shoutul islam dari meja editor laman puisi islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan...

20

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti
Page 2: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah1441H telah diadakan di Masjid Negeri Sabah, bersamaan dengan malam 31 Ogos 2019, tarikh keramat harikemerdekaan Negara kita, Malaysia. Satu tarikh yanghampir bersamaan dengan sambutan tahun baharu hijrah, yang jatuhnya kalau mengikut tahun masihi pada1 September 2019. Dan kalau mengikut kalendar Islam,1 Muharram jatuh sebaik sahaja masuk waktu Maghrib31 Ogos 2019 itu. Persamaan tarikh itu yang membawakepada pelaksanaan Majlis Perhimpunan Ma’al HijrahPeringkat Negeri ini diadakan pada malam 31 Ogos ini.

Apakah ia mengurangkan syiar sambutan bila ia dibuatdi Masjid? Kerana pada kebiasannya sambutan ini dibuat di dalam dewan. Apa yang didapati kalangan penghujung pada malam sambutan Hijrah ini lebih kurang sama dari sebelumnya. Sangat menggalakkan. Program-program yang menambah syiar program ini juga dilaksanakan sebelum1 Muharram seperti program (tazkirah) dari Masjidke Masjid, Ziarah Kariah dan program khas di radio (RTM).

Signifikannya penganjuran tahun ini ialah ia membawa jati diri bangsa ke arah mencintai negara bangsa dalam suasana menguti p lembaran pengajaran dari kisah hijrah dan rahsia yang terkandung dari peristi wa-peristi wa hijrah. Hijrah membawa satu dimensi baru dalam kehidupanumat manusia dan Islam secara konseptual dan prakti knya.

Hijrah itu sendiri membawa pengerti an yang luas, keluardari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yanglebih luas. Hijrah juga pemisah di antara yang hak denganyang bati l. Hijrah merangkumi perpindahan kepada hidupyang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi.

Memanglah ti dak ada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah. Ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalamsabda Baginda yang bermaksud: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi (yang tinggal hanyalah)jihad dan niat. Oleh itu, jika kalian diminta keluar berjihad, maka keluarlah!" (riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas bahawa tidak ada lagi hijrah bagi umat Islam selepas pembukaan kota Mekah. Namun, Rasulullah SAW memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dankesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita tidakterlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yangdilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruholeh Islam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAWyang bermaksud: "Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah." (RiwayatBukhari dan Muslim).

Wasalam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Aisyah binti Muhammad Sayuti

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

RUMAH KITA

Kita telah menghuni rumah baruuntuk semua kita berteduhkerana kita diamanahkanmenjaga kemakmuranbersihkan rumah versi barujadilah kita warga bijaksanamenanti tahun wawasan.

Kita bersihkan rumah barudia tas tunjang muafakatdari tangan pelbagai etnik.

Kita telah menghuni rumah baruberwajah keikhlasanagar penghuni saling mesramemberi dan menerimasampai di hujung nyawa.

Oleh:DeeKeeBPI - 27082019

26 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 3: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

BIL. PENDEDAHAN JENIS KANSER 1. Al-Anbia 38 hingga 50 2. Hud 60 hingga 80 3. An-Nahl 90 hingga 110 4. Yunus 55 hingga 70 5. Al-Qasas 66 hingga 88 6. Ibrahim 9 hingga 22 7. Al-Kahfi 38hingga60 8. Yunus 71 hingga 89 9. Al-Furqaan 12 hingga 28 10. Al-A’raaf 101 hingga 127 11. Al-Ahzab 18 hingga 30 12. Al-Anfaal 59 hingga 69 13. Al-Maa’idah 58 hingga 70 14. Al-An’am 127 hingga 137 15. Al-Gafir 67hingga75 16. Al-Anbia 89 hingga 112 17. As-Syu’araa 185 hingga 227 18. An-Naml 11 hingga 26 19. An-Nahl 119 hingga 128 20. Thoohaa 91 hingga 110 21. An-Nuur 55 hingga 64 22. Al-Israa 72 hingga 96 23. Al-Hajj 57 hingga 72 24. Az-Zumar 42 hingga 53 25. Al-Maa’idah 82 hingga 91 26. As-Saaffat 66 hingga 140

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Nafkah terhadap anak tidak boleh diabaikan walaupun berlakunya perceraian di antara pasangan. Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 menyatakan: (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak- kanak itu telah mati atau tempat tinggal di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.Nafkah anak adalah hak yang dijamin dalam Islam dan boleh dituntut jika tidak dilaksanakan. Islam mengharuskan isteri mengambil harta suami sekadarnya untuk memenuhi keperluan diri dan anak. Merujuk kitab Al Ahwal al Syaksiyyah menyatakan, kanak-kanak mempunyai tiga hak utama iaitu hak dipelihara, hak ke atas dirinya yang tertanggung ke atas walinya dan hak untuk memiliki harta.Daripada 'Aisyah RA, "Hindun binti 'Utbah berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi belanja yang cukup untuk saya dan anak saya kecuali jika saya mengambil sendiri tanpa pengetahuannya. Rasulullah menjawab: "Ambillah olehmu daripada harta sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan cara yang baik."Ibn al Humam dalam Fath al Qadir menyatakan, tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak adalah tidak bersyarat dan bersifat mutlak. Ini bermakna nafkah anak wajib dilaksanakan tanpa sebarang unsur pengecualian.Sekiranya seorang bapa tidak mampu memberi nafkah kepada anak, maka harta si bapa boleh diambil oleh anaknya dan inilah hikmah pensyariatan pembahagian harta pusaka dalam sistem faraid yang menetapkan lelaki memperoleh dua bahagian daripada perempuan. Dalam Islam, nafkah anak tidak diabaikan begitu sahaja, tanggungjawab memberi nafkah anak akan berpindah kepada datuknya, saudara atau kerabat setelah kematian bapa mengikut susunan dalam hukum faraid.Perkara penting yang perlu dibuat selepas berlakunya perceraian adalah membuat tuntutan nafkah anak. Apabila tiada tuntutan nafkah anak, maka tiadalah tuntutan nafkah sementara dan tuntutan tunggakan nafkah anak. Nafkah anak hari ini terdiri daripada nafkah tetap anak (secara bulanan), nafkah persekolahan anak dan nafkah perayaan (dua pasang baju raya).Tiada tarikh tamat tempoh ditetapkan untuk sesuatu tuntutan walaupun perceraian berlaku 10 tahun lalu. Tuntutan nafkah tertunggak boleh difailkan jika wujud perintah nafkah anak dari mahkamah selepas perceraian. Sebagai contoh, sepasang suami isteri bercerai pada Januari 2010. Namun, isteri memfailkan tuntutan nafkah anak pada September 2018. Maka, nafkah anak antara Januari 2010 hingga September 2018 tidak boleh dituntut sebagai nafkah tertunggak, melainkan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah selepas September 2018 berkuat kuasa. Bagaimanapun, jika tiada tuntutan nafkah anak difailkan di mahkamah, anak dianggap masih berkemampuan dan berkeupayaan untuk menyara dan menampung perbelanjaan seharian walaupun dalam jagaan pihak lain.Kesimpulannya, isteri perlu prihatin dengan hak anak kerana jika tidak dituntut, ia akan terabai begitu sahaja. Pihak isteri disarankan untuk menuntut nafkah anak sejurus sah perceraian kerana ianya merupakan tanggungjawab bapa dalam menyediakan segala keperluan anak-anak. Perintah nafkah anak adalah luput atau tamat apabila anak mencapai umur 18 tahun, namun sekiranya ada permohonan daripada anak itu atau pihak lain mahkamah boleh melanjutkan perintah nafkah anak tersebut.

AMALANZikirSetiap kali berzikir, hati kita mengingati Allah SWT. Berzikir bermakna kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berzikir tidak perlu menggunakan tasbih atau alat kiraan. Sebaik-baik zikir adalah di dalam hati. Tidak perlu mengira ratusan, ribuan atau jutaan bilangan zikir kerana Allah SWT Maha Mengetahui keikhlasan kita apabila berzikir.

Berzikir secara berterusan memerlukan latihan diri dan disiplin. Memanglah syaitan dan iblis akan sentiasa menggoda kita agar leka dan lalai dalam berzikir. Itu sudah menjadi kenyataan. Namun jika dilatih dan sentiasa beringat, insya-Allah, kita boleh melakukan zikir secara berterusan sama ada ketika memandu kereta, menonton televisyen, memasak, membuat kerja rumah dan sebagainya. Meskipun mata melihat, telinga mendengar, mulut bercakap, kaki dan tangan bergerak melakukan sesuatu tetapi hati dan minda kita tetap berzikir La ila ha illallah ( ) mengingati Allah SWT. Apabila kita dapat melakukan ini, kita boleh merasai nikmat berzikir.

Dengan berzikir, perjalanan darah menjadi lancar di dalam tubuh. Jadikanlah hati kita sentiasa berzikir mengingati Tuhan. Amalan berzikir akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang. Sebaliknya, kanser yang telah pasif pula mampu kembali aktif seandainya pesakit itu stres dan berada dalam tekanan emosi. Jadi, terapi paling baik untuk menjadikan hati tenang adalah dengan berzikir mengingati Allah SWT pada setiap masa.

Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram…” (Surah Ar-Ra’d ayat 28).

Rangkaian ayat-ayat Al-QuranSelain daripada berzikir, pesakit disarankan untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran secara berterusan dan berdisiplin. Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran berfungsi sebagai ‘ejen penyembuh’ kanser. Ayat-ayat

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 11)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

yang perlu diamalkan ialah:

Ayat-ayat lainSelain itu surah-surah Dukhaan, Hasyr, ar-Rahman, Jin, Qalam, Waqiah, Yassin perlu dibaca. Jika badan terasa lemah dan tidak bermaya, bacalah surah Al-Mulk.KesimpulanHanya kepada Allah SWT tempat kita berserah dan meminta. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hanya setakat berserah dan berpeluk tubuh, sakit tua sahaja yang tidak ada ubat. Yakin dan disiplin dengan al-Quran. Mungkin kita tidak berminat untuk membacanya sebab kita tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Pergi pelajari “Tools Al-Quran”, kerana ia mengandungi beberapa bab asas.

RUJUKAN:● Perubatan Al-Quran, RAWATAN KANSER, Haji Lokman Abdul

Hamid, 2019.● Al-Qurannul Karim, Al-Khoir.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.● Rasulullah is my Doctor, Jerry D Gray.● Al-Quran Pelangi, Pustaka Darul Iman.

186 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 4: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Pinky Team: Urus Setia Ma'al HijrahPeringkat Negeri Sabah 1441H

PINKY TEAMOleh: Adi Pitang

Rupanya bukan aku seorang sahaja yang berfi kirbaju Melayu warna pink ini lawakah dipakai padamalam Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat NegeriSabah ini? Maklum, warnanya agak feminin bagiseorang lelaki yang tough sepertiku, hahaha.“Mun ramai-ramai memakai baju pink ani lawa tia”,komen Timbalan Yang Di-Pertua Majlis UgamaIslam Sabah (MUIS) ketika kami berkumpuldi perkarangan masjid menunggu ketibaan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Dalamilmu Feng Shui, warna merupakan getaran yang mengalir menciptakan perasaan atau kesan psikologikepada individu yang berada di sekitarnya. Warna pink merupakan kombinasi antara warna merah(elemen api) dan putih (elemen air). Warna merah selama ini dikaitkan dengan warna yang penuh dengansemangat, romantik dan cinta sementara warna putih yang melambangkan kemurnian, kejujuran danketerbukaan. Ya... rata-rata kawan-kawan yang memakai baju pink pada malam itu sangat teruja danberbalas senyum, gembira dan ceria kerana memakai baju melayu pink, hahaha.

Majlis Perhimpunan Ma’al HIjrah Peringkat Negeri Sabah pada tahun 1441H ini telah diadakan di MasjidNegeri Sabah. Majlis sambutan Ma’al Hijrah ini dimulakan dengan program Dari Masjid ke Masjid di sekitarKota Kinabalu (iaitu tazkirah selepas solat Maghrib) yang melibatkan 9 buah masjid, program Ziarah Kariah dan program khas Hijrah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah. Program-program ini diadakah 3 hari sebelum majlis perhimpunan.

Malam itu, kehadiran orang ramai di Masjid Negeri sangat menggalakan, kebetulan mungkin cuti umumsempena Hari Kemerdekaan. Ruang solat utama dipenuhi oleh orang ramai. Majlis dimulakan dengan bacaandoa akhir dan awal tahun hijrah, bacaan surah Yaasin dan doa selamat. Pada sambutan kali ini, seramai 3 orang penerima anugerah Ma’al Hijrah iaitu Tuan Haji Muhammad Iyen Atim sebagai Tokoh Ma’al Hijrah, anugerahSaiyidatina Khadijah kepada Datin Zaleha Abdullah dan Mohd Farid Sanuri penerima anugerah Khalid IbniWalid. Di samping anugerah Masjid Kariah Cemerlang kepada Masjid Puncak Taqwa Kinarut, amugerah MasjidInstitusi kepada Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS), Surau Kariah Cemerlang kepada Surau Al-Hijrah,Platinum Apartment, Putatan, surau Institusi Cemerlang kepada Surau SK Lahad Datu 2 dan AnugerahAr-Raudhah kepada Jawatankuasa Masjid Imam Hj. Hashim Sipitang.

Dalam ucapan Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabahmengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang bertujuan memecah belahkanperpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Tuan Yang Terutama Tun juga berkatabahawa isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang dimainkan oleh pihak tertentu melalui mediasosial mempunyai niat jahat untuk meruntuhkan sebuah negara bangsa yang dibina hasil permufakatan kaumdi negara ini. Justeru, katanya, semua pihak perlu bijak menepis setiap berita sensai dan bukannya merumitkanlagi keadaan sehingga memberi masalah pada masa depan. Petualang yang cuba mengganggu-gugatkeharmonian negara pula perlu diheret ke muka pengadilan sebagai satu pengajaran kepada lain.

Tambah Tun lagi nilai keamanan sebagai asas kukuh negara tidak boleh diperjudikan oleh mana-mana pihakatas alasan kebebasan bersuara dan semua bentuk provokasi menyalakan sentimen perkauman, agama serta kebencian melalui apa juga media hendaklah segera dihentikan.

“Kita bergambar ramai-ramai… mari…” Ajak Haji Sotiimin Sarun, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran kepada kami setelah majlis selesai. “Gambar terakhir saya ne…” Sambil dia ketawa...” Saya pun…” Balasku...” Terakhirkah ne? Ehem!

ANTARA MEMBURU DAN MENGINTAIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ibnu Ishaq berkata: Ketika bertekad untuk berhijrah, Rasulullah SAW mendatangi Abu Bakar Ibn AbiQuhafah. Lalu mereka berdua keluar dari sebuah pintu di belakang rumah Abu Bakar. Kemudian merekamenuju ke sebuah gua di Tsur. Mereka masuk ke dalamnya. Abu Bakar menyuruh anaknya, Abdullahuntuk mencari maklumat tentang apa yang dikatakan orang-orang tentang mereka berdua pada waktu siang. Selanjutnya di waktu petang ia sampaikan maklumat pada hari itu kepada mereka. Di sisi lain, Abu Bakar juga menyuruh Amir Ibn Fuhayrah, pelayannya untuk menggembalakan kambing waktu siang dan membiarkannya istirahat di gua sewaktu petang. Pada waktu petang, Asma binti Abu Bakar juga datang dengan membawakan makanan untuk mereka.

Al-Hasan al-Bashri berkata: “Rasulullah SAW dan Abu Bakar sampai di gua tersebut pada malam hari.Abu Bakar masuk sebelum Rasulullah SAW. Ia melihat-lihat isi gua khuatir di dalamnya terdapat binatang buas atau ular. Ia melindungi Rasul dengan dirinya.”

Abu Bakar al-Shiddiq berkata, “Kami keluar dari gua. Kami berjalan di waktu malam. Siang dan malam kami tidak tidur hingga matahari terik. Kulayangkan pandangan untuk mencari tempat berteduh. Kulihatada sebuah batu besar. Aku segera menghampiri. Ternyata hanya sebahagian yang dapat menjaditempat berteduh. Maka, tempat itu kuratakan agar baginda dapat berbaring. “Tidurlah, wahai Rasulullah!” ujarku.

Setelah itu aku keluar untuk melihat adakah orang yang memburu baginda.

Saat berjalan, kadang Abu Bakar berada di sebelah kiri. Kadang di depan Rasulullah SAW. Juga kadangdi belakang baginda. Saat ditanya oleh baginda mengapa melakukan hal itu, ia menjawab, “WahaiRasulullah, teringat olehku bahawa engkau sedang diburu oleh mereka, maka aku pun berdiridi belakangmu agar aku yang terkena, bukan dirimu. Namun kadang aku teringat bahawa engkau juga mungkin diintai di depan kerana itu aku berdiri di depanmu agar aku yang menghadapinya terlebihdahulu.”

Mendengar hal tersebut Rasul SAW berterima kasih dan mendoakan kebaikan untuknya.

46 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 5: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Mengumpat dan memuji hendaklah pikir Di situlah banyak orang yang tergelincir

Raja Ali Haji (Gurindam Dua Belas Pasal Keempat)

Raja Ali Haji atau nama lengkapnya ialah Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji al-Syahidufi Sabilillah bin Upu Daeng Celak. Beliau ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis dan pencatatpertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawaibahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negaraIndonesia dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

Raja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmu pentadbiran.Pengetahuan agama yang mendalam diperolehnya daripada ulama-ulama setempat dan luar negara. Beliaumenjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.

Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain dan telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, iaituagama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang. Beliau turut menjadi guru agama yang mengajartatabahasa, fikah dan tasawuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yangamat penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu Kitab Bustanul-Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).

Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai ‘’pencatat sejarah Nusantara yang pertama’’ dengan bukuSalasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi sejarah Melayu.Buku Salasilah Melayu dan Bugis diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura dalam bentuk litograf. Buku inimengisahkan asal usul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke kerajaan Melayu seperti Johor,Lingga dan Riau. Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya undang-undang dan politik Islam, iaituThamarat al-Mahammah Diyafatan li al-Umara’ wa al Kubara’ li Ahl al Mahkamah (1896) dan Mukaddimah fiIntizam al-Wazaif al-Malik (1857).

Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlah melalui tulisan sejarahnya yangsering disulami syair dan puisi sehingga dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karangannya terdapat beberaparangkap puisi. Kebanyakan karya sastera Raja Ali Haji terutamanya syair, menghuraikan hal keagamaan, misalnyaSyair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk, Syair SitiSianah, dan Syair Hukum Nikah.

Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang denganSyeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasawuf beliau adalah seorang penganut tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat.

Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau dianugerahi oleh pemerintah RepublikIndonesia sebagai Pahlawan Nasional pada tahun 2004.

RAJA ALI HAJIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TANDA DAN BUKTI KEWUJUDAN ALLAH SWT MELALUI TUMBUH-TUMBUHANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya segala kejadian dan fenomena yang berlaku atas dunia dan alamsemesta ini adalah kesan daripada perlakuan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT.Kewujudan rimba tropika, hutan belantara, kehijauan fl ora khatulistiwa dan kebunyang indah menandakan wujud satu kuasa besar yang Maha Mengetahui.Hujan yang turun dari langit lalu menghidupkan bumi ini dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan ada satu perintah daripada Yang Maha Berkehendak.Keseluruhan alam ini sebenarnya telah mengikuti satu peraturan Sunnatullah. Kejadian alam ini juga yang merupakan tanda dan ayat kewujudan Maha Pencipta ini dijelaskan di dalam al-Quran yang juga merupakan ayat-ayat Allah SWT.Allah SWT menjelaskan di dalam kitabullah bahawa Dialah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman dari air hujan yangturun dari langit sehingga dapat membentuk hutan belantara, rimba tropika, alam khatulistiwa dan kebun menghijau. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Dialah (Allah) yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijauitu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkanpula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanpulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-An'aam: 99).Kewujudan hutan belantara dan kebun yang indah ini adalah kerana turunnya hujan yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan. Kehidupan alam tumbuhan ini tidak lain tidak bukan melalui air yang diciptakan oleh Allah SWT.Dijelaskan di ayat lain bahawa dengan air itulah Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di alam khatulistiwa, rimba tropika dankebun yang lebat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah, supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, dan kebun-kebun yang lebat." (An-Naba': 14 - 16).Malah air yang turun dari langit itu juga digunakan untuk bercucuk tanam dan mengembala binatang ternak yang merupakan rezekibuat manusia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dansebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia (Allah)menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (Surah An-Nahl: 10 - 11).Malah, tanah yang dulunya mati tanpa air kini dapat menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan. Tanah yang hidup dengan air hujantersebut kini pula menghidupkan buah-buahan yang bermanfaat buat manusia untuk kelestarian hidup. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan. Dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan." (Surah Al-Mu'minuun: 19 - 20).Jauh daripada itu juga, rantaian ekosistem setelah buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan hidup dengan air, maka hidup pula binatangternak kerana kewujudan makanan mereka (tumbuhan). Ini merupakan satu rahmat yang bernilai kepada manusia dan menjadi satuiktibar bagi sesiapa yang menggunakan akal fi kirannya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawasanya Kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan haiwan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?" (Surah As-Sajdah: 27).Maka jelas kepada kita, manusia yang memerlukan binatang ternak, binatang ternak pula yang memerlukan tumbuhan lalu tumbuhanpula memerlukan air hujan, lantas air hujan itu diturunkan dari langit oleh-Nya menandakan dengan jelas kewujudan Allah SWT yangMaha Berkuasa (Qudrah), Maha Berkehendak (Iradah) dan Maha Mengetahui ('Ilmun).

166 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 6: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

KELEBIHAN MEMINUM AIR ZAM-ZAM,AKAN MENJADI SEPERTI APA YANG DINIATKAN

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANMusim kepulangan jamaah haji sudah bermula, tentunya dikalangan jamaah haji itu tidak boleh mesti membawa air zam-zam sebagai ole-ole dari tanah suci untuk dihidangkan kepada sanak saudara di tanah air. Tetapi ustaz, ada orang mengatakan bahawa dengan meminum air zam-zam ia akan menjadi seperti apa yang kita niatkan. Jika diniatkan menjadi ubat, maka ia akan menjadi ubat dan jika diniatkan menghilangkan lapar maka ia menjadi pengganti makanan yakni penghilang lapar. Mohon penjelasan sewajarnya.

JAWAPANYa, memang benar sesungguhnya air zam-zam itu apabila diminum ia akan menjadi apa yang diniatkan. Jika diniatkan sebagai ubat ketika meminumnya, maka jadilah ia sebagai ubat, jika diniatkan sebagai pengganti makanan ketika lapar, maka ia akan menjadi makanan penghilang lapar. Ini adalah bersandarkan kepada sabda Nabi SAW sebagaimana berikut:

Yang bermaksud: Dari Jabir RA berkata: "telah bersabda Rasulullah SAW: Air zam-zam itu untuk sesuatu yang diminumkan baginya.” (Rujuk Al-Azkarun Nawawi hal.173).

Maka difahamkan dari hadith ini bahawa zam-zam itu akan menjadi seperti apa yang diniatkan. Oleh itu, Imam Nawawi menuliskan dalam kitab Al-Azkarnya fatwa para ulama dengan katanya:

Yang bermaksud: “Berkata para ulamak: Maka disunatkan bagi orang yang meminumnya untuk mohon pengampunan atau untuk pengubatan dari suatu penyakit dan lain seumpamanya, lalu ia berkata ketika meminumnya: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: air zam-zam itu menjadi bagi apa yang diniatkan untuknya. Atau dia membaca: Ya Allah sesungguhnya aku minum akannya hal keadaanku mohon jadikan ubat dengannya maka sembuhkanlah aku.” (Al-Azkarun Nawawi hal.173).

Jadi dengan keterangan ini jelaslah kepada kita bahawa sunat bagi orang yang hendak meminum air zam-zam itu meniatkan menurut apa yang diinginkan dan ia akan memperoleh sesuatu mengikut apa yang diniatkan, Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

SIBUK DENGAN BERITAOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Diriwayatkan dari sahabat Al-Mughirah radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Sesungguhnya aku pernah mendengar beliau selalu mengucapkan doa selesai solat, LAA ILAAHA ILLALLAAH, WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR

(Tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu).

"Beliau mengucapkannya hingga tiga kali. Dan beliau juga melarang “qiila wa qaala”, banyak bertanya, menghambur-hamburkan harta, tidak mau melaksanakan kewajipan, meminta sesuatu yang bukan haknya, menderhakai ibu, dan mengubur hidup-hidup anak perempuan.” (HR. Bukhari).

Terdapat beberapa penjelasan tentang makna “qiila wa qaala” iaitu:

Pertama, mengutip atau menyebar semua berita yang dia dengar padahal dia tidak mengetahui apakah berita itu benar atau tidak. Dan dia sendiri dapat memastikan keshahihan berita tersebut. Orang seperti ini disebut sebagai pendusta oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang itu sebagai pendusta (pembohong), ketika dia menceritakan semua (berita) yang dia dengar.” (HR. Muslim).

Sebagai contoh penjelasan pertama ini adalah sibuk dengan berita gosip atau hoax yang tidak benar. Apalagi jika berita gosip yang berkaitan dengan kehormatan ustaz, ulama, atau pemimpin (pemerintah) kaum muslimin. Tentu lebih parah sehingga bahaya yang boleh ditimbulkannya.

Kedua, seseorang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya dengan membahas dan mengutip berita yang benar tapi tidak penting. Sebagaimana yang kita temui saat ini, iaitu orang-orang yang mengisi majlis mereka dengan sibuk mencermati, mengutip dan mengomentari berita yang memang benar. Terlalu sibuk sehingga merasa harus tahu semua berita yang viral hari ini entah di media online atau media sosial, padahal berita benar itu tidak ada manfaat dan kepentingan untuk dirinya.

Sebagai contoh pengertian kedua ini adalah sibuk mencari berita tentang kehidupan artis, entah si artis kahwin, atau bercerai, atau membeli itu ini, atau sedang melancong ke suatu tempat, atau sedang ke salon, atau sedang bertengkar, atau mempamerkan kekayaan, dan seterusnya, yang tidak ada manfaatnya kita mengetahui selok-belok dan detail kehidupan mereka. Kerana itu kita sering menemui berita yang sudah terlihat bodoh dari tajuknya saja seperti, si Fulan Tidak Mahu Bercinta Lagi, si Fulan Belajar Masak Untuk Suami, Si Fulan Pertama Kali Buat Kuih Raya. Ini semua berita yang tiada kepentingan sama sekali dan amat terlihat bodoh sehingga tanpa sedar kita telah membuatkan orang- orang bodoh menjadi famous.

Jika orang awam sibuk membicarakan artis, boleh jadi kalangan penuntut ilmu (thalibul ‘ilmi) sibuk membicarakan ustaznya. Entah ustaz itu nikah lagi, entah ustaz itu beli barang baru dan khabar-khabar peribadi lainnya yang tidak ada manfaatnya kita menghabiskan waktu untuk membahas dan membicarakan kehidupan peribadi beliau dan keluarganya. Oleh kerana itu, kita tidak perlu merasa selalu ingin tahu tentang kehidupan peribadi seseorang jika tidak ada kepentinganya.

66 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 7: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas olehmusuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dansesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah merekamengetahui.”

Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang berhijrah meninggalkan kaum kerabatnya yang dicintaidan meninggalkan kampung halamannya, sehingga sebahagian dari mereka ikut ke negeri Habsyahsemata-mata mengharapkan pahala dan keredhaan Allah setelah mereka itu dianiaya pasti akan diberitempat yang baik di sisi-Nya.

Yang dimaksud dengan hijrah dalam ayat ini ialah hijrah kaum muslimin dari Mekah ke Habsyah, iaitu hijrah yang pertama dilakukan oleh kaum muslimin yang terdiri dari 83 orang. Pengertian ini disandarkan kepadapendapat yang mengatakan bahawa ayat ini adalah ayat Makiyah, lalu dikuatkan pula oleh riwayat dariAbdu bin Humaid dan Ibnu Jarir serta Ibnu Munzir dari Qatadah yang mengatakan: "Bahawa para sahabat Nabi SAW teraniaya oleh penduduk Mekah. Mereka diusir dari kampung halamannya, sehingga sebahagiandari mereka ikut ke negeri Habsyah. Sesudah itu Allah SWT memerintahkan mereka mempersiapkandiri untuk melakukan destinasi hijrah baharu ke bumi Madinah dan kemudiannya disambut baik olehpenduduknya yang beriman."

Hijrah di jalan Allah SWT merupakan proses ke arah pembentukan peribadi yang lebih baik. Dalam proses tersebut, Istiqamah menjadi fasa paling penting yang perlu dijaga ketika seseorang telah bertekad untuk berhijrah. Sudah tentu Allah SWT menjanjikan balasan kepada mereka yang sentiasa istiqamah menjaga komitmennya dalam berhijrah.

Secara terminologi, kata “Hijrah” bererti proses peralihan diri untuk menjadi individu yang lebih baikdengan meninggalkan segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Orang-orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan segala sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.” (HR. Al-Bukhari).

Ibnu Qayyim membahagikan makna hijrah kepada dua kategori, iaitu hijrah bil jasad (hijrah fi zikal) danhijrah bil qalbi (hijrah hati). Hijrah bil jasad bererti proses peralihan diri yang terlihat secara fi zikal. Sebagaicontoh seseorang berpindah dari persekitaran yang jelek menuju persekitaran yang elok. Juga termasukhijrah secara fi zikal jika seorang wanita yang sering berpakaian mendedah aurat, kemudian diamemutuskan untuk mengubah penampilan fi zikalnya dengan mengenakan hijab dan busana syarie.

Adapun hijrah bil qalbi atau hijrah hati adalah proses peralihan diri yang tidak hanya fi zikal semata-mata, tetapi sudah ke arah anjakan yang lebih ke hadapan. Seseorang yang sudah menjangkau fasa iniakan terus berusaha istiqamah memantapkan hatinya di jalan Allah SWT. Inilah intipati yang sebenarnyadari proses hijrah, lantaran begitu ramai orang yang telah berhijrah secara fi zikal, namun alpa menatahatinya untuk terus mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Kesimpulannya penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah SWT. Apabila umatIslam bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan mereka, maka pertolongan Allah SWT pasti datang.Allah SWT akan mengubah keadaan mereka dari kesesatan, kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian, dari bergantung kepada makhluk kepada pergantungan secara mutlak terhadap AllahSWT. Inilah yang dikatakan perubahan insani berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran dan as-sunnah.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAHL : 41“HIJRAH KEMBARA MENUJU FITRAH”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Islam adalah agama kesaksamaan, dan terbukti sepanjang sejarahnya, memilikiupaya untuk mengembalikan manusia kepada karomah insaniyahnya, sebagai hambaAllah SWT yang memiliki hak dan maruah. Nabi yang kita kasihi ini bersabda,“Perempuan itu saudara lelaki.” (HR Ahmad, at-Tirmizi & Abu Daud). Yakni saudarapada kemanusiaannya, pada haknya, maruahnya dan kebebasannya.

Begitulah yang diamalkan Rasulullah SAW dan para Sahabat; kemuliaan dan haklelaki dan wanita dikurniakan baginda secara saksama. Sekiranya buku-buku hadisdan sirah dikaji, kita akan dapati pelbagai fatwa-fatwa telah disimpulkan oleh paraibu kita Ummahatul Mukminin isteri-isteri baginda dan diterima serta digunapakai pula oleh sekalian sahabat yanglain. Tak kurang juga, mereka mengkritik fatwa para sahabat yang lain, sekiranya mereka mendapatinya tidak sesuaidengan ruh Islam dan dalil yang muktabar. Mereka adalah ulama wanita terawal dalam sejarah Islam.

Hanyasanya, kebelakangan ini, keterlibatan wanita dalam bidang fatwa dan kesarjanaan Islam dilihat kurang, berikutan umat kita terikut-ikut tafsiran Barat yang merendahkan darjat wanita dan menghalang mereka daripada maruah danhak mereka sebagai seorang manusia penuh. Itu bertentangan dengan ajaran Islam, sepertimana telah kitabincangkan di atas. Maka, amat perlulah usaha untuk mengkaji semula turats kita dan menampilkan contoh-contohpara ulama wanita yang diharap menjadi inspirasi bagi wanita-wanita kita umat Islam.

Misalnya, al-Hafiz Ibn ‘Asakir as-Syafi’ie (w571H) meriwayatkan hadis daripada 80 lebih orang syeikhah/guruperempuan. Fatimah al-Fihriyah (w265H) mengasaskan Universiti al-Qurawiyyin di Morocco, universiti tertua di duniadan masih berfungsi hingga sekarang, selepas hampir 1200 tahun penubuhannya. Bererti perempuan amat aktifdalam bidang keilmuan, bukan sekadar sebagai pengkaji, perawi hadis, pemberi fatwa, tapi juga sebagai penaung/patron. Hal yang wajar kita banggakan dan sebarkan kepada umat kita.

Antaranya juga ialah, Fatimah binti Abbas al-Baghdadiyah, rahimahallah (w714H), seorang alimah, pakar Fiqh Hanbali,terkenal dengan nasihat-nasihatnya yang membekas dalam jiwa para muslimah zamannya, juga salah seoranganak murid Ibn Taimiyah yang cemerlang dan dipuji gurunya itu kerana kepintarannya yang luar biasa, dan selalubertanya.

Beliau antara guru al-Quran yang telah mentasmik dan mengkhatamkan hafalan al-Quran ramai wanita, di antaranya Aisyah binti as-Siddiq isteri kepada al-Hafiz al-Mizzi as-Syafi’ie dan Zainab isteri kepada Ibn Katsir as-Syafi’ie.

Ibn Taimiyah dikatakan banyak bersiap sebelum memulakan pengajian, kerana ingin bersedia menjawab persoalan-persoalan yang bakal diajukan anak muridnya ini Fatimah. Fatimah menghafal hampir keseluruhan kitab al-MughniIbn Qudamah al-Maqdisi (buku Fiqh Perbandingan, bilangannya berbelas jilid tebal).

Beliau juga terkenal gemar menyampaikan nasihat-nasihat kepada para wanita dan juga menaiki mimbar agarsuaranya didengari ramai. Ibn Taimiyah sepertimana diriwayatkan as-Sofadi dalam buku A'yan al-Asr, tergerak untukmenegur anak muridnya ini yang naik mimbar, tetapi beliau melupakan niat itu setelah bermimpi bertemu denganRasulullah SAW dan bertanyakan mengenai hal ini dan baginda mengatakan, "Dia adalah perempuan yang solehah."

Beliau lantang membantah ajaran-ajaran yang menyimpang dan mungkar, di antaranya ialah sebahagian tarikat sufiyang menganjurkan ikhtilat/percampuran bebas antara lelaki dan perempuan.

Pada tahun-tahun terakhirnya, beliau berpindah ke Mesir, melaksanakan tugas dakwah di salah sebuah rumahperlindungan di situ, wafat di sana dan dikebumikan di az-Zahir, Mesir.

Semoga Allah SWT merahmatinya dan membalasnya sebaik-baik balasan, begitu juga ulama-ulama wanita kita,sepertimana yang layak bagi Allah SWT yang Penyayang. Amin.

ULAMA WANITA YANG DICINTAI UMATOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

146 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 8: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

PENGGAYAAN RAMBUT BAGI KAUM WANITAOleh:

Aisyah binti Muhammad SayutiAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Dalam agama Islam yang mulia ini, kita telah didedahkan mengenai syariah yang wajib untuk kita patuhi. Salahsatu daripadanya ialah dari segi konsep penggayaan rambut bagi kaum wanita. Kaum wanita adalah diharamkanuntuk memotong rambutnya sehingga pangkal rambut yang dapat dilihat seakan-akan menyerupai kaum lelakitanpa sebarang keperluan baginya untuk melakukan hal demikian. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Baginda SAW melaknat kaum yang menyerupai kaum lain:

Ertinya: Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Daripada hadis di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawa Islam sangat mengangkat martabat wanita dalam mengekalkan kecantikan semulajadi. Wanita terkenal dengan simbol cantik, bersih dan indah budi pekertinyaJika wanita mula berniat untuk mengubah paras wajahnya, sebagai contoh rambutnya, pada masa yang samaniatnya ini akan membawa kepada perubahan perangai dan keseluruhan penampilannya. Bukan sahaja inijelas dilihat pada tatapan sendiri, bahkan ianya akan menimbulkan tanggapan buruk pada masyarakat sehingga wujudnya istilah seperti ‘pengkid’ atau ‘tomboy’.

Akan tetapi, sekiranya seseorang wanita tersebut ditimpa keuzuran ataupun keperluan yang mendesak untukmemendekkan rambut, maka hukumnya adalah harus. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman RA. berkata:

Ertinya: “Para isteri Nabi SAW menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’(iaitu rambut yang tidak melebihi telinga).”

Maka jelaslah disini agama Islam itu mudah dan tidak menyukarkan bagi para wanita dalam memendekkanrambut mereka sekiranya mereka sakit atau berkeperluan. Sebagai contoh, wanita yang berjuang dalam penyakit kanser selalunya akan menjalani rawatan kimoterapi yang memberi kesan seperti keguguran bulu dan rambut.Selain itu, wanita yang mengalami kegatalan rambut akibat serangga juga dibolehkan untuk memotong rambutmereka sehingga di paras yang dikehendaki. Demikian juga bagi wanita yang mengalami kekangan wangsehingga tidak mampu untuk menguruskan kebersihan rambut mereka.

Kesimpulannya, Allah SWT mencipta manusia sebaik-baik kejadian seperti yang difi rmankan oleh Allah SWTdalam Surah At-Tin ayat 4 iaitu:

Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (danberkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Justeru, para wanita adalah sebaiknya menjaga hukum yang diperintahkan oleh Allah SWT kerana terdapathikmah di sebalik setiap yang ditetapkan oleh-Nya. Manusia, lelaki mahupun wanita, diciptakan dengankeistimewaan dan kelebihan tersendiri. Penjagaan aurat dan penampilan yang diredhai oleh-Nya adalah pentingdi samping menyemai nilai-nilai ketaqwaan dalam diri masing-masing.RUJUKAN:● Melalui fatwa-fatwa Mufti of Federal Territory: (https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi -li-al-fatawi/1333-al-kafi -267-hukum-memotong-

rambut-pendek-bagi-wanita).

SEGALA PERBUATAN BAIK ADALAH SEDEKAHOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap senditubuh badan manusia padanya ada sedekah, setiap hari apabila terbit matahari laluengkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang bertelingkah) adalah sedekah, engkaumenolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkauberjalan menuju ke masjid untuk solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan (sesuatu bahaya) di jalanrayaadalah sedekah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan konsep sedekah dengan luas yang bukan terbatas kepada pemberiaan semata-mata, tetapi ia merangkumi dalam semua aspek kebaikan. Hal ini, perlu digunakan sepenuhnya agar setiapyang terbit daripada anggota jasad kita akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit akan mendapat pahala sedekah. Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan. Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

PENGAJARAN HADIS1. Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.

2. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana telah memberi pelbagai nikmatkepada kita seperti nikmat kesempurnaan ciptaan anggota badan, nikmat kesihatan, nikmat udara dan sebagainya.

3. Rasa kesyukuran yang kita panjatkan kepada Allah SWT akan menambahkan lagi pemberian nikmat dari-Nya dan menjadikan nikmat tersebut berkekalan.

4. Maksud bersyukur kepada Allah SWT adalah dengan melaksanakan segala perintah-Nya yang wajib danmeninggalkan segala yang dilarang-Nya.

5. Dengan memuji Allah SWT atas nikmat-nikmat-Nya yang telah diberikan adalah satu bentuk kesyukuran.

6. Keikhlasan niat semata-mata kerana Allah SWT dalam setiap amalan kebajikan yang dikerjakan adalahmerupakan syarat pemberian pahala dan ganjaran dari Allah SWT.

7. Bersedekahlah kepada orang lain, bukan sahaja dalam bentuk harta benda, malah memberi senyuman, mendamaikandua orang yang berkelahi, membawa beban orang lain atau sekadar berjalan ke masjid untuk solat yangmerupakan sedekah untuk diri sendiri.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

86 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 9: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

ANTARA QUDRAT DAN IRADAT ALLAH SWT(BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Dalam perbahasan Ilmu Kalam, terdapat dua pandangan mengenai kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Pertama, golongan yang menyatakan bahawa kekuasaan dan kehendak Allah SWT pada hakikatnya tidak lagi bersifat mutlak semutlak-mutlaknya, kerana ada batasan di antaranya oleh faktor nature atau sunnah Allah SWT yang tidak mengalami perubahan. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran: yang bermaksud: “Tidak akan sesekali engkau temui perubahan pada Sunnah Allah.” (Surah Al-Ahzab, ayat 62).

Pandangan kedua ialah golongan yang berpandangan bahawa kekuasaan dan kehendak Allah SWT bersifat mutlak dan tidak terbatas oleh apa pun. Semua yang terjadi di dunia ini telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak zaman azali lagi. Maka, dengan kekuasaan dan kehendak mutlak-Nya, Allah SWT bersifat mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya. Allah SWT adalah Maha Pemilik (al-malik) yang bersifat mutlak dan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya di dalam kerajaan-Nya dan tidak seorangpun yang dapat mencela perbuatan-Nya. (al-Ash’ari, Maqalat al-Islamiyin).

Golongan yang menyatakan manusia mempunyai daya yang besar, bebas serta mengakui ketidakmutlakan kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah kaum Qadariyyah, iaitu aliran yang mengakui adanya “free will” dan "free act" bagi manusia. Ada pun aliran yang tidak mengakui wujudnya kebebasan manusia dalam perbuatan dan kehendak dikenali dengan nama Jabariyyah.

Kaum Muktazilah merupakan salah satu contoh dari golongan pertama. Mereka memahami bahawa perbuatan manusia tidak diciptakan oleh Allah SWT, tetapi manusia sendiri yang menciptakannya. Pemberian kebebasan kepada manusia membataskan kehendak dan kekuasaan mutlak Allah SWT itu sendiri. (Abd al-Jabbar, Sharh al-usul al-khamsah).

Justeru, berdasarkan kepada kebebasannya, maka manusia bebas dalam menentukan untung nasibnya sendiri. Kebebasan itu membawa tanggungjawab yang dipikul sendiri. Dengan kata lain, segala perbuatan manusia, sama ada yang mendatangkan pahala atau pun yang mendatangkan dosa, ianya merupakan tanggungjawab manusia itu sendiri. Pernyataan ini mereka sandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Mudaththir ayat 38: yang maksudnya “Tiap-tiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah diperbuatnya.” Begitu juga dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang berbuat kejahatan maka dosanya untuk dirinya sendiri.” (Surah Fussilat, Ayat 46).

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari di dalam kitab al-Ibanah, kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah mutlak. Beliau mengatakan bahawa Allah SWT tidak tunduk kepada sesiapapun dan di atas Allah SWT tidak ada sesuatu zat lain yang dapat membuat sebarang hukum dan dapat menentukan apa yang boleh dibuat dan apa pula yang tidak boleh dibuat Allah SWT. Allah bersifat mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya sebagaimana Allah SWT tidak mempunyai kewajipan apa-apa terhadap makhluk-Nya. Sehubungan dengan itu, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menyatakan bahawa Allah SWT tidak wajib memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam syurga atau memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam neraka. Bahkan, Allah SWT boleh memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam neraka dan memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam syurga menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan kekuasaan-Nya yang mutlak. Namun demikian, mengikut Imam Abu Hassan al-Ash’ari, Allah SWT tidak akan berbuat seperti itu, sebab Allah SWT telah mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa Ia akan menyeksa orang-orang kafir dan Allah SWT tidak berdusta terhadap khabar berita-Nya itu. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

ULAMA DAN UMARAOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ulama sebagai golongan pewaris nabi adalah model atau contoh kepada masyarakatnya. Lumrahnya mereka tampil di barisan hadapan dalam melaksanakan tugas dakwah iaitu menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Ulama juga bertanggungjawab menyatukan ummah atas dasar iman dan takwa. Ulama terlibat dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan akhlak terpuji, menjadi penggerak kepada pembangunan manusia dan menjadi pemangkin kepada pembentukan tamadun rabbani.

Ulama juga berperanan dalam aspek pendidikan serta pembangunan masyarakat. Di samping menjadi pengembang dan penyampai ilmu, para ulama juga adalah sebagai model dalam penghayatan terhadap ilmu. Di dalam konteks pembangunan masyarakat pula, para ulama harus memahami dan mengolah setiap ilmu yang berkaitan dengan perkembangan masyarakat semasa seperti dalam bidang perundangan, ekonomi, politik, kemasyarakatan, sains dan apa sahaja yang berkait rapat dengan konteks pembangunan masyarakat.

Peranan Ulama yang seterusnya pula adalah membina generasi muslim yang sejati. Para ulama mestilah berusaha melakukan pembaikan (islah) ke arah memurnikan pemikiran umat Islam agar dapat menerima Islam sebagai satu sistem hidup yang paling sempurna mencakupi segenap aspek kehidupan. Untuk merealisasikan Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, umat Islam perlu dibimbing agar generasi Muslim yang sejati dapat diwujudkan.

Ulama juga adalah sebagai tempat rujukan masyarakat. Para ulama memainkan peranan penting sebagai rujukan kepada masyarakat terutama dalam bidang keilmuan. Selain itu, ulama juga berperanan untuk menjadi rujukan dalam pelbagai masalah terutamanya dalam soal perpaduan dan perhubungan masyarakat.

Hubungan Umara atau pihak penguasa dengan ulama atau intelektual keagamaan di alam melayu telah berlaku dengan harmoni, iaitu golongan ulama sebagai pemegang kekuasaan dalam soal hukum hakam, manakala sultan atau penguasa sebagai pemegang kekuasaan politik atau pemerintahan.

Sejarah pemerintahan atau kesultanan di alam melayu banyak memperlihatkan perhubungan ulama dan umara. Sebagai contoh, semasa pemerintahan kerajaan Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607M - 1636M) ulama-ulama seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin al-Raniri dan Ibrahim al-Syami turut berperanan bersama umara.

Karya kesusasteraan yang terkenal seperti Bustanus Salatin (Taman Para Sultan) hasil karya Syaikh Nuruddin Ar-Raniry dan karya lain seperti Tajus Salatin (1603), Sulalatus Salatin (1612) dan lain-lain membuktikan bahawa para ulama banyak memainkan peranan dalam perihal kenegaraan dan membantu umara dalam pemerintahan negara.

Di dalam sejarah kesultanan Terengganu Kitab At-Tibrul Masbuk fi Nashihatil Muluk menjadi sahibul kitab Sultan. Kitab itu memberikan nasihat; seorang pemimpin haruslah bermoral tinggi, berakhlak mulia, dan tidak berbuat zalim kepada rakyatnya.

Nilai dan ajaran mendasar tentang kepemimpinan banyak diambil dari akhlak mulia yang banyak dikaji dari al-Quran, sunah Rasulullah SAW dan juga kajian falsafah tentang akhlak dari berbagai sumber. Dari sunah Rasulullah SAW, misalkan, ada sifat-sifat mulia; seperti kejujuran, menyampaikan apa adanya, amanah dan cerdas. Pemimpin tentu harus memiliki sifat-sifat tersebut.

Pemimpin akan menjadi beradab kerana ilmu. Makin tinggi ilmu pemimpin maka makin beradablah dia. Ilmu adalah cahaya Ilahi yang disebarkan melalui ulama. Ilmu diserap oleh hati dan membentuk perangai serta pemikiran.

Nasihat pertama al-Ghazali terkait kepemimpinan adalah harus selalu berpedoman kepada Allah SWT, baru setelah itu bermuamalah kepada manusia. Terkait dengan yang pertama, al-Ghazali berpendapat, pemimpin harus melindungi agama dari aliran sesat dan penyimpangan agama.

Begitu juga karya Raja Haji Riau-Lingga dalam Samarat al-Muhimmah tentang wasiat menjauhi diri daripada ulama jahat, ulama jahil dan ulama oportunis.

126 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 10: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah serta

Ketua Menteri Sabah kepada mangsa kebakaran di Kg. Tanjung Batu Otentik Tawaupada 2 September 2019 di Masjid Al-Mukarrammah, Kg. Tanjung Batu Keramat, Tawau

Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah serta Tahlil seterusnya Sambutan Ma'al HijrahPeringkat Negeri Sabah dan Penyampaian Tokoh-Tokoh serta Anugerah Ma'al Hijrah yang disempurnakan

oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin,Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 31 Ogos 2019 bersamaan Awal 1 Muharam 1441H

di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, Kota Kinabalu

Peristiwa

106 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 11: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah serta

Ketua Menteri Sabah kepada mangsa kebakaran di Kg. Tanjung Batu Otentik Tawaupada 2 September 2019 di Masjid Al-Mukarrammah, Kg. Tanjung Batu Keramat, Tawau

Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah serta Tahlil seterusnya Sambutan Ma'al HijrahPeringkat Negeri Sabah dan Penyampaian Tokoh-Tokoh serta Anugerah Ma'al Hijrah yang disempurnakan

oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin,Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 31 Ogos 2019 bersamaan Awal 1 Muharam 1441H

di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, Kota Kinabalu

Peristiwa

106 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 11

Peristiwa

Page 12: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

ANTARA QUDRAT DAN IRADAT ALLAH SWT(BAHAGIAN 1)

Oleh:Abdu Khalil bin Hassan

Dalam perbahasan Ilmu Kalam, terdapat dua pandangan mengenai kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Pertama, golongan yang menyatakan bahawa kekuasaan dan kehendak Allah SWT pada hakikatnya tidak lagi bersifat mutlak semutlak-mutlaknya, kerana ada batasan di antaranya oleh faktor nature atau sunnah Allah SWT yang tidak mengalami perubahan. Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran: yang bermaksud: “Tidak akan sesekali engkau temui perubahan pada Sunnah Allah.” (Surah Al-Ahzab, ayat 62).

Pandangan kedua ialah golongan yang berpandangan bahawa kekuasaan dan kehendak Allah SWT bersifat mutlak dan tidak terbatas oleh apa pun. Semua yang terjadi di dunia ini telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak zaman azali lagi. Maka, dengan kekuasaan dan kehendak mutlak-Nya, Allah SWT bersifat mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya. Allah SWT adalah Maha Pemilik (al-malik) yang bersifat mutlak dan berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya di dalam kerajaan-Nya dan tidak seorangpun yang dapat mencela perbuatan-Nya. (al-Ash’ari, Maqalat al-Islamiyin).

Golongan yang menyatakan manusia mempunyai daya yang besar, bebas serta mengakui ketidakmutlakan kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah kaum Qadariyyah, iaitu aliran yang mengakui adanya “free will” dan "free act" bagi manusia. Ada pun aliran yang tidak mengakui wujudnya kebebasan manusia dalam perbuatan dan kehendak dikenali dengan nama Jabariyyah.

Kaum Muktazilah merupakan salah satu contoh dari golongan pertama. Mereka memahami bahawa perbuatan manusia tidak diciptakan oleh Allah SWT, tetapi manusia sendiri yang menciptakannya. Pemberian kebebasan kepada manusia membataskan kehendak dan kekuasaan mutlak Allah SWT itu sendiri. (Abd al-Jabbar, Sharh al-usul al-khamsah).

Justeru, berdasarkan kepada kebebasannya, maka manusia bebas dalam menentukan untung nasibnya sendiri. Kebebasan itu membawa tanggungjawab yang dipikul sendiri. Dengan kata lain, segala perbuatan manusia, sama ada yang mendatangkan pahala atau pun yang mendatangkan dosa, ianya merupakan tanggungjawab manusia itu sendiri. Pernyataan ini mereka sandarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Mudaththir ayat 38: yang maksudnya “Tiap-tiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah diperbuatnya.” Begitu juga dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Barang siapa mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang berbuat kejahatan maka dosanya untuk dirinya sendiri.” (Surah Fussilat, Ayat 46).

Menurut Imam Abu Hassan al-Ash’ari di dalam kitab al-Ibanah, kekuasaan dan kehendak Allah SWT adalah mutlak. Beliau mengatakan bahawa Allah SWT tidak tunduk kepada sesiapapun dan di atas Allah SWT tidak ada sesuatu zat lain yang dapat membuat sebarang hukum dan dapat menentukan apa yang boleh dibuat dan apa pula yang tidak boleh dibuat Allah SWT. Allah bersifat mutlak dalam kehendak dan kekuasaan-Nya sebagaimana Allah SWT tidak mempunyai kewajipan apa-apa terhadap makhluk-Nya. Sehubungan dengan itu, Imam Abu Hassan al-Ash’ari menyatakan bahawa Allah SWT tidak wajib memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam syurga atau memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam neraka. Bahkan, Allah SWT boleh memasukkan orang yang berbuat baik ke dalam neraka dan memasukkan orang yang berbuat jahat ke dalam syurga menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan kekuasaan-Nya yang mutlak. Namun demikian, mengikut Imam Abu Hassan al-Ash’ari, Allah SWT tidak akan berbuat seperti itu, sebab Allah SWT telah mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa Ia akan menyeksa orang-orang kafir dan Allah SWT tidak berdusta terhadap khabar berita-Nya itu. (al-Ash’ari-, al-Luma’).

ULAMA DAN UMARAOleh:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ulama sebagai golongan pewaris nabi adalah model atau contoh kepada masyarakatnya. Lumrahnya mereka tampil di barisan hadapan dalam melaksanakan tugas dakwah iaitu menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Ulama juga bertanggungjawab menyatukan ummah atas dasar iman dan takwa. Ulama terlibat dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan akhlak terpuji, menjadi penggerak kepada pembangunan manusia dan menjadi pemangkin kepada pembentukan tamadun rabbani.

Ulama juga berperanan dalam aspek pendidikan serta pembangunan masyarakat. Di samping menjadi pengembang dan penyampai ilmu, para ulama juga adalah sebagai model dalam penghayatan terhadap ilmu. Di dalam konteks pembangunan masyarakat pula, para ulama harus memahami dan mengolah setiap ilmu yang berkaitan dengan perkembangan masyarakat semasa seperti dalam bidang perundangan, ekonomi, politik, kemasyarakatan, sains dan apa sahaja yang berkait rapat dengan konteks pembangunan masyarakat.

Peranan Ulama yang seterusnya pula adalah membina generasi muslim yang sejati. Para ulama mestilah berusaha melakukan pembaikan (islah) ke arah memurnikan pemikiran umat Islam agar dapat menerima Islam sebagai satu sistem hidup yang paling sempurna mencakupi segenap aspek kehidupan. Untuk merealisasikan Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, umat Islam perlu dibimbing agar generasi Muslim yang sejati dapat diwujudkan.

Ulama juga adalah sebagai tempat rujukan masyarakat. Para ulama memainkan peranan penting sebagai rujukan kepada masyarakat terutama dalam bidang keilmuan. Selain itu, ulama juga berperanan untuk menjadi rujukan dalam pelbagai masalah terutamanya dalam soal perpaduan dan perhubungan masyarakat.

Hubungan Umara atau pihak penguasa dengan ulama atau intelektual keagamaan di alam melayu telah berlaku dengan harmoni, iaitu golongan ulama sebagai pemegang kekuasaan dalam soal hukum hakam, manakala sultan atau penguasa sebagai pemegang kekuasaan politik atau pemerintahan.

Sejarah pemerintahan atau kesultanan di alam melayu banyak memperlihatkan perhubungan ulama dan umara. Sebagai contoh, semasa pemerintahan kerajaan Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607M - 1636M) ulama-ulama seperti Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel, Nuruddin al-Raniri dan Ibrahim al-Syami turut berperanan bersama umara.

Karya kesusasteraan yang terkenal seperti Bustanus Salatin (Taman Para Sultan) hasil karya Syaikh Nuruddin Ar-Raniry dan karya lain seperti Tajus Salatin (1603), Sulalatus Salatin (1612) dan lain-lain membuktikan bahawa para ulama banyak memainkan peranan dalam perihal kenegaraan dan membantu umara dalam pemerintahan negara.

Di dalam sejarah kesultanan Terengganu Kitab At-Tibrul Masbuk fi Nashihatil Muluk menjadi sahibul kitab Sultan. Kitab itu memberikan nasihat; seorang pemimpin haruslah bermoral tinggi, berakhlak mulia, dan tidak berbuat zalim kepada rakyatnya.

Nilai dan ajaran mendasar tentang kepemimpinan banyak diambil dari akhlak mulia yang banyak dikaji dari al-Quran, sunah Rasulullah SAW dan juga kajian falsafah tentang akhlak dari berbagai sumber. Dari sunah Rasulullah SAW, misalkan, ada sifat-sifat mulia; seperti kejujuran, menyampaikan apa adanya, amanah dan cerdas. Pemimpin tentu harus memiliki sifat-sifat tersebut.

Pemimpin akan menjadi beradab kerana ilmu. Makin tinggi ilmu pemimpin maka makin beradablah dia. Ilmu adalah cahaya Ilahi yang disebarkan melalui ulama. Ilmu diserap oleh hati dan membentuk perangai serta pemikiran.

Nasihat pertama al-Ghazali terkait kepemimpinan adalah harus selalu berpedoman kepada Allah SWT, baru setelah itu bermuamalah kepada manusia. Terkait dengan yang pertama, al-Ghazali berpendapat, pemimpin harus melindungi agama dari aliran sesat dan penyimpangan agama.

Begitu juga karya Raja Haji Riau-Lingga dalam Samarat al-Muhimmah tentang wasiat menjauhi diri daripada ulama jahat, ulama jahil dan ulama oportunis.

126 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 9

Akidah Artikel Pilihan

Page 13: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

PENGGAYAAN RAMBUT BAGI KAUM WANITAOleh:

Aisyah binti Muhammad SayutiAkademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Samarahan II

Dalam agama Islam yang mulia ini, kita telah didedahkan mengenai syariah yang wajib untuk kita patuhi. Salahsatu daripadanya ialah dari segi konsep penggayaan rambut bagi kaum wanita. Kaum wanita adalah diharamkanuntuk memotong rambutnya sehingga pangkal rambut yang dapat dilihat seakan-akan menyerupai kaum lelakitanpa sebarang keperluan baginya untuk melakukan hal demikian. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Baginda SAW melaknat kaum yang menyerupai kaum lain:

Ertinya: Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Daripada hadis di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawa Islam sangat mengangkat martabat wanita dalam mengekalkan kecantikan semulajadi. Wanita terkenal dengan simbol cantik, bersih dan indah budi pekertinyaJika wanita mula berniat untuk mengubah paras wajahnya, sebagai contoh rambutnya, pada masa yang samaniatnya ini akan membawa kepada perubahan perangai dan keseluruhan penampilannya. Bukan sahaja inijelas dilihat pada tatapan sendiri, bahkan ianya akan menimbulkan tanggapan buruk pada masyarakat sehingga wujudnya istilah seperti ‘pengkid’ atau ‘tomboy’.

Akan tetapi, sekiranya seseorang wanita tersebut ditimpa keuzuran ataupun keperluan yang mendesak untukmemendekkan rambut, maka hukumnya adalah harus. Hal ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa Abu Salamah bin Abdurrahman RA. berkata:

Ertinya: “Para isteri Nabi SAW menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’(iaitu rambut yang tidak melebihi telinga).”

Maka jelaslah disini agama Islam itu mudah dan tidak menyukarkan bagi para wanita dalam memendekkanrambut mereka sekiranya mereka sakit atau berkeperluan. Sebagai contoh, wanita yang berjuang dalam penyakit kanser selalunya akan menjalani rawatan kimoterapi yang memberi kesan seperti keguguran bulu dan rambut.Selain itu, wanita yang mengalami kegatalan rambut akibat serangga juga dibolehkan untuk memotong rambutmereka sehingga di paras yang dikehendaki. Demikian juga bagi wanita yang mengalami kekangan wangsehingga tidak mampu untuk menguruskan kebersihan rambut mereka.

Kesimpulannya, Allah SWT mencipta manusia sebaik-baik kejadian seperti yang difi rmankan oleh Allah SWTdalam Surah At-Tin ayat 4 iaitu:

Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (danberkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Justeru, para wanita adalah sebaiknya menjaga hukum yang diperintahkan oleh Allah SWT kerana terdapathikmah di sebalik setiap yang ditetapkan oleh-Nya. Manusia, lelaki mahupun wanita, diciptakan dengankeistimewaan dan kelebihan tersendiri. Penjagaan aurat dan penampilan yang diredhai oleh-Nya adalah pentingdi samping menyemai nilai-nilai ketaqwaan dalam diri masing-masing.RUJUKAN:● Melalui fatwa-fatwa Mufti of Federal Territory: (https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi -li-al-fatawi/1333-al-kafi -267-hukum-memotong-

rambut-pendek-bagi-wanita).

SEGALA PERBUATAN BAIK ADALAH SEDEKAHOleh:

Ustaz Mohd Azlan bin Haji Bakri Pensyarah Institut Tahfi z Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)

MAKSUD HADISDaripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Setiap senditubuh badan manusia padanya ada sedekah, setiap hari apabila terbit matahari laluengkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang bertelingkah) adalah sedekah, engkaumenolong seseorang yang berkenderaan lalu engkau bantu dia untuk naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkauberjalan menuju ke masjid untuk solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan (sesuatu bahaya) di jalanrayaadalah sedekah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

HURAIAN HADISHadis ini menerangkan kepada kita berkenaan konsep sedekah dengan luas yang bukan terbatas kepada pemberiaan semata-mata, tetapi ia merangkumi dalam semua aspek kebaikan. Hal ini, perlu digunakan sepenuhnya agar setiapyang terbit daripada anggota jasad kita akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit akan mendapat pahala sedekah. Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan. Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

PENGAJARAN HADIS1. Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.

2. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu sentiasa bersyukur kepada-Nya kerana telah memberi pelbagai nikmatkepada kita seperti nikmat kesempurnaan ciptaan anggota badan, nikmat kesihatan, nikmat udara dan sebagainya.

3. Rasa kesyukuran yang kita panjatkan kepada Allah SWT akan menambahkan lagi pemberian nikmat dari-Nya dan menjadikan nikmat tersebut berkekalan.

4. Maksud bersyukur kepada Allah SWT adalah dengan melaksanakan segala perintah-Nya yang wajib danmeninggalkan segala yang dilarang-Nya.

5. Dengan memuji Allah SWT atas nikmat-nikmat-Nya yang telah diberikan adalah satu bentuk kesyukuran.

6. Keikhlasan niat semata-mata kerana Allah SWT dalam setiap amalan kebajikan yang dikerjakan adalahmerupakan syarat pemberian pahala dan ganjaran dari Allah SWT.

7. Bersedekahlah kepada orang lain, bukan sahaja dalam bentuk harta benda, malah memberi senyuman, mendamaikandua orang yang berkelahi, membawa beban orang lain atau sekadar berjalan ke masjid untuk solat yangmerupakan sedekah untuk diri sendiri.

RUJUKAN:● Al-Kafi Syarah 40 Hadis, Dr Zulkifl i Mohammad Al-Bakri, Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd, Cetakan Pertama, 2016.● Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi, Dr Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto, Al-Hidayah Publication, 2016.

86 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 13

Sentuhan HadisFiqh Wanita

Page 14: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas olehmusuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dansesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah merekamengetahui.”

Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang berhijrah meninggalkan kaum kerabatnya yang dicintaidan meninggalkan kampung halamannya, sehingga sebahagian dari mereka ikut ke negeri Habsyahsemata-mata mengharapkan pahala dan keredhaan Allah setelah mereka itu dianiaya pasti akan diberitempat yang baik di sisi-Nya.

Yang dimaksud dengan hijrah dalam ayat ini ialah hijrah kaum muslimin dari Mekah ke Habsyah, iaitu hijrah yang pertama dilakukan oleh kaum muslimin yang terdiri dari 83 orang. Pengertian ini disandarkan kepadapendapat yang mengatakan bahawa ayat ini adalah ayat Makiyah, lalu dikuatkan pula oleh riwayat dariAbdu bin Humaid dan Ibnu Jarir serta Ibnu Munzir dari Qatadah yang mengatakan: "Bahawa para sahabat Nabi SAW teraniaya oleh penduduk Mekah. Mereka diusir dari kampung halamannya, sehingga sebahagiandari mereka ikut ke negeri Habsyah. Sesudah itu Allah SWT memerintahkan mereka mempersiapkandiri untuk melakukan destinasi hijrah baharu ke bumi Madinah dan kemudiannya disambut baik olehpenduduknya yang beriman."

Hijrah di jalan Allah SWT merupakan proses ke arah pembentukan peribadi yang lebih baik. Dalam proses tersebut, Istiqamah menjadi fasa paling penting yang perlu dijaga ketika seseorang telah bertekad untuk berhijrah. Sudah tentu Allah SWT menjanjikan balasan kepada mereka yang sentiasa istiqamah menjaga komitmennya dalam berhijrah.

Secara terminologi, kata “Hijrah” bererti proses peralihan diri untuk menjadi individu yang lebih baikdengan meninggalkan segala sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Orang-orang yang berhijrah adalah mereka yang meninggalkan segala sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.” (HR. Al-Bukhari).

Ibnu Qayyim membahagikan makna hijrah kepada dua kategori, iaitu hijrah bil jasad (hijrah fi zikal) danhijrah bil qalbi (hijrah hati). Hijrah bil jasad bererti proses peralihan diri yang terlihat secara fi zikal. Sebagaicontoh seseorang berpindah dari persekitaran yang jelek menuju persekitaran yang elok. Juga termasukhijrah secara fi zikal jika seorang wanita yang sering berpakaian mendedah aurat, kemudian diamemutuskan untuk mengubah penampilan fi zikalnya dengan mengenakan hijab dan busana syarie.

Adapun hijrah bil qalbi atau hijrah hati adalah proses peralihan diri yang tidak hanya fi zikal semata-mata, tetapi sudah ke arah anjakan yang lebih ke hadapan. Seseorang yang sudah menjangkau fasa iniakan terus berusaha istiqamah memantapkan hatinya di jalan Allah SWT. Inilah intipati yang sebenarnyadari proses hijrah, lantaran begitu ramai orang yang telah berhijrah secara fi zikal, namun alpa menatahatinya untuk terus mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Kesimpulannya penghijrahan merupakan satu ikhtiar dan penyerahan kepada Allah SWT. Apabila umatIslam bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan mereka, maka pertolongan Allah SWT pasti datang.Allah SWT akan mengubah keadaan mereka dari kesesatan, kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian, dari bergantung kepada makhluk kepada pergantungan secara mutlak terhadap AllahSWT. Inilah yang dikatakan perubahan insani berasaskan disiplin agama yang berpandukan al-Quran dan as-sunnah.

AYAT AL-QURAN SURAH AN-NAHL : 41“HIJRAH KEMBARA MENUJU FITRAH”

Oleh:Awang Juri bin Ag. Tahir @ AJAT

Islam adalah agama kesaksamaan, dan terbukti sepanjang sejarahnya, memilikiupaya untuk mengembalikan manusia kepada karomah insaniyahnya, sebagai hambaAllah SWT yang memiliki hak dan maruah. Nabi yang kita kasihi ini bersabda,“Perempuan itu saudara lelaki.” (HR Ahmad, at-Tirmizi & Abu Daud). Yakni saudarapada kemanusiaannya, pada haknya, maruahnya dan kebebasannya.

Begitulah yang diamalkan Rasulullah SAW dan para Sahabat; kemuliaan dan haklelaki dan wanita dikurniakan baginda secara saksama. Sekiranya buku-buku hadisdan sirah dikaji, kita akan dapati pelbagai fatwa-fatwa telah disimpulkan oleh paraibu kita Ummahatul Mukminin isteri-isteri baginda dan diterima serta digunapakai pula oleh sekalian sahabat yanglain. Tak kurang juga, mereka mengkritik fatwa para sahabat yang lain, sekiranya mereka mendapatinya tidak sesuaidengan ruh Islam dan dalil yang muktabar. Mereka adalah ulama wanita terawal dalam sejarah Islam.

Hanyasanya, kebelakangan ini, keterlibatan wanita dalam bidang fatwa dan kesarjanaan Islam dilihat kurang, berikutan umat kita terikut-ikut tafsiran Barat yang merendahkan darjat wanita dan menghalang mereka daripada maruah danhak mereka sebagai seorang manusia penuh. Itu bertentangan dengan ajaran Islam, sepertimana telah kitabincangkan di atas. Maka, amat perlulah usaha untuk mengkaji semula turats kita dan menampilkan contoh-contohpara ulama wanita yang diharap menjadi inspirasi bagi wanita-wanita kita umat Islam.

Misalnya, al-Hafiz Ibn ‘Asakir as-Syafi’ie (w571H) meriwayatkan hadis daripada 80 lebih orang syeikhah/guruperempuan. Fatimah al-Fihriyah (w265H) mengasaskan Universiti al-Qurawiyyin di Morocco, universiti tertua di duniadan masih berfungsi hingga sekarang, selepas hampir 1200 tahun penubuhannya. Bererti perempuan amat aktifdalam bidang keilmuan, bukan sekadar sebagai pengkaji, perawi hadis, pemberi fatwa, tapi juga sebagai penaung/patron. Hal yang wajar kita banggakan dan sebarkan kepada umat kita.

Antaranya juga ialah, Fatimah binti Abbas al-Baghdadiyah, rahimahallah (w714H), seorang alimah, pakar Fiqh Hanbali,terkenal dengan nasihat-nasihatnya yang membekas dalam jiwa para muslimah zamannya, juga salah seoranganak murid Ibn Taimiyah yang cemerlang dan dipuji gurunya itu kerana kepintarannya yang luar biasa, dan selalubertanya.

Beliau antara guru al-Quran yang telah mentasmik dan mengkhatamkan hafalan al-Quran ramai wanita, di antaranya Aisyah binti as-Siddiq isteri kepada al-Hafiz al-Mizzi as-Syafi’ie dan Zainab isteri kepada Ibn Katsir as-Syafi’ie.

Ibn Taimiyah dikatakan banyak bersiap sebelum memulakan pengajian, kerana ingin bersedia menjawab persoalan-persoalan yang bakal diajukan anak muridnya ini Fatimah. Fatimah menghafal hampir keseluruhan kitab al-MughniIbn Qudamah al-Maqdisi (buku Fiqh Perbandingan, bilangannya berbelas jilid tebal).

Beliau juga terkenal gemar menyampaikan nasihat-nasihat kepada para wanita dan juga menaiki mimbar agarsuaranya didengari ramai. Ibn Taimiyah sepertimana diriwayatkan as-Sofadi dalam buku A'yan al-Asr, tergerak untukmenegur anak muridnya ini yang naik mimbar, tetapi beliau melupakan niat itu setelah bermimpi bertemu denganRasulullah SAW dan bertanyakan mengenai hal ini dan baginda mengatakan, "Dia adalah perempuan yang solehah."

Beliau lantang membantah ajaran-ajaran yang menyimpang dan mungkar, di antaranya ialah sebahagian tarikat sufiyang menganjurkan ikhtilat/percampuran bebas antara lelaki dan perempuan.

Pada tahun-tahun terakhirnya, beliau berpindah ke Mesir, melaksanakan tugas dakwah di salah sebuah rumahperlindungan di situ, wafat di sana dan dikebumikan di az-Zahir, Mesir.

Semoga Allah SWT merahmatinya dan membalasnya sebaik-baik balasan, begitu juga ulama-ulama wanita kita,sepertimana yang layak bagi Allah SWT yang Penyayang. Amin.

ULAMA WANITA YANG DICINTAI UMATOleh: Mohammad Syafi q Ismail Exco Penyelidikan ABIM Sabah

146 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 7

Inti Sari Ayat Al-QuranTinta Ilmiah

Page 15: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

KELEBIHAN MEMINUM AIR ZAM-ZAM,AKAN MENJADI SEPERTI APA YANG DINIATKAN

Oleh:Ustaz Abdillah bin Haji Nanun

SOALANMusim kepulangan jamaah haji sudah bermula, tentunya dikalangan jamaah haji itu tidak boleh mesti membawa air zam-zam sebagai ole-ole dari tanah suci untuk dihidangkan kepada sanak saudara di tanah air. Tetapi ustaz, ada orang mengatakan bahawa dengan meminum air zam-zam ia akan menjadi seperti apa yang kita niatkan. Jika diniatkan menjadi ubat, maka ia akan menjadi ubat dan jika diniatkan menghilangkan lapar maka ia menjadi pengganti makanan yakni penghilang lapar. Mohon penjelasan sewajarnya.

JAWAPANYa, memang benar sesungguhnya air zam-zam itu apabila diminum ia akan menjadi apa yang diniatkan. Jika diniatkan sebagai ubat ketika meminumnya, maka jadilah ia sebagai ubat, jika diniatkan sebagai pengganti makanan ketika lapar, maka ia akan menjadi makanan penghilang lapar. Ini adalah bersandarkan kepada sabda Nabi SAW sebagaimana berikut:

Yang bermaksud: Dari Jabir RA berkata: "telah bersabda Rasulullah SAW: Air zam-zam itu untuk sesuatu yang diminumkan baginya.” (Rujuk Al-Azkarun Nawawi hal.173).

Maka difahamkan dari hadith ini bahawa zam-zam itu akan menjadi seperti apa yang diniatkan. Oleh itu, Imam Nawawi menuliskan dalam kitab Al-Azkarnya fatwa para ulama dengan katanya:

Yang bermaksud: “Berkata para ulamak: Maka disunatkan bagi orang yang meminumnya untuk mohon pengampunan atau untuk pengubatan dari suatu penyakit dan lain seumpamanya, lalu ia berkata ketika meminumnya: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: air zam-zam itu menjadi bagi apa yang diniatkan untuknya. Atau dia membaca: Ya Allah sesungguhnya aku minum akannya hal keadaanku mohon jadikan ubat dengannya maka sembuhkanlah aku.” (Al-Azkarun Nawawi hal.173).

Jadi dengan keterangan ini jelaslah kepada kita bahawa sunat bagi orang yang hendak meminum air zam-zam itu meniatkan menurut apa yang diinginkan dan ia akan memperoleh sesuatu mengikut apa yang diniatkan, Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

SIBUK DENGAN BERITAOleh:

Mohd Azrul Nizam bin JunaidiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Diriwayatkan dari sahabat Al-Mughirah radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan, “Sesungguhnya aku pernah mendengar beliau selalu mengucapkan doa selesai solat, LAA ILAAHA ILLALLAAH, WAHDAHU LAA SYARIIKA LAHU, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA ‘ALAA KULLI SYAI’IN QADIIR

(Tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya lah segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu).

"Beliau mengucapkannya hingga tiga kali. Dan beliau juga melarang “qiila wa qaala”, banyak bertanya, menghambur-hamburkan harta, tidak mau melaksanakan kewajipan, meminta sesuatu yang bukan haknya, menderhakai ibu, dan mengubur hidup-hidup anak perempuan.” (HR. Bukhari).

Terdapat beberapa penjelasan tentang makna “qiila wa qaala” iaitu:

Pertama, mengutip atau menyebar semua berita yang dia dengar padahal dia tidak mengetahui apakah berita itu benar atau tidak. Dan dia sendiri dapat memastikan keshahihan berita tersebut. Orang seperti ini disebut sebagai pendusta oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang itu sebagai pendusta (pembohong), ketika dia menceritakan semua (berita) yang dia dengar.” (HR. Muslim).

Sebagai contoh penjelasan pertama ini adalah sibuk dengan berita gosip atau hoax yang tidak benar. Apalagi jika berita gosip yang berkaitan dengan kehormatan ustaz, ulama, atau pemimpin (pemerintah) kaum muslimin. Tentu lebih parah sehingga bahaya yang boleh ditimbulkannya.

Kedua, seseorang menyibukkan diri dan menghabiskan waktunya dengan membahas dan mengutip berita yang benar tapi tidak penting. Sebagaimana yang kita temui saat ini, iaitu orang-orang yang mengisi majlis mereka dengan sibuk mencermati, mengutip dan mengomentari berita yang memang benar. Terlalu sibuk sehingga merasa harus tahu semua berita yang viral hari ini entah di media online atau media sosial, padahal berita benar itu tidak ada manfaat dan kepentingan untuk dirinya.

Sebagai contoh pengertian kedua ini adalah sibuk mencari berita tentang kehidupan artis, entah si artis kahwin, atau bercerai, atau membeli itu ini, atau sedang melancong ke suatu tempat, atau sedang ke salon, atau sedang bertengkar, atau mempamerkan kekayaan, dan seterusnya, yang tidak ada manfaatnya kita mengetahui selok-belok dan detail kehidupan mereka. Kerana itu kita sering menemui berita yang sudah terlihat bodoh dari tajuknya saja seperti, si Fulan Tidak Mahu Bercinta Lagi, si Fulan Belajar Masak Untuk Suami, Si Fulan Pertama Kali Buat Kuih Raya. Ini semua berita yang tiada kepentingan sama sekali dan amat terlihat bodoh sehingga tanpa sedar kita telah membuatkan orang- orang bodoh menjadi famous.

Jika orang awam sibuk membicarakan artis, boleh jadi kalangan penuntut ilmu (thalibul ‘ilmi) sibuk membicarakan ustaznya. Entah ustaz itu nikah lagi, entah ustaz itu beli barang baru dan khabar-khabar peribadi lainnya yang tidak ada manfaatnya kita menghabiskan waktu untuk membahas dan membicarakan kehidupan peribadi beliau dan keluarganya. Oleh kerana itu, kita tidak perlu merasa selalu ingin tahu tentang kehidupan peribadi seseorang jika tidak ada kepentinganya.

66 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 15

Remaja Kemusykilan Agama

Page 16: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Mengumpat dan memuji hendaklah pikir Di situlah banyak orang yang tergelincir

Raja Ali Haji (Gurindam Dua Belas Pasal Keempat)

Raja Ali Haji atau nama lengkapnya ialah Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji al-Syahidufi Sabilillah bin Upu Daeng Celak. Beliau ialah ulama, ahli sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis dan pencatatpertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawaibahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negaraIndonesia dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

Raja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmu pentadbiran.Pengetahuan agama yang mendalam diperolehnya daripada ulama-ulama setempat dan luar negara. Beliaumenjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.

Raja Ali Haji juga terdidik dengan ilmu bidang lain dan telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang, iaituagama, bahasa, sastera, sejarah dan undang-undang. Beliau turut menjadi guru agama yang mengajartatabahasa, fikah dan tasawuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yangamat penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu Kitab Bustanul-Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).

Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai ‘’pencatat sejarah Nusantara yang pertama’’ dengan bukuSalasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi sejarah Melayu.Buku Salasilah Melayu dan Bugis diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura dalam bentuk litograf. Buku inimengisahkan asal usul keturunan raja-raja Bugis yang mengembara menuju ke kerajaan Melayu seperti Johor,Lingga dan Riau. Raja Ali Haji juga menghasilkan dua buah karya undang-undang dan politik Islam, iaituThamarat al-Mahammah Diyafatan li al-Umara’ wa al Kubara’ li Ahl al Mahkamah (1896) dan Mukaddimah fiIntizam al-Wazaif al-Malik (1857).

Kecintaan Raja Ali Haji terhadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlah melalui tulisan sejarahnya yangsering disulami syair dan puisi sehingga dalam Kitab Pengetahuan Bahasa karangannya terdapat beberaparangkap puisi. Kebanyakan karya sastera Raja Ali Haji terutamanya syair, menghuraikan hal keagamaan, misalnyaSyair Jatuhnya Negeri Johor, Syair Gurindam Dua Belas, Syair Taman Pertama, Syair Abdul Muluk, Syair SitiSianah, dan Syair Hukum Nikah.

Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang denganSyeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasawuf beliau adalah seorang penganut tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat.

Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau dianugerahi oleh pemerintah RepublikIndonesia sebagai Pahlawan Nasional pada tahun 2004.

RAJA ALI HAJIOleh:

Ustaz Amiruddin Mohd RosdiGuru, SK Tombovo, Penampang

TANDA DAN BUKTI KEWUJUDAN ALLAH SWT MELALUI TUMBUH-TUMBUHANOleh: Abd. Rahman Tajudin @ Emang Galileo Fellow CONCAVE-ISSI (Islamic & Strategic Studies Institute)

Sesungguhnya segala kejadian dan fenomena yang berlaku atas dunia dan alamsemesta ini adalah kesan daripada perlakuan Yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT.Kewujudan rimba tropika, hutan belantara, kehijauan fl ora khatulistiwa dan kebunyang indah menandakan wujud satu kuasa besar yang Maha Mengetahui.Hujan yang turun dari langit lalu menghidupkan bumi ini dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang menghijau tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan ada satu perintah daripada Yang Maha Berkehendak.Keseluruhan alam ini sebenarnya telah mengikuti satu peraturan Sunnatullah. Kejadian alam ini juga yang merupakan tanda dan ayat kewujudan Maha Pencipta ini dijelaskan di dalam al-Quran yang juga merupakan ayat-ayat Allah SWT.Allah SWT menjelaskan di dalam kitabullah bahawa Dialah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman dari air hujan yangturun dari langit sehingga dapat membentuk hutan belantara, rimba tropika, alam khatulistiwa dan kebun menghijau. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Dialah (Allah) yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijauitu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkanpula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikanpulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al-An'aam: 99).Kewujudan hutan belantara dan kebun yang indah ini adalah kerana turunnya hujan yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan. Kehidupan alam tumbuhan ini tidak lain tidak bukan melalui air yang diciptakan oleh Allah SWT.Dijelaskan di ayat lain bahawa dengan air itulah Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di alam khatulistiwa, rimba tropika dankebun yang lebat. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah, supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, dan kebun-kebun yang lebat." (An-Naba': 14 - 16).Malah air yang turun dari langit itu juga digunakan untuk bercucuk tanam dan mengembala binatang ternak yang merupakan rezekibuat manusia. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dansebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu. Dia (Allah)menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan." (Surah An-Nahl: 10 - 11).Malah, tanah yang dulunya mati tanpa air kini dapat menumbuhkan pelbagai macam tumbuhan. Tanah yang hidup dengan air hujantersebut kini pula menghidupkan buah-buahan yang bermanfaat buat manusia untuk kelestarian hidup. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Lalu dengan air itu, Kami tumbuhkan untuk kamu kebun-kebun kurma dan anggur; di dalam kebun-kebun itu kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagian dari buah-buahan itu kamu makan. Dan pohon kayu keluar dari Thursina (pohon zaitun), yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan." (Surah Al-Mu'minuun: 19 - 20).Jauh daripada itu juga, rantaian ekosistem setelah buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan hidup dengan air, maka hidup pula binatangternak kerana kewujudan makanan mereka (tumbuhan). Ini merupakan satu rahmat yang bernilai kepada manusia dan menjadi satuiktibar bagi sesiapa yang menggunakan akal fi kirannya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: "Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawasanya Kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya makan haiwan ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?" (Surah As-Sajdah: 27).Maka jelas kepada kita, manusia yang memerlukan binatang ternak, binatang ternak pula yang memerlukan tumbuhan lalu tumbuhanpula memerlukan air hujan, lantas air hujan itu diturunkan dari langit oleh-Nya menandakan dengan jelas kewujudan Allah SWT yangMaha Berkuasa (Qudrah), Maha Berkehendak (Iradah) dan Maha Mengetahui ('Ilmun).

166 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 5

Jejak UlamaTasawwur

Page 17: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

Pinky Team: Urus Setia Ma'al HijrahPeringkat Negeri Sabah 1441H

PINKY TEAMOleh: Adi Pitang

Rupanya bukan aku seorang sahaja yang berfi kirbaju Melayu warna pink ini lawakah dipakai padamalam Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat NegeriSabah ini? Maklum, warnanya agak feminin bagiseorang lelaki yang tough sepertiku, hahaha.“Mun ramai-ramai memakai baju pink ani lawa tia”,komen Timbalan Yang Di-Pertua Majlis UgamaIslam Sabah (MUIS) ketika kami berkumpuldi perkarangan masjid menunggu ketibaan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Dalamilmu Feng Shui, warna merupakan getaran yang mengalir menciptakan perasaan atau kesan psikologikepada individu yang berada di sekitarnya. Warna pink merupakan kombinasi antara warna merah(elemen api) dan putih (elemen air). Warna merah selama ini dikaitkan dengan warna yang penuh dengansemangat, romantik dan cinta sementara warna putih yang melambangkan kemurnian, kejujuran danketerbukaan. Ya... rata-rata kawan-kawan yang memakai baju pink pada malam itu sangat teruja danberbalas senyum, gembira dan ceria kerana memakai baju melayu pink, hahaha.

Majlis Perhimpunan Ma’al HIjrah Peringkat Negeri Sabah pada tahun 1441H ini telah diadakan di MasjidNegeri Sabah. Majlis sambutan Ma’al Hijrah ini dimulakan dengan program Dari Masjid ke Masjid di sekitarKota Kinabalu (iaitu tazkirah selepas solat Maghrib) yang melibatkan 9 buah masjid, program Ziarah Kariah dan program khas Hijrah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah. Program-program ini diadakah 3 hari sebelum majlis perhimpunan.

Malam itu, kehadiran orang ramai di Masjid Negeri sangat menggalakan, kebetulan mungkin cuti umumsempena Hari Kemerdekaan. Ruang solat utama dipenuhi oleh orang ramai. Majlis dimulakan dengan bacaandoa akhir dan awal tahun hijrah, bacaan surah Yaasin dan doa selamat. Pada sambutan kali ini, seramai 3 orang penerima anugerah Ma’al Hijrah iaitu Tuan Haji Muhammad Iyen Atim sebagai Tokoh Ma’al Hijrah, anugerahSaiyidatina Khadijah kepada Datin Zaleha Abdullah dan Mohd Farid Sanuri penerima anugerah Khalid IbniWalid. Di samping anugerah Masjid Kariah Cemerlang kepada Masjid Puncak Taqwa Kinarut, amugerah MasjidInstitusi kepada Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS), Surau Kariah Cemerlang kepada Surau Al-Hijrah,Platinum Apartment, Putatan, surau Institusi Cemerlang kepada Surau SK Lahad Datu 2 dan AnugerahAr-Raudhah kepada Jawatankuasa Masjid Imam Hj. Hashim Sipitang.

Dalam ucapan Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabahmengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpengaruh dengan hasutan yang bertujuan memecah belahkanperpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Tuan Yang Terutama Tun juga berkatabahawa isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang dimainkan oleh pihak tertentu melalui mediasosial mempunyai niat jahat untuk meruntuhkan sebuah negara bangsa yang dibina hasil permufakatan kaumdi negara ini. Justeru, katanya, semua pihak perlu bijak menepis setiap berita sensai dan bukannya merumitkanlagi keadaan sehingga memberi masalah pada masa depan. Petualang yang cuba mengganggu-gugatkeharmonian negara pula perlu diheret ke muka pengadilan sebagai satu pengajaran kepada lain.

Tambah Tun lagi nilai keamanan sebagai asas kukuh negara tidak boleh diperjudikan oleh mana-mana pihakatas alasan kebebasan bersuara dan semua bentuk provokasi menyalakan sentimen perkauman, agama serta kebencian melalui apa juga media hendaklah segera dihentikan.

“Kita bergambar ramai-ramai… mari…” Ajak Haji Sotiimin Sarun, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran kepada kami setelah majlis selesai. “Gambar terakhir saya ne…” Sambil dia ketawa...” Saya pun…” Balasku...” Terakhirkah ne? Ehem!

ANTARA MEMBURU DAN MENGINTAIOleh:

Mohd Alwie NoorbakiFakulti Dakwah dan Komunikasi Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia

Ibnu Ishaq berkata: Ketika bertekad untuk berhijrah, Rasulullah SAW mendatangi Abu Bakar Ibn AbiQuhafah. Lalu mereka berdua keluar dari sebuah pintu di belakang rumah Abu Bakar. Kemudian merekamenuju ke sebuah gua di Tsur. Mereka masuk ke dalamnya. Abu Bakar menyuruh anaknya, Abdullahuntuk mencari maklumat tentang apa yang dikatakan orang-orang tentang mereka berdua pada waktu siang. Selanjutnya di waktu petang ia sampaikan maklumat pada hari itu kepada mereka. Di sisi lain, Abu Bakar juga menyuruh Amir Ibn Fuhayrah, pelayannya untuk menggembalakan kambing waktu siang dan membiarkannya istirahat di gua sewaktu petang. Pada waktu petang, Asma binti Abu Bakar juga datang dengan membawakan makanan untuk mereka.

Al-Hasan al-Bashri berkata: “Rasulullah SAW dan Abu Bakar sampai di gua tersebut pada malam hari.Abu Bakar masuk sebelum Rasulullah SAW. Ia melihat-lihat isi gua khuatir di dalamnya terdapat binatang buas atau ular. Ia melindungi Rasul dengan dirinya.”

Abu Bakar al-Shiddiq berkata, “Kami keluar dari gua. Kami berjalan di waktu malam. Siang dan malam kami tidak tidur hingga matahari terik. Kulayangkan pandangan untuk mencari tempat berteduh. Kulihatada sebuah batu besar. Aku segera menghampiri. Ternyata hanya sebahagian yang dapat menjaditempat berteduh. Maka, tempat itu kuratakan agar baginda dapat berbaring. “Tidurlah, wahai Rasulullah!” ujarku.

Setelah itu aku keluar untuk melihat adakah orang yang memburu baginda.

Saat berjalan, kadang Abu Bakar berada di sebelah kiri. Kadang di depan Rasulullah SAW. Juga kadangdi belakang baginda. Saat ditanya oleh baginda mengapa melakukan hal itu, ia menjawab, “WahaiRasulullah, teringat olehku bahawa engkau sedang diburu oleh mereka, maka aku pun berdiridi belakangmu agar aku yang terkena, bukan dirimu. Namun kadang aku teringat bahawa engkau juga mungkin diintai di depan kerana itu aku berdiri di depanmu agar aku yang menghadapinya terlebihdahulu.”

Mendengar hal tersebut Rasul SAW berterima kasih dan mendoakan kebaikan untuknya.

46 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 17

Iktibar Kisah Bicara Kita

Page 18: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

BIL. PENDEDAHAN JENIS KANSER 1. Al-Anbia 38 hingga 50 2. Hud 60 hingga 80 3. An-Nahl 90 hingga 110 4. Yunus 55 hingga 70 5. Al-Qasas 66 hingga 88 6. Ibrahim 9 hingga 22 7. Al-Kahfi 38hingga60 8. Yunus 71 hingga 89 9. Al-Furqaan 12 hingga 28 10. Al-A’raaf 101 hingga 127 11. Al-Ahzab 18 hingga 30 12. Al-Anfaal 59 hingga 69 13. Al-Maa’idah 58 hingga 70 14. Al-An’am 127 hingga 137 15. Al-Gafir 67hingga75 16. Al-Anbia 89 hingga 112 17. As-Syu’araa 185 hingga 227 18. An-Naml 11 hingga 26 19. An-Nahl 119 hingga 128 20. Thoohaa 91 hingga 110 21. An-Nuur 55 hingga 64 22. Al-Israa 72 hingga 96 23. Al-Hajj 57 hingga 72 24. Az-Zumar 42 hingga 53 25. Al-Maa’idah 82 hingga 91 26. As-Saaffat 66 hingga 140

KESALAHAN JURUNIKAH TANPA KEBENARANOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

KEWAJIPAN MENANGGUNG NAFKAH ANAKOleh:

Puan Siti Imrah bte Lenas

Nafkah terhadap anak tidak boleh diabaikan walaupun berlakunya perceraian di antara pasangan. Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sabah tahun 2004 menyatakan: (1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak- kanak itu telah mati atau tempat tinggal di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.Nafkah anak adalah hak yang dijamin dalam Islam dan boleh dituntut jika tidak dilaksanakan. Islam mengharuskan isteri mengambil harta suami sekadarnya untuk memenuhi keperluan diri dan anak. Merujuk kitab Al Ahwal al Syaksiyyah menyatakan, kanak-kanak mempunyai tiga hak utama iaitu hak dipelihara, hak ke atas dirinya yang tertanggung ke atas walinya dan hak untuk memiliki harta.Daripada 'Aisyah RA, "Hindun binti 'Utbah berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi belanja yang cukup untuk saya dan anak saya kecuali jika saya mengambil sendiri tanpa pengetahuannya. Rasulullah menjawab: "Ambillah olehmu daripada harta sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan cara yang baik."Ibn al Humam dalam Fath al Qadir menyatakan, tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak adalah tidak bersyarat dan bersifat mutlak. Ini bermakna nafkah anak wajib dilaksanakan tanpa sebarang unsur pengecualian.Sekiranya seorang bapa tidak mampu memberi nafkah kepada anak, maka harta si bapa boleh diambil oleh anaknya dan inilah hikmah pensyariatan pembahagian harta pusaka dalam sistem faraid yang menetapkan lelaki memperoleh dua bahagian daripada perempuan. Dalam Islam, nafkah anak tidak diabaikan begitu sahaja, tanggungjawab memberi nafkah anak akan berpindah kepada datuknya, saudara atau kerabat setelah kematian bapa mengikut susunan dalam hukum faraid.Perkara penting yang perlu dibuat selepas berlakunya perceraian adalah membuat tuntutan nafkah anak. Apabila tiada tuntutan nafkah anak, maka tiadalah tuntutan nafkah sementara dan tuntutan tunggakan nafkah anak. Nafkah anak hari ini terdiri daripada nafkah tetap anak (secara bulanan), nafkah persekolahan anak dan nafkah perayaan (dua pasang baju raya).Tiada tarikh tamat tempoh ditetapkan untuk sesuatu tuntutan walaupun perceraian berlaku 10 tahun lalu. Tuntutan nafkah tertunggak boleh difailkan jika wujud perintah nafkah anak dari mahkamah selepas perceraian. Sebagai contoh, sepasang suami isteri bercerai pada Januari 2010. Namun, isteri memfailkan tuntutan nafkah anak pada September 2018. Maka, nafkah anak antara Januari 2010 hingga September 2018 tidak boleh dituntut sebagai nafkah tertunggak, melainkan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah selepas September 2018 berkuat kuasa. Bagaimanapun, jika tiada tuntutan nafkah anak difailkan di mahkamah, anak dianggap masih berkemampuan dan berkeupayaan untuk menyara dan menampung perbelanjaan seharian walaupun dalam jagaan pihak lain.Kesimpulannya, isteri perlu prihatin dengan hak anak kerana jika tidak dituntut, ia akan terabai begitu sahaja. Pihak isteri disarankan untuk menuntut nafkah anak sejurus sah perceraian kerana ianya merupakan tanggungjawab bapa dalam menyediakan segala keperluan anak-anak. Perintah nafkah anak adalah luput atau tamat apabila anak mencapai umur 18 tahun, namun sekiranya ada permohonan daripada anak itu atau pihak lain mahkamah boleh melanjutkan perintah nafkah anak tersebut.

AMALANZikirSetiap kali berzikir, hati kita mengingati Allah SWT. Berzikir bermakna kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berzikir tidak perlu menggunakan tasbih atau alat kiraan. Sebaik-baik zikir adalah di dalam hati. Tidak perlu mengira ratusan, ribuan atau jutaan bilangan zikir kerana Allah SWT Maha Mengetahui keikhlasan kita apabila berzikir.

Berzikir secara berterusan memerlukan latihan diri dan disiplin. Memanglah syaitan dan iblis akan sentiasa menggoda kita agar leka dan lalai dalam berzikir. Itu sudah menjadi kenyataan. Namun jika dilatih dan sentiasa beringat, insya-Allah, kita boleh melakukan zikir secara berterusan sama ada ketika memandu kereta, menonton televisyen, memasak, membuat kerja rumah dan sebagainya. Meskipun mata melihat, telinga mendengar, mulut bercakap, kaki dan tangan bergerak melakukan sesuatu tetapi hati dan minda kita tetap berzikir La ila ha illallah ( ) mengingati Allah SWT. Apabila kita dapat melakukan ini, kita boleh merasai nikmat berzikir.

Dengan berzikir, perjalanan darah menjadi lancar di dalam tubuh. Jadikanlah hati kita sentiasa berzikir mengingati Tuhan. Amalan berzikir akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang. Sebaliknya, kanser yang telah pasif pula mampu kembali aktif seandainya pesakit itu stres dan berada dalam tekanan emosi. Jadi, terapi paling baik untuk menjadikan hati tenang adalah dengan berzikir mengingati Allah SWT pada setiap masa.

Maksudnya: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram…” (Surah Ar-Ra’d ayat 28).

Rangkaian ayat-ayat Al-QuranSelain daripada berzikir, pesakit disarankan untuk mengamalkan ayat-ayat al-Quran secara berterusan dan berdisiplin. Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran berfungsi sebagai ‘ejen penyembuh’ kanser. Ayat-ayat

KANSER DAN RAWATAN(BAHAGIAN 11)

Oleh:Tuan Haji Nordin Lossin

yang perlu diamalkan ialah:

Ayat-ayat lainSelain itu surah-surah Dukhaan, Hasyr, ar-Rahman, Jin, Qalam, Waqiah, Yassin perlu dibaca. Jika badan terasa lemah dan tidak bermaya, bacalah surah Al-Mulk.KesimpulanHanya kepada Allah SWT tempat kita berserah dan meminta. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hanya setakat berserah dan berpeluk tubuh, sakit tua sahaja yang tidak ada ubat. Yakin dan disiplin dengan al-Quran. Mungkin kita tidak berminat untuk membacanya sebab kita tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Pergi pelajari “Tools Al-Quran”, kerana ia mengandungi beberapa bab asas.

RUJUKAN:● Perubatan Al-Quran, RAWATAN KANSER, Haji Lokman Abdul

Hamid, 2019.● Al-Qurannul Karim, Al-Khoir.● Tafsir Al-Quran, Ahmad Sonhadji Mohamad.● Rasulullah is my Doctor, Jerry D Gray.● Al-Quran Pelangi, Pustaka Darul Iman.

186 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 3

Islam dan Perubatan Enakmen Kita

Page 19: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti

DICETAK OLEH PENCETAK KERAJAAN,POLITIN @ WENEN BIN MOBIJI, A.S.D.K., A.D.K., B.S.K., JABATAN CETAK KERAJAAN,

SABAH, MALAYSIA.2019.

Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah1441H telah diadakan di Masjid Negeri Sabah, bersamaan dengan malam 31 Ogos 2019, tarikh keramat harikemerdekaan Negara kita, Malaysia. Satu tarikh yanghampir bersamaan dengan sambutan tahun baharu hijrah, yang jatuhnya kalau mengikut tahun masihi pada1 September 2019. Dan kalau mengikut kalendar Islam,1 Muharram jatuh sebaik sahaja masuk waktu Maghrib31 Ogos 2019 itu. Persamaan tarikh itu yang membawakepada pelaksanaan Majlis Perhimpunan Ma’al HijrahPeringkat Negeri ini diadakan pada malam 31 Ogos ini.

Apakah ia mengurangkan syiar sambutan bila ia dibuatdi Masjid? Kerana pada kebiasannya sambutan ini dibuat di dalam dewan. Apa yang didapati kalangan penghujung pada malam sambutan Hijrah ini lebih kurang sama dari sebelumnya. Sangat menggalakkan. Program-program yang menambah syiar program ini juga dilaksanakan sebelum1 Muharram seperti program (tazkirah) dari Masjidke Masjid, Ziarah Kariah dan program khas di radio (RTM).

Signifikannya penganjuran tahun ini ialah ia membawa jati diri bangsa ke arah mencintai negara bangsa dalam suasana menguti p lembaran pengajaran dari kisah hijrah dan rahsia yang terkandung dari peristi wa-peristi wa hijrah. Hijrah membawa satu dimensi baru dalam kehidupanumat manusia dan Islam secara konseptual dan prakti knya.

Hijrah itu sendiri membawa pengerti an yang luas, keluardari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yanglebih luas. Hijrah juga pemisah di antara yang hak denganyang bati l. Hijrah merangkumi perpindahan kepada hidupyang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi.

Memanglah ti dak ada lagi hijrah selepas pembukaan kota Mekah. Ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dalamsabda Baginda yang bermaksud: "Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi (yang tinggal hanyalah)jihad dan niat. Oleh itu, jika kalian diminta keluar berjihad, maka keluarlah!" (riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas bahawa tidak ada lagi hijrah bagi umat Islam selepas pembukaan kota Mekah. Namun, Rasulullah SAW memperluaskan maksud dan konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dankesediaan berjihad untuk Islam juga dianggap satu cabang hijrah. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita tidakterlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yangdilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruholeh Islam. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAWyang bermaksud: "Orang yang berhijrah itu adalah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang Allah." (RiwayatBukhari dan Muslim).

Wasalam.

MOHAMAD SIDIK BIN AWANG ADI

SIDANG REDAKSIPENAUNG

Yang Berbahagia Datuk Seri PanglimaDr. Haji Hasbullah Haji Mohd. Taha

Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)PENASIHAT

YBhg. Ustaz Haji Saifulzaman bin SangulPengarah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahKETUA EDITOR

Ustaz Mohamad Sidik Haji Awang AdiTimbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam), JHEAINS

TIMBALAN KETUA EDITORUstaz Abd. Razak Hamdin

EDITOR/KETUA PENYELARASUstaz Asmuni Ali

([email protected])SIDANG PENGARANG

Adi Pitang([email protected])

Ustaz Asmuni Ali([email protected])

Ustaz Abd. Rahman Tajudin (Emang)([email protected])

Ustaz Abdillah Haji Nanun([email protected])

Puan Siti Imrah bte Lenas([email protected])Ustaz Awang Juri Ag. Tahir([email protected])Tuan Haji Nordin Lossin

([email protected])Encik Abdu Khalil bin HassanTuan Haji Sainuri bin Yahmin

Ustaz Mohd Azlan bin Haji BakriEncik Mohammad Sya�iq Ismail

Encik Mohd Azrul Nizam bin JunaidiUstaz Amiruddin Mohd RosdiEncik Mohd Alwie Noorbaki

Puan Aisyah binti Muhammad Sayuti

PENGURUSANEncik Daut Haji Insun

GRAFIKEncik Azmi bin Hashim

JURUTAIPBahagian Penyelidikan & Informasi, JHEAINS

JURUFOTOEncik Jamiun Osman

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SabahBeg Berkunci 103, Tingkat 9, Blok B, Wisma MUIS

88737 KOTA KINABALUTel.: 088-522222

Faks: 088-253449

RUMAH KITA

Kita telah menghuni rumah baruuntuk semua kita berteduhkerana kita diamanahkanmenjaga kemakmuranbersihkan rumah versi barujadilah kita warga bijaksanamenanti tahun wawasan.

Kita bersihkan rumah barudia tas tunjang muafakatdari tangan pelbagai etnik.

Kita telah menghuni rumah baruberwajah keikhlasanagar penghuni saling mesramemberi dan menerimasampai di hujung nyawa.

Oleh:DeeKeeBPI - 27082019

26 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 6 Muharam 1441H/6 September 2019M Shoutul Islam (Suara Islam) 19

Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam

Page 20: Shoutul Islam Dari Meja Editor Laman Puisi Islam · yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredaan Ilahi. Memanglah ti