesra (di dunia). Apa yang saling tidak berkenalan (di alam roh), akan saling bergaduh (di dunia).” (HR al-Bukhari).

Hadis ini am kepada segala bentuk hubungan sosial, baginda mengkhabarkan mengenai dasar spiritual yangmenjelaskan bagaimana hubungan sosial itu sudah bermula semenjak di alam roh lagi, hanyasanya bersambungdi dunia dan insya-Allah di akhirat dan di antaranya ialah persahabatan.

Sesungguhnya Rasulullah SAW amat menitikberatkan mengenai tatacara memilih kawan. Hadis yang telahtersebut hanya menjelaskan berkenaan tautan hati, akan tetapi tidak menjelaskan adakah persahabatan ituakan membawa kepada keredhaan Allah SWT atau tidak.

Kerana boleh jadi di alam roh itu, roh para pendosa saling bertemu sesamanya, maka mesra sesama di duniadan itu tidak menjamin keredhaan Allah SWT.

Sedangkan yang dituntut daripada kita, melalui taklif, ialah bersahabat demi Allah SWT dan saling membantuke arah mentaati-Nya.

Firman Allah Ta’ala, “Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepadasetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”(az-Zukhruf, 67). Menjadi musuh, kerana sudah saling menyalahkan (kecenderungan neurotik), kerana semenjakdi dunia memang tidak saling menasihati atas nama Allah SWT.

Sementara orang beriman, kerana sama-sama beruntung, maka sama-sama akan kekal menjadi sahabat karibdi akhirat.

Nasihat berkenaan tatacara memilih kawan yang praktikal dan tidak hanya teoritikal, amatlah diperlukan; kerana manusia tidak memiliki masa yang cukup, pada amnya, untuk memahami teori yang sama ada teori itu sukardifahami atau sukar untuk diringkaskan. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabawi dan nasihat paraSalafussoleh.

Baginda bersabda mengenai cara memilih kawan, dengan perumpamaan yang sangat menarik perhatiansekiranya dihayati.

“Sesungguhnya perumpamaan bagi sahabat yang baik dan sahabat yang jahat itu ialah seperti pembawa misk(minyak wangi kasturi) dan tukang pembersih karat besi. Pembawa misk itu sama ada dia menghadiahkannyakepadamu atau dikau membeli (misk) daripadanya atau dikau dapati bau wangi daripadanya. Sementaratukang pembersih karat besi itu, sama ada dia membakar pakaianmu atau dikau akan dapati bau busuk(daripadanya).” (HR al-Bukhari & Muslim).

Perlunya memilih sahabat yang baik. Yang lebih utama dari itu ialah menjadi sahabat yang baik. Kerana sabdaBaginda, "Seorang mukmin itu cermin saudaranya. Hendaklah kalian memerhatikan dengan siapakah kalianberkawan." (HR Abu Daud & at-Tirmizi).

MAKNA SEBUAH PERSAHABATANOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

1413 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

RAGU-RAGU MENGENAI BILANGAN RAKAAT SOLATOleh:

Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANKetika saya sedang mendirikan solat zohor, tiba-tiba saya terlupa sudah berapa rakaat yang telah saya lakukan sama ada tiga atau empat. Saya merasa ragu-ragu ustaz bagaimana saya hendak menyempurnakan rakaat solat saya itu? Mohon penjelasan.

JAWAPANJika merasa ragu-ragu mengenai rakaat solat sama ada sudah melakukan tiga atau empat rakaat maka ambil yang sedikit dan kemudian tambah satu rakaat lagi dan sebelum salam lakukan sujud sahwi dahulu iaitu sujud dua kali diantara dua sujud itu. Dalam hal ini, berkata Al-Imam Al-Alimul ‘Allamah Syeikh Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Qasim Asy-Syafie:

Maksudnya: “Dan apabila syak atau ragu-ragu orang yang mengerjakan solat itu pada bilangan rakaat yang telah dikerjakannya seperti orang yang ragu adakah sudah tiga rakaat atau empat, maka hendaklah ia ambil atas yang yakin iaitu tiga rakaat dalam contoh ini, kemudian tambah satu rakaat lagi lalu kerjakan sujud sahwi sebelum memberi salam.” (Rujuk Kitab Hasyiah Al-Bajuri Jilid-1 Hal.188).

Jelaslah disini bahawa bagi orang yang ragu bilangan rakaatnya sama ada tiga atau empat rakaat hendaklah ambil yang sedikit iaitu tiga dan jangan ambil empat, sebab yang keempat itulah sebenarnya yang mendatangkan keraguan itu. Dalam Islam, umatnya diperintahkan supaya meninggalkan segala yang meragukan. Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad SAW:

Yang bermaksud: “Tinggalkan olehmu segala yang meragukan dan ambil segala yang tidak meragukan.” (HR: Imam Ahmad dalam kitab musnadnya).

Begitu pula jika seorang itu ragu bilangan rakaatnya sama ada dua atau tiga, maka hendaklah ia mengambil yakin iaitu yang sedikit, dalam contoh ini ialah dua rakaat, kemudian ditambah berapa yang kurang. Jika solatnya itu masih kurang dua rakaat, maka wajiblah ditambah dua dan jika kurang satu rakaat, maka tambahlah satu rakaat dan sebelum memberi salam selepas membaca tahiyat akhir sunat atasnya sujud sahwi seperti yang dijelaskan di atas.

Sekian, semoga dapat difahami dan bermanfaat kepada kita semua.

Wallahu a’lam.

REMAJA DAN REALITIOleh:

Neng Athirah Malinda binti JoslanAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Allah SWT telah menciptakan langit dan bumi dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan dan telah melantik manusia sebagai khalifah yang akan menjadi wakil untuk menjaga isi bumi termasuklah dari segi alam sekitar, pembangunan, komunikasi diantara satu sama lain dan pengurusan diri atau keluarga. Dalam surah Al Baqarah Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Ingatlah saat Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu sedangkan mereka akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Lantas Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah: 30).

Allah SWT menjadikan bumi dan memberikan tanggungjawab kepada manusia sebagai khalifah untuk mentadbir dan menjaganya kerana baiknya muka bumi ini berdasarkan bagaimana manusia berjaya mentadbir. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengatur dan menjadikan sesuatu tanpa meminta izin daripada sesiapa dan setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk manusia.

Perlu difahami bahawa manusia dijadikan khalifah untuk menjalankan tugas mentadbir muka bumi dengan sebaik-baiknya dalam masa yang sama menjadikan ianya sebagai sebuah ibadah muslim terhadap Allah SWT iaitu menjalankan perintah Allah SWT dengan tanggungjawab dan amanah. Justeru itu kenapa agama Islam meletakkan syarat dan hukum bagi sesuatu perkara adalah kerana Islam sangat menjaga umatnya agar tidak lalai untuk dunia tetapi dalam masa yang sama juga memikirkan hal ukhrawi.

Hedonism (berlebihan dalam berhibur) sangat ditegah oleh agama islam bukan kerana islam tidak mengikut peredaran zaman dan berfikiran kolot bahkan islamlah agama yang pertama membangun dengan pesat pada era bani Uthmaniyyah. Tetapi agama islam sangat peka dalam menyeimbangkan keperluan manusia. Perbuatan hedonism ini hanyalah memberi kepuasan yang sementara kerana ia bukanlah perkara yang dituntut dan setiap apa yang dilarang oleh Allah SWT adalah sesuatu yang mendatangkan keburukan.

Umat islam perlu sedar bahawa muslim pada zaman sekarang terlalu berbeza dengan muslim di zaman kegemilangan islam. Jika dibandingkan dari segi iman, muslim di zaman dahulu lebih disibukkan dengan mengenal ilmu agama yang dapat diaplikasikan semasa hidup dan boleh menjadi bekalan pada akhirat kelak. Melihat remaja pada masa kini, terlalu banyak dugaan dunia yang perlu ditempuhi kerana keadaan dulu tidaklah sama seperti sekarang dan remaja muslim perlulah lebih teguhkan iman dan tingkatkan kesabaran untuk hadapi ancaman dengan cara halus yang dibawa oleh kafir.

Secara konklusinya, apabila seseorang muslim itu sudah lalai dalam memegang tanggungjawab daripada Allah SWT, akidah pada diri juga menjadi rosak kerana amalan tidak berpandukan perintah Allah SWT. Pelbagai cara yang boleh digunakan oleh orang islam terutamanya remaja yang gemar dengan hiburan untuk berhibur dan mengeluarkan bakat yang ada pada diri asalkan mereka dapat membezakan cara yang baik yakni berpandukan ajaran islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah atau cara yang salah iaitu dengan berlebihan dan memberi kesan buruk berpanjangan kepada diri sendiri.

RUJUKAN:● Jurnal penelitian jilid 12, Ogos 2018.

613 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

Syeikh Yusuf Abul Mahasin Tajul Khalwati al-Makassari al-Bantani lahirdi Gowa, Sulawesi Selatan pada 3 Julai 1636. Beliau juga digelarTuanta Salamaka ri Gowa (tuan guru penyelamat kita dari Gowa) olehpendukungnya dalam kalangan rakyat Sulawesi Selatan.

Syeikh Yusuf lahir dari pasangan Abdullah dengan Aminah. Ketika lahiria dinamakan Muhammad Yusuf, suatu nama yang diberikan oleh SultanAlauddin penguasa Gowa pertama yang beragama Islam, raja Gowa,yang juga kerabat ibu Syeikh Yusuf. Pendidikan agama diperolehinyasejak berusia 15 tahun di Cikoang daripada Daeng Ri Tassamang, gurukerajaan Gowa.

Kembali dari Cikoang, Syeikh Yusuf menikah dengan puteri Sultan Gowa, dan pada usia 18 tahun, SyeikhYusuf pergi ke Banten dan Aceh. Di Banten beliau bersahabat dengan Pangeran Surya (Sultan AgengTirtayasa). Di Aceh, Syeikh Yusuf berguru pada Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dan mendalami tarekatQadiriyah.

Pada tahun 1644, Syeikh Yusuf menunaikan ibadah haji dan tinggal di Mekah untuk beberapa lama,di mana beliau belajar pada ulama terkemuka di Mekah dan Madinah. Syeikh Yusuf juga sempat mencariilmu ke Yaman, berguru pada Syeikh Abdullah Muhammad bin Abd al-Baqi, dan ke Damsyiq untukberguru pada Syeikh Abu al-Barakat Ayyub bin Ahmad bin Ayyub al-Khalwati al-Quraisyi.

Ketika Kesultanan Gowa mengalami kalah perang kepada Belanda, Syeikh Yusuf berpindah ke Bantendan diangkat menjadi mufti. Pada masa ini Kesultanan Banten menjadi pusat pendidikan agama Islam, dan Syeikh Yusuf memiliki murid dari berbagai daerah. Ketika pasukan Sultan Ageng dikalahkan Belandatahun 1682, Syeikh Yusuf ditangkap dan diasingkan ke Sri Lanka pada bulan September 1684.

Melalui jemaah haji yang singgah ke Sri Lanka, Syeikh Yusuf masih dapat berkomunikasi dengan parapengikutnya di Nusantara, sehingga akhirnya, beliau diasingkan oleh Belanda ke lokasi lain yang lebihjauh di Afrika Selatan, pada bulan Julai 1693. Di Afrika Selatan, Syeikh Yusuf tetap berdakwah dan memilikibanyak pengikut. Ketika beliau meninggal dunia pada 23 Mei 1699, pengikutnya menjadikan harikematiannya sebagai hari peringatan. Bahkan, Nelson Mandela, Presiden Afrika Selatan, menyebutnyasebagai 'Salah Seorang Putera Terbaik Afrika’. Beliau menghabiskan sisa umur di Cape Town, kawasan Zandvliet. Tempat bermukim beliau diabadikan dengan nama Kampung Macassar.

Atas jasanya kepada agama dan Negara, Syeikh Yusuf dianugerahi gelar Pahlawan Nasional olehPresiden Soeharto dan dianugerahi gelar Oliver Thambo iaitu penghargaan sebagai Pahlawan NasionalAfrika Selatan oleh Presiden Afrika Selatan, Thabo Mbeki kepada ahli warisnya.

SYEIKH YUSUF AL-MAKASSARIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TANDA DAN BUKTI KEWUJUDANALLAH SWT MELALUI HAIWANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)Sesungguhnya alam haiwan atau fauna di atas muka dunia ini menandakan satukewujudan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Berkehendak dan Yang MahaMengetahui.Haiwan dari kehidupan serangga hingga burung-burung, dari binatang ternakdi kebun sehingga kepada binatang buas di hutan belantara pun semuanya menjadibukti tentang adanya pencipta.Satu orang manusia di atas muka dunia ini dan teknologi paling canggih pun tidak mampu menciptakan seekor semut yangkecil, seekor nyamuk yang berterbangan dan seekor ulat yang merayap. Pasti ada kuasa besar yang maha hebat yangmenciptakannya.Malah jikalau dikaji lebih dalam, alam serangga yang kecil ini sebenarnya saling berkomunikasi menggunakan bahasamereka tertentu. Siapakah yang mengajarkan mereka? Tidak lain tidak bukan mesti wujud suatu kuasa yang MahaMengetahui yang mengajarkan kepada haiwan-haiwan ini tentang hal-hal kehidupan mereka. Malah ada yang diwahyukanoleh Allah SWT. Ini jelas di dalam al-Quran yang menceritakan tentang serangga iaitu Lebah. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah - 'Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dandi tempat-tempat yang dibikin manusia', Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. (Surah An-Nahl: 68 - 69).Jelas kepada kita bahawa kewujudan serangga seperti lebah ini yang mengeluarkan madu sangat bermanfaat dan dibuatkhusus kepada manusia. Hal ini agar manusia bersyukur kepada pencipta lebah ini.

Demikian juga tentang penciptaan nyamuk yang sangat kecil. Allah SWT membawa perumpamaan tentang nyamuk yangmana manusia tidak mampu menciptanya. Pasti ada kuasa besar di sebaliknya yang menciptakan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu.Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi merekayang kafi r mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan Ini untuk perumpamaan?" Dengan perumpamaan itu banyakorang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik." (Surah Al-Baqarah 26).Malah alam haiwan ini juga membawa banyak manfaat dan faedah kepada manusia agar manusia terus berfi kir tentangadanya pencipta alam haiwan ini iaitu Allah SWT.Firman Allah SWT:

Maksdunya: "Dan Dia (Allah) telah menciptakan haiwan untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan danberbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pandangan yang indah padanya, ketikakamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat penggembalaan. Dan ia memikulbeban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan (Dia telah menciptakan)kuda, bagal dan keldai agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamutidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl: 5 - 8).Maka dengan kewujudan kesemua haiwan ini yang sememangya diciptakan oleh Allah SWT kepada manusia dapatmendorong manusia untuk terus tunduk bersyukur hanya kepada-Nya. Kesemua ini adalah tanda-tanda dan bukti yang jelaskepada manusia untuk terus berfi kir dan menta'abudikan diri kepada pencipta alam iaitu Allah SWT Kholiqul Khalq.

1613 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

SIAPA USTAZ ABDUL SOMAD ITU?Oleh:

Adi Pitang

“Betulkah Ustaz Abdul Somad datangke Sabah?” Tanya seorang kenalan melaluiwhatsapp. “Bawa ke tempat kami bah!”Whatsapp seorang kenalan lain. “Bagaimanamau jemput ustaz Abdul Somad ke Labuan?“Tanya seorag kenalan dari Majlis AgamaIslam Wilayah Persekutuan Labuan. “JHEAINS ada latar belakang Ustaz Somad tu kah?” Tanya seorangkenalan Polis. Siapa ustaz Abdul Somad sebenarnya? Sehingga ustaz yang dikenali sebagai ustaz sejuta umatini cukup dikenali di rantau Nusantara ini. Siapa Adi Pitang? Ramai yang tidak kenal! Hahaha.

Ustaz Abdul Somad, Lc., M.A. atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad Batubara dilahirkan pada 18 Mei1977 di Silo Lama, Kabupaten Asahan, Sumatra Utara. Beliau merupakan keturunan seorang ulama yangterkenal di Kabupaten Batu Bara, Sumatera Utara. Beliau bersekolah di sekolah rendah Al-Washliyah, sekolahaliran tahfi z Al-Quran. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Madrasah Tsanawiyah Mu’alimin Al Washliyah,Medan dan di Pesantren Darul Falah Deliserdang, Sumatra Utara, serta Madrasah Aliyah Nurul Falah, AirMolek, Indragiri Hulu, Riau. Seterusnya beliau menyambung pelajaran tinggi di UIN Sultan Syarif Kasim Riau. Pada tahun 1998, beliau berjaya memperolehi biasiswa untuk melanjutkan pendidikan tinggi di UniversitiAl-Azhar, Mesir. Beliau pernah melanjutkan pelajaraan sarjana (master) di Universiti Kebangsaan Malaysiapada 2002 tetapi cuma bertahan 2 semester kerana mendapat biasiswa Kerajaan Maroko untuk melanjutkanpelajarannya di Institut Darul Hadits Al-Hassaniyah sehingga tahun 2006.

Ustaz Abdul Somad pernah bekerja sebagai pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau dan pensyarah Tafsir dan Hadis di Kelas Internasional Fakulti Ushuluddin di universitiyang sama. Beliau juga menjadi pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar YayasanMasmur Pekan Baru. Terlibat dengan aktiviti pertubuhan di antaranya Majlis Ulama Indonesia (MUI), AnggotaBadan Amil Zakat Provinsi Riau dan Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau.

Beliau telah menerima gelaran Datuk Seri Ulama Setia Negara, sebuah gelaran adat daripada Lembaga AdatMelayu Riau, Sumatera, Indonesia pada 20 Februari 2018 dan menerima Tokoh Daie Nusantara daripadaKerajaan Negeri Kelantan, Malaysia pada 14 Februari 2019.

Beliau menguasai Bahasa Arab dengan baik sehingga memungkinkannya menterjemah beberapa buah bukuBahasa Arab ke bahasa Indonesia. Di antaranya ialah “Perbuatan Maksiat Penyebab Kerusakan Rumah Tangga” (Judul Asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyut), Penulis: Majdi Fathi As-Sayyid. Diterbitkan oleh Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Mac 2008, “55 Nasihat Perkawinan Untuk Perempuan, (Judul Asal: 55 Nasihatli al-banat qabla az-zawaj), Penulis: DR. Akram Thal’at, Dar at-Ta’if, Cairo. Diterbitkan oleh Penerbit CendikiaSentra Muslim-Jakarta, April 2004 dan “101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya” (Judul Asal: 101Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’, Majdi Fathi As-Sayyid. Diterbitkan oleh Pustaka Azzam – Jakarta, Disember 2004.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku yang menjadi best seller di kalangan umat Islam, di antaranya“37 Masalah Populer”, “99 Pertanyaan Seputar Sholat” dan “33 Tanya Jawab Seputar Qurban”.

Yang sangat istimewa bagi penceramah ini ialah beliau tidak pernah meletakan syarat atau harga bagi setiapundangan ceramahnya. Moga limpah kesihatan dan kesejahteraan sepanjang program Bicara Dakwah beliaudi Bumi Bawah Bayu pada 13 hingga 16 September 2019 ini.

RUJUKAN:● "https://ms.wikipedia.org/wiki/Ustaz_Abdul_Somad" & ://tibuku.com/biografi -ustadz-abdul-somad/.

KETABAHAN DAN KEMULIAAN MUADZIN PERTAMAOleh:

Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad NajibAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Diarahkan oleh Umaiyyah iaitu seorang kafi r untuk mengarah Bilal keluar daripada Islam, Bilal berkata“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu” lalu Umaiyyah bertekad untuk menyeksanyakerana ingkar dengan arahan yang diberi. Penyeksaan Bilal bin Rabah sungguh teruk dan dikatakanbeliau dipukul dan diseksa oleh kumpulannya, diheret sekitar bukit dan jalan di Kota Mekah padalehernya, dibiarkan tanpa makanan dan minuman pada jangka masa yang lama hanya disebabkaningkar pada arahan Umaiyyah. Tetapi tidak kira betapa sakitnya penderitaan Bilal, beliau tegap teguhdengan kepercayaannya terhadap Islam, dan hanya menyebut “Ahad” iaitu bermaksud, “Allah yang Maha Esa” berulang-ulang kali.

Setelah Abu Bakar RA telah memerdekakan beliau daripada majikan lamanya, Bilal sering berada di sisi Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melantik Bilal bin Rabah untuk menjadi Muadzin pertama dalam Islam sehingga kini namanya digunakan untuk menunjukkan tukang adzan. Pertama kali azannyadikumandangkan di kota Mekah, ribuan penduduk keluar dan memandang ke arah laungan azantersebut sambil membalas kalimat azan yang dikumandangkan. Kelantangan dan kenyaringan suaralantangan Bilal bin Rabah juga telah membuatkan musuh kaum-kaum Tauhid berasa risau dan terganggudi dalam hati mereka saat pada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuulullaahi” (Aku bersaksibahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT) dikumandangkan. Beliau menjadi muadzin yang tetapdalam sehinggalah pemergian Rasulullah SAW ke Rahmatullah. Tugas muadzin diserahkan kepada Abu Bakar, kerana beliau tidak mampu melaungkan azan lebihdaripada kalimat “Asyhadu anna muhammadan rasuullullahi” kerana tidak mampu menahan kesedihantentang pemergian Rasulullah SAW dan meminta izin untuk keluar dari kota Madinah untuk berjihaddengan mengatakan “Jika dulu engkau membeliku untuk kepentingan dirimu sendiri, maka engkauberhak menahanku, tetapi jika engkau memerdekakan kerana Allah, maka biarkanlah aku bebas menujukepada-Nya” untuk menunjukkan kenekatan beliau. Lalu Abu Bakar mengatakan “Demi Allah, aku benar-benar membelimu untuk Allah” lalu Bilal meninggalkan Madinah untuk berjihad bersama pasukannya,yang dikirim Abu Bakar. Setelah kian lama berpisah dan enggan melaungkan azan sejak pemergianRasulullah SAW, beliau ditemui kedatangan Umar ibnul Khathab dan sejumlah sahabat berkesempatanuntuk mendesak Bilal untuk melaungkan azan di hadapan al-Faruq Umar ibnul Khathab. Suara Bilaltelah membangkitkan kerinduan kehidupan mereka ketika bersama dengan Rasulullah SAW sehinggasahabat dan juga Umar menangis tersedu-sedu sehingga membasahi janggut mereka dengan air mata.

Sehingga ke hari ini Islam mengakuinya sebagai orang yang besar nilainya dan terhormat dalamkalangan tokoh Islam. Tidak kira besar mana pun penyeksaan dan jasa beliau, Bilal bin Rabah tidakpernah berasa sombong dan sentiasa teguh imannya dan merendah diri dan sehingga kini namanyadigunakan kepada mereka yang menjadi muadzin.

413 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

ORANG YANG BERHAK MENJAGA ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Sekiranya perceraian terjadi di antara pasangan, maka siapakah yang lebih layak menjaga anak? Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah Tahun 2004 menyatakan:

1) Tertakluk kepada seksyen 83, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Ianya sabit melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Daud melalui Abdullah bin `Amr RadhiyAllahuanhum ketika mana datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata maksudnya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”

Berdasarkan dalil di atas pensyariatan hadhanah bagi menjaga kebajikan si anak yang masih kecil setelah berlaku penceraian di antara pasangan suami isteri adalah jatuh kepada ibu anak tersebut.

Sekiranya ibu itu meninggal ataupun hilang kelayakan untuk menjaga setelah diputuskan mahkamah maka, merujuk kepada seksyen 82(2) ianya akan berpindah kepada salah seorang yang berikut:(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;(b) bapa;(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;(e) kakak atau adik perempuan seibu;(f) kakak atau adik perempuan sebapa;(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;(j) ibu saudara sebelah ibu;(k) ibu saudara sebelah bapa;(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari.

Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Kelayakan yang diperlukan untuk menjaga anak adalah sepertimana yang dinyatakan dalam seksyen 83 iaitu jika:(a) dia adalah seorang Islam;(b) dia adalah sempurna akal;(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang

mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi

akhlak atau jasmani.

Oleh yang demikian amatlah penting untuk pasangan mengetahui hak penjagaan anak selepas perceraian bagi mengelakkan anak tersebut terabai kerana kemelut masalah yang berlaku diantara pasangan. Anak wajib diutamakan kerana merekalah yang akan menjaga ibu bapa selain menjadi generasi pemimpin masa hadapan.

Pemakanan Seimbang“Perut adalah tempat bermula berbagai-bagai penyakit.” (Riwayat Muslim).Umat Islam memang wajar mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil pada setiap hari agar tubuh badan kita sihat berkualiti. Oleh yang demikian, kita sebagai seorang Mukmin menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat.Pemakanan yang seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit. Jika pesakit menghidap kanser, kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Diet yang sihat akan mempercepatkan penyembuhan tisu-tisu yang rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh menyebabkan seseorang itu kurang selera makan.Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah. Jangkitan ini menyebabkan rasa sakit untuk menelan atau mengunyah. Kadangkala ubat- ubat kemo boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit akan berasa penat dan emosi mereka akan lebih tertekan. Hilang selera makan ini boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.Adalah mustahak bagi pesakit-pesakit kanser supaya terus memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera makan. Hal ini adalah kerana, apabila kita makan, badan kita menjadi kuat untuk melawan segala jangkitan kuman dan juga membaiki tisu-tisu tubuh yang sudah rosak akibat rawatan kemoterapi.Pesakit kanser perlu berhati-hati dan menyedari kepentingan pengambilan diet yang seimbang. Ini adalah untuk mengawal pembiakan kanser sel di dalam badan badan pesakit kanser. Jika pesakit kanser mengamalkan diet yang sama sebelum mereka mendapat penyakit kanser, ini akan membawa kemudaratan kepada pesakit kanser. Ini adalah kerana apabila seseorang itu menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet yang bersifat alkali berbanding mengurangkan diet yang bersifat asid.

PENTINGNYA PEMAKANAN UNTUK MENGUATKANSISTEM IMUNISASI BADAN

(BAHAGIAN 1)Oleh:

Tuan Haji Nordin Lossin

Diet yang bersifat AlkaliSebenarnya, kita masih tidak memahami makanan yang bersifat alkali atau bersifat asid. Kita biasanya makan sahaja tanpa mengambil berat sifat makanan.

Buah-buahan dan Sayur-sayuranKita digalakkan mengambil banyak buah-buahan dan sayuran yang mengandungi serat, vitamin, mineral, antioksidan dan bahan bioaktif (flavonoid, sterol dan fenol). Kita dinasihatkan mengambil 5 sajian buah- buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Bagaimana buah-buahan dan sayuran dapat membantu pesakit kanser? a. Menggalakkan pertumbuhan sel normal dan

menghalang pembahagian dan penambahan bilangan sel kanser yang tidak terkawal.

b. Meningkatkan sistem imuniti tubuh badan.

c. Pengambilan suplemen diet seperti vitamin, mineral, asid amino dan herba untuk melengkapkan keperluan pemakanan juga dapat membantu mengurangkan risiko mendapat kanser.

MaduNabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Berubatlah kamu dengan dua perkara iaitu madu dan Al-Quran.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah).

Madu adalah ubat bagi segala penyakit tetapi yang menyembuhkan hanya dengan keizinan Allah SWT. Mancari ubat dan rawatan adalah usaha yang harus dilakukan untuk menyembuhkan penyakit. Namun setelah itu berserahlah kepada Allah SWT kerana hakikatnya Dialah yang menyembuhkan penyakit itu. Inilah pegangan yang baik. Wajarlah pesakit-pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu. Lebih-lebih lagi madu adalah pemakanan yang bersifat alkali yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh saintis barat juga menunjukkan madu adalah satu alternatif yang lebih sihat untuk menggantikan khasiat gula.

bersambung...

1813 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Tauliah mengajar atau ceramah bagi individu yangbercadang untk mengajar atau berceramah di Negeri Sabah merupakan satu keperluan dari segi undang-undang. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 49, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995, yang memperuntukan bahawa;

(1) Sesiapa yang mengajar dan menyebar sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam tanpa kebenaranbertulis daripada Majlis melainkan dikecualikan oleh Majlis di bawah Enakmen ini, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh ti dak melebihi ti ga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang ti dak menyerahkan balik kebenaran bertulis yang telah dibatalkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dendati dak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh ti dak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tauliah diperlukan adalah untuk memastikan bahawaindividu yang mengajar atau menyampaikan ceramahdi negeri ini adalah orang-orang yang benar-benar layak dari segi bidang keilmuannya. Pengujudan peraturan tauliah ini bukanlah bermaksud menghalang seseorang itu untuk berdakwah atau menyampaikan sesuatu yang baikmengenai ajaran Islam. Tetapi ini lebih kepada pencegahan jangka panjang kepada kemasukan ajaran-ajaran yang bertentangan dengan akidah Islamiah dalam masyarakat negeri ini. Kebiasaannya kuatkuasa suatu peraturan atau undang-undang itu, hanya akan dirujuk sekiranya berlaku aduan keti dakpuasan hati oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-unadang hanya akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang itu.

Kemasukan ramai penceramah-penceramah luar ke negeriini sejak akhir-akhir ini, memerlukan tapisan bagimemasti kan ajaran yang dibawa ti dak menyeleweng dengan ajaran Islam yang berpaksikan ahli sunnah wal Jamaah. Kalaupun yang berpaksikan ajaran ahli sunnah wal jamaah, pendekatan yang dibuat hendaklah juga bersesuai dengan keadaan masyarakat di negeri ini.

Pendapat yang mengatakan bahawa tauliah hanya menyekat perkembangan dakwah di negeri ini adalah kurang tepat.Ia lebih kepada jaminan supaya kesucian ajaran Islam itudijaga oleh satu peraturan yang mengawal supaya ajaran Islam itu ti dak diselewengkan. Perbandingan mudah ialah seandainya di simpang 4, tidak ada lampu trafik yang mengawal lalu lintas, mungkin akan berlaku kesesakan dan kemalangan. Selamat berdakwah di bumi Sabah yangpenuh kepelbagaian ini.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin Hassan

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Ahmad Syarifuddin Syahmi bin Muhamad Najib

Cik Neng Athirah Malinda binti JoslanCik Nursyuhada Aspar

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

KEMILAU NUR KASIH-MU

Awan gemawan ti nggiberkepul puti h kapasmelebur egokerdil seorang insaninsaf mengapung pasrahdalam ketentuan-Nya.

Di dalam pesawatgegaran menggetar sukmagelombang resah merusuhmata tertutupkalimah suci terungkapbisik suara memadam fi rasatsebelum mendarat.

Allahu Rabbisyukur hamba-Mudalam lindungan kudratkemilau nur kasih-Mu

Oleh:Duliam SuariJakarta

213 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13 Muharam 1441H/13 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islamjheains.sabah.gov.my/images/soutulislam/pdf/SI30.pdfdan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda ti dak melebihi satu ribu